Archive | Fara Fauzana RSS feed for this section

Impak Pereka Fesyen Malaysia!

4 Apr

Oleh Fairuz Zaidan
fairuzaidan@bharian.com.my

Tampil istimewa, XY – Ikon Lelaki minggu ini menghimpunkan 10 pereka fesyen lelaki yang bakal menyemarakkan Fiesta Fesyen Berita Harian. Inspirasi rekaan mereka – songket dan tenun turut digayakan bintang pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2008) kelak. Raikan aura fesyen mereka!

BUKAN mudah menghimpunkan 10 pereka fesyen tanah air dalam satu sesi fotografi kerana masing-masing bertungkus-lumus menyiapkan perincian terakhir rekaan bagi dua acara besar anjuran Berita Harian bulan ini.

Fiesta Fesyen Berita Harian yang bakal mewarnai pusat beli-belah One Utama, Petaling Jaya, lusa, serta majlis gala di Hotel One World, keesokannya, disusuli kemuncak ABPBH 2008 di Genting Highlands pada 12 April ini cukup memadatkan diari kumpulan pereka muda ini.

Namun, 10 pereka ini masih sempat meluangkan masa menjalani sesi fotografi eksklusif bersama XY – Ikon Lelaki. Ini membuktikan kesungguhan dan komitmen mereka dalam menyokong acara berprestij yang bakal disertai selebriti dan pereka fesyen tanah air.

Riuh studio fotografi di Balai Berita dengan kehadiran insan kreatif ini. Malah, suasananya persis kesibukan di pertunjukan fesyen. Namun, kali ini merekalah menjadi bintangnya!

Daripada topik harian hinggalah keresahan mengejar deadline – semua pereka berkongsi keseronokan menanti dua acara besar ini. Seharusnya, masing-masing mahu rekaan yang ditampilkan sempurna dan mencuri tumpuan tatkala digayakan di pentas catwalk.

Hatta Dolmat; Rizman Ruzaini; Calvin Thoo; Nazreen Idris; Hazwani Osman; Amir Luqman; Shegar; Nik Erwan Rosdi dan Zery Zamri – masing-masing berkongsi inspirasi rekaan dengan identiti fesyen Malaysia.

Inspirasi Hatta Dolmat

TERKENAL dengan rekaan penuh perincian, pereka fesyen berbakat besar, Hatta Dolmat tidak ketinggalan memeriahkan Fiesta Fesyen Berita Harian serta malam kemuncak ABPBH 2008. Kali ini, pereka fesyen kelahiran Kuala Sungai Baru, Melaka ini akan mereka pakaian Nurul Huda Abdul Wahab, Siti Sarah, Sheila OIAM dan Iz.

“Tema songket bukanlah halangan bagi saya kerana sebelum ini pernah menerapkan tema sama di sebuah majlis anugerah hiburan. Menjadi kebanggaan pereka fesyen kerana mampu menerapkan tema tradisi dalam menzahirkan rekaan pakaian,” kata Hatta yang sudah empat tahun terbabit dalam ABPBH selepas pertama kali mereka pakaian untuk Jacklyn Victor dan Fasha Sandha pada ABPBH 2005.

Kata Hatta, ABPBH adalah platform terbaik untuk pereka baru tanah air dalam mengembangkan bakat, seterusnya berorientasi dengan idea baru rekaan.

“Sepanjang terbabit dalam majlis anugerah ini, saya dapat melihat perkembangan positif penganjur yang tidak saja memberikan publisiti buat artis, pada masa yang sama turut memartabatkan industri fesyen tanah air.

“Ini dapat dilihat menerusi pembabitan artis dengan pereka fesyen termasuk Anugerah Best Dress yang diperkenalkan tahun lalu dan tahun ini pula dengan Fiesta Fesyen Berita Harian,” kata teruja.

Profil

Nama: Muhammad Hatta Dolmat

Umur: 27 tahun

Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Kepujian Seni Reka Fesyen, Universiti Teknologi Mata (UiTM), Shah Alam.

Pencapaian:

Juara Anugerah Pereka Fesyen Muda 2003.

Juara pertandingan akhir Trofi Pesona Pengantin 04/05.

Juara Anugerah Jarum Berlian 2005.

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2006: rekaan pakaian terbaik digayakan oleh Erra Fazira.

Anugerah Rekaan Pakaian Terbaik sempena Anugerah Bintang Popular 2007.

Juara kategori Ethnic Chic di Singapore Fashion Designer Competition 2007.

Naib juara Project Runway Malaysia 2007.

Gandingan duo Rizman Ruzaini

NAMA Rizman Ruzaini antara yang paling menonjol di kalangan pereka fesyen angkatan baru. Memilih konsep less is more menjadi antara trademark pereka fesyen muda ini. Lebih menarik, jika kebanyakan pereka fesyen bergerak solo, label Rizman Ruzaini menampilkan koloborasi dua pereka fesyen ini.

Rizman Nordin dan Wan Ruzaini Wan Jamil yang bekerjasama menubuhkan label Rizman Ruzaini sejak lebih dua tahun lalu menggalas cabaran besar untuk ABPBH kali ini apabila mereka pakaian untuk penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza.

Selain Siti Nurhaliza, pereka fesyen yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kepujian (Fesyen) Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam ini juga akan berfantasi dengan rekaan untuk pelakon Fasha Sandha, Sari Yanti dan Siti Saerah.

“Secara peribadi, saya melihat adalah satu usaha baik ABPBH memilih tema songket yang mana mampu mengangkat martabat khazanah songket yang menjadi identiti negara.

“Menjadi tugas pereka fesyen mencipta sesuatu yang berbeza melalui tema begini. Apatah lagi songket adalah 100 peratus identiti Malaysia berbanding batik yang juga popular di Indonesia,” kata Rizman Nordin.

Wan Ruzaini turut memuji usaha membantu pereka fesyen tempatan mengetengahkan bakat pada majlis berprestij.

Profil

Rizman Ruzaini

Dipelopori dua pereka, Rizman Nordin, 24; dan Wan Ruzaini Wan Jamil, 24.

Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Kepujian (Fesyen) Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam.

Butik Rizman Ruzaini Creations beroperasi pada awal tahun ini.

Terbabit dengan perekaan fesyen sejak dua tahun lalu.

Artis yang pernah menggayakan busana Rizman Ruzaini antaranya Datuk Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Erra Fazira, Ning Baizura.

Pencapaian:

Terpilih sebagai lapan pereka terbaik untuk Pereka Busana Pengantin Malaysia Great Eastern Mall.

Peserta akhir pertandingan Jarum Berlian 2003.

Penerima anugerah busana terbaik Rafflesia 2008 melalui busana diperagakan artis Fazura

Terbabit dengan perekaan busana untuk artis Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH).

Aura Calvin Thoo

SEJAK beberapa tahun lalu, ABPBH cukup sinonim dengan pereka fesyen tempatan, Calvin Thoo. Masakan tidak, pereka fesyen kelahiran Kuala Lumpur ini menjadi pilihan ramai selebriti popular tanah air. Pengalaman selama 13 tahun dalam industri fesyen meletakkan Calvin Thoo antara pereka fesyen disegani ramai.

Tahun ini, Calvin dipertanggungjawab mereka gaun malam bertemakan songket dan tenun untuk pelakon cantik Rozita Che Wan, Ayu Raudhah dan Marsha. Pentas ABPBH 2008 bakal menyaksikan kreativiti Calvin dalam memberi variasi pada songket dengan nafas baru.

Ditanya cabaran mengetengahkan songket dalam majlis anugerah berprestij seperti ABPBH, Calvin berpendapat, menjadi tanggungjawab pereka fesyen berfantasi dengan lakaran sebelum memberi impak besar melalui rekaan.

“Saya tidak mempunyai banyak masalah mengetengahkan songket. Sebelum ini, ramai pelanggan dari kalangan kenamaan dan kerabat diraja memilih elemen songket dan tenun dalam persalinan. Saya juga menerapkan kain songket ketika majlis persandingan Lisdawati sebelum ini,” katanya.

Profil

Calvin Thoo

Umur: 37 tahun

Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Kepujian (Fesyen) RMIT Australia.

Pencapaian:

Menimba pengalaman dalam bidang fesyen selama lebih 10 tahun di luar negara.

Memulakan label Calvin Thoo pada 2003.

Peserta peringkat akhir Piala Seri Endon Batik 2004.

Membuka butik Calvin Thoo pada 2005 di gedung beli-belah Lot 10, Bintang Walk, Kuala Lumpur.

Hasil rekaan Calvin diperagakan pada acara antaranya Minggu Fesyen Kuala Lumpur, Anugerah Fesyen Antarabangsa Malaysia dan Festival Fesyen Islam KL.

Seksi cara Nazreen

TERKENAL dengan rekaan seksi, pereka fesyen yang makin dikenali, Nazreen Idris mengakui agak sukar menerapkan identiti rekaan bertemakan songket dan tenun. Baginya, menjadi tanggungjawab pereka fesyen meletakkan prinsip dalam setiap rekaan.

“Meskipun kita cenderung mengetengahkan elemen feminin dan seksi dalam rekaan, unsur sebegitu tidak boleh diterapkan apabila menggunakan kain songket.

“Menjadi tanggungjawab seorang pereka fesyen meletakkan martabat tinggi songket yang menjadi identiti Malaysia,” kata Nazreen yang akan menyiapkan persalinan Linda Onn, Siti Saida dan Intan Ladyana di malam kemuncak ABPBH 2008.

Ditanya pendapat dirinya mengenai kain songket, secara peribadi pereka fesyen kelahiran Kuala Lumpur ini mengakui penerimaan masyarakat makin meluas dalam mengangkat martabat songket sebagai budaya dan identiti Malaysia.

“Ketika menuntut dulu, saya memilih melakukan kajian mengenai kain songket. Sebab itu, saya cukup berhati-hati menggunakan kain songket untuk sebahagian daripada hasil rekaan kerana ingin memastikan martabat songket terpelihara,” katanya.

Profil

Nazreen Idris

Pendidikan: Diploma Seni Reka Fesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM), Sri Iskandar, Perak.

Pencapaian:

Terbabit menyediakan busana untuk artis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008, pemenang tempat ketiga Animax Fashion Ability 2007.

Antara artis yang pernah mendapat sentuhan Nazreen: Datuk Khatijah Ibrahim, Anne Ngasri, Diana Danille, Linda Onn, Intan Ladyana, Siti Saida dan Faezah Elai.

Warna Zery Zamry

JIKA ramai pereka fesyen memilih perincian yang melengkapi rekaan pakaian, Zery Zamry pula sebaliknya. Pereka muda kelahiran Kelana Jaya, Selangor ini memilih warna sebagai tarikan rekaan. Seperti sebelumnya, pereka yang memiliki label butik Zery Zamry Couture ini akan menyiapkan adi busana penyanyi Elyana dan pelakon Norish Karman.

Mengetengahkan konsep minimalis, Zery berusaha memodenkan songket melalui rekaan.

“Sebagai pereka muda, menjadi tanggungjawab kami berusaha sebaik mungkin memastikan songket menjadi pilihan ramai. Apabila digayakan artis, ia setidak-tidaknya menjadi ikutan dan dilihat ramai orang. Apatah lagi, ABPBH cukup membantu pereka fesyen membina nama di Malaysia,” katanya.

Tiga tahun terbabit serius sebagai pereka untuk artis yang bertanding di ABPBH, Zery mengakui sambutan dan publisiti cukup membantu memeriahkan industri fesyen tanah air.

“Ya lah, artis dan pereka fesyen saling memerlukan dan secara tidak langsung ABPBH dilihat sebagai jambatan merancakkan lagi industri fesyen di Malaysia,” kata pereka berusia 25 tahun ini.

Profil

Zery Zamry

Pendidikan: Universiti Teknologi Mara (UiTM) pengkhususan Fesyen.

Pencapaian:

Anugerah Jarum Berlian 2006.

Finalis Project Runaway Malaysia.

Tranformasi Shegar

BERPENGALAMAN 12 tahun dalam bidang hiasan dalaman, Shegar Chandra Sekaran atau lebih dikenali sebagai Shegar kini menyahut cabaran dengan ‘terjun’ ke bidang rekaan pakaian. Tiga tahun dalam dunia fesyen, usaha itu tidak sia-sia apabila rekaannya mula diperkata umum.

Malah sempena ABPBH 2008, Shegar dipertanggungjawabkan mereka pakaian Cheryl Samad. Bukan kali pertama, koloborasi Shegar sudah cukup sinonim bersama pengacara terkenal itu.

Kata pereka berbakat berusia 36 tahun ini, beliau cukup teruja mengetengahkan tema songket lalu mengangkat martabat khazanah negara itu.

Baginya, songket jika disesuaikan dengan bentuk rekaan dan padanan fabrik lain mampu menterjemah hasil rekaan menarik dan bertaraf antarabangsa.

“Saya cenderung dengan rekaan potongan clean cut dan menggemari sesuatu yang simple. Justeru itu, saya akan memastikan rekaan Cheryl nanti dipengaruhi elemen begini,” kata Shegar.

Profil

Shegar Chandra Sekaran

Pendidikan: Ijazah dalam Hiasan Dalaman daripada Saito Akademi, Kuala Lumpur.

Pencapaian:

Beliau berkecimpung dalam dunia hiasan dalaman lebih 12 tahun tetapi mula berjinak-jinak dengan dunia fesyen sejak tiga tahun lalu.

Mulai tahun ini tekadnya untuk menyertai lebih banyak acara fesyen seperti Minggu Fesyen Kuala Lumpur dan Festival Fesyen Islam KL.

Terpilih sebagai pereka pakaian Anugerah Juara Lagu 2008 disifatkan antara pencapaian tertingginya dalam kerjaya sebagai pereka fesyen.

Sentuhan Nik Erwan

SESUATU yang istimewa cuba disampaikan pereka fesyen kelahiran Shah Alam, Selangor ini. Mengakui bakal menerapkan hingga 40 peratus kain songket dalam busana ciptaannya, Nik Erwan Roseli teruja kerana terbabit dalam dua acara besar bulan ini.

Fiesta Fesyen Berita Harian dan ABPBH 2008 menjadi medan terbaru buat Nik Erwan berfantasi dengan gaya dan hasil ciptaan cemerlang. Untuk acara berprestij ABPBH 2008, Nik Erwan mereka pakaian untuk pelakon Dynas, Mila Tini Hot FM dan kumpulan Fabulous Cats.

“Menambah lagi pesona rekaan, saya memilih warna terang yang akan digabungkan dengan warna songket. Begitupun, rekaan tidak harus terlalu menonjol dan sarat, sebaiknya biarlah lebih sederhana supaya nampak lebih anggun dan menawan.

“Majlis begini adalah platform terbaik buat pereka fesyen tanah air membina nama dan dikenali ramai. Pengalaman terbabit dalam ABPBH beberapa tahun kebelakangan ini nyata memberi impak besar untuk saya melebarkan bakat,” katanya yang bercadang untuk memasarkan pakaian ready to wear pada masa akan datang.

Profil

Nik Erwan Roseli

Kelulusan: Diploma dalam Jurusan Grafik; Ijazah dalam Jurusan Rekaan Fesyen dari Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Pencapaian:

Memenangi Anugerah Koleksi Terbaik pada Persembahan Akhir Peringkat Ijazah pada 2008.

Menyertai persembahan MIFA pada 2008.

Terbabit dalam Royal Of Art di One World Hotel 2008.

Menghasilkan pakaian untuk ramai selebriti termasuk Datuk Siti Nurhaliza, Mendua Reality Television Gangstarz dan Sharifah Aleya.

Cabaran tersendiri Hazwani

BUKAN sekadar berfantasi rekaan gaun pengantin, Hazwani Osman juga boleh mereka pakaian lelaki, Justeru itu, ABPBH dan Fiesta Fesyen Berita Harian menguji bakat dalam menghasilkan rekaan untuk lelaki dan wanita.

Malah, Hazwani akan mencipta sesuatu yang berbeza buat Faizal Tahir dan Jamal Abdillah.

“Bukan senang untuk mencipta kelainan dalam pakaian lelaki. Tidak seperti wanita, rekaan lelaki harus disesuaikan dengan keadaan dan material yang digunakan termasuk jenis kain.

“Jika tidak kena dengan gaya, tema songket hanya akan menampakkan rekaan untuk lelaki seakan-akan pakaian rasmi pelayan di hotel,” akui Hazwani jujur.

Sambil memuji usaha mengetengahkan tema songket, Hazwani berkata menjadi tanggungjawab pereka fesyen tempatan dalam mengetengahkan nilai tradisi tempatan.

Profil

Hazwani Osman

Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Fesyen (Kepujian) UiTM Shah Alam dan Diploma Seni Lukis dan Seni Reka (Fesyen) UiTM Sri Iskandar, Perak.

Pencapaian:

Pakaian Terbaik Lelaki (Ijoy) Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007.

Finalis top 20 Mifa 2006.

Finalis Trofi Pesona Pengantin 2005.

Finalis Jusco Young Designer 2003.

Mereka pakaian selebriti seperti Nasha Aziz, Mawi, Fazura, Fara Fauzana, Faizal Tahir, Fazli Zainal, Mila, Diddy AF, Dafi, Awal Ashaari, Sharifah Shahira dan ramai lagi.

Sensasi rekaan Amir Luqman

AURA gaya pereka fesyen ini cukup terserlah. Itulah kelebihan pereka fesyen, Amir Luqman sehingga terpilih menjadi penata gaya rakaman televisyen bagi Miss Universe 2008, Dayana Mendoza. Di acara kemuncak ABPBH 2008, Amir akan merealisasikan sentuhan rekaan untuk calon Artis Baru Wanita Popular, Scha.

Kata Amir, dia gemarkan sesuatu yang berbeza di samping konsep seni dalam setiap rekaan. Meskipun itu, dia juga memastikan nilai kemelayuan diterapkan dalam rekaan pakaian.

“Tema songket adalah langkah permulaan dan usaha yang baik untuk memartabatkan khazanah negara. Diharapkan dengan usaha sebegini sekurang-kurangnya mampu mengetengahkan songket di peringkat antarabangsa.

“Apatah lagi, selebriti dan fesyen cukup sinonim dan menjadi kerjasama terbaik dalam mencipta kelainan. ABPBH dilihat landasan yang baik dalam kerjasama pereka fesyen tempatan dengan selebriti tanah air,” kata Amir yang juga pemenang tempat kedua Piala Seri Endon 2004.

Profil

Amir Luqman

Pencapaian:

Peserta akhir Piala Seri Endon 2005

Pemenang tempat kedua Piala Seri Endon 2004

Peserta akhir Star KL Fashion Week Designer Award 2005

KL Fashion Week 2006 – Berjaya Times Square

Stylo Fashion Festival 2008 – Pavilion Kuala Lumpur

Ahli Persatuan Pereka Fesyen Malaysia (MODA)

Ahli Persatuan Pereka Fesyen Bumiputra (BDA)

Isetan Young Designer Promo 2006

Penata gaya Miss Universe 2008 Dayana Mendoza untuk rakaman televisyen.

Berita Harian

FFKL: Fabrik Istimewa

31 Mar

Oleh Nor Afzan Mohamad Yusof
afzan@bharian.com.my


Hazwani Osman

Pelihara darjat dan kesopanan songket cabaran buat Hazwani

MENGHASILKAN busana moden hasil gabungan fabrik moden dan tenun memberikan cabaran besar kepada pereka Hazwani Osman apabila perlu memastikan fabrik yang melambangkan kedaulatan kesultanan Melayu itu terus terpelihara darjat dan kesopanannya.

Menjejaki sejarah fabrik berkenaan, Hazwani berkata, ia jelas menunjukkan darjat fabrik itu menyebabkan beliau perlu menghasilkan pakaian yang menyerlahkan lagi kedudukan fabrik itu, bukan menjatuhkan atau melindungi ia hingga kalah dek fabrik moden lain seperti renda dan sutera.

“Saya bakal mencetuskan kejutan, kerana lari daripada ‘trademark’ sebelum ini yang kerap tampil bersama gaun malam. Saya boleh menyifatkan kali ini ia akan lebih mengejutkan, atau mungkin juga di luar jangkaan.

“Saya akan menonjolkan rekaan yang mampu menyerlahkan ciri kewanitaan seperti potongan feminine, lebih kepada beralun, dengan penggunaan sutera sifon dan sedikit perincian seperti renda. Banyak bermain dengan rona pastel seperti merah jambu, biru dan kelabu, tetapi saya akan selitkan juga wana terang seperti merah hati dan merah terang untuk memberi ‘stage effect’,” katanya yang banyak menggunakan songket pada bahagian atas pakaian.

Hazwani bersama sembilan pereka lain terbabit dalam Fiesta Fesyen Kuala Lumpur (FFKL) anjuran Berita Harian yang akan berlangsung selama dua hari bermula 6 April depan di pusat beli-belah One Utama, Bandar Utama dan Hotel One World, Petaling Jaya.


HAZWANI (dua dari kanan) dan empat pereka FFKL lain dibantu Jasleen Kaur daripada Euromoda, memilih kain bersesuaian.

Selain Hazwani, sembilan pereka fesyen yang terbabit dalam FFKL ialah Nik Erwan Nik Roseli, Chandra Shegar, Hatta Dolmat, Rizman Ruzaini, Hazwani Othman, Calvin Thoo, Amir Luqman, Aidawati Saidin, Nazreen Idris, Nik Erwan Roseli dan Zery Zamry.

Antara penenun yang terbabit dalam FFKL ialah Manang Songket, Bibah Songket, Wan Hasnah Songket, Zaidah Songket, Atikah Songket TTDI dan Nur Atikah Songket. Acara itu mendapat tajaan daripada Secret untuk solekan dan dandanan artis serta peragawati, Euro Moda menaja fabrik, manakala R&R Craft, Fruitale dan Leesa Formula, penaja cenderamata.

Sambil memuji usaha Berita Harian itu, Hazwani berkata FFKL, terlalu amat besar ertinya kepada pereka dan penenun dalam industri fesyen tanah air. Malah menjadi tanggungjawab pereka membawa songket ke peringkat lebih tinggi menerusi rekaan yang lebih ‘terhormat’ sesuai dengan martabat fabrik itu, supaya orang luar yang menyaksikannya akan faham mengenai apa yang dipaparkan.

“Rekaan yang terlalu kasual, mudah, seksi atau yang boleh dipakai seharian seperti seluar pendek atau sendat, bagaikan ‘menjatuhkan’ martabat fabrik diraja itu. Saya lebih setuju sekiranya pakaian yang menggunakan fabrik songket diketengahkan untuk acara tertentu saja seperti rasmi, berprestij dan dihormati.

“Besar harapan saya ia mampu menjadi landasan kepada pelbagai pihak untuk terus memartabatkan fabrik tempatan. Pada masa sama saya berharap ia menjadi titik tolak kepada bangsa kita sendiri untuk melihat fabrik tempatan dihargai, malah menjadi pilihan untuk digayakan atas permaidani merah dan tidak lagi terlalu mengagung-agungkan buah tangan Eropah,” katanya.

Sungguhpun menghasilkan busana menggunakan songket bukan asing baginya, malah pernah beberapa kali terbabit dalam rekaan fesyen yang memerlukan penggunaan songket beberapa tahun lalu, beliau seakan tidak sabar melihat reaksi orang ramai terhadap acara ini, pada masa sama menyaksikan pereka muda dengan buah tangan masing-masing.

“Kerjasama antara pereka, penenun dan pihak media ini dijangka mampu memberikan kejutan yang mendatangkan kebaikan kepada banyak pihak,” katanya.

INFO

Hazwani Osman

Umur: 27 tahun

Asal: Perak

Kelulusan:

Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Fesyen (Kepujian) UiTM Shah Alam.

Diploma Seni Lukis dan Seni Reka (Fesyen) UiTM Sri Iskandar, Perak.

Pencapaian:

Pakaian Terbaik Lelaki (Ijoy) Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007

Finalis top 20 Mifa 2006

Finalis Trofi Pesona Pengantin 2005

Finalis Jusco Young Designer 2003

Mereka pakaian selebriti seperti Nasha Aziz, Mawi, Fazura, Fara Fauzana, Faizal Tahir, Fazli Zainal, Mila, Diddy AF, Dafi, Awal Ashaari, Sharifah Shahira dan ramai lagi.

Berita Harian

Karnival Jomheboh Menutup Tirai

31 Dec

Oleh Nurulhisham Abdul Latiff
nurul@bharian.com.my


ACARA sambutan hari jadi membabitkan kanak-kanak dari Pusat Penjagaan Lambaian Kasih Sungai
Penchala diadakan di gerai Kids & Teen.

KARNIVAL Jomheboh anjuran TV3 menutup tirai penganjurannya pada 2008 dengan berlangsungnya karnival terakhir di Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 20 dan 21 Disember lalu.

Sebelum ini, karnival itu ke Melaka pada 5 dan 6 April, Perlis (3 dan 4 Mei), Bukit Jalil (31 Mei dan 1 Jun), Johor (5 dan 6 Julai), Pahang (2 dan 3 Ogos), Sarawak (25 dan 26 Oktober) dan Pulau Pinang (22 dan 23 November).

Karnival yang memasuki tahun keenam tetap mendapat sambutan hangat orang ramai dan sebagai penutup tirai, Bukit Jalil sekali lagi dipilih sebagai lokasi terakhir.

Berkonsepkan rekreasi dan riadah, karnival berkenaan mendapat perhatian semua lapisan masyarakat, daripada kanak-kanak sehinggalah golongan warga emas. Selain menyertai aktiviti yang dijalankan di karnival, pengunjung turut berpeluang mengenali stesen TV3 dan stesen lain di bawah Media Prima dengan lebih dekat.

Antara aktiviti yang diadakan sepanjang karnival di Bukit Jalil ialah peraduan mewarna dan sambutan hari jadi di gerai Kids & Teen, sesi ramah-mesra bersama pelakon Akasia & Lagenda, sesi ramah-mesra bersama pengacara Wanita Hari Ini dan Nona di gerai Women@TV3 serta sesi ramah-mesra bersama pelakon slot Aksi, Seram dan Lestary.

Antara artis yang terbabit ialah Danny X-Factor, Fizow Omar, Fezrul Khan, Zed Zaidi, Faizal Yusop, Ifa Raziah, Norish Karman, Anita Baharom, Zul Yahya, Eira Syazira, Noorkhiriah, Zarina, Wahid dan ramai lagi. Grand Brilliance Sdn Bhd pula tidak ketinggalan mempromosikan filem terbaru mereka, Sifu dan Tongga, yang dibintangi Nabil, Saiful Apek, Erra Fazira, Pie dan Rozita Che Wan.


KETUA Pegawai Eksekutif NSTP, Datuk Anthony Firdaus Bujang
beramah mesra bersama peserta Metro Idol.

Selain itu, mereka turut berpeluang mendekati personaliti TV3 seperti Zakiah Anas, Azizah Ariffin, Ally Iskandar, Nurul Syuhada Nurul Ain, Siti Hasfizza Aswaty, Tanah Syazwan, Hairuddin Mohd Noh, Sasha Bashir, Fara Fauzana, Fedtri Yahya dan lain-lain.

Di samping kemeriahan yang boleh dirasai sepanjang karnival berlangsung, TV3 tidak pernah melupakan golongan kurang bernasib baik. Justeru, majlis penyerahan sumbangan daripada Tabung TV3 Bersamamu berjumlah RM10,000 hasil sumbangan orang ramai diadakan.

Sumbangan kali ini diberikan kepada Pusat Penjagaan Lambaian Kasih, Sungai Penchala. Pusat penjagaan anak yatim berkenaan terbabit dalam insiden kebakaran yang mengorbankan dua penghuninya, baru-baru ini. Sumbangan disampaikan pihak pengurusan TV3 kepada pengurus pusat terbabit, Ridwan Abu Bakar.

Kumpulan New Straits Times Press (NSTP) turut mempunyai gerai sendiri pada karnival kali ini. Gerai akhbar berbahasa Melayu nombor satu, Harian Metro, umpamanya menjadi perhatian ramai berikutan beberapa aktiviti mereka jalankan, termasuk penganjuran Metro Idol.


PENGURUS Besar Kumpulan Pengurusan Jenama TV3, Nurul Aini Abu Bakar (kiri) dan Pengurus Besar
Pemasaran Segmentasi Maxis Communications Berhad, Rozalila Abdul Rahman, menyampaikan
replika cek kepada Ridwan (tengah).

Acara kemuncak penutup karnival kali ialah Konsert Jomheboh yang menampilkan ramai artis terkenal tanah air termasuk Elyana, Ziana Zain, Farah Asyikin, Nikki, Rahim Maarof, Nabil, Saiful Apek, Estranged, Bunkface, Nitrus dan Colabr8.

Berita Harian

Artis Malaysia Cemerlang Di Luar Negara

27 Dec

Oleh Elrafaei Sapi
ahmadelrafaei@hmetro.com.my

Rap
MENYOROTI kejayaan sepanjang tahun ini, persada hiburan tempatan masih menunjukkan peningkatan pada pencapaian anugerah artis tempatan walaupun pasaran muzik belum menunjukkan perubahan positif pada jualan album. Berbeza dengan muzik, filem tempatan terus rancak ditayangkan di pawagam.

Tahun ini sebanyak 26 filem tempatan menemui penonton bermula dengan filem Jarum Halus arahan Mark Tan sekadar mencatat pulangan RM8,197 diikuti Kala Malam Bulan Mengambang (RM554,000), Cuci (RM2.04 juta), Dunia Baru The Movie (RM2.29 juta), Anak (RM1.2 juta) hingga terbaru Cicakman 2: Planet Hitam sebanyak RM2.7 juta. Bersama Cicakman 2: Planet Hitam yang masih ditayangkan, filem baru arahan James Lee, Histeria mula menemui penonton pada 18 Disember lalu manakala Brainscan: Aku & Topi Ajaib arahan Ahmad Idham pada 25 Disember lalu.

Melihat pencapaian bidang hiburan secara terperinci, tiga bidang dijadikan contoh terbaik untuk mengukur kecemerlangan iaitu pencapaian artis di peringkat antarabangsa, majlis anugerah dan pengiktirafan darjah kebesaran daripada kerajaan.

Naib juara program realiti One In A Million musim kedua, Nurshahila Amir Amzah atau Shila mencatat sejarah selepas memenangi anugerah emas pada Penang Shanghai World Star Quest (PSWSQ) yang diadakan di Pulau Pinang, hujung April lalu.

Shila, 18, yang menyampaikan lagu Memori Tercipta dinilai tujuh juri profesional.

Bermula dari situ, Shila menerima lamaran produksi antarabangsa, Disney Channel untuk merakam lagu dan video klip duet bersama pelakon popular Hannah Montana, Miley Cyrus.

Penyanyi Nur Nadia Fadila Abu Bakar atau Dia Fadila, 24, pula merakam kenangan manis menerusi penyertaan di Festival Melodi Emas Asean 2008 yang berlangsung di Bandaraya Ho Chin Minh, Vietnam selama lima hari bermula 16 Oktober lalu.

Menerusi pertandingan itu, Dia mengungguli juara kategori pop dengan membawakan lagu I’m Telling You yang pernah dipopularkan Jennifer Hudson dalam filem Dream Girls.

Dia juga berjaya mendapat tempat kedua kategori tradisional untuk Joget Kenangan Manis yang pernah dipopularkan Allahyarham Sudirman Arshad.

Penyertaan kali keempat pada Pertandingan Seni Persembahan Dunia (WCOPA) ke-12 yang berlangsung 17

hingga 29 Julai lalu di Los Angeles, Amerika, sekali lagi mencatatkan kenangan manis buat delegasi negara.

Dari penyertaan 39 kategori dan bersaing dengan 41 negara dari seluruh dunia, delegasi negara meraih 27 pingat emas, tujuh perak, dua gangsa dan 15 gelaran Champions Of The World.

Dua penyanyi tempatan, Norazmahwati Abd Aziz atau Noryn Aziz dan Ikhwal Hafiz Ismail (Iqwal) berjaya di peringkat antarabangsa.

Noryn meraih lima pingat emas, satu perak dan satu gelaran Champions Of The World manakala Iqwal mendapat empat emas dan satu perak.

Atas tiket kemenangan di WCOPA, Noryn dan Iqwal dijemput penganjur menyertai Pertandingan Anugerah Bakat Baru yang diadakan selama empat hari bermula 7 Ogos lalu. Namun, rezeki memihak pada Iqwal yag menang pada pertandingan kedua itu.

Iqwal berjaya mengalahkan lebih 2,000 penyanyi yang menyertai pertandingan itu sebelum enam penyanyi layak ke peringkat akhir.

Untuk majlis anugerah, Anugerah Juara Lagu ke-22 (AJL22) membuka tirai pada tahun ini sebaik diadakan pada 27 Januari lalu di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Mempertandingkan tiga kategori iaitu pop rock, balada dan etnik kreatif, AJL 22 kali ini mengumumkan lagu Itu Kamu nyanyian kumpulan Estranged sebagai juara lagu. Sebelum itu, mereka menang kategori pop rock manakala balada dimenangi lagu Izinku Pergi yang disampaikan Sahri menggantikan penyanyi asal, Kaer Azami.

Kategori Etnik Kreatif memihak pada Nora yang menyanyikan lagu Samudera.

Penyanyi popular Asmawi Ani atau Mawi yang mempertaruhkan lagu Angan Dan Sedar tetap menang anugerah persembahan terbaik. Mawi juga mengulangi kejayaan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007 (ABPBH 2007) yang diadakan dua bulan selepas itu.

Buat kali ketiga berturut-turut, Mawi mempertahankan gelaran Artis Paling Popular pilihan peminat yang mengundinya menerusi borang undian.

Mawi berjaya mengenepikan pemenang sebelum ini, Datuk Siti Nurhaliza. ABPBH 2007 yang diadakan di Arena of Stars, Genting Highlands, Pahang pada Mac lalu menjadi anugerah berprestij yang mengiktiraf artis tempatan berdasarkan keputusan undian peminat.

Mawi yang melangsungkan pernikahan dengan Norashikin Rahmat (Ekin) pada 20 Disember lalu mengalahkan Anuar Zain, Hazami, Adam dan Faizal Tahir untuk kategori Penyanyi Lelaki Popular.

Siti juga mempertahankan gelaran Penyanyi Wanita Popular yang dimenangi sejak 1996.

Kejutan pada malam itu memihak pada Dynaz yang meraih Anugerah Pelakon TV Wanita Popular manakala kategori lelaki menjadi milik Rosyam Nor.

Untuk ABPBH 2007 edisi ke-21 ini, tidak lupa mengiktiraf komposer M Nasir sebagai penerima Anugerah Khas Pencapaian Seumur Hidup.

Dua penyampai Hot FM iaitu Faizal Ismail dan Fara Fauzana digandingkan memenangi anugerah Penyampai Radio Popular.

Fara juga membawa pulang anugerah Pengacara TV Wanita Popular manakala kategori lelaki dimenangi Aznil Nawawi.

Majlis Anugerah Planet Muzik 2008 pada 20 April pula menyaksikan Malaysia selaku tuan rumah mencipta sejarah dengan kemenangan lapan anugerah dari 12 anugerah yang dipertandingkan.

Penyanyi popular, Siti Nurhaliza membuktikan kecemerlangan mempertahankan anugerah Penyanyi Wanita Paling Popular untuk kali kelapan berturut-turut meskipun tewas pada Krisdayanti untuk kategori Artis Wanita Terbaik.

Kejayaan manis artis tempatan turut dicatatkan menerusi KRU memenangi anugerah Cipta Planet Muzik, kumpulan Search (Anugerah Khas Planet Muzik), Anuar Zain (Artis Lelaki Terbaik), Farah Asyikin (Artis Wanita Baru Terbaik), Meet Uncle Hussain (Duo/Kumpulan Baru Terbaik) dan Estranged untuk Duo/Kumpulan Paling Popular dan Lagu Paling Popular menerusi Itu Kamu.

Penyanyi yang pernah mencipta kontroversi membuka baju dalam satu konsert, Faizal Tahir bangkit dari penggantungan tiga bulan apabila berjaya membawa pulang dua anugerah iaitu Artis Lelaki Baru Terbaik dan Artis Lelaki Paling Popular.

Faizal Tahir sekali lagi mencuri perhatian khalayak selepas menang besar pada Anugerah Industri Muzik ke-15 (AIM15) yang dipertandingkan pada 3 Mei lalu.

Faizal yang tercalon menerusi album Aku.Muzik.Kamu berjaya meraih empat anugerah iaitu Album Terbaik, Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album Lelaki, Artis Baru Terbaik dan Album Rock Terbaik.

Siti Nurhaliza pula yang tampil dengan album Hadiah Daripada Hati memenangi dua anugerah untuk Album Pop Terbaik dan Susunan Muzik Terbaik kategori bahasa Malaysia.

Anugerah Lagu Terbaik untuk AIM15 menjadi milik Kaer Azami untuk lagu Izinku Pergi ciptaan Azlan Abu Hassan.

Pada 2 Ogos lalu, Malaysia diberi penghormatan sebagai tuan rumah Anugerah MTV Asia 2008 yang dilangsungkan dari Arena Of Stars, Genting Highlands, Pahang. Hanya satu anugerah dibawa pulang iaitu Artis Pilihan Malaysia yang dimenangi Nicholas Teo yang turut popular di Taiwan.

Nicholas berjaya mengenepi pemenang dulu iaitu Mawi yang pernah menang dua tahun lalu dan Siti Nurhaliza untuk empat tahun berturut-turut sejak 2002. Ternyata kemenangan Nicholas bukan hanya kejutan pada Mawi dan Siti tetapi calon lain seperti Faizal Tahir dan Pop Shuvit.

Bagi karyawan filem pula, Mamat Khalid mencipta sejarah pada Festival Filem Malaysia ke-21 (FFM21) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 9 Ogos lalu menerusi filem berkonsepkan hitam putih, Kala Malam Bulan Mengambang.

Filem arahan Mamat itu menang lima anugerah iaitu Pengarah Filem Terbaik, Filem Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik (Rosyam Nor), Penataan Seni Terbaik (Nazrul Ashraff) dan Pereka Kostum/Busana (Nasirah Ramlan).

Pengarah Yasmin Ahmad yang pernah mendapat pelbagai pengiktirafan antarabangsa diangkat sebagai penerima Anugerah Khas Juri pada Anugerah Skrin 2008 yang diadakan pada 7 November lalu.

Yasmin sebelum ini dikenali menerusi filem Sepet, Gubra, Mukhsin, Muallaf dan iklan Petronas di TV.

Anugerah Oskar 7 yang berlangsung pada 15 November lalu menyaksikan Shuhaimi Baba menguasai lima anugerah. Selain anugerah Direktor Filem 2008 Pilihan Juri yang dimenangi untuk tiga tahun berturut-turut, filem arahannya 1957: Hati Malaya berjaya meraih anugerah Aktor Filem 2008 Pilihan Juri menerusi Kamarulzaman Taib, Art Direktor Filem 2008, Sinematografi Filem 2008 dan Melodi Filem 2008 Pilihan Juri (lagu Hati

nyanyian Siti Nurhaliza).

Menutup tirai majlis anugerah tahun ini adalah Festival Filem Antarabangsa Kuala Lumpur 2008 (Kliff2008) yang adakan pada 29 November lalu. Ternyata penganjuran kali kedua ini terus meraih perhatian karyawan antarabangsa apabila Malaysia sebagai tuan rumah.

Sebanyak 191 penyertaan filem cereka diterima dari lima benua, tetapi hanya 22 filem bertanding untuk merebut 16 kategori anugerah.

Wakil tunggal negara, filem Wayang arahan Profesor Hatta Azad Khan hanya memenangi Anugerah Khas Juri manakala karya Saw Tiong Guan bertajuk, G16 G17 mengungguli kategori filem pendek mengatasi saingan enam peserta dari Iran, Australia dan Sepanyol.

Tahun ini, bidang hiburan juga berbangga dengan artis tempatan yang menerima darjah kebesaran daripada kerajaan.

Antara penerima tahun ini adalah Datuk Sheila Majid, Datuk Shuhaimi Baba dan David Arumugam.

Perjuangan seni ratu jazz, Sheila selama 23 tahun lalu dihargai apabila dikurniakan Darjah Kebesaran Indera Mahkota Pahang (DIMP) sempena ulang tahun Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah Ke-78 pada 24 Oktober lalu.

Sheila, 43, juga adalah isteri pada bekas pemain keyboard kumpulan Gersang, Hashridz Murshim Hassim atau Acis.

Dalam bercerita soal artis tempatan terima darjah kebesaran, bidang hiburan kecoh seketika selepas aktor Bollywood, Shah Rukh Khan menerima Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Khalil Yaakub pada penghujung bulan lalu.

Bagaimanapun, pengarah filem terkenal, Shuhaimi menerima Darjah Kebesaran Datuk Sultan Sharafuddin Idris Shah (DSIS) membawa gelaran Datin Paduka.

Shuhaimi, 58, yang pernah mengarah filem Pontianak Harum Sundal Malam antara 95 penerima darjah dan pingat kebesaran Selangor sempena Hari Keputeraan ke-63 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 10 Disember lalu.

Terbaru, pada 18 Disember lalu, anggota kumpulan Alleycats, David Arumugam atau nama sebenar Thiagarajan K R Arumugam menerima pingat Johan Setia Mahkota (JSM) dari Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Harian Metro

Anak Didik UNESCO

7 Dec

Oleh FATIMI NADIAH ZAINUDEEN
fatiminadiah.zainudeen@kosmo.com.my

Kenapa Azry Fazamy mengatakan landskap Malaysia lebih bersifat kosmetik?

‘Kalau mahukan gaya hidup yang sihat, kita tidak boleh mengharapkan pihak berkuasa melakukannya untuk kita. Ia perlu bermula dengan diri kita sendiri,” luah pereka landskap muda, Azry Fazamy Ahmad Tarmizi, 30.

Mungkin kedengaran agak klise, namun berbual panjang dengan hos rancangan Ekspresi Laman yang ditayangkan di saluran Astro Ria ini membuka mata penulis bahawa beliau bukan sekadar seorang lagi pereka landskap atau pereka dalaman di Malaysia yang petah berkata-kata.

Lulusan Sekolah Rekaan Bahaus, Jerman, ini rupa-rupanya mempunyai latar yang kukuh dalam bidang yang diceburi.

Azry dan keluarga pernah menghabiskan dua tahun di perantauan, mengikuti pergerakan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), mengkaji, menjalankan usaha baik pulih dan mengembalikan beberapa landskap lama di sekitar Eropah kepada keadaan asalnya.

Antaranya termasuklah Taman Fürst-Pückler atau ‘Park von Muskau’ yang merupakan taman gaya Inggeris terbesar dan paling terkenal di Jerman.


KOMITMEN dan kesibukan tugas membuatkan Azry Fazamy Ahmad Tarmizi (kiri) dan isterinya, Ayu Natalia Ibrahim, masih tercari-cari waktu yang paling sesuai untuk berehat bersama-sama dua cahaya mata mereka.

“Orang Eropah mendokumentasikan landskap mereka dengan baik jadi kerja pemuliharaan dapat dilakukan dengan merujuk semula peta asal taman itu.

“Projek berskala besar seperti ini lazimnya lebih bersifat memelihara alam sekitar, mempertimbangkan arah turun naik matahari, tinggi rendah bentuk muka bumi, peranan-peranan yang dapat dimainkan oleh satu-satu pokok dan sebagainya.

“Ia berbeza berbanding projek landskap di Malaysia yang lebih cenderung ke arah kosmetik,” jelas Azry yang menambah bahawa landskap di Malaysia tidak mempunyai identiti.

Katanya, hakiki seorang pereka landskap adalah untuk mempertimbangkan semua aspek seperti itu, bukan sekadar menyusun tanaman dan seterusnya menjadikan sesuatu kawasan itu cantik di pandangan. Malangnya di Malaysia, kata Azry, permintaan klien mengatasi aspek berkenaan.

Berulang-alik dan bertungkus lumus dengan projek-projek berskala besar di negara orang, Azry kemudiannya kembali ke Shah Alam, Selangor pada tahun 2005.

Belum sempat membuang penat, Azry terbang pula ke Bintulu, Sarawak, untuk merencana Pelan Utama Landskap Ranau-Kundasang bersama Pihak Berkuasa Pelabuhan Bintulu.

“Selepas ini, jika ada resort yang mahu dibina di kawasan itu, mereka perlu mematuhi pelan tersebut,” katanya yang menjelaskan antara faktor yang perlu dipertimbangkan dalam usaha pembangunan di situ termasuklah tidak mengganggu ekologi dan meminimumkan kerosakan.

Turut terlibat dalam projek menutup bekas lombong untuk pembangunan di Mamut, Sabah, Azry tidak merancang untuk membiarkan ilmu di dadanya lenyap dimamah masa.

Beliau nekad menjengah ibu pejabat Astro dan menyerahkan usul agar stesen siaran berbayar itu mewujudkan rancangan tentang cara yang betul mereka landskap.


KONSEP dan falsafah di sebalik pembikinan sesebuah landskap perlu mengambil kira beberapa faktor seperti sifat memelihara alam sekitar, mempertimbangkan arah turun naik matahari, tinggi rendah bentuk muka bumi, serta peranan-peranan yang dapat dimainkan oleh satu-satu jenis pokok.

“Program televisyen memang dapat mempromosi dan meraih kepercayaan orang ramai dengan mudah,” ujarnya yang kini menerajui Ekspresi Laman setiap Selasa pukul 10.30 pagi.

Sehingga hari ini, rezeki mereka landskap datang kepadanya mencurah-curah. Tidak cukup dengan itu, beliau turut diberi kepercayaan untuk mereka set pentas.

Program hari raya seperti Teratak CT Datuk Siti Nurhaliza dan Raya Bersama Fara yang menampilkan Fara Fauzana sebagai watak utama dan banyak lagi mendapat sentuhan peribadi genius landskap ini.

Lewat hari ini, Azry turut aktif mereka dalaman rumah individu. Baru pulang dari Japara, Indonesia, untuk satu lagi projek rekaan dalaman dan landskap, kata Azry, kebanyakan kliennya cenderung memberi wang untuk kos keseluruhan projek dan membiarkan dia melakukan apa yang difikirkan terbaik untuk mereka.

“Sebelum mereka sesebuah rumah atau landskap rumah, saya akan bertanyakan tentang gaya hidup keluarga yang bakal mendiami rumah itu.

“Maklumat ini penting untuk memastikan rekaan yang dihasilkan berfungsi selari dengan gaya hidup yang dijalani keluarga itu,” terangnya yang memiliki nurseri menyemai anak pokok sendiri.

‘Kegilaan’ kliennya mula dihadapi sejak bekerja di London.

“Ada klien yang mahu bawa masuk gaya hidup negara lain. Mereka sanggup menghantar saya ke negara berkenaan untuk membuat kajian dan mencari keperluan yang sesuai untuk rekaan itu.

“Tidak kurang juga yang membelanjakan sehingga RM600,000 untuk sekeping lukisan tetapi masih gagal menghidupkan suasana dalam rumahnya,” kongsinya.

Perit turut dirasakan apabila ada antara kliennya yang mengubah rancangan rekaan pada saat-saat akhir.

“Rekaan sudah hampir siap, tetapi selepas pulang dari luar negara atau setelah melihat majalah rekaan dalaman, mereka boleh tiba-tiba mengubah fikiran dan mahukan sentuhan yang berlainan daripada idea asal.

“Sebaik-baiknya setelah bersetuju dengan satu-satu rekaan, biarlah kekal dengan persetujuan itu. Kerana perubahan akan menyebabkan kerja tertangguh, meningkatkan lagi kos dan macam-macam hal.


KEBANYAKAN klien Azry cenderung memberi wang untuk kos keseluruhan projek dan membiarkan dia melakukan apa yang difikirkan terbaik untuk mereka.

“Kerja mengubah sesuatu yang sedia ada jauh lebih sukar berbanding memulakannya daripada kosong,” kata Azry.

Berkongsi pahit jerih dan kemanisan momen bahagia bersama isteri, Ayu Natalia Ibrahim, dan dua anak mereka, Azry berkata mereka sekeluarga masih menantikan ruang waktu untuk berehat.

“Sejak balik ke Malaysia tiga tahun lepas, kami masih belum sempat bercuti bersama ke mana-mana. Tetapi kalau peluang itu datang, saya teringin benar hendak masuk ke hutan. Saya bercita-cita untuk menjenguk semua taman negara di seluruh dunia,” ceritanya.

Kosmo

Pengantin Bertudung Usah Risau Lagi

16 Nov

Busana sentuhan merah jambu kusam serlah penampilan

Soalan

SAYA berumur 25 tahun dan bakal melangsungkan perkahwinan pada tahun depan. Saya kini masih tercari-cari warna tema dan busana yang bersesuaian dengan bentuk tubuh saya dan tona kulit. Saya berhasrat mengenakan tudung dan baju kebaya pada hari bersejarah itu nanti. Bentuk tubuh saya agak kurus iaitu 46 kilogram dengan ketinggian 163 sentimeter (sm). Tona kulit saya gelap manakala bentuk wajah saya bujur.

Zue, Kota Bharu, Kelantan.

Jawapan

BAGI Zue dan juga bakal pengantin bertudung, rasanya anda tidak perlu terlalu risau mengenai pemakaian tudung yang ingin dipadankan bersama pakaian pengantin kerana kini sudah banyak pereka mereka busana pengantin yang sesuai untuk anda.

Untuk pengetahuan anda, pemilihan warna yang sesuai bagi mereka berkulit gelap adalah pilihan warna klasik iaitu putih sebagai asas.

Pada pendapat saya, warna putih boleh digayakan untuk apa juga warna kulit. Bagaimanapun, lebih sesuai jika nuansa putih yang dipilih bercampur sedikit nuansa krim atau lebih tepat, putih gading.

Supaya rekaan terhasil mempunyai impak yang boleh mengubah penampilan anda, gunakan sentuhan warna seperti merah jambu kusam atau merah jambu pucat pada bahagian perincian.

Memiliki wajah yang bujur memberikan kelebihan bagi wanita bertudung kerana anda sesuai menggayakan sebarang rekaan tudung tetapi lebih elok jika di majlis perkahwinan itu nanti, anda kenakan tudung nipis dan ringkas. Ini bagi mengelakkan anda kelihatan sarat apabila ia dipadankan dengan layah.

Mengenakan kebaya untuk pemilik tubuh seperti Zue tidak menjadi sebarang masalah kerana pada penelitian saya, anda memiliki tubuh yang langsing. Tapi untuk kelainan pada hari istimewa nanti, lebih cantik jika anda kenakan busana diilhamkan daripada rekaan kebaya Jawa.

Perhatikan rekaan, potongan bawah baju dibuat sama seperti kebaya tapi tanpa belahan. Ilusi belahan dihasilkan melalui tatahan jemeki bercorak sederhana supaya tidak kelihatan sarat bersama tampalan renda pada hujung baju.

PROFIL: Hazwani Osman

Usia : 26 tahun Asal : Perak Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Fesyen (Kepujian) UiTM Shah Alam. Diploma Seni Lukis dan Seni Reka (Fesyen) UiTM Sri Iskandar, Perak. Pencapaian : Pakaian Terbaik Lelaki (Ijoy) Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007 Finalis top 20 MiFA 2006 Finalis Trofi Pesona Pengantin 2005 Finalis Jusco Young Designer 2003 Mereka pakaian selebriti seperti Nasha Aziz, Mawi, Fazura, Fara Fauzana, Faizal Tahir, Fazli Zainal, Mila, Diddy AF, Dafi, Awal Ashaari dan Sharifah Shahira. Untuk mendapatkan khidmat pereka muda ini, hubungi 012-3682673 atau kunjungi Hazwani Osman Couture di Vista Amani Condo, Jalan Seri Permaisuri 3, Bandar Sri Permaisuri, Cheras.

Berita Harian

Hot FM Terbit Drama

12 Sep

Oleh HARYATI KARIM
haryati.karim@kosmo.com.my


KELUARGA besar Hot FM ketika majlis berbuka puasa baru-baru ini.

STESEN radio yang semakin meningkat naik Hot FM, kini telah pun menerbitkan sebuah drama radio sempena raya berjudul Macam-Macam Cinta yang dibawa khas oleh Astro.

Menariknya, drama 20 episod yang bermula pada 8 September lalu ini menggabungkan suara-suara deejay Hot FM sendiri dan juga artis-artis kelahiran Astro.

Antaranya Farah Diana, Farish Aziz, Sharifah Aleya, Azura, Shawal, Kartini, Anne, Ikhwan, Faizal Ismail, Farah Fauzana, Afik dan Tokwan Halimah.


FARA FAUZANA dj kesayangan ramai dan kesayangan Hot FM juga.

Drama yang memaparkan kisah tentang persahabatan dan kasih sayang ini buat pertama kalinya disiarkan di stesen radio ini. Idea untuk menerbitkan drama radio ini bermula dengan satu proposal dan pihak Astro merupakan pihak yang pertama berminat dengannya.

“Walaupun Hot FM di bawah Media Prima dan Astro merupakan stesen yang berlainan yang juga merupakan pesaing, tetapi dalam situasi ini mereka adalah pelanggan.

“Lagipun, kami radio dan mereka stesen televisyen, jadi setakat ini tiada apa-apa masalah selagi tidak menggunakan mana-mana penyampai radio daripada Astro,” kata Pengurus Rangkaian Program Hot FM, Anida Mohd Tahrim ketika ditemui di majlis berbuka puasa Hot FM baru-baru ini.


SEELAN (kanan) mengharapkan acara seperti ini dapat mendekatkan lagi krew Hot FM dan anggota media.

Sungguhpun, Astro yang menaja keseluruhan kos pembikinan drama radio ini, hak milik siaran hanya kekal untuk Hot FM sahaja dan tidak akan ditayangkan di mana-mana stesen radio milik Astro.

“Sebelum memulakan perjanjian ini, kami telah memikirkan baik buruk serta telah mengadakan perbincangan antara kedua-dua belah pihak, malah di pihak kami tiada masalah begitu juga dengan mereka,” tegasnya lagi.

Meskipun ramai yang melihat pembikinan drama radio seperti sesuatu yang ketinggalan zaman, Hot FM masih menganggap ia relevan dan masih boleh diguna pakai sebagai bahan hiburan di radio.


ALEEYA turut terlibat dalam drama raya terbitan Hot FM.

“Kami ingin beri kelainan, dan ia masih relevan untuk pendengar kerana ia bukan selalunya tersiar di radio, jadi sangat menarik untuk diikuti.

“Jika orang sudah mula mengikuti cerita ini, pasti mereka akan terus mengikutinya dan saya pasti dengan cara pelakon-pelakon ini melontarkan dialog, tidak sukar untuk mereka menarik minat pendengar,”ulasnya lagi.

Walaupun drama ini hanya ke udara selama dua hingga tiga minit, tetapi kos untuk pembikinannya boleh dikatakan agak besar dan ia diakui sendiri oleh Anida.

“Kosnya memang besar kerana ia melibatkan banyak pihak, ia nampak ringkas tetapi tetap mempunyai pengarah yang merangka dan mencorakkan jalan cerita ini untuk menjadi lebih menarik,” katanya.

Drama radio Macam-Macam Cinta ini akan ke udara setiap hari pada pukul 8.40 pagi dan ulangannya pada 3.40 petang.

Buka puasa Hot FM meriah

Sementara itu, Hot FM sempat meraikan rakan media dalam satu majlis buka puasa yang dijalankan dengan penuh sederhana.

Majlis itu tetap meriah dengan kehadiran penyampai Hot FM dan Fly FM selain orang-orang kuat mereka termasuklah, Pengurus Besar Rangkaian radio Media Prima, Seelan Paul dan Ketua Rangkaian Radio Media Prima, Ahmad Izham Omar.


ANIDA MOHD. TAHRIM

Menurut Seelan, majlis berbuka puasa ini merupakan majlis terbesar yang pernah dilakukan pihak Hot FM berbanding tahun sebelumnya yang dibuat secara kecil-kecilan.

“Selain makan-makan, ia bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan antara krew-krew Hot FM, dj dan juga media. Acara ini boleh dikatakan seperti acara tahunan yang kami lakukan, yang bezanya cuma besar atau kecil majlis itu.

“Kami berharap tahun ini akan meningkatkan lagi pengaruh radio Hot FM dan Fly FM ke seluruh negara. Walaupun kami masih baru, tetapi peningkatan kami ditahap yang agak baik dan kami ingin terus berikan yang terbaik kepada pendengar setia dan bakal pendengar kami di luar sana,” katanya.

Kosmo

Macam Baru Keluar Penjara – Faizal

19 Apr

Oleh TENGKU SUZANA & FAIZAL SAHARUNI

“HARI ini buat pertama kalinya semenjak tiga bulan, mandi saya betul-betul basah. Sebelum ini saya mandi tapi rasa macam pakai baju saja setiap masa,” luah jejaka yang mendapat jolokan ‘super Faizal’ ketika berdiri di pentas pertamanya selepas bebas dari ‘tawanan’.

Bukan sekadar jolokan manja, tetapi gelaran ‘super Faizal’ yang ditujukan kepadanya itu ada benarnya. Faizal, 30, ternyata memilik faktor yang sewajarnya ada pada seseorang selebriti.

Biarpun direjam dengan kontroversi, dikeji kononnya bersikap kurang bijak dan tidak beretika, tetapi itu bukan penyebab dia dibenci peminatnya. Bahkan di luar dugaan, pada persembahan Minggu Setiausaha di Hotel Crown Princes, Kuala Lumpur, Khamis lalu, membuktikan segala-galanya.

Faizal dipeluk dan dikerumuni peminat setia yang rata-ratanya terdiri daripada wanita, bahkan ada yang berpangkat ibu dan kakak buat Faizal.

Ini maknanya, Faizal tetap disayangi dan pembebasannya pada 16 April lalu adalah saat yang diraikan dengan gembira oleh semua, khususnya para peminat.

“Saya terkejut dan teruja bukan kepalang dengan respons yang sangat memberangsangkan daripada para hadirin yang datang. Masa kena peluk tadi, saya tidak mampu berkata apa-apa, kejang sekejap rasanya,” kata Faizal yang pertama kali diberi peluang memeriahkan Minggu Setiausaha sejak bergelar artis.

Penyanyi yang popular dengan lagu Mahakarya Cinta ini juga menyifatkan persembahan Minggu Setiausaha ini juga pembuka tirai dan platform untuknya memulakan langkah baru selepas terkandas akibat kesilapan sendiri.

Sambil berseloroh bapa kepada dua anak ini memberitahu: “Saya harap lepas ini orang datang untuk tengok persembahan saya, bukannya mahu tengok saya buka baju.”

Tidak banyak menunjukkan kepakaran gimik atau membuat kejutan, Faizal lebih selesa menghiburkan para setiuasaha dan golongan korporat yang hadir pada persembahannya ini dengan vokal dan nyanyian yang bertenaga.

Barangkali mahu melepaskan rindu dendamnya, dia menyanyi tanpa rasa bersalah.

Berkongsi pentas dengan penyampai radio Hot FM, Sharifah Aleya yang bertindak sebagai pengacara majlis, Faizal mendapat tepukan gemuruh dan jeritan rindu seluruh dewan selepas mendendangkan beberapa lagu termasuklah Sampai Syurga, Kasih Tercipta, Mahakarya Cinta, Sempurna, We Will Rock You dan Superman (It’s Not Easy).

AKU SUDAH BEBAS… Aksi klise Faizal mengiringi pembebasannya pada 16 April lalu.

Biarpun sekejap, tetapi apa yang dirasai sepanjang persembahan Faizal ini, memang satu petanda yang sangat cemerlang.

Bisik seorang teman, “sudah lama tidak ada penonton begitu obses terhadap seseorang artis.”

Biasanya Mawi dan Anuar Zain sahaja yang mendapat sambutan begini, tetapi rupa-rupanya Faizal juga punya keunggulan tersendiri di mata peminatnya.

Sehari sebelum mengadakan persembahan Minggu Setiausahanya ini, Faizal terlebih dahulu diundang untuk bersiaran secara langsung buat pertama kali semenjak 15 Januari lalu.

Faizal yang meraikan hari pembebasannya pada 16 April turut memberitahu Kosmo! mengenai perasaannya pada hari pertama selepas pembebasannya itu.

Debaran melewati tarikh itu sebenarnya satu detik gemuruh biarpun rasa lega bersiram di jiwa.

“Saya gementar semasa bangun pagi. Lebih menakutkan lagi apabila mengenangkan saya akan muncul secara langsung di TV, radio, internet dan telefon bimbit melalui Hot FM AM Krew.

“Rasa macam baru keluar dari penjara, hakikatnya memang menggembirakan lepas jalani hukuman,” luah Faizal ketika ditemui di konti radio Hot FM, Sri Pentas, Bandar Utama, pada hari pembebasannya itu.

Tiga bulan menjalani hukuman berat dan menyeksakan itu, Faizal menganggap bagai disisihkan masyarakat akibat silap membuat percaturan seterusnya mengatur langkah sumbang.


HANYA bersandarkan kebolehan vokal, persembahan Faizal Tahir mempesonakan hadirin yang datang.

“Alhamdulillah, saya dapat laluinya dengan baik. Denda itu saya anggap pengajaran berguna.

“Saya tidak pernah rasakan hukuman itu jadi satu masalah, sebaliknya ia memotivasikan saya untuk bekerja lebih kuat.

“Kalau boleh saya mahu buktikan kepada masyarakat dengan menyumbang hasil atau produk berguna kepada industri seni,” azam Faizal bersungguh-sungguh.

Langkah baru FaizalSejarah itu mahu dibukukan sebagai iktibar, lelaki berkulit hitam manis semakin bersemangat dengan perkembangan dan perancangan masa depannya bergelar anak seni.

“Selepas ini saya sibuk mengendalikan GangStarz 2 sebagai hos bersama Fara Fauzana dan Kartini bermula 27 April ini.

“Saya juga tak sabar menanti kelahiran album baru yang masih dalam perancangan awal. Tiada apa yang lebih membahagikan saya melainkan muzik,” luah Faizal teruja.

Penuh hemah menyusun tiap baris ayatnya, Faizal memberitahu, selama dia ‘bertapa’ dan bermuhasabah diri sepanjang 90 hari, pelbagai perkara sudah diteroka termasuk hal berkaitan kehidupan dan tanggungjawab sebagai pemuzik.

“Saya dapat tingkatkan skil menggubah dan tulis lirik lagu yang bukan hanya untuk kegunaan saya, sebaliknya kepada penyanyi lain.

“Banyak belajar dengan Audi Mok bagi memantapkan lagi kemahiran dan bakat yang saya punyai.

“Setakat ini saya tulis lagu untuk Badri yang berjudul Selamanya. Selain itu, saya sedang terlibat dalam pembikinan lagu Fiq Mentor, Maya Karin, Aliff, Bob dan Fazli Zainal,” ungkapnya.

Kalaulah diberikan kekuatan, ingin benar Faizal merealisasikan impiannya mengadakan satu showcase atau persembahan khas buat peminat.

Faizal menaruh harapan untuk berdendang di pusat-pusat hiburan seperti Planet Hollywood mahupun Hard Rock Cafe pula.

Jelas Faizal, selama ini dia sudah dikenali sebagai penyanyi tetapi fokusnya adalah memperkenalkan jalur muzik yang dibawanya.

“Saya mahu jadi pemuzik serba-boleh. Saya selesa dilihat dalam status pemuzik, selain nyanyian yang menjadi keutamaan saya,” katanya yang meraih nominasi paling banyak bagi penyanyi lelaki dalam Anugerah Industri Muzik 15 (AIM 15) yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, 3 Mei ini.

Pada majlis Anugerah Planet Muzik (APM) yang akan berlangsung malam esok di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Faizal juga turut mendapat empat pencalonan termasuklah kategori Album Terbaik.

Powered by Kosmo

Mawi Is Most Popular Artiste Again

31 Mar

Mawi with the Peugeot 407SR and trophies he won at the Arena of Stars, Genting Highlands, last night.

Mawi with the Peugeot 407SR and trophies he won at the Arena of Stars, Genting Highlands, last night.

GENTING HIGHLANDS: Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007 saw Asmawi “Mawi” Ani repeating his feat the previous year when he was voted Most Popular Artiste.

Garnering 190,268 votes from Berita Harian readers, he fought off the challenge from several strong contenders like singer Datuk Siti Nurhaliza and actor and comedian Saiful Apek in the annual awards held at the Arena of Stars here last night.

The Akademi Fantasia 3 champion took home a RM185,000 Peugeot 407, jewellery worth RM150,000, including an 18-carat white gold and diamond necklace from Habib Jewels, and electrical goods from JVC.

Mawi was also named Popular Male Singer while Siti was Popular Female Singer.

The Popular Group/Duo award went to Sofaz.

Aznil Nawawi and Fara Fauzana defended their Popular Male and Female TV Host titles respectively.

Faizal Ismail won the Popular Male Radio Presenter while Fara Fauzana, the Popular Female Radio Presenter.

The Popular Male and Female Comedian awards went to Saiful Apek and Sheila Rusly while the Popular New Male and Female Artistes were Dafi Ismail and Mila Jirin respectively. Nasyid group Rabbani held on to their Popular Nasyid Singer title.

Popular Film Actor was Rusdi Ramli while the Popular Film Actress was Fasha Sandha. Rosyam Nor bagged the Popular TV Actor award while Dynas Mokhtar won Popular TV Actress.

A special award for lifetime achievement in show business was presented to singer, composer and songwriter M. Nasir.

The awards ceremony, broadcast live over TV3, was hosted by television personality, singer and actress Fauziah “Ogy” Ahmad Daud and presenter-cum-comedienne Raja Azura.

The winner in each category received a trophy and RM20,000 worth of jewellery.

Singers Amy of Search, Anuar Zain, Atilia, Awie, Ella and Ramli Sarip, among others, performed their hit songs.

Present were New Straits Times Press (M) Bhd group editor-in-chief Datuk Hisha-muddin Aun, Berita Harian group editor Datuk Manja Ismail and NSTP chief executive officer Datuk Syed Faisal Albar.

Powered by New Straits Times

Batik Bold And Beautiful

27 Mar

Fauziah Ahmad Daud (left) and Raja Azura.

Fauziah Ahmad Daud (left) and Raja Azura.

The red carpet is all set to be rolled out this Sunday for the Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007. DENNIS CHUA has details of the event regarded as among the most prestigious by local entertainers.

THE Arena of Stars in Genting Highlands is set to host the Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007 (ABPBH 2007), an annual award show at which leading Bahasa Malaysia daily Berita Harian honours the nation’s most popular entertainers.

The 21st ABPBH will be carried “live” on Sunday at 9pm over TV3 and on official radio station Hot FM. Zany television personalities actors Fauziah “Ogy” Ahmad Daud and Raja Azura, will be emcees once again. Coincidentally, Ogy and Azura are in the running for Most Popular Female Television Host.

Batik Glam is the dress code this year, and viewers can expect the celebrities to walk down the red carpet dressed in innovative batik creations.

The suits and dresses will be the handiwork of both veterans and newbies in fashion design including Bill Keith, Jovian Mandagie, Khairy Sufi, Michael Shu, Rizman Ruzaimi and Kenny Loh.

Awards presenters will include Akademi Fantasia host AC Mizal, Afdlin Shauki, Awie, Datuk Yusni Hamid, Erra Fazira, Hans Isaac, Diana Danielle, Iqram Dinzly, Sharifah Aleya, Fauziah Latiff, Ning Baizura, Sharifah Shahira, Nora Danish, Nurul, Estranged, Rashidi Ishak, Noryn Aziz, Anne Ngasri and Rozita Che Wan.

The reigning Most Popular Male Artiste Asmawi “Mawi” Ani and his female counterpart Datuk Siti Nurhaliza will be among the performers on Sunday evening.

Joining them are rock king Amy Search, Anuar Zain, Raja Atilia, Awie, Datuk Jalaluddin Hassan, Ella, Fasha Sandha, Liza Hanim, Meet Uncle Hussain, Ramli Sarip, Julia Ziegler, Dynas Mokhtar, Hattan, Heliza Helmi, Fouziah Gous and Bob Usop. Popular actor Jalaluddin will present his first vocal performance before a live audience.

Akademi Fantasia 6 principal Ramli MS is the event’s music director, and will lead a 40-member team of musicians.

Artistes will also pay a musical tribute to the late songwriter and actor Rosli Khamis or Loloq, who died early this year after a long illness.

Mawi has won the Most Popular Artiste title for two consecutive years. Siti won the title six times, and has been the Most Popular Female Artiste since 1996.

At last year’s event, pop king Jamal Abdillah and Mawi shared the Popular Group/Duo award. Halim Othman and Linda Onn were the Popular Male and Female Radio Presenters respectively. Linda of Era. FM has never lost in her category (which was introduced in 2001).

Rabbani defended its five-year monopoly of the Popular Nasyid Group category, effectively shutting out long-time competitor Raihan, which clinched the title during its first two years — 1999 and 2000.

Top-notch actor Rosyam Nor won the Popular TV Actor award, which he first received in 2002, and king of comedy Saiful Azam Yusoff (or Saiful Apek) took home the Popular Film Actor category.

Former Akademi Fantasia host Aznil Nawawi and Melodi host Fara Fauzana bagged the Popular Male and Female TV Presenter awards, while Apek and Apa Apa Aje host Sheila Rusly took home the Popular Male and Female Comedian awards.

The Popular New Male Artiste was Faizal Ramly, and the Popular New Female Artiste was Farawahida. Fasha Sandha won the Popular TV Actress and Popular Film Actress awards.

The legends of screen and song honoured were director Datuk Jamil Sulong, “pop yeh yeh” master Jefrydin and veteran actress Datin Umi Kalthom. They received the Special Lifetime Achievement Award (Jamil) and Special Veteran Artiste Awards (Jefrydin and Umi Kalthom).

The most coveted award, Most Popular Artiste, will win the recipient this year a Peugeot 407 worth RM185,000, jewellery worth RM150,000, and electric goods from JVC.

The event’s main sponsors are Habib Jewels Sdn Bhd and Nasim Sdn Bhd. The other sponsors are JVC Sales and Services, the Palace of the Golden Horses and Mara Liner.

Nominees for 2007

Popular TV Host (Male)
1. AC Mizal
2. Ally Iskandar
3. Aznil Nawawi
4. Azwan Ali
5. Wahid Mohamad

Popular TV Host (Female)
1. Cheryl Samad
2. Fara Fauzana
3. Fauziah Ahmad Daud
4. Raja Azura
5. Sharifah Shahira

Popular Radio Presenter (Male)
1. Aznil Nawawi (Era FM)
2. AC Mizal (Era FM)
3. Faizal Ismail (Hot FM)
4. Khairil Rashid (Sinar FM)
5. Kieran (Era FM)

Popular Radio Presenter (Female)
1. Abby Fana (Sinar FM)
2. Fara Fauzana (Hot FM)
3. Linda Onn (Era FM)
4. Nana Mahazan (Era FM)
5. Nila Kurnia (Sinar FM)

Popular Comedian (Male)
1. Afdlin Shauki
2. AC Mizal
3. Saiful Apek
4. Piee
5. Zul Yahya

Popular Comedian (Female)
1. Adibah Noor
2. Kenchana Devi
3. Raja Azura
4. Sharifah Shahira
5. Sheila Rusly

Popular New Artiste (Male)
1. Bard R1
2. Dafi Ismail
3. Diddy Muhid
4. Fiq Halim
5. Kaer Azami

Popular New Artiste (Female)
1. Farah Asyikin
2. Fouziah Ghous
3. Heliza Helmi
4. Julia Ziegler
5. Mila Jirin

Popular Nasyid Singer
1. Hijjaz
2. Inteam
3. Mirwana
4. Rabbani
5. Raihan

Popular Singer (Male)
1. Adam Mat Saman
2. Anuar Zain
3. Faizal Tahir
4. Mawi
5. Hazami

Popular Singer (Female)
1. Adibah Noor
2. Mila Jirin
3. Jaclyn Victor
4. Misha Omar
5. Datuk Siti Nurhaliza

Popular Group/Duo
1. Kristal
2. Jinbara
3. Misha Omar and Andy
4. Spider
5. Sofaz

Popular Film Actor
1. Afdlin Shauki
2. Pierre Andre
3. Rusdi Ramli
4. Rosyam Nor
5. Saiful Apek

Popular Film Actress
1. Erra Fazira
2. Fasha Sandha
3. Maya Karin
4. Sharifah Amani
5. Vanidah Imran

Popular TV Actor
1. Aaron Aziz
2. Arash Mohamad
3. Fahrin Ahmad
4. Rosyam Nor
5. Datuk Jalaluddin Hassan

Popular TV Actress
1. Dynaz Mokhtar
2. Eja
3. Fasha Sandha
4. Rita Rudaini
5. Rozita Che Wan

Powered by New Straits Times