Archive | Fauziah Latiff RSS feed for this section

Depan Mata: Jac Layak Jadi Mentor?

27 Apr

Rap
PERANG program realiti sudah bermula. Jika One In A Million musim ketiga (OIAM3) menutup tirainya Jumaat ini untuk memilih juara ketiga selepas Suki dan Ayu, Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) pula menyusul pertengahan Mei.

Mei juga bakal menyaksikan pertarungan peserta Bintang RTM dan Mentor musim ketiga. Matlamatnya sama, mencungkil bakat baru dalam bidang nyanyian seterusnya melahirkan sebutir bintang di empat stesen televisyen, OIAM di 8TV, AF (Astro), Bintang RTM (RTM) dan Mentor (TV3).

Tidak cukup saingan mencungkil bakat penyanyi, diperkenalkan pula program mencari pelakon.

Bukan satu, tetapi ada dua program yang punya konsep sama, Anak Wayang untuk siaran Astro dan Pilih Kasih (RTM). Sebelum ini ada Audition di ntv7, tetapi hanya sempat bersiaran dua musim terus hilang.

TV3 pula tampil dengan Mentor musim ketiga memperkenalkan enam mentor, Adibah Noor, Lah VE, Awie, Ajai, Mas Idayu dan Jaclyn Victor. Mereka bakal membimbing protege yang berjaya dipilih hasil uji bakat.

Konsep Mentor agak unik dan berbeza kerana mentor akan menurunkan segala ilmu dimiliki kepada seorang protege. Apabila enam mentor itu diperkenalkan, tertanya -tanya juga mengapa Jac?

Bukan menidakkan kemampuan penyanyi Gemilang itu, tetapi rasanya baru saja kita lihat pahit getir dan perjuangan Jac dalam program realiti Malaysian Idol. Kini sudah menjadi mentor untuk membimbing protege?

Sudah tiada lagikah artis kita yang berpengalaman dan berpengetahuan luas untuk menjayakan program itu? Sudah tentu ramai yang lebih layak, lagipun program itu hanya memerlukan enam mentor.

Sekadar memberi beberapa contoh, Datuk Sheila Majid, Datuk Khatijah Ibrahim, Datuk Sharifah Aini, Aishah, Datuk DJ Dave, Anuar Zain, Ziana Zain, Ramlah Ram, Rahim Maarof, Amy Mastura, Deja Moss, Camelia, Francissca Peter, M Nasir, Jamal Abdillah, Ella dan Fauziah Latiff.

Cuma mungkin masalah komitmen atau pun mereka tidak menjadi pilihan kerana faktor populariti. Maklumlah, untuk menarik penonton, perlukan artis popular.

 

 

Dalam pengejar populariti, sememangnya stesen televisyen meletakkan percaturan kepada nama-nama popular. Kehadiran artis yang sudah ada nama sebagai peserta menjadi tarikan OIAM dan konsep ini turut digunapakai AF7 apabila membuka penyertaan kepada artis yang pernah merakamkan album.

Kalau pesertanya tidak popular, pengacaranya perlu artis dikenali. Mungkin atas dasar itu, Anak Wayang memilih dua pelakon popular, Fazura dan Rusdi Ramli sebagai pengacara.

Mungkin RTM perlu menggunakan pendekatan ini untuk Bintang RTM kerana saban tahun program itu kurang diperkatakan walaupun menampilkan peserta yang punya vokal mantap.

Apabila dinamakan perang, tentulah masing-masing mengatur strategi untuk memastikan program mereka menarik perhatian penonton. Kalau tidak ramai yang menonton, bermakna program dianjurkan tidak popular.

Antara AF, OIAM, Mentor dan Bintang RTM, mana satu lebih popular dan menjadi sebutan? Rasanya AF lebih berjaya bukan sekadar mencipta fenomena malah satu ketika sampai deman dengan pelbagai kejutan saban minggu hingga ramai ternanti-nanti apa lagi bentuk kejutan diperkenalkan.

Kalau diikutkan jumlah penonton yang melanggan Astro, banyak manalah berbanding mereka yang boleh menonton saluran percuma.

OIAM dan Mentor bertuah kerana 8TV dan TV3 berada di bawah payung Media Prima Berhad yang ada stesen radio Hot FM, Fly FM dan One FM. Tidak cukup dengan itu, bantuan rakan media dari akhbar kumpulan New Straits Times Press (M) Sdn Bhd (NSTP).

Bintang RTM juga mempunyai ruang sama kerana stesen kerajaan itu ada RTM1 dan RTM2 dan juga stesen radio tapi kalau diukur dari segi populariti, Bintang RTM paling bawah.

Mungkin RTM memerlukan rakan media untuk menyokong program mereka. Begitu juga Anak Wayang dan Pilih Kasih yang mempunyai konsep sama, perlu mengatur strategi sendiri. Bagaimana caranya? Tentulah melalui publisiti dan promosi yang dilakukan sama ada percuma atau berbayar.

Tapi dalam dunia berkiblat kebendaan dan wang ringgit, tiada yang percuma. Kalau ada duit, semua boleh jadi. Bukan maknanya sogok rasuah untuk membodek tapi melalui pembelian iklan di media cetak. Itu cara paling mudah dan berkesan.

Saya sarankan beli iklan di akhbar nombor satu Harian Metro yang mempunyai lebih dua juta pembaca. Astro sanggup melabur wang yang banyak bagi memastikan publisiti dan promosi program terbitannya di akhbar kumpulan NSTP terutama AF dan Anak Wayang.

Pilih Kasih juga perlu peruntukkan bajet besar untuk publisiti. Rasanya bajet bukan masalah kerana Suhan Movies & Trading Sdn Bhd mendapat tajaan RM4.3 juta daripada syarikat telekomunikasi.

Lebih-lebih lagi untuk merealisasikan azam Rosyam Nor mahu mencipta sejarah melalui Pilih Kasih sekaligus menaikkan rating RTM.

Sesuai dengan bajet besar dan azam besar, publisiti juga perlulah besar, jangan nanti orang bercakap mengenai Anak Wayang tetapi Pilih Kasih kurang menjadi pilihan.

Kalau masih ada berpegang cara lama dengan meminta simpati daripada rakan media atau bermodalkan air liur dan muka manis, sekali dua mungkin boleh tapi untuk memastikan publisiti besar-besaran dan berterusan, kuasa duit sangat penting.

innity_pub = “c16a5320fa475530d9583c34fd356ef5”;
innity_cat = “NEWS,MALAY”;
innity_zone = “194”;
innity_width = “260”;
innity_height = “230”;

Harian Metro

Ketahui Fungsi Pitera

15 Jan

Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus
asmaini@nstp.com.my

KALANGAN pengguna setia jenama kecantikan terkenal dari Jepun, SK-II, nama bahan aktif yang digunakan, Pitera, memang sudah tidak kedengaran asing lagi bagi mereka.

Namun, bagi yang belum pernah menggunakan produk jenama itu, nama bahan berkenaan sememangnya kedengaran agak pelik apatah lagi jika diberitahu ia sebenarnya dihasilkan daripada yis.

Menyedari hakikat itu, SK-II tampil dengan inisiatif membuka galeri Pitera di pusat beli-belah Mid Valley Megamall, di ibu negara, awal minggu ini.

Galeri yang dibuka selama seminggu berakhir 11 Januari lalu itu adalah yang pertama diwujudkan di luar Jepun dan ia juga sebagai salah satu strategi pemasaran jenama berkenaan di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Negara, Procter & Gamble (P&G) Malaysia, Yuri Hermida, berkata wanita di negara ini berpeluang mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kandungan unik Pitera menerusi pembukaan galeri berkenaan.

Kata Hermida, galeri yang dibuka secara terbuka itu mampu memberi maklumat mengenai fungsi Pitera dalam menjaga kesihatan serta kecantikan kulit yang selama ini tidak diketahui wanita.

“Sejak mula diperkenalkan kira-kira 30 tahun lalu, ramuan unik dalam produk SK-11 tidak pernah berubah.

“Pitera SK-II bukanlah pati yis sebaliknya ia larutan metabolik yang dihasilkan daripada proses penapaian sejenis yis unik,” katanya pada majlis perasmian galeri berkenaan, baru-baru ini.

Hadir sama, Duta SK-11 Malaysia, Fauziah Latiff yang turut berkongsi pengalaman sepanjang menggunakan produk jenama berkenaan, Ketua Pegawai Eksekutif Metrojaya Berhad, Robert Heng dan Pengarah Eksekutif Mid Valley City, Daniel Yong.

Sementara itu, jenama berkenaan turut menemukan pelakon terkenal kelahiran Alor Star, Kedah, Lee Sinje dan selebriti Hong Kong, QiQi dalam satu iklan televisyen yang bertemakan ‘Perubahan Kulit Tanpa Perubahan Komitmen”.

Iklan yang bakal ke udara bulan ini itu memaparkan pengalaman peribadi Sinje yang baru mencuba produk SK-II selama dua tahun berbanding QiQi yang sudah menggunakannya selama 12 tahun.

Harian Metro

Lisda Kaki Motor

13 Jan

Oleh YUSMAN AWANG
yusman.awang@kosmo.com.my

Segala onak dan duri kehidupan yang dialami sepanjang 30 tahun lalu sentiasa berbekas dalam diri Lisdawati Nazaruddin.


KESUKARAN dalam kehidupan bakal menjerumuskan manusia kepada dua perkara, sama ada kejahatan atau kebaikan. Bagi individu yang tewas, jalan singkat dipilih dengan merealisasikan perkara-perkara negatif.

Namun bagi yang tabah, mereka akan berusaha keras untuk mengubah nasib ke arah yang lebih baik. Realitinya, ia tidak semudah sebaris ayat tersebut.

Biarpun kejayaan sudah dalam genggaman, ada juga individu yang lupa dengan segala ranjau sepanjang jalan yang dilaluinya sebelum menggapai kejayaan.

Berhati-hati dan berjimat. Dua perkara ini sentiasa menjadi pembakar semangat buat pelakon Lisdawati Nazaruddin atau nama ringkasnya Lisda dalam menempuh hari-hari yang mendatang.


LISDA terlebih dahulu mencipta nama sebagai model iklan.

Ternyata kesusahan hidup masa silam yang dilaluinya masih berbekas.

“Saya tidak pernah dan tidak akan melupakan segala kesukaran hidup yang saya alami sebelum menjadi siapa saya hari ini,” ujarnya.

“Namun, saya tidak pula kata saya sudah benar-benar berjaya sekarang. Cuma saya bersyukur dengan apa yang ada setakat ini, memiliki rumah tempat berteduh, suami yang boleh berkongsi segalanya, dan anak yang menceriakan lagi kehidupan kami suami isteri,” ucapnya tulus.

Mengunjungi Lisda di kediamannya tempoh hari, ternyata pelakon jelita ini seorang yang cukup sederhana.

“Saya cukup berhati-hati dalam menjalani kehidupan ini supaya tidak mudah ditipu. Itu yang saya belajar setakat ini daripada kesukaran hidup yang saya alami pada masa lalu.

“Sebab itu saya sentiasa berjimat cermat kerana saya sedar sedikit kesenangan yang saya peroleh hari ini asalnya daripada kesukaran yang saya lalui dulu,” bicara Lisda, 30, sambil menunjukkan foto-foto dirinya ketika remaja.

Sebenarnya bukan senang mendapatkan individu terkenal untuk kembali menjejaki zaman remaja mereka. Lisda sendiri, sebagai contohnya, terpaksa menyelongkar di setiap ceruk rumahnya untuk mencari kembali foto-foto yang melakar kronologi sejarah dirinya.


LISDA sememangnya seorang kaki motor ketika zaman remajanya. Bergambar kenangan ketika berusia 20 tahun dengan motosikal Aprillia.

Menyaksikan Lisda hari ini sebagai pelakon drama dan filem serta terbaru bakatnya sebagai penari yang cukup terserlah selepas berjaya menjuarai program Sehati Berdansa musim kedua bersama suami tercinta, aktor Fauzi Nawawi, 36, pasti ada yang menyangka bakat seninya itu tercetus sejak kecil lagi. Salah sangkaan itu.

“Kalau nak kata bakat seni saya terserlah sejak kecil lagi, tidak juga. Saya memang seorang yang takut naik ke pentas. Pernah ketika di tingkatan dua, saya dan seorang rakan mendapat giliran untuk membaca puisi ketika perhimpunan sekolah.

“Rakan saya itu lancar sahaja bacaan puisinya, tetapi bila tiba giliran saya kena sambung puisi yang dibacakannya, tubuh saya jadi menggeletar sampai tak terkeluar suara. Masa itulah air mata saya mulai mengalir dan dengan perasaan penuh malu saya terus melarikan diri turun dari pentas,” ungkap Lisda.

Ahli sukan

Menetap bersama keluarganya di Sentul, Kuala Lumpur, Lisda menimba ilmu di Sekolah Rendah Bandar Baru Sentul sebelum melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Bandar Baru Sentul. Di sekolah dia memiliki bakat sebagai ahli sukan.

“Saya pernah menjadi wakil sekolah dan kemudian Kuala Lumpur untuk Sukan Malaysia (Sukma) menerusi sukan lompat jauh dan lompat kijang. Kalau nak tahu jurulatih saya ialah Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir (kini Datin Paduka dan dikenali sebagai penakluk Artik dan Antartika).

“Beliau bukanlah guru di sekolah saya tetapi diambil khas untuk melatih sukan yang diceburi saya. Pada masa itu saya di tingkatan dua.

“Namun, selepas hampir dua tahun di bawah latihannya, beliau kemudian menyambung pelajaran ke Kanada. Jadi, saya tidak lagi mempunyai mentor menyebabkan semangat dan minat saya dalam sukan pun lebur. Pendek kata dalam istilah sukan, saya ‘gantung spike’,” kenang Lisda.


KIRI: BERSAMA adik tersayang ketika Lisda berumur 10 tahun. KANAN: LISDA (kiri) bersama adik-beradik selalu berkunjung ke Zoo Negara.

Itu bukanlah pengorbanan yang dilakukannya untuk mencapai kejayaan. Sebaliknya, Lisda harus melakukan pengorbanan sejurus persekolahannya tamat menjelang 1996.

“Ketika itu saya hanya fikir mahu bekerja dan cari duit memandangkan keluarga saya bukannya daripada golongan kaya. Saya fikir kalau saya sambung belajar pun, nanti tak cukup wang, lagipun abang saya, Adi, ketika itu bakal masuk UiTM, jadi saya dulukan abang,” beritahunya.

Sambung Lisda, “Syukur saya kemudian mendapat kerja sebagai kerani di sebuah syarikat insurans di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.

“Saya ingat ketika zaman gawat sekitar 1997, saya masih bekerja di situ, mujur pekerja di syarikat itu termasuk saya tidak dibuang kerja tetapi kami tidak boleh buat tuntutan lebih masa.”

Tunggang motosikal TZM

Namun, kenangan yang cukup berbekas ketika itu adalah pengalaman pergi kerja dengan motosikal Yamaha TZM yang dibeli hasil daripada gaji pertamanya.

“Kalau dah naik motosikal, agak kurang sesuai pakai baju kurung. Jadi, saya pakai stail penunggang motosikal lengkap dengan jaket dan seluar kulit, kira rugged ketika itu. Tapi sebelum masuk pejabat saya tukar pakai baju kurung,” beritahunya sambil tergelak kecil.

“Kenangan yang tidak dapat dilupakan ialah setiap pagi sebelum sampai pejabat, saya akan melalui sebuah hotel yang terletak berhampiran pejabat saya. Saya memakai topi keledar yang ada penutup muka, dan pakaian pula rugged. Biarpun orang tahu yang bawa motosikal itu perempuan, saya tetap mahu berlagak macho.

“Di hotel itu, ada seorang lelaki penjaga pintu yang sama setiap pagi bertugas di situ. Jadi, setiap pagi ketika saya lalu dengan motosikal, saya akan mengangkat tangan kepadanya dan dia pun membalas dengan mengangkat tangannya kepada saya. Boleh dikatakan itulah rutin harian.

“Suatu hari saya yang berpakaian baju kurung keluar dari pejabat dan ada hal serta perlu melalui pintu hotel tersebut. Dengan spontan saya mengangkat tangan kepada lelaki penjaga pintu hotel tersebut yang kemudian terperanjat melihat kelakuan saya. Kemudian barulah saya sedar saya ketika itu bukan menungang motosikal, kira pecahlah rahsia saya,” kata Lisda sambil meledakkan ketawa.


KIRI: FESYEN rambut stail Fauziah Latiff ketika di tingkatan dua. KANAN: LISDA mewarisi kecantikan ibunya, Risda.

Apa yang penting, menurut Lisda dia masih menyimpan motosikal TZM miliknya sejak dia berumur 18 tahun. Usia motosikal itu sudah 11 tahun.

Mungkin tuah dirinya disebabkan minat terhadap motosikal suatu hari Lisda ditawarkan menjadi penghias muka depan sebuah majalah berjudul Motorsikal pada 1999.

“Sebelum ini hanya artis yang dijadikan penghias muka depan majalah itu, kira saya pecah tradisi kerana saya hanya orang biasa ketika itu,” tuturnya.

Terpaksa korbankan tahi lalat

Bermula episod baru, Lisda mulai menyedari kelebihan yang ada pada dirinya – seraut wajah. “Saya mencuba nasib dengan pergi ke uji bakat iklan. Pada 1998, saya dapat tawaran menjadi model iklan satu jenama syampu rambut, bayarannya ketika itu memang buat mata saya terbeliaklah, RM15,000!” beritahunya.


KEHIDUPAN Lisda bertambah lengkap dengan kehadiran permata hati,Nur Aini Farhana.

Ketika itulah Lisda terpaksa membuat satu lagi pengorbanan. Sambungnya, “Tawaran itu bagaimanapun bersyarat. Saya dikehendaki membuang tahi lalat yang ada pada pipi saya.

“Pihak yang menguji bakat iklan tersebut kesemuanya kaum Cina, dan dalam industri pengiklanan, tahi lalat adalah sesuatu yang tidak dikehendaki pada model iklan ketika itu. Saya pula sangat sayangkan tahi lalat saya itu, jadi saya tolak tawaran tersebut.

“Namun, apabila saya dapat satu lagi tawaran iklan syampu jenama lain, ketika itu umur saya 20 tahun, dan kali ini tawarannya lebih lumayan saya tidak dapat tolak lagi tawaran tersebut. Jadi, saya terpaksalah dengan berat hati membuang tahi lalat kesayangan itu,” akuinya.

Bermula detik itu, karier Lisda sebagai model iklan semakin cerah apabila dia seterusnya meraih kontrak iklan pelbagai bahan penjagaan kecantikan wanita.

Semuanya tuah seraut wajahnya yang dikatakan sesuai dengan pasaran Asia, sebab itulah wajahnya sebagai model iklan pernah terpapar sehingga ke Thailand.

Menjelang tahun 2000 yang menjadi pemula era milenium, Lisda turut menjananya dengan menjadi model untuk iklan seluar jean Levi’s. Bersama beberapa model lain, dia perlu tampil dengan gaya remaja urban era milenium untuk iklan tersebut.

Masalah produksi drama

Justeru, bilakah detik pemula Lisda bergelar pelakon? Langkahnya ke bidang lakonan sebenarnya sudah bermula pada tahun 1999.

“Ketika itu saya mendapat tawaran berlakon drama berjudul Hikayat 1001 Malam, yang mana saya perlu melakonkan pelbagai watak menerusi pelbagai episod berlainan. Drama ini diarahkan oleh empat pengarah.

“Sebelum menjayakan drama tersebut saya dan barisan pelakon termasuk pelakon utama lelaki, Eizlan Yusuf dikehendaki menjalani latihan lakonan,” jelas Lisda.

Namun, mungkin rezeki sebagai pelakon belum menjadi miliknya, menurut Lisda, dia terpaksa menarik diri daripada produksi tersebut selepas menjalani latihan lakonan selama tiga bulan.

“Bukanlah saya sengaja mencetuskan masalah, tetapi disebabkan ada suara-suara dalam produksi itu yang tidak menyenangi penglibatan saya, sebelum menjadi lebih parah saya lebih rela mengalah dan menarik diri.

“Produksi itu sepatutnya menjadi naskhah pertama lakonan saya tetapi saya terpaksa melakukan pengorbanan. Saya percaya setiap yang berlaku ada hikmah di sebaliknya,” ujar Lisda.

Kalau sudah nasibnya tertulis untuk bergelar anak wayang, Lisda tetap meraih peluang. Sebelum itu, pada 2001, dia berpeluang menimba pengalaman dari segi penampilan di layar kaca. Lisda menjadi hos program Ekplorasi M, sebuah program baru terbitan Astro.

Ternyata rezeki lakonannya juga dengan Astro apabila syarikat pembikinan filem yang bernaung di bawah stesen TV swasta gergasi itu iaitu Tayangan Unggul Sdn. Bhd. ingin menerbitkan filem berjudul KL Menjerit pada 2002.

“Ketika itu saya memfokus kepada kerjaya model iklan dan pengacara, namun saya menghadiri uji bakat KL Menjerit. Saya masih ingat lagi saya memakai pakaian yang saya jahit sendiri pada uji bakat yang turut dihadiri beberapa artis, antara saya ingat ialah dua anggota kumpulan Elite iaitu Abby Abadi dan Azza.

“Malah, ketika itu ada akhbar yang melaporkan Nasha Aziz yang akan menjadi heroin KL Menjerit, tetapi pengarah filem itu, Bade (Badaruddin Azmi) dan Astro mahu menampilkan muka baru, jadi syukur, rezeki berpihak kepada saya dan KL Menjerit menjadi naskhah pertama saya dalam dunia lakonan,” ujar Lisda.

Sebelum mengakhiri bicaranya, Lisda melontarkan luahan, “Sebelum saya menjadi saya pada hari ini, ibulah mentor dan idola utama saya, pembakar semangat dan memberi kekuatan dalam diri saya sejak mula lagi.”

Kosmo

Wajah Lebih Anjal

22 Dec

Lapan daripada 10 pengguna setia Facial Treatment Essence SK-II mengakui ia adalah pelaburan penjagaan kulit terbaik pernah mereka lakukan.

NAMA rangkaian penjagaan kulit mewah SK-II bukanlah satu jenama asing di persada kosmetik antarabangsa, termasuk Malaysia. Lebih 20 juta botol produk popular SK-II, Facial Treatment Essence telah dijual di serata dunia setakat ini. Malah, dianggarkan sebotol esen rawatan muka itu dijual pada setiap 28 saat.


PENGGUNAAN produk SK-II terbukti menghasilkan kulit yang lebih anjal dan berseri.

Jutaan wanita di seluruh dunia telah merasai keajaiban produk ikonik yang formula ramuannya kekal tidak berubah sejak pelancaran botol pertama pada tahun 1980.

Dengan sejarah yang hampir mencecah 30 tahun dan terdapat jutaan pengguna di seluruh dunia, masanya kini tiba untuk kita mengkaji manfaat penggunaan Facial Treatment Essence SK-II bagi jangka masa panjang oleh setiap pengguna.

Justeru, satu kajian yang melibatkan pengguna setiap produk tersebut telah dilaksanakan di negara kelahirannya, Jepun.

Kajian yang telah dilaksanakan pada awal tahun ini di Tokyo membuktikan bahawa kulit pengguna SK-II lebih bersih dan anjal dalam jangka panjang berbanding mereka yang bukan pengguna SK-II.


DIANGGARKAN sebotol esen rawatan muka SK-II dijual pada setiap 28 saat di seluruh dunia.

Ia melibatkan 95 pengguna yang telah menggunakan produk itu selama lima tahun ke atas dan 210 wanita lain yang bukan pengguna SK-II.

Dalam kajian itu, kulit setiap wanita tersebut telah diukur tekstur, warna dan keanjalannya di samping membuat perbandingan terhadap persepsi penggunaannya dalam kalangan mereka.

Pengurus Jenama SK-II, Kaewta Tachamahachai berkata: “Kami sangat gembira apabila kajian ini telah mengesahkan apa yang kami yakini selama ini di mana keghairahan pengguna setia dan komitmen mereka akan menghasilkan kulit yang lebih bersih dan bermaya.”

Tambah beliau, daripada kajian tersebut, lapan daripada 10 pengguna setia Facial Treatment Essence SK-II mengakui bahawa ia adalah pelaburan penjagaan kulit terbaik pernah mereka lakukan.

Kajian yang julung kali diadakan oleh SK-II itu telah dianjurkan dengan bimbingan ahli dermatologi dari Universiti Massachusetts, Amerika Syarikat, Dr. Alexis Claire Perkins.


PENYANYI popular Fauziah Latiff turut menjadi pengguna setia produk SK-II.

Dr. Perkins yang mempunyai pengalaman luas dalam penyelidikan klinikal telah memberikan pengawasan objektif bagi memastikan ia mematuhi piawaian yang ditetapkan.

“Ia telah membangkitkan minat saya kerana bukan selalu anda akan menemui satu produk penjagaan kulit yang tidak mengubah formulanya selama 30 tahun.

“Minat saya khusus terhadap bagaimana panel-panel terlibat menunjukkan manfaat tempoh lama dalam pelbagai sudut seperti kawalan sebum, keanjalan dan kepejalan kulit serta aras kelembapan,” kata beliau.

Seperti yang kita tahu, tambah wanita itu, kulit mengambil masa yang amat lama untuk beralih dan kebanyakan produk tidak mempunyai keberkesanan dalam masa beberapa bulan.


PRODUK SK-II telah digunakan oleh jutaan wanita di seluruh dunia.

“Oleh itu, adalah unik apabila melihat individu kekal dengan amalan yang sama buat satu jangka masa lama. Ini boleh memberikan kita gambaran sebenar keberkesanan sesuatu produk.”

Sementara itu, aktres antarabangsa kelahiran Malaysia, Sinje akan berada di Kuala Lumpur untuk menjayakan majlis pelancaran SK-II Pittera Gallery pada 9 Januari ini. Majlis itu akan berlangsung di South Court Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur pada pukul 6 petang.

Menurut Tachamahachai lagi, SK-II Pittera Gallery adalah simbol komitmen sepenuh hati daripada jutaan wanita yang mementingkan penjagaan kulit mereka.

Dalam majlis itu kelak, Sinje yang pernah menerima anugerah antarabangsa seperti Pelakon Terbaik Golden Horse Award dan anugerah Bakat Baru Piper Heidsieck di Festival Filem Berlin 2001 akan berkongsi pengalamannya menggunakan produk kecantikan SK-II dalam tempoh yang singkat.

“Pelawat yang datang ke SK-II Pittera Gallery akan turut berpeluang berjumpa dengan kaunselor kecantikan kami untuk mendapatkan khidmat rundingan bagaimana memulakan komitmen terhadap penjagaan kulit,” tambah Tachamahachai.

Kosmo

Hear: Vintage Alleycats

5 Sep

insidepix1

ULANGTAHUN KE-40 (1968-2008)
Alleycats
(Universal Music)

insidepix2

insidepix3
THIS four-disc collector’s item is a gem. Celebrating the glory of Alleycats’ music over the last four decades, it features songs that were previously heard on records and cassettes.

Also a tribute to Loga, it is powerfully nostalgic and serves as a reminder of what music was all about in those days – something hardly done today.

David and Loga’s vocal prowess is incomparable and the tunes are faultless.

There are three new tracks here, one for each of the three discs (the fourth one features a VCD of four music videos and the Rockumentari: Kerana Kau, Ku Masih Di Sini.
The new Senandung Semalam 2008 (a duet with Kristal) is a mess. David would be better off alone in this mismatch of vocal styles. Nevertheless, the updated sound of Hanya Kita Yang Tahu (the duet with Jay Jay) is quite pleasant.

David’s seasoned vocals in the new recording of Suara Kekasih seems to be the only good thing about this group recording, featuring Ezad Exist, Zamani Slam and Saleem – some of whom, at times, are trying too hard to make the song their own. Bad decision.

Selected tracks: Seribu Bintang, Setahun Sudah Berlalu.

Rating: HHHH

SERIBU KENANGAN
Various
(Sony BMG)

THE CD packs 16 love songs that have been playing a lot on radio, so it could easily be a compilation fans would sing along to while driving to work.

From Fauziah Latiff’s Teratai Layu Di Tasik Madu to Jamal Abdillah’s Kekasih Awal Dan Akhir, the songs are perhaps the artistes’ greatest hits. Where else would you find a CD with Kian (Mawi) and Kasih Berubah (Ferhad) in an album?

Of course, one could argue that there are other great love songs in the ’90s – which seems to be the era from which the tunes were picked – that should be in here as well, like Siti Nurhaliza’s Jerat Percintaan, or many others.

Nevertheless, this is perhaps one of the good compilations of love songs out there, simply because you don’t feel like pressing the forward button.

Other tracks include Langit Ke 7 (Sharifah Zarina), Teringin (Shima), Puncak Kasih (Ziana Zain), Tragedi Oktober (Awie), Di Persimpangan Dilema (Nora), Layar Impian (Ella) and Relaku Pujuk (Spider).

Selected tracks: Teratai Layu Di Tasik Madu, Keabadian Cinta.

Rating: HHH ´

1 INDO HITS
Various
(Warner Music/Sony BMG)

While the above compilation on Malaysian pop songs reminds us of our music industry’s past, this album featuring popular Indonesian love tunes represents the industry’s present. They receive more airplay and are more popular with our listeners these days.

We can’t really fault the tunes though. They’re not just good, they’re excellent. We’re not just talking about the melodies and poetic lyrics, but also the music arrangements that, sorry to say, are far more advanced than our local soppy ballads that don’t seem to change much since the ’80s.

With this compilation, it’s easy to see why they are more fancied than current Malay hits (go to karaoke hangouts and you’ll see that Indo hits are the order of the day). We can argue until the cows come home, but at the end of the day, it’s all about the songs.

Dealova (Once) is a heart-wrenching winner that opens with a soaring violin before giving in to soft guitar strums in the first verse. In the second verse, a rippling piano introduces the vocals before an orchestra of instruments come in. The vocalist glides from his masculine natural voice to falsetto and wins us over.

Even the silly-sounding Lelaki Buaya Darat (Ratu), with its simplistic approach, is catchy. They are what pop music is all about – powerful melodies. Pencinta Wanita (Irwanshah), Ada Cinta and Berdua Lebih Baik (Acha Saptriasa) are some examples of fine compositions, despite the so-so vocals.

Selected tracks: Dealova, Tentang Bintang.

Rating: HHHH

KAMI VOL II
Various
(Monkey Bone/EMI Music)

Featuring alternative pop/rock tracks from the upcoming movie Kami, this album is about our indie bands (and we have many) and their brand of music.

Songs from Meet Uncle Hussain (Pari Pari Di Bawah Angin), Laila’s Lounge (Mawar Khayalan) and Love Me Butch (This is Our Year) are not really the radio-friendly tunes we’d like to hear again and again, but they do take our industry to a different level.

Still, the rap-rock tune K.a.m.i (Kerana Aku Masih Ingat) by Dragon Red is nothing new other than it’s scream-out-loud Linkin Park-esque sound. Butterfinger’s 1000 Tahun (Kami Mahu Hidup) suggest that it has a problem writing Malay lyrics.

Interestingly, Aggrobeats’ funk/soul approach in We Got Soul really got my interest. The James Brown-inspired vocal stylings and retro music is really something. Then it’s back to bland and boring tracks.

Some of the songs tend to get repetitive with the production quality just so-so, as if you’re listening to a recording of the bands jamming in the studio. There’s only so much guitar you can handle in one album listening.

Selected tracks: Pari Pari Di Bawah Angin, We Got Soul.

Rating: H ´

New Straits Times

Jee ‘Kekasih Baru’ Rosyam

31 Jul

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my


ROSYAM NOR kini begitu aktif menerbitkan drama untuk stesen televisyen tempatan.

NAMA-NAMA seperti Rita Rudaini, Eja, Rozita Che Wan dan Haliza Misbun semuanya sudah berpeluang berdampingan berlakon di samping aktor kacak, Rosyam Nor dalam drama bersiri yang sering kali mengisi slot Samarinda.

Malah tidak dinafikan, nama mereka yang disebutkan tadi sedikit sebanyak telah berjaya melonjakkan nama mereka di persada seni tanah air dan menjadikan mereka sebagai aktres yang diminati ramai.

Terbaru, penyanyi jelita, Fauziah Latiff atau lebih mesra dengan panggilan Jee, akan memasuki satu fasa baru dalam karier seninya apabila bakal bergandingan dengan Rosyam dalam beberapa projek terbaru terbitan syarikat aktor berkaliber itu.

Mungkin dengarnya agak mustahil apabila Jee akan menjadi seorang pelakon.

Masakan tidak, Jee yang semua kenali adalah seorang penyanyi dan sepanjang menjadi artis rakaman, belum pernah dia berlakon dalam drama tempatan apatah lagi dalam sebuah filem.

Cuma dia pernah beraksi di pentas teater dalam pementasan Rubiah sekitar tahun 1999.

Tetapi itulah yang berkali-kali dikatakan oleh Rosyam sementelah pihak media juga bagaikan tidak percaya apabila dikhabarkan dengan berita itu.

Bertemu dengan Rosyam sewaktu majlis pelancaran drama bersiri, Ku Milikmu di ibu negara baru-baru ini, aktor kelahiran Kuala Lumpur ini menjelaskan, sudah tiba masanya peminat Jee melihat dimensi baru dalam karier seninya.

Kata Rosyam, tawaran itu diajukan kepada Jee dua tahun yang lalu.

Ketika itu, Jee menyuarakan rasa kurang yakin dengan kemampuannya untuk berlakon dalam drama mahupun filem.

“Tetapi, saya katakan kepadanya, cuba lihat skrip dulu dan kemudian hubungi saya semula.

“Agak lama juga untuk mendapatkan jawapan dan akhirnya, dia menyatakan persetujuannya untuk mengorak langkah sebagai seorang pelakon. Saya memang tahu dia ada bakat sebagai seorang pelakon.

“Dari lakonannya dalam klip video nyanyiannya, dia sememangnya mempunyai potensi untuk bergelar pelakon. Malah, saya juga tidak mempunyai masalah untuk mengajarnya dan membentuk dirinya menjadi seorang pelakon,” tutur Rosyam mendedahkan rahsia beliau memujuk Jee.

Sebagai permulaan, Jee akan berlakon di samping Rosyam dan Fauziah Nawi dalam sebuah drama yang masih lagi belum berjudul yang akan ditayangkan pada hari raya nanti untuk siaran RTM.

Bukan itu sahaja, tahun hadapan, wajah anggun Jee akan dapat ditatap menerusi beberapa drama bersiri antaranya sebuah drama bersiri yang menggunakan judul lagu popularnya, Teratai Layu Di Tasik Madu yang bakal mengisi slot Samarinda di TV3.

Sebuah lagi drama bersiri adalah Gelora Di Hati Sara untuk siaran RTM dan sudah semestinya, Jee akan digandingkan bersama Rosyam yang juga bertindak sebagai penerbit.

Sebetulnya, dalam rancak berbual bercerita mengenai projek barunya itu, Rosyam turut ditanya mengenai ‘kehilangannya’ di layar televisyen.

“Saya masih lagi bernafas dalam industri. Memang saya akui, wajah saya semakin jarang ditatap di televisyen mahupun filem.

“Tetapi, itu bukan bermakna saya diam mahupun merajuk. Saya kini lebih aktif di belakang tabir sebagai penerbit dan juga sibuk dengan perniagaan saya,” katanya Aktor Terbaik Festival Filem Malaysia pada tahun 2003.

Namun di sebalik itu, hakikat sebenar dia jarang berlakon adalah disebabkan kehilangan dua insan tersayang dalam hidupnya telah pergi buat selama-lamanya yang membuatnya hilang semangat.

Mereka yang dimaksudkan adalah bapanya, Shamsuddin Mohamed Yusof yang meninggal dunia awal tahun ini akibat jangkitan paru-paru manakala abangnya, Zainal Ramli Shamsuddin pula menemui ajal tahun lalu kerana serangan jantung.

Bukan itu sahaja, Rosyam atau nama sebenarnya, Mohamed Noor Shamsuddin dengan terbukanya memberitahu, dia juga mahu berehat seketika selepas 25 tahun mengabdikan diri dalam dunia lakonan.

Watak matang
Aktor yang mula mencipta nama menerusi filem Gila-Gila Remaja pada tahun 1986 ini berkata, sudah sampai masanya untuk dia lebih selektif memilih watak yang sesuai dengan dirinya.

“Saya rasa memang berhak untuk saya kini memilih watak yang sesuai. Kalau memegang watak hero sekalipun, saya perlu memikirkan watak yang matang dan seiring dengan usia saya,” jelasnya sambil menyatakan contoh lakonannya dalam drama bersiri, Iris yang pernah mengisi slot Samarinda tidak berapa lama dulu.

Begitu juga wataknya dalam drama yang akan meruntun jiwa penonton pada malam raya kelak iaitu Mengejar Sinar apabila dia menjadi seorang suami yang menyalahkan dirinya atas kematian isterinya tanpa menyedari semua yang berlaku telah tertulis di loh mahfuz.

Drama berkenaan yang akan ditayangkan di TV3 turut menyaksikan gandingannya bersama aktres versatil, Fauziah Nawi untuk sekian kalinya di samping beberapa nama hebat lain seperti Aziz M. Osman, Erma Fatima, Ismail Yaacob dan pelakon cilik, Erynne Erynna.

“Saya mahu berdakwah melalu drama-drama terbitan syarikat saya dan Mengejar Sinar juga adalah salah satunya yang saya sifatkan sarat dengan mesej yang cukup berguna.

“Televisyen salah sebuah medium yang cukup baik dalam menyalurkan mesej yang berguna kepada masyarakat,” ujarnya sambil memberitahu drama berkenaan merupakan tahun keenam dia menerbitkan drama malam raya untuk TV3.

Dia juga bersyukur kerana peluang terus terbuka dan kepercayaan yang diberikan oleh stesen televisyen tempatan terhadap syarikatnya, Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd. membuatkannya begitu semangat menerbitkan karya berkualiti.

Perihal Ku Milikmu
Rosyam juga menongkah arus apabila pertama kali menerbitkan drama komedi romantik, Ku Milikmu yang akan mula ditayangkan pada 5 Ogos depan bagi menggantikan drama Sindarela untuk slot Lestary.

“Apa yang saya harapkan agar drama ini akan mendapat sambutan yang menggalakkan dari penonton. Ia merupakan sebuah drama cinta remaja yang pasti mampu memikat penonton,” jelasnya.

Ku Milikmu yang diarahkan oleh Along Kamaludin itu membariskan pelakon muda berbakat iaitu Zizan Nin, Eira Syazira, Farahdhiya, Liza Othman dan Khaty Fauziah.

Utusan Malaysia

Produk SK-11 Buat Wajah Cantik

29 May

Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus
asmaini@hmetro.com.my


DEFINISI sebenar kecantikan memang terlalu subjektif untuk diperkatakan sekalipun ada pepatah mengatakan ke cantikan dalaman melambangkan kejelitaan luaran seseorang.

DEFINISI sebenar kecantikan memang terlalu subjektif untuk diperkatakan sekalipun ada pepatah mengatakan ke cantikan dalaman melambangkan kejelitaan luaran seseorang.

Setiap wanita pastinya ingin sentiasa kelihatan cantik, lebih-lebih lagi jika kecantikannya diiktiraf sebagai antara pelakon tercantik di Malaysia.

Namun, adakah kecantikan luaran bererti memiliki kulit putih mulus, rambut panjang mengurai serta bentuk tubuh badan yang sempurna?

Atau, adakah kejelitaan dalaman menerusi hati yang suci bersih itu yang dikatakan cantik? Barangkali kombinasi kedua-duanya dapat menyempurnakan persoalan mengenai kecantikan.

Bagi pelakon terkenal, Vanidah Imran (Vee), 33, definisi kecantikan baginya mempunyai maksud yang terlalu luas namun dia percaya gabungan personaliti, kecantikan luaran dan dalaman mampu menjelaskan makna cantik yang se benar.

Menurut Vee, sebagai seorang selebriti, dia perlu menjaga kecantikan sebaik mungkin kerana wajah yang cantik serta tubuh badan yang ideal amat penting untuk kerjaya sebagai seorang pelakon.

Isteri kepada pelakon popular, Rashidi Ishak, 35, ini berkata, biarpun tidak memiliki kulit secantik selebriti lain , dia tidak percaya kepada suntikan kecantikan seperti botox dan ko lagen mampu mencantikkan wajahnya.

“Saya tidak percaya kepada suntikan kecantikan serta tidak mengamalkan sebarang jamu. Saya makan apa saja yang diingini namun menjauhi daging merah.

“Untuk memastikan kesihatan kulit terjaga, saya sanggup berhabis duit untuk mendapatkan sesuatu produk penjagaan kecantikan dan mencuba banyak jenama.

“Namun, sejak mencuba produk SK-11 yang diperkenalkan rakan artis, Fauziah Latiff, pada Mac tahun lalu, saya dapat merasakan wujudnya keserasian antara produk berkenaan dengan kulit saya,” katanya.

Dalam pada itu, ibu kepada dua anak, Mikail Aimran, 7, dan Maryam Rashika, 4, ini berkata, ketika menjalani peng gambaran filem Akhirat di Melaka tahun lalu, kulit mukanya mengalami masalah kekeringan teruk kerana terpaksa me ngenakan solekan tebal dalam keadaan cuaca panas.

“Ketika itu kulit wajah saya menggelupas. Bimbang ber larutan, saya berjumpa pakar kecantikan SK-11 dan membuat analisa pada kulit.

“Sejak itu saya mula menggunakan rangkaian produk berkenaan yang terdiri daripada esen rawatan wajah (FTE), pencuci, penyegar, pelembap, krim Sign Treatment Totality serta topeng muka. Alhamdulillah, kini kulit wajah saya semakin baik dan kembali berseri,” katanya gembira.

Bagi peragawati dan model antarabangsa terkenal, Tengku Azura Tengku Awang, 33, mempunyai kulit wajah yang sihat serta cantik berseri amat penting untuk individu yang terbabit dalam dunia peragaan.

Azura yang pernah menjadi Wajah Dior Asia ini berkata, kesibukan kerjaya sebagai seorang peragawati dan model antarabangsa sering membuatkan dia tidak cukup tidur dan berada dalam tekanan.

Kata Azura, keadaan berkenaan membuatkan kulit mukanya kusam sehinggakan pernah satu ketika dia terpaksa me ngenakan bedak asas yang tebal sewaktu keluar rumah semata-mata untuk menutup cela di wajahnya.

“Muka saya sentiasa disolek tebal setiap kali peragaan dan menggunakan banyak jenama yang berbeza. Untuk itu, saya terpaksa memilih produk penjagaan kecantikan yang be tul-betul sesuai kerana kulit saya ini terdiri daripada kom binasi kulit sensitif dan kering.

“Namun, kerana tertarik dengan kecantikan kulit wajah seorang rakan, saya memberanikan diri mencuba produk yang dipakainya ketika itu iaitu FTE ataupun lebih dikenali sebagai Miracle Water daripada SK-11.

“Selepas 28 hari menggunakannya, banyak perubahan dapat dilihat antaranya tona kulit wajah kembali sekata, masalah jerawat serta bintik hitam beransur hilang. Namun apa yang penting, wajah saya kelihatan kembali segar dan bermaya,” kata ibu kepada dua anak, Ilyas Ammar, 6, Adam Mustaqim, 13, ini.

Sementara itu, pemenang Anugerah Peragawati Terbaik pada Festival Fesyen Stylo, baru-baru ini berkata, seperti wanita lain, dia juga mengambil soal kecantikan dan tidak akan tidur tanpa membersihkan solekannya.

Amalan rutinnya sebelum tidur ialah membersih, menyapu penyegar serta pelembap daripada SK-11 dan tidak lupa meminum segelas air suam

“Rutin penjagaan kecantikan saya tidak pernah berubah kerana untuk kekal dalam bidang ini, saya perlu menjaga sebaiknya aset yang ada.

“Saya tidak mengambil makanan pada waktu malam serta menjauhi daging dan makanan berlemak. Apa yang paling penting, banyakkan minum air masak serta makan sa yur-sayuran,” katanya.

Powered by Harian Metro