Archive | May, 2011

Apple’s Jobs To Unveil “Lion” Operating System

31 May

SAN FRANCISCO – Ailing chief executive Steve Jobs will return from sick leave to unveil Apple's latest generation of software next week, the firm announced Tuesday.

The 56-year-old cancer survivor will present Apple's new operating system, dubbed “Lion,” at a developers conference in San Francisco on June 6.

Jobs went on leave in January, his third medical absence since 2004, but has retained his title of chief executive at Apple.

He underwent an operation for pancreatic cancer in 2004 and received a liver transplant in 2009, but Apple has not released any details about his latest health issues.

“Lion” will be the eighth major iteration of Apple's operating system, “Mac OS”.

– AFP/ir

Channel News Asia

Advertisements

Elly Pilih Pengarah Drama

30 May

Ditulis oleh Rosli Manah
  
  

Penyanyi dan pelakon Elly Mazlein payah bercerita pasal kisah hatinya. Malah tunangnya hanya didedahkan pada hari mereka ditunangkan pada 29 Mei lalu. Elly akhirnya disunting oleh pengarah drama Azmi Hata.

Mereka merancang berkahwin Februari depan. Azmi, 36, pernah mengarah drama yang turut menampilkan Elly antaranya Hantu Gigi, Relakan Cinta dan Kasih Berbunga Lalang.

“Kami dah kenal selama dua tahun dan sudah tiba masanya untuk kami membawa hubungan ini ke peringkat yang lebih serius,” kata Elly semasa ditemui media pada majlis yang berlangsung di Dewan Berjaya, Bukit Kiara Equestrian Resort, Kuala Lumpur semalam.

Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlin Syed Hanafi mengundang media ke majlis pertunangnnya demi menutup cerita sebelum ini kononnya dia sudah bernikah.

Azmi yang turut hadir selepas selesai acara pertunangan, meluahkan rasa syukur kerana majlis yang diatur berjalan lancar. Pihak lelaki membawa lima dulang hantaran dan dibalas tujuh oleh pihak keluarga Elly.

“Kami merancang bernikah Februari tahun depan,” kata Azmi, seorang yang berstatus duda beranak dua.

 

 

Mangga Online

Sari Yanti Tinggal Anak Demi Kerjaya

30 May

Ditulis oleh wahida othman
  
  

Mengambil keputusan untuk berehat sebentar daripada dunia lakonan setelah di dapati mengandung anak sulungnya kira-kira setahun yang lalu, pelakon yang mula menempatkan namanya melalui siri drama Kisah Kaisara ini sudah bersedia untuk beraksi semua dilayar televisyen.

Sari yanti atau nama sebenarnya Sari Yanti Mohammad Nazari memulakan langkah permulaannya menerusi sebuah drama bersiri panjang yang berjudul Suria Di Cordoba bergandingan bersama dua orang pelakon kacak, Fahrin Ahmad dan Ady Putra.

Terpaksa meninggalkan putera sulungnya, Barr Al Aliy yang kini berusia sepuluh bulan di bawah jagaan ibunya, Sari Yanti pasrah apabila dia terpaksa menunaikan penggambaran di dua kota iaitu Cordoba dan Maghribi.

“Mula-mula memang saya rasa nak tolak saja tawaran ni sebab tak nak tinggalkan Barr, dan takut kalau saya terlalu rindukan dia nanti, tapi bila berbincang dengan emak dan suami mereka banyak bagi pendapat, dan akhirnya saya kuat-kuatkan hati untuk terima tawaran ini.

“Sebelum ini saya sudah setahun setengah berehat daripada lakonan, kerana kandungan pertama dahulu saya mengalami ragam yang teruk, dan saya tidak larat untuk berlakon. Sekarang bila Barr sudah membesar sedikit, saya ambil peluang ini untuk berlakon semula.

“Tak sangka pula, bila keputusan sudah diambil, saya disahkan mengandung anak kedua tetapi Alhamdulillah, untuk kandungan yang kedua ini, saya tidak mempunyai masalah.

“Sepuluh hari berada diluar negara juga tidak banyak yang menyukarkan kecuali untuk mencari makanan halal, sepanjang disana saya hanya makan bubur dan biskut, saya tidak berani ambil makanan lain kerana bimbang dengan kandungan,”jelas Sari.

Mahu Anak Ramai

Biarpun mengandung, tetapi Sari tetap gigih berlakon. Mengakui berkeinginan untuk mempunyai anak ramai, menurut Sari dia tidak kisah mengandung banyak kali walaupun dalam jangka masa yang rapat.

“Saya tidak pernah merancang untuk memiliki berapa orang anak, jadi selagi ada rezeki daripada tuhan, saya terima tidak kisahlah sama ada ianya cepat ataupun lambat.

Pemilihan Watak

Jika sebelum ini dia sinonim dengan watak remaja sekolah, ianya sama sekali berbeza dengan wataknya menerusi drama Suria Di Cordoba ini.

“Sekarang ini jika ada yang minta saya berlakon menjadi pelajar sekolah, saya akan lihat dahulu sama ada sesuai atau pun tidak.

“Setelah hampir mendapat anak kedua ni, saya rasa tak sesuai saya membawakan watak sebegini, tapi lakonan dalam Suria Di Cordoba memperlihatkan lakonan saya dari sisi lain dari sebelum-sebelum ini.

“Dalam drama ini saya berlakon bersama dua pelakon berbakat Ady dan Fahrin, dan semestinya saya harus memberikan yang terbaik untuk drama ini,”jelas Sari yang kini kandungan keduanya berusia empat bulan.

 

 

Mangga Online

Fatimah Dan Zuraidah Wakili Terengganu

29 May

Oleh SITI ATHIRAH DZULKIFLY
athirah.dzulkifly@utusan.com.my

SUNGGUH kagum. Pancaindera memang kagum dengan semangat barisan wanita negeri Terengganu yang terkenal dengan negeri cantik, budaya menarik dan orangnya baik.

Nampaknya ramai juga yang berani tampil menyahut cabaran akhbar Mingguan Malaysia dan Jamu Mak Dara menerusi penganjuran pertandingan Ratu Kebaya Pancaindera Mak Dara baru-baru ini.

Iyalah. Kadang-kadang ada juga wanita yang mahu mencuba nasib tetapi malu untuk tampil ke hadapan.

Walhal, dalam hati meronta-ronta mahu turut serta dalam pertandingan yang tentunya bukan selalu diadakan.

Apalagi menerusi gabungan dua penganjur hebat iaitu akhbar nombor satu negara dan produk jamu paling laris di Malaysia, Jamu Mak Dara.

Justeru, pembabitan 30 peserta sempena program Ratu Kebaya 2011 dan Bengkel Cantik Sihat Pancaindera di Hotel Primula Resort pada minggu lalu menyaksikan sambutan yang cukup meriah daripada orang Terengganu.

Sama seperti lokasi kedua sebelum ini, di Terengganu, program juga dimulakan dengan sesi bengkel cantik sihat bersama Jamu Mak Dara.

Orang penting yang mengendalikan sesi ini siapa lagi kalau bukan pengasas produk tersebut, Ibu Halimah Shuib.

Kalau tengok pada usianya, mungkin ada yang tak percaya bahawa dia kini sudah pun bergelar nenek.

Mana tidaknya, diusia ‘senja’ begini, wanita kelahiran Rengit, Batu Pahat, Johor ini masih tampak menggoda dan langsing tubuh badan. Tak sia-sia menjaga badan sejak dari zaman anak dara, ramai yang sungguh cemburu.

Memang cukup bertuahlah pada sesiapa yang menyertai bengkel ini kerana di sinilah tempat di mana Ibu Halimah sudi untuk berkongsi petua bagaimana untuk mengekalkan kecantikan tubuh badan luaran dan dalaman.

Berdasarkan pengamatan kasar, rata-rata peserta di Terengganu tempoh hari begitu teruja untuk mendapatkan pelbagai nasihat dan petua daripada Halimah dan pelbagai soalan diutarakan terutamanya dalam bab-bab kesihatan dalaman.

Bukan itu sahaja, mereka juga tidak malu bertanya dan meminta petua mengenai bagaimana hendak memelihara keharmonian rumah tangga dan menambat hati suami.

Tidak kira sama ada yang sudah memegang status isteri, ibu atau yang belum berkahwin, masing-masing teruja mahu menggali sedalam mungkin mengenai topik ini.

Tak kurang juga ada yang mencatat nota. Barangkali khuatir lupa kalau tidak dicatat.

Ibu Halimah pula tentulah tidak lokek, apatah lagi dia memang suka berkongsi ilmu yang ada kepada mana-mana wanita sekali pun.

Program juga turut diisikan dengan sesi senaman bersama ibu. Kebanyakan peserta memang sporting dan tak malu untuk sama-sama bersenam bersama ibu.

Usai sesi bersama ibu, peserta kemudiannya disediakan pula dengan sesi bersama Forest’Secret yang dikendalikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Intan Hyriatee Mohd Zawai.

Berlangsung selama dua jam, segmen ini menyediakan peserta dengan pelbagai petua mengenai teknik solekan bagi acara siang dan malam.

Jangan tak tahu, Forest’ Secret juga telah menyediakan barisan jurusolek mereka yang ditugaskan untuk menyolek para peserta Ratu Kebaya.

Hasil penggunaan alat solekan Forest’ Secret telah menyaksikan perubahan yang mengkagumkan bagi semua peserta. Memang puas hati.

Juara milik Fatimah & Zuraidah

Bukan setakat cantik. Tetapi jika mahu bergelar juara Ratu Kebaya, peserta perlu melengkapkan diri dengan bakat dan keyakinan yang tinggi.

Itu yang dicari oleh tiga barisan juri pertandingan yang terdiri daripada ibu Halimah, wakil stokis Jamu Mak Dara Terengganu, Madam Tan serta juri jemputan penyanyi Maya Matahari.

Hasil penilaian, akhirnya ketiga-tiga juri telah sebulat suara menobatkan Fatimah Mohamed Hussain, 29, untuk kategori berat badan 59 kilogram ke bawah.

Kemenangan Fatimah melayakkan dia untuk membawa pulang wang tunai berjumlah RM500, hamper tajaan Forest’ Secret bernilai RM500 termasuk cenderahati eksklusif Mingguan Malaysia.

Selain itu, Azizah Mohamed Hussain, 26, menyusul sebagai Naib Juara pertandingan manakala tempat ketiga dimenangi oleh Ana Mad Nor, 27.

Untuk kategori B (60 kg ke atas), kemenangan telah berpihak kepada Zuraidah Mohamad, 28, manakala Naib Juara telah disandang oleh Salwani Md Kiah, 19.

Tempat ketiga pula telah dirangkul oleh seorang wanita berusia 31 tahun bernama Nurul Ain Abd Aziz.

Jelas terpancar kegembiraan di wajah kedua-dua juara kategori apabila dimaklumkan layak untuk mara ke peringkat akhir yang akan diadakan di Kuala Lumpur Disember ini.

Peringkat akhir pertandingan Ratu Kebaya Pancaindera Mak Dara bakal menyaksikan peserta bertanding bagi merebut hadiah berupa wang tunai RM5,000, hamper serta pakej pelancongan ke Bali, Indonesia selama tiga hari dua malam, selain berpeluang menjadi model Jamu Mak Dara dan Forest’ Secret.

Utusan

Himpunan Sejuta Belia

28 May

DUA band generasi baru, Hujan dan Kristal antara artis bakal menghangatkan Himpunan Sejuta Belia 2011 di Boulevard Putrajaya pada hari ini dan esok (27 & 28 Mei).

Konsert bermula jam 4 petang hingga 10 malam itu turut disertai artis solo seperti Azlan Typewriter, Nadia AF, Farawahida, JG Kashmir Stone dan artis Korea, Super Junior M (SJ-M).

Himpunan Sejuta Belia membariskan 220 acara menarik membabitkan pelbagai aktiviti yang diminati golongan belia negara ini.

Antaranya Clash of The Band membabitkan pertarungan 60 band, paintball, kereta drift, koir, karaoke, dikir barat dan Rentap Futsal yang disertai 2,000 pasukan. Antara yang menarik, persembahan Cak Lempong tanpa henti selama 36 jam.


Kata Lan Kristal, konsert di Putrajaya paling besar disertai selepas menjayakan persembahan di hadapan penonton yang ramai di Dataran 1Malaysia di Tanjung Bidara, Melaka, tahun lalu.


“Kami terharu serta berbesar hati dipilih untuk berada dalam senarai barisan artis menjayakan konsert julung kali di Putrajaya.

“Bukan itu saja, setiap artis berpeluang bertemu peminat dan bermesra sambil bersantai. Kami berharap ramai belia akan datang,” katanya.

Kata Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Borhan Dolah, Himpunan Sejuta Belia sepanjang dua hari menyediakan banyak aktiviti menarik.

“Paling penting, program seimbang berunsur pengisian dan boleh disertai belia dengan cara sihat dan bermanfaat. Acara menggabungkan elemen hiburan, riadah dan sukan yang memang bersesuaian dengan jiwa orang muda,” katanya pada sidang media di Menara KBS di Presint 4, Putrajaya, Isnin lalu.

Kata beliau, Himpunan Sejuta Belia ini turut mendapat kerjasama baik pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Penyanyi Hattan, selaku penganjur bersama program itu berkata, barisan artis

yang ditampilkan sejajar dengan matlamat menarik sejuta belia hadir.

“Himpunan Sejuta Belia membuka lembaran baru memberi peluang berkumpul dengan menjalankan aktiviti yang berfaedah.

“Tarikan sudah tentu kerana belia berlainan minat. Jadi, mereka boleh datang dan melihat konsert, sukan, kebudayaan dan pelbagai aktiviti lain di satu lokasi yang bersistem,” katanya.

Himpunan Sejuta Belia bakal dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, petang esok.

Harian Metro

‘Saya Lebih Bebas Berkarya’

28 May

MESKIPUN tidak pernah meraih anugerah dalam majlis yang mempertandingkan populariti, penyampai radio, Ismahalil Hamzah tetap mempunyai kehebatan tersendiri.

Pengaruhnya di kalangan pelbagai golongan terutama remaja tidak dapat disangkal lagi. Biarpun jadual tugas kebiasaannya pada waktu tengah malam, ramai yang sanggup bersengkang mata menemani dan mendengar celotehnya yang berisi.

Namun, ramai peminatnya hairan kerana sudah sebulan suara ‘jantan’ Ismahalil tidak berkumandang di stesen radio THR. Banyak persoalan timbul hingga ada yang beranggapan Ismahalil ada masalah.

Jika menyelak latar belakangnya, dia pernah mencetuskan kontroversi apabila dikatakan melanggar undang-undang tempat bertugas dan pernah dilabelkan seorang yang suka mengikut kepala sendiri.


Ismahalil yang hadir ke Harian Metro menafikan segala tanggapan negatif itu. Katanya, dia masih sayangkan karier sebagai penyampai di THR. Apatah lagi layanan yang diterima di sana amat baik. Namun, impian untuk mencari dimensi baru dalam kehidupan memaksanya melakukan keputusan berat ini.


“Saya menamatkan perkhidmatan dengan THR sebulan lalu selepas dua tahun bersama. Sayang itu memanglah ada kerana saya selesa bersama mereka. Namun kini, sudah sampai masanya untuk saya berbuat sesuatu yang berbeza. Saya ada perancangan buka radio sendiri dan dalam masa sama, turut dilantik sebagai duta dan perunding produk kecantikan dan kesihatan Vida Beauty.

“Saya mula bekerjasama dengan Vida Beauty hampir setahun kerana mereka perlukan seorang jurucakap yang boleh memperkenalkan produk ini kepada masyarakat. Apatah lagi produk ini bagus untuk kesihatan.

“Produk Pamoga keluaran mereka sangat popular kerana testimoni menunjukkan mereka yang mengalami masalah kesihatan sembuh selepas menggunakannya.

“Kini saya terbabit dengan karnival Pamoga sempena ulang tahun pertama ia di pasaran yang diadakan di Green Town Mall, Ipoh dari 12 Mei hingga 29 Mei ini. Banyak acara menarik dijalankan antaranya Jejak Pamoga Ke Umrah bersama saya nanti. Jadi saya tak boleh tumpu perhatian buat dua kerja dalam satu masa dan penyelesaiannya kena berhenti daripada THR,” katanya.

Siapa tidak sayang dengan karier yang sudah lama diceburi. Namun rindu Ismahalil terubat apabila menubuhkan stesen radio Internet iaitu Bapakku.fm (www.bapakku.fm) yang kini masih di pering

Elly (Mencari Cinta) Nikah Ahad Ini

27 May

Ditulis oleh Rosli Manah
  
  

Ingatkah lagi kepada Elly, gadis yang pernah menjadi tumpuan umum apabila menyertai program realiti mencari jodoh, Mencari  Cinta di TV3 beberapa tahun lalu?

Pasti semua masih ingat kerana itulah satu-satunya program seumpamanya di Malaysia dan ia tidak diteruskan kerana sebab-sebab tertentu. Elly tidak ke jenjang pelamin dengan lelaki yang menjuarai program itu. Apa cerita jodoh Elly sekarang?

 

Elly, 35, akhirnya akan ke jenjang pelamin dengan lelaki pilihan hati, RJ (Norashid Jeran), 39, seorang pegawai bank. RJ seorang duda beranak tiga.

Mereka akan bernikah Ahad ini dalam satu majlis tertutup di sebuah masjid di Kuala Lumpur. Selamat pengantin baru Mangga Online ucapkan kepada bakal pengantin baru itu.

Majlis persandingan akan diadakan pada 4 Jun ini di kediaman keluarga Elly atau nama penuhnya Norsalwa Zakaria di Keramat, Kuala Lumpur.

Saya mendapat undangan daripada Elly yang kini bekerja di Plus Berhad. Sebenarnya Elly pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebelum bertukar kerjaya.

“Betul ke Che Li nak tulis berita pasal saya ni… saya bukannya artis, sekarang jadi orang terowong aja,” kata Elly kepada saya. Tapi dia tahu namanya pernah jadi bahan berita ekoran penyertaannya dalam program Mencari Cinta dulu.

Bagaimana dan bila agaknya Elly dan RJ berjumpa?

“Saya dah kenal lama dah. RJ tu family friend. Bila dah jumpa balik tu lah yang menjadi tu.

“Saya tak ada masalah dengan bakal anak-anak tiri saya. Saya memang sukakan budak-budak pun.

“Anak-anak bukan halangan, sebaliknya membuatkan saya lebih terbuka menerima bakal suami saya,” jelas Elly melalui BBM kepada saya.

 

 

 

 

 

Mangga Online