Archive | Ferhad RSS feed for this section

Penyertaan Album AIM16 Makin Merosot

30 Mar

Oleh Rudy Imran Shamsudin
imran@hemtro.com.my

Rap
JUMLAH album yang dipertandingkan untuk Anugerah Industri Muzik Malaysia ke-16 (AIM16) semakin merosot apabila tahun ini hanya 50 penyertaan diterima.

Walaupun sebelum itu penyertaan dikatakan menggalakkan namun perkara itu hanya berlaku selepas beberapa kategori baru diwujudkan. AIM 16 dijadualkan berlangsung pada 2 Mei, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), jam 8.30 malam.

Penganjur pertandingan Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (Akademi) menerima hampir 700 penyertaan membabitkan kategori baru iaitu Lagu Terbaik dalam setiap genre.

Perkembangan itu benar-benar membimbangkan beberapa pertubuhan yang menjaga kepentingan industri muzik tempatan antaranya Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (PAIMM) mahupun Akademi sendiri.

Sewaktu sidang akhbar mengumumkan calon lima terbaik AIM16, berlangsung di Concord Hotel baru-baru ini, Pengerusi PAIMM, Datuk Aziz Bakar menjelaskan, walaupun banyak penyertaan diterima tetapi mutu kebanyakan lagu dihantar berada di tahap rendah. Tambahan pula piawaian ditetapkan Akademi sudah semakin meningkat kerana ia sudah 15 kali diadakan.

“Perkembangan ini amat menakutkan, dan beberapa pertubuhan dan persatuan bimbang sekiranya perkara ini berlanjutan kita sudah tidak akan ada lagi industri dalam bidang muzik.

“Waktu sama kami faham sebagai penggiat kebanyakan syarikat rakaman, pencipta lagu, penulis lirik, pemuzik, jurutera muzik mahupun penyanyi sendiri tidak berani hendak melabur dalam jumlah besar apabila menghasilkan album.

“Sekarang ini proses untuk menghasilkan sebuah album termasuk promosi dan pemasaran memerlukan modal mencecah RM150,000, tetapi pulangan yang diterima hanyalah sekitar RM40,000 hingga RM60,000.

“Penggiat bertuah kerana sekarang mereka masih boleh bergantung kepada pasaran dalam bentuk digital iaitu muat turun muzik ke telefon bimbit memandangkan jualan dalam bentuk fizikal iaitu cakera padat dan album sangat perlahan dan tidak membantu.

“Bagi memastikan kerugian ditanggung tidak besar, kebanyakan penggiat menggunakan kos sangat rendah untuk menghasilkan lagu dan ia secara tidak langsung mempengaruhi mutu album dihasilkan. Sekiranya perkara ini berterusan akhirnya industri muzik tempatan akan mati,” katanya.

 

 

Bagi menangani perkara itu, Aziz secara peribadi berasakan sudah tiba masanya pihak kerajaan membantu industri dengan menyediakan dana khas bagi membantu para penggiat dalam berkarya.

“Seperti juga dalam bidang lain iaitu perdagangan, keusahawanan dan pertanian industri muzik juga perlu modal rangsangan untuk menggerakkannya, oleh itu saya amat mengharapkan apa yang saya ketengahkan ini akan mendapat perhatian.

“Permohonan membabitkan dana ini akan dilaksanakan bersama semua persatuan yang bernaung dibawah industri muzik. Mekanisma belum ditetapkan tetapi andai ia diberikan, dana ini boleh disalurkan kepada Majlis Muzik Malaysia (MMM) sebagai badan induk.

“Dana ini boleh digunakan para penggiat yang mahu menghasilkan album dan kita mungkin tidak memberikan sepenuhnya sebaliknya ia bergantung kepada keperluan penggiat itu sendiri.

“Modal untuk menghasilkan album mungkin harus dikeluarkan sendiri oleh penyanyi ataupun penerbit dan dana pula digunakan untuk memasarkan atau mempromosikan karya dihasilkan,” katanya.

Di majlis pengumuman calon lima terbaik AIM16, kumpulan Estranged yang sebelum ini mengungguli Anugerah Juara Lagu tahun lalu menerusi single mereka Itu Kamu mendominasi pencalonan dalam lapan kategori.

Kumpulan ini menerima pencalonan daripada album Inggeris dihasilkan Remain Unknown. Membanggakan apabila dua lagu Melayu dimuatkan dalam album itu turut dicalonkan dalam Lagu Rock Terbaik.

Datuk Siti Nurhaliza pula yang mempertandingkan album berkonsepkan etnik kreatif dan tradisional Lentera Timur menerima tujuh pencalonan, dan lagu pop dendangannya menjadi runut bunyi drama Spa-Q 2 Pada Cintanya turut dicalonkan dalam kategori Susunan Muzik terbaik.

Timbul kekeliruan dalam kategori Lagu Inggeris Tempatan Terbaik apabila lagu dendangan kumpulan Pop Shuvit, Marabahaya dipertandingkan sekali lagi atas alasan dialih bahasa. Begitu juga dengan Vokal Terbaik Lelaki/Wanita apabila ada yang dicalonkan lebih daripada satu lagu.

Menjelaskan mengenai kekeliruan yang timbul Ketua Jawatankuasa Penganjuran AIM16, Jennifer Thomson berkata Marabahaya selain dialih bahasa, rakamannya juga baru terutama membabitkan susunan muziknya.

“Perkara ini sudah saya jelaskan kepada juri sewaktu penilaian dilakukan. Keputusan sama ada ia layak atau tidak mereka sendiri yang harus memutuskannya.

“Walaupun ada yang menolak Marabahaya dipertandingkan tetapi waktu sama masih ada juri memberikan markah kepada lagu itu. Secara tidak langsung apabila diaudit ia memiliki markah tinggi dan dicalonkan.

“Mengenai ada artis mendominasi kategori vokal apabila ia mempertandingkan single, kami akui perkara ini. Ini kali pertama ia dilakukan dan perlaksanaannya sudah tentu akan ada kelemahan. Kami akan memperbaikinya pada tahun akan datang.

“Pihak Akademi sendiri sudah nampak perkara seperti ini akan berlaku apabila single dipertandingkan dalam vokal. Kami sudah nyatakan kepada wakil syarikat rakaman sendiri agar menghantar satu lagu untuk kategori itu tetapi ada antaranya berkeras mahu menghantar sepuluh lagu terdapat dalam album dihasilkan artis mereka,” katanya.

Berikut adalah senarai penuh pencalonan AIM16.

Artis Baru Terbaik
1) Hujan
2) Joe Flizzow
3) Malique
4) Meet Uncle Hussain
5) Suki

Persembahan Vokal Terbaik Dalam Album (Lelaki)
1) Aizat – Lagu Kita
2) Bob AF2 – Cinta Terhalang
3) Reshmonu – Doa Untuk Dia
4) Reshmonu – Sayu
5) Ritan (Deja Voodoo Spells) – Rock ‘N’ Roll

Persembahan Vokal Terbaik Dalam Album (Perempuan)
1) Ayu – Hanya Di Mercu2) Dina – Sejauh Ini
3) Shila – Memori Tercipta
4) Siti Nurhaliza – Di Kayangan Kita
5) Siti Nurhaliza – Di Taman Teman

Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Dalam Album
1) AJAI dan Marsha – Sayang
2) ALL One – Bilal bin Rabah
3) Pop Shuvit – Marabahaya
4) Rabbani – Bila Nur Melimpah Di Hati
5) Raihan – Assubhu Bada

Kulit Album Terbaik
1) Hawa – Nikki
2) President – Joe Flizzow
3) Transit – Altered Frequency
4) Satu – Ferhad
5) Remain Unknown – Estranged

Rakaman Album Terbaik
1) Remain Unknown – Estranged
2) Finally/Akhirnya – Suki
3) Satu – Ferhad
4) Adam 3 – Adam
5) Harapan – Reshmonu

VIDEO MUZIK TERBAIK
1) Hanya Di Mercu – Ayu
2) Sampai Syurga – Faizal Tahir
3) Mati Hidup Kembali – Butterfingers
4) 1000 Tahun (Mahu Hidup) – Butterfingers
5) Oh Anok Anok – Reshmonu

Album Pop Etnik Terbaik
1) Khazanah Pujangga – Syura
2) Lentera Timur – Siti Nurhaliza
3) Selagi Ada Rindu – Shafie Ahmad
4) Zapin Suri – Haziq

Lagu Pop Etnik Terbaik
1) Di Kayangan Kita – Siti Nurhaliza
2) Di Taman Teman – Siti Nurhaliza
3) Dirgahayu – Ramlah Ram
4) Nafas Cahaya – Misha Omar
5) Zapin Suri – Haziq

Album Nasyid Terbaik
1) Allah Habeebi – Mawi
2) Istimewa Tiada Dua – Nice
3) Nasyid Nostalgia Memori The Zikir – Nazrey Johani
4) Nostalgia Nadamurni – Rabbani
5) Setia – Wildan

Lagu Nasyid Terbaik
1) Allah Habeebi – Mawi
2) Bila Nur Melimpah Di Hati – Rabbani
3) Kemuliaan Al-Quran – In Team
4) Serulah Namanya – Mawi
5) Teman Hakiki – Mawi

Album Rock Terbaik
1) Bongkar – Kristal
2) Hujan – Hujan
3) Keamanan – Nrocinu
4) Kembali – Butterfingers
5) Modern Minimals Glamour – The Times

Lagu Rock Terbaik
1) 1000 Tahun (Mahu Hidup) – Butterfingers
2) Aurora – Estranged
3) Bila Aku Sudah Tiada – Hujan
4) Dugaannya – Hujan
5) Yang Pernah – Estranged

Album Pop Terbaik
1) Alyah – Alyah
2) Arus Qudus – Yassin
3) Harapan – Reshmonu
4) Misha Omar – Misha Omar
5) Percubaan Pertama – Aizat

Lagu Pop Terbaik
1) Cinta Adam dan Hawa – Misha Omar
2) Dingin – Ziana Zain
3) Ketentuan – Ramlah Ram
4) Lagu Kita – Aizat
5) Sampai Di Sini – Misha Omar

Lagu Hip Hop Terbaik
1) Bergerak – Joe Flizzow
2) Isabella – Joe Flizzow
3) Mengapa Harus Bercinta – Jow Flizzow
4) Mentera Beradu – Malique feat. M.Nasir
5) Ok – Malique feat. Cat Farish

Album Inggeris Terbaik
1) Dark Sun Big Rain – Karen Nunis Blackstone
2) President – Joe Flizzow
3) Remain Unknown – Estranged
4) Take Five With Juwita Suwito at Avanti – Juwita Suwito
5) Tapestry Of Life – Shal Sagan

Lagu Inggeris Tempatan Terbaik
1) All Around My World – Joe Flizzow
2) Dances Of The Spirit – Estranged
3) In No Time – Estranged
4) KL Streets – Malique Feat. Lah
5) Marabahaya – Pop Shuvit

SUSUNAN MUZIK DALAM LAGU
1) Pada Cintanya – Siti Nurhaliza
2) Tiada Maaf – Daniel Lee
3) Aurora – Estranged
4) Di Taman Teman – Siti Nurhaliza
5) Bukan Mimpi – Farhan.

innity_pub = “c16a5320fa475530d9583c34fd356ef5”;
innity_cat = “ENTERTAINMENT”;
innity_zone = “154”;
innity_width = “250”;
innity_height = “220”;

Harian Metro

Kemampuan PLS Disegani

22 Feb

Oleh NORAINON OTHMAN
norainon@hmetro.com.my

PADA peringkat permulaan, cuma satu lot rumah kedai dua tingkat disewa. Tingkat bawah dijadikan tempat menjalankan kerja kimpalan, di bahagian atas dijadikan pejabat manakala sebahagian ruang sebagai gudang.

Daripada satu lot rumah kedai, perniagaan berkembang hingga ruang operasi diperluaskan di lima lot rumah kedai. Pekerja juga ditambah daripada 15 orang kepada 50 orang.

Selepas lima tahun, sebidang tanah seluas 0.32 hektar di Kawasan Perindustrian Bukit Rahman Putra (BRP), Sungai Buloh dibeli dan didirikan kilang.

Itu adalah perkembangan membanggakan syarikat pembuat peralatan permainan kanak-kanak Bumiputera, Pro-Landscape Structure (PLS) Sdn Bhd.

Syarikat berkenaan dibangunkan Faris Abd Halim, 42, yang bertindak sebagai pengarah urusan dan rakan kongsinya, Faisal Isa, 36, sebagai pengarah eksekutif.

Kedua-duanya mengambil keputusan mengusahakan perniagaan yang asing bagi usahawan Bumiputera itu selepas menimba pengalaman dalam bidang berkenaan selama beberapa tahun.

Faris memiliki ijazah dalam Pengurusan Perniagaan dari Institut Teknologi Sydney, Australia, kembali ke tanah air selepas 10 tahun menetap di negara terbabit kerana melanjutkan pengajian dan menimba pengalaman kerja.

Sekembalinya ke Malaysia pada 1994, beliau bekerja di sebuah syarikat penyedia peralatan kanak-kanak selama setahun.

“Keadaan ekonomi waktu itu masih bagus dan kita masih boleh memilih kerja. Saya bekerja selama setahun di syarikat penyedia peralatan permainan kanak-kanak terbabit.

“Waktu itu tiada orang Melayu terbabit dalam bidang itu. Jangan kata pemilik syarikat, jurujual pun tidak ada. Semuanya dikuasai bukan Bumiputera,” katanya.

Beliau kemudian bekerja dengan sebuah lagi syarikat yang terbabit dalam bidang itu selama lima tahun. Bermula sebagai jurujual selama dua tahun, beliau kemudian dinaikkan pangkat menjadi pengurus besar selama setahun dan dua tahun selepas itu menjadi antara pengarah syarikat yang menguruskan hal ehwal pemasaran di seluruh negara.

Hasil pengalamannya serta pengalaman Faisal yang memegang jawatan terakhir sebagai pengarah di syarikat itu, mereka mengambil keputusan berhenti untuk sama-sama membangunkan syarikat sendiri, Pro-Landscape Structure (PLS) Sdn Bhd.

Berbekalkan simpanan RM300,000, Faris dan Faisal memulakan perniagaan. PLS mendapat projek daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pemaju perumahan. Antara projek besar diperoleh PLS ialah daripada Majlis Perbandaran Seberang Prai bernilai RM1.5 juta pada 2001.

Sejak mendapat kepercayaan mengendalikan projek besar, pelanggan semakin yakin dengan prestasi PLS. Syarikat semakin berkembang dan mereka kemudian berpindah ke kilang sendiri pada April 2008. Jumlah pekerja juga bertambah menjadi 70 orang.

PLS memasang alat permainan kanak-kanak di seluruh PBT di Malaysia serta pemaju perumahan, termasuk di Sabah dan Sarawak. Lebih membanggakan, syarikat itu mendapat piawaian ISO 9001:2000 dan Sirim MS 966.

PLS yakin mendapat satu lagi pengiktirafan produk yang mampu menaikkan prestasinya sebagai syarikat penyediaan peralatan permainan kanak-kanak disegani.

Pengiktirafan antarabangsa berkenaan iaitu TUV EN 1176 dijangka diperoleh penghujung bulan ini membolehkan PLS menembusi pasaran antarabangsa. Ini akan menjadikan PLS syarikat Bumiputera pertama mendapat tiga pengiktirafan.

“Kami yakin tiket Bumiputera membantu menaikkan perniagaan kami tetapi apapun, kami perlukan kekuatan lain iaitu memenuhi piawaian ditetapkan.

“Dengan pengiktirafan yang diterima, tiada siapa boleh pertikai kekuatan kami dalam bidang ini,” katanya.

Menurutnya, pemaju yang ingin mendapatkan sijil layak menduduki (CFO) wajib menyediakan peralatan permainan kanak-kanak di sebahagian daripada lanskap taman dan alat permainan itu mesti mempunyai rekaan menarik dan memenuhi selera kanak-kanak seperti berwarna ceria.

“Keselamatan adalah keutamaan iaitu tidak boleh ada bahagian peralatan permainan kanak-kanak yang tajam atau membahayakan kanak-kanak. Disebabkan itu, ia perlu bersandarkan piawaian yang ada,” katanya.

Nilai tambah PLS sebagai syarikat penyedia peralatan permainan kanak-kanak ialah produk mereka diinsuranskan sebanyak RM1 juta serta jaminan sehingga lima tahun.

Jika berlaku kemalangan terhadap pengguna disebabkan kegagalan reka bentuk atau kesan daripada bahan yang digunakan bagi pembuatan produk, pengguna boleh menyaman syarikat.

“PBT pula tidak perlu pening kepala jika kejadian seumpama itu berlaku kerana syarikat memberi jaminan akan bertanggungjawab jika berlaku kejadian tidak diingini,” katanya.

PLS yang juga pembekal peralatan senam riang untuk dewasa, gelanggang serba guna seperti badminton, futsal dan bola jaring serta menyedia perabot taman, kini antara tiga syarikat penyedia peralatan permainan kanak-kanak terulung di Malaysia yang mampu bersaing dengan syarikat bukan Bumiputera.

Tahun lalu PLS mula memasarkan peralatan ini secara agresif ke luar negara. Peralatan dipanggil Sistem Permainan Si Comel itu mula mengintai pasaran luar pada 2006 apabila mendapat tempahan daripada Iraq dan Mauritius diikuti Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Iran, Vietnam dan Bangladesh pada 2007.

PLS berharap jualan untuk luar negara dapat ditingkatkan bagi mengurangkan tekanan akibat tempias kelembapan ekonomi tahun ini.

PLS adalah vendor kepada Sime Darby, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Uda Holding dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) manakala pelanggan utamanya ialah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Bandaraya Johor Bahru Tengah (MBJBT), Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

PROFIL

NAMA: Faris Abdul Halim

UMUR: 44 tahun

ASAL: Alor Star, Kedah

JAWATAN: Pengarah Urusan Pro-Landscape Structure Sdn Bhd

ISTERI: Yus Zamzida Yahaya

ANAK: Nabiilah (19); Numan (17); Ammar (16); Ashraf (14); Haris (13) dan Ferhad (2)

Harian Metro

Hear: Vintage Alleycats

5 Sep

insidepix1

ULANGTAHUN KE-40 (1968-2008)
Alleycats
(Universal Music)

insidepix2

insidepix3
THIS four-disc collector’s item is a gem. Celebrating the glory of Alleycats’ music over the last four decades, it features songs that were previously heard on records and cassettes.

Also a tribute to Loga, it is powerfully nostalgic and serves as a reminder of what music was all about in those days – something hardly done today.

David and Loga’s vocal prowess is incomparable and the tunes are faultless.

There are three new tracks here, one for each of the three discs (the fourth one features a VCD of four music videos and the Rockumentari: Kerana Kau, Ku Masih Di Sini.
The new Senandung Semalam 2008 (a duet with Kristal) is a mess. David would be better off alone in this mismatch of vocal styles. Nevertheless, the updated sound of Hanya Kita Yang Tahu (the duet with Jay Jay) is quite pleasant.

David’s seasoned vocals in the new recording of Suara Kekasih seems to be the only good thing about this group recording, featuring Ezad Exist, Zamani Slam and Saleem – some of whom, at times, are trying too hard to make the song their own. Bad decision.

Selected tracks: Seribu Bintang, Setahun Sudah Berlalu.

Rating: HHHH

SERIBU KENANGAN
Various
(Sony BMG)

THE CD packs 16 love songs that have been playing a lot on radio, so it could easily be a compilation fans would sing along to while driving to work.

From Fauziah Latiff’s Teratai Layu Di Tasik Madu to Jamal Abdillah’s Kekasih Awal Dan Akhir, the songs are perhaps the artistes’ greatest hits. Where else would you find a CD with Kian (Mawi) and Kasih Berubah (Ferhad) in an album?

Of course, one could argue that there are other great love songs in the ’90s – which seems to be the era from which the tunes were picked – that should be in here as well, like Siti Nurhaliza’s Jerat Percintaan, or many others.

Nevertheless, this is perhaps one of the good compilations of love songs out there, simply because you don’t feel like pressing the forward button.

Other tracks include Langit Ke 7 (Sharifah Zarina), Teringin (Shima), Puncak Kasih (Ziana Zain), Tragedi Oktober (Awie), Di Persimpangan Dilema (Nora), Layar Impian (Ella) and Relaku Pujuk (Spider).

Selected tracks: Teratai Layu Di Tasik Madu, Keabadian Cinta.

Rating: HHH ´

1 INDO HITS
Various
(Warner Music/Sony BMG)

While the above compilation on Malaysian pop songs reminds us of our music industry’s past, this album featuring popular Indonesian love tunes represents the industry’s present. They receive more airplay and are more popular with our listeners these days.

We can’t really fault the tunes though. They’re not just good, they’re excellent. We’re not just talking about the melodies and poetic lyrics, but also the music arrangements that, sorry to say, are far more advanced than our local soppy ballads that don’t seem to change much since the ’80s.

With this compilation, it’s easy to see why they are more fancied than current Malay hits (go to karaoke hangouts and you’ll see that Indo hits are the order of the day). We can argue until the cows come home, but at the end of the day, it’s all about the songs.

Dealova (Once) is a heart-wrenching winner that opens with a soaring violin before giving in to soft guitar strums in the first verse. In the second verse, a rippling piano introduces the vocals before an orchestra of instruments come in. The vocalist glides from his masculine natural voice to falsetto and wins us over.

Even the silly-sounding Lelaki Buaya Darat (Ratu), with its simplistic approach, is catchy. They are what pop music is all about – powerful melodies. Pencinta Wanita (Irwanshah), Ada Cinta and Berdua Lebih Baik (Acha Saptriasa) are some examples of fine compositions, despite the so-so vocals.

Selected tracks: Dealova, Tentang Bintang.

Rating: HHHH

KAMI VOL II
Various
(Monkey Bone/EMI Music)

Featuring alternative pop/rock tracks from the upcoming movie Kami, this album is about our indie bands (and we have many) and their brand of music.

Songs from Meet Uncle Hussain (Pari Pari Di Bawah Angin), Laila’s Lounge (Mawar Khayalan) and Love Me Butch (This is Our Year) are not really the radio-friendly tunes we’d like to hear again and again, but they do take our industry to a different level.

Still, the rap-rock tune K.a.m.i (Kerana Aku Masih Ingat) by Dragon Red is nothing new other than it’s scream-out-loud Linkin Park-esque sound. Butterfinger’s 1000 Tahun (Kami Mahu Hidup) suggest that it has a problem writing Malay lyrics.

Interestingly, Aggrobeats’ funk/soul approach in We Got Soul really got my interest. The James Brown-inspired vocal stylings and retro music is really something. Then it’s back to bland and boring tracks.

Some of the songs tend to get repetitive with the production quality just so-so, as if you’re listening to a recording of the bands jamming in the studio. There’s only so much guitar you can handle in one album listening.

Selected tracks: Pari Pari Di Bawah Angin, We Got Soul.

Rating: H ´

New Straits Times

Istimewa Ramadan Di RTM

31 Aug


USTAZ Akhil Hai tetamu undangan Selera Ramadan MM Vitaoils.z

DALAM usaha untuk mengimarahkan Ramadan, RTM telah menyusun pelbagai program menarik khas untuk penonton setianya.

Ini termasuk pelbagai program berbentuk majalah dan dokumentari untuk tatapan penonton antaranya Syahadah 4 serta program masakan seperti Selera Ramadan MM Vitaoils dan Ketuk-Ketuk Ramadan bersama Sheila Rusly dan artis undangan.

Meneruskan kejayaan lalu, Syahadah 4 kali ini membawa para penonton mendekati perkembangan agama dan umat Islam di negara-negara Balkan serta Eropah seperti Sepanyol, Turki, Bosnia Herzegovina, Croatia, Slovenia, Greece, Albania, Kosovo, Romania dan Itali.

Tampil dengan tema Satu Lafaz Berbeza Resam, program terbitan Ibrahim Hj. Ismail, Syazariah Majidi dan Zulkefli Mohd disiarkan dalam dua versi Bahasa Melayu dan Inggeris.

Bersiaran pada setiap hari sepanjang Ramadan, pada pukul 6.35 petang di RTM 1 dalam versi Bahasa Melayu, versi Bahasa Inggeris pula ditayangkan di RTM2 pada pukul 4.30 petang, setiap Isnin hingga Jumaat manakala hari Sabtu dan Ahad, program tersebut akan bersiaran pada pukul 5.00 petang.

Sementara Selera Ramadan MM Vitaoils yang memulakan siarannya pada 1 September ini (esok) merupakan program masakan yang sesuai disediakan untuk hidangan bersahur dan berbuka puasa.

Disiarkan setiap Isnin hingga Ahad, pukul 5.00 pagi di RTM1 serta siaran ulangannya pada setiap hari Isnin hingga Ahad, pukul 12.30 tengah hari di RTM1, ia turut menampilkan tetamu undangan memberikan motivasi kepada penonton.

Terbitan Nafalia Corporation Sdn. Bhd., program ini menekankan resipi masakan yang menggunakan produk-produk berkualiti MM Vitaoils.

Menariknya, ia turut diwarnai kuliah Ramadan, panduan dan nasihat agama yang bakal disampaikan oleh barisan pendakwah dan pakar motivasi terkenal tempatan.

Antara tetamu undangan yang ditampilkan termasuk Ustaz Wan Shohor Bani Leman, Ustaz Zawawi Yusoh, Ustaz Akhil Haji Abdul Hai, Prof. Dr. Izuddin Haji Ali, Dr. HM Tuah Iskandar dan Hushim Salleh.

Selera Ramadan MM Vitaoils yang bersiaran untuk 30 episod mengutarakan dua resipi berasaskan minyak sawit yang menggunakan produk MM Vitaoils seperti Marvelloso, Blossommm, Rise and Shine, Shortening Qualitaste, Palmas dan Serimas.

Sajian masakan yang diketengahkan oleh Chef Selebriti Norzailina Nordin sangat bersesuaian dengan selera umat Islam sepanjang bulan Ramadan ini. Bukan hanya sajian Melayu, bahkan penonton juga boleh mempelajari sajian barat, timur tengah ataupun masakan Cina dan India.

Antara resipi menarik yang dikongsi bersama penonton antaranya Paf Pir & Burger Sayuran, Kastard Nanes dan Sup Bawang Perancis, Binka Keju dan Mi Pankek, Bingka Jagung dan Daging Masak Prun, Mousse Coklat dan Spageti Olio, Cucur Durian dan dihidangkan bersama Tuna Moussaka juga Spageti Sos Keju dan Browines.

Menjelang hari raya, resipinya lebih istimewa dengan menghidangkan Biskut Teh Hijau dan Kek Keju Rise and Shine juga Kek Lebaran dan Bistis Idaman.

Sepanjang Ramadan juga, RTM menyiarkan variasi hidangan berbuka puasa puasa ringkas lagi lazat yang disajikan oleh artis-artis tanahair.

Berkongsi rahsia masakan bersama artis dalam Ketuk-Ketuk Ramadan bersama Sheila Rusly, program tersebut akan mula bersiaran 1 September ini sepanjang Isnin hingga Ahad manerusi RTM1.

Menampilkan Sheila Rusly sebagai hos, 28 artis terlibat menghidangkan makanan istimewa pilihan mereka untuk sajian berbuka puasa.

Bukan sahaja berkongsi rahsia masakan, penonton juga berkesempatan berkenalan dengan kaum keluarga artis yang diundang yang turut sama menyerikan program masakan terbitan Js Pictures itu.

Antara artis yang terlibat adalah Amyza Adnan, Umie Aida, Azharina Azhar, Ropi Cecupak, Farid Kamil, Jehan Miskin, Zizan Nin, Ferhad, Aziz M Osman, Melissa Saila, Mila, Dafi, Khatijah Tan, Sazzy Falak, Aizat, Fahrin, Abby Abadi, Que Haidar, Emelda Rosmila, Adlin Aman Ramlie, Mustapha Kamal, Nabila, Rosnah Mat Aris, Fiz Fairuz, Fauziah Ghaous, Amy Search, Nabil dan Nora.

Berlokasikan di kawasan terbuka seperti Taman Tasik Titiwangsa, Masjid India, Tanamera Sungai Buloh, Petronas Ampang, UO Supermarket Galaxy Taman Dagang, Tropikana Golf & Country Club, Pasar Tani Taman Melawati, Sungai Besar Selangor, Kampung Sungai Limau Sungai Besar, Kampung Melayu Ampang, Ulu Yam, Bukit Meringin Kajang, Air Terjun Alang Sedayu dan Pasar. Antara resipi masakan istimewa yang disajikan daripada 60 hidangan lazat tahun ini antaranya seperti Ayam BBQ Rempit, Sambal Goreng XX Ray, Cucur Udang Bila Mila Cinta, Cucur Sukun dan Ayam Kuzi.

Utusan Malaysia

Akibat Sengketa, Perpecahan Kaum Di Yugoslavia

6 Jul

SEbuah Masjid di Banja Luka pada Julai 2001.


PADA bulan Julai, 13 tahun yang lalu seramai kira-kira 8,000 orang lelaki Islam mati dibunuh di Srebenica oleh askar Serb. Ia dianggap pembunuhan beramai-ramai paling kejam sejak tamat Perang Dunia Kedua. Kerana, yang turut menjadi korban ialah anak-anak lelaki.

Tragedi berlaku semasa perang Bosnia-Herzagovina tahun 1995. Para isteri dan keluarga korban yang ramai itu kini menuntut “ganti rugi” sejumlah kira-kira dua bilion paun (RM12 bilion) dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan kerajaan Belanda.

Tuntutan dibuat kerana pada waktu kejadian tersebut, mereka di bawah lindungan tentera Belanda di bawah bendera PBB. Seperti dilaporkan oleh sebuah akhbar Inggeris di London pada minggu lalu:

“Tentera pengaman Belanda yang bersenjata ringan gagal menyekat pembunuhan 8,000 orang Islam manakala askar Serb mengheret mereka keluar dari tempat perlindungan Bangsa-Bangsa Bersatu setelah berlaku sengketa antara kaum berikutan perpecahan negara Yugoslavia.

”Para peguam keluarga-keluarga yang malang itu, yang diberi nama Mothers of Srebenica berhujah dalam mahkamah The Hague bahawa ganti rugi patut dibayar oleh Bangsa-Bangsa Bersatu. Pembunuhan beramai- ramai itu telah meninggalkan kesan begitu pedih kepada orang Belanda sehingga mengakibatkan peletakan jawatan kerajaan Belanda setelah terbit laporan pada tahun 2002 yang menyalahkan pihak tenteranya dalam peristiwa tersebut.

”Kerana ketiadaan bantuan pasukan udara, mereka (tentera Belanda) berdiam saja manakala askar Serb mengheret lelaki dewasa dan anak-anak lelaki mereka dari sisi para isteri dan ibu mereka, lalu membawa mereka dengan lori ke tempat pembunuhan,”.

Juga disebut bahawa panglima askar Serb itu, General Ratko Mladic masih bebas. Seorang peguam yang mewakili kerajaan Belanda berhujah bahawa Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu membebaskan kerajaan Belanda dari dakwaan di mana jua mahkamah.

Menurut seorang lagi peguam yang mewakili kerajaan Belanda yang sebenarnya patut dipersalahkan ialah pihak Serb, terutama General Mladic. Sebaliknya pula seorang peguam yang mewakili Mothers of Srebenica membalas:

“Batalion tentera Belanda yang bertugas bagi pihak Bangsa-Bangsa Bersatu adalah bertanggungjawab melindungi orang awam yang tidak berdosa dan tidak bersenjata. Pembunuhan beramai-ramai itu berlaku semasa mereka di bawah lindungan Bangsa-Bangsa Bersatu. Ini bererti segalanya berlaku secara sistematik, bukan secara tidak diduga.”

Keputusan Mahkamah The Hague dijangka diumumkan pada bulan Julai ini. Menurut sebuah laporan lain, seramai 400 askar Belanda bertugas di sekitar Srebenica waktu peristiwa tragedi itu. Pernah disiarkan dalam akhbar Independent di London pada (5 Ogos 1995) ialah suatu kenyataan terbuka yang ditandatangani oleh ribuan pemimpin pelbagai bangsa dan agama yang mengecam tindakan ethnic cleansing seperti telah dilakukan oleh askar Serb, bukan saja di Srebenica tetapi juga di tempat-tempat lain.

Antara yang menandatangani kenyataan itu ialah Rev. Richard Harries, Bishop of Oxford dan seorang pemimpin agama Yahudi, Rabbi Hugo Gryn.

Menurut laporan jurnal Foreign Affairs terbitan Amerika, kempen pihak Serb untuk menghapuskan kaum-kaum lain adalah berpunca daripada peristiwa- peristiwa sejarah masa lampau. Antara lain ialah kerana pihak Serb menganggap orang Islam Bosnia sebagai keturunan kaum yang “membelot” manakala memeluk agama Islam semasa pemerintahan Ottoman Turki.

Sebuah laporan lain dalam majalah New Statesman, London pula bercerita mengenai kejadian di suatu tempat bernama Banja Luka yang dulu mempunyai 10 buah masjid, tetapi dewasa ini tiada satupun lagi menara masjid di Bosnia. “Ditapak masjid Ferhad Pasha berusia lebih 400 tahun, yang kelihatan kini di tapak masjid itu hanya beberapa ekor anjing berkeliaran,” demikian menurut laporan itu.

Segalanya berlaku di negara Yugoslavia yang komunis dan dipimpin dulu oleh Marshal Tito (1892- 1980).

Berikutan kematiannya perpecahan berlaku hingga melahirkan tujuh negeri: Serbia, Croatia, Slovenia, Macedonia, Bosnia-Herzegovina, Montanegro dan Kosovo (lahir pada hari Ahad 17 Februari 2008).

Demikian yang berlaku akibat perpecahan dan sengketa antara pelbagai kaum di sebuah negara manakala tindak-tanduk politik diselubungi tipu daya dan fitnah. Pihak lain jahat belaka dan diri sendiri dianggap serba luhur.

Utusan Malaysia

Tak Kisah Dikatakan Lupa Diri

7 Apr

Oleh Norhayati Nordin
yati@hmetro.com.my

Rap

INDUSTRI seni tanah air memang cukup terbuka. Selain laluan ‘mudah’ diberikan kepada artis Indonesia, bintang dari Singapura juga tidak terkecuali. Sama ada sebagai pelakon atau penyanyi, makin ramai anak jati dari Kota Singa itu berhijrah ke Kuala Lumpur.

Nama seperti Ferhad, Ahli Fiqir, Adi Putra, Imran Ajmain dan Aliff Aziz amat dikenali di kalangan peminat seni tempatan. Begitu juga dengan Aaron Aziz, 32. Pelakon utama drama Janji Diana ini nampaknya amat laris di pasaran.

Malah bapa dua anak ini mengakui hatinya senang me neruskan kerjaya seni di Malaysia kerana keluarga sudah berada di sisinya. Katanya, kalau dulu dia terpaksa berulang- alik dari Kuala Lumpur dan Singapura demi mengubat rindu, kini tidak perlu lagi.

“Ketika isteri dan anak menetap di Singapura, boleh di katakan masa saya lebih banyak habis dalam perjalanan. Alhamdulillah, kini tidak perlu lagi kerana mereka semua sudah ada dengan saya. Kini semuanya makin mudah.

“Saya sanggup berhijrah ke Kuala Lumpur kerana berlakon memang minat dan impian. Di Singapura pula, senario itu amat berbeza dengan Malaysia. Kalau di sini industri hiburan mampu dijadikan sebagai kerjaya tetapi di Singapura ia sekadar fesyen.

“Seni tidak boleh dijadikan karier utama. Jika mahu menjadi anak seni, secara sambilan saja. Tidak boleh sepenuh masa kerana pasaran yang kecil. Justeru, untuk mengembang kannya agak terhad. Itulah sebabnya saya berhijrah ke Kuala Lumpur,” katanya.

Sekalipun namanya masih baru di negara ini, rezeki Aaron nyata murah. Selain sibuk dengan lakonan, Aaron juga baru-baru ini dipilih menjadi duta produk Men Expert keluaran L’Oreal Paris.

Katanya, dia amat bersyukur kepada Tuhan atas segala pemberian itu.

Selepas membintangi filem Evolusi KL Drift terbitan Skop Production Sdn Bhd, Aaron kini sibuk pula di lokasi filem kedua, Shh… Dia Datang arahan pelakon dan pelawak, Saiful Apek.

Persoalannya, mampukah Aaron berkomedi? Aktor kacak ini mengakui menjadi pelakon komedi pasti bukan dirinya tetapi apa salahnya dia mencuba berlakon watak komedi.

Katanya, apa yang menarik perhatiannya ialah jalan cerita filem itu.

“Saya dapati skrip filem Shh…Dia Datang sangat bagus. Ia mengisahkan saya dan Apek yang bersahabat baik, mem punyai cita-cita sama mahu menjadi pelakon. Bagaimanapun, kami menghadapi pelbagai halangan untuk menjayakannya.

“Pelbagai insiden menarik dan melucukan dimuatkan dalam filem Shh…Dia Datang ini nanti. Cuma, tidak tahulah sejauh mana penonton boleh menerimanya. Apapun, saya berharap percubaan pertama dalam ‘komedi’ ini diterima baik,” ka tanya.

Aaron juga dicalonkan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007 (ABPBH2007) dalam kategori Pelakon Drama Lelaki Popular. Walaupun tewas di tangan Rosyam Nor, Aaron berkata, dia semenangnya tidak mengharapkan ke menangan memandangkan saingannya cukup hebat terutama daripada Datuk Jalaluddin Hassan dan Rosyam Noor.

“Sudah tersenarai dalam ‘Top 5’ pun saya amat bersyukur. Sebagai orang baru dalam industri hiburan, pencalonan dalam ABPBH2007 saya anggap satu penghargaan peminat. Tidak pernah saya sangka sampai ke tahap ini.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada peminat dan pembaca Berita Harian kerana mengundi dan meletakkan saya hingga ke tahap ‘popular’ itu. Apa yang diberi peminat ini akan jadi pemangkin semangat saya untuk terus berusaha keras meningkatkan mutu lakonan,” katanya.

Aaron juga tidak terlepas daripada kontroversi apabila menolak menolak tawaran berlakon filem Histeria arahan James Lee sebelum ini.

Katanya, dia bukan ‘demand’ dengan bayaran tetapi tidak mampu memberi komitmen.

“Sebenarnya sudah menjadi cara saya tidak akan ambil lebih daripada dua tawaran berlakon. Malah ketika diberi tawaran itu, saya sedang sibuk menjayakan penggambaran drama 30 episod, Bulan Bertemu Matahari arahan Erma Fatima.

“Seingat saya, tempoh penggambaran drama itu mengambil masa kira-kira empat bulan. Jadi, saya terpaksa tolak tawaran yang bertindan dengan jadual sedia ada. Ia jauh sekali disebabkan hubungan ‘tidak baik’ saya dengan pelakon lain.

“Hingga kini saya tiada masalah dengan mana-mana pe lakon. Oleh itu jika terkeluar cerita mengatakan saya tidak baik dengan pelakon lain, rasanya tidak benar dan gosip semata-mata. Pada saya, tiada sebab untuk bermusuh,” katanya.

Ditanya apakah dia berasakan masih mempunyai peminat di negara kelahirannya, Aaron yang memulakan kerjaya lakonan di Singapura pada 2004 mengakui peminatnya tetap ada.

Katanya, biarpun kini dia di Malaysia tetapi ada juga antara peminatnya masih berhubung dan bertanya khabar. Aaron juga pernah meraih Anugerah Pelakon Pembantu Terbaik Pesta Perdana Singapura dan Personaliti Paling Popular Singapura pada 2003, 2004 dan 2005.

Mengenai tawaran berlakon di Singapura, Aaron mengakui dia kini tidak lagi mengambil sebarang tawaran di sana. Tegasnya, dia selesa memberi tumpuan kepada karyawan seni di Malaysia. Itu bukan saja mudah tetapi teratur.

“Saya tidak kisah kalau dikatakan ‘lupa diri’. Terpulanglah, dengan apa orang hendak cakap. Paling penting, saya dan keluarga tahu apa yang berlaku,” katanya.

PROFIL

NAMA: Aaron Aziz

KERJAYA: Pelakon

ASAL: Singapura

USIA: 32 tahun

STATUS: Berkahwin

ISTERI: Diyana Halile

ANAK: Danish Anaqi, 4 dan Dwi Ariana, 2

DRAMA: Sumaiyah, Emil Emelda, Janji Diana, Sadiq & Co, Cinta Gila dan Bulan Bertemu Matahari

Filem: Evolusi KL Drift dan Shh… Dia Datang

PENCAPAIAN: Anugerah Pelakon Pembantu Terbaik Pesta Perdana Singapura dan Personaliti Paling Popular Singapura (2003, 2004, 2005)

DUTA PRODUK: Men Expert keluaran L’Oreal Paris

Powered by Harian Metro

Program Avon Khas Untuk Mak Andam

17 Jul

Oleh WANDA IDRIS

KEJAYAAN penganjuran program Selebriti Bersama Avon memberi semangat kepada penganjurnya, syarikat jualan langsung Avon Cosmetics Sdn. Bhd. (Avon), untuk meneruskan program realiti tersebut.

Bagaimanapun, konsepnya akan diubah dengan membuka penyertaan kepada umum berbanding musim pertamanya yang menumpukan kepada kolaborasi antara artis dengan jurusolek pilihan mereka.

Menurut Presiden Avon Malaysia, Thailand, Vietnam dan Indonesia, Mansoor Wan Abdullah, perubahan itu akan memberikan khalayak lebih peluang untuk menyertai program tersebut.

“Mungkin kita akan buat satu pertandingan bermula daripada peringkat daerah, negeri dan kemudian kebangsaan,” katanya pada sidang akhbar selepas selesai episod akhir program Selebriti Bersama Avon di ibu kota baru-baru ini.

Majlis yang merupakan kemuncak program realiti kecantikan itu menyaksikan Raja Farah yang disolek oleh Fifi diumumkan sebagai Selebriti Make-Over Terbaik.

Tempat kedua dan ketiga pula masing-masing dimenangi oleh Liza AF1 yang disolek oleh Zakiah Eloma dan Edlin AF2 yang dirias oleh Ismept.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Penyiaran (Rancangan) RTM, Adilah Chek Omar.

Mansoor berkata, untuk musim kedua program tersebut, pihaknya berhasrat untuk menjemput mak andam dari seluruh negara menyertainya memandangkan kerjaya itu semakin popular sejak kebelakangan ini.

“Konsepnya masih sama iaitu tentang solekan dan dandanan malah kita juga akan mengajar mereka tentang teknik asas solekan yang betul.

“Cuma pendekatannya mungkin berbeza. Maksudnya, jika tahun ini tema kita selebriti dengan jurusolek artis pilihan mereka, tahun depan mungkin lain. Kita memikirkan untuk mengadakan pertandingan mak andam pula,” jelasnya.

Mansoor memberitahu, program seumpama itu memberikan satu wadah dalam membantu memberikan ilmu dan idea kepada wanita untuk meningkatkan kejelitaan dan perapian diri melalui solekan yang betul daripada pakar-pakar.

“Penglibatan selebriti adalah bonus memandangkan kebanyakan mereka merupakan ikon masyarakat,” tambah Mansoor.

Menyentuh mengenai program pertama Selebriti Bersama Avon yang berkolaborasi dengan RTM sebagai penyiar rasmi, kata Mansoor, ia dimulakan sejak April lalu. Program itu merupakan sebuah rancangan realiti kecantikan bersama selebriti yang julung kali diadakan.

Melibatkan 10 artis bersama jurosolek masing-masing, program itu disiarkan sebanyak 13 episod di RTM1 pada setiap Ahad pukul 12 tengah hari.

Menggunakan kreativiti tersendiri daripada koleksi warna solekan Avon untuk satu make-over, mereka bersaing untuk sampai ke peringkat akhir.

Sebanyak 10 orang selebriti tempatan menyertai pertandingan itu iaitu Siti Nordiana, Lisdawati, Zehra Zambri, Liza AF1, Edlin AF2, Sharifah Zarina, Zarina AF2, Nadia Mustafa, Faradhiya dan Raja Farah.

Namun hanya tujuh terpilih untuk ke final iaitu Siti Nordiana bersama jurusoleknya Midah Khan, Zarina AF2 (Faizal Izwan), Raja Farah (Fifi), Edlin AF2 (Ismept) dan Lisdawati (Royu) yang dipilih pada episod ke-11 sementara Zehra Zambri (Mohd. Zali) dan Liza AF1 (Zakiah Eloma) dipilih masuk hasil undian semula pada episod ke-12.

Kesemua mereka dipilih seratus peratus menerusi undian pesanan khidmat ringkas (SMS) peminat.

Kemuncak program tersebut ialah finale yang menyaksikan Raja Farah dan jurusoleknya Fifi bergelar juara.

Kemenangan itu membolehkan Raja Farah membawa pulang rantai leher berlian dan mutiara Tahiti bernilai RM2,000, wang tunai RM3,000 dan hamper barangan Avon bernilai RM500.

Sementara Fifi pula menerima rantai leher berlian dan mutiara bernilai RM2,000 tajaan Habib Jewels, wang tunai RM500 dan hamper barangan Avon bernilai RM500.

Tempat kedua dan ketiga yang masing-masing dimenangi oleh Liza AF1 dan Edlin AF2 pula memenangi wang tunai berjumlah RM2,000 dan RM1,000, hamper barangan Avon bernilai RM500.

Jurusoleknya pula, Zakiah Eloma dan Ismept masing-masing memenangi wang tunai RM500 serta hamper barangan Avon berjumlah RM500.

Majlis kemuncak yang dihoskan oleh Nita dan Hani Mohsein turut diserikan dengan persembahan nyanyian daripada Ferhad dan Dia Fadila.

Powered by Utusan Malaysia

Kumpulan Too Phat Kembali

16 Oct

Apa yang pasti sebarang khabar angin yang mengatakan kumpulan tersebut berpecah tidak benar.

Kini Malique dan Joe Flizzow tampil dengan album terbaru selepas 360 Degree iaitu Rebirth Into Reality.

Semua persoalan tentang di mana dan kenapa Too Phat menghilangkan diri pada 2004 itu rupa-rupanya terjawab dalam album keempat itu.

Dalam diam-diam kedua-dua anak muda tersebut mencurahkan masa dan tenaga menggarap album itu.

Sememangnya mereka bekerja keras dan bak kata pepatah, diam-diam mereka adalah berisi. Rebirth Into Reality adalah album kembar yang mengandungi 30 buah lagu.

Ia memuatkan kolaborasi Too Phat bersama artis Asia seperti Inul Darastista (Indonesia), Machi (Taiwan), Joey Boy (Thailand), Kyla (Filipina) dan Parking Lot Pimp (Singapura).

Artis tempatan juga tidak ketinggalan turut serta dalam album tersebut seperti Akbar, Phlowtron, KLG Sqwad dan Wordsmith.

Tentu saja gabungan yang disebut-sebut ramai adalah bersama penyanyi nombor satu Malaysia iaitu Siti Nurhaliza untuk lagu Dua Dunia dan Million Miles dalam versi Inggeris.

Single pertama Too Phat iaitu SNAP adalah lagu yang menggambarkan kehidupan kedua-dua anak muda itu. Antara lagu lain yang dimuatkan dalam album itu adalah On and On, Love That’s True, Most Beautiful Girl dan How Me Seksi.

Lagu yang dimuatkan dalam cakera padat Reality adalah Showtime, KL, Perhitung, Engine #9 dan The Choice Is Yours.

Sememangnya kelahiran album tersebut dapat mengubat kerinduan hati peminat kumpulan yang berbakat itu.

Majlis pelancaran album tersebut diadakan bersama pelancaran koleksi musim luruh 2005 jam tangan Marc Ecko di sebuah pusat hiburan ibu kota baru-baru ini.

Hitam dan putih menjadi tema majlis yang bersesuaian dengan tema Too Phat dan album terbaru mereka itu. Lebih 250 jemputan yang terdiri daripada celebrity, pelanggan dan media memeriahkan majlis ala hip-hop tersebut.

Celebrity yang hadir adalah Jojo Struys, Rashid Salleh, Ferhad, Serena C, Tengku Ean, Kartini, Celine, Ezlynn dan Sazzy.

Antara acara yang menarik dalam majlis itu adalah penampilan Too Phat memperkenalkan koleksi terbaru jam tangan itu dan persembahan secara langsung.

Jemputan juga buat pertama kali berpeluang menonton video muzik terbaru Too Phat iaitu SNAP.

Turut membuat persembahan menghiburkan jemputan adalah kumpulan Phlowtron dan KLG Sqwad. Jenama Marc Ecko pula memperkenalkan koleksi baru jam tangan bagi wanita dan lelaki yang menawan iaitu The General, The Missy dan The Keyhole.

Ia adalah satu malam penuh kenangan untuk Too Phat dan Marc Ecko yang melangkah kembali ke dunia hip-hop.

Powered by Utusan Malaysia

Penyanyi Bersaing Di Anugerah Planet Muzik

25 Jan

Oleh ROSLI MANAH
Penyanyi Malaysia, Singapura dan Indonesia sekali lagi berentap merebut trofi pada Anugerah Planet Muzik 2002 yang akan berlangsung di Singapura Sabtu ini (26 Januari).

Antara penyanyi Malaysia yang turut disenarai peringkat akhir ialah Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah dan Ziana Zain dalam kategori Artis Terbaik Wanita. Turut dicalonkan Titi DJ dan Rossa dari Indonesia.

Dalam kategori lelaki pula tidak ada penyanyi dari Malaysia dicalonkan. Kategori itu menampilkan penyanyi kelahiran Singapura M.Nasir, Ferhad serta tiga penyanyi Indonesia, Ari Lasso, Andre Hehanussa dan Harvey Malaiholo.

Kumpulan nasyid kontemporari Raihan dan Rabbani pula dicalonkan dalam kategori Kumpulan Terbaik bersama kumpulan Kaleoidoscopicuriosity (Singapura), Padi dan penyanyi duet Anang dan Kris Dayanti dari Indonesia.

Dalam kategori Kumpulan Baru Terbaik pula pasangan Ajai, Nurul dan Bozz dari Malaysia turut dicalonkan. Mereka bersaing bersama kumpulan-kumpulan dari Indonesia.

Kategori wanita pula menampilkan Elyana, Samirah, Mala serta penyanyi Singapura Asiyah Sinnan dan Shanty.

Dalam kategori album pula album Safa (Siti Nurhaliza), Seandainya Masih Ada Cinta (Dayang Nurfaizah), Phoenix Bangkit (M.Nasir), Aku Cinta Padamu (Ziana) turut layak bersaing bersama Sesuatu Yang Tertunda (Padi) dan Makin Aku Cinta (Anang dan Kris Dayanti).

Lagu Menadah Gerimis (Ziana), Raikan Cinta (M.Nasir), Masirah (M.Nasir), Percayalah (Siti Nurhaliza), Makin Aku Cinta (Anang & Kris Dayanti) dan Kasih Tak Sampai (Padi) bersaing merebut anugerah Lagu Terbaik.

Anugerah Planet Muzik 2002 juga turut mempertandingkan beberapa kategori melibatkan penyanyi tempatan Singapura sahaja.

Selain menyampaikan anugerah, ia juga akan menampilkan persembahan hiburan oleh Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Ziana, Nurul dan Ajai, Ferhad, Fazley, Yassin, Hetty Sarlene, Rem, Man Bai, Harvey Malaiholo, Kris Dayanti, Padi, Anterro Boys dan beberapa lagi

Powered by Utusan Malaysia