Archive | Wardina RSS feed for this section

Wardina Up For Other Roles

30 Sep


Wardina enjoying a light moment with her daughters.

Wardina Safiyyah juggles many roles as an actress, host, model and mother. SHARIFAH ARFAH finds out what else she plans to add to her resume.

THERE’S a festive air as Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot busies herself with the family buka puasa dinner at her home in Bukit Antarabangsa in Kuala Lumpur.

Amidst the din of children playing, guests mill around that breezy evening of this interview.

It’ll be a toned-down Hari Raya for Wardina. “My mum is in Australia and my dad is working in Bangladesh. So it’s a bit sad that my parents can’t celebrate with us,” said the mother of two – Amna Nafeesa, 5, and Azra Sareera, 2.

Wardina is expecting her third baby.
“Insyaallah (God-willing), it will be a boy,” said Wardina, who is due middle of this month.

Career-wise, Wardina is one of the most recognisable faces, thanks to her multi-faceted roles as an actress, model and host.

She has been hosting Malaysia Hari Ini since early this year, and prior to that, Wanita Hari Ini. She also made her mark hosting parenting programmes.

She will next be seen in Menatang Si Manja, to be aired over RTM. Also in the pipeline is the fourth season of teen drama Impian Ilyana over TV3.

“I enjoy hosting parenting, women and current issues programmes. I want to be known as a good host,” said Wardina.

“If I wasn’t a host or actress, I’d have been a teacher or a journalist,” added the affable 29-year-old.

As Wardina is expecting, she is taking a break from work.

Occasionally, Wardina does freelance emceeing. She also participates in “interesting” projects. “I have been working so hard. I deserve a break,” she said.

She is also well-known for being a spokesperson for Sunsilk.

“Did you know that it’s the first shampoo advertisement featuring a woman wearing a hijab? It’s wonderful, and it was shown all over the world. It also opened many doors for me,” she said.

Wardina is also the spokesperson for Anmum Essential and Slimworld.

She has taken a breather in the acting department, most notably with feature film projects. Her last feature film outing was Cinta 200 Ela in 2002.

Although acting catapulted her into a household name, Wardina isn’t perturbed about slowing down as an actress. “I shot two telemovies this year.”

Her first hosting experience was entertainment chart programme Hits from RIM with ntv7 many years ago.

While she became famous after acting in series such as Maka Diciptanya Perempuan (ntv7) and Spanar Jaya (ntv7), she started out as a model when she was six years old.

“It was a good experience. I travelled a lot. In the process, I also found out who I really was,” she said.

After full-time modelling, she acted in her first telemovie with Pesona Pictures.

“People started noticing me after Spanar Jaya. It was hugely popular, and ran for many series,” she recalled, relating the early days of her career.

Always willing to try something new, Wardina intends to pursue a degree in fine art.

“My husband is an architect, and we both love to draw. Someday, I may put up an art show,” she said.

Wardina is also writing a children’s book.

“I have been postponing it quite a bit, and hopefully this break will give me ample time.”

New Straits Times

Advertisements

Belum Yakin Bergelar Pelakon

24 Sep

Oleh Zul Husni Abdul Hamid
zhusni@bharian.com.my


Nadiya Nisaa

Bakat dipuji, Nadiya Nisaa kerap jadi pilihan pengarah popular

BERULANG dia menyatakan rasa serik setiap kali menyelesaikan penggambaran sesebuah produksi. Malah ketika ditemui pada set penggambaran telemovie Aidilfitri, Hanya Kau terbitan JS Pictures di Rumah Pengasih, kenyataan yang sama diulanginya. Bukan tiada yang memuji persembahannya tetapi entah mengapa, setiap kali menyelesaikan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya, Nadiya Nisaa Kamaruddin seperti ingin membawa diri jauh dari bidang seni.

“Setiap kali selesai penggambaran saya berasa cukup serik, seperti tidak mahu kembali berlakon lagi. Saya tidak tahu kenapa, barangkali juga kerana saya belum memikirkan untuk serius berada depan kamera membuatkan hati saya berbelah bagi apabila diberikan tawaran baru,” katanya.

Sekadar mencuba, namun bakat besar Nisaa kerap dipuji malah dia sentiasa menjadi pilihan pengarah popular, Osman Ali untuk beraksi dalam produksinya.

Bermula dengan telemovie, Dengan Nama Cinta arahan Osman lima tahun lalu, Nisaa terus menjadi pilihan pengarah itu.

Antara drama lain arahan Osman yang pernah dibintanginya adalah Cinta Secangkir Kopi serta filem eksperimental, Akuarium Cinta.

Pernah juga dia diajukan peranan utama menggantikan Wardina Saffiyah untuk drama bersiri, Spanar Jaya tetapi Nisaa melepaskannya kerana terikat dengan pelajaran.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Penyiaran dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini, mengakui dia tidak menyesal biarpun terpaksa melupakan banyak peluang berharga.

“Bukan tidak minat, kecenderungan untuk berlakon itu ada tetapi saya tidak yakin. Ramai memberi galakan, malah mahu saya terus meneroka bidang ini kerana saya ada bakat.

“Cuma saya menyekat semua itu kerana saya mahu terlebih dulu membina keyakinan,” kata gadis yang menamatkan pengajiannya di UiTM, Mei lalu.

Disebabkan terlalu kerap berlakon di bawah bimbingan Osman, Nisaa mengakui agak gusar ketika pertama kali beraksi di bawah arahan Jinggo.

Melalui episod baru dengan produksi yang cukup teliti dan profesional dalam hasil kerja mereka, gadis kelahiran Gombak, Kuala Lumpur ini memberitahu, dia banyak belajar mengenai lakonan sepanjang penggambaran Hanya Kau.

“Saya menjadi lebih fokus, malah penghayatan juga lebih mendalam kerana abang Jinggo dan kak Sheila (Rusly) mementingkan kualiti.

“Mereka akan mengawal lakonan supaya tidak keterlaluan. Pernah beberapa kali saya hampir berputus asa kerana gagal memberikan apa yang dituntut.

“Tetapi, saya bernasib kerana semua yang berada dalam produksi ini bermurah hati dan sentiasa memberi tunjuk ajar. Semua itu membuatkan saya tidak berasa asing di set ini,” katanya.

Diperkenalkan kepada Sheila oleh Que Haidar dan Bront Palarae yang turut sama beraksi dalam telemovie siaran Astro pada musim Aidilfitri itu, Nisaa pada mulanya agak ragu untuk membawakan watak Bella.

Apatah lagi, dia hanya memiliki masa selama dua hari untuk mengkaji keseluruhan skrip. Watak Bella pula, katanya, agak mencabar kerana terbabit dengan penagihan dadah moden

“Que yang banyak memberikan saya keyakinan. Dia juga mencadangkan supaya menonton beberapa filem seperti Gia, Pulp Fiction dan Factory Girl untuk mempelajari bagaimana mahu menghayati watak Bella itu.

“Jujurnya, saya sendiri berasa cukup tercabar kerana pastinya pengarah dan penerbit meletakkan harapan yang tinggi untuk saya membawakan watak itu dengan berkesan,” kata gadis berusia 23 tahun itu.

Hari pertama di lokasi kata Nisaa, cukup melelahkan apatah lagi dia perlu memberikan pelbagai ekspresi terhadap karektor Bella.

Mula diminta menangis, kemudian ceria menyebabkan Nisaa keliru malah pernah apabila diminta melakonkan semula adegan dia berasa penat dengan tekanan.

“Sampai saya tertanya sendiri apa lagi yang tidak kena dengan lakonan saya. Tetapi saya seronok kerana berpeluang melalui pengalaman berbeza.

“Hanya Kau menonjolkan sisi baru dalam lakonan saya. Saya belajar daripada kesilapan, memperbaiki apa yang kurang kerana akur perjalanan untuk mencipta nama itu masih terlalu jauh,” kata gadis tinggi lampai yang agak pendiam ini.

Apabila perbualan semakin rancak, Nisaa akhirnya berterus terang mengenai karakternya yang sebenar. Mengakui agak degil, Nisaa berkata, dia sebenarnya masih dalam pencarian.

“Saya masih tercari-cari lagi apa yang saya mahukan dalam hidup ini. Memang saya suka berlakon, malah ketika kecil dulu saya memang ada menyimpan impian untuk berlakon.

“Tetapi saya perlu akur akan kekurangan yang saya miliki. Kesabaran saya belum cukup untuk berada lama di set lakonan.

“Mungkin apabila sudah matang dan memahami selok belok dunia lakonan, baru saya akan mengerti keseronokan sebenar sebagai pelakon,” kata Nisaa yang cukup meminati watak berat ini.

Menyingkap lagi suara hatinya, anak kedua lima beradik itu berkata, kecenderungannya dalam bidang seni lebih menjurus kepada kerja balik tabir.

Bahkan, dia mendekati dunia lakonan kerana ingin memahami kerja balik tabir dan satu hari nanti, Nisaa menyimpan angan untuk mengarah filem.

“Saya mempunyai beberapa teman yang memiliki minat yang sama. Kami sering duduk berbincang dan mencari idea baru dalam pembikinan filem,” katanya.

INFO:

Nama Penuh: Nadiyatul Nisaa Kamaruddin Nama Komersial: Nadiya Nisaa Asal: Gombak, Kuala Lumpur Tarikh Lahir: 11 Julai 1985 Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Penyiaran, UiTM Adik beradik: Kedua daripada lima beradik

Berita Harian

Liza Hanim Mengandung?

10 Sep


LIZA HANIM

PAPA cukup gembira apabila mendengar beberapa artis wanita tempatan kita kini sedang mengandung dan ada yang menunggu hari sahaja untuk bersalin.

Antaranya adalah Erra Fazira, Datin Norjuma Habib, Abby Abadi, Wardina Safiyyah, Anne Ngasri dan Zila Bakarin.

Itulah yang dinamakan rezeki dan semuanya adalah kuasa Tuhan.

Kita sebagai manusia hanya mampu merancang namun yang menentukannya adalah Allah. Hanya cepat atau lambat sahaja kerana semuanya sudah tertulis di azali.

Selain daripada nama-nama artis yang Papa sebutkan tadi, Papa dapat tahu daripada sumber Papa yang mengatakan ada lagi seorang artis yang juga tengah mengandung sekarang ini.

Siapa lagi kalau bukan penyanyi bersuara gemersik, Liza Hanim.

Sejauh mana usia kandungannya itu, tidak pula Papa dapat pastikan tetapi menurut sumber Papa, kandungannya itu masih baru lagi.

Sudah pasti, ia berita yang menggembirakan buat Liza dan suaminya, Shah. Patutlah namanya kini agak senyap. Rupa-rupanya berisi. Bak kata pepatah, diam-diam ubi berisi gitu.

Bukan itu sahaja, anak sulung Liza, Marsya Qistina pastinya akan gembira apabila dia akan mendapat seorang adik.

Tidaklah lagi dia berasa sunyi. Papa hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk Liza dan Shah. Mana tahu rezeki dikurniakan dengan anak lelaki pula kali ini.

Utusan Malaysia

Liku-Liku Bahagia Arni Nazira

21 Aug

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my


SAAT-SAAT manis bersama Awie.

BERTEMU dengannya baru-baru ini, jelas terpancar sinar kebahagiaan pada wajahnya. Kulit putih mulusnya itu kelihatan bercahaya tatkala berbicara dengan pihak media yang cuba untuk mengorek ceriteranya yang terbaru.

Apatah lagi, tampil manis dengan imej bertudung yang ternyata menyerlahkan lagi keayuan wajah lembutnya itu yang semakin berisi.

Tanpa selindung, dia berbicara dengan penuh hemah dan diplomasi. Malah, setiap pertanyaan wartawan dicubanya untuk menjawab sebaik mungkin.

Ditanya adakah dia sedang meniti liku-liku bahagia setelah memendam duka lara sebelum ini, Arni Nazira dengan pantas memberitahu: “Saya tidak mahu menoleh ke belakang lagi kerana saya perlu teruskan hidup dan mencari kebahagiaan untuk diri sendiri.

“Jujurnya, istilah menyesal mahupun serik tidak ada langsung dalam kamus hidup saya kerana bagi saya, apa yang telah berlaku, semuanya sudah ditentukan Allah. Jadi, tidak baik untuk menyalahkan takdir setelah apa yang terjadi.”

Demikian luahan jujur Arni setelah agak lama menyepi dari dunia seni.

Umum sudah mengetahui istana cinta Arni yang binanya bersama pelakon dan penyanyi terkenal, Awie pada tahun 1998 akhirnya runtuh.

Malah, selepas mendirikan rumah tangga, dia mengambil keputusan untuk menyepikan diri dari bidang seni.

Menerusi perkahwinannya dengan Awie, mereka dikurniakan dua orang anak perempuan, Puteri Aleeya Antasha, 7, dan Puteri Aleefa Antasha, 4.

Berbicara lanjut mengenai perjalanan hidupnya kini, anak seni kelahiran Terengganu Darul Iman ini memberitahu, dia cukup selesa dengan kehidupannya kini.

Biar sesekali kesunyian hadir dalam kehidupannya, dia mengisi waktu lapang yang ada dengan memenuhi pelbagai tawaran menyanyi atau berlakon.

“Alhamdulillah, nampaknya, rezeki masih lagi memihak kepada diri saya dan dengan apa yang saya kecapi kini, saya begitu bersyukur kerana masih lagi diberi peluang menonjolkan bakat dan kemampuan saya menerusi bidang lakonan,” ujarnya lagi.

Drama bersiri Bonda yang kini ditayangkan di TV9 pada setiap hari Jumaat pukul 9 malam merupakan drama keduanya selepas Tidak Pernah Ku Sesali yang pernah ditayangkan di RTM tidak berapa lama dulu.

“Tawaran untuk drama Bonda ini sukar untuk saya tolak kerana wataknya begitu menarik dan mencabar sekali. Saya percaya penerbit tidak akan memberikan sembarangan watak sesuka hati mereka seandainya mereka tidak percaya pada bakat saya,” kata wanita ini penuh optimis.

Sepanjang menceburkan diri dalam bidang seni kira-kira 10 tahun yang lalu, Arni sempat membintangi sebuah filem berjudul Nafas Cinta dengan membawakan watak Zurina.

Filem tersebut juga telah menggandingkan dirinya bersama bekas suaminya dan aktres Maizurah Hamzah.

Arni turut memberitahu, hubungannya bersama Awie masih lagi berjalan dengan baik demi anak-anak.

“Saya boleh melawat anak bila-bila masa sahaja dan disebabkan itu saya katakan, kehidupan saya kini lebih stabil dan lebih bererti. Semua ini rahmat daripada Tuhan yang terus memberikan peluang kedua kepada saya untuk mencari rezeki,” tuturnya lembut.

Dalam pada itu, Arni atau nama sebenarnya, Arni Nazira Anuar turut ditanya tentang imej terbarunya yang sememangnya mengejutkan hadirin yang hadir pada majlis pelancaran drama tersebut.

“Hati saya sudah terbuka untuk bertudung dan tiada siapa yang memaksa saya. Malah, inspirasi untuk memakai tudung ini hadir apabila kerap naik turun mahkamah,” kata Arni sambil ketawa manja.

Apa yang membuatkannya begitu bersemangat adalah apabila orang di sekelilingnya memberikan sokongan padu dan gembira dengan perubahan dirinya itu.

Malah, Arni dengan penuh optimis tidak merasakan imej bertudung akan menyekat peluangnya untuk meneroka watak yang lebih mencabar.

“Rakan-rakan artis lain seperti Wardina Saffiyah, Ogy Ahmad Daud dan Kartina Aziz sudah membuktikannya. Jadi, saya rasa tiada masalah untuk saya dalam bidang lakonan ini,” kata ibu tunggal muda ini penuh makna.

Dalam perkembangan lain, bekas peserta rancangan Asia Bagus ini juga masih menanam impian untuk merakamkan album sementelah dia hanya sempat merakamkan sebuah album pada tahun 1997 berjudul Cinta Antara Benua.

Malah, Arni yang berkesempatan memahat nama sebagai penyanyi wanita popular ketika itu saat namanya meledak menerusi lagu Cinta Antara Benua.

Sempat diusik dengan pertanyaan sama ada hatinya sudah diisi, dengan sekuntum senyum, Arni memberitahu dia belum memikirkan soal cinta dan perkahwinan buat masa ini.

“Kalau boleh, saya mahu lelaki yang beriman dan boleh membimbing saya ke arah yang benar,” ucapnya ringkas.

Utusan Malaysia

Wardina Hamil Lagi

19 Jun

Oleh AQMAR ALLADAD


WARDINA bakal dikurniakan anak ketiga.

TERKEJUT juga melihat kelibat Wardina Saffiyah Fadlullah pada majlis memperkenalkan pelakon-pelakon drama pendek bersiri popular, Impian.

Ini kerana sekilas pandang, Wardina kelihatan sedikit berisi seperti sedang hamil.

Namun, setelah diperhatikan dengan teliti, memang benar pelakon jelita ini sedang hamil.

Rupa-rupanya Wardina sudah lima bulan hamil dan bakal menimang anaknya yang ketiga. Itulah dikatakan rezeki baginya yang tidak langsung merancang untuk mendapat cahaya mata.

“Memang saya tak rancang tetapi seronok juga dan ini dikatakan rezeki jadi terima saja lah,” ungkapnya dengan penuh senyuman manis.

Wardina, 29, yang sudah memiliki dua orang anak iaitu Amna Nafeesa, 5, Azra Sareera, 2, hasil perkongsiannya bersama suami, Ikhwan Johari, 33, menegaskan bakal berhenti berehat seketika daripada kerjayanya itu apabila usia kandungannya mencecah tujuh bulan.

Petah menuturkan bicara Wardina memberitahu, pada awal kandungan dirinya begitu penat sekali kerana sibuk dengan tugas harian seperti bidang pengacaraan untuk program Malaysia Hari Ini (MHI) dan juga penggambaran Impian yang sebenarnya merupakan Impian Illyana musim ketiga yang diberi nafas baru.

Beritahu Wardina, dia terpaksa mengambil pemandu khas untuk membawanya ke lokasi penggambaran MHI kerana dia tidak berdaya dan sering kemurungan setelah penat seharian mencari rezeki.

Namun, Wardina bersyukur kerana mempunyai suami yang cukup memahami keadaan dirinya ketika itu.

“Awal kandungan dulu memang tak larat. Bayangkan pagi di MHI lepas itu ke lokasi penggambaran. Balik pun dah lewat pagi kemudian esoknya kena buat MHI lagi,” ujarnya.

Menyentuh mengenai Impian, hanya Wardina pelakon asal Impian Illyana yang kekal.


WARDINA (kiri) bersama pelakon baru siri drama Impian, Diana Amir.

Walaupun berdampingan dengan barisan pelakon baru seperti Diana Amir, Al-Hafiz, Tiz Zaqyah dan Kamal, Wardina tetap gembira membintanginya.

“Watak yang diberikan memang sesuai dengan diri saya. Lagipun dalam siri ini saya seorang wanita hamil jadi memang sekarang ini pun saya hamil. Maka tak susah untuk bawakan watak sebegitu,” jelasnya lagi.

Tambahnya, “Saya berbangga kerana walaupun mereka muda dan masih baru, tetapi mereka mudah memberikan kerjasama dan tahu apa yang perlu dilakukan.”

Merupakan sebuah drama interaktif, Impian memberi peluang kepada penonton untuk meneka kesudahan jalan cerita yang dipaparkan setiap hari.

“Bagi saya, drama ini bukan sekadar hiburan, tetapi banyak mesej yang cuba ditonjolkan, selain daripada persoalan kekeluargaan.

“Setidak-tidaknya, ia memberi manfaat dan mengajak penonton berfikir daripada ketawa kosong,” ujarnya lagi.

Tawaran terhad kerana bertudung

Memandangkan Wardina kini lebih menonjol dalam bidang pengacaraan adakah dia tidak lagi ingin serius dalam lakonan?

Ini kerana Wardina lebih menyerlah dan selesa dalam bidang pengacaraan seperti rancangan Carta Nasyid siaran TV9 dan Ibu Mithali di Astro.

“Buat masa kini rezeki dan tawaran dalam bidang lakonan untuk saya memang tiada, ia lebih banyak kepada hos rancangan sahaja,” jawabnya dengan tenang.

Wardina menjelaskan mungkin disebabkan imejnya yang bertudung sepanjang masa, maka watak lakonan juga haruslah bersesuaian dan terhad.

“Bukan mudah untuk cari watak yang langsung tidak membuka tudung. Ia perlu mempunyai kreativiti supaya jalan cerita yang ada itu sesuai dengan saya,” katanya yang mula memakai tudung sejak 2002 lagi.

Kosmo

Info TV: Lima Lagi Drama Hebat Di Slot Cerekapilihan Buat Penonton TV3

1 May

SLOT Cerekapilihan menyiarkan lima drama yang menjanjikan kepuasan kepada penonton setia TV3 iaitu Good Morning Cikgu, Good Afternoon Cikgu, Selimut Putih, Maafkan Aku Mama dan Kalam Cinta Rabiah. Slot itu disiarkan pada hari Jumaat jam 1 tengah hari.

Sinopsis

Good Morning Cikgu (2 Mei 2008)

Akibat kegawatan ekonomi yang berlaku sewaktu Alice pulang ke tanah air selepas menamatkan pengajian luar negara, sukar untuk Alice mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan kelulusannya. Akhirnya, Alice memohon untuk menjadi seorang guru dan permohonannya mendapat maklum balas positif. Alice mengalami kejutan budaya setelah dihantar bertugas ke kawasan pedalaman di kawasan utara. Namun Alice terpaksa juga menghadapi kerenah anak-anak muridnya yang tidak tahu menggunakan bahasa Inggeris. Sikap orang kampung juga kadang kala memeningkan kepala Alice. Dia mula menyukai pengembala lembu di kampung itu bernama Budin yang kerap berada di samping lembunya yang digelar Rahul.

Pelakon : Zizie Ezzette, Sheila Rusly, Radhi Khalid, Hamidah Wahab, Zaidi Omar

Good Afternoon Cikgu (9 Mei 2008)

Cikgu Alice selamat melahirkan anak perempuan. Semasa di dalam pantang, Cikgu Alice tinggal bersama keluarganya di bandar. Cikgu Tipah masih belum berkahwin dan apabila melihatkan keadaannya, Mami merasa kasihan. Dia mengajak Cikgu Tipah bertemu bomoh supaya cepat mendapatkan jodoh. Semasa sedang mandi bunga, bomoh memberikan satu syarat, dia harus menerima lamaran orang pertama yang masuk meminangnya dan Cikgu Tipah setuju dengan syaratnya itu. Suatu hari, Shah Rukh (lembu Muis) berkeliaran di sekitar rumah Cikgu Tipah. Muis terus jatuh cinta apabila melihat kelibat Cikgu Tipah.

Pelakon : Sheila Rusly, Kartina Aziz , Radhi Khalid, Jalil Hamid, Zaidi Omar, Hamidah Wahab

Selimut Putih (16 Mei 2008)

Drama ini mengisahkan penderitaan seorang ibu yang diabaikan anaknya kerana hasutan menantu. Mak Teh tinggal di belakang rumah anaknya, Najib dan hubungannya bersama menantunya, Mona tidak baik. Najib dan Mona berjanji hendak membawa Mak Teh tinggal sebumbung dengannya sebelum mendapat tanah arwah bapanya, tetapi mereka telah memungkiri janji itu. Manakala Mak Nona juga mengalami nasib yang sama dengan Mak Teh yang dihalau dari rumah anak perempuannya, Minah.

Pelakon : Norlia Ghani, Rusdi Ramli, Rita Rudaini, Noor Khiriah, Roslan Salleh, Zaidi Mohd Nor

Maafkan Aku Mama (23 Mei 2008)

Mengisahkan penyesalan seorang anak yang tidak dapat meminta maaf buat kali terakhir terhadap perbuatannya sebelum ibunya meninggal dunia. Aiman kehilangan bapanya semasa dia masih lagi kecil. Sue, ibu kepada Aiman berkahwin dengan Zarul setelah kematian suaminya, Malik. Perkahwinan itu bukanlah atas kehendak Sue tetapi di atas kehendak bapa mentuanya yang tidak mahu Aiman kehilangan rasa kasih sayang seorang ayah. Tetapi perkahwinan itu tidak direstui Aiman. Sejak kejadian itu, Aiman merajuk dengan perbuatan ibunya dan mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang anak.

Pelakon : Hairie Othman, Azizah Mahzan, Jalil Hamid, Sabrina Ali

Kalam Cinta Rabiah (30 Mei 2008)

Datuk Johari masih mengharapkan supaya Rabiah berhenti sebagai jururawat dan menerima tawarannya bekerja di Nilam Holding sebagai Pengarah Projek. Namun, Rabiah tidak berganjak dari keputusannya. Rabiah berjaya memujuk Julia yang mempunyai anak luar nikah untuk terus belajar demi masa depannya. Datuk Johari yang kecewa dengan Rabiah sanggup menggugurkan nama Rabiah sebagai penerima harta warisannya. Di tempat kerjanya, Rabiah berkawan rapat dengan Zakuan. Zakuan mencadangkan Rabiah terima saja permintaan ayahnya.

Pelakon: Wardina Saffiyah, Zamarul Hisham, Benji, Faizal Hussein, Dian P Ramlee, Hafizzuddi , Fiza.

Powered by Berita Harian

Empayar Astro Oasis

20 Mar

Oleh MALIAH SURIP


BARISAN tenaga penting di sebalik tabir Astro Oasis.

USIANYA baru menginjak lima bulan. Namun reputasi yang dibina sepanjang merangkak cukup memberangsangkan. Jika pada awalnya banyak pihak yang menjangkakan pembukaan saluran Astro Oasis (saluran 106) bakal menerima sambutan sedikit hambar pada salam perkenalan mereka, telahan tersebut tersasar.

Buktinya, jangka masa lima bulan tidak sekadar membuat saluran ini berjalan dengan sempurna. Sebaliknya diluar jangkaan juga, sasaran audiens mereka bercambah dari sasaran asal mereka. Meletakkan usia 25 sehingga 45 tahun sebagai sasaran, Oasis kini menjadi tumpuan bagi golongan berusia 45 hingga 62 tahun.

“Ia merupakan satu tindak balas yang amat positif buat kami di Oasis. Respons daripada mereka yang menyukai kandungan saluran kami membuat kami akan berusaha meningkatkan mutu program siarkan buat semua,” jelas Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar pada majlis pelancaran Program Astro Oasis sempena sambutan Maulidur Rasul di Hotel Park Royal, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dan khusus menghargai perhatian peminat serta sejajar dengan keutamaan mereka untuk menyampaikan syiar Islam melalui program-program mereka, saluran ini mengambil inisiatif dengan menyalurkan pelbagai program terbaik selama lima hari bermula semalam khusus meraikan majlis Maulidur Rasul.

Nama-nama besar artis tanah air seperti Ustaz Akhil Hayy, Wan Kamaruddin Wan Ibrahim, Mawi, Farah, Bob dan ramai lagi bakal mengisi slot-slot program menarik yang dihidangkan sepanjang ‘pesta’ Maulidur Rasul selama lima hari sehingga 23 Mac ini.

WARDINA (kanan) bersama Inneke.

Malah Oasis turut menghidangkan segmen khas bual bicara, filem-filem Iran dan tempatan, telemovie serta program

berkaitan muzikal yang mampu memupuk semangat kecintaan terhadap Islam.

Pada kesempatan yang sama, saluran ini turut memperkenalkan wajah ikon sulung Oasis Indonesia iaitu Inneke Koesherawati. Pelakon sinetron popular di republik ini dipilih bersandarkan populariti dan imej bersih yang dibawanya selepas menukar ‘kulit’ penampilannya yang pernah diberi jolokan simbol seks Indonesia.

“Alhamdulillah. Insya-Allah mudah-mudahan niat baik saya menyebarkan syiar Islam menerusi saluran ini akan terlaksana. Saya melihat tanggungjawab yang diberikan Oasis ini sangat besar buat saya,” kata Inneke yang cukup berbangga dengan Oasis yang dilabelkan sebagai satu-satunya saluran yang peduli tentang Islam.

Sementara itu, Izelan yang turut memaklumkan program Ziarah kendalian Wan Kamaruddin mendapat sambutan hangat di Indonesia berkata: “Kami di Oasis sedang merancang pelbagai program usaha sama antara Malaysia dengan Indonesia yang akan ditayangkan di negara tersebut.

Powered by Kosmo