Archive | November, 2011

Online Photo Album To Help Public Learn About Singapore

28 Nov

SINGAPORE: An online collection of images to help Singaporeans discover, learn and share about the country’s social history and development has been launched.

With

Channel News Asia

Advertisements

Fitrah Diana

27 Nov

pix_gal0
‘Saya sedar pernah silap’

DULU mereka gemar tampil dengan imej seksi dan kerap bersosial. Selepas menceburi industri hiburan dan status bertukar kepada artis, gambar-gambar peribadi tersebar pula di laman sesawang mahupun portal hiburan, sekali gus diheret ke kancah kontroversi dan nama menjadi sebutan ramai. Akhirnya mereka memacu nama dengan bantuan kontroversi, selain bakat yang menjadi taruhan mengekalkan populariti.

Pelakon baru, Diana Amir, 25, seorang daripada mereka. Namun, kini namanya terus meniti di bibir selepas satu persatu drama lakonannya muncul di kaca TV, selain beberapa filem yang masih menunggu giliran menjengah pawagam. Sekalipun dia masih meniti populariti, tiba-tiba beliau mengambil keputusan berhijrah ke fasa baru kehidupan peribadinya apabila tampil bertudung litup, kira-kira dua bulan lalu walaupun nama sedang menuju puncak.
Adakah Diana mengambil keputusan ini bersempena kemunculan Awal Muharam atau Maal Hijrah yang kebetulan jatuh hari ini ataupun atas faktor kesedaran sebagai wanita Islam, dia harus menutup aurat?
“Bila-bila masa pun kita boleh berubah, tak semestinya perlu ada tarikh tertentu. Yang penting, kita perlu tetapkan hati. Semua ini fitrah kehidupan. Setiap orang mahu yang terbaik untuk diri mereka. Sejak kecil lagi, saya tahu bertudung itu wajib bagi seorang wanita Islam. Tapi, dalam proses kehidupan itu, saya akui lalai dan tak fikir sangat mengenai hukum hakam agama.

“Ketika awal remaja, kita nak cuba semua perkara, dari segi berpakaian dan pergaulan, ada kalanya kita alpa. Sebenarnya tidak tepat melabelkan diri saya sebagai gadis liar, saya bukannya terlalu nakal. Suatu ketika dulu saya pernah ke kelab kerana gemar menari, tapi saya tak pernah ambil minuman keras. Saya tahu batasannya.

“Dari segi berpakaian pula, saya akui pernah tampil dengan imej seksi. Tapi, itu dulu, semua orang pernah melakukan kesilapan dan saya cepat menyedari kealpaan itu,” katanya di awal bicara.

Suatu ketika dulu Diana pernah digosipkan bercinta dengan Zizan Raja Lawak, namun perhubungan itu tidak mampu bertahan lama apabila Zizan dikatakan berkawan rapat dengan Juliana Evans selepas kedua-duanya terbabit dalam filem Hantu Bonceng. Justeru, adakah kerana kecewa gagal bercinta dengan Zizan, Diana dikatakan memulakan kehidupan baru dengan penghijrahan ini?

“Memang saya pernah berkawan rapat dengannya (Zizan), tapi bukan disebabkan dia, saya bertudung. Saya sekadar mahu pengakhiran yang lebih baik. Bagi saya, sekiranya orang itu berubah sebab putus cinta, tapi dia ingin mendalami ilmu agama, tak jadi kesalahan pun. Penghijrahan itu ke arah perkara lebih baik, jadi tak kira apa pun penyebabnya, asal dia ingin berubah, itu sudah memadai,” jelasnya lagi.

Pun begitu, penghijrahan Diana adalah ketika namanya sedang menuju puncak, adakah dia sudah benar-benar bersedia dan yakin dengan keputusannya itu kerana lazimnya jika tak kuat iman, dari imej bertudung, namun disebabkan akur dengan kehendak kerjaya, beliau bersedia ‘melepaskan’ tudungnya itu?

“Sebenarnya dari kecil lagi saya dididik untuk bertudung, tapi kita degil nak menerima kebaikan. Kini sudah tiba masanya, saya yakin dengan keputusan ini, cuma ada beberapa perkara dalam hati yang masih dalam proses perubahan. Insya-Allah saya akan kekal bertudung,” katanya penuh yakin.

Namun, bukan semua yang kita lakukan itu disenangi semua orang kerana sudah terdengar desas-desus, tindakan Diana bertudung bukan dengan keikhlasan kerana dia dikatakan tetap tampil dengan watak negatifnya. Justeru, dengan imej bertudung, dia dikatakan sekadar berpura-pura untuk mengaburi sikap negatifnya daripada terlepas ke pandangan umum.

‘Tak perlu buka aib lama’

Terbaru, menerusi ruangan gosip kelolaan Zubir MY terbitan B’POP 20 November lalu, artikel yang berjudul ‘Aktres bertudung mulut jahat, perokok tegar’ dikatakan merujuk kepada Diana Amir.

Antara lain gosip itu melaporkan, ada seorang artis baru berkongsi cerita peribadi dengan artis bertudung dengan harapan si artis bertudung itu boleh memberinya nasihat, maklumlah dah jadi alim, mesti dia sedang mendalami ilmu agama dan mampu memberikan sedikit pedoman buat kawan-kawan.

Tapi, alangkah terkejutnya artis baru ini dengan artis bertudung berkenaan kerana baru dia sedar, artis bertudung itu rupa-rupanya bersikap talam dua muka dan sanggup menikamnya dari belakang apabila dia mendedahkan cerita peribadi artis baru itu kepada orang lain! Malulah artis baru itu apabila beliau menjadi bahan sindiran.

Sumber pernah memberitahu, sekalipun artis ini sudah bertudung, tapi tabiat lamanya yang gemar merokok sukar dipadamkan. Bukan sekadar jadi perokok sosial tetapi sudah dikategori perokok tegar, khabarnya sehari sampai dua kotak! Dia sendiri pernah dimaklumkan oleh seorang kru, artis bertudung ini pernah meminta sekotak rokok daripada seorang kru dan terus buat harta sendiri!

“Semua itu sudah lama saya tinggalkan. Apabila saya sudah berhijrah, tak perlulah kita membuka aib yang lama. Apabila isu ini dibangkitkan semula, tak perlulah kita bercakap mengenainya lagi. Ia sudah lama terpadam. Seperkara lagi isu mulut jahat. Terus-terang, perbuatan tikam belakang, mendedahkan aib orang lain, itu bukan saya. Sejak belum bertudung, hinggalah saya berhijrah, saya tak pernah tikam belakang kawan-kawan.

Bintang Pop

Yusof Belum Puas Mengarah 400 Drama

19 Nov

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my


AWIE dan Erra Fazira dalam satu babak filem Tragedi Oktober.

NAMA Yusof Kelana dalam bidang pengarahan terutamanya drama televisyen (TV) tempatan memang tidak boleh disisihkan. Ini kerana, sejak hampir 30 tahun terbabit dalam bidang itu, dia telah mengarahkan lebih 400 drama.

Malah, dia pernah terbabit dalam drama bersiri Gerak Khas terbitan Skop Production yang disiarkan menerusi TV1 selama lebih 10 tahun. Ia antara drama bersiri yang paling panjang pernah disiarkan di stesen penyiaran RTM itu.

Yusof juga juga pernah mengarah filem-filem seperti Juara, MX3, Bara, Tragedi Oktober dan Pontianak Menjerit. Semua itu menjadikan pengarah berusia 57 tahun ini berpengalaman luas dalam bidang itu.

Pada usia lebih separuh abad, anak kelahiran Kuala Kangsar, Perak ini masih terus mengarah. Tiada istilah pencen dalam dirinya yang sudah sebati dalam dunia pengarahan sama ada filem mahupun drama dalam pelbagai genre.

Menurut Yusof, dia kini sedang sibuk mengarah drama bersiri 13 episod berjudul Titisan Darah Pahlawan di sekitar Hulu Kinta dan Kuala Kangsar.

‘Walaupun pada usia lebih 50 tahun saya masih tidak puas mengarah, apatah lagi ini adalah sumber pendapatan saya sejak dulu sampai sekarang. Saya akan terus mengarah selagi termampu.

‘Malah, kini saya bekerja keras kerana telah mempunyai syarikat penerbitan sendiri iaitu YKS Film Maker yang saya usahakan bersama Sherina Chef Wan sejak dua tahun lalu. Maknanya saya akan terus berada dalam bidang ini.

‘Sebelum ini, saya lebih banyak menerbitkan drama bersama Datuk Yusof Haslam menerusi syarikat produksi ME Communication Sdn. Bhd., selama 25 tahun,’ katanya kepada S3 sewaktu dihubungi baru-baru ini.

Selain dikenali dalam bidang pengarahan, ramai yang tidak mengetahui menantu kepada pelakon veteran era Studio Jalan Ampas, Singapura, Allahyarham Malik Sutan Muda ini sebenarnya juga berbakat dalam bidang-bidang lain.

Yusof yang mendirikan rumah tangga dengan Nur Mainah Malik pada tahun 1983 ini antaranya merupakan seorang penulis lirik yang jarang diketengahkan kepada umum. Kebanyakan karyanya masih popular sehingga hari ini.

Antara lagu ciptaannya berjudul Bara yang pernah dipopularkan oleh Awie, Pasrah (Erra Fazira) dan lagu tema drama Gerak Khas, Sembilu Kasih serta Air Mata Maria. Sehingga kini jelas Yusof dia masih belum melupakan bidang tersebut.

‘Biasanya saya menulis lirik dan skrip dalam filem atau drama bersiri yang saya arahkan itu. Saya rasa lebih faham dan ada penghayatan yang tersendiri kerana lirik-lirik itu berdasarkan karya-karya yang saya arahkan sendiri.

‘Pada masa sama, saya juga banyak kali melakukan tugas seperti menjadi penyelaras adegan-adegan stunt (lagak ngeri) dalam kebanyakan filem terbitan Skop Productions, antaranya filem Sembilu,’ ujarnya.

Di samping bidang pengarahan drama dan filem serta penulisan lirik dan skrip, Yusof juga aktif dalam persatuan seperti Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dan Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM).

Jelas anak seni berkulit hitam manis ini lagi, dia banyak mengisi masa lapangnya dengan berpersatuan sebagai salah satu sumbangannya bagi membantu ahli-ahli persatuan tersebut yang memerlukan pertolongan.

‘Dalam Seniman, jawatan saya sebagai Setiausaha Agung, manakala dalam PTVM saya selaku penasihat persatuan itu. Saya juga adalah Setiausaha Kehormat Gafim (Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia).

‘Banyak aktiviti dan sumbangan yang boleh saya berikan dalam persatuan kalau saya tidak mengarah. Contohnya sebagai ahli Gafim, saya terbabit dalam penganjuran Festival Filem Malaysia ke-24 pada 20 November ini,’ jelasnya.

Utusan

Housing Board To Build 810 New Kallang Flats For Rochor Residents

17 Nov


— PHOTO: HDB

The Housing Board will build about 810 new flats at Kallang as replacement housing for HDB residents at Rochor Centre.

The new flats will be located next to Kallang River, and will be a five-minute walk from Kallang MRT station.

The new HDB development will have studio apartments, three-room, four-room and five-room flats.

Residents will be offered relocation benefits similar to those given under the Selective En Bloc Redevelopment Scheme (Sers).

Straits Times

Bila Masa Saya Rampas Tunang Orang? – Izreen

13 Nov

Oleh SITI ATHIRAH DZULKIFLY
athirah.dzulkifly@utusan.com.my
Foto FAIRUZ IZYANA AYUB

RASANYA macam baru semalam kita menatap cerita-cerita gosip mengenai bagaimana dia makan hati dengan pelakon drama Juvana, Johan As’ari selepas hubungan mereka dikatakan dingin.

Puncanya hanya satu. Wujudnya orang ketiga dan dia ialah, pelakon Fasha Sandha.

Namun belum pun sempat kontroversi itu padam, kini Izreen Azminda, 26, dilanda pula dengan satu lagi isu panas apabila dia dituduh merampas tunangan orang.

Amboi, boleh tahan juga ya pelakon drama yang sedang meningkat naik ini.

Isu ini bukan main-main.

Iyalah, sedangkan isu teman lelaki dikebas orang pun boleh bikin seseorang wanita itu naik hantu, apalagi kalau si dia itu sudah memegang status tunangan orang.

Berperang? Mungkin itu keadaan yang akan berlaku.

Tapi percayalah. Tidak akan ada sesiapa yang suka menyaksikan dua wanita memperbodohkan diri sendiri untuk berebutkan seorang lelaki yang tersenyum bangga kerana dirinya menjadi perhatian.

Sudahlah merampas ‘hak’ orang, Izreen dituduh pula berniat jahat cuba menjatuhkan kerjaya wanita berkenaan yang bekerja sebagai pengurus produksi yang dikenali dengan nama Rafeda.

Menariknya, lelaki yang dikejar bukanlah seseorang yang berstatus Tan Sri, Datuk mahupun seorang jutawan atau ahli perniagaan.

Tetapi cuma seorang jurukamera yang bertugas dengan sebuah syarikat produksi tempatan dan dikenali dengan nama R.

Ditujah dengan pelbagai soalan yang tepat mengena mukanya, Izreen mengambil langkah profesional untuk tidak lari menyembunyikan diri.

Baginya, selagi dia jujur dan berkata benar, tidak ada apa yang perlu disembunyikan.

‘Tak masuk akal dan sangat merepek! Bila masa pula saya merampas tunang orang?

‘Ya memang saya kenal dengan R dan kami mula rapat semasa sama-sama terlibat dalam penggambaran drama berjudul Isabella sekitar pertengahan 2010.

‘Tapi kami cuma kawan. Bukan dengan R sahaja, dengan semua orang dalam set itu pun saya berkawan. Kami semua sudah macam satu keluarga.

‘Apa motif perempuan itu menuduh saya punca mereka putus tunang? Jangan kerana kesalahan antara mereka berdua maka saya dijadikan mangsa. Saya tak pernah ambil kisah pun fasal mereka,’ katanya.

Mengaku mengenali Rafeda dalam tempoh yang agak lama sebagai kenalan ketika sama-sama menuntut di sebuah kolej swasta, kata Izreen, dia terkilan kerana wanita itu sanggup menipu semata-mata mahu mendapat perhatian.

‘Memang kami sepanjang di set Isabella jarang sekali bertegur sapa. Tapi semua orang di set tahu bahawa dia dan R tidak pernah bertunang.

‘Itu semua cerita rekaan perempuan itu. Sebagai seseorang yang pernah belajar di kolej yang sama, saya tak sangka perangai psiko dia tu terbawa-bawa sampai sekarang dan tak berubah.

‘Kalau betul dia dan R bertunang, tunjuk bukti. Dia tak rasa malu ke mengaku diri tunang orang padahal perkara itu tidak pernah berlaku?

‘Saya mengaku dia memang cantik orangnya tapi sayang kenapa suka hidup dalam imaginasi begitu?’ katanya.

Mula menunjukkan reaksi kurang senang dengan tuduhan yang dilemparkan, kata Izreen, dia juga hairan mengapa isu ini sengaja diperbesarkan.

Malah, dia juga menganggap isu mahu menjatuhkan karier wanita itu cuma satu lagi agenda mengarut yang dilemparkan kepadanya.

‘Fikir logiklah, besar sangat ke saya ni sampai layak nak rosakkan periuk nasi dia? Siapa saya? Kalau nak burukkan dia, dah lama saya buat macam tu.

‘Kalau saya burukkan dia sekali pun, kalau dia memang bagus dalam kerja yang dilakukan, orang akan tetap ambil dia bekerja tanpa perlu ambil kisah dengan kata-kata hasutan saya, betul tak?’ ujarnya.

Profil tercalar

Tidak mampu menyembunyikan rasa kecewa, kata Izreen, dia sedar sebagai manusia kerdil, dia tidak dapat lari daripada dugaan seperti ini.

Apalagi ketika dia kini sedang berusaha menapak membina nama sebagai seorang pelakon dan yang terkini menerusi tayangan drama berjudul Tentang Dhia.

Malah, dalam diam, dia mengangguk, perkara ini sedikit sebanyak mencalar profilnya sebagai seorang pelakon.

‘Lima tahun saya berlakon, ini adalah dugaan besar yang terpaksa saya hadapi.

‘Sudahlah isu saya dengan Johan pun orang masih sibuk bercakap-cakap, tiba-tiba timbul pula kontroversi ini.

‘Saya kasihan dengan perempuan itu. Sifat cemburu sudah menguasai diri. Sebagai seorang wanita dia perlu kuat menghadapi rintangan dalam hubungan. Bukan menuduh orang lain sebagai punca perpisahan.

‘Lebih baik dia lihat apa kekurangan dan kesilapan pada diri sendiri sebelum tuding jari pada orang. Ini juga peringatan buat saya sendiri,’ ujarnya.

Utusan

Hikmah Pengorbanan

6 Nov

« sebelumselepas »
Foto

Foto

Irma Hasmie, Siri Nordiana kini akui lebih tenang jalani kehidupan sebagai artis dengan berimej baru

ALUR hidup mereka jauh berbeza, namun status selebriti tidak membebaskan dua personaliti yang kini membawa imej muslimah ini daripada belenggu palitan kontroversi yang pernah menimbulkan polemik sedikit masa lalu. Edaran masa seperti enggan meluputkan minda segelintir manusia daripada terus mengingati khilaf silam mereka, lantas memerangkap dua nama ini dalam persoalan yang berlarutan.
Biarpun kini Irma Hasmie dan Siti Nordiana sudah meninggalkan imej gelap masa silam, bayangan lakaran lalu yang masih mengekori membuatkan segelintir masyarakat skeptikal dengan penghijrahan mereka. Pengorbanan mereka bukan mudah untuk taqmpil imej baru sesuai dengan kehendak dan suruhan agama, namun itulah hikmah yang mereka peroleh kini.
Enggan pertikaian sebilangan kecil masyarakat merosakkan kesucian niat mereka, Irma dan Siti Nordiana atau Nana berharap pengorbanan besar memberikan imej baru kepada industri hiburan tidak menjauhi mereka daripada rahmat Allah. Dengan imej bertudung litup dan lebih mementingkan adab dalam pergaulan seperti dituntut Islam, mereka tetap akur meneruskan perjuangan seni dengan landasan yang benar.

Akui Irma, hasutan syaitan serta persekitaran ada kala menguji kekuatan iman namun dia nekad mempertahankan pendirian kerana perubahan itu adalah untuk mencari keredaan Allah. Bermula daripada niat ikhlas, seterusnya memancarkan kejujuran dalam diri dan dari situ, kata Irma akan terbit kesungguhan untuk terus mempertahankan pegangan diri.

“Setiap kali bangun, saya sentiasa berdoa kepada Allah supaya tidak jatuh dan berpatah balik ke laluan yang pernah saya lalui dulu.

Alhamdulillah, pandangan skeptikal dan sini manusia tidak sesekali membuat saya lemah dan tewas. Saya tolak ke tepi semua itu dan menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah.

“Dia yang memberikan rezeki, malah mentadbir alam semesta jadi saya tidak perlu bimbang kerana semua yang berlaku mempunyai alasan dan hikmahnya. Allah sayangkan hamba-Nya yang mahu berubah ke arah kebaikan, jadi tidak mungkin Dia menutup pintu rezeki-Nya,” kata Irma mengenai penghijrahan yang berlaku selepas pulang dari mengerjakan umrah di Makkah, Mac lalu.

Penghijrahan itu akui Irma, menuntut kekuatan luar biasa bahkan mendesaknya melakukan pengorbanan yang cukup menguji.

Tanpa paksaan sesiapa, Irma melupakan keseronokan kosong yang membentangkan kebahagiaan sementara, sebaliknya beralih mencari kegembiraan hakiki.

“Dulu hidup saya tiada fokus, malah terlalu lalai dengan keseronokan dunia. Bukan saya tiada cita-cita, tetapi ia lebih terarah kepada pencapaian duniawi. Saya korbankan semua keseronokan itu kerana mahu berjaya di dunia dan akhirat. Saya berkorban untuk sebuah kehidupan yang lebih baik dan berbeza daripada apa yang dilalui dulu.

“Dulu saya tercari-cari arah hidup tetapi hari ini, saya lebih yakin dan berasa selamat kerana dekat dengan Allah. Apa sangat pengorbanan ini berbanding orang lain yang jauh lebih hebat diuji,” bahas Irma, bertepatan dengan kedatangan Hari Raya Korban yang disambut umat Islam hari ini.

Enggan segala luahannya disalah tafsir sebagai membangga diri, Irma bersyukur kerana hidupnya hari ini dikelilingi mereka yang sentiasa memberi dorongan untuk kebaikan. Disebabkan itu, perantara program Assalamualaikum dan Solehah siaran TV AlHijrah ini masih setia mengabdikan dirinya kepada dunia hiburan kerana medium itu boleh mendorong peminat ke jalan lurus dan diredhai Allah.

Baginya, tiada alasan untuk berundur diri jika bidang ini masih memberinya ruang untuk beramal dan berbakti bukan saja sesama manusia tetapi juga kepada Allah. Ralit mendengar hujah Irma membuatkan Nana memperoleh semangat baru apatah lagi, sebelum penghijrahannya dia diuji dengan pelbagai dugaan yang mencabar iman.

Berkali Nana menegaskan, perubahan dalam dirinya dilakukan bukan kerana mahu menarik perhatian ramai. Penyanyi kelahiran Sendayan, Negeri Sembilan itu juga tidak berniat mengalih ingatan peminat selepas berdepan kritikan pedih gara-gara pernah muncul dengan imej seksi.

“Saya tidak pernah mencanang kepada sesiapa untuk berubah. Saya hanya berterus terang mengenai imej baru apabila diundang menjayakan sesi fotografi menjelang Syawal lalu. Ketika itu saya sudah bersedia diterjah pelbagai pertanyaan. Usah memandang serong kerana saya cuma memenuhi tuntutan yang diwajibkan kepada wanita Islam, bukan berbangga atau cuba menunjuk-nunjuk,” katanya.

Penyanyi Cinta Hanya Sandaran itu bersyukur, penghijrahannya itu membuatkan dia lebihl dihormati malah bebas daripada gangguan lelaki hidung belang. Membawa status ibu tunggal seorang cahaya mata, Nana tidak menafikan dulu dirinya sering menjadi mangsa usikan lelaki yang cuba memancing perhatian.

“Sejak bertudung, tiada lagi lelaki yang mendekati hanya untuk mengambil kesempatan. Perubahan ini tanpa disangka menjauhkan saya daripada pandangan serong. Bukan mudah untuk saya jalani kerana saya bergerak sendiri. Namun Allah membentangkan laluan lebih selesa hingga saya dapat merasai, pintu rahmat-Nya terbuka luas apabila memilih untuk meniti laluan diredai,” jelasnya.

INFO: Irma Hasmie
Nama Penuh: Irma Hasmie Ibrahim
Tarikh Lahir: 8 Januari 1982
Asal: Kuala Lumpur
Keluarga: Sulung daripada tiga beradik
Pendidikan: Diploma Kejuruteraan Elektrik, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Kuala Lumpur
Pencapaian: Gadis Jelita 2004
Iklan Komersial: Pringles, Maxis, Yamaha dan Fair & Lovely
Filem: Cinta Fotokopi, Main-Main Cinta, Diva & Dua Hati Satu Jiwa
Drama: Lima, Awan Dania, Bella, Rahsia Gambar, Hantu Raya, Segalanya Ku Terima & Cinta 5 Bintang.

Irma, Nana menanti cinta sejati

TIDAK seperti dulu, apabila Irma Hasmie dan Siti Nordiana begitu terbuka bercerita mengenai lelaki, namun pertemuan pada petang Rabu lalu tidak lagi diisi topik sebegitu. Mula dijamah tempias gosip mengaitkan mereka dengan lelaki tertentu, Irma dan Nana selesa menyimpan topik itu menjadi milik peribadi mereka.

Seperti diakui Irma, selagi belum ada pengesahan dia tidak akan sesekali membuka mulut bercerita mengenai soal cinta.

“Tipu jika saya tidak berusaha untuk mengenali lelaki, cuma saya tidak mahu terlalu terbuka bercerita. Saya masih sendiri tetapi pada masa sama, tidak menutup pintu hati untuk menerima kehadiran lelaki dalam hidup. Pengganti itu hanya akan diketahui apabila dia bergelar suami kepada saya nanti. Dulu mungkin saya suka berkepit tetapi hari ini, semua itu bukan lagi keutamaan.

“Saya mencari restu kedua-dua ibu bapa. Saya mahu perkahwinan yang diberkati, jadi restu kedua ibu bapa penting sebelum saya diserahkan kepada lelaki yang memegang amanah mereka,” katanya.

Nana pula yang pernah kecundang selepas tiga tahun bergelar isteri tidak menafikan, dia kini rapat dengan seseorang namun perkahwinan bukan lagi menjadi agenda penting dalam hidupnya. Bukan serik, cuma Nana mahu lebih berhati-hati kerana berharap perkahwinan kedua akan memberinya kebahagiaan hingga akhir hayat.

Lagipun jelas Nana, tidak mudah untuk menerima lelaki yang memahami status dirinya sebagai ibu tunggal kepada Muhammad Rayyan Nakhaie, 4.

“Bukan cerewet, malah saya tidak meminta lebih. Memadai jika lelaki itu mampu memberi pendidikan agama kepada Nana dan Rayyan, selain penyabar. Tak mengapa jika tidak kaya kerana wang ringgit bole dicari. Nana cuma mencari lelaki yang boleh menerima anak Nana dan bersedia menggalas tanggungjawab sebagai ayah. Itu cukup untuk memberi kebahagiaan kepada Nana kerana Rayyan ialah segala-galanya dalam hidup Nana,” katanya.

INFO: Siti Nordiana
Nama Penuh: Siti Nordiana Alias
Tarikh Lahir: 22 November 1984
Tempat Lahir: Hospital Besar Seremban, Negeri Sembilan
Karier: Penyanyi, pelakon
Status: Ibu tunggal
Anak: Mohd Rayyan Nakhaie
Album: Gurindam Rindu Berkasih (1999), Luahan Hati Kekasih (2000), Firus – duet bersama Syura (2001), Bingkisan Kasih (2001), The Best Of siti Nordiana (2000) Istimewa Untukmu – duet bersama Achik (2003), Pelangi (2004), Benang Emas – duet bersama Achik (2005), Cahaya Kekasih (2007)

Tajaan
Irma Hasmie – Pakaian: EZE Fashion, Tudung: D’Haja Boutique, Solekan: Chomel
Siti Nordiana – Pakaian: Syara Kim, PJU 8/1, F-1-3A, Tingkat 1, Blok F, Neo Damansara, Damansara Perdana (Facebook: syara kim),
Solekan: Che’Wa Yana (wawahoney80@yahoo.com)

Bintang Pop