Archive | April, 2012

Tay Ping Hui, Joanne Peh Win Best Actor, Best Actress Awards

30 Apr

SINGAPORE: It was a star-studded evening as MediaCorp celebrated with its stars at the annual Star Awards Show on Sunday at the Marina Bay Sands.

For the first time, the Best Actor award went to Tay Ping Hui for his performance in the drama ‘Bountiful Blessings’ while actress Joanne Peh beat veterans, including Zoe Tay and Fann Wong, for the Best Actress Award.

And it was double joy as presenters Zhang Hai Jie and Tung Soo Hua both picked up awards in the Best News Presenter category.

Chun Guek Lay and Lin You Yi also bagged prizes in the Best Current Affairs Presenter category for their respective performances in Focus and Good Morning Singapore.

Chen Shu Cheng also won the the Best Supporting Actor award for his performance in the drama, The Oath while Vivian Lai nabbed the prize for Best Supporting Actress for her role in “Love Thy Neighbour.

Other awards given included Best Variety Show Host, which went to Mark Lee, while Lee Teng was named the Best Infotainment Host.

– CNA/fa

Channel News Asia

GSC Lebarkan Sayap

30 Apr

FILEM dan masyarakat tidak dapat dipisahkan. Keadaan dapat dilihat sewaktu majlis pelancaran pawagam baru Golden Screen Cinemas (GSC) di Mentakab Star Mall, Star City, Mentakab, Pahang, baru-baru ini mendapat sambutan baik pengunjung.

Pawagam GSC Lite ini bukan saja menawarkan pengalaman hebat dalam suasana menyeronokkan malah memberi peluang lebih ramai datang ke pawagam menonton filem terbaru.

Pengurus Besar GSC, Irving Chee berkata, pembukaan pawagam baru iaitu GSC Lite yang pertama di Mentakab Star City menawarkan pengalaman hebat menonton filem.

“Pelancaran pawagam ini bukan saja memberi pengalaman hebat dalam suasana lebih sederhana tetapi ia juga ringkas dan termampu untuk memenuhi permintaan di bandar lebih kecil seperti Mentakab.


“Dengan model perniagaan GCS Lite, kami berharap untuk membawa hiburan filem kepada lebih ramai rakyat di seluruh negara tanpa mengorbankan kesan skrin besar dan bunyi digital seperti disediakan di pawagam GSC yang lain,” katanya pada majlis makan malam sempena ulang tahun GSC ke-25 di Pusat Konvensyen Sime Darby, Kuala Lumpur, baru-baru ini.


Majlis itu dihadiri seramai 750 tetamu terbabit dalam industri pawagam dan perfileman yang berlangsung dalam suasana meriah. Majlis turut dihadiri oleh Pengerusi GSC, Jen (bersara), Tan Sri Datuk Mohd Ghazali Seth serta ketua pengarah Finas, Naguib Razak.

Malah dimeriahkan dengan penampilan model mengenakan kostum daripada beberapa karakter filem terkenal seperti Batman, Predator, White Troopers Star Wars dan perawan seni mempertahankan diri, Chun Li.

Beberapa personaliti turut memeriahkan majlis itu adalah Rashidi Ishak, Datuk Mustafa Maarof, Norman Abdul Halim, Datuk Yusof Haslam, Syafinaz Selamat dan Jojo Goh.

Kata Irving lagi, pembukaan pawagam GSC Lite itu dapat memberi peluang kepada lebih ramai peminat filem menonton wayang pada harga berpatutan di lokasi itu.

“Secara ringkasnya, GSC Lite menjanjikan ciri utama pawagam GSC tanpa kemudahan tambahan lain,” katanya.

GSC Mentakab Star Mall dilengkap dengan enam skrin adalah multipleks pertama di Mentakab yang mampu menarik pengunjung kaki wayang dari bandar sekitar seperti Temerloh dan Jerantut yang menayangkan pelbagai filem hebat terkini termasuk filem 2D dan 3D.

Pawagam terbabit juga mempunyai dua skrin digital dengan kapasiti berjumlah 1,093 tempat duduk. Secara keseluruhan, GSC Lite melengkapkan rangkaian GSC Berjaya Mall dan GSC East Coast Mall di Kuantan.

Sepanjang tahun 2012 bersempena ulang tahun ke-25 GSC, pembukaan GSC Lite Mentakab Star Mall adalah antara tujuh daripada pawagam baru dibuka, menjadikan sebanyak 24 pawagam dengan 197 skrin di seluruh negara.

Pada awal bulan ini, GSC mengedarkan sebanyak 25,000 tiket percuma kepada orang ramai sempena ulang tahun GSC.

Harian Metro

Konsert Khas MPAG

30 Apr

HUBUNGAN pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan masyarakat sememangnya perlu sentiasa dijaga erat agar matlamat kerajaan untuk membentuk anggota masyarakat penyayang, berdisiplin dan harmoni tercapai.

Justeru, cuti sempena Sambutan Hari Pekerja pada 1 Mei digunakan sebaiknya oleh Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) bagi menganjurkan konsert khas yang akan berlangsung di Dataran Pantai Tanjung Bidara, Masjid Tanah pada 31 April (malam ini).

Konsert ini juga diadakan sempena meraikan Sambutan Ulang Tahun Majlis Perbandaran Alor Gajah Ke-9. Barisan artis yang ditampilkan mempunyai kelebihan tersendiri dan berupaya menarik peminat untuk hadir beramai-ramai menyaksikannya.

Dijadualkan bermula jam 9 hingga 11.30 malam, konsert yang diacarakan pengacara tidak asing lagi, Roslan Shah bakal menampilkan Ifa Raziah yang akan menyanyikan lagu Panas dan Penasaran, Mohd Mentor (Gadis Melayu/ Cinta/ Disaat Aku Mencintai dirimu) dan Farawahida (Janji/ Jangan Tanya Aku Lagi/Gadis Dan Bunga).


Istimewa buat peminat, selain mengacara dan membuat lawak jenaka, Roslan yang turut berduet dengan Ifa menyampaikan lagu dangdut popular iaitu Yang Tersayang dan Memori Daun Pisang. Persembahan mereka akan diiringi kugiran dari Kombo Melaka FM.


Pegawai Perancang Bandar Dan Desa, Atiyah Ismail berkata, penganjuran konsert ini diadakan sebagai tanda terima kasih MPAG kepada penduduk di kawasan mereka.

“Kami pilih tarikh ini kerana keesokannya penonton bercuti sempena Hari Pekerja. Justeru, mereka dapat berhibur dengan tenang tanpa perlu memikirkan terpaksa terkejar-kejar untuk pulang. Menerusi konsert yang diadakan, kami percaya masyarakat akan lebih dekat dengan MPAG.

“Ia bukan hiburan kosong kerana selain berhibur, kami juga menyelitkan info mengenai MPAG yang akan diketengahkan pengacara. Mengenai pemilihan artis pula, kami memang memastikan ia terdiri daripada pelbagai genre dan sesuai untuk semua golongan.

“Paling istimewa, Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tuan Yang Terutama Datuk Seri Utama Mohd Khalil Yaakob turut turun padang untuk menyempurnakan Sambutan Ulang Tahun, Majlis Perbandaran Alor Gajah Ke-9 ini.

“Peminat tentunya akan membanjiri Dataran Pantai Tanjung Bidara untuk menyaksikan sendiri persembahan hebat artis. Saya percaya penonton luar juga tidak melepaskan kesempatan menonton kerana Melaka sememangnya menjadi tumpuan pelancong ketika hari cuti umum,” katanya yang menganggarkan hampir 10,000 penonton akan menyaksikan konsert ini.

Harian Metro

Motif ‘tribal’ Kembali Popular

30 Apr

PERKEMBANGAN ‘mode’ (gaya pemakaian terkini) memang deras berputar dan ketika ini gaya fesyen bersifat ‘tribal’ dan etnik kembali mendapat perhatian.

Elemen unik itu terlihat pada hamparan fesyen pada musim ini dalam barisan jenama terkenal seperti Marc Jacobs, Calvin Klien, Max Mara, Top Shop dan H&M termasuk yang diperagakan bintang Hollywood.

Motif ‘tribal’ nyata mula mencuri perhatian pada kostum dan aksesori. Dengan tawaran rona gelap yang terdapat pada motif busana, justeru ia melahirkan aliran baru dalam pentas fesyen. Selain rona gelap, penataan gaya ‘warriors’ turut menjadi motif rekaan yang kian digemari tatkala ini.

Gaya ‘warriors’ biasanya menonjolkan kombinasi motif klasik sesuatu bangsa dalam bentuk ‘graphic print’ seperti daripada bangsa Maya dari kota purba, Mexico mahupun Afrika.


Keindahan motif itu diangkat menerusi koleksi fesyen yang ditampilkan dua jenama fesyen terkenal, Burberry Prorsum dan Peter Pilotto.


Dengan gaya hebat dan segar, tidak hairanlah saat Burberry Prorsum dan Peter Pilotto mempamerkan koleksi rekaan mereka di pentas peragaan, ramai yang membuka mata.

Selain itu, penggayaan aksesori juga memberi impak yang sangat dramatik dalam penggayaan fesyen ‘tribal’, antaranya kalung daripada manik pelbagai warna, kayu, bulu burung dan cengkerang.

Harian Metro

Komedi Melayu Paling Berani?

30 Apr

SEBAGAIMANA namanya, Berani Punya Budak adalah filem ‘paling berani’ pernah diarahkan Afdlin Shauki. Hakikat ini kerana ia memaparkan kelainan yang belum pernah dilakukan pengarah tempatan lain. Sejauh mana benarnya dakwaan itu?

Difahamkan, asalnya filem ini diadaptasi daripada filem Thailand yang berjudul Brave garapan syarikat penerbitan di Negara Gajah Putih itu, Film Frame Productions. Ia kemudian cuba disesuaikan dengan budaya serta cita rasa penonton negara ini dan Afdlin terpaksa merombak semula kira-kira 30 peratus skrip asal Brave.

Bagaimanapun, 70 peratus filem ini masih mengekalkan pelakon asal yang menggabungkan bintang terkenal dari Thailand dan Malaysia iaitu Afdlin sendiri, Awie dan Sharifah Sofia bersama-sama Supakson Chaimongkon, Pairote Boongerd, Sahaschai Chumrum, Rapeepan Budthong dan Wanchart Chunsri.

Menurut Afdlin, filem ini menjalani penggambaran semula sebanyak 30 peratus dengan menambah beberapa pelakon baru seperti Johan, Nabil, Riezman Khuzaimi serta mengekalkan pelakon sama dari Malaysia dan Thailand.


Paling menarik dan percubaan paling berani Afdlin apabila semua suara pelakon Thailand yang dialih ke bahasa Melayu, menggunakan suara Afdlin sendiri.


Ada pihak merasakan ia sangat lucu atau kelakar, namun tidak kurang penonton akan berasa janggal. Bagaimanapun, itulah antara keberanian Afdlin dalam memberi kelainan kepada filem terbitan dan arahannya itu.

Berani Punya Budak adalah terbitan bersama syarikat Afdlin, Vision Works dan Ismail Holdings milik Datuk Ismail Abdur Rahman. Filem bergenre aksi komedi itu mula ditayangkan di 65 pawagam di seluruh negara, Khamis lalu.

“Walaupun saya pernah beraksi serius, namun sisi komedi tidak boleh dipisahkan daripada jiwa saya. Filem ini sangat ‘gila’ dan belum pernah dibuat sesiapa.

“Pada setiap karya, saya perlu tampilkan kelainan dan istimewanya filem ini kerana ia dibintangi pelakon yang pernah berlakon dalam filem terbaik Thailand, Ong Bak dan Batman Begins iaitu Mike B.

“Dia berganding dengan saya dalam filem ini sebagai abang dan adik ipar.

Pengalaman Mike B yang pernah beraksi dalam beberapa filem aksi sebelum ini berjaya memberikan lakonan yang cukup meyakinkan.

“Walaupun raut wajahnya tampak serius, namun pelakon aksi ini mampu menyampaikan perwatakan dengan gaya komedinya yang tersendiri. Johan dan Nabil yang kali pertama berlakon di bawah arahan saya juga memberikan gaya komedi yang berlainan. Masing-masing yang memegang watak sebagai detektif dan ahli mafia berjaya mengimbangi perwatakan serius dan komedi.

“Penonton pasti tidak pernah melihat mereka beraksi seperti dalam filem ini.

Lebih hebat, karakter Awie menerusi filem ini 90 peratus tanpa dialog,” katanya.

Afdlin juga memuatkan lagu tema untuk filem ini yang dinyanyikannya sendiri bersama Johan, Nabil dan penampilan khas, Zizan Razak. Penciptaan melodi lagu ini dilihat bertepatan dengan konsep penceritaan filem ini iaitu rancak, lirik bersahaja dan ‘catchy’.

Memilih Thailand sebagai lokasi utama penggambaran membantu filem ini kelihatan lebih segar dari segi penyampaian sinematografi dan plot penceritaan dari babak ke babak.

Sementara itu, Ismail berkata, sebagai peminat ekstrem filem Melayu, dia akan menerbitkan lebih banyak filem selepas ini dan untuk tahun ini, dia dijangka menerbitkan lima lagi filem. Dia juga produser filem Bravo 5, lakonan Remy Ishak sebagai Leftenan Azri dan Beto Kusyairi. Penggambaran dilakukan di Kem Sungai Udang Melaka dan Kem tentera di Tapah, Perak.

Berbalik kepada Berani Punya Budak, ia mengisahkan Shuhaimi Abdullah/Tong (Afdlin) dan adik iparnya, Pairot (Mike B) baru saja tiba di lapangan terbang namun ditangkap pihak Interpol dan disoal siasat kerana disyaki terbabit dengan kegiatan gengster Thailand. Di sini, Shuhaimi menceritakan mengenai kehidupan adik iparnya.

Pairot baru keluar dari penjara dan menjalani kehidupan yang biasa dengan menguruskan perniagaan restoran bersama Tong.

Suatu hari, Pairot menerima panggilan untuk melaksanakan tugasan terakhir iaitu mencuri data peribadi pelanggan daripada syarikat kad kredit.

Pairot dipaksa untuk melakukan kerja itu selepas pemanggil menculik Tong dan mengugut untuk membunuhnya sekiranya kerja itu gagal. Pairot terpaksa melaksanakan tugas itu dan berjaya melepaskan Tong. Bagaimanapun, perkara itu menjadi huru-hara apabila Pairot dikenal pasti sebagai penjenayah dan diburu polis serta Metropolitan Mafia.

Mereka berjaya melepaskan diri dan bercadang untuk berjumpa timbalan presiden syarikat kad kredit, Lita untuk memaklumkan Pairot tidak bertindak atas kehendak sendiri.

Bagaimanapun, mereka semakin terperangkap dalam situasi ini kerana ia membabitkan konspirasi yang sudah dirancang lebih awal dan bukan oleh orang yang mereka sangkakan.

Harian Metro

Festival Anime Bakal Ledak

30 Apr

PENGGEMAR anime dan budaya J-Pop akan dihiburkan dengan Anime Festival Asia-Malaysia 2012 (AFAMY 2012) pada 9 & 10 Jun ini yang dianjurkan buat julung kalinya di Malaysia.

Menariknya, festival itu bakal menampilkan bintang-bintang Anisong (lagu-lagu anime) yang terkenal di Jepun selain animasi dan budaya moden Jepun yang terkini.

Ini termasuk juga akihabara yang menampilkan barangan premium asli, penayangan filem, aktiviti ‘cosplay’ (lakonan berkostum) serta kemunculan bebarapa adiwira terkenal Jepun seperti Ultraman.

Sebelum ini festival itu pernah dianjurkan di Singapura dan Malaysia adalah salah sebuah negara baru yang dikenal pasti untuk diteroka.


AFAMY2012 bakal berlangsung di Dewan Tun Razak 1 & 2, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Dengan pameran yang akan memenuhi ruang lantai seluas 12,000 meter persegi, AFAMY2012 akan menampilkan konsert I Love Anisong yang dipentaskan selama dua malam.


Mengulas mengenai AFAMY, Abe Foong, rakan pengurus, AFAMY dan Pengarah Mochiro Sdn Bhd berkata anime dan budaya popular Jepun ada ramai pengikut di Malaysia, kira-kira 500,000 orang dan mereka terdedah dengan anime.

“Kami berharap akan dapat menjadikan AFAMY2012 sebagai satu acara tahunan yang menampilkan kandungan dan barangan terkini dan popular. Festival ini turut membuka peluang kepada para pengusaha perniagaan untuk bekerjasama dengan penyedia kandungan Jepun dan membawa industri ini ke suatu tahap yang lebih luas,” kata Foong.

Shawn Chin, Pengarah Festival AFAMY dan Pengarah Eksekutif, SOZO, berkata menerusi AFAMY2012, peminat di rantau ini akan semakin meminati jenama seni Jepun.

Pengunjung ke AFAMY2012 juga berpeluang menyaksikan enam persembahan melebihi enam jam oleh penyanyi J-Pop yang akan mendendangkan Anisong Jepun pada kedua-dua hari pameran.

Satu pertandingan ‘cosplay’ pula akan diadakan pada festival berkenaan di mana pemenangnya akan mewakili Malaysia ke Pertandingan Cosplay Serantau untuk bertanding bagi merebut gelaran pelaku ‘cosplay’ terbaik.

Pertandingan ‘Cosplay’ Serantau itu akan diadakan di Singapura pada AFA pada November akan datang.

Selain konsert, AFAMY2012 juga menawarkan sesuatu untuk semua, bergantung kepada minat masing-masing. Mereka yang gemar beli-belah akan disajikan dengan barangan anime asli daripada Akiba Town yang dibawakan jenama paling terkemuka Jepun seperti Good Smile Company dan Bushiroad.

Pengunjung juga berpeluang untuk mengalami pengalaman lepak di Moe Moe Kyun Maid Cafe dan Atelier Royale Butler Cafe untuk merasai pengalaman menikmati hidangan enak.

Kedua-dua kafe tersebut menerima sambutan yang sungguh menggalakkan pada AFA lalu di mana lebih 2,000 orang pelanggan berpusu-pusu mengunjunginya dalam tempoh hanya dua hari.

Acara itu juga 100 peratus bebas daripada elemen cetak rompak. Sebagai tips berguna, pengunjung akan diperkenalkan dengan cara-cara untuk membezakan antara produk asli dan palsu dan akan dimaklumkan tentang keburukan yang dibawa oleh gejala cetak rompak.

Selain peranannya sebagai pameran pengguna, AFAMY 2012 juga satu platform yang memberi peluang keemasan kepada pemilik perniagaan yang ingin menerokai jalinan kerjasama dengan pemilik kandungan Jepun.

Mitsuhisa Ishikawa, Pengasas Bersama dan Presiden Production I.G, seorang usahawan Anime Jepun yang juga merupakan penerbit filem Ghost in the Shell akan turut hadir untuk berkongsi pengalaman beliau. Mitsuhisa akan disertai oleh Ishii Tomohiko, seorang penerbit Animasi terkemuka untuk Ghost in the Shell, Sky Crawlers dan siri TV, Eden of the East.

Mengulas tentang AFAMY, Gaku Shinoda, Naib Presiden Dentsu Malaysia Sdn Bhd, berkata mereka rasa berbangga kerana turut terbabit dalam acara bertaraf antarabangsa ini.

Danny Choo, salah seorang blogger budaya pop Jepun paling terkenal dan dihormati di dunia akan menjadi hos rasmi AFAMY bagi sebahagian besar daripada acara pentas utama. Di samping blog, beliau turut mengendalikan MIRAI Inc, sebuah syarikat penyediaan internet dan menghoskan ‘Culture Japan’, sebuah program mingguan mengenai budaya Jepun.

AFAMY akan dianjurkan di beberapa peringkat jualan tiket akan disediakan.

Tiket-tiket biasa festival berharga RM15 sehari manakala orang ramai yang ingin turut mengakses kandungan-kandungan pentas eksklusif daripada selebriti Anime perlu membeli tiket berharga RM30 sehari.

Untuk mendapat akses ke konsert-konsert pula, orang ramai perlu membayar RM88 sehari (Berdiri Bebas) dan RM168 sehari (Lokasi VIP). Untuk memperoleh lebih akses, peminat perlu membeli Pakej VIP 2 hari (RM308) dan Pakej Berdiri 2 hari (RM148).

Maklumat mengenai penjualan tiket akan diumumkan. Untuk maklumat lanjut, sila layari HYPERLINK http://www.animefestival.my/ http://www.animefestival.my.

Harian Metro

Soseh Soseh: Kalau Cakap, Dia Saja Yang Bagus

30 Apr

AGAK kesal SS apabila mendengar cerita yang sampai ke telinga mengenai sikap seorang produser tempatan yang perasan terlebih pandai ini.

Cerita ini disampaikan secara santai oleh salah seorang kawan lama SS sewaktu dia menghadiri majlis hiburan di sebuah lokasi yang ‘happening’ di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

SS terkejut kerana produser yang dikatakan berlagak ini pula memang SS kenali.

Kata orang dia memang jenis tidak mahu mengalah dalam serba-serbi.

Agak dikesalkan kerana apa yang SS dengar, sikapnya masih tidak berubah seperti dulu.

SS pernah tabik dengan produser itu kerana pengalaman dan kejayaan dicapai tetapi egonya mula mencapai tahap ‘dewa’ dan lepas cakapnya boleh tahan juga.

Daripada apa SS dengar lagi, sikap berlagak produser tadi terus terserlah sewaktu beliau duduk semeja berbincang bersama petugas produksi lain untuk menjayakan projek hiburan mereka.

Kata rakan SS, beberapa pihak rasa sangat kurang selesa dengan sikap beliau.

Bukan sebab irihati dengan kejayaan beliau, tetapi dek sikap sombong beliau yang langsung tidak mahu mendengar pandangan orang lain.

Sudahlah cakap melangit, semua orang lain tidak pernah betul seolah-olah dia saja yang elok dan tahu segala-galanya dalam dunia ini.

Kata rakan SS, sikap produser itu yang suka memandang rendah kemampuan orang lain turut membuatkan orang di sekelilingnya naik meluat.

Nasihat rakan-rakan dalam memberi pandangan atau cuba berkongsi idea ibarat mencurah air ke daun keladi. Semua idea orang lain basi.

Bagi SS, susahlah begini andai ada sikap tidak mahu terima pandangan orang dan berkompromi. Kalau begitu buatlah kerja seorang diri. Kalau dicabar begitu mampukah dia lakukan?

Apa yang SS bimbang sikap seperti ini lama-kelamaan boleh membuatkan produser itu tidak lagi dihormati dan dijauhi rakan-rakan. Diharapkan beliau cepat sedar diri kerana SS takut produksi yang dibina beliau akan jatuh sekelip mata kerana sikap perasan bagus dan bongkak.

SS: Selalu ingat pesan Datuk Sharifah Aini, kalau kita bagus, ada lagi yang lebih bagus.

Harian Metro