Archive | Fauziah Nawi RSS feed for this section

Makan Balik Kerak Nasi

17 Mar

Oleh ADHAM SHADAN
adham.shadan@kosmo.com.my

Sejak kecil lagi, Fauziah Nawi sudah bertatih dalam bidang lakonan. Kesungguhan dan penat lelah wanita ini berbayar dengan kejayaannya hari ini.

PELAKON dan penggiat teater terkenal, Fauziah Nawi, 56, gemar berlakon sejak di bangku sekolah rendah. Namun, dek tubuhnya yang tinggi lampai berbanding kanak-kanak perempuan yang lain, dia sering diberi watak lelaki.

“Ibu berlakon sejak darjah satu di sekolah. Bila ada sahaja aktiviti lakonan dalam kelas atau sekolah, Ibu akan masuk. Tapi sebab ketinggian ibu amat ketara berbanding rakan-rakan yang lain, ibu sering diberikan watak lelaki seperti Putera Katak.

“Ibu tak kisah orang bagi Ibu watak lelaki, janji Ibu dapat berlakon. Masa kanak-kanak, Ibu memang tinggi, kurus dan berkulit agak gelap,” katanya yang mesra membahasakan diri sebagai Ibu. Rancak sekali mulutnya berbicara tentang zaman kanak-kanaknya saat ditemui GenK di pejabatnya di Ampang, Selangor.

Fauziah yang pernah menjadi tenaga pengajar Akademi Fantasia berkata, dia memang agak lasak semasa kanak-kanak. Sebelum masuk sekolah, dia tinggal bersama keluarga bapa saudaranya dan amat akrab dengan sepupu lelakinya yang bernama Sarip.

“Masa itu kami memang lasak. Panjat pokok, tolong kutip susu getah, menyakat nyonya di kebun. Memang nakal. Cuma, sampai sekarang saya tidak pandai berenang,” katanya.

“Entahlah, kata nenek saya, anak perempuan yang lahir pada hari Ahad perangainya macam lelaki. Saya pun dilahirkan pada hari Ahad, 28 Jun 1953,” kata anak jati Ipoh, Perak ini tertawa.

Selepas memasuki darjah satu, barulah dia kembali tinggal bersama ibu bapanya, Nawi Mukhri dan Salmiah Sidik. Fauziah merupakan anak sulung daripada lima orang adik-beradik. Rata-rata adik-beradiknya turut bergiat dalam seni seperti Mustafa Fuzer Nawi, anak Melayu pertama memimpin orkestra dan Nasran Nawi, seorang pemuzik.

Meskipun mengakui dirinya agak nakal, namun Fauziah seorang yang terang hati dan dia khatam al-Quran sebelum menjejaki kaki ke alam persekolahan.


WAJAH muda Fauziah.

“Di sekolah, sayalah tukang baca doa setiap kali perhimpunan. Suara saya pun memang kuat sejak kecil,” katanya yang turut memasuki pertandingan-pertandingan mengaji al-Quran di Sekolah Rendah Sungai Rapat, Ipoh.

Fauziah juga boleh menulis jawi dan sebenarnya turut lulus peperiksaan ke sekolah menengah agama tetapi memilih untuk bersekolah menengah di sekolah Inggeris, Raja Perempuan Secondary School, Ipoh.

“Masa itu, memang saya tak pandai cakap Inggeris, jadi semua pelajar yang baru hendak belajar bahasa Inggeris dimasukkan ke dalam satu kelas peralihan. Itu sebabnya saya lewat menduduki tingkatan satu,” katanya.

Bercerita zaman remaja, Fauziah berkata, selain lakonan, dia juga gemar menyanyi dan menari. Semasa berusia 15 tahun, dia bersama dua lagi rakannya membentuk kumpulan yang dinamakan Agogo Girls yang dikenali ramai di kampungnya.

Dia turut menjadi penyanyi bagi kumpulan The Junior Kugiran di Ipoh pada masa itu dan sering diundang menyanyi pada majlis-majlis perkahwinan di kampungnya.


FAUZIAH juga mempunyai bakat dalam tarian.

Namun, gadis yang bernama Fauziah itu serba boleh orangnya. Tidak cukup pandai berlakon, menyanyi dan menari bahkan mengaji al-Quran, dia juga aktif dalam sukan bola lisut dan hoki.

Apabila bercerita tentang kehidupan keluarganya, Fauziah mengakui kehidupan mereka memang susah. Bapanya pekerja di kedai cermin mata dengan pendapatan RM150 sebulan dan ibunya seorang suri rumah.

“Keadaan keluarga saya sangat susah. Sehingga kerak nasi yang hitam itu dikitar semula menjadi makanan. Ibu saya jemur kerak nasi yang hitam itu kemudian menggorengnya untuk makan petang,” katanya mengimbas kenangan lalu.

Menurut Fauziah, keluarganya kemudian berpindah ke Kuala Lumpur pada tahun 1970 apabila bapanya dikehendaki bertugas di cawangan kedai cermin mata di ibu kota. Apabila berhijrah, Fauziah yang ketika itu berada dalam tingkatan empat melanjutkan pendidikan menengahnya di Sekolah Menengah (P) Jalan Ampang.

Di Kuala Lumpur, keluarganya turut membuat bisnes kantin di No. 165, Jalan Ampang, Kuala Lumpur yang merupakan Taman Budaya (tempat terletaknya Hotel Nikko sekarang). Sejak itulah, dia mula mengenali artis-artis seperti Uji Rashid, Ahmad Yatim dan Ahmad Tarmimi Siregar. Lalu, bebunga seninya pun memekar.

Fauziah pernah mencuba nasib dalam pertandingan menyanyi Bintang RTM pada tahun 1971 dan 1972. Dia yang pernah menyertai kumpulan duet bersama Uji Rashid dengan nama Suara F turut menghasilkan album dan pernah mengikuti delegasi negara membuat persembahan di Hong Kong dan Jepun.

Pada masa yang sama, dia turut berlakon. Antara drama-drama terawalnya ialah drama Tahan Kinabalu dan Mendung Tidak Berarak lagi.


FAUZIAH (berdiri dua dari kanan) bersama ibu bapa dan adik-beradiknya bergambar kenangan.

Fauziah berkahwin pada usia 22 tahun dengan jejaka pilihannya, Mohammad Haniff Gedek. Mereka dikurniai dua orang anak iaitu Pit Haniff dan Siti Nur Fatehah Haniff. Kedua-dua anaknya berkecimpung dalam bidang di balik tabir seni.

Satu lagi bakat Fauziah mula bersinar pada tahun 1976 iaitu apabila dia mula menjawat jawatan pembantu siaran di RTM. Sebagai juruhebah, tutur bicara Fauziah berkumandang dalam program radio Radio 4 iaitu Selamat Pagi Malaysia, Morning Show, Your Host, Non Stop Music and Before We Say Goodnite.

Beliau juga berkhidmat dengan Radio 3 Ibu Kota mengendalikan Fascinating Malaysia, dan program Radio 1 yang dinamakan Manis-Manis Garam.

“Selama dua dekad Ibu bersama RTM. Detik yang paling lama itulah detik yang paling Ibu kenang,” katanya yang terpaksa meninggalkan konti radio apabila mengalami dugaan hebat apabila satu persatu insan tersayang dalam hidupnya jatuh sakit sekitar 90-an. Ibunya, Salmiah meninggalkannya terlebih dahulu, diikuti suami dan bapanya.


KEMISKINAN keluarga Fauziah menjadi pemangkin kepadanya untuk berjaya dalam hidup.

Sepanjang penglibatan dalam bidang seni, Fauziah turut berkesempatan mengenali legenda agung seni tanah air, Tan Sri P. Ramlee dan seniwati Saloma.

“Saya masih ingat saya pernah menyanyi bersama P. Ramlee. Ketika itu dalam satu majlis kahwin di Petaling Jaya. P. Ramlee bagi saya RM40 sebagai upah menyanyi bersamanya. Sebulan selepas itu, dia meninggal dunia. Seniwati Saloma pula seorang yang sangat baik hati,” katanya mengenang insan-insan seni yang dikaguminya itu.

Apakah nasihat Fauziah kepada anak-anak muda yang ingin berkecimpung dalam bidang seni?

“Jika ingin berjaya, kita perlu fokus, bersungguh-sungguh dan sanggup mengambil risiko untuk berjaya.

“Satu lagi, hormati guru. Saya amat marah kalau ada orang yang mengata buruk gurunya. Saya seorang yang amat menghormati guru. Pada saya, selain ibu bapa, guru ialah insan yang mesti dihormati,” katanya yang sedang mengarah teater Mahsuri yang bakal dipentaskan pada 24 hingga 30 April ini di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Kosmo

SOSEH SOSEH: Penonton Bengang Pelakon ‘Over’

31 Dec

Rap
BUKAN sekali dua penghasilan drama atau filem daripada produksi tempatan yang mengetengahkan loghat daerah negeri tertentu menjadi tumpuan. Kebanyakan yang dihasilkan pasti mempunyai tarikan sama ada pertuturan, gaya dan corak persembahan pelakonnya.

SS perhatikan drama sebegini sentiasa mendapat perhatian sama ada penonton dari negeri berkenaan atau sebaliknya. Malah, perkembangan positif juga dapat dilihat selepas ditayangkan di layar perak atau televisyen menerusi drama bersiri.

Perkara sama turut dilalui drama terbitan JS Pictures, Ta’in yang mengetengahkan loghat negeri Perak dalam siri yang disiarkan di TV3, setiap malam Ahad.

SS difahamkan, ada penonton dari negeri itu marah dan tidak puas hati dengan lakonan teraju utamanya yang disifatkan menampilkan gaya yang agak melampau.

Mereka yang mengakui peminat setia siri itu memuji tindakan produksi milik Sheila Rusly menggunakan lokasi penggambaran di Parit, Perak dan tidak kurang juga apabila memaklumkan siri berkenaan mempunyai pengikutnya tersendiri.

Tapi katanya, dia kecewa melihat gelagat dan watak Kak Bab yang dilakonkan Shiela. Gaya percakapan dengan gerak mulut yang herut-berut (kata orang perak) seperti dibuat-buat.

Peminat itu juga menyatakan kekeliruannya dengan loghat perak yang ditampilkan Fauziah Nawi, Kaza dan Wahid Senario sebagai Tain.

Malah, dalam surat yang dikirimkan peminat itu berharap mana-mana penerbit atau produksi tempatan yang ingin mengetengahkan loghat dari mana-mana negeri sekali pun, biarlah berpada-pada.

Dia turut mencadangkan supaya penerbit atau produksi tempatan membuat kajian dan bertanya kepada masyarakat tempatan supaya tidak nanti orang tidak getik (benci) menontonnya.

Pada SS, apa saja drama atau filem yang diketengahkan produksi tempatan pasti mempunyai mesej dan pengajaran tersendiri. Begitupun cara, penyampaiannya berbeza bergantung kepada pengarah, pelakon dan produksi itu sendiri.

Harian Metro

‘Hati’ The Big Winner

16 Nov


Shuhaimi Baba (centre) posing with (from left) Kamarulzaman Taib, Aida Fitri Buyong, Kamarul Nizam Abd Rahman and Mohd Filus Ghazali after winning the Jury Choice Film Director award for ‘1957: Hati Malaya’.

KUALA LUMPUR: Pesona Pictures’ 1957: Hati Malaya reigned supreme at the 7th annual Anugerah Oskar Malaysia last night.

Adi Putra and Raja Azura with their awards for Male/Female Villain Character.

The film bagged most of the main awards, although it lost the Jury Choice Film award to Grand Brilliance Sdn Bhd’s romantic drama Sepi.

However, Hati Malaya’s director, Shuhaimi Baba, was once again honoured with the Jury Choice Film Director award — her third consecutive win.

Earlier this year, Hati Malaya had won four awards at the 21st Malaysian Film Festival.

This time, the film also took home trophies for Film Artistic Director (Aida Fitri Buyong and Kamarul Nizam Abd Rahman), Jury Choice Film Melody (Sharon Paul), Film Cinematography (Mohd Filus Ghazali) and Jury Choice Film Actor (Kamarulzaman Taib).
Shuhaimi’s supernatural film Waris Jari Hantu had taken home nine awards at last year’s ceremony.

Malaysia’s first film noir production, Kala Malam Bulan Mengambang, which emerged tops at the Malaysian Film Festival and scored big at the Anugerah Skrin 2008 last week, failed to shine this time around, securing only the Film Set Designer and Film Continuity awards.

Directed by Mamat Khalid, the film did receive a Special Jury award for the attempt of the producer and director at making “a film with a difference”.

M. Subash’s Pensil also received a Special Jury award for its attempt at “highlighting the issue of the handicapped”.

The Jury Choice Film Actress award went to Vanida Imran for her role in Akhirat, while Fauziah Nawi proved that she could move her viewers to tears when she was announced recipient of the Tear-Jerker Role award for her performance in the telemovie Mencari Syurga.

For the Male Villain Character award, Adi Putra, who shone in Akhirat, beat two other hopefuls, Mansher Singh (Vikrant) and Adlin Aman Ramlie (Susuk), while Raja Azura went home with the Female Villain Character award for her role in the telemovie Takbir Suci 2.

Meanwhile, Sepi, a drama about three individuals in the city learning about the meaning of love, loss and loneliness, bagged the Film Scriptwriter award (Mira Mustaffa and Ara) and Film Key Grip award (Dzulkafli Md Yusoh).

Fresh from his win at the Akademi Seni Kebangsaan, Rashid Sibir took home the Jury Choice Telemovie Director award.

Rosyam Nor bagged the Jury Choice Telemovie Actor award for Lahad, while Jury Choice Telemovie Actress award went to Haliza Misbun for Schizoid.

The Film Producer award was presented to Metrowealth Sdn Bhd, while Zeel Production (M) Sdn Bhd was honoured with the Telemovie Producer award.

The Telemovie Scriptwriter award went to Nazli Jaafar for Sesuci Al-Fitri.

It was interesting to note that comedy horror Antoo-fighter (produced by ImageBox Sdn Bhd and GBSB), which will only open at cinemas next week, clinched three awards — Film Visual Effects (Asrul Hisyam Ahmad), 3D Animator (Asrul Hisyam Ahmad) and Film Costume (Azizi “Chunk” Adnan).

The Tokoh Oskar 2008 award, which is similar to a lifetime achievement award, was presented to Norshah Tamby.

New Straits Times

Jee ‘Kekasih Baru’ Rosyam

31 Jul

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my


ROSYAM NOR kini begitu aktif menerbitkan drama untuk stesen televisyen tempatan.

NAMA-NAMA seperti Rita Rudaini, Eja, Rozita Che Wan dan Haliza Misbun semuanya sudah berpeluang berdampingan berlakon di samping aktor kacak, Rosyam Nor dalam drama bersiri yang sering kali mengisi slot Samarinda.

Malah tidak dinafikan, nama mereka yang disebutkan tadi sedikit sebanyak telah berjaya melonjakkan nama mereka di persada seni tanah air dan menjadikan mereka sebagai aktres yang diminati ramai.

Terbaru, penyanyi jelita, Fauziah Latiff atau lebih mesra dengan panggilan Jee, akan memasuki satu fasa baru dalam karier seninya apabila bakal bergandingan dengan Rosyam dalam beberapa projek terbaru terbitan syarikat aktor berkaliber itu.

Mungkin dengarnya agak mustahil apabila Jee akan menjadi seorang pelakon.

Masakan tidak, Jee yang semua kenali adalah seorang penyanyi dan sepanjang menjadi artis rakaman, belum pernah dia berlakon dalam drama tempatan apatah lagi dalam sebuah filem.

Cuma dia pernah beraksi di pentas teater dalam pementasan Rubiah sekitar tahun 1999.

Tetapi itulah yang berkali-kali dikatakan oleh Rosyam sementelah pihak media juga bagaikan tidak percaya apabila dikhabarkan dengan berita itu.

Bertemu dengan Rosyam sewaktu majlis pelancaran drama bersiri, Ku Milikmu di ibu negara baru-baru ini, aktor kelahiran Kuala Lumpur ini menjelaskan, sudah tiba masanya peminat Jee melihat dimensi baru dalam karier seninya.

Kata Rosyam, tawaran itu diajukan kepada Jee dua tahun yang lalu.

Ketika itu, Jee menyuarakan rasa kurang yakin dengan kemampuannya untuk berlakon dalam drama mahupun filem.

“Tetapi, saya katakan kepadanya, cuba lihat skrip dulu dan kemudian hubungi saya semula.

“Agak lama juga untuk mendapatkan jawapan dan akhirnya, dia menyatakan persetujuannya untuk mengorak langkah sebagai seorang pelakon. Saya memang tahu dia ada bakat sebagai seorang pelakon.

“Dari lakonannya dalam klip video nyanyiannya, dia sememangnya mempunyai potensi untuk bergelar pelakon. Malah, saya juga tidak mempunyai masalah untuk mengajarnya dan membentuk dirinya menjadi seorang pelakon,” tutur Rosyam mendedahkan rahsia beliau memujuk Jee.

Sebagai permulaan, Jee akan berlakon di samping Rosyam dan Fauziah Nawi dalam sebuah drama yang masih lagi belum berjudul yang akan ditayangkan pada hari raya nanti untuk siaran RTM.

Bukan itu sahaja, tahun hadapan, wajah anggun Jee akan dapat ditatap menerusi beberapa drama bersiri antaranya sebuah drama bersiri yang menggunakan judul lagu popularnya, Teratai Layu Di Tasik Madu yang bakal mengisi slot Samarinda di TV3.

Sebuah lagi drama bersiri adalah Gelora Di Hati Sara untuk siaran RTM dan sudah semestinya, Jee akan digandingkan bersama Rosyam yang juga bertindak sebagai penerbit.

Sebetulnya, dalam rancak berbual bercerita mengenai projek barunya itu, Rosyam turut ditanya mengenai ‘kehilangannya’ di layar televisyen.

“Saya masih lagi bernafas dalam industri. Memang saya akui, wajah saya semakin jarang ditatap di televisyen mahupun filem.

“Tetapi, itu bukan bermakna saya diam mahupun merajuk. Saya kini lebih aktif di belakang tabir sebagai penerbit dan juga sibuk dengan perniagaan saya,” katanya Aktor Terbaik Festival Filem Malaysia pada tahun 2003.

Namun di sebalik itu, hakikat sebenar dia jarang berlakon adalah disebabkan kehilangan dua insan tersayang dalam hidupnya telah pergi buat selama-lamanya yang membuatnya hilang semangat.

Mereka yang dimaksudkan adalah bapanya, Shamsuddin Mohamed Yusof yang meninggal dunia awal tahun ini akibat jangkitan paru-paru manakala abangnya, Zainal Ramli Shamsuddin pula menemui ajal tahun lalu kerana serangan jantung.

Bukan itu sahaja, Rosyam atau nama sebenarnya, Mohamed Noor Shamsuddin dengan terbukanya memberitahu, dia juga mahu berehat seketika selepas 25 tahun mengabdikan diri dalam dunia lakonan.

Watak matang
Aktor yang mula mencipta nama menerusi filem Gila-Gila Remaja pada tahun 1986 ini berkata, sudah sampai masanya untuk dia lebih selektif memilih watak yang sesuai dengan dirinya.

“Saya rasa memang berhak untuk saya kini memilih watak yang sesuai. Kalau memegang watak hero sekalipun, saya perlu memikirkan watak yang matang dan seiring dengan usia saya,” jelasnya sambil menyatakan contoh lakonannya dalam drama bersiri, Iris yang pernah mengisi slot Samarinda tidak berapa lama dulu.

Begitu juga wataknya dalam drama yang akan meruntun jiwa penonton pada malam raya kelak iaitu Mengejar Sinar apabila dia menjadi seorang suami yang menyalahkan dirinya atas kematian isterinya tanpa menyedari semua yang berlaku telah tertulis di loh mahfuz.

Drama berkenaan yang akan ditayangkan di TV3 turut menyaksikan gandingannya bersama aktres versatil, Fauziah Nawi untuk sekian kalinya di samping beberapa nama hebat lain seperti Aziz M. Osman, Erma Fatima, Ismail Yaacob dan pelakon cilik, Erynne Erynna.

“Saya mahu berdakwah melalu drama-drama terbitan syarikat saya dan Mengejar Sinar juga adalah salah satunya yang saya sifatkan sarat dengan mesej yang cukup berguna.

“Televisyen salah sebuah medium yang cukup baik dalam menyalurkan mesej yang berguna kepada masyarakat,” ujarnya sambil memberitahu drama berkenaan merupakan tahun keenam dia menerbitkan drama malam raya untuk TV3.

Dia juga bersyukur kerana peluang terus terbuka dan kepercayaan yang diberikan oleh stesen televisyen tempatan terhadap syarikatnya, Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd. membuatkannya begitu semangat menerbitkan karya berkualiti.

Perihal Ku Milikmu
Rosyam juga menongkah arus apabila pertama kali menerbitkan drama komedi romantik, Ku Milikmu yang akan mula ditayangkan pada 5 Ogos depan bagi menggantikan drama Sindarela untuk slot Lestary.

“Apa yang saya harapkan agar drama ini akan mendapat sambutan yang menggalakkan dari penonton. Ia merupakan sebuah drama cinta remaja yang pasti mampu memikat penonton,” jelasnya.

Ku Milikmu yang diarahkan oleh Along Kamaludin itu membariskan pelakon muda berbakat iaitu Zizan Nin, Eira Syazira, Farahdhiya, Liza Othman dan Khaty Fauziah.

Utusan Malaysia

Mimi Puas Berguling

5 Jun

Oleh Mohd Nasif Badruddin
mnasif@hmetro.com.my

Rap

BELUMPUN genap setahun berkecimpung di persada seni tanah air, pelakon dan pengacara jelita Mimi Rahzia Tamin, 29, mampu tersenyum lebar apabila sasarannya untuk men dapat watak utama dalam masa setahun menjadi realiti.

Kalau sebelum ini, wanita kelahiran Brunei ini berhem pas-pulas menghadiri pelbagai uji bakat untuk berlakon, tetapi kini dia terpaksa memikirkan dan menyusun beberapa tawaran yang menjengahnya.

Bukan jenis yang mudah berpuas hati, malah jauh sekali mendongak ke langit apabila terpaksa menolak tawaran. Cuma kata Mimi, dia tidak mahu dilabel pelakon murahan apabila ada yang menganggapnya sebagai pelakon belum popular, lantas menawarkannya watak adegan ranjang persis wanita gedik dan penggoda.

“Memang saya masih baru dalam bidang ini dan perlu bersikap merendah diri untuk menerima apa saja watak diberikan demi meluaskan horizon dalam lakonan. Namun saya juga ada maruah dan tidak mahu dilabel pelakon murahan yang hanya mempertaruhkan tubuh untuk babak tidak senonoh.

“Saya bimbang jika pada permulaan terbabit adegan se begini, ia akan melekat dan menjadi stigma negatif. Kalau boleh, saya elak adegan babak berpeluk, babak di ranjang, Minah Rempit dan apa saja yang bertentangan dengan norma Islam dan masyarakat Melayu,” kata bekas pramugari Royal Brunei Airlines ini.

Meletakkan sasaran untuk mencuba pelbagai watak dan terus mencipta nama sebaris pelakon popular sehingga akhir tahun ini, Mimi berkata ia bukan sesuatu yang mustahil untuk dicapai.

“Walau susah sekalipun, saya tetap cuba memberikan lakonan terbaik dan membuat sendiri aksi yang dikehendaki. Saya tidak segan untuk bermain lumpur, berguling, kena cekik dan pelbagai lagi, asalkan puas dengan aksi yang dilakukan. Sehinggakan saya pernah muntah dan sakit badan selepas melakukan aksi sebegini, tapi saya tidak kisah kerana puas hati,” katanya.

Bercerita lanjut mengenai kariernya, pemegang ijazah Sar jana Muda Kewangan dan Perakaunan, Universiti Teknologi Sydney-Kolej Taylors ini berkata, sehingga kini dia ber peluang membintangi lebih 10 drama dan baru saja tamat penggambaran drama bersiri Ritma Kampus arahan Zulkeflie M Osman dan Man Cheras.

Dalam drama yang menjalani penggambaran di Nilai, Negeri Sembilan itu, Mimi memegang watak Sabariah, se bagai Timbalan Presiden Kelab Kaunseling. Walaupun rajin belajar, namun dia menjadi ejekan kerana tidak pandai bergaya apabila sering berkaca mata tebal, rambut bertocang dua dan berbaju kurung.

“Cerita ini sangat menarik kerana ia menyerlahkan sudut lain diri saya. Kalau sebelum ini saya sering ditonjolkan dengan watak korporat, gadis kampung dan periang, tetapi kali ini saya menjadi seorang yang lurus bendul dan tempat mengadu bagi rakan sekolej.

“Cabarannya sangat besar kerana saya perlu keluar daripada watak diri saya sendiri dan perlu menyesuaikan susuk badan seperti kena membongkok, tutur kata yang tersekat-sekat dan pelbagai lagi. Namun saya seronok kerana dapat mencuba benda baru yang lain daripada sebelumnya,” katanya.

Sebelum ini, Mimi pernah menimba ilmu dengan menyertai Sanggar Teater Fauziah Nawi (Stefani) dan diberi kepercayaan sebagai teraju utama bernama Arfah dalam teater Lorong Blues yang dipentaskan di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur, tahun lalu.

Kata Mimi, dia sebenarnya berbangga dan terhutang budi kerana berpeluang berdamping dengan nama besar yang dihormati ramai dalam industri seni lakon tanah air sejak terbabit dengan teater yang memberi ilmu lakonan terbaik dan keyakinan diri.

Penampilannya pertama kali di kaca televisyen adalah menerusi dokudrama untuk tayangan RTM tahun lalu se belum disusuli dengan drama bersiri Iris secara komersial. Sementara mininovela Kerana Ayah yang diadaptasi daripada pertandingan cerpen Fair & Lovely MiniNovella Penuhi Hasrat Hatiku anjuran bersama Harian Metro pula adalah penampilan sulungnya memegang watak utama sebagai In tan.

Akui Mimi lagi, penampilannya sekarang banyak berbeza berbanding di awal kemunculannya di persada seni tanah air. Kalau dulu, dia kurang yakin dan mudah terasa, tetapi kini berubah apabila dia dikenali antara pelakon yang melonjak namanya.

“Alhamdulillah rezeki saya sekarang berterusan dan se makin cerah dalam bidang lakonan. Banyak pengalaman dan ilmu baru yang saya kutip sepanjang bergelar pelakon. Paling menggembirakan apabila sasaran untuk tahun pertama ber jalan lancar.

“Selepas ini saya berhasrat untuk mencipta nama di In donesia pula. Bagi saya ia bukan sesuatu yang mustahil meskipun orang kata susah dan perempuan di sana lebih lawa.

“Ketika saya mula melebarkan sayap ke Malaysia dulu pun, orang kata susah kerana saya berasal dari Brunei. Tetapi saya nekad mencuba dan buat yang terbaik, hasilnya sekarang saya diterima di sini. Jadi, saya juga akan lakukan perkara sama di masa akan datang untuk mencuba nasib di Indonesia pula,” katanya.

Mimi yang pernah bergandingan bersama Belinda Chee mengacarakan rancangan travellogue, Teman (8TV) musim pertama tahun lalu berkata, dia tidak ralat sama sekali apabila hanya Belinda yang kekal mengacarakan Teman musim kedua bersama Melissa Maureen.

Kata Mimi, tumpuannya sekarang adalah di bidang lakonan dan setiap orang ada rezeki masing-masing. Baginya, ia keputusan penerbit untuk memilih sesiapa saja dan berterima kasih kerana mendapat banyak pengalaman sewaktu me ngacarakan Teman musim pertama.

Baginya, Teman musim kedua lebih menonjol kerana memfokuskan kepada pengacaraan berbanding drama pada musim pertama. Malah Teman kali ini lebih luas skopnya apabila turut menjelajah ke luar negara.

PROFIL

NAMA PENUH: Mimi Rahzia Tamin

NAMA KOMERSIAL: Mimi

TEMPAT LAHIR: Brunei

TARIKH LAHIR: 13 Januari 1979

ADIK-BERADIK: Anak kedua daripada enam beradik

PENDIDIKAN: Ijazah Sarjana Muda Kewangan dan Per akaunan, Universiti Teknologi Sydney-Kolej Taylors

KERJAYA: Pelakon, pengacara dan model

IKLAN: Perodua

PENGACARAAN: Teman (8TV)

TEATER: Lorong Blues

FILEM: 9 September

DRAMA: Kerana Ayah, Impian Ilyana, Iris, Dinasti Bilut, Nek Nak, Ritma Kampus, Intan Asmara, Tangisan Bulan Madu, Elit, Cinta Gila, Pasrah

KREDIT

MEKAP: Amie D’ Kossas (019-3681351)

Powered by Harian Metro

Ujian Menerbitkan Noda Semalam

30 May

Oleh SAHARUDIN MUSTHAFA saharudin.musthafa@utusan.com.my

AKSI Remy Ishak (kanan) yang turut membintangi telemovie Noda Semalam di lokasi penggambaran.

MENGHASILKAN sebuah telemovie barangkali dianggap sebagai kerja mudah bagi sebilangan besar penonton.

Hakikatnya, hanya penerbit dan pengarah sahaja yang terpaksa menelan pelbagai keperitan dan kesukaran ketika proses penghasilan sesebuah telemovie dibuat.

Bagi syarikat produksi Zeel Production Sdn. Bhd., yang menerbitkan telemovie Noda Semalam untuk siaran TV3 malam esok menerusi slot Cerekarama, ia bukan sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan.

Bahkan, penerbitnya, Md. Fadzil Teh tidak terduga akan diuji sedemikian rupa untuk menghasilkan buah tangan terbaru syarikat produksi yang diketuainya itu.

Noda Semalam arahan sutradara, Muhammad Murali Abdullah memaksa Fadzil berhadapan dengan cabaran yang bukan kecil.

Cabaran pertama bermula apabila hero utama telemovie itu menarik diri pada saat-saat akhir akibat terikat dengan komitmen lain.

“Saya bernasib baik kerana Ezany Nizarif bersedia mengambil alih tugas itu. Biarpun ditawarkan di saat-saat akhir, namun Ezany memberikan lakonan yang hebat dan menepati kehendak produksi,” kata Fadzil kepada Hits ketika berkongsi cerita mengenai produksi Noda Semalam.

Sangkaan Fadzil pertukaran hero akan menamatkan cabaran produksi Noda Semalam rupanya meleset apabila salah seorang jurugambar yang sering menyertai produksi Zeel Production pula terpaksa menarik diri kerana terikat dengan urusan keluarga.

Sekali lagi, Fadzil dan team produksi memikirkan pengganti yang boleh mengambil alih tugas tersebut.

Ujian terus menghimpit produksi Noda Semalam selepas salah seorang aktor utama telemovie itu, Razali Buyong pula membawa khabar duka apabila kakaknya meninggal dunia ketika penggambaran sedang berlangsung.

“Menyedari kedudukan Razali yang sedang berduka dan tidak mampu memberi komitmen terhadap telemovie ini menyebabkan kami terpaksa mencari pengganti lain.

“Alhamdulillah, Zulkifli Zain menyatakan kesediaannya menggantikan tempat Razali,” kata Fadzil menyambung perbualan.

Kesediaan Zulkifli menggantikan Razali membuatkan seluruh team produksi Noda Semalam dan Fadzil bersemangat untuk meneruskan penggambaran.

Namun begitu, ketika di lokasi penggambaran Noda Semalam yang berlangsung di Batu 14, Hulu Langat, Selangor, Zulkifli pula pengsan dan keadaan itu sekali lagi mengejutkan seluruh team produksi.

“Sudah tentu kami semua bimbang. Tetapi, Alhamdulillah, selepas melakukan pemeriksaan, beliau (Zulkifli) disahkan sihat,” terang Fadzil lagi.

Berkat kesabaran dan kerja keras semua pihak akhirnya membuahkan hasil dan Noda Semalam bakal ditayangkan malam esok menerusi slot Cerekarama.

Selain Ezany dan Zulkifli, Noda Semalam yang menampilkan skrip tulisan Abdul Rahim Awang turut mempertaruhkan aktres tersohor tanah air, Fauziah Nawi, Jasmin Hamid, Shaheizy Sam, Delimawati, Remy Ishak dan ramai lagi.

Telemovie ini memparkan kisah seorang anak malang yang menghidap penyakit leukemia cuba menjejaki ibu kandungnya.

“Jalan cerita telemovie ini mungkin sesuatu yang biasa bagi sebilangan besar daripada kita. Namun, penekanan yang diberikan dalam cerita ini ialah bagaimana mesej disampaikan dan bagaimana audiens menerima mesej berkenaan,” kata penerbit itu lagi.

Noda Semalam juga jelas Fadzil, menghadiahkan penonton sisi lakonan Fauziah yang berbeza dengan pendekatan lakonannya sebelum ini.

Fadzil sedar ramai yang mempersoalkan kenapa Zeel Production terus menawarkan Fauziah watak yang stereotaip.

“Saya berani beri jaminan, lakonan Fauziah kali ini jauh berbeza daripada apa yang pernah kita tonton sebelum ini,” janji Fadzil kepada audiens mengenai lakonan Fauziah Nawi dalam Noda Semalam.

Noda Semalam jelas Fadzil, masih mengekalkan pendekatan drama yang berteraskan air mata kerana ia memenuhi kriteria penerbitan telemovie untuk slot Cerekarama.

Selain jalan cerita dan pelakon, Zeel Production juga ujar Fadzil sering menitikberatkan pemilihan pengarah untuk mengemudi sesebuah produksi.

Dan untuk Noda Semalam, pengarah Murali menjadi pilihan lantaran keyakinan Fadzil terhadap karisma sutradara itu.

Murali sebelum ini pernah memberikan sentuhannya pada telemovie Janji Seorang Anak juga terbitan Zeel Production.

“Saya menyenangi kerja Murali. Dia begitu teliti dalam segenap aspek penerbitan telemovie.

“Murali sentiasa memastikan semua kerja penerbitan dilakukan sehingga proses terakhir sebelum menyerahkan hasilnya kepada saya.

“Yang istimewanya, Murali juga sangat arif terhadap kerja-kerja penataan muzik. Ini memudahkan kerja-kerja produksi,” kata Fadzil merakamkan penghargaan pada pengarah itu.

Powered by Utusan Malaysia

‘Kejayaan’ Kilang AF

18 May

Oleh SOFIATUL SHIMA WAN CHIK

KONSERT akhir Akademi Fantasia musim keenam hanya tinggal beberapa hari sahaja. Ini bermakna tapak mula untuk kesemua pelajar bergelar bintang semakin hampir.


DIAM ATAU MEMBAWA DIR?TATKALA suara Nana berkumandang setiap hari di radio dan Mawi membawa langkah demi langkah ke pentas anugerah dan negara luar untuk ‘menjual’ bakat, beberapa nama yang dulunya pernah ditepuk sorai diam terus. Ke mana agaknya Lotter yang dahulunya merupakan naib juara AF4? Khabarnya dia sekarang lebih senang bersama anak-anak band untuk bergerak sendiri. Amirul, Fuad dan Kaer lebih selesa bergelar pelajar di negara asing. Ebi pula selesa bergelar pelakon walau pernah juga bergelar naib juara yang diadili melalui nyanyiannya. Lima bintang AF yang sempat ditemuramah ini menceritakan ‘kesepian’ mereka selepas bergelar bintang.

Mengenang kembali perkembangan semua 76 bintang yang lahir menggunakan platform yang sama, ada yang berjaya bergerak dengan bakat yang berbeza.

Ada yang mekar bergelar bintang dan masih megah di kaca televisyen dan dada majalah. Dan tidak kurang pula yang sepi membawa diri masing-masing.

Persoalannya, adakah populariti yang dicipta di pentas AF mampu membawa mereka terus kekal di hati dan pemikiran peminat yang dahulunya menyanjung tinggi mereka dengan SMS?

AHMAD AZIZI MOHAMED Tempat Ketiga Musim Pertama

AZIZI menegaskan ada golongan yang lebih pentingkan paras rupa.

Sewaktu Azizi dihubungi, jejaka kelahiran Pahang ini sedang bersiap-siap ke negeri kelahirannya untuk menghadiri undangan nyanyian. Dan sambungnya, Julai nanti dia bakal muncul dalam undangan untuk Kosmetik Avon bersama Mawi.

Terdengar sedikit keluhan akan nasibnya yang dibezakan, Azizi terlalu merendah diri sewaktu menegaskan bahawa masih ada golongan yang mementingkan paras rupa berbanding bakat.

Namun, itu bukanlah halangan untuk dirinya bergerak sendiri dalam mempersiapkan album kedua yang sangat diimpikannya.

Masih mempunyai ruang untuk bergerak menyanyi dan menjadi hos bagi undangan yang dicarinya sendiri, Azizi menyimpan impian yang kuat untuk mempunyai album dan tidak bersikap kalkulatif untuk tampil di mana undangan sekali pun.

“Saya tahu AF adalah program tahunan yang mempunyai permintaan daripada penonton. Segalanya terserah kepada mereka untuk menilai bakat. Rezeki terletak pada tangan masing-masing,” ujarnya yang akan muncul dalam rancangan Kwek Mambo dan bertemu empat mata kembali dengan idolanya, Anita Sarawak yang pernah memberinya buah epal buat peniup semangat.

FELIX AGUS Naib Juara Musim Ketiga

ALBUM bahasa Dusun akan dipersembahkan Felix.

Masih lucu dan berjenaka, Felix menganggap kesepian dirinya daripada mata dan telinga masyarakat luar adalah ‘diam-diam ubi berisi’. Dia kini selesa berada di Sabah mempersiapkan album dengan bantuan rakan-rakannya.

“Saya kini sibuk merakamkan album yang mempunyai campuran bahasa Dusun dan Melayu yang dirakamkan di negeri kelahiran saya,” terangnya.

Menurut Felix, projek ini dilakukan sendiri dengan kos yang ditanggung sendiri. Menyuntik sedikit pengaruh band pujaannya iaitu Search dan Dewa 19, album ini lebih cenderung ke arah genre rock.

Kontraknya bersama Maestro hampir habis tiga bulan lagi dan kerana bakat yang dipertaruhkannya, dia sudah menerima beberapa tawaran syarikat rakaman.

Namun segalanya masih dipertimbangkan. Jejaka yang pernah digosipkan dengan Akma AF3 ini menganggap senyap adalah suatu keselesaan buat dirinya, selain memberi peluang buat artis baru di bawah bumbung yang sama untuk mencari lebih ruang.

Felix masih rapat dengan rakan-rakan yang ditemuinya lewat program realiti popular itu. Katanya dia baru selesai mendaki Gunung Kinabalu bersama Yazer dan Ebi. Agak mengeluh dengan proses penggambaran Aduh Saliha, Felix menolak watak-watak sedih dan perlu membuatnya mengeluarkan air mata. Katanya dirinya tidak seperti itu.

NURLIZAWATY MOHD ISMAIL Finalis Musim Pertama

GADIS Roda Impian menunggu hari bergelar isteri.

Gadis yang dikatakan mempunyai suara gemeresik ini pernah hangat digosipkan dengan juara AF1. Namun selepas keluar dari istana AF dan selesai tugasnya membuka kotak Roda Impian, namanya seakan sepi. Menjadi finalis musim pembuka tidak mampu membuatkan nama Liza segemeresik suaranya.

Menurut Liza yang sudah pun menjadi tunangan orang pada bulan Januari lalu, dirinya kini hanya sibuk dengan mengikuti cara Gempak Selebriti The Musical yang dibawakan oleh Astro. Selain itu, kecintaan terhadap nyanyian masih ditumpahkan pada acara makan malam atau undangan nyanyian biasa.

“Album sepatutnya ada mengikut perancangan tapi nampaknya sudah terlambat sangat. Kontrak juga sudah nak habis. Liza sendiri tak tahu untuk menyambung lagi kontrak atau tidak,” ujarnya yang masih menaruh harapan untuk mempunyai album.

Liza tidak menganggap dirinya senyap terus dalam industri namun dia lebih banyak membawa haluan sendiri yang membuatkan masyarakat tidak perasan akan kesibukannya.

Lebih banyak terlibat dengan undangan sendiri dan tidak muncul kerap di kaca televisyen membuatkan dirinya tampak sepi.

Lucu mengikut gelak tawanya namun realiti apabila ditanya apakah yang menjadi keutamaan bagi dirinya, jawabnya jujur adalah perkahwinannya yang bakal dilangsungkan awal tahun hadapan bersama jejaka Kedah berkulit hitam manis.

NURULLAH ABD HAMID Bintang Musim Kedua

NURUL lebih selesa dikelilingi kanak-kanak.

Hatinya gadis kecil molek ini lembut, teringat ketikanya dia dimarah oleh Fauziah Nawi kerana gagal menyebut tugasan yang diberikan dengan lancar. Namun semangatnya tidak selembut jiwanya yang halus.

Dia mempunyai jalan sendiri untuk terus mekar dalam industri yang dipilihnya. Nurul baru selesai dengan pengajiannya dan kini sudah mempunyai syarikat sendiri yang diusahakan bersama teman.

Beta Sutra Entertainment memberi ruang untuk Nurul membuat acara hiburan dan multimedia. Mirip dirinya yang kecil dan manja seperti kanak-kanak, Nurul turut terlibat dengan rancagan Boom Ciki Ciki Boom Boom yang disiarkan di saluran RTM1 pada setiap Sabtu.

“Saya buat lirik dan lagu kanak-kanak.

“Dan sekarang sibuk mencungkil bakat untuk menulis lirik dan lagu untuk sesiapa yang berminat,” ujarnya.

Dia akur dengan ketentuan yang dia tidak mempunyai album untuk diketengahkan namun masih menyimpan hasrat.

“Mahu buat album sendiri tapi nampaknya bajet tidak mengizinkan.”

VELVET LAWRENCE ADUK Finalis Musim Keempat

SERING dilihat bersama Rich, Velvet sibuk menyiapkan album sulung.

Sudah diketahui ramai akan hubungannya dengan vokalis Estranged dan wajahnya tidak lekang dilihat ketika band popular itu beraksi di mana-mana.

Pemenang tempat kelima musim keempat ini menganggap dirinya sepi kerana bersebab. Sibuk menyiapkan album yang membawa buah tangan Ajai dan Adnan Abu Hassan, proses album debutnya sudah mempunyai lima buah lagu dan tinggal tiga buah lagu lagi untuk melengkapkannya menjadi sebuah album.

Velvet yang manis ini masih ligat dengan undangan nyanyian makan malam namun fokusnya dihadapkan 100 peratus ke atas album. Ujar Velvet, dia masih bergelar artis.

Powered by Kosmo

Cerita Itu Karut! – Aqasha

22 Apr

AQASHA mengakui cukup selesa dan serasi berlakon bersama pasangan lakonan terbarunya, Fazura dalam drama bersiri, Bicara Cinta yang akan ditayangkan di Astro Prima bermula 7 Mei depan. Gambar JEFFRI IRAN

TIBA-TIBA sahaja, nama aktor dan penyanyi kacak ini, Firdee Akassya Rosli, 26, atau dengan nama komersialnya, Aqasha menjadi bualan. Dia menjadi mangsa gossip liar kononnya menjalin hubungan cinta dengan model dan pelakon terkenal, Nasha Aziz sewaktu mereka digandingkan bersama membintangi telemovie arahan Rashid Sibir, Kasihnya Mia.

Saat diajukan soalan tersebut kepada empunya diri, tiada kata yang mampu dilafazkannya melainkan dengan memberikan wajah yang cukup terkejut kerana tidak menyangka sama sekali namanya dibabitkan dengan model terkenal itu.

Dia yang terkejut dengan berita itu menganggap berita itu sebagai tidak berasas serta sebuah cerita yang karut.

“Siapalah saya untuk mendampingi Nasha. Saya masih lagi berpijak di bumi nyata. Jujurnya, saya memang tidak menyangka sama sekali hubungan kami yang hanya sekadar teman artis telah disalah erti oleh sesetengah pihak.

“Saya profesional dalam kerja dan saya pasti Nasha juga begitu. Saya berharap agar cerita sebegini tidak timbul lagi dan semoga penjelasan saya ini dapat menjawab segala persoalan anda juga,” jelas Aqasha penuh mengharap ketika ditemui pada majlis pelancaran drama bersiri Astro Megadrama, Bicara Cinta di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Malah, Aqasha memberitahu, hubungannya dengan Tasha yang juga bekas peserta konsert prelude Akademi Fantasia musim keempat pada ketika ini juga masih berjalan dengan lancar dan tiada masalah yang mereka hadapi sepanjang perhubungan mereka.

“Kami masih lagi berkawan dan hubungan kami masih baik seperti biasa. Kami berjaya mengekalkan hubungan yang harmoni setakat ini. Malah, saya juga tidak mahu terlalu merancang untuk membawa hubungan kami ini ke peringkat perkahwinan.

“Saya berserah kepada qada’ dan qadar dalam menentukan siapa jodoh saya. Mungkin juga kerana sebelum ini, beberapa hubungan cinta saya menemui kegagalan dan ia sedikit sebanyak mempengaruhi diri saya untuk lebih berhati-hati.

“Seandainya jodoh saya bersama Tasha, saya terima dan begitu juga sebaliknya. Buat masa ini, saya suka melihat bagaimana kami mengekalkan hubungan ini dan menjaga ikatan silaturahim itu dengan sebaiknya,” cerita Aqasha yang mula mencipta nama sebagai seorang pelakon menerusi filem Embun arahan Erma Fatima pada tahun 2002.

Bercerita tentang karier seninya pula, dalam diam, anak jati Kuala Lumpur ini sudah memasuki tahun kedua pengajiannya dalam bidang kejuruteraan audio di Kolej Muzik Antarabangsa (ICOM) sepenuh masa sejak tahun 2007 lagi.

Dia mengakui, begitu meminati bidang muzik dan keinginannya melanjutkan pengajian dalam bidang tersebut sebagai jaminan masa depan kerana Aqasha akur bahawa industri hiburan tanah air ada pasang dan surutnya.

“Setidak-tidaknya, saya sudah mempersiapkan diri saya dengan ilmu pengetahuan serta saya dapat aplikasikan apa yang saya belajar dalam pengajian saya ini untuk menerbitkan lagu-lagu saya sendiri kelak.

“Setakat ini, memang saya banyak mencipta lagu dan koleksi saya juga kalau dikira sudah cukup untuk membuat sebuah album. Saya akan membuat kemunculan semula selepas saya tamat belajar yang dijangka pada awal 2010 kelak. Mungkin saya akan melahirkan sebuah album mini selepas ini. Pastinya saya akan lebih berpuas hati kerana dapat menentukan arah tuju saya dalam bidang muzik,” ujarnya.

Anak muda itu sebelum ini pernah menjadi artis rakaman Suria Records (SRC) selama lima tahun dan sempat melahirkan dua buah album iaitu Cahaya Hati (2001) dan Impian (2002).

Malah menerusi dua buah album itu juga, Aqasha yang memiliki suara yang boleh dikategorikan sebagai penyanyi bersuara jantan pernah mencuri perhatian peminat hiburan tanah air dengan lagu Cahaya Hati dan Embun.

Kegagalan

Namun, tidak berasa putus asa dengan kegagalan kedua-dua buah albumnya sebelum ini, Aqasha memberanikan diri dengan menceburi bidang lakonan yang ternyata berjaya meletakkan dirinya sebagai antara pelakon pelapis yang berwibawa membawa karakter yang diberikan.

“Saya bersyukur kerana rezeki saya cukup murah dalam bidang lakonan dan walaupun begitu, saya tetap akan memilih karakter yang bersesuaian dengan diri saya kerana saya tidak mahu dilabelkan sebagai tamak dan mengambil apa sahaja watak yang diberikan kepada saya.

“Seandainya nanti saya tidak mampu membawakan watak yang diberikan, saya juga akan dilabelkan sebagai seorang pelakon yang tidak pandai berlakon,” ucapnya jujur saat ditanya tentang pasangan pelakonnya.

Baginya, apa yang paling penting untuk setiap drama mahupun filem adalah keselesaan dan keserasian itu akan datang sendiri dalam diri masing-masing.

Anak muda ini mengakui beliau cukup selesa berlakon di samping Rita Rudaini dan terbaru, Nur Fazura yang pertama kali digandingkan bersama saya dalam Bicara Cinta. Begitu juga dengan Nasha yang disifatkannya sebagai pelakon berbakat.

Selain Aqasha dan Fazura, Bicara Cinta yang akan menemui penonton setia saluran Prima (saluran 105, Astro) pada setiap hari Rabu bermula 7 Mei depan pukul 9.30 malam selama satu jam turut dibintangi Beego, Zizie Izette dan Fauziah Nawi.

Powered by Utusan Malaysia

Dunia Kanak-Kanak Zoey

21 Apr

Oleh Norhadiani Baharom
yanie@hmetro.com.my

Rap

MENATAP raut wajahnya, bagaikan budak belasan tahun yang masih bersekolah menengah.

Namun, siapa sangka Mohd Hairey Azhar atau mesra disapa abang Zoey di kalangan peminat cilik sebenarnya sudah berusia 23 tahun selain pemegang diploma dalam Rekaan Hiasan Dalaman.

Barangkali kerana tuah berwajah comel, memudahkan laluan Zoey membina karier sebagai pengacara program kanak-kanak, Gerak Geri Gasing (GGG) yang disiarkan menerusi saluran Astro Ceria, meskipun itulah pengalaman pertama beraksi di depan kamera.

Melaluinya, Zoey mendaki populariti dalam sekelip mata dan menjadi pengacara kesayangan penonton cilik. Bayangkan, dek kerana kerana terlalu teruja melihatnya ada peminat bertindak agresif sehingga menyebabkan Zoey jatuh longkang.

“Mereka berasak-asak mahu bergambar dan mengambil autograf saya sehingga makin lama semakin ke belakang sehingga jatuh ke longkang. Kelakar betul waktu itu namun ia pengalaman cukup manis yang tidak mungkin saya lupakan.

“Sebenarnya saya tidak pernah merancang menjadi pengacara sebaliknya sekadar mencuba nasib pada sesi uji bakat GGG. Itupun atas desakan abang yang berkali-kali mahu saya mencuba.

“Bagi orang yang tiada pengalaman langsung, memang mengejutkan apabila dimaklumkan terpilih walhal pada hari uji bakat ramai artis remaja dan bintang Akademi Fantasia yang datang.

“Namun entah apa agaknya yang produser nampak pada saya sehingga berani memberi kepercayaan ini untuk saya galas. Alhamdulillah, diam tak diam sudah masuk musim ketiga saya mengendalikan program itu,” katanya.

Tidak ingin selama-lamanya dikenali sebagai pengacara program kanak-kanak, duta Astro Ceria selama dua tahun ini juga memasang impian mengendalikan program hiburan yang mensasarkan kelompok remaja dan dewasa. Atau erti kata lain menjadi pengacara versatil.

Bagaimanapun, dalam merancang perjalanan seninya pemuda kelahiran Besut, Terengganu yang menjadikan Aznil Nawawi sebagai idola tidak pula berasa bosan dikelilingi kanak-kanak.

“Sememangnya saya selesa mendampingi kanak-kanak kerana saya sendiri sukakan budak-budak. Malah, setiap musim saya bertambah yakin dan selesa mengemudi GGG.

“Barangkali orang ramai mempunyai persepsi mengacarakan program kanak-kanak tidak mencabar atau tugas mudah tetapi tidak semua pengacara mampu mengendalikan program sedemikian.

“Kanak-kanak adalah manusia paling jujur. Mereka akan melakukan apa saja yang diinginkan dan tidak pandai menyembunyikan perasaan.

“Contohnya dalam GGG, ada peserta yang terlalu emosi apabila kumpulan mereka tewas. Segelintirnya pula terlalu aktif, tidak kurang yang pemalu sedangkan kamera mahu merakam ‘mood’ dalam keadaan terkawal dan ceria.

“Justeru, sebagai pengacara saya perlu memainkan peranan bukan saja dalam memastikan program berjalan lancar malah untuk membuatkan mereka selesa berhadapan dengan kamera,” katanya.

Sempena musim cuti sekolah Mei nanti, Zoey akan kembali ke rakaman GGG musim ketiga yang tampil dengan beberapa kelainan. Hadiah yang disediakan lebih lumayan berbanding tahun lalu.

Beberapa perubahan turut dilakukan, jika dulu warna kuning, merah, biru dan hijau diguna sebagai nama kumpulan, untuk musim terbaru ini ia diubah kepada nama produk keluaran Steadtler selaku penaja musim kali ini.

“Bukan itu saja, peserta juga akan digandingkan dengan selebriti cilik Astro seperti pelakon Hikayat Putera Shazlan dan Geng Bas Sekolah sebagai satu pasukan.

“Lebih menarik, hadiah yang disediakan juga lumayan kerana peserta berpeluang memenangi komputer riba dan telefon bimbit,” katanya.

Pernah berjinak-jinak dalam dunia komersial sebagai model iklan sebelum bergelar pengacara, anak keempat daripada lima beradik yang semuanya lelaki ini turut mengasah bakat dalam bidang lakonan.

Bermula dengan Impian Ilyana, Zoey kemudian dilamar membintangi siri terbitan Ace Motion Pictures, Bong, yang memenangi Drama Komedi Terbaik di Anugerah Skrin 2007 diikuti Fara.

Terbaru, Zoey sedang menjalani penggambaran drama Putera Asmara yang turut dibintangi artis popular antaranya, Watie Elite, Intan Sarafina dan Zamarul Hisham.

Tidak lama lagi dia juga bakal menjalani penggambaran drama Impian Ilyana musim keempat dan difahamkan peranannya kali ini lebih besar berbanding musim pertama.

“Saya tidak pasti bagaimanakah jalan cerita atau konflik yang berlaku pada musim keempat ini namun saya difahamkan watak yang dibawakan dikembangkan lagi.

“Berlakon tidak semudah disangka. Sampai sekarang saya masih ingat peristiwa dimarahi pengarah Aziz M Osman ketika menjayakan penggambaran Fara. Abang Aziz mengarahkan saya naik, turun tangga sebanyak tiga kali gara-gara ‘mood’ lakonan tidak sampai.

“Namun saya percaya setiap teguran dan kritikan itu adalah terapi paling berkesan untuk menjadikan kita lebih baik pada masa akan datang. Sejak kejadian itu juga saya lebih peka dan komited terhadap tugas saya.

“Kalau diberi kesempatan saya teringin sekali berlakon di samping pelakon hebat, Fauziah Nawi,” katanya

Biarpun setiap tawaran perlu ‘ditapis’ terlebih dulu oleh Astro Ceria, Zoey tidak pernah berasa terkongkong kerana dia juga bukan jenis orang yang terburu-buru untuk merebut semua peluang.

“Buat masa sekarang, saya lebih selesa mengambil watak ringan kerana belum begitu yakin dengan kemampuan. Dari segi pengacaraan pula, sebagai selebriti Astro, kami mempunyai perjanjian apabila tidak boleh terbabit dengan sebarang program terbitan stesen lain.

“Bukan setakat itu saja, sebagai duta Astro Ceria saya juga terikat dengan beberapa syarat iaitu tidak boleh mengunjungi kelab malam termasuk merokok,” katanya.

Jika tidak terbabit dengan sebarang urusan seni, pemuda berbintang Capricon ini akan membantu abangnya menguruskan syarikat milik keluarga iaitu Calista Design.

“Calista Design sebuah syarikat menyediakan perkhidmatan rekaan hiasan dalaman untuk pejabat serta pelbagai kemudahan berkaitan bidang seni bina kerana abang saya seorang arkitek.

“Jika ada pihak berminat untuk mengetahui lebih lanjut fokus syarikat ini dan kemudahan yang disediakan boleh mendapatkan maklumat dengan melayari laman web http://www.calistadesign.t35.com. Mereka juga boleh berhubung dengan kami menerusi nombor yang tentera,” katanya.

PROFIL

NAMA: Mohd Hairey Azhar

PANGGILAN: Zoey

TARIKH LAHIR: 3 Januari 1985

UMUR: 23 tahun

BINTANG: Capricon

ASAL: Besut, Terengganu

KARIER: Model, pelakon, pengacara

Powered by Harian Metro

Kempen Astro Megadrama

17 Apr

Oleh Mohd Nasif Badruddin
mnasif@hmetro.com.my

Rap

DALAM usaha menyokong pembangunan seni tanah air dan menawan hati pelanggan, Astro kini menyediakan kepelbagaian kandungan tempatan untuk memenuhi cita rasa audien berbeza dengan peningkatan kandungan tempatan kepada 3,900 jam tahun ini melalui kempen Astro Megadrama di empat salurannya yang berbahasa Melayu.

Kempen ini bukan saja mendapat sambutan positif daripada pelanggan, malah turut memberi insentif kepada penerbit tempatan berusaha lebih gigih supaya hasil karya mereka dapat diketengahkan. Platform Astro Megadrama juga membuka ruang kepada anak seni termasuk pelakon, pengarah dan penulis skrip untuk terus berkarya.

Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn Bhd, Zainir Aminullah, berkata mereka bangga dapat memainkan peranan dalam meningkatkan taraf dan kualiti produksi tempatan di samping membantu perkembangan seni tanah air.

“Platform ini sebahagian daripada perancangan kami untuk menjadikan Astro sebagai destinasi utama pengisian program pelbagai genre khusus untuk tontonan semua selain kejayaan program realiti seperti Akademi Fantasia, Raja Lawak dan Sehati Berdansa. Drama ditawarkan ini merangkumi pelbagai genre termasuk bercorak kekeluargaan, komedi, romantik dan aksi.

“Himpunan drama terbaik untuk saluran Astro Ria, Astro Prima, Astro Oasis dan Astro Ceria dipastikan mempunyai pengisian yang diwarnai dengan nama besar dalam arena hiburan tanah air, jalan cerita padat dan menghiburkan serta kualiti produksi bermutu tinggi.

“Untuk menghangatkan lagi kempen ini, setiap bulan sebuah drama akan dipilih untuk dipertontonkan kepada pihak media dan pelanggan Astro bertuah sebelum disiarkan di kaca televisyen,” katanya ketika pelancaran Astro Megadrama di Cineleisure Damansara, Petaling Jaya, kelmarin.

Hadir sama Ketua Program Melayu Astro, Haris Ismail; Pengurus Saluran Astro Prima, Khairul Anwar Salleh; Pengurus Saluran Astro Ria, Khairul Mizan Shagull dan Pengarah Drama Bicara Cinta, Rashid Sibir.

Mei ini, drama bersiri 26 episod, Bicara Cinta akan mula bersiaran menerusi kempen Astro Megadrama sebagai pembuka tirai. Drama berdurasi satu jam ini menampilkan gandingan pelakon baru dan lama iaitu Aqasha, Fazura, Beego, Zizie Ezette, Fauziah Nawi dan Ahmad Tarmimi Siregar.

Drama yang akan bersiaran mulai 7 Mei, setiap Rabu jam 9.30 malam di Astro Prima ini mengisahkan percintaan antara Tuah dan Mila yang bermula dengan perasaan benci tetapi kemudiannya berputik menjadi cinta. Tuah mewarisi perniagaan batik dan songket milik ayahnya dan mengambil Mila yang menguruskan perniagaan itu.

Mila memperlihatkan idea dan rekaan baru tetapi tidak dipersetujui oleh Tuah yang masih mahu mengekalkan rekaan lama. Disebabkan itu, Mila berhenti dan memulakan perniagaan sendiri. Selepas itu pelbagai rintangan ditempuhi serta hubungan cinta mereka tidak direstui ibu bapa masing-masing dan kini hanya masa yang menentukan kesudahannya.

Sementara itu Rashid Sibir berkata, Bicara Cinta menggandingkan tema berat, cinta, kekeluargaan dan komedi dengan latar perusahaan batik dan songket di Kelantan yang secara tidak langsung mengangkat kembali khazanah tradisional itu.

“Dari segi pembikinan saya tidak menghadapi banyak masalah kerana Astro memberi kebebasan untuk berkarya serta tidak menyekat kreativiti. Malah, pemilihan pelakon yang dicadangkan di peringkat awal diterima baik tanpa banyak soal. Sebenarnya sewaktu menulis skrip bersama panel skrip Opera Klasik Sdn Bhd, saya sudah membayangkan siapa pelakon sesuai yang akan membawakan watak tertentu dan bersyukur kerana ia berjalan lancar mengikut perancangan.

“Selain itu, kombinasi pelakon baru dan lama yang dipilih berdasarkan populariti dan komitmen mereka yang senang bekerja. Penampilan pelakon sudah ada nama akan menarik perhatian peminat mereka untuk menyaksikan drama ini selain kekuatan jalan cerita yang ditampilkan.

“Dari segi pemilihan lagu Ketulusan Hati nyanyian Anuar Zain pula, memang dari awal lagi kami merancangnya kerana ia sesuai dengan tema penceritaan drama ini. Cinta sebenarnya harus diucap dan bukannya dipendam,” katanya.

Selain Bicara Cinta, Astro Prima juga membariskan drama bersiri terbaik iaitu Papaku Rock, setiap Rabu jam 10.30 malam dan Tentang Bulan The Series, setiap Isnin jam 10.30 malam. Manakala telemovie Atas Nama Ibu akan bersiaran pada 11 Mei jam 9 malam dan Keris Lama pada 25 Mei juga jam 9 malam.

Powered by Harian Metro