Archive | December, 2011

Mentor Musim Ke-6 Lebih Hangat!

29 Dec

Ditulis oleh wahida othman

Masuk musim keenam, program realiti pencarian bakat Mentor kini menampilkan nama-nama besar dalam bidang seni suara tempatan untuk sama-sama memeriahkan lagi suasana Mentor kali ini.

Meletakkan Ella, Ramlah Ram, Fauziah Ahmad Daud, Ferhad, Adam dan Faizal Tahir sebagai tunggak utama di musim ini, mereka kini telah bersiap sedia menyusun strategi berbekalkan pengalaman dan bakat masing-masing.

Bakal mengadakan sesi uji bakat bermula 13 Januari hingga 19 Februari ini, setiap Mentor akan memberikan komitmen dengan menghadiri sesi uji bakat ini untuk memilih protoge masing-masing.

Menurut Penerbit Eksekutif/ Penerbit Mentor 6, Muhamad Sufian Isa, pemilihan enam Mentor kali ini adalah berdasarkan pengalaman dan kesungguhan mereka dalam bidang muzik.

“Terus terang saya katakan, bukan mudah untuk kumpulkan mereka, dan sememangnya mereka berenam adalah yang paling layak melahirkan protoge yang terbaik.

“Kesungguhan mereka membuatkan saya yakin mereka mampu memberi impak yang baik dalam mentor musim ini kerana masing-masing mempunyai kekuatan yang tersendiri.

“Keunikan program ini setiap musim adalah terletak pada mentornya sendiri, konsep bertukar mengikut rentak mereka sendiri.

“Proteoge yang layak memasuki gelanggang Mentor seharusnya memiliki kriteria yang dicari iaitu berusia antara 18-26 tahun, warganegara Malaysia yang memiliki bakat, vokal mantap dan mempunyai pakej, berjaya memikat tumpuan Mentor yang menjadi pilihan mereka, menyanyi secara solo, tidak terikat dengan sebarang kontrak dan boleh memberikan sepenuhnya komitmen terhadap program ini.

“Bagi peserta yang menghadiri uji bakat, mereka mestilah membawa kad pengenalan, gambar berukuran pasport atau 4R dan membawa minus one lagu-lagu yang bakal mereka persembahkan di hadapan Mentor pilihan mereka,”tambah Sufian.

Kriteria yang dicari

ELLA

“Saya tidak memilih dari segi jantina, baik lelaki atau perempuan jika dia mempunyai suara yang unik, suara yang tidak pernah lagi saya dengar sebelum ini, keterampilan  menarik dan bergaya serta boleh bermain alat muzik, saya akan menerimanya menjadi protoge saya,”

RAMLAH RAM

“Sebenarnya saya tidak kisah tentang jantina, tetapi kalau boleh biarlah perempuan kerana senang untuk berurusan. Tetapi sekiranya di waktu uji bakat berlangsung dan saya rasakan ada antara peserta lelaki yang layak, saya tetap menerimanya.

“Saya tidak terlalu mementingkan paras rupa, janji vokal mereka bagus, ada kesungguhan yang tinggi dan tidak klon dengan mana-mana artis, saya pasti akan menerimanya,”

FAUZIAH AHMAD DAUD

“Saya mahukan protoge yang boleh bermain alat muzik dan membaca notasi muzik, sukakan cabaran dan tidak klon mana-mana artis.

“Yang penting mereka haruslah kuat dari segi mental dan fizikal dan mempunyai kesungguhan yang tinggi, dan satu lagi syarat wajib, mereka seharusnya boleh menyanyi lagi Macathur’s Park , nyanyian Richard Harris.

ADAM

“Keutamaan saya adalah pada mereka yang pandai menari dan menyanyi. Kalau boleh saya mahu kedua-duanya berjalan seiring, dan saya lebih mencari protoge lelaki kerana mudah untuk bekerjasama dan protoge itu haruslah mempunyai disiplin yang tinggi.

FERHAD

“Saya mahukan seseorang yang versatil dalam semua lagu, boleh menyanyikan lagu moden dan tradisonal , rancakl dan balada.

“Boleh menari, berbangsa Melayu dan boleh bermain sekurang-kurangnya satu alat muzik selain mempunyai sikap yakin yang tinggi.

UJI BAKAT

Pada yang berminat bolehlah hadir uji bakat di beberapa lokasi berikut:

SABAH

13 Januari            Hotel Promenade, Tawau

15 Januari            Hotel Promenade, Kota Kinaballu

Sarawak

20 Januari            Hotel Imperial, Miri

22 Januari            Hotel Merdeka Palace, Kuching

Kuala Lumpur (Sri Pentas, TV3)

4 Februari            Mentor :Fauziah Ahmad Daud

5 Februari            Mentor :Faizal Tahir

11 Februari         Mentor :Ramlah Ram

12 Februari         Mentor :Ferhad

18 Februari         Mentor :Ella

19 Februari         Mentor :Adam

 

Mangga Online

Advertisements

Rezeki Di Mana-Mana: Abby Abadi

28 Dec

Ditulis oleh Rosli Manah

Akhir-akhir ini agak berkurangan kelibat pelakon Abby Abadi di kaca TV. Bukan tak ada langsung tapi kemunculannya amat berkurangan. Ada yang membuat andaian tawaran untuknya semakin berkurangan.

Namun kata Abby dia masih aktif seperti dulu. Abby tak menolak fakta kelibatnya yang semakin jarang muncul membuatkan ada yang beranggapan dia semakin kurang tawaran berlakon.

“Saya masih aktif. Rezeki ada di mana-mana. Mungkin ada pihak yang menolak bila ada cadangan menampilkan saya dalam sesebuah produksi. Tak apalah… saya tak dapat di sana, tapi saya dapat di tempat lain,” kata Abby kepada Mangga Online.

Abby juga menjelaskan dia baharu sahaja selesai berbincang dengan satu pihak yang tertarik menawarkannya menjadi duta produk keluaran mereka. Tidak lama lagi wajahnya akan muncul mewakili produk tersebut.

Susuk badannya yang semakin langsing pula membuatkan ada pihak yang mengatakan dia makan hati bila bekas suaminya, pelakon Norman Hakim kini sudah berkahwin dengan pelakon Memey Suhaiza.

“Badan saya susut sikit sebab saya sibuk dengan kerja saya. Saya tak ada masa untuk memikirkan pasal mereka. Ya! Saya akui pada awal-awal perceraian dulu memang saya ada rasa kelainan, tapi semuanya sudah berlalu.

“Saya hanya memberi tumpuan kepada anak-anak saya. Saya akan rungsing kalau tak ada kerja sebab memikirkan pasal anak-anak. Tapi alhamdulillah masih ada rezeki untuk saya membesarkan anak-anak,” jelas Abby.

Abby juga sudah letih untuk bercakap pasal nafkah anak daripada Norman. Sebab itu dia perlu bekerja keras untuk anak-anaknya.

Susuk badannya yang makin langsing juga membuka rezeki kepada Abby apabila ada pihak daripada produk pelangsingan badan yang tertarik menggunakan wajahnya sebagai jurucakap mereka.

Rezeki laman sosial

Sementara itu Abby juga salah seorang daripada 60 selebriti yang mendapat saham apabila mendaftar sebagai ahli dalam laman sosial buatan Malaysia http://www.mface.me yang dilancarkan baru-baru ini.

Sementelah dia juga seorang yang aktif memuatnaik entri di laman sosial lain sebelum ini. Dia tertarik menyertainya kerana penyertaan selebriti dalam laman sosial itu boleh mendatangkan hasil. Mereka dijanjikan 100,000 saham bila laman sosial itu didaftarkan di bursa saham bila mencecah bilangan ahli sejuta orang.

“Sebelum ini kita mempopularkan laman sosial lain dan kita tak dapat apa-apa. Bila ada mface ini kita akan mendapat hasil apabila kita aktif dengannya. Bila ada masa lapang saya akan memuatnaikkan entri ke laman sosial mface,” kata Abby lagi.

 

 

 

Mangga Online

Ramlah Ram Nafi Bercinta Dengan Pengurus

28 Dec

Ditulis oleh wahida othman

Penyanyi popular, Ramlah Ram menafikan dia bercinta dengan pengurusnya sendiri, sepertimana yang dikhabarkan di halaman pojok sebuah akhbar mingguan baru-baru ini.

Ramlah yang ditemui di majlis sidang akhbar program realiti pencarian bakat, Mentor musim ke-6 melahirkan rasa kecewa terhadap gosip yang tersebar dan memaklumkan telah berjumpa dengan wartawan terbabit untuk member penerangan yang sebenarnya.

“Semua itu fitnah! Saya tidak mahu cakap siapa yang menyebarkannya tetapi saya tahu siapa mereka. Ia adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan saya akan cuba menyelesaikannya.

“Saya sangat malu bila terbaca berita ini di akhbar, dan mula terfikir, apa pandangan orang terhadap saya? Apa kata keluarga Hafiz (pengurus) dan apa kata keluarga saya?

“Saya kenal si penyebar fitnah ni, saya tidak tahu apa tujuan dia tapi jika begini caranya, sudah tentu tujuannya tidak baik.

“Setakat ini saya tidak mahu saman-menyaman, sebab ia akan melibatkan banyak pihak tapi saya akan berjumpa dengan orang yang menyebarkan cerita ini untuk bertanya apa tujuannya sebenarnya. Untuk memaafkannya, Insya-Allah tapi saya harap dia ulangi perkara sebegini lagi.

“Bila dikaitkan tentang cinta di usia sebegini, saya rasa tidak selesa dan malu, orang lain yang membacanya juga pasti menyampah, jadi saya rasa tidak mahu keterlaluan bercerita,”jelas Ramlah Ram yang mengakui masih belum bercinta dengan sesiapa.

Mangga Online

50,000 Tonton Konsert Maher Zain

26 Dec

Oleh KHAIRUL ABIDIN NUAR
khairul.nuar@utusan.com.my


MAHER Zain ketika membuat persembahan pada Konsert Maher Zain ‘Untukmu Rakyat 1Malaysia’ di Stadium Perak, Ipoh, malam semalam.

IPOH 25 Dis.

Lisa & Yusry Nikah 23 Februari 2012

24 Dec

Ditulis oleh wahida othman

Akhirnya…selepas pelbagai khabar angin tersebar tentang tarikh perkahwinan pasangan popular, Yusry Abd. Halim dan Lisa Surihani, kedua mereka  membuat pengumuman tentang pernikahan mereka yang bakal berlangsung pada 23 Februari 2011.  

Yusry dan Lisa yang ditemui di majlis ringkas yang diadakan di Hotel Marriot Putrajaya, telah melangsungkan upacara ‘hantar tanda’ semalam iaitu pada 23 Disember. 

Kedua-dua mereka bagaimanapun masih belum bersedia untuk memperkatakan tentang majlis resepsi yang bakal diadakan selepas majlis akad nikah berlangsung nanti.

”Kami hanya akan membuat dua majlis sahaja iaitu majliis pernikahan di Masjiid tuanku mizan, Putrajaya dan kemudiaannya majlis resepsi di PICC, tiga hari selepas majlis pernikahan.

”Memandangkan kedua kami sibuk dengan urusan kerjaya masing-masing maka persiapan perkahwinan akan dibuat seiring dengan tugasan íharian tanpa bercuti.

”Saya lebih suka jika majlis itu nanti berlangsung dalam keadaan sederhana, dan saya lebih mementingkan majlis akad nikah berbanding resepsi nanti,” jelas Lisa Surihani yang masih mencari waktu untuk mengambil kursus perkahwnan.

Mangga Online

Yusry & Lisa Mahu Majlis Perkahwinan Yang Sederhana

24 Dec

Ditulis oleh Tajul

Selepas sekian lama menanti, akhirnya pasangan popular Yusry Abd. Halim dan Lisa Surihani telah mengumumkan mereka bakal diijabkabulkan pada majlis pernikahan di Masjid Tuanku Jaafar, Putrajaya pada 23 Februari 2012 selepas solat Asar. Majlis persandingan pula akan diadakan pada 26 Februari 2012 di Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) .

Bercerita tentang majlis perkahwinan mereka, Yusry memberitahu bahawa dia tak mahu ada pihak yang akan melabelkan perkahwinan mereka nanti sebagai ‘wedding of the year’ kerana merpati dua sejoli ini hanya mahu sekadar majlis yang sederhana dan ringkas sahaja.

“Tentang tajaan, kami tak menolak jika ada pihak yang berniat ingin menaja perkahwinan kami nanti. Kalau ada pihak yang ingin menaja, Alhamdulillah.

“Tapi apa yang penting kami tak mahu ia menjadi satu pertunjukan kerana ini adalah perkahwinan. Kami terbuka asalkan sesuai dengan konsep yang simple dan elegent.

“Kami mahukan perkahwinan yang sederhana saja. Lisa sendiri tak mahu majlis perkahwinan kami nanti terlalu mewah dan bermegah kerana apa yang penting baginya adalah semasa kami dinikahkan nanti,” ujar Yusry semasa sidang media pengumuman tarikh pernikahan dan persandingan mereka di Hotel Marriot Putrajaya.

Ditanyakan pula tentang sama ada Yusry akan membenarkan Lisa meneruskan kerjaya sebagai pelakon selepas mereka mengikat ikatan, Yusry memberitahu dia tak kisah dan tak menghalang Lisa untuk bekerja atau pun duduk dirumah nanti.

“Dalam hubungan dan juga perkahwinan, kita harus terima seadanya pasangan kita. Saya mengenali Lisa sebagai seorang pelakon dan saya terima dia sebagai seorang pelakon.

“Jadi, saya tidak boleh menghalang dan tidak menjadi masalah untuk saya jika dia ingin teruskan kerjayanya sebagai seorang pelakon selepas kami mendirikan rumahtangga nanti.

Sementara itu, Lisa pula memberitahu yang dia ada berbincang soal perkara ini dengan Yusry dan Yusry tak mempunyai sebarang masalah jika dia ingin tetap berlakon walaupun sudah berkahwin nanti.

“Yusry amat memahami minat dan kerjaya saya sebagai seorang pelakon. Iyalah, dia pun seorang pengarah dan orang dalam industri ini.

“Selepas bergelar isteri nanti, saya masih akan berlakon dan meneruskan kerjaya yang saya cintai ini kerana saya langsung tak pernah terfikir untuk berhenti bila berkahwin nanti,” kata Lisa yang popular menerusi watak Mila dalam filem Ombak Rindu.

Mangga Online

Eun Hye Mewah Dari Rambut Hingga Kaki

10 Dec


PANDAI bergaya menyerlahkan lagi kecantikan yang dimiliki oleh Eun Hye.

ARTIS kesayangan penulis, Yoon Eun Hye memang seorang yang pandai berfesyen atau digelar ‘fashionista’ dalam industri hiburan Korea.

Sejak meninggalkan kumpulan Baby Vox dan bergelar pelakon bermula dengan Princess Hours, penampilannya sering menjadi perhatian lensa jurugambar.

Melakonkan watak Shin Chae Kyung yang seumpama Cinderella, Eun Hye beruntung apabila berpeluang menyarung pakaian cantik selayaknya seorang puteri raja dan ini dipercayai banyak mempengaruhi gaya dia berfesyen.

Apabila dia melakonkan watak si tomboy Go Eun Chan dalam Coffee Prince, gaya potongan rambut pendeknya menjadi ikutan termasuk kalangan artis wanita Korea.

Dan apabila diberi watak gadis kaya dalam My Fair Lady, lagilah Eun Hye melaram dengan baju dan aksesori berjenama.

Yang pastinya, Eun Hye memang nampak sesuai dan menawan dalam apa jua fesyen yang digayakannya. Mungkin sebab itu syarikat pengiklanan berlumba-lumba mengambilnya menjadi model produk malah pereka antarabangsa turut menjemputnya menghadiri pertunjukan fesyen dan menawarkan gaun mewah mereka untuk diperaga.

Bulan lepas, ketika menghadiri Mnet Asian Music Awards (MAMA) 2011 di Singapura, Eun Hye kelihatan cukup anggun memperagakan gaun kemban hitam daripada koleksi musim luruh Versace, lengkap dengan anting-anting dan gelang emas Cartier.

Ini bukanlah kali pertama dia dilihat mengenakan gaun mewah yang pernah diperagakan oleh model antarabangsa.

Ketika menghadiri Kempen Amal Kesedaran Kanser Payudara di Seoul, Korea Selatan pada 20 Oktober lalu, Eun Hye memilih gaun hitam sifon daripada koleksi terbaru Yves Saint Laurent. Seperti biasa untuk melengkapkan penampilannya, dia menyarung sandal Gucci.

Eun Hye membuktikan artis wanita tidak perlu sentiasa tampil seksi untuk mendapat perhatian apabila masih tampil menawan dalam jaket skirt lengan panjang separuh lutut ketika menghadiri sidang akhbar drama Lie to Me, gandingannya bersama aktor Kang Ji Hwan.

Apa yang pasti, kot butang rona khaki yang dipadankan dengan tali pinggang kuning itu adalah daripada koleksi musim bunga Burberry.

Nampaknya dari hujung rambut hingga ke hujung kaki Eun Hye adalah barang berjenama. Sanggupkah anda berhabis untuk nampak anggun dan menawan macam Eun Hye?

Utusan