Archive | June, 2011

Mak Dara Nyonya Runtun Jiwa

30 Jun

Ditulis oleh Rosli Manah
  
  

Selama ini Kita sering melihat penampilan penuh gaya Ibu Halimah Shuib, pengasasa perniagaan berasaskan herba, Jamu Mak Dara (JMD) sebagai seorang yang kekal anggun dalam meniti usia emas. Dia masih memiliki pinggang yang ramping.

Agaknya kerana penampilannya itu produk JMD laris dan mendapat perhatian pengguna. Tapi tahukah kita perjalanan lara penuh duka yang dilaluinya sebelum mengecap kesenangan hari ini? Kejayaan Halimah hari ini didasari banyak limpahan air mata.

Suka duka kehidupan zaman kanak-kanak yang nakal, alam remaja yang tidak sempat dinikmati serta alam rumah tangga yang membawa derita, diceritakan dalam teater Mak Dara Nyonya yang bakal dipentaskan mulai 6 Julai hingga 12 Julai ini di MaTIC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Watak Halimah dibawakan oleh pelakon teater hebat, Juhara Ayub. Kemunculan Juhara dalam mempersembahkan isi hati Halimah muncul secara monolog. Walaupun hanya Juhara yang berbicara menceritakan watak-watak lain dalam kehidupan Halimah, kisah sedih perjananan hidupnya mampu meruntun jiwa.

Masakan tidak, Halimah yang sedang mengecap bahagia, tiba-tiba tersentak apabila mengetahui lelaki yang dikahwini kerana cinta suci membara rupa-rupanya sudah memiliki anak lima daripada perkahwinan pertama. Luluh hatinya kerana selama ini dia berpegang pada prinsip tidak mahu mengahwini suami orang.

Lebih merentap hatinya apabila pembantu rumah yang dibawa masuk ke rumah secara diam-diam menggoda suami sehingga mereka berkahwin. Perkahwinan yang direstuinya kerana tidak mahu melihat suami yang dicintai melakukan kemungkaran itu rupa-rupanya membawa padah lebih besar dalam hidup. Keluarganya hancur.

“Saya tersentak dan macam orang gila apabila mengetahui rumah tempat kami berlindung telah dijual oleh suami saya.” Demikian antara dialog meruntun jiwa penonton.

Saat rumah terjual menjadi titik paling hitam dalam hidupnya apabila terpaksa keluar dari rumah yang dihadiahkan oleh ibunya, Mak Dara. Dia balik ke kampung orang tua di Rengit, Johor. Tak lama dia di Rengit kerana dugaan tetap datang.

Halimah yang memiliki susuh tubuh menarik itu menjadi buruan lelaki dan kebencian wanita. Banyak fitnah yang diterimanya. Dia membawa diri ke Kuala Lumpur dan menjadi tukang masak di Genting Highlands. Sekali lagi dugaan datang. Heboh sekampung orang mengatakan Halimah jadi pelacur di tempat peranginan itu.

Macam-macam dugaan yang dilalui seperti tinggal di tapak bengkel bas, tidur di warung tempat berniaga makanan, anak-anak terpisah dan tinggal merata tempat, anak-anak tercicir persekolahan, hampir makan racun  dan sebagainya dipersembahkan dalam pementasan yang ditaja oleh Jamu Mak Dara Sdn. Bhd. itu.

Di akhir perjalanan hidupnya, Halimah temui kabahagiaan bersama anak-anak apabila resipi membuat jamu amalan turun temurun warisan keluarga dijadikan asas perniagaan. Hari ini Halimah dan keluarga mengecap kebahagiaan dan perniagaan yang diasaskannya juga semakin berkembang.

Ada bab negatif dalam kisah hidup Halimah Shuib. Segalanya dipentaskan tanpa berselindung kerana ia sebuah perjalanan hidup bukannya kisah fiksyen. Ada yang nampak bagai membuka pekung di dada.

“Bagi pihak saya dan keluarga, saya melihat kisah  ibu saya ini  sebagai satu teladan kepada sesiapa sahaja agar tidak mudah putus asa apabila dilanda masalah. Alangkah baiknya kalau perkara positif dalam perjalanan hidup ibu saya boleh memberi motivasi kepada orang lain untuk mengecap kejayaan.

“Itulah tujuan utama kami bersetuju mementaskan kisah hidup ibu saya. Bukan mahu bermegah dengan kejayaan hari ini, sebaliknya saya mahu memberi semangat kepada orang lain untuk terus berusaha dalam mencapai apa yang mereka inginkan.

“Banyak lagi kisah pahit yang dilalui ibu dan kami sekeluarga, tapi kisah ini lebih kepada kisah ibu saya. Lagipun tak boleh dipentaskan semuanya, pasti terbatas dengan durasi persembahan,” kata Pengarah Urusan JMD yang juga anak Halimah, Syed Mohd. Gadaffi Syed Ali semasa ditemui selepas pementasan prebiu baru-baru ini.

Dua cerita dalam satu pementasan

Selain kisah Ibu Halimah, teater Mak Dara Nyonya turut membawakan nashkah tulisan Allahyarham Wisran Hadi (meninggal dunia 28 Jun lalu) berjudul Nyonya. Nyonya dilakonkan oleh Syerry Syed Abdullah, Zaifri Hussin, Misha Omar, Norzizi Zulkifli, Sarimah Ibrahim dan Fara Fauzana.

Walaupun ia kisah yang berlainan, tapi sebenarnya kedua-dua kisah tersebut ada persamaannya. Nyonya dan Halimah, sama-sama menjadi mangsa lelaki yang dirampas haknya.

Batal show 9 Julai gara-gara Bersih

Sebagaimana persembahan hiburan lain yang dinasihatkan pembatalan pada tarikh 9 Julai gara-gara perhimpunan haram Bersih, teater arahan Rosminah Tahir itui juga akan dibatalkan pada hari tersebut.

“Pembeli tiket yang sudah menempah tiket pada tarikh tersebut boleh menukar tarikh tontonan ke hari lain atau meminta dikembalikan wang mereka.

“Pihak polis menasihatkan kami membatalkan persembahan pada hari tersebut kerana tidak mahu terjadinya perkara yang tidak diingini,” kata penerbitnya dari CTRA Production, Siti Rohayah Atan.

 

 

Mangga Online

Advertisements

Kylie Minogue’s Aphrodite Dazzles

30 Jun

SINGAPORE: How does she do it?

That was the biggest mystery at Australian singer-songwriter Kylie Minogue's awe-inspiring performance at the Singapore Indoor Stadium on Wednesday.

The 43-year-old burst onto the stage dressed like a Greek goddess with the energetic song “Aphrodite”, as her legion of dancers showed off their slick moves on stage.

And she kept going with nary a break between songs, bringing the audience to its feet with hits like “Cupid Boy” and “Spinning Around”.

Most performers would've been a little winded after performing so many songs straight, but Minogue was clearly enjoying herself too much to feel tired.

Her vigour was infectious.

You know she is doing

Channel News Asia

Singaporeans Under Attack

29 Jun

Singaporeans have been voted the ‘most disgusting and irritating’ nationality on a website frequented by China nationals. — PHOTO: JOSEPH NAIR

SINGAPOREANS have been voted the ‘most disgusting and irritating’ nationality on a website frequented by China nationals and called crazy on a German TV show for the ‘crazy’ things we do.

But are such accusations and statements warranted or justified?

When RazorTV asked Singaporeans, many felt that cultural differences were the cause while some blamed the animosity Singaporeans and China nationals have towards each other.

However, some foreigners were not surprised by the results of the poll on the Chinese blog “Lion City Life” where Singaporeans garnered the most votes for being the “most disgusting and irritating”.

They felt that Singaporeans were not the friendliest towards foreigners, especially those from mainland China and can be rude on buses and trains.

Straits Times

Julai Bulan FMKL

29 Jun

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my
Gambar RASHID MAHFOF


NORLIZA Rofli (tiga dari kiri) bersama pihak penganjur dan artis yang akan terbabit menjayakan FMKL 2011 pada sidang akhbar di Kuala Lumpur baru-baru ini.

FESTIVAL Muzik Kuala Lumpur (FMKL) anjuran Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) menerusi agensinya, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) bolehlah dianggap sebagai satu festival paling meriah diadakan di ibu negara setakat ini.

Kemeriahan itu bukan setakat berdasarkan pelbagai aktiviti seni yang dianjurkan sepanjang ia berlangsung selama hampir sebulan tetapi turut mencatatkan peningkatan jumlah pengunjung yang semakin meningkat setiap tahun termasuklah dari luar negara.

Ketua Pengarah JKKN, Datuk Norliza Rofli berkata, sewaktu FMKL mula dianjurkan pada tahun 2005 ramai yang memandang sinis penganjuran festival itu yang bertujuan mengangkat martabat budaya dan kesenian masyarakat di negara ini.

“Sewaktu FMKL dianjurkan pada 2005 festival ini hanya mencatat jumlah pengunjung sekitar 30,000 orang sahaja. Bagaimanapun bilangan itu meningkat setiap tahun di mana pada tahun lalu seramai 603,318 pengunjung termasuk dari luar negara menyaksikan festival ini.

“Malah, tahun ini jumlahnya dijangka meningkat dan kami sasarkan 700,000 pengunjung akan menonton aktiviti-aktiviti kesenian yang dipersembahkan sempena FMKL 2011,” katanya sewaktu ditemui selepas pelancaran festival itu di Kuala Lumpur baru-baru ini.

FMKL merupakan festival terbesar pernah diadakan di ibu negara yang membabitkan aktiviti-aktiviti seni persembahan muzik, visual, tampak, permainan tradisi dan rekreasi yang turut membabitkan agensi kerajaan lain seperti Istana Budaya dan syarikat swasta.

Festival yang akan berlangsung sepanjang Julai ini menampilkan siri-siri konsert seperti Konsert Orkestra Tradisional Malaysia All Star yang akan diadakan pada 1 Julai ini di Istana Budaya yang akan dijayakan antaranya oleh Datuk Khadijah Ibrahim, Dayang Nurfaizah dan Aizat.

Jelas Norliza, festival yang masuk tahun ketujuh itu bukan setakat mampu menyemarakkan bidang seni tanah air tetapi pada masa sama ia juga mampu menarik ramai pelancong asing yang tentunya mahu melihat lebih dekat kepelbagaian budaya di negara ini.

“Teras seni yang ditonjolkan pada FMKL 2011 adalah tentang seni budaya tempatan termasuklah dari Sabah dan Sarawak. Tetapi pada masa sama kami juga turut menyediakan konsert yang mewakili citarasa muzik generasi muda dengan genre lebih moden.

“Contohnya menerusi pembabitan kumpulan seperti Azlan & The Typewritter 2Crank.com dan Gitar Gempaq Duo yang menambahkan lagi kepelbagaian muzik yang secara tidak langsung menggabungkan antara seni muzik tradisional dan kontemporari,” ujarnya.

Sebarang pertanyaan berhubung kesemua aktiviti dan jadual seni-seni persembahan sepanjang FMKL 2011 sama ada secara percuma atau berbayar yang kebanyakannya diadakan di Istana Budaya sila layari laman sesawang http://www.jkkn.gov.my atau talian 03-41478600.

Utusan

SOSEHSOSEH: Lisa, Shaheizy ‘Dijual’ RM100,000?

29 Jun

KHABAR menarik yang disampaikan satu sumber kepada SS baru-baru ini adalah produser terkenal, Datuk Yusof Haslam dilihat berkunjung ke pejabat produser popular, David Teo.

Apa agaknya yang dilakukan oleh orang kuat Skop Productions dan CEO Metrowealth Pictures itu? Apakah Yusof dan David masih membincangkan isu Pekida? Malah, adakah mereka berdua berbincang untuk menentukan ‘kawasan jajahan’ mereka? Maklumlah, sebelum ini filem terbitan David mencatat sejarah tertinggi kutipan bermula dengan Jangan Pandang Belakang kemudian Adnan Sempit, Ngangkung dan terbaru, Kongsi.

Bagaimanapun, rekod tertinggi kini sudah dicantas filem Yusof apabila KL Gangster mencatat kutipan hampir RM11 juta. Apakah David tidak dapat menerima hakikat itu hingga menimbulkan rasa tidak puas hati kepada Yusof? Lalu risik punya risik, rupa-rupanya rombongan Yusof datang secara baik untuk melamar Lisa Surihani dan Shaheizy Sam. Oh gitu ceritanya? SS dengar, kedua-duanya mahu digandingkan dalam filem terbaru Skop Productions yang akan diarahkan seorang lagi anak Yusof iaitu Syafiq, adik kepada Syamsul.

Setahu SS, Lisa dan Shaheizy yang akan muncul dalam filem Sekali Lagi mulai 30 Jun ini adalah artis di bawah pengurusan MIG Talent. SS juga dengar, mereka berdua adalah bintang paling mahal di MIG, jadi sudah tentu David akan meletakkan harga yang tinggi. Mampukah Yusof membayar harga ditawarkan David itu? Dengarnya kalau hendak ambil Sam, kalau tidak ada RM100,000 jangan haraplah manakala Lisa juga hampir mencecah angka itu. Bagaimanapun, itu hanya khabar angin yang mungkin betul mungkin tidak. Apa yang lebih menarik, dua pelakon ini akan bekerja di bawah Syafiq yang baru berusia 19 tahun! Amboi kalau jadi, itu pengarah filem termuda kiranya.

SS difahamkan, Syafiq masih belajar dan sedang bercuti, jadi peluang itu akan diambilnya untuk berkarya melalui filem sulungnya dengan bantuan ayah dan abangnya. Menariknya, Syafiq bukan bermula dengan dada kosong kerana sebelum ini mula menimba pengalaman mengarahkan drama Skop Productions seperti Gerak Khas untuk lima episod dan ayahnya melihat Syafiq ada kelebihan dalam penggunaan teknik imej janaan komputer (CGI).

Kalau KRU Studios menggandingkan tenaga tiga beradik, Norman, Yusry dan Edry, nampaknya Skop diterajui anak-anak bujang Yusof. SS tunggu perkembangan menarik ini.

Harian Metro

Kekentalan Projek Pistol

29 Jun

Oleh NUR AZHARI ZAINOODDIN
Gambar NOOR AZLINA JAAFAR


KUMPULAN Projek Pistol mempromosikan album sulung, Stereo Amanda menerusi Jelajah Borneo.

KECANGGIHAN teknologi dan Internet walau pun dipandang secara positif namun ia memberi tekanan kepada artis tempatan untuk terus bertahan dalam industri hiburan tanah air.

Rata-rata, golongan pendengar muzik generasi hari ini lebih cenderung memuat turun lagu yang digemari berbanding mengeluarkan duit poket untuk membeli album seseorang penyanyi itu.

Senario yang berlaku membuatkan syarikat rakaman skeptikal untuk menerbitkan album baru penyanyi, sama ada penyanyi solo atau pun berkumpulan (grup).

Bagi kumpulan Projek Pistol yang dianggotai oleh Edrie Hashim (gitar), Zham atau nama sebenarnya, Kamarul Izham Ahmad Badri, (bass), Boy (Clifford Hugh Joseph, vokalis) dan Pa’e (Mohamad Nasfa Mohamed Nasir, pemain drum), mereka tidak gentar untuk tampil dengan album sulung, Stereo Amanda sebagai tanda kelangsungan mereka di persada seni tanah air.

‘Teknologi yang canggih juga merupakan risiko yang perlu dihadapi dalam dunia hiburan hari ini dan kita sedar, ia bukan hanya berlaku di negara kita tetapi juga di serata dunia.

‘Namun dalam apa juga bidang, tidak boleh dinafikan risiko tetap ada. Cuma apa yang penting di sini, kita jangan cepat melatah.

‘Sebaliknya, perlu berusaha mencari jalan terbaik untuk berhadapan dengan risiko supaya kesan yang tidak memihak kepada kita, dapat dikurangkan,’ kata Projek Pistol secara beramai-ramai kerana mereka tidak melantik seorang jurucakap ketika ditemui Hits untuk sesi fotografi di Studio Utusan, baru-baru ini.

Tambah mereka, dalam meneruskan perjuangan seni, semangat yang ada perlu kental dan berpegang kepada prinsip iaitu tiada apa yang perlu dirisaukan.

Ini kerana, ujar mereka, penanda aras sesuatu kejayaan artis itu tidak terletak kepada jumlah jualan album.

Bagi mereka, andai kata jualan album kurang memuaskan, itu juga tidak bermakna kehadiran mereka dalam industri hiburan, tidak dihargai peminat.

‘Suka atau tidak, kita perlu terima hakikat bahawa lagu yang dimuat turun oleh peminat adalah petanda bahawa lagu kita disukai.

‘Mungkin tindakan memuat turun lagu kegemaran mereka boleh membuatkan hasil karya kita lebih dekat dengan peminat.

‘Apa pun keadaan yang berlaku, peminat tetap kenal dan suka dengan lagu yang dihasilkan,’ ujar mereka.

Sebulat suara, Projek Pistol berpendapat, penerimaan peminat merupakan penentu hala tuju seseorang penyanyi untuk kekal dalam industri hiburan.

Ini kerana, bagi mereka, peminat adalah tulang belakang untuk seseorang artis itu bertahan lama dalam karier mereka.

Jelajah Borneo

BERMULA hari ini, Projek Pistol mengadakan showcase Jelajah Borneo.

Jelas mereka, antara lokasi yang pilihan untuk menghiburkan peminat ialah Tawau (29 Jun), Kota Kinabalu (1 Julai), Kuching (2 Julai) dan Miri (6 Julai).

Showcase Projek Pistol dizahirkan setelah mendapat maklum balas daripada peminat menerusi laman sosial Facebook (FB).

‘Mungkin agak pelik apabila showcase kami tidak dilakukan di Semenanjung seperti mana kelaziman yang sering dilakukan oleh penyanyi-penyanyi lain.

‘Kami menghargai semua peminat namun apabila melalui FB, ramai peminat tegar kami datangnya dari sebelah sana (Sarawak) maka kami sepakat untuk memulakan siri jelajah persembahan kami di sana.

‘Bagi peminat di Semenanjung yang ingin menyaksikan persembahan Projek Pistol, kami harap mereka bersabar.

‘Insya-Allah sekiranya showcase di Sarawak mendapat sambutan hangat, kami akan cuba untuk mengadakan showcase di sini pula,’ kata mereka yang popular dengan lagu Wanita Seluruh Dunia itu.

Utusan

SOSEHSOSEH: Artis Kena ‘Tendang’ Macam Bola!

29 Jun

KASIHAN ada, simpati apatah lagi. Begitulah yang SS rasakan apabila mendengar cerita teman-teman mengenai kekecohan berlaku membabitkan tempat duduk artis dan media yang hadir menyaksikan pertandingan akhir Maharaja Lawak di Stadium Malawati, Shah Alam, Jumaat lalu.

Cerita teman yang membuat liputan, dia berasa kesian pada beberapa artis yang dikatakan ‘dihalau’ beberapa kali dari tempat duduk mereka untuk memberi laluan kepada jemputan lain.

Kata teman SS, dia pula rasa malu bagi pihak beberapa artis seperti pasangan sedang hangat bercinta, Shah Jazle dan Neelofa, juga pelakon yang sedang mencipta nama Amar kerana mereka terpaksa diminta untuk duduk di tempat lain gara-gara kerusi mereka dikhaskan untuk pihak tertentu termasuk media.

Ujar kawan SS, dia hairan mengapa kejadian seperti itu boleh berlaku kerana bukan acara dibuat di tempat kecil, tetapi dalam stadium yang besar. Hendak kata pihak produksi tak pernah membuat majlis besar secara langsung, rasanya sudah banyak dilaksanakan sebelum ini. Masakan soal tempat duduk dan kerusi boleh menjadi satu masalah? Apabila petugas meminta Neelofa dan Shah Jazle tukar tempat duduk, pelakon jelita itu memberitahu sebelum itu dia sudah diminta pindah dari kawasan sebelah. Ini bermakna sudah dua kali dia terpaksa berpindah randah.

Kalau SS jadi mereka pun tentu SS akan segan. Maklumlah Shah Jazle sudah membintangi banyak drama dan dia memang antara pelakon lelaki yang menjadi pujaan ramai ketika itu sementara Neelofa pula bintang baru yang sedang meningkat naik. Apabila diperlakukan seperti bola sepak, tentulah terasa malu, apatah lagi ia berlaku membabitkan teman-teman media. Apa yang berlaku seharusnya diambil iktibar bagi pihak penganjur dan juga produksi. SS tidak percaya tempat tidak cukup kerana memang kerusi banyak disediakan. Cuma tempat khusus untuk jemputan biarlah disediakan awal-awal dan dilabel sebaik mungkin. Contohnya, artis diletakkan satu tempat sementara media pula satu tempat. Keluarga peserta pula diletakkan di satu tempat khas dan penyokong pula tempat berbeza. Kalau kejadian hanya membabitkan sesama artis mungkin masalah ini dilihat kecil, tetapi kalau membabitkan pihak lain seperti artis dan media sudah tentu timbul perasaan kurang senang. Bagi pihak media perkara ini bukanlah isu besar sangat, cuma tidak sedapnya, bimbang nanti ada yang berbisik atau kecil hati.

Harian Metro