Archive | March, 2010

Nelly Kini Lebih Berhati-Hati

31 Mar

Ditulis oleh Nonie
  
  

Ketika Wardina menyifatkan artis Malaysia tidak layak dijadikan idola, muncul pula gambar artis baru yang membintangi Spa Qistina, Nik Zaris Nellyda, 16. Selepas kecoh aksi ‘bercium’ dengan seorang jejaka yang dikatakan teman lelakinya, muncul berita panas Nelly bersosial di salah sebuah kelab di luar negara.

Walaupun hanya ditemani rakan-rakan wanita, namun persoalan yang timbul, mengapakah dalam usia muda sedemikian, Nelly berani menjejakkan kaki ke tempat seperti itu.

“Nelly sendiri terkejut bila gambar tu keluar dalam internet tapi Nelly rasa ok je sebab bukannya gambar Nelly tengah minum atau buat apa-apa yang tak elok.

“Lagipun Nelly pergi kelab tu dengan kakak masa kami bercuti ke Bali. Nelly tak tahu siapa dan tak mahu tuduh siapa yang menyebarkannya tapi Nelly akan lebih berhati-hati selepas ini. Tak mahulah kalau orang kenal Nelly sebab kontroversi,” ujarnya yang masih menuntut dalam tingkatan empat di Subang.

Masih Mencari Ruang

Meminati dunia seni lakonan sejak kecil dan pernah membintangi iklan ketika berusia 9 tahun, anak ketiga daripada tujuh beradik ini masih mencari ruang yang selesa untuk terus bertapak dalam industri hiburan tanah air. Peluang bergolek apabila Redza Fahmy Suib mengenalpasti bakatnya dan mengenengahkan Nelly ke dalam Spa Qistina.

“Saya sangat bertuah bila Abang Redza bawa saya masuk dalam Spa Q dan dia banyak mengajar selok belok lakonan. Saya berani terima tawaran kerana jadual lakonan tidak mengganggu waktu sekolah saya. Watak di dalam Spa Q juga setakat ini ok lagi dan tak seksi sangat.

“Walaupun emak tidak menggalakkan sangat untuk masuk dalam dunia hiburan sebab masih bersekolah, namun ia bukanlah masalah kerana pelajaran saya tetap fokus utama,” luah Nelly.

Mangga Online

Cinta Sejati Umie – Khairuddin

29 Mar

Ditulis oleh Nonie
  
  

Memilih untuk menyulam perasaan cinta selepas berkahwin. Terpancak riak bahagia di wajah Datin Paduka Umie Aida sepanjang berlangsungnya majlis persandingan di Hotel One World semalam. Berbusana merah hati rekaan  Jovian Mandagie di pelamin bersama suami, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan, nyata membawakan nikmat yang luar biasa bagi Umie selepas melalui fasa perkahwinan.

“Saya tak dapat describe bagaimana nikmatnya bercinta selepas berkahwin. Saya menyintai suami dan ianya lahir dan bergerak daripada Allah.

“Saya jadi manusia yang berbeza selepas mengenali Abang. Sebelum ini saya takut untuk berkahwin kerana bimbang tidak dapat menyintai pasangan sepenuh hati tapi syukur perasaan itu lahir sendiri apabila mengenali Abang.  

“Detik berdua bersama Abang sangat berharga dan kami sedang angau bercinta. Kalau boleh nak berdua sentiasa ke mana-mana. Cinta selepas bernikah sangat berbeza nikmatnya dan ianya takkan boleh dijual beli,” ujar Umie tersenyum bahagia di samping suami tercinta.


Dua minggu melayari bahtera perkahwinan, namun Umie hanya sempat menyediakan sarapan pagi untuk suami tercinta berupa roti sardin dan sup. Khairuddin hanya tersenyum dan mencelah masakan yang disediakan isterinya sangat enak.

“Abang tak suka saya memasak dan selalunya kami akan makan di luar. Mungkin dia kesian dengan isterinya,” gurau Umie yang akan menikmati bulan madu selepas urusan perniagaan Khairuddin di London selesai.

Majlis persandingan ini turut dihadiri oleh Tun Mahathir Mohamad dan isteri, Erra Fazira, Ziana Zain, Fahrin, Azwan Hj Ali, Nora Danish, Liyana Jasmay dan ramai lagi. Pasangan ini telah melangsungkan pernikahan di Tanah Suci Mekah pada 14 Mac lalu.

FOTO oleh SHEFRY MONIZ BIN MOHD NIZAR

Mangga Online

Bakri Juara Pencarian Kacak Bergaya

27 Mar

Ditulis oleh Nonie
  
  

Selesai sudah pencarian Kacak Bergaya Vigor Pancaindera 2010 yang telah menobatkan Ahmad Bakri bin Marfi sebagai juara.

Acara gilang gemilang yang berlangsung di Hotel Legend ini menyaksikan 12 finalis Kacak Bergaya memperagakan pakaian tradisional pahlawan Melayu tajaan Istana Budaya, pakaian sut dari Rahman Saif, Batik dari Noor Arfa Batik serta pakaian kasual koleksi Gedung Al-Habshee.

Peserta bukan sahaja dinilai daripada penampilan dan imej, namun pengetahuan am yang tinggi diambil kira dalam pemilihan yang dijurikan oleh Erra Fazira, Rashidi Ishak, Raja Azmi, Saiful Nujaimi Abd Rahman, dan Mahani Awang.

Juara Pencarian Kacak Bergaya 2010
Ahmad Bakri bin Marfi

Naib juara Pencarian Kacak Bergaya 2010
Hafizul bin Ahmad Kamal

Tempat Ketiga Pencarian Kacak Bergaya 2010
Mohd Nurul Afiq bin Hussain

Anugerah Pilihan Pembaca
Mohd Zulhairi b Mohd Jamal

Anugerah Pilihan AirAsia
Ahmad Mathini bin Ab Razak

Anugerah Pilihan Pancaindera
Ahmad Tarmizie bin Suhaimi

 

 

Mangga Online

That’s Amore

26 Mar

FIRST FEATURE
That’s amore
March 26, 2010
 
 

When you stop to think about it, it only makes sense that Rome is one of the most romantic cities in the world.

Hello? Rome-ance?

Hollywood film-makers have often taken advantage of the city’s exotic appeal, most recently in the new rom-com When In Rome, which opens today.

The story of an American girl (Kristen Bell) who flies to the Italian capital to attend her sister’s wedding, only to fall in love herself, When In Rome uses The Eternal City as a fairytale backdrop for ‘lurv’.

From the beloved Roman Holiday to the somewhat less beloved The Lizzie McGuire Movie, Rome has worked its magic on one bedazzled couple after another.

But what is it about Rome exactly that gets the amorous juices flowing?

JASON JOHNSON, henceforth known as Antonio Lombardi, invites you to hop on his Vespa to find out.

Fountains

Did you know that one of Rome’s nicknames is The City Of Fountains?

True, in Singapore we have the Ngee Ann City fountain, but it’s not often that you see beautiful women wading in it.

The story of When In Rome actually centres on a fountain known as the Fontana D’Amore (fountain of love). Legend has it that if a woman takes a coin from the fountain, whoever threw in the coin will fall in love with her.

So when Bell’s character picks up five coins, she ends up with four wacky stalkers and one very handsome suitor played by Josh Duhamel.

Let’s not forget that one of the most iconic scenes in cinema history has the stunning Anita Ekberg frolicking in the Trevi Fountain in La Dolce Vita (1960).

Fashion

Rome is one of the most stylish cities in the world, with a thriving fashion industry that is second to none.

In the recent musical Nine, Daniel Day-Lewis plays a director who hops from bed to bed to bed looking for inspiration… among other things.

Why do the women love him so? Because he’s a sharp dresser. Perhaps also because he’s rich and powerful. You never know.

Anyway, with everyone looking so good, it is inevitable that love will bloom.

For a taste of classic Italian style, best check out the classic Italian films of real Italian directors such as Visconti, Bertolucci and Fellini.

Vespas

What better way to get close to someone than to LITERALLY get close to them, preferably by having them share a teeny-tiny scooter seat with you.

These Italian guys, I tell you, they know what they’re doing.

In The Lizzie McGuire Movie (2003), Hilary Duff was a goner when she hopped on the back of that dreamy Italian kid’s Vespa.

You knew exactly what her grudgingly platonic buddy Gordo was thinking: ‘No! Not the Vespa!’ Poor nerd.

The Vespa scene in Roman Holiday (1953), with Audrey Hepburn and Gregory Peck, is perhaps a little more unforgettable.

History

Rome is one of the most ancient cities on the planet, and nothing makes for a more romantic backdrop than a lot of exquisitely evocative old buildings.

Where would you rather woo and be wooed? A strip mall or the Colosseum?

In Jumper (2008), Hayden Christensen takes Rachel Bilson on a private tour of that ancient wonder and, of course, she’s rightly impressed. Way to go, Anakin!

Even a direct-to-DVD movie from the Olsen twins like When In Rome – yes, it has the same name as the new Kristen Bell flick – benefits from the lush settings of the Italian capital.

Don’t even get us started on all those movies that are actually set in Rome’s glorious past, such as Quo Vadis (1951). Togas are sexy. They just are.

Italians

The Italians are known for being a passionate people and Italian Spiderman is a perfect example.

With a taste for macchiato, panini and water pipes, this Internet sensation whose hilarious parody of rip-off superhero flicks can be seen on YouTube, has a true lust for life.

Whether battling the evil Captain Maximum or charming the women with his mad guitar skills, Italian Spiderman is sex on wheels – like a Ferrari, but fatter, and with a pornstache.

He’s not really Italian, and he’s not really Spider-Man, but in a perfect world, he would be.

Pure-blooded Italian actors such as Monica Bellucci, Marcello Mastroianni and Sophia Loren aren’t so bad either.

 

The NewPaper

THE RUNAWAYS

26 Mar

FIRST LOOK
THE RUNAWAYS
Sex, drugs, rock ‘n’ roll and a 16-year-old sex kitten
March 26, 2010
 
 

Dakota Fanning a sex kitten? Just the thought of it seems illegal. This girl is only 16 years old.

Yet, that is what she’s playing in The Runaways, a biopic on the legendary ’70s rock group.

Fanning, in revealing corsets and fishnet stockings, portrays jailbait Cherie Currie, who was enlisted into the group because of her sensuous Brigitte Bardot/David Bowie style.

Kristen Stewart chopped off her long locks and dyed them black to play Joan Jett, the driving force in the band.

The Runaways was an instant hit, as it was the only all-girl teenage rock ‘n’ roll band in those days.

Through its raw talent and 15-year-old Currie – the group’s lead singer and primary sex object – the band stormed the boys club of rock.

The movie chronicles the group’s outrageous success, leading up to its ultimate self-destruction because of jealousy, substance and alcohol abuse, and the inability to handle fame.

Michael Shannon, who received a Best Supporting Actor Oscar nomination for his performance in Revolutionary Road, plays the group’s smarmy manager Kim Fowley.

Stewart’s and Fanning’s Twilight fans probably won’t know anything about The Runaways – it’s a different generation after all.

But does it matter?

Joanne Soh

The Runaways opens 6 May

FAST FACTS

Evan Rachel Wood was once considered for the role of Joan Jett.

Joan Jett served as a producer on the film.

The Runaways is director Floria Sigismondi’s first feature film.

 

The NewPaper

Lumba Basikal Dalam Darahnya

20 Mar

Bermula dengan aksi lasak basikal,
kini pelajar politeknik Republic
cenderung berbasikal laju

Oleh
Ervina Mohd Jamil

KALAU dahulu beliau suka mencuba pelbagai aksi lasak (stunt) basikal, kini Encik Ridhwan Shahjohan, 19 tahun, membawa minatnya kepada basikal ke medan perlumbaan pula.

Menurutnya, yang sangat berminat dengan aksi-aksi lasak basikal seperti ‘wheelie’ dan ‘bunny hop’ semasa di sekolah menengah dahulu, beliau kini lebih cenderung menyertai acara lumba basikal kerana pecutan adrenalin yang dapat dirasakannya tatkala berbasikal dengan laju.

‘Dulu, saya dan teman-teman sering bertemu di ‘hard court’ (gelanggang bukan rumput) dekat rumah kami selepas sekolah untuk mencuba aksi-aksi lasak dengan basikal kami.

‘Tapi semakin usia saya meningkat, saya semakin tidak minat dengan aksi-aksi lasak basikal lagi. Malahan pula, saya mendapatkan ‘kick’ daripada berbasikal dengan laju pula,’ jelas Encik Ridhwan.

Baru-baru ini, pelajar tahun kedua Politeknik Republic (RP) dalam jurusan penerbangan awam (civil aviation) itu menjuarai kategori usia 19 hingga 24 tahun acara lumba basikal 40km OCBC Cycle Singapore 2010.

Encik Ridhwan, yang menyertai lima acara lumba basikal sebelum ini, memulakan persiapan acara lumba itu sejak enam bulan lalu.

‘Kawan-kawan saya yang ‘kaki basikal’ turut berlatih sama dan mereka banyak memberi perangsang dan tunjuk ajar kepada saya,’ ujarnya.

Beliau aku persiapannya itu tidak tanpa sebarang cabaran. Cuaca yang panas dan kesuntukan masa adalah antara cabaran yang terpaksa dihadapinya.

‘Acara lumba basikal itu berlangsung tiga minggu selepas cuti sekolah bermula dan dalam masa tiga minggu itu, saya harus menjalani latihan intensif sementara memastikan yang basikal saya dalam keadaan yang sempurna di hari perlumbaan.

‘Saya juga harus pastikan yang saya mendapat tidur secukupnya, makan makanan yang berkhasiat dan minum banyak air,’ jelas Encik Ridhwan, yang juga merupakan kapten Kelab Basikal RP.

Anak bongsu tiga beradik itu memberitahu Ritma Kampus bahawa ibu bapanya memahami minatnya dan sentiasa memberi kata-kata semangat kepada beliau.

Malah, mereka juga yang membiayai kos untuk beliau terus bergiat dalam sukan itu.

‘Mereka membayar yuran untuk saya sertai acara-acara lumba dan membelikan snek-snek berkhasiat seperti muesli dan minuman isotonik untuk saya.

‘Saya berasa bersyukur atas sokongan yang diberikan oleh mereka selama ini,’ kata Encik Ridhwan, yang berhenti bekerja sambilan sebagai penolong logistik tahun lepas agar beliau dapat meluangkan lebih masa untuk berbasikal.

Basikal yang bernilai lebih $1,500 yang digunakannya sekarang ini juga dibeli oleh ibu bapanya yang kedua-duanya bekerja sebagai pegawai teknikal (technical support officer), tambahnya lagi.

Meskipun jadualnya yang ketat kerana harus berlatih empat hingga lima kali seminggu, beliau tetap meluangkan masa untuk keluarga tersayang.

Pada hujung minggu, mereka sekeluarga keluar makan bersama, berkunjung ke rumah sanak-saudara ataupun bermain layang-layang berdekatan rumahnya di Woodlands, jelas Encik Ridhwan.

Menurutnya lagi, beliau juga harus pandai mengatur masa agar tidak mengabaikan pelajaran semata-mata kerana ingin bergiat dalam sukan yang sangat diminatinya itu.

Ditanya pula jika beliau ingin berkecimpung dalam sukan berbasikal ini secara profesional dalam masa yang akan datang atau menganggapnya sebagai suatu hobi sahaja, beliau berkata bahawa ia terlalu awal untuk diperkatakan.

‘Saya juga ingin menyertai pasukan basikal yang boleh memberi saya peluang mengikuti acaraacara lumba yang lebih besar lagi,’ ujar Encik Ridhwan yang bercita-cita menyertai acara-acara lumba di luar negera selepas ini.

Cyberita

Biar Rumah Kelihatan Luas

20 Mar

Idea hias rumah besar yang sesuai untuk flat

Oleh
Amilia Gani

SIAPALAH yang tidak mengidam tinggal di rumah besar?

Mendiami sebuah banglo tiga tingkat atau apartmen mewah memberikan semacam keselesaan dan membolehkan kita menghias rumah dengan pelbagai corak dan warna.

Namun, beberapa reka bentuk untuk rumah besar sebenarnya sesuai juga untuk penghuni yang tinggal di flat empat atau tiga bilik.

Menurut Encik Abdul Razak Jaffar, 38 tahun, pengarah urusan di firma Cartel Design Pte Ltd, beliau banyak menggunakan idea menghias rumah besar bagi pelanggannya yang mendiami rumah kondominium dan flat.

Encik Razak pernah menghias sebuah rumah besar yang didiami oleh akauntan, Cik Aishah Jaffar, dan suaminya, Encik Syed Alkhaird.

Setelah membeli sekeping tanah di Stone Avenue, mereka membina sebuah rumah besar yang dapat menampung keluarga mereka dan berpindah pada awal 2009.

Rumah Cik Aishah dan suaminya itu adalah jenis sebandung dua setengah tingkat dengan enam bilik tidur, satu ruang tamu, satu ruang keluarga, empat bilik mandi di dalam dan luar bilik dan dapur.

Rumah ini mempunyai reka bentuk luaran yang seakan-akan moden tropika, manakala bahagian dalaman mengutamakan gaya peranginan moden. Rumah besar ini kelihatan bersih, menarik dan menepati ciri-ciri rumah Bali.

Menurut Encik Razak, amat penting membina rumah yang kelihatan lapang, selamat dan ada halaman. Contohnya, ruang tamu rumah Cik Aishah bukan saja penuh bergaya, malah mewujudkan kesan luas dan lapang.

LANTAI

Dengan menggunakan lantai kayu yang tersusur dari pintu masuk atau menggunakan lantai jubin marmar putih berpetak besar (marble tiles) seperti 60 sentimeter kali 60 sentimeter yang berwarna cerah, ruang tamu mudah kelihatan besar.

Untuk flat HDB, kesan serupa boleh turut ditampilkan. Menyediakan dan memasang jubin besar untuk ruang tamu flat HDB sebenarnya tidaklah begitu mahal. Untuk ruang tamu dengan keluasan kira-kira 30 atau 40 meter persegi harganya sekitar $2,500.

PINTU DAN JENDELA

Rumah privet biasanya memasang pintu dan jendela kaca yang lebar di tempat seperti ruang tamu, bilik tidur, bahkan bilik mandi dan dapur.

Jendela kaca tidak hanya ditempatkan pada bahagian yang membatasi ruang dengan bahagian luar rumah, malah pada tembok yang menjadi sekatan antara ruang.

Dengan demikian, apabila jendela disingkap, ruang seolah-olah menembus dan kemudian menyatu dengan ruang di balik jendela. Penyatuan ruang inilah yang seolah-olah memberikan kesan luas dan lega.

Di rumah flat pula, ukuran pintu dan jendela yang tersedia biasanya tidak boleh ditukar. Maka itu untuk memberikan kesan luas dan lega, warna pintu, jendela dan dinding yang senada dengan warna bangunan yang sesuai boleh membuat ruang lebih nyaman dipandang.

DINDING

Di rumah Cik Aishah, ciri dinding di ruang tamu dan makan direka untuk mencipta tatacara santai dengan dinding batu pasir (sand stone).

Pewarnaan tembok rumah dengan warna-warna terang yang redup seperti putih dengan pelbagai nuansanya (broken white, ash white), putih sedikit kebiruan, putih sedikit bernuansa gading, putih sedikit bernuansa merah jambu atau hijau, akan memberikan pemandangan yang lebih melegakan dan membuat ruang terasa lebih luas.

PERABOT SIAP PASANG

Rumah Cik Aishah juga menggunakan perabot-perabot siap pasang untuk menjimatkan ruang. Keistimewaan kabinet siap pasang ialah ia sesuai diletakkan di mana-mana ruang, sama ada di bilik luas atau ruang sempit.

Ia menampilkan suasana lebih praktikal, kemas dan menyerikan penataan ruang. Ia juga membuat suasana penataan bilik tidur lebih tersusun dan kemas.

Kabinet siap pasang lebih praktikal, namun penghuni perlu teliti memilih jenis bahan, warna, reka bentuk dan ruang untuk dipasang kabinet itu.

DAPUR

Ruang dapur yang luas memberikan keselesaan sambil menampilkan suasana yang bersih dan teratur jika dilengkapi kabinet siap pasang berwarna cerah. Untuk menjadikan ruang dapur kecil yang lebih nyaman dan selesa, disarankan membina kabinet yang tinggi untuk menyediakan ruang penyimpanan secukupnya.

Kabinet yang dipilih sebaik-baiknya berpintu kaca lut sinar bagi menimbulkan kesan lapang. Jika permukaan pintu kabinet daripada kayu, maka tambahkan kemasan cermin. Selain tampil lebih menarik, langkah ini turut mewujudkan kesan luas secara ilusi.

Dapur di rumah besar juga mempunyai ruang untuk pelbagai fungsi seperti tempat memasak, ruang ketuhar, menyiapkan makanan, rak menyimpan buku-buku masak, perkakas untuk buat kopi, ruang hiasan dan sebagainya.

Fungsi-fungsi yang disebutkan ini juga boleh dibina untuk dapur di flat HDB yang tersedia kecil. Tetapi, kedudukan dan pemilihan perabot mesti betul.

BILIK MANDI

Bilik mandi di rumah privet biasanya lebih luas dan kadangkala mempunyai kolam mandi serta ruang mandi atau shower.

Yang lebih penting dalam mengubahsuai bilik mandi adalah memilih kelengkapan dan aksesori yang fungsinya sesuai dengan keperluan dan cara hidup kita. Sebagai contoh, sekiranya kita tidak memerlukan kolam mandi kerana lebih suka shower, maka kolam mandi tidak perlu ada.

Menghiasi bilik mandi dengan peralatan asas juga penting seperti mangkuk tandas, sinki, cermin dan pancuran air. Pemilihan warna yang bersesuaian turut boleh memberikan kesan luas pada bilik mandi dan gunakan cermin yang mencecah siling, pintu kaca gelungsur atau tabir mandi (shower screen).

Sebenarnya banyak peralatan dekor yang boleh disuaipadankan bagi mendapatkan suasana bilik mandi yang ceria lagi menenangkan.

Cyberita