Archive | Hijjaz RSS feed for this section

Sinopsis Buku: Gerakan Freemasonry – Musuh Dalam Menghancurkan Islam

14 Apr

Judul: Gerakan Freemasonry – Musuh Dalam Menghancurkan Islam

Penulis: Nik Azran Muhamed/Mohd Mahadi Isa

Penerbit: Hijjaz Records Publishing (2009)

Harga: RM35.90 (Sabah & Sarawak RM37.90)

 

 

Halaman: 213

Gerakan bawah tanah seperti Freemasonry dibawa masuk untuk diterapkan ke dalam gerakan kebangsaan yang dibentuk.

Gerakan seumpama ini menyusup masuk dan menjadi tulang belakang kepada gerakan yang bersifat kebangsaan. Kehadiran gerakan seperti ini membawa masuk slogan yang zahirnya menampakkan mereka sebagai gerakan yang memperjuangkan nasib bangsa tetapi pada hakikatnya, mengandungi agenda rahsia untuk kepentingan musuh Islam.

Buku ini membincangkan secara terperinci mengenai Gerakan Freemasonry termasuk latar belakang gerakan dan bahayanya terhadap umat Islam.

Harian Metro

Advertisements

CAK: Pakej Umrah Hijjaz

22 Mar

Rap
DALAM mengharungi zaman kegawatan ini, hendaknya iman kita jangan goyah dek kerana desakan hidup. Apapun dugaan mendatang, hadapinya dengan tenang dan ingatlah selalu kepada Allah SWT. CAK bukan hendak berkhutbah, tetapi sekadar ingat mengingati.

Bercerita mengenai ketenangan ini, menurut rakan CAK yang baru balik mengerjakan umrah di Tanah Suci Makkah, dia terasa hendak ke sana lagi. Sungguh tenang dan aman sekali apabila di sana.

Sekarang hendak pergi umrah dan haji tidak sesukar zaman tok nenek kita yang terpaksa naik kapal laut untuk ke sana. Berbulan lamanya belayar, di mana ada jemaah wanita hamil yang bersalin atas kapal.

Apabila bercakap mengenai umrah, kumpulan nasyid Hijjaz sejak mempunyai syarikat pelancongan sendiri, Hijjaz Legend Travel & Tours Sdn Bhd (HLTT), melebarkan sayap perniagaan mereka dengan menyediakan pakej umrah.

Bertambah maju jaya mereka nampaknya. Lepas satu, satu, bidang perniagaan diterokai. Khabarnya mereka kini dalam usaha membeli calet di Langkawi pula.

Terbaru untuk tahun ini mereka menyediakan Pakej Umrah Kembara Rohani bersama ustaz Zawawi Yusof, pada 20 April hingga 1 Mei depan. Sesiapa berminat menyertai pakej umrah itu, sila hubungi Ahmad di 012-3062291.

CAK difahamkan, ustaz Zawawi yang juga tokoh agama terkenal tanah air menyediakan modul khas untuk bakal jemaah. CAK dengar, paling menarik selain diadakan khusus umrah di sini, kursus sama dibuat di dataran Masjid Nabawi.

Tentu bakal jemaah yang akan berangkat ke Makkah menunaikan umrah akan lebih khusyuk dan tawaduk. Insya-Allah, CAK kini menunggu ‘jemputan Allah’ untuk ke sana.

 

 

innity_pub = “c16a5320fa475530d9583c34fd356ef5”;
innity_cat = “ENTERTAINMENT”;
innity_zone = “154”;
innity_width = “250”;
innity_height = “220”;

Harian Metro

Destiny Kian Kukuh Cipta Nama

6 Mar

Oleh Wan Asrudi Wan Hasan
wanasr@hmetro.com.my

Rap
PELBAGAI dugaan ditempuhi kumpulan Destiny sejak lebih dua tahun terbabit dalam menyampaikan lagu berbentuk dakwah dan nasyid. Bagi peminat irama nasyid, nama kumpulan yang bermaksud takdir itu cukup sinonim dengan persembahan pada majlis di institut pengajian tinggi (IPT).

Kumpulan dianggotai Norizal Ismail (Rizal), 24, Yusof Yahya (Yusof), 22, dan pasangan kembar, Muhammad Saufi (Saufie) dan Muhammad Rozi Harun (Rozie), 20, digabungkan sejak dua tahun lalu atas inisiatif Pegawai Penerbitan Unit Perhubungan Awam Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Ghazali Din.

Malah Ghazali atau dikenali sebagai Ihsan Noor Zali turut bertindak sebagai penasihat kumpulan selain mencipta lirik lagu Istana Kasih dalam album pertama.

Takdir juga menentukan mereka merakamkan album selepas mendapat kepercayaan syarikat pencetakan, Wisdom Mind Resources Sdn Bhd. Peluang berkenaan dimanfaatkan sepenuhnya empat pemuda itu dengan menampilkan lagu berbentuk zikir, selawat, sajak selain melodi ketuhanan dan berunsur nasihat.

Rizal yang juga penuntut Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sekolah Rendah (Bahasa Melayu dan Pendidikan Islam) UPSI berkata, kumpulan yang pada asalnya dianggotai dirinya dan Yusof itu kerap menjayakan persembahan nasyid sempena majlis tertentu di UPSI malah penubuhan kumpulan berkenaan juga berdasarkan minat mendalam terhadap irama nasyid.

“Kehadiran kami juga diharap dapat mewarnai dunia nasyid tanah air. Walaupun masing-masing masih menuntut, ia tidak menghalang kami meneruskan minat seterusnya aktif dalam persembahan nasyid.

“Malah irama nasyid yang disifatkan universal sebahagian daripada didikan berbentuk hiburan,” kata Rizal

Bagi penuntut tahun tiga Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Seni UPSI, Yusof pula, kesempatan merakamkan album studio digunakan sebaik mungkin sekali gus memberi asas yang lebih kukuh untuk mereka mencipta nama dalam dunia seni seperti kumpulan nasyid yang sedia ada.

“Kami bersyukur kerana diberi peluang merakam album di bawah naungan syarikat Wisdom Mind. Menerusi album pengenalan ini, kami tidak hanya memberi fokus kepada satu irama muzik sebaliknya turut menampilkan irama free pop, balada di samping himpunan zikir, bacaan al-Quran dan Selawat yang kami nyanyikan sendiri.

“Ini sebahagian daripada cara kami untuk menarik pendengar daripada pelbagai peringkat bermula kanak-kanak sehingga dewasa. Untuk album ini, kami juga mendapatkan khidmat komposer yang cukup sinonim dengan lagu nasyid seperti Fitri Haris (UNIC), Amar, Artie dan Ihsan. Rakaman album pula berlangsung di studio Hijjaz dan Dream Tone,” katanya.

Di samping lagu dan melodi, turut menjadi tarikan pastinya penampilan pasangan adik-beradik, Rozie dan Saufie. Berbeza dengan Saufie, pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Seni di UPSI, Rozie pula penuntut Ijazah Sarjana Muda Sains Geoinformatik di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Johor Bahru.

Minat dan keakraban antara kumpulan ini menyebabkan Rozie sanggup berulang-alik daripada Johor Bahru ke Tanjung Malim, Perak semata-mata untuk bersama menjayakan persembahan nasyid.

“Sebenarnya tidak timbul banyak masalah untuk menjayakan persembahan bersama memandang kami sering menjayakan persembahan ketika hujung minggu atau cuti semesta. Kami bukan hanya bergerak secara berkumpulan malah secara individu juga masing-masing pernah menyertai pertandingan nasyid.

“Walaupun banyak kumpulan nasyid yang muncul di IPT termasuk UPSI sendiri, tidak ramai yang masih aktif sehingga ke hari ini,” kata Saufie.

Rozie pula mengakui perjalanan dalam dunia seni masih jauh malah dia tidak meletakkan sebarang sasaran yang tinggi.

“Segalanya bergantung kepada rezeki. Fokus utama kami masih ke arah profesion perguruan. Pada masa sama kami juga mahu aktif dalam menyampaikan lagu nasyid,” katanya.

Harian Metro

Leia Mencari Yang Hilang

12 Dec

Oleh Elrafaei Sapi
ahmadelrafaei@hmetro.com.my

Rap
SEJAK kecil, penyanyi bernama Leia Az Zahra Justin Abdullah terdedah dengan muzik. Barangkali tidak ramai yang mengetahui bapa penyanyi ini, Justin Lusah seorang komposer dan penyanyi popular di Sabah. Justin dikenali menerusi lagu Jambatan Tamparuli yang popular sekitar pertengahan 70-an. Malah ibunya, Clarice Boinsin juga penyanyi popular di kalangan masyarakat Kadazan.

Mewarisi bakat ibu bapanya, kini Leia menceburi bidang nyanyian secara serius selepas bernaung di bawah label Hijjaz Records. Berbeza dengan nasib penyanyi lain meraih peluang mudah sebagai artis, usaha Leia untuk menempatkan diri dalam bidang seni dilakukan sendirian tanpa mengharapkan simpati orang lain.

Katanya, dia sanggup bertemu dengan kumpulan artis popular seperti Rabbani dan Hijjaz untuk menyatakan minat menyanyikan lagu nasyid. Leia berhasrat mencari syarikat pengurusan artis yang dapat mengendalikan aktiviti seninya.

Akhirnya impian Leia menjadi kenyataan selepas Hijjaz mempercayai bakatnya dan kini Leia hadir dengan single Mencari Yang Hilang.

“Masa kecil saya sering ikut ibu bapa saya pergi buat persembahan di pentas mahupun kenduri kahwin. Di rumah, kami juga kerap karaoke. Dari situ, minat saya terhadap muzik dan nyanyian bertambah.

“Hingga di sekolah menengah, saya aktif menyanyi dan mempunyai kumpulan sendiri iaitu Tanak Nabalu (anak Kota Kinabalu) yang mempunyai enam anggota. Selepas melanjutkan pelajaran di kolej, saya masih aktif menyanyi di pentas.

“Pada saya, menyanyi boleh melepaskan tekanan dalam diri dan matlamat saya kini sebenarnya mahu berdakwah menerusi lagu. Saya percaya lagu membawa mesej dekat dengan masyarakat dan jika boleh, saya ingin mengajak sesiapa saja mendekati Islam,” katanya.

Mengenai single barunya itu, Leia berkata, ia ciptaan sendiri yang mengisahkan pengalaman hidupnya ketika mempunyai jiwa kosong. Ketika itu, Leia yang pernah menganut Kristian Katolik mencari arah hidup yang sempurna hingga menemui hidayah untuk memeluk Islam pada Oktober tahun lalu. Akui Leia, 28, perasaannya kini makin tenang selain memahami cara kehidupan dalam Islam.

“Sejak kecil hingga besar, saya mencari kasih sayang selepas ibu bapa berpisah dan saya kemudian menumpang kasih dengan nenek. Selepas tamat tingkatan lima, saya hidup berdikari. Saya berpeluang melanjutkan pelajaran dalam bidang Diploma Sains Komputer di Pusat Teknologi Pengurusan Lanjutan (PTPL).

“Dulu saya hidup keseorangan, sunyi dan merintih hingga saya tertanya apakah saya hidup seorang diri di dunia ini? Suatu hari, saya terdengar azan subuh dalam mimpi dan apabila terjaga, memang azan subuh berkumandang.

“Sejak peristiwa itu, hati saya tertarik untuk mendekati Islam dan saya juga berdikari belajar menerusi Internet dan pergi ke Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim). Saya seronok dengan kehidupan yang dilalui kini dan berhasrat terus berdakwah menerusi nyanyian,” katanya.

Selain single Mencari Yang Hilang, Leia turut tampil menerusi Taubat dan Syukur. Sebanyak 10 lagu baru dimuatkan dalam album debut ini yang menampilkan pop nasyid dan dijangka berada di pasaran pada awal tahun depan. Leia yakin dakwah menerusi lagu salah satu cara berkesan untuk menarik perhatian masyarakat termasuk bukan Islam.

Sebelum ini, single berkenaan dimuatkan dalam album kompilasi Nasyid Terhebat! terbitan Nova Music yang berada di pasaran sejak Aidilfitri lalu. Album itu turut menggabungkan ramai penyanyi nasyid antaranya Rabbani, Hijjaz dan Nowseeheart.

Harian Metro

Teratak Hijjaz

22 Sep

Oleh Rozdan Mazalan
rozdan@bharian.com.my

Kumpulan nasyid ligat niaga kini miliki resort sendiri

MELAKAR nama sehingga dikenali ramai bukan perkara mudah untuk dilaksanakan, namun dengan berkat dan kesabaran selama ini, kumpulan nasyid Hijjaz kini tidak lagi ingin menumpukan pada satu bidang saja iaitu nyanyian semata-mata.

Sebelum ini Hijjaz Records Sdn Bhd (HRSB) ditubuhkan bagi mengurus segala aktiviti muzik baik dalam pembikinan album mahupun persembahan di luar yang membabitkan artis di bawah naungan Hijjaz.

Penubuhan Hijjaz Trade Corporation Sdn Bhd (HTC) yang ditubuhkan tahun lalu dipertanggungjawabkan untuk menguruskan perniagaan pelancongan yang menawarkan pakej umrah untuk orang ramai.

Pengarah Urusan HTC, Isman Nadim Isam berkata, menerusi HTC juga kini pihaknya dipertanggungjawab untuk menguruskan Astana Dugang Country Resort yang kini dikenali sebagai Teratak Hijjaz.

“Alhamdulillah berkat kesabaran kami, Hijjaz kini melebarkan sayapnya dengan mengambil alih pengurusan Astana Dugang Country Resort untuk melakukan pelbagai rancangan membabitkan program motivasi.


ANGGOTA Hijjaz bersama pegawai dan kakitangan pengurusan Astana Dugang, Country Resort.

“Kami baru saja mengambil alih resort ini pada 1 Ramadan lalu dan menumpukan dalam bidang pengurusan.

“Ada juga yang meragui kemampuan Hijjaz untuk menguruskan satu bidang perniagaan yang baru ini. Namun kami sentiasa mengamalkan sikap tidak mahu berputus asa dan tidak pernah jemu menimba ilmu untuk mengumpul pengalaman baru.

“Sebelum kami bersetuju menerima tawaran menguruskan resort ini, kami sudah mengumpulkan segala maklumat serta mengetahui akan potensi sebelum berani melangkah kerana pelaburan yang tinggi,” katanya yang ditemui di Teratak Hijjaz selepas majlis berbuka puasa anjuran Hijjaz dan artis di bawah naungannya.

Resort yang terletak di pinggir bandar Putrajaya ini dibina dengan suasana desa dan tropika yang segar dan kaya dengan pelbagai jenis flora dan faunanya.


HIJJAZ menghiburkan tetamu pada Pelancaran Teratak Hijjaz.

Menurut Isman, Teratak Hijjaz yang menyediakan 24 bilik dengan empat daripadanya bertaraf VIP dilengkapi dengan penghawa dingin dengan kelengkapan lain.

“Selain pelbagai kelengkapan yang disediakan, resort ini juga menjadi tarikan apabila terdapat dua kolam ikan yang menempatkan lebih 10 jenis ikan di dalamnya.

“Suasana yang santai dengan dekorasi landskap yang indah turut menjadi tarikan apabila restorannya juga menyediakan pelbagai masakan ala kampung yang enak.

“Kami menawarkan pelbagai aktiviti kepada pengunjung selain menyediakan dua dewan besar bagi tujuan kursus atau seminar. Mereka juga boleh mengadakan pelbagai majlis seperti berbuka puasa, jamuan hari raya, pelancaran produk, majlis perkahwinan dan sebagainya,” katanya.

Mereka yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Teratak Hijjaz atau membuat tempahan boleh menghubungi talian 03-61408280 atau 03-61408281 atau boleh layari laman web http://www.astanadugang.com.

Berita Harian

Hijjaz Tawar Pakej Umrah Murah

1 Sep

Oleh Serimah Mohd Sallehuddin


AJAK KE TANAH SUCI: Anggota Hijjaz menunjukkan laman web yang menawarkan Pakej Umrah At Ta’awun.

Harga RM2990 setiap seorang, perkenal lima lagi rakan yang berminat

MENJEJAKKAN kaki ke Tanah Suci pastinya menjadi impian setiap umat Islam. Bagaimanapun kedudukan kewangan yang tidak cukup stabil menghalang niat suci kebanyakan kita. Keadaan ekonomi yang menyaksikan kenaikan harga minyak melambung tinggi menjejaskan lagi hasrat murni itu.

Menyedari ramai di antara kita yang kurang berkemampuan menunaikan umrah kerana harganya yang kini mencecah antara lima hingga enam ribu ringgit, Hijjaz Records dan Legend Tours memperkenalkan Pakej Umrah At Ta’awun.

At’Ta’wun yang bermaksud tolong menolong menawarkan pakej umrah pada harga yang sangat berpatutan iaitu RM2990 supaya mereka yang kurang berkemampuan juga dapat menunaikan umrah namun dengan kos yang rendah.

Bagaimanapun, mereka yang berminat untuk mendapatkan pakej pada harga RM2990 perlu mencari lima lagi rakan yang berminat.

Pengarah Urusan Hijjaz Legend Tours, Isman Nadim Isam berkata, pihaknya mendapat banyak maklum balas menyatakan kekeliruan mereka dengan pakej murah yang ditawarkan Hijjaz.

Jelas Isman, ramai yang ingin menunaikan umrah tetapi dengan harga yang tinggi sekarang menyekat keinginan mereka untuk beribadah. Dengan skim yang diperkenalkan Hijjaz ini, mereka yang berkeinginan menunaikan umrah tidak perlu mengumpul duit sehingga bertahun-tahun.

“Ketika mencium dan memeluk Hajarul Aswad baru-baru ini hati saya terdetik masih ramai lagi orang Malaysia belum menunaikan umrah. Saya berdoa semoga dibuka jalan untuk mereka menjejakkan kaki ke sana.

“Bagaimanapun tidak lama selepas pulang ke tanah air, saya berjumpa dengan seorang rakan. Dia yang memberikan idea mengadakan pakej ini. Sasaran kami adalah golongan yang kurang berkemampuan, mungkin mereka sudah menyimpan tapi belum mencukupi sehingga RM6,000 contohnya. Mungkin mereka sudah ada separuh, jadi melalui pakej yang kami perkenalkan ini mereka sudah boleh pergi,” kata Isman.

Kata Isman lagi, kemungkinan ada yang akan beranggapan sukar untuk mendapatkan lima orang bagi melayakkan mereka mendapatkan pakej murah ini. Namun kata Isman, ada pelanggan mereka sudah pun membuktikannya apabila berjaya mengumpul sehingga 80 orang.

Mereka yang berminat untuk mengikuti pakej ini boleh mendaftar melalui laman web http://www.hijjazlegend.com. Antara keistimewaan yang ditawarkan dalam pakej ini ialah umrah 12 hari 9 malam, penginapan untuk dua orang dalam satu bilik yang selesa, berhampiran dengan masjid serta hidangan masakan Melayu.

Mereka yang berjaya memperkenalkan lima rakan akan dibayar insentif RM150 untuk satu kepala. Selain itu, Hijjaz Legend juga akan memberikan beberapa barangan lain seperti kain telekung dan ihram, beg pakaian, set penjagaan kulit jenama El-hajj serta CD mengandungi doa mengerjakan haji dan umrah.

Sementara itu kata Isman lagi, Hijjaz Legend juga berazam untuk membawa dua atau tiga anak yatim atau fakir miskin dalam setiap kunjungan mereka bagi memberi peluang mereka untuk sama-sama menunaikan umrah.

Tajaan itu akan diambil menerusi tabung At Ta’awun iaitu pakej yang dibayar peserta. Secara tidak langsung mereka yang menyertai ini pakej ini turut menderma untuk golongan yang kurang bernasib baik ini.

Berita Harian

Koleksi Marhaban Popular

11 May

ADA kelainan pada album marhaban yang dibawakan oleh Kumpulan El-Hikmah yang diterbitkan oleh Hijjaz Records Sdn. Bhd (HRSB). Ini kerana, jika selama ini marhaban disampaikan menggunakan vokal secara beramai- ramai tetapi konsep marhaban bersama kumpulan yang berasal dari Muar, Johor ini agak berlainan.

Mereka mempersembahkannya dengan iringan muzik. Justeru, enam anak muda terdiri daripada Md Fadli Yusof, Mohd Halim Paboh, Muhamad Hakim Abd. Rahman, Mohd Solehan Yunus, Fahrudin Hj. Jamingan dan Anuarudin Md. Som amat berharap album ini mendapat perhatian daripada golongan pendengar.

Lebih-lebih lagi dalam usaha menarik golongan remaja dan anak muda agar lebih minat kepada marhaban memandangkan tidak ramai yang berminat terhadapnya.

“Kami berharap agar warisan zaman berzaman ini tidak akan hilang begitu sahaja,” tegas Fadli yang juga ketua Kumpulan El-Hikmah.

Memuatkan sembilan buah koleksi marhaban popular yang disampaikan dalam melodi yang berbeza, berserta dua bacaan Rawi serta sebuah lagu nasyid yang bertajuk Keunggulan Ilmu yang dicipta oleh Syazira.

Telah dipasarkan sejak pertengahan April lalu, ia juga boleh dibeli secara online di http://www.hijjazrecords.com.my pada harga RM25.90 bagi cakera padat manakala RM15.90 bagi kaset.

Bagi mereka yang membeli secara online boleh membuat pembayaran melalui kad kredit, kiriman wang atau bayaran terus ke akaun HRSB. Selain itu, produk ini juga boleh didapati di kedai-kedai kaset utama dan juga kedai buku agama yang terpilih.

ALBUM: MARHABAN YA

NURALAINI –

EL-HIKMAH BERSAMA UZTAZ FADLI

EDARAN: EMI (MALAYSIA) SDN. BHD.

Powered by Utusan Malaysia