Archive | September, 2009

Serasi Bersama

29 Sep

Oleh Nurulhisham Abdul Latiff
nurul@bharian.com.my

Nora Danish dan Ryzal makin bersefahaman sejak digandingkan dalam Sumpah Bunian

SESI fotografi membabitkan dua pelakon, Ryzal dan Nora Danish, berlangsung dalam suasana cukup ceria. Kedua-duanya bukan saja mudah memberikan kerjasama, sebaliknya mereka sendiri begitu akrab. Keadaan itu membolehkan situasi lebih spontan dapat dirakam.

Kononnya, dalam drama sebabak mereka petang itu, Nora teringin sekali menikmati suasana Aidilfitri di kampung pada tahun ini. Menyedari impian Nora, Ryzal yang berasal dari Alor Star, Kedah, tanpa ragu-ragu mengundang rakannya beraya bersama keluarganya di sana.

Pelakon drama bersiri Puteri itu juga terpikat dengan jemputan berkenaan, lalu bersiap sedia untuk berangkat dengan keretanya ke kampung halaman Ryzal.

Pada hakikatnya, Nora hanyalah menyambut 1 Syawal lalu bersama keluarga serta anak lelakinya, Putera Raiqal Ramli di Kuala Lumpur.

“Sebenarnya raya ini, saya tidak ke mana-mana. Kami anak-beranak duduk di rumah saja. Apatah lagi inilah kali pertama kami beraya bersama Raiqal. Dia cucu pertama keluarga bekas suami. Jadi, masing-masing hendak meluangkan masa bersamanya nanti,” kata Nora tersenyum.

Sambung wanita berusia 27 tahun itu, lagipun, ketika ini wabak H1N1 masih lagi berleluasa. Justeru, dia berasakan lebih baik mereka beraya di rumah.

Begitupun, akui Nora, Aidilfitri tahun ini tentu paling menyeronokkan apabila kehadiran Raiqal membawa sejuta kebahagiaan kepada dirinya sekeluarga. Kata Nora, dia insan yang amat beruntung apabila dikurniakan oleh Tuhan seorang anak lelaki yang begitu disayangi ramai.

“Paling tidak, sepanjang Hari Raya, tidak syak lagi Raiqal orang yang mempunyai paling banyak baju raya kerana semua orang berebut-rebut membelikan pakaian baru untuknya,” cerita Nora yang rapat dengan keluarga sebelah bekas mentua.

Keseronokan serupa turut dirasa Ryzal apabila dia pulang beraya di Alor Star kerana pada tahun ini, bilangan anggota keluarganya bertambah iaitu dengan kehadiran cahaya mata adik lelakinya. Bayi berkenaan juga muncul anak saudara pertama Ryzal.

“Tahun ini kali keempat saya beraya sebagai artis. Namun, ia lebih bermakna apabila pada Syawal tahun ini kami beraya bersama anak saudara pertama dalam keluarga. Jadi, suasananya tentulah sedikit berbeza dengan kehadiran si kecil yang menjadi penyeri Aidilfitri ini. Apatah lagi apabila kami juga beriya-iya menyediakan pakaian raya yang comel untuknya.

Sebagai anak sulung, Ryzal sememangnya tidak lupa membelikan persalinan baru untuk kedua-dua ibu bapa, selain sudah menyediakan sedikit peruntukan untuk meraikan Aidilfitri bersama-sama keluarganya.

Nora seronok jadi wanita bunian

BERMULA 29 September ini, peminat akan dapat menonton siri lakonan Ryzal dan Nora dalam siri berjudul Sumpah Bunian. Drama itu turut dibintangi Elly Mazlein, Dian P Ramlee, Qazem Nor, Mubarak Majid dan Mahmud Ali Basah.

Antara lain, drama arahan Adam Hamid itu mengisahkan Hawa (Nora) seorang gadis bunian yang sejak dari kecil mencintai Adam (Ryzal). Namun, mereka terpisah apabila Adam berpindah ke Kuala Lumpur. Hanya selepas 18 tahun, kedua-duanya bertemu semula.

Bagaimanapun, tidak seperti mana Hawa yang dapat melihatnya, Adam pula sebaliknya tidak boleh melihat gadis bunian berkenaan.

Lalu, apabila Hawa tiba-tiba bertemu semula lelaki impiannya, dia sanggup mengejar lelaki itu walaupun akhirnya terpaksa melupakan keluarga sendiri. Namun begitu, Hawa mula sedar, apabila dia memasuki alam manusia, dunia yang disangkanya indah bukanlah seperti yang diimpikan. Kehidupan Hawa di alam nyata mula berubah wajah.

“Inilah pengalaman pertama bergandingan dengan Nora. Bekerja dengannya amat menyeronokkan. Namun, ketika menjayakan drama ini tidak terlepas daripada cabaran. Kami baru saja menamatkan penggambaran yang mengambil masa lebih dua bulan lebih.

“Apabila penggambaran sebanyak 19 episod ini memasuki bulan puasa, cabarannya makin hebat. Lebih-lebih lagi, watak yang saya bawa itu agak berat. Pada satu aksi, saya dikehendaki melakonkan babak menangis,” cerita Ryzal sambil memberitahu, dalam siri berkenaan, watak Adam lakonannya mempunyai dua isteri apabila isteri pertama gagal melahirkan zuriat.

Nora pula memberitahu, sebagai Hawa, dia diperlukan untuk memakai tudung dalam drama yang bersiaran selama sejam setiap minggu itu.

“Saya memang suka watak bertudung kerana ia lebih memudahkan. Iyalah, paling tidak, banyak masa boleh dijimatkan kerana saya tidak perlu mendandan rambut,” katanya yang mendapat tajaan butik Ratu bagi koleksi tudung dipakainya dalam drama berkenaan.

Selain fesyen tudung serkup pelbagai warna yang mudah digayakan, Nora juga turut memakai tudung ala Datuk Siti Nurhaliza dalam drama terbabit.

Selain mulai kembali sibuk di lokasi penggambaran, Nora kini turut bergelar pengacara apabila dilamar mengendalikan program Bolly 10 untuk saluran Astro B4U. Episod pertama rancangan berkenaan ditayangkan pada musim perayaan ini.

“Program berbentuk carta lagu popular Hindustan ini muncul pengalaman pertama saya sebagai hos. Nasib baiklah saya memang peminat lagu Hindi. Cuma, lagu terkini saja kurang saya ikuti, berbanding lagu malar hijau mereka daripada tahun-tahun terdahulu. Jadi, peluang ini membolehkan saya kembali mendekati irama popular dari negara berkenaan,” ujar Nora yang mendakwa, tugas sebagai pengacara agak mencabar buat orang baru sepertinya.

Selain Sumpah Bunian, Nora juga membintangi telefilem Bila Mama Pakai Celana untuk TV3 dan siri Tiga Serumah tayangan Astro Mustika, selepas kembali aktif di bidang lakonan.

INFO: Ryzal
Nama: Mohd Shahrizal Jaafar
Tarikh Lahir: 2 Januari 1982
Tempat Lahir: Alor Star, Kedah
Pendidikan: Diploma Komunikasi Visual dari MIIM
Profesion: Pelakon, Pengacara, Model
Drama: Jelatang, Dunia Baru, Sumpah Bunian, Platun Satria, Issandra, Bara Yang Ku Genggam
Filem: CE1

INFO: Nora Danish
Nama: Nora Danish Mohd Hanif
Tarikh Lahir: 7 Mac 1982
Tempat Lahir: Kuala Terengganu, Terengganu
Pendidikan: SPM (Sekolah Menengah Kebangsaan Convent, Kajang)
Profesion: Pelakon, Pengacara, Model
Drama: Puteri, Pendekar 5, Ejen 016, Gadis Cuci, Bila Mama Pakai Celana, Tiga Serumah
Filem: Gila-Gila Pengantin Popular, Senario Dalam Pemburu Emas Yamashita.

Berita Harian

Dengarnya…: Selamat Pengantin Baru Damian

25 Sep



DAMIAN sah bergelar umat Islam Ogos lalu.

SEKALUNG tahniah Cik Normah ucapkan kepada bekas anggota kumpulan VE, Damian Mikhail Seet, 31 yang akan melangsungkan hari bahagianya pada musim raya ini. Tak silap Cik Normah, Damian dan bakal isterinya, Nadia Dayana Mohd Yahya akan bernikah pada raya pertama ini. Bagaimanapun, majlis persandingan akan diadakan pada 26 September.

Mengikut kad undangan yang diterima di meja Hip, majlis persandingan akan diadakan di sebuah lokasi menarik di Cyberjaya. Mungkin konsep perkahwinan di tepi pantai yang akan dipilih pasangan memandangkan lokasi yang dipilih memang sesuai benar untuk merealisasikan konsep sebegitu.

Buat Damian dan bakal isterinya, Cik Normah doakan semoga ikatan perkahwinan yang bakal terjalin kelak akan terus mengukuhkan ukhuwah dan kebahagiaan sesama anda. Insya-Allah, kalau ada kesempatan, Cik Normah akan ke majlis perkahwinan itu. Tapi, Cik Normah cuti raya dua minggu.

Mungkin teman sepejabat Cik Normah yang sudah mula bertugas pada raya kedua dan seterusnya tengok-tengokkan siapa yang akan membuat liputan majlis ini. Tapi Cik Normah pun malas nak ganggu mood kawan sepejabat yang nak pulang beraya. Biar raya puas-puas dulu dan kemudian baru fikir mengenai kerja.

Cik Normah difahamkan Damian yang tampil dengan lagu single Jelita bertunang Ogos lalu pada bulan yang sama jejaka kacak ini memeluk Islam. Bertambah lagi saudara baru di negara kita dan Cik Normah harap agama Islam akan terus menjadi pegangan Damian buat selama-lamanya. Insya-Allah.

Sebelum terlupa, Insya-Allah kalau jadi, Ahad ini kita akan beraya dan kepada yang pulang ke kampung itu dengan kenderaan awam ataupun sendiri, diharap akan sentiasa berhati-hati di jalan raya. Jangan sampai ada khabar duka yang singgah hingga meleraikan kebahagiaan dan keindahan sambutan Syawal. Kalau makan ketupat dan rendang itu, jangan lupa Cik Normah di sini ya!

Berita Harian

Ali Pelawak Tulen

25 Sep

Oleh Elrafaei Sapi
ahmadelrafaei@hmetro.com.my

Rap

PENAMPILAN pelawak Datuk Ali Mamak, 58, cukup sinonim dengan sitkom Santan Berlada yang pernah popular pada pertengahan 1980-an. Berbanding pelawak generasi baru yang dicungkil bakat menerusi program realiti TV, Ali hanya mengasah bakat berlawak di pentas lakonan.

Ali atau nama sebenar Jantan Osman berasal dari Kampung Pulau, Masjid Tanah, Melaka masih minat untuk berlawak biarpun kini sudah menjangkau usia emas.

Katanya, dia lebih senang menggunakan cerita berkaitan kasih sayang, rumah tangga dan akhlak sebagai idea berlawak.

Sebelum ini, dia banyak terbabit dengan persembahan bersama Radio Televisyen Malaysia (RTM) tetapi sejak kebelakangan ini, aksi jenakanya jarang dipertontonkan. Biarpun jenakanya kurang diminati generasi muda kini, sebaliknya sumbangan seni Ali sepanjang lebih dua dekad dihargai menerusi penganugerahan Darjah Seri Melaka (DSM) yang membawa gelaran Datuk.

Anugerah itu disampaikan sempena sambutan Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob ke-70 pada 14 Oktober tahun lalu.

Pada majlis anugerah itu, aktor popular Bollywood, Shah Rukh Khan juga menerima anugerah Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang turut membawa gelaran Datuk.

Sebelum ini, Ali pernah menerima anugerah Bintang Khidmat Terpuji (BKT) daripada kerajaan Negeri Melaka lima tahun lalu.

“Bergelar Datuk atau tidak, hakikatnya saya masih bersemangat untuk terus berlawak. Saya tidak melihat gelaran itu membataskan saya untuk membuat persembahan dengan menghiburkan orang ramai. Di pentas, saya masih dikenali sebagai pelawak dan bukannya Datuk.

“Berbanding penyanyi, pelawak berdepan cabaran yang lebih besar. Jika penyanyi boleh menyanyi lagu sama berulang kali dan meraih pendapatan tetapi penonton pula bosan bila pelawak menggunakan idea lawak yang sama.

“Menjadi pelawak bukan hanya banyak bercakap tetapi perlu kreatif dalam mencari idea baru. Pada saya, penganugerahan Datuk ini sebagai pengiktirafan kerajaan Negeri Melaka pada anak seni negeri itu.

 

 

“Mungkin dulu orang tidak menilai bakat saya tetapi saya tetap bersyukur dengan anugerah ini. Mengikut pengalaman dan usia yang meningkat, saya tahu hala tuju saya adalah menjadi pelawak hingga kini, saya masih selesa untuk berlawak,” katanya.

Meskipun mempunyai gelaran, Ali menyatakan rasa terkilan kerana bayaran diterima sama seperti dulu.

Katanya, nasib pelawak masih belum stabil berbanding penyanyi dan pelakon.

Dalam pada itu, Ali masih berminat untuk menyanyi lagu berkonsep seloka menerusi penerbitan album baru.

Katanya, album barunya, Terimalah Seadanya ciptaan dan terbitan komposer Amir Atan akan berada di pasaran selepas Aidilfitri nanti.

Album yang memuatkan 10 lagu itu adalah album solo ketiga selepas Joget Hitam Legam dan Satu Pergi Sepuluh Datang. Sebelum ini, Ali pernah muncul dengan album Trio Santan Berlada – Di Bawah Bulan Purnama (1991) bersama Accapan dan Khairul Azhar.

“Album baru ini turut menyisipkan dua lagu bonus, Allah Selamatkan Kamu dan Selamat Hari Jadi. Album ini hanya hiburan pada peminat dan bukan bersifat mencari keuntungan semata-mata.

“Sebenarnya, hampir setiap minggu saya masih mendapat jemputan mengadakan persembahan. Ia bukan hanya persembahan lawak tetapi penonton turut meminta saya menyanyi,” katanya.

Harian Metro

Tubuh Badan Tapis Darjah Kebesaran

24 Sep

KUALA LUMPUR: Sebuah badan penapisan perlu ditubuhkan untuk menyaring bakal penerima gelaran darjah kebesaran di negara ini supaya hanya individu yang berkelayakan saja dikurniakan anugerah itu, kata Presiden Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama), Datuk Moehamad Izat Emir.

Beliau berkata, langkah itu dapat memastikan individu yang memiliki “resume” dan kriteria yang tepat saja dianugerahkan darjah kebesaran tersebut.

“Jika gelaran itu mahu diberikan kepada seorang usahawan, laporan lengkap mengenai perjalanan perniagaannya dan personalitinya mesti dinyatakan dengan tepat bagi memastikan penerimanya terdiri daripada orang yang betul-betul berkaliber dan bukan juga seorang yang mempunyai rekod jenayah,” katanya ketika dihubungi.

Moehamad Izat berkata, gelaran itu tidak boleh dijual-beli sewenang-wenangnya kepada golongan yang tidak layak serta tidak menyumbang kepada negara.

“Kalau orang itu tidak memberi sumbangan apa-apa kepada negara atau masyarakat tetapi dia mendapat gelaran datuk atau seumpamanya disebabkan dia ada duit untuk beli gelaran itu, ini tidak betul,” katanya.

Moehamad Izat berkata, golongan muda juga boleh dianugerahkan gelaran “Datuk” berdasarkan sumbangan besar mereka kepada negara seperti mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa dalam bidang sukan atau hiburan.

“Umur adalah penting tetapi jika mereka berjaya membuatkan negara dikenali di serata dunia dan mempunyai rekod cemerlang, seperti pemain badminton Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Siti Nurhaliza, mengapa tidak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan media berhubung saranan yang meminta Jabatan Peguam Negara memutuskan sama ada ‘pembelian’ gelaran seperti Datuk dari luar negara atau ijazah doktor falsafah (PhD) ‘secara ekspres’ adalah perbuatan jenayah atau sebaliknya.

Laporan media itu memetik kenyataan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim sebagai berkata, bahawa kegiatan membeli gelaran sosial semakin serius dan jika tidak ditangani, akan melahirkan satu generasi ‘ilmuwan palsu’.

Ketua Biro Penguatkuasaan Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN), Kamal Affandi Hashim, berkata orang ramai perlu mengetahui bahawa individu yang mendapat gelaran Datuk dari luar negara perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada Yang di-Pertuan Agong untuk diiktiraf penggunaan gelaran itu di negara ini.

Kamal Affandi yang juga seorang pakar penganalisis jenayah, berkata beliau pernah membangkitkan isu pemberian PhD sejak empat tahun lalu, namun sehingga kini tiada tindakan tegas diambil bagi menanganinya.

“Sudah tiba masanya kita meneliti balik undang-undang negara kita yang dilihat masih lemah dalam membanteras sindiket pemalsuan di kalangan individu ini kerana setakat ini tiada sebarang laporan dibuat oleh individu yang pernah menjadi mangsa penipuan PhD ini.

“Jika orang ramai melaporkan, (pemegang PhD palsu) ini boleh ditahan dan disabitkan kesalahan mempunyai PhD palsu dan boleh dijatuhkan hukuman mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan (Kesalahan Menipu) iaitu penjara tidak kurang daripada satu tahun dan tidak lebih daripada 10 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan dan didenda,” katanya.

Bagi bekas Ketua Pengarah Pendidikan, Tan Sri Abdul Rahman Arshad, pengurusan universiti perlu memperketat saringan serta mewujudkan satu kaedah khusus bagi membendung pengeluaran PhD secara palsu yang membolehkan pemilikan PhD ”ekspres”.

Abdul Rahman, yang juga Canselor Universiti UCSI, berkata hanya graduan PhD yang memiliki sijil yang tulen saja wajar diiktiraf dan mereka juga perlu menyerahkan salinan tesis PhD sebagai rujukan universiti.

“Pada pendapat saya universiti harus memainkan peranan masing-masing dengan memperketatkan saringan serta pemantauan dengan melihat sendiri tesis yang dihasilkan oleh warga pendidik dan bukan menerima bulat-bulat sijil yang diterima,” katanya.

Pengarah Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (Akept) Profesor Datuk Dr Ahmad Zainuddin pula berkata, dalam proses untuk mendapatkan PhD tulen, calon perlu melalui proses Kerapian Akademik yang membabitkan pelbagai tahap termasuk tempoh minimum, penilaian dari lembaga akademik dan kursus penyelidikan.

“Proses mendapatkan PhD adalah satu “kehidupan” yang sangat unik dan hanya selepas melalui semua kerapian akademik, baru tercapai “satu pengetahuan baru” yang dihajati,” katanya. – Bernama

Berita Harian

Celebrity Spotting In Town As F1 Fever Hits S’pore

24 Sep

SINGAPORE : Formula 1 fever has hit town and it has been a field day for celebrity spotters, with not just drivers, but also A-list performers in town.

Ferrari driver Kimi Raikkonen may be a man of few words but he still held court as fans snapped pictures of him, even during the quick drive down Orchard Road.

Also drawing the crowds was team-mate Giancarlo Fisichella, especially during a refuelling challenge.

He said: “I just came last time and did not have enough time to go around but it is a fantastic town.”

But it wasn’t just drivers who were in the spotlight.

Also hogging camera time was Hollywood starlet Lindsay Lohan, who is in Singapore for the inaugural F1 Rocks concert.

When asked what will she be doing as host, she said: “I am not really sure. I am kind of figuring (it out) as I go along, which I feel is more fun.”

A headlining act at the show on Friday night will be “No Doubt”, on their first overseas gig since getting back together.

And its frontwoman said they still work well together.

Gwen Stefani said: “All those little petty things we might have fought about before…we would not be together these many years if we hated each other or fought or had a lot of issues…”

And celebrity spotting will continue over the next few days as the F1 scene shifts into higher gear. – CNA/ms

Channel News Asia

Faye’s ‘Not Ill’

23 Sep

TAIPEI – ACTOR Li Yapeng has denied tabloid stories that his wife, pop queen Faye Wong, has a gynaecological ailment and is dangerously thin.

‘We have been staying in Hong Kong lately. She is as happy as a bird every day,’ he told the Taiwanese press on Monday.

‘Her health has never been better. She didn’t exercise much before but she does yoga every day now, with more perseverance than me.’

The couple are based in Beijing with their two daughters. But Wong has been back in Hong Kong to apply for Hong Kong residency for her toddler, Li Yan, according to Ming Pao Daily News.

Li was in Taiwan for talks on China-Taiwan co-productions. The actor-producer said he hoped to produce a drama inspired by the story of his family, which was divided when the Kuomintang troops fled to Taiwan after they lost the civil war.

‘My grandfather, uncle and aunt lived in Taiwan. Last year, my 90-year-old grandfather went to Beijing for the Olympics and there was a family reunion,’ he said.

‘This is not just my story, but also the story of many Chinese.’

Straits Times

Burberry’s Back

23 Sep

LONDON – BURBERRY and its creative director Christopher Bailey made a triumphant return to London on Tuesday night, winning over a star-studded audience at the glitziest event of the capital’s fashion week.

Many good shows
HAROLD Tillman, chairman of the British Fashion Council, said the week has been a tremendous success, with large crowds filling many shows. He said the trend toward prints had been noticeable.

‘There have been so many good, good shows,’ he said. ‘There are great designers, showing freshness, fearlessness. It’s so exciting, it really is.’

… more
Mr Bailey, who has helped transform the once staid brand into a fashion powerhouse, showed a series of short dresses, including many with a trench coat theme familiar to longtime fans of Burberry.

There was just enough of the traditional Burberry plaid to keep traditionalists happy, while younger fans were drawn to the soft, sexy lines of the dresses, most of them in beige (long associated with Burberry) and pale greens and yellows.

‘I thought it was beautiful, and very poetic,’ said Hilary Alexander, fashion director of The Daily Telegraph newspaper. ‘The heritage was there, but it was like a ballet, a dance.’

The crowd, including Oscar-winning actress Gwyneth Paltrow, former Spice Girl Victoria Beckham and Harry Potter star Emma Watson seemed impressed with the variety and vision of the show.

The front row also included American Vogue editor Anna Wintour, Slumdog Millionaire stars Dev Patel and Freida Pinto – and Business Secretary Peter Mandelson, a prominent member of the British government known for his snappy dress. He said the show brought Burberry from the past into the future.

‘It was a reinvention of the Burberry look,’ Mr Mandelson said. ‘The fabrics were great. It’s 21st century Burberry at its best.’

Mr Bailey used sequins and bright metallic silver fabric to set off some of his jackets and tops, adding glitter to the look, and also used padded shoulders for emphasis on several of the combination trench-dresses that were an important theme of the show.

Belts were used for shape, and the models looked extremely feminine, their long flowing hair and natural makeup bucking a trend toward androgyny seen in other shows this week.

The Burberry show was the largest and most eagerly anticipated of London Fashion week thus far, and the crowd arrived early to sip champagne or elderflower coolers on the steps of the Chelsea College of Art and Design near the River Thames. — AP

Straits Times