Archive | November, 2009

Makan Ulat Untuk Jiwai Watak – Putri Mardiana

30 Nov

Ditulis oleh Nonie
  
  

“Memang betul saya kena makan semua ulat dan telur hancur seperti yang anda lihat dalam filem Santau. Ulat tu rasa macam kacang dan saya boleh makan lagi.

“Tapi yang tak tahan bila bau telur hanyir bila dah digaul sekali dengan ulat. Tapi apa nak buat, semua dah masuk dalam perut saya pun,” ujar pelakon utama Santau, Putri Mardiana mengenai salah satu babak dalam filem tersebut.

Meskipun sepatutnya tiada babak yang memerlukannya berbuat demikian, namun untuk menonjolkan adegan seram dan menjijikkan, ibu kepada tiga orang anak ini mengakui sanggup melakukannya semata-mata inginkan pengalaman, lebih-lebih lagi ini adalah filem pertama lakonannya.

“Sepanjang shooting saya jadi bahan ketawa sebab asyik bermain dengan ulat. Ada scene di mana belakang badan saya diletakkan ulat dan saya terpaksa tahan geli bila ulat tu gigit badan saya.

“Dan saya tak kisah nampak hodoh dalam filem ini sekiranya ia berjaya membuatkan lakonan nampak lebih real. Dan scene saya kena pukul dalam van memang betul-betul, hampir setengah jam saya pengsan,” ujarnya mengenai cabaran yang harus dilalui sepanjang proses pembikinan Santau.

Gangguan

“Tak dinafikan memang ada gangguan sepanjang terlibat dengan filem ini. Pernah sekali tu lepas habis shooting di Beranang dalam jam 4.00 pagi, dalam perjalanan pulang tiba-tiba ada benda yang sangat besar melintas di hadapan kereta saya. Bila sampai ke rumah, anjing pula menyalak-nyalak seperti terlihat sesuatu. Tapi itu semua tak buat saya serik untuk berlakon filem seram lagi,” ujar pemenang tunggal lakonan program Worldstar Road to Hollywood.

Luangkan Masa Bersama Anak-anak

Biarpun jadualnya makin padat selepas menceburi bidang ini, namun Putri mengakui sentiasa berusaha untuk tidak berjauhan dengan anak-anaknya.

“Memang saya akan selalu berjumpa dan kadang kala akan keluar sekali dengan bekas suami. Saya tak kisah orang nak fikir apa kerana mulut manusia kita tak boleh tutup.

“Kalau ada yang berniat untuk menjatuhkan saya, alhamdulillah. Semoga tuhan ampuni dosa mereka. Itu saja yang boleh saya cakap. Saya hanya nak mencari rezeki sekarang,” ujarnya.

Hasil perkahwinan dengan bekas suami, Putri dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Alia Wirdani, 6, Amir Firman,4 dan Airell Zuhair,3.

 

Mangga Online

Show Monsoon Cup 2009 Pasti Meriah

30 Nov

Ditulis oleh Rosli Manah
  
  

Persembahan hiburan sepanjang Monsoon Cup 2009 di Pualu Doyung, Kuala Terengganu pasti meriah dengan pembabitan  majalah hiburan sensasi, URTV terbitan Utusan Karya Sdn. Bhd. sebagai media rasmi berkaitan aktiviti hiburan.

Konsert pembuka tirai, Konsert Kick Off yang bermula pada 1 Disember itu nanti akan berlangsung di Dataran Shah Bandar, Kuala Terengganu bermula pukul 9.00 malam. Barisan artis yang akan mengadakan persembahan ialah Dayang Nurfaezah, Dafi, Tomok, Elyana, Lan Kristal, Aizat, Ramlah Ram dan  Jay Jay.
Dayang NurfaizahKonsert pada malam  itu nanti akan diacarakan oleh dua pengacara sensasi, Farah Fauzana dan Reza AF.

Konsert itu dibawa oleh T-Best Events Sdn. Bhd. yang melantik majalah URTV sebagai penganjur konsert Kick-Off dan juga tiga konsert mini sepanjang Monsoon Cup 2009.

Selain Konsert Kick-Off, URTV juga menjayakan tiga konsert mini lain bermula pada 2 hingga 4 Disember 2009 bertempat di Ri-Yaz Heritage Marina Resort & SPA Pulau Duyong.

Barisan artis yang terlibat dalam ketiga-tiga konsert mini ialah, Bob, Wana, Azlan & the Typewriter, Alya, Hafiz Hamidun, Suhaimi Hijjaz, Nadia, Ameng Spring, Aiman dan Shazroul.

Persembahan artis untuk ketiga-tiga konsert mini akan berlangsung  selama sejam bermula 3.00 petang setiap hari.

Pengunjung yang datang ke Monsoon Cup 2009 juga  akan dijamu dalam majlis Jamuan Rakyat yang diadakan pada 4 Disember 2009, di kawasan sekitar Ri-Yaz Heritage Marina Resort @ SPA Pulau Duyong.

DafiMonsoon Cup 2009 merupakan pertandingan kapal layar bertaraf antarabangsa yang diadakan kali ke-5 di Pulau Duyong, Kuala Terengganu.

Selain persembahan artis, Monsoon Cup juga menyediakan pelbagai aktiviti lain seperti sukan rakyat, pertandingan tarian kebudayaan, pertandingan mewarna kanak-kanak, pameran scuba dan memancing serta bazaar makanan dan kraftangan.

Konsert ini akan dimulakan dengan memperkenalkan 12 pelayar-pelayar dunia yang akan bertanding di Monsoon Cup. Tahun ini Monsoon Cup merupakan lokasi terakhir bagi sirkit World Match Racing Tour, dan akan menentukan bukan hanya Juara Monsoon Cup 2009, tetapi juga Juara Dunia World Match Racing Tour.

 

Mangga Online

Kahwin Biar Sekali: Den Wahab

30 Nov

Oleh Ramlah Zainal
roses@hmetro.com.my

Rap

SEDANG lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Pepatah itu tepat untuk menggambarkan asam garam kehidupan berumah tangga.

Perkara itu diakui sendiri dramatis yang juga usahawan, Den Wahab atau nama sebenarnya, Zaharudin Abdul Wahab, 46 dan isterinya, Norassikin Bustamam, 36, yang berjaya mempertahankan mahligai yang dibina sejak 18 tahun lalu.

Menurut Den, yang juga Pengarah Urusan Global Network Entertainment (GNE) dan Penerbit Eksekutif Impak Maksima The Musical (IMTM) yang dipentaskan di Esplanade, Singapura pada 17 & 18 Oktober lalu, mana-mana rumah tangga pun pasti berhadapan dengan ujian daripada Allah, sekal igus menguji keimanan setiap hamba-Nya.

“Cuma bezanya ialah cara bagaimana kita sebagai suami untuk menangani apabila berhadapan dengan masalah.

“Maklumlah, perbezaan usia saya dan Nora adalah 10 tahun. Sebagai suami yang lebih matang darinya, sudah pasti saya perlu mendidik isteri untuk menyesuaikan diri menguruskan rumah tangga kerana dia tinggal di rumah ibu mentua (keluarga Den).

“Saya juga mengajarnya supaya tidak cemburu buta apabila saya keluar bekerja,” katanya.

Den berkata, dia juga meminta Nora berhenti kerja selepas berkahwin bagi memberi sepenuh tumpuan kepada rumah tangga.

“Saya juga mempunyai perniagaan sendiri sebab itu saya yakin mampu untuk menyara keluarga kami.

Saya melatih isteri untuk menjadi ahli perniagaan apabila anak-anak sudah besar sikit dan boleh ditinggalkan bersama pembantu rumah.

“Terus terang, isteri cukup istimewa di mata saya kerana kami juga sudah hidup susah dan senang bersama sejak 18 tahun lalu,” katanya.

 

 

Malah, kebahagiaan rumah tangga mereka dikukuhkan lagi dengan kehadiran lima cahaya mata – Nurzahira Natasha, 17, Batrisyia Balqis, 14, Farah Ismahani, 11, Danish Haikal, 7, dan Haziq Ikram, 6.

Berkongsi rahsia kebahagiaan rumah tangganya itu, kata Den, dia lebih suka bertolak ansur dengan isteri setiap kali mereka bertengkar.

“Kadang-kadang, pertengkaran berlaku tanpa disedari. Pasangan suami isteri juga perlu berlandaskan keikhlasan dan kejujuran untuk bertahan lama. Kita juga perlu telus kerana berkahwin ini biarlah sekali saja seumur hidup.

“Suami isteri juga tidak boleh bertengkar depan anak-anak. Jika ada masalah ia perlu diselesaikan secara baik dan seelok-eloknya dalam bilik tidur. Saya pula memang jenis yang suka dimanja, tapi apabila kami bergaduh, sayalah yang paling banyak mengalah dalam soal ini,” katanya.

Den berkata, dia juga berusaha untuk mengekalkan suasana romantik dalam bilik tidur seperti mula-mula berkahwin dulu.

“Isteri juga akan mencium pipi dan tangan saya setiap kali sebelum keluar rumah. Begitu juga dengan anak-anak yang mencium tangan saya dan isteri sebelum ke sekolah.

“Pada masa sama, kami tidak pernah lupa hari istimewa yang diraikan setiap tahun seperti hari jadi dan ulang tahun perkahwinan termasuk hari jadi anak-anak, sekali gus mengeratkan kasih sayang kami sekeluarga,” katanya.

Bagaimanapun, kata Den, rumah tangganya juga pernah di berhadapan ujian getir yang menguji ketabahannya suami isteri.

“Saya masih ingat lagi, ketika itu, isteri melahirkan anak sulung kami selepas 10 bulan berkahwin. UJian yang kami hadapi ialah anak sulung kami, Natasha dilahirkan dalam keadaan songsang. Dia juga tidak bersuara ketika dilahirkan dan kepalanya senget sebelah.

“Saya dan isteri masih muda dia baru 19 tahun dan saya pula 29 tahun. Bayangkanlah, siapa yang tidak berhadapan dengan tekanan ketika itu kerana apa yang kami bimbang jika ia tidak pulih, anak kami itu akan cacat pula apabila dewasa nanti.

“Bagi memulihkan keadaan kepala Natasha yang senget itu, kami buat rawatan fisioterapi dan berkat usaha dan kesabaran, akhirnya ia berjaya dipulihkan seperti kanak-kanak normal lain,” katanya.

Den berkata, ujian terbesar yang dihadapi dalam rumah tangganya ialah ketika anak bongsu mereka, Haziq terbabit dalam kemalangan 25 September lalu menyebabkan kepalanya mendapat 15 jahitan.

“Apapun, kami reda dengan ujian Allah itu kerana setiap kejadian yang berlaku itu ada hikmah di sebaliknya. Malah, kemalangan yang menimpa Haziq itu semakin mengeratkan hubungan kami anak beranak,” katanya.

Sekalipun kini mereka sudah mampu hidup selesa, kata Den, yang juga anak sulung dari sepuluh beradik, dia tidak pernah mengajar anaknya untuk hidup bermewah-mewah hingga melekakan mereka.

“Maklumlah, saya berasal dari keluarga susah, selepas tamat sekolah, saya juga ambil alih perniagaan yang diwarisi daripada bapa iaitu kedai baju Melayu di Wisma Yakin.

“Berkat usaha gigih, bisnes kami berkembang dan sudah mempunyai tiga kedai iaitu di Wisma Yakin, Cheras dan Shah Alam. Kami mengusahakan resort di Janda Baik, Pahang sejak lima tahun lalu dan GNE yang terbabit dalam penerbitan teater, drama dan filem sejak empat tahun lalu,” katanya.

Sebagai bapa, Den berkata, dia sangat menitikberatkan soal pendidikan pada anak-anak kerana ia harta yang paling berharga yang ditinggalkan buat mereka.

“Saya juga mengajar mereka belajar erti hidup berdikari, sejak kecil lagi. Sebagai bapa, tugas saya adalah untuk mencari duit dan mereka pula untuk mencari ilmu setinggi yang boleh dengan belajar bersungguh-sungguh. Pada masa sama, saya juga mendidik anak-anak untuk mendalami selok-belok dalam dunia perniagaan yang bakal diwarisi mereka kelak.

“Tapi, saya tidak pernah menghalang minat anak sulung saya, Natasha berlakon asalkan dia juga menamatkan pelajaran mereka terlebih dulu.

“Impian saya pada masa depan ialah untuk melihat anak-anak berjaya dalam hidup mereka. Pada masa sama, saya juga ingin kembangkan perniagaan dan membina ’empayar’ Den Wahab pada masa depan,” katanya.

Nora dan Den ditemui ketika menjayakan program Sehati Sejiwa yang disiarkan secara langsung dari stesen RTM, Angkasapuri, baru-baru ini.

Sementara itu, Nora, yang juga anak sulung dari enam beradik, berkata, dia sanggup berkorban meninggalkan dunia lakonan bagi memberi tumpuan pada rumah tangga ketika berkahwin dulu.

“Saya berasal dari keluarga seni dan pernah hidup susah sebelum ini. Maklumlah, bapa saya pelakon veteran, Tamam Idris menyara keluarga dengan hanya titik peluh dalam bidang lakonan. Emak pula suri rumah. Demi membantu keluarga saya hanya bersekolah sampai tingkatan empat saja dan menceburi bidang lakonan,” katanya.

Nora berkata, dia juga berkahwin dengan Den pada usia yang muda iaitu 18 tahun.

“Cinta kami mula berputik selepas selesai penggambaran drama Keruh Di Muara arahan Mat London pada 1990. Kami berlakon sebagai pasangan kekasih dalam drama itu.

“Sebenarnya, cinta kami bermula sebagai ‘abang dan adik’ saja. Kami hanya kenal selama enam bulan dan selepas bertunang pada Februari 1991 dan enam bulan selepas itu kami terus bernikah.

“Sebagai wanita yang berkahwin pada usia muda, saya akui memang banyak air mata yang tumpah untuk mempertahankan rumah tangga yang dibina ini. Apa yang penting, kami hadapi kesusahan yang datang itu bersama-sama. “Sebagai isteri, saya lebih suka berdiam diri apabila bertengkar dengan suami. Saya juga suka memendam perasaan kalau tidak puas hati pun dan peranan suamilah untuk memujuk untuk menjernihkan semula keadaan,” katanya.

Harian Metro

Penangan ASK

30 Nov

Oleh Zaidi Mohamad
zaidim@bharian.com.my

Lisdawati, Fauzi Nawawi dan Fizz Fairuz bagaikan sudah bersedia untuk memeriahkan malam Arabian Nights, Jumaat ini

JUMAAT ini, bakal terjawab segala debaran Anugerah Skrin (ASK) 2009 yang sudah mula terasa bahangnya bagi setiap calon awal yang barangkali nama atau karya serta lakonan mereka sudah disenarai pendek untuk bersaing. Diperkenalkan sejak 1995, ASK terus dianggap antara pemangkin memartabatkan legasi karya tempatan.

Bersempena dengan kehadiran anugerah berprestij itu yang bakal dipancarkan secara langsung dari Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) menerusi saluran rasminya, TV3, Hip satukan tiga nama besar yang barangkali mempunyai peluang cerah untuk berada dalam kelompok lima terbaik bagi kategori yang dipertandingkan.

Bersesuaian dengan tema, Hikayat Seribu Satu Malam atau Arabian Nights, mereka yang dimaksudkan, Fizz Fairuz, Lisdawati dan suaminya, Fauzi Nawawi ditampilkan menepati apa yang perlu digayakan pada malam kemuncak itu nanti. Sekali pandang, Fizz dan Fauzi seperti karakter filem Ali Baba Bujang Lapuk, Sinbad dan Aladdin.

Manakala Lisdawati yang masih dalam proses berpantang dan sudi memberikan kerjasama untuk melunaskan sesi fotografi ini cukup anggun seperti watak Marjina di dalam Ali Baba Bujang Lapuk atau Puteri Jasmine (Aladdin). Berbanding Lisdawati, Fizz dan Fairuz agak asing dalam sejarah penganjuran ASK kerana kedua-duanya belum pernah tercalon sebelum ini.

Bagi Lisdawati, namanya sudah beberapa kali terpahat dalam pencalonan ASK, malah namanya pernah dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik menerusi drama Miftahul Jamilah pada 2005. Paling jelas, tahun ini juga pasti menyaksikan dia dan suaminya sama-sama berentap jika menjadi finalis.

Potensi Lisdawati yang baru saja melahirkan anak keduanya, Nur Aina Fazneesya, 5 November lalu untuk tersenarai dalam kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dilihat kuat apatah lagi drama lakonannya Terlerai Takbir Kasih arahan Mohd Heykal mempunyai kekuatan tersendiri.

“Jika sebelum ini, nama saya tercalon untuk watak protagonis, tapi tahun ini drama Terlerai Takbir Kasih memerlukan saya menjadi sangat antagonis. Saya tidak menaruh harapan yang tinggi, menang atau kalah itu satu bonus. Memadai kalau sudah tercalon di antara banyak drama dan deretan pelakon yang dipertandingkan,” katanya yang bersalin secara normal untuk anak keduanya itu.

Jelas kelihatan naluri keibuannya cukup terserlah. Malah kemesraan antara dia dan suaminya juga sudah cukup menjadi bukti betapa bahagianya pasangan ini. Biarpun mereka seperti pasangan lain yang tidak lepas diuji kononnya rumah tangga mereka bergoncang.

“Anak ini menjadi bukti menidakkan cakap-cakap orang selama ini. Masa juga berjalan dengan begitu pantas biarpun kami tidak merancang untuk memiliki anak dalam masa terdekat. Semuanya adalah rezeki Yang Maha Esa. Anak sulung kami kini sudah ada teman.

“Untuk anak kedua ini, baru saya mula terasa nikmat dan perit getir melahirkan anak kerana anak pertama dilahirkan secara pembedahan. Seperti biasa kini, saya masih melakukan proses meminum jamu, bertungku dan mengurut,” kata duta Slim World ini.

Rezeki murah sejak beranak

MANAKALA bagi Fauzi Nawawi pula, rezekinya dan isteri juga semakin murah selepas melahirkan anak. Sambil berseloroh dan mengerling ke arah Fizz, Fauzi menasihatkan kepada rakan artis lain untuk cepat kahwin kerana kehadiran anak akan terus menambah seri dan jaminan dalam kehidupan.

“Saya harus bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah izin dan kurnia-Nya termasuk kehadiran dua orang cahaya mata kami terus membuatkan saya lebih menghargai kehidupan mendatang. Alhamdulillah, ada saja tawaran berlakon yang datang.

“Ketika ini saya sedang melunaskan baki penggambaran drama Na O Mei bagi siaran TV3 dan sekuel drama Jangan Pandang Belakang untuk RTM. Insya-Allah, saya akan menjalani penggambaran filem Ratu dan Bravo 5 tak lama lagi. Untuk Ratu, inilah kali pertama saya bekerja dengan Prof A Razak Mohaideen.

“Untuk Bravo 5 pula, saya akan berlakon sama dengan Fizz dan penggambaran dijangka bermula pada Februari depan. Kali pertama saya berlakon dengan Fizz ialah menerusi filem Orang Minyak. Harapnya kerjaya saya pada 2010 akan terus murah rezeki,” kata Fauzi.

Mengenai drama Takbir Rindu yang turut tercalon dalam ASK 2009, Fauzi berkata drama yang disiarkan Aidilfitri lalu mempunyai mesej yang kuat terutamanya mengenai kasih bapa dan anak. Dalam drama itu, Fauzi bergandingan dengan Jasmin Hamid yang melakonkan watak sebagai suami yang mengalami tekanan jiwa.

ASK mencari yang terbaik

KEKASIH hati Almy Nadia, Fizz Fairuz pula dilihat antara generasi pelapis yang terus menyemarakkan persada seni. Malah drama Nur Kasih lakonannya sebagai Aidil turut membantu memuncakkan lagi popularitinya.

Kata Fizz yang kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama Jangan Bunuh Matahariku bersama Rita Rudaini, dia sering hadir memberi sokongan kepada majlis anugerah seperti ASK dan bagaimanapun tidak yakin namanya akan tersangkut buat kali pertama untuk pencalonan tahun ini.

“Kalau tercalon, ia pastinya akan terus menjadi motivasi serta bonus buat saya mempamerkan yang terbaik pada masa mendatang. Saingan kali ini pun cukup hebat dan saya tidak meletakkan apa-apa kepercayaan untuk berada dalam kelompok lima terbaik.

“Usia pembabitan seni saya sejak lapan tahun lalu juga masih baru kalau mahu diukur dengan pelakon lain. Kewujudan anugerah seperti ASK ini sebenarnya menjadi nadi penggerak untuk kita sebagai anak seni memberikan serta mendapatkan gelaran yang terbaik dalam setiap produk yang dipertontonkan kepada penonton,” katanya yang turut akan bergandingan dengan Tiz Zaqyah sebagai penyampai trofi.

Untuk ASK 2009, drama Tak Serupa Tapi Sama arahan Murali Abdullah menyaksikan Fizz memegang watak lelaki alim yang terlalu taksub dengan ajaran Islam hingga terpesong dari landasan sebenar. Pada masa yang sama, keluarganya di kampung juga lebih fanatik daripadanya hingga dia mula tersepit dan tersedar dari lamunan.

“Saya tidak mampu menidakkan drama ini juga barangkali boleh memberi saingan sengit untuk berada dalam kelompok kategori Drama Terbaik atau pun Pengarah Terbaik. Kita tunggu saja keputusannya nanti,” kata Fizz yang turut memiliki restoran makanan laut, Kasih Tania Seafood di Ketari, Bentong.

Tambah Fizz lagi, besar kemungkinan dia dan Almy akan menggayakan rekaan Busana Anggun pada 4 Disember ini.

INFO: ASK 2009

Tahun ini turut diperkenalkan dua anugerah baru iaitu Videografi Terbaik

dan anugerah khas juri yang dipanggil sebagai Anugerah Yasmin Ahmad tajaan khas Silky.

Antara artis yang dijangka membuat persembahan ialah Datuk Siti Nurhaliza, One Nation Emcees, Misha

Omar, Jamal Abdillah, Awie, Tia Jinbara, Aizat, Azlan & The Typewriter, Jaclyn Victor dan Black Mentor.

24 anugerah yang dipertandingkan termasuk kategori filem dan

drama.

Dihoskan Afdlin Shauki dan Fara Fauzana

Boleh ditonton di TV3 mulai jam 9 malam atau didengari menerusi frekuensi stesen radio Hot FM

Penghargaan:
Lokasi dan props: Sri Pentas, TV3
Terima kasih: Eddy, Marlia Zul Amran dan Muhammad Aziz.

Berita Harian

Actress Rebecca Lim Gets Candid About Being ‘Abused’

24 Nov

SINGAPORE : She’s a sporty, sunshine girl with a bubbly personality but unfortunately, viewers rarely get to see this side of MediaCorp actress Rebecca Lim.

Of late, the 23-year-old just can’t seem to get away from depressing roles. Last seen playing Susie, a prostitute with a troubled and abusive past in English drama series “Fighting Spiders”, Lim takes on the role of a victim of domestic violence in upcoming sitcom “Mr & Mrs Kok”.

In “Mr & Mrs Kok” which debuts November 26 on Channel 8, Lim’s character, Mimi, is allegedly assaulted by her husband. Unable to take the psychological and physical abuse, she engages private investigators to gather evidence in order to file for divorce.

“She’s been married to her husband for six, seven years and they have been trying for a baby but it doesn’t happen. So her husband brings her to see mediums and the mediums give them very strange instructions like to beat her private areas every night until there are bruises. And before she sleeps, she is told to lie in a very weird position and they hang like little paper dolls around the house so it’s a bit eerie and scary at the same time,” explained Lim.

“Abused again?” I blurted when Lim described the role.

“I know,” whined the actress. “I don’t know why, but they [the producers] say I have that kind of face that can be beaten.

“There are a lot of emotional [scenes], some crying scenes. Crying scenes are always emotionally-draining for me because I am not the kind who can switch and the tears will just flow. I must really be in the mood to cry.”

And the crying doesn’t stop there. Lim also plays a breast cancer victim in an upcoming Channel U telemovie, and is set to reprise her role as Susie in “Fighting Spiders” when it returns for a second season next year.

But Lim takes it in her stride and sees every role as a learning experience and a chance to improve her acting.

During the interview, she told this reporter about the ‘huge problems’ she had when she first started acting four years ago. Fresh after the Miss Singapore Universe 2005 pageant where she finished second and caught the eye of talent scouts, Lim signed on with MediaCorp. Just 19 years old then, Lim’s first role was a small part in a Mandarin drama series.

“I was this secretary in an office. My role was very simple, I just pass documents and had very simple lines. But all my scenes were in the studio and it was my first time seeing three cameras so I was a bit tensed and I was perspiring in the air con room, I was that scared,’ she recounted.

And it wasn’t just the bad acting that drew flak, so did her poor Mandarin.

She said, “If you think my Mandarin is bad now, it was a hundred times worse than this. I started out with very bad comments and it took a while for me to get a second role because after that, everyone was like ‘she cannot [do it]’.

“Thinking back it’s very pai seh (Hokkien for embarrassing). It was my first drama and I was quite excited about it even though it’s a small role. You are so hyped up about something then people just keep banging you, there was not a single good comment at all. It was very demoralising because after that, for a whole year, I didn’t get any assignments.”

But Lim picked herself up and followed the advice of veteran actors to practise her facial expressions in the mirror.

“Because sometimes you think that you are portraying this look but it is no different from your other expressions, so that’s what I tried to do and basically just brushed up on my Mandarin.

‘So when I started getting dramas again, I was like ‘okay, I better not screw up anymore.'”

Thankfully, she gets some reprieve from the string of depressing roles, playing a pupil in the legal drama “The Pupil” which is set to air on Channel 5 in December.

Though regurgitating legal jargon was tough, it wasn’t new to the actress who majored in law at the Singapore Management University (SMU) where she graduated in July this year.

“My parents are so happy because it’s the first role that I got since I graduated. I did accountancy and law so they were like ‘at least you are putting your degree to some use, to a certain extent… at least your first role is not a prostitute,'” she said.

“Currently I really enjoy what I am doing… so I just want to do this for as long as I can. My degree is just something to fall back on and it’s something to make my parents and grandparents happy. They would never allow me to go into this [acting] without a degree so it’s just something to put their minds at ease and just get it over with.”

– CNA

Channel News Asia

KL Live Bukti Kehebatan Hujan

23 Nov

Ditulis oleh Nonie
  
  

Boleh kata setiap petang Kuala Lumpur didatangi hujan dan warga kota bergelut untuk mengelak daripada basah yang menimpa. Tapi 22 November lepas (semalam) remaja dari pelosok negeri datang ke Kuala Lumpur sengaja ingin menempuh Hujan. KL Live dipenuhi ratusan remaja sejak jam 2 petang lagi untuk menyaksikan band indie popular Malaysia.

Hujan memang tidak perlu diperkenalkan lagi. Bersama Raingers (pengikut setia Hujan) yang sentiasa menghangatkan persembahan Hujan, nyata Konsert Mencari Konklusi meninggalkan impak dalam kelasnya yang tersendiri. Aksi melompat dan tolak menolak, satu situasi biasa yang mewarnai setiap persembahan band indie popular ini.

Raingers nampaknya cukup terpesona dengan aura Hujan yang semakin menjadi-jadi. Mendendangkan hampir 20 buah lagu yang dipetik daripada album pertama dan terbaru Mencari Konklusi seperti Pagi Yang Gelap, Kau Peejak Hatiku Lagi, Bila Aku Sudah Tiada, Mencari Konklusi, Obsesi dan banyak lagi lagu popular Hujan yang turut didendangkan bersama Raingers.

Noh juga semakin bijak berinteraksi dengan penonton dengan lawak spontan dan menghiburkan serta gimik yang romantik apabila lagu Kris Dayanti, Mencintaimu turut didendangkan dalam konsert tersebut.

Nyata konsert terakhir berjaya meninggalkan kesan yang cukup mendalam buat anggota Hujan sendiri. Masakan tidak, perasaan emosi menguasai seketika tatkala persembahan tamat sekaligus menjadi penutup tirai Konsert Hujan Tour 2009 Mencari Konklusi. Sudah pastinya apa yang diimpikan lima anak muda ini iaitu Noh (vokalis), Dimas (keyboard), AG Coco (gitar utama), Am (drum) dan Izat (bass) tertunai akhirnya.

Couple dan D.I.A (Different In Action) menjadi pembuka tirai persembahan konsert Hujan yang berlangsung di KL Live, Life Centre, Kuala Lumpur. Konsert ini ditaja oleh Harosa Enterprise dan Al Najwa Productions manakala Metadome Sdn Bhd bertindak sebagai publisiti kepada siri jelajah ini. Selebriti ternama juga hadir memberi sokongan seperti Liyana Jasmay, Scha Al-Yahya, Ainul Aishah, Natasha Hudson, Nasha Aziz dan Nora.

 

Mangga Online

Siri Animasi 2D Mat Kacau Semarakkan Astro Ceria

23 Nov

Oleh Rozdan Mazalan
rozdan@bharian.com.my


KARAKTER Mat Kacau (tiga dari kiri) pada tayangan Eksklusif Mat Kacau di Cineleisure, The Curve, baru-baru ini.

KREDIBILITI watak Mat Kacau di dalam program kanak-kanak Gerak Geri Gasing di Astro Ceria cukup popular dan disukai kanak-kanak. Atas sambutan yang menggalakkan menerusi program itu, Astro Entertainment Sdn Bhd dengan kerjasama Inspidea Sdn Bhd kini menerbitkan siri animasi Mat Kacau.

Siri animasi 2D yang disiarkan menerusi Astro Ceria sebanyak 26 episod bermula 20 November lalu setiap Jumaat jam 2.25 petang boleh disaksikan menerusi siaran ulangannya setiap Sabtu, jam 10.05 pagi dan Ahad, jam 10.25 pagi.

Setiap episod yang menampilkan pelbagai mesej dan pengajaran mempunyai durasi dua minit saja. Daripada hanya watak sampingan dalam program kanak-kanak itu, Mat Kacau muncul antara karakter paling dikenali di saluran Astro Ceria. Peranannya untuk mengganggu atau mengacau peserta dalam rancangan popular kendalian Abang Zoey itu akhirnya meletakkan Mat Kacau sebagai karakter yang dominan dan diminati.

Pengurus Saluran Astro Ceria, Evon Koh, berkata pihaknya sentiasa komited dalam menggalakkan perkembangan dunia animasi tempatan. Siri ini juga muncul antara pelaburan pertama Astro dalam kandungan berbentuk animasi, sejak siri Kampung Boy, kira-kira 14 tahun lalu.

“Di Astro Ceria, kami melihat industri animasi tempatan adalah antara cabang seni yang semakin diminati ramai. Siri ini bukan hanya dapat dijadikan satu medium hiburan untuk mendidik kanak-kanak, malah turut memberi kesan kepada orang dewasa. Animasi juga cara terbaik untuk menyampaikan mesej berguna kepada kanak-kanak kerana bersifat mudah, ringan, ceria dan menghiburkan.

“Pembabitan pihak Astro menerusi bidang animasi turut memberi ruang kepada perkembangan teknologi dan kreativiti tempatan,” katanya ketika ditemui pada sidang media dan Tayangan Eksklusif Mat Kacau di Cineleisure, The Curve Damansara, baru-baru ini.

Hadir sama, Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi, Pengarah Pemasaran dan Jualan Inspidea, C J See dan Pengarah Urusan Inspidea, Andrew Ooi.

Andrew menambah, proses menerbitkan program ini melalui cabaran yang cukup besar biarpun ia hanya membabitkan siaran selama dua minit. Cabaran dihadapi kru penerbitan cukup kuat berbanding siri animasi yang pernah dihasilkan pihaknya.

“Animasi Mat Kacau ini sudah mempunyai penanda aras dan mempunyai peminat tersendiri selepas penampilan menerusi program Gerak Geri Gasing. Bukan mudah untuk kami menghasilkan karakter animasi seperti ini walaupun pernah menghasilkan karakter animasi sebelum ini seperti Mustang Mama yang mendapat sambutan menggalakkan daripada penonton.

“Persamaan antara dua animasi ini dari segi tempoh siaran dan penampilan karakter tanpa dialog. Biarpun animasi ini tanpa dialog, namun ia bukannya kerja mudah kerana perlu menampilkan karakter animasi yang mampu menarik minat penonton.

“Kami juga berbangga kerana dapat bekerjasama dengan Astro dalam menjayakan siri animasi ini. Semua kerja membabitkan penghasilan animasi ini menggunakan teknologi dan kepakaran anak jati tempatan,” katanya.

Menurutnya lagi, siri ini bukan hanya dihasilkan untuk pasaran tempatan, sebaliknya berkonsep universal dan sesuai ditonton semua lapisan masyarakat. Di samping watak utama, Mat Kacau, siri ini turut dimeriahkan dengan kemunculan beberapa karakter lain seperti Amber, Dinah, Boboy, Van, Judy, Miss Agnes, Auntie Lim, Omar dan Pak Kacau.

Berita Harian