Archive | December, 2007

Normaziah Dinobat Wanita Ikon 2007

31 Dec

Oleh FAIZAH IZZANI ZAKARIA

Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz menerima piala Anugerah Tokoh Wanita Ikon 2007 daripada Sultanah Nora Ismail sambil disaksikan oleh Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil di pertandingan Ikon Wanita 2007 di PWTC, malam tadi. – Gambar SAIFUDDIN MOHD NOR.

KUALA LUMPUR 30 Dis. – Seorang usahawan produk kecantikan, Datin Normaziah Sheikh Mohamed malam ini dinobatkan sebagai Wanita Ikon 2007 kerana usaha beliau dalam dunia kecantikan dan giat membantu kerja-kerja amal terhadap masyarakat.

Normaziah, 37, Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Megah Padu yang sinonim dengan produk Kayla Beverly Hills membawa pulang hadiah sebuah kereta Proton Persona sumbangan EON, barang kemas bernilai RM30,000 daripada Habib Jewels, wang tunai RM5,000 sumbangan Persatuan Usahawan Wanita Bumiputera (Usahanita) dan trofi kristal tajaan Majalah Wanita, terbitan Kumpulan Utusan.

Beliau juga memenangi tiket penerbangan tajaan Pearl of The Orient dan barangan kosmetik dari Loreal Paris.

Normaziah menewaskan tujuh lagi finalis yang berjaya ke peringkat akhir anugerah tersebut iaitu personaliti, Maznah Zulkifli; usahawan dan bekas pengacara, Sharifah Shawati Syed Mohd; pengasas produk kecantikan Aura Seri, Nor Zaina Ghani; peguam, Raja Riza Shazmin; Chef Azrin Zuliani Zainol; pengasas produk kecantikan Sendayu Tinggi, Rozita Ibrahim dan doktor pembedahan plastik dan bekas gimnas negara, Dr. Farah Hani Imran.

Majlis tersebut dianjurkan oleh Usahanita dengan kerjasama majalah Wanita, Radio Wanita (WFM) dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Anugerah disampaikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Turut hadir ialah Sultanah Nora Ismail; Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Khamsiyah Yeop; Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz; Presiden Usahanita, Datuk Rokiah Omar; Pengarah Eksekutif Kumpulan Utusan, Mohd. Nasir Ali dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Khalid Mohd.

Pada majlis tersebut juga, empat lagi anugerah turut disampaikan kepada wanita-wanita yang memberi sumbangan kepada masyarakat.

Penerima tersebut ialah Dr. Zeti Akhtar yang menerima Anugerah Tokoh Wanita Ikon 2007 di atas sumbangan dan jasanya kepada negara dan usahawan, Faridah Jabbar yang menerima Anugerah Usahawanita Cemerlang 2007.

Penerima-penerima lain ialah ibu tunggal, Haizah Hanizah Abd. Wahab yang menerima anugerah Ibu Tunggal Cemerlang 2007 dan warga orang kurang upaya, Zainab Omar yang menerima Anugerah Wanita Istimewa Cemerlang 2007.

Sementara itu, Mohd. Nasir Ali dalam ucapannya berkata, pembabitan golongan wanita begitu meluas dalam semua aspek kehidupan dan kerjaya serta berjaya mencipta satu demi satu kejayaan.

‘‘Menyedari hakikat tersebut, Anugerah Wanita Ikon 2007 direalisasikan dengan objektif utama untuk memberi pengiktirafan kepada wanita yang telah berjaya,’’ katanya.

Anugerah ini, menurut beliau, adalah bagi mencari pelapis kepada usahawan wanita sedia ada agar boleh dijadikan contoh kepada wanita lain dan membentuk keyakinan diri mereka dan juga sebagai pemangkin ke arah kejayaan wanita yang lain.

Anugerah Wanita Ikon 2007 ini adalah anugerah eksklusif kepada seseorang wanita yang layak digelar ikon yang menepati ciri-ciri wanita berjaya dan berpersonaliti menarik, peribadi murni dan aktif membantu masyarakat.

‘‘Beliau juga mempunyai ciri-ciri kepemimpinan yang tinggi dan merupakan wanita serba boleh yang dilihat mampu menjadi contoh inspirasi kepada wanita lain seluruh Malaysia,’’ tambahnya.

Seramai 20 orang terpilih ke pusingan separuh akhir dan hanya lapan peserta berjaya melangkah ke peringkat akhir yang diadakan pada malam ini.

Juri profesional yang terlibat mengadili peserta adalah Pengarah Urusan Securiforce Sdn. Bhd., Datuk Maznah Hamid; penggiat seni, Datin Seri Tiara Jacquelina; Ketua Puteri UMNO, Datuk Noraini Ahmad dan Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita, Datin Dr. Sharifah Zarah Syed Ahamad.

Powered by Utusan Malaysia

Julia Ziegler Insaf Lepas Tragedi

30 Dec

Oleh: NIEZAM ABDULLAH

JULIA ZIEGLER.

Namanya tidaklah begitu glamor tetapi percayalah gadis bernama Julia Ziegler ini sedang meniti sebuah jambatan populariti. Bakat dan paras rupa yang dimilikinya ternyata mampu membawa beliau lebih jauh lagi selepas dibuktikan menerusi percubaan pertamanya dalam filem Kayangan sebagai pelakon pembantu.

Kali pertama bertentang mata dengan Julia selesai penganjuran Festival Filem Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFF) 2007 di PWTC pada 2 Disember lalu, ternyata gadis ini cepat mesra dan ramah orangnya.

Apabila dicadangkan untuk mengadakan sesi fotografi cover Pancaindera, terus dia tersenyum.

“Betulkah nak buat saya ni cover?” tanya Julia seakan-akan tidak percaya. Saya bertanya tak layakkah dia menjadi cover sisipan akhbar popular ini? Tetapi ujar beliau, dia tidak pernah mendapat peluang seperti itu melainkan di majalah hiburan tempatan sahaja.

Mungkin rezeki buat Julia, sesi fotografi untuknya terus diatur dua hari selepas itu dan disolek sendiri oleh rakan sekolahnya, Dwan Ismael. Semasa fotografi berlangsung Julia menunjukkan saya tangan kanannya yang berparut.

“Parut ini meninggalkan kenangan dan membuatkan saya insaf,” katanya memulakan bicara mengenai kisah silamnya.

Melihat kesan parut pada tangannya, gadis berusia 23 tahun ini terus menunjukkan beberapa kesan lain yang ada pada beberapa bahagian badannya. Malah dia juga menunjukkan kepalanya yang turut meninggalkan parut itu.

Bercerita mengenai kejadian malang tersebut peristiwa hitam yang berlaku ketika terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 21 November 2006 itu cukup bererti. Dia amat bersyukur kerana Allah masih memberi nafas kepadanya.

Malah lebih bernilai paras rupa dan pancainderanya tidak mengalami kecacatan membolehkan dia meneruskan langkah dalam dunia glamor ini.

“Saya bersyukur kerana Allah masih sayangkan saya. Kalau dilihat kemalangan yang berlaku, mungkin ramai yang berkata saya tidak dapat hidup lagi,” katanya.

Mengimbas peristiwa ngeri itu kata Julia, ia berlaku ketika dalam perjalanan pulang selepas penggambaran sebuah drama. Ketika itu Julia baru seminggu selesai penggambaran filem Kayangan yang sudah menemui penonton pertengahan tahun ini.

Dalam perjalanan pulang ketika pukul 2 pagi itu, kereta Toyota Vios yang dipandu Julia telah terbabas dalam keadaan hujan lebat.

Ketika itu kata Julia, dia terlalu mengantuk kerana kepenatan akibat seharian menghabiskan masa di lokasi penggambaran.

“Pada waktu itu saya melalui Lebuh Raya Lingkaran Tengah berdekatan Hulu Klang. Badan saya penat menyebabkan saya tertidur dan kemudiannya terbabas,” kata Julia.

Kemalangan yang berlaku menyebabkan kereta dipandunya terbalik sebelum beberapa kali berpusing di atas jalan raya selepas terlanggar penghadang jalan.

Kejadian tersebut menyebabkan tangan kanan Julia terseret di atas jalan dan jari telunjuknya hanya tinggal tulang. Lebih mengerikan, kepalanya juga tersiat sehingga menampakkan tengkorak kepala dan salah satu tulang pada lehernya patah.

Sesiapa yang melihat peristiwa itu dan keretanya yang remuk tentunya menyangka orang yang berada di dalam kenderaan tersebut sudah meninggal dunia.

Ketika dua minggu dirawat di hospital dan pelbagai teknik pembedahan termasuklah memasukkan besi pada bahagian leher dan jari telunjuknya, Julia mampu untuk melihat semula dunia yang indah ini.

Pada waktu itu kata Julia, hanya Tuhan yang tahu betapa dia bersyukur di atas nikmat yang diperoleh semula selepas ujian ngeri itu.

“Saya tak habis-habis bersyukur kerana tidak buta, dan wajah saya tidak mengalami kecacatan. Hanya kulit kepala saya saja tersiat tetapi dapat diubati,” katanya.

Selepas kejadian berkenaan, Julia terpaksa ‘dikurung’ oleh keluarganya. Dia tidak lagi dibenarkan untuk keluar seorang diri kerana dibimbangi kejadian yang sama berulang.

Malah kemalangan yang berlaku meninggalkan kesan sampingan iaitu dirinya tidak boleh tertekan kerana ia boleh mengakibatkan dia menjadi sakit kepala.

Dalam tempoh dikurung itu, Julia merasai perubahan dalam hidup dan menganggap kejadian yang berlaku itu merupakan satu pengajaran.

“Saya mengakui semasa belajar di Gorgia, Amerika Syarikat selama tiga tahun, saya seorang gadis yang agak sosial.

“Ketika pulang ke Malaysia, saya mendapat ‘balasan’ seperti ini dan ia benar-benar mengingatkan saya terhadap kesilapan lalu,” katanya yang memperoleh sijil dalam bidang seni bina di Kolej Savannah negara itu.

Akibat kemalangan yang menimpa membuka hati Julia untuk mendekati Tuhannya dan mendengar nasihat daripada ibu bapanya. Malah kenakalan lalu dan kemalangan yang berlaku memberi ruang baru dalam hidupnya untuk berubah menjadi seorang gadis yang lebih baik.

“Tuhan menurunkan ujian kepada saya untuk memberi ruang kepada saya agar bangun semula merubah kehidupan ini.

“Dan saya bersyukur, atas apa yang terjadi benar-benar membawa perubahan untuk membolehkan saya menjadi manusia yang lebih baik dan sentiasa bersyukur terhadap nikmat-Nya,” kata anak seorang bekas guru besar ini.

Mengakui kejadian yang berlaku membuatkan Julia fobia dengan keadaan sekeliling apatah lagi ketika waktu hujan dan melihat kenderaan menyusur laju berdekatannya.

Bagaimanapun pengajaran yang berlaku Julia menasihat pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati dan tidak memandu ketika berada di dalam keadaan mengantuk.

Dalam hidup ini jelas beliau tiada apa yang lebih penting melainkan nyawa dan nikmat lain yang dianugerahkan Tuhan.

*Punya syarikat sendiri

Beberapa bulan terkurung di rumah kerana kemalangan yang menimpa barulah Julia terfikir sekiranya kemalangan yang berlaku menyebabkan wajahnya cacat, entah apa pekerjaan yang dapat dilakukannya?

Maka dalam tempoh bermuhasabah diri itu, beliau menggunakan pengalamannya belajar di negara orang untuk membuka syarikat hiasan dalamannya sendiri.

Dengan nama Suria Design Sdn. Bhd. yang berpejabat di Damansara Perdana, Kuala Lumpur, Julia amat bersyukur kerana banyak projek besar diperolehnya.

Antaranya dia mendapat peluang untuk menghias bilik dan restoran sebuah hotel lima bintang di Kuala Lumpur dan beberapa projek lain.

“Ia mungkin rezeki di atas kesabaran saya akibat kejadian yang menimpa saya selama ini,” katanya.

*Mahu aktif dunia seni

Selepas membintangi Kayangan, Julia mengakui ramai yang memberi kritikan termasuklah mengatakan lakonannya dalam filem pertamanya itu kaku.

Menjadikan kritikan itu sebagai pembakar semangat Julia mahu melakukan perubahan untuk melihat dirinya berjaya dalam bidang tersebut.

Maka selepas filem itu dia telah membuktikan bakatnya dalam filem Cuci arahan Hans Isaac yang akan ditayang pada 24 Januari 2008. Bukan itu saja, Julia turut diberi peluang membintangi filem Cicak-Man 2, yang baru selesai penggambaran bulan lalu.

“Selepas kritikan dalam filem Kayangan, saya banyak belajar untuk meningkatkan prestasi saya dalam bidang lakonan.

“Saya tidak boleh sombong sebaliknya banyak belajar daripada pengarah filem lain bagaimana untuk memperbaiki kelemahan dalam diri saya ini,” ujarnya.

Mahu aktif dalam bidang seni akui Julia, dia perlu belajar dari bawah dan tidak mustahil satu hari nanti azamnya untuk menjadi penerbit filem yang berjaya akan terlaksana.

*Suka lelaki Melayu

Berdarah kacukan – ibunya Melayu dan bapanya orang Inggeris, kata Julia dia tetap menyukai lelaki Melayu walaupun ramai di kalangan mat saleh yang meminatinya. Ini kerana dia menyukai budaya Melayu yang mengajar untuk menghormati antara satu sama lain.

“Melayu adalah budaya saya dan saya tidak pernah terbuka hati untuk memilih lelaki mat saleh sebagai kekasih,” katanya.

Mengakui pada waktu ini belum mempunyai kekasih hati, buat masa ini dia ingin memberi tumpuan kepada keluarga dan kerjayanya terlebih dahulu.

Percaya kepada jodoh, dia berharap suatu hari nanti akan dipertemukan dengan insan yang dapat membimbing dirinya dan menjadi suami bertanggungjawab seperti akrabnya hubungan ibu dan bapanya pada hari ini.

Powered by Utusan Malaysia

Saya Tak Menolak Berlakon Estet – Jac

30 Dec

Bersama: NIEZAM
Belum pun memulakan penggambaran, filem Estet arahan Mamat Khalid membawa angin panas apabila penyanyi Jaclyn Victor dikatakan menarik diri untuk berlakon filem itu.Alasan yang diberikan Mamat mungkin Jaclyn atau dipanggil Jac merasakan tidak sesuai menyertai produksi beliau kerana status Jac sebagai penyanyi popular.

Jika Jac bersetuju menerima tawaran itu, bermakna dia akan bergandingan dengan penyanyi Alleycats, David Arumugam sebagai suami isteri.

Dalam masa yang sama ada yang menganggap, tindakan Jac itu mungkin Jac merasakan seolah-olah diperlekehkan kerana berlakon watak wanita India di estet.

Bagaimanapun bagi Mamat, Estet bukan menghina masyarakat India kerana orang Melayu dan Cina juga ada yang tinggal di estet. Judul dan filem itu sekadar mengambil mood filem Tamil. Dek kerana tindakan itu, Mamat terpaksa merombak skrip dan mencari Pushpa Narayan sebagai pengganti.

Benarkah Jac malu berlakon watak sebagai wanita estet? Saya mendapatkannya untuk dia tolong jawab persoalan tersebut.

Apa perkembangan Jac sekarang?

Saya baru balik dari Moscow, semalam (24 Disember 2007) kerana ada persembahan amal untuk pelajar jurusan perubatan di sana.

Jauhnya buat kerja amal? Sesetengah artis tak sanggup.

Di mana-mana sekalipun, kerja amal amat perlu. Kita kena ingat, kita sudah dapat sesuatu daripada orang (peminat), tiba masanya kita perlu bagi semula kepada dia orang. Saya memang suka buat kerja amal kerana dengan cara itu hati saya lebih tenang. Kalau saya tak buat kerja kebajikan, saya akan rasa bersalah. Banyak kebajikan yang saya buat tetapi orang tak tahu.

Mengenai filem Estet, kenapa Jac tolak tawaran Mamat Khalid untuk membintangi filem itu?

Saya sebenarnya tak tahu apa-apa. Saya tahu berita mengatakan saya tolak pun melalui akhbar. Terkejut juga apabila timbul cerita itu sedangkan saya tak ada bagi apa-apa kata putus sama ada saya nak berlakon filem itu atau tidak.

Macam mana boleh timbul cerita Jac menolak tawaran tersebut?

Entahlah. Saya baru balik dari Moscow, tiba-tiba dapat berita itu. Biasanya jika ada apa-apa tawaran tak kira sama ada persembahan dan sebagainya, saya akan minta mereka menghubungi pihak pengurusan saya iaitu 8 Unit untuk berbincang.

Mungkin 8 Unit menolak tanpa pengetahuan Jac?

Itu saya tak tahu pula kerana saya tidak dimaklumkan apa-apa

Bagaimana timbul cerita Jac pada mulanya pernah menerima tawaran Estet itu?

Abang Mamat Khalid pernah menghubungi saya dan beritahu nak buat filem Estet. Dia bagi tahu watak saya iaitu isteri kepada David Arumugam. Saya beritahu dia cerita itu macam menarik cuma saya tak bagi keputusan sama ada nak terima ataupun tidak. Semasa dia bercerita dengan saya, kami ketawa kerana cerita itu kelakar. Dan selepas itu saya tak tahu apa-apa lagi.

Ada yang mengatakan Jac rasa terhina berlakon sebagai gadis India di estet. Apa komen Jac?

Saya tak rasa terhina pun. Semasa saya dengar Abang Mamat Khalid bagi tahu jalan cerita filem ini, saya ketawa. Malah saya diberitahu filem ini bukan nak menghina sesiapa cuma nak tunjukkan kesepakatan mereka yang tinggal di estet. Itu saja. Soal rasa terhina tu pada saya tak timbul langsung.

Akibat dakwaan mengatakan Jac menarik diri, beberapa rombakan perlu di lakukan terhadap skrip. Ia seperti menyusahkan.

Pada mulanya saya diberitahu watak saya dalam filem itu sikit sahaja. Tak banyak pun. Saya rasa tak perlu sampai nak buat rombakan skrip. Lagipun saya tak ada bagi kata putus untuk berlakon filem itu ataupun tidak.

Secara jujurnya Jac minat berlakon?

Saya seorang yang tak pandai berlakon dan tak boleh menari. Semasa dapat tawaran itu saya terkejut juga dan saya merasakan tidak dapat untuk menjadi seorang pelakon. Saya rasa bakat saya lebih dalam bidang nyanyian. Lagipun lebih elok saya tumpukan terhadap satu bidang dulu.

Apabila timbul kononnya Jac menarik diri, kenapa tak hubungi Mamat Khalid menjelaskan keadaan sebenar?

Saya kena rujuk dengan pihak pengurusan saya terlebih dahulu. Buat masa ini tak ada peluang lagi. Mungkin dia (Mamat) ada menghubungi mereka. Tengok macam mana nanti dan saya akan hubungi dia juga tapi tak tahu pula bila? Sebab saya agak sibuk sekarang ini.

Jac akan berlakon juga suatu macam nanti?

Buat masa ini saya belum bersedia tetapi untuk masa akan datang saya belum pasti. Kerana kalau nak berlakon saya kena belajar banyak benda dan cari pengalaman lain.

Saya bersimpati dengan kegagalan Jac dalam Asian Idol di Indonesia baru-baru ini. Apa pengajaran Jac di atas kekalahan itu?

Senang saja. Kekalahan itu kerana orang tak nak mengundi kita (melalui khidmat pesanan ringkas). Kepada saya, walaupun kita buat yang terbaik tetapi jangan harap kita akan mendapat peluang yang terbaik. Terus terang saya langsung tak kecil hati kerana saya sudah boleh mengagak benda itu akan terjadi. Cuma saya gembira selepas pertandingan itu, ramai yang menyokong saya. Walaupun tewas saya merasakan seperti seorang yang menang. Mungkin selepas ini saya lebih berjaya kerana rancangan itu ditonton oleh enam negara Asia.

Powered by Utusan Malaysia

Tidak Cantikkah Wajah Melayu Tulen?

30 Dec

Oleh: WANDA IDRIS

JIKALAU menonton drama-drama Indonesia atau lebih dikenali dengan nama sinetron hari ini, tidak dinafikan begitu ramai wajah-wajah indah pria dan gadisnya. Semakin jarang pula dapat melihat wajah-wajah aslinya kecuali kepada mereka yang memegang watak-watak sampingan umpamanya orang gaji atau sebagai tukang kebun.

Hero dan heroin dalam kebanyakan sinetron yang disiarkan adalah terdiri daripada wajah-wajah kacukan yang pastinya kacak, cantik lagi bergaya. Nama-nama seperti Tamara Bleszynski, Cinta Laura Kiehl, Nicholas Saputra dan Laudya Cynthia Bella umpamanya bukan sahaja menghiasi kebanyakan layar. Malah mereka juga gah sebagai model dan jurucakap produk kecantikan bertaraf antarabangsa.

Ke mana perginya wajah-wajah tulen Indonesia seperti Widyawati atau Rima Melati yang gah pada tahun-tahun 70-an? Tidak dinafikan ramai menganggap wajah pan-Asian satu kelebihan untuk menempatkan diri dalam bidang seni. Sementelah wajah-wajah mereka tidak sahaja cantik tetapi juga unik.

Tidak terkecuali di negara ini. Bukan tidak ada wajah pan-Asian yang hadir ke persada seni tanah air suatu ketika dahulu malah mereka punya pengaruh besar dalam industri.

Lihat sahaja kejayaan nama-nama seperti Sofia Jane, Julia Rais, Deanna Yusuf mahupun Ramona Rahman. Mereka hadir dengan pakej – bakat dan kecantikan.

Hari ini beberapa nama menarik perhatian masyarakat khususnya penggemar drama dan filem tempatan. Angkatan muda generasi pan- Asian yang terjun ke dunia lakonan tempatan termasuklah Maya Karin, Nora Danish, Natasha Hudson, Diana Danielle, Ahsraff Sinclair dan Catriona Ross.

Nyata mereka berjaya mencipta nama apabila drama-drama lakonan mereka mendapat sambutan dan pujian penonton. Lihat sahaja drama bersiri Puteri lakonan Nora Danish yang diminati tidak sahaja golongan muda tetapi juga dewasa.

Malah Catriona Ross pernah menjulang namanya menerusi drama Sephia yang popular suatu ketika dahulu di TV3. Begitu juga dengan penampilan Diana Danielle dalam drama-drama Sembilu, Janji Diana dan Airmata Maria yang kini semakin mendapat perhatian penonton.

Namun tidak dinafikan ada juga yang hadir dengan lakonan ‘kayu’, tidak berkesan dengan sebutan bahasa Melayu yang janggal bunyinya.

Bagi Diana Danielle, tidak kira apa juga wajahnya, untuk terjun ke dalam industri perlulah seiring dengan bakat.

“Dan hari ini semakin ramai penerbit dan pengarah yang memberi peluang kepada anak-anak pan- Asian menunjukkan bakat mereka,” katanya. Namun bagi anak kacukan Melayu-Amerika ini, memiliki wajah pan Asian sepertinya menyekat peluang melakonkan pelbagai watak.

“Bukan tidak boleh berlakon tapi adakalanya tidak sesuai untuk menjadi gadis kampung berbeza dengan mereka berwajah Melayu yang boleh membawakan apa jua watak sedangkan pan-Asian agak stereotaip ,” katanya yang mengakui kehadiran artis berwajah pan Asian dapat menyerikan lagi industri.

Sememangnya melihat kemunculan golongan berdarah kacukan ini yang semakin hari semakin ramai ini tidak mustahil satu hari nanti industri kita juga mengalami senario yang sama dengan Indonesia.

Namun persoalannya apakah wajah Melayu tulen sudah tidak cantik lagi di mata para penggemar dan pembuat drama? Atau apakah nilai komersil wajah pan-Asian ini lebih tinggi berbanding wajah Melayu jati?

Sudah tidak boleh jualkah wajah tulen Melayu, India dan Cina di negara kita? Kita punya wajah Melayu yang berbakat besar dalam dunia lakonan. Umie Aida, Vanidah Imran, Haliza Misbun dan Erra Fazira adalah sebahagian daripadanya.

Mereka pernah mengungguli layar televisyen dan layar perak namun tanpa tidak mustahil suatu hari nanti wajah-wajah seperti mereka tidak lagi menjadi taruhan malah mungkin semakin kurang menghiasi layar sebagai pemegang watak utama.

Nasib wajah tulen baik Melayu, India dan Cina mungkin akan terpinggir atau hanya diberi watak sampingan. Sekarang ini pun, di Malaysia semakin banyak menonjolkan wajah-wajah kacukan dan Inggeris tulen sebagai pelaris untuk dunia pengiklanan.

Bukan tidak ada wajah tulen Melayu yang dipilih malah Fasha Sandha antara artis bertuah menjadi pilihan banyak jenama untuk menjadi duta bertaraf antarabangsa.

Tetapi persoalannya berapa kerat wajah Melayu yang diserlahkan dalam dunia pengiklanan itu sendiri hari ini dan pada masa hadapan?

Dalam dunia lakonan pula, cukupkah kita sekadar mengukur wajah yang cantik tanpa menghiraukan bakat yang ada? Kerana rasanya semakin ramai khalayak yang sudah bijak menilai bakat.

“Kita umpama kebanjiran artis,” demikian kata pelakon Haliza Misbun ketika ditanya mengenai senario ini. Kebanyakan kemunculan mereka kata Haliza, sekadar memeriahkan bukan benar-benar kerana menyintai seni.

“Seni ini satu perjuangan. Jatuh bangun orang seni adalah kerana seninya. Tapi ada kalangan mereka yang hadir dalam industri sekadar dua tiga tahun. Kemudian menghilang. Ada yang kahwin selepas bertemu jodoh dengan golongan berada. Itu jiwa seni yang tak sejati,” ujar Haliza.

Bagaimanapun tegasnya, dia tidak pernah mempersoalkan kredibiliti artis-artis pan-Asian dahulu seperti Sofia Jane, Ramona Rahman dan Julia Rais kerana bagi aktres ini, mereka memang berbakat besar dalam lakonan.

“Malah sehingga kini saya mengagumi Julia Rais,” akuinya. Namun ketaksuban industri itu sendiri terhadap wajah-wajah kacukan sebenarnya menyumbang kepada kebanjiran artis berwajah pan-Asian.

“Tapi kalau orang menghargai muka Melayu maka orang berwajah Melayu juga boleh berjaya. Lihatlah wajah-wajah asli seperti Erra dan Camelia,” katanya. Tanpa memperlecehkan bakat dan pakej yang ada pada seorang pan-Asian namun harapan Haliza, pihak di belakang tabir seperti pengarah dan penerbit haruslah adil memberi peluang sama rata tidak kira kepada orang melayu, Cina, India mahupun pan-Asian.

Malah seeloknya janganlah sampai ada larangan atau peraturan yang menyekat ‘periuk nasi’ mereka berwajah pan-Asian seperti yang pernah berlaku ketika suatu ketika dulu.

Namun jika benar satu hari nanti senario kebanjiran wajah pan-Asian berlaku sehingga mengabaikan pemilih wajah Melayu tulen dan menidakkan bakat dan kecantikan asli yang dimiliki, pasti sahaja kita perlu menilai semula kewajarannya.

Powered by Utusan Malaysia

Ridani ‘korban’ Dunia Lakonan Kerana Suami

26 Dec

Oleh Norliza Mohamad Zakaria

Wajah terbaru Ridani.

PASTINYA masih ramai yang mengenali dramatis jelita bertubuh seksi, Ridani Abdul Ghani, 33, atau lebih mesra dengan panggilan Dani yang popular sekitar akhir 1990-an.

Ridani yang berkulit kuning langsat dan bermata redup itu begitu ramah dan mudah mesra. Perwatakannya yang manja dan menggoda, pastinya membuatkan ramai jejaka yang cuba untuk mendekatinya.

Tetapi awas!, Ridani kini telah pun berpunya. Dia kini hidup bahagia di samping suaminya, Kamarudin Harun,44, seorang ahli perniagaan, sejak mendirikan rumah tangga lima tahun lalu.

Bagaimanapun, setelah berkahwin kelibat Ridani agak kurang kelihatan di kaca televisyen. Cuma, sesekali wajah Ridani muncul menghiasi drama-drama yang disiarkan di skrin televisyen tempatan mengubat kerinduan para peminatnya.

Kali terakhir, drama yang dilakonkan oleh Ridani, Kilauan ditayangkan pada Ogos lalu di RTM2.

Ridani yang ditemui pada majlis pelancaran produk kesihatan Puriti Health & Beauty From Nature milik kembarnya Ridana, di Kuala Lumpur baru-baru ini, menyatakan dia kini perlu membataskan jadual lakonan kerana komitmennya terhadap keluarga.

“Bukan Dani tak nak terima tawaran berlakon, cuma kadang kala masa dan lokasi penggambaran membataskan pergerakan Dani,” katanya.

Menurut Ridani, masa untuknya terlibat dalam lakonan kini tidak sama ketika zaman bujangnya lima tahun yang lalu.

“Maklum sajalah dulu Dani bujang, tapi sekarang telah bersuami. Jadi, kalau dapat tawaran drama yang penggambarannya jauh atau luar dari Kuala Lumpur, Dani terpaksa fikirkan dulu, kebanyakannya Dani terpaksa tolak.

Sokongan

“Tapi, kalau drama yang ditawarkan lokasinya sekitar Kuala Lumpur, Dani akan terima,” kata Ridani yang sering ditemani suaminya ketika menjalani penggambaran sekitar Kuala Lumpur.

Kata Ridani, suaminya tidak pernah menghalang nya berlakon, malah sentiasa memberikan sokongan demi minatnya dalam bidang tersebut.

“Dia (suami) memang tak pernah menghalang. Cuma sayalah, sebagai isteri kena fikirkan untuk kebaikan kami bersama. Satu lagi ialah untuk mengelakkan sebarang masalah atau salah faham di kemudian hari,” jelasnya.

Walaupun tidak begitu aktif berlakon seperti dulu, namun dalam diam, rupanya Ridani bercita-cita untuk menerbitkan filemnya sendiri pada tahun hadapan.

Menurutnya, jika segalanya berjalan lancar, beliau akan menerbitkan filem Ratu Kampung yang pernah dirancangkannya pada Ogos 2006 tetapi terpaksa ditangguhkan atas sebab-sebab tertentu.

Setakat ini, pelakon yang telah dikenal pasti untuk menjayakan filem tersebut ialah Fasha Sandha, Nur Fazura dan Saiful Apek. Sementara pengarahnya ialah Afdlin Shauki.

“Walaupun tertangguh, Dani anggap ini sebagai pengajaran kepada Dani. Ini merupakan titik permulaan untuk Dani bergiat dalam bidang penerbitan filem. Insya-Allah, kalau ada rezeki Dani akan mulakan pengambaran filem ini tahun hadapan,” katanya.

Powered by Utusan Malaysia

Ridani ‘Korban’ Dunia Lakonan Kerana Suami

26 Dec

Oleh Norliza Mohamad Zakaria

Wajah terbaru Ridani.

PASTINYA masih ramai yang mengenali dramatis jelita bertubuh seksi, Ridani Abdul Ghani, 33, atau lebih mesra dengan panggilan Dani yang popular sekitar akhir 1990-an.

Ridani yang berkulit kuning langsat dan bermata redup itu begitu ramah dan mudah mesra. Perwatakannya yang manja dan menggoda, pastinya membuatkan ramai jejaka yang cuba untuk mendekatinya.

Tetapi awas!, Ridani kini telah pun berpunya. Dia kini hidup bahagia di samping suaminya, Kamarudin Harun,44, seorang ahli perniagaan, sejak mendirikan rumah tangga lima tahun lalu.

Bagaimanapun, setelah berkahwin kelibat Ridani agak kurang kelihatan di kaca televisyen. Cuma, sesekali wajah Ridani muncul menghiasi drama-drama yang disiarkan di skrin televisyen tempatan mengubat kerinduan para peminatnya.

Kali terakhir, drama yang dilakonkan oleh Ridani, Kilauan ditayangkan pada Ogos lalu di RTM2.

Ridani yang ditemui pada majlis pelancaran produk kesihatan Puriti Health & Beauty From Nature milik kembarnya Ridana, di Kuala Lumpur baru-baru ini, menyatakan dia kini perlu membataskan jadual lakonan kerana komitmennya terhadap keluarga.

ΐBukan Dani tak nak terima tawaran berlakon, cuma kadang kala masa dan lokasi penggambaran membataskan pergerakan Dani,῔ katanya.

Menurut Ridani, masa untuknya terlibat dalam lakonan kini tidak sama ketika zaman bujangnya lima tahun yang lalu.

ΐMaklum sajalah dulu Dani bujang, tapi sekarang telah bersuami. Jadi, kalau dapat tawaran drama yang penggambarannya jauh atau luar dari Kuala Lumpur, Dani terpaksa fikirkan dulu, kebanyakannya Dani terpaksa tolak.

Sokongan

ΐTapi, kalau drama yang ditawarkan lokasinya sekitar Kuala Lumpur, Dani akan terima,῔ kata Ridani yang sering ditemani suaminya ketika menjalani penggambaran sekitar Kuala Lumpur.

Kata Ridani, suaminya tidak pernah menghalang nya berlakon, malah sentiasa memberikan sokongan demi minatnya dalam bidang tersebut.

ΐDia (suami) memang tak pernah menghalang. Cuma sayalah, sebagai isteri kena fikirkan untuk kebaikan kami bersama. Satu lagi ialah untuk mengelakkan sebarang masalah atau salah faham di kemudian hari,῔ jelasnya.

Walaupun tidak begitu aktif berlakon seperti dulu, namun dalam diam, rupanya Ridani bercita-cita untuk menerbitkan filemnya sendiri pada tahun hadapan.

Menurutnya, jika segalanya berjalan lancar, beliau akan menerbitkan filem Ratu Kampung yang pernah dirancangkannya pada Ogos 2006 tetapi terpaksa ditangguhkan atas sebab-sebab tertentu.

Setakat ini, pelakon yang telah dikenal pasti untuk menjayakan filem tersebut ialah Fasha Sandha, Nur Fazura dan Saiful Apek. Sementara pengarahnya ialah Afdlin Shauki.

ΐWalaupun tertangguh, Dani anggap ini sebagai pengajaran kepada Dani. Ini merupakan titik permulaan untuk Dani bergiat dalam bidang penerbitan filem. Insya-Allah, kalau ada rezeki Dani akan mulakan pengambaran filem ini tahun hadapan,῔ katanya.

Powered by Utusan Malaysia

Intisari Rancangan TV9

22 Dec

Sabtu 22 Disember 2007

Pagi:

6.00 Nasyid Di 9

6.55 Takbir Aidiladha 2007

7.00 Halaqah

8.00 TV Pendidikan (Motivasi Murid)

8.30 TV Pendidikan (Bahasa Melayu)

9.00 TV Pendidikan (Sains Tingkatan 3)

9.30 TV Pendidikan (Matematik)

10.00 TV Pendidikan (Sivik)

11.00 TV Pendidikan (Lensa TV Pendidikan)

11.30 TV Pendidikan (Pendidikan Moral)

12.00 Cinta Medik

12.55 Takbir Aidiladha 2007

Petang:

1.00 Ole Ole Chef Wan

2.00 Duckula

2.30 Adik Di 9

2.32 Nick Di 9 (Go Diego Go)

3.00 Nick Di 9 (Blue’s Clues)

3.30 Nick Di 9 (The X’s)

4.00 Nick Di 9 (My Life As A Teenage Robot)

4.30 Nick Di 9 (The Adventures Of Jimmy Neutron)

5.00 Nick Di 9 (Spongebob Squarepants)

5.30 Mutiara Hati

6.30 Mari Mengaji

Malam:

7.00 Anak Anak Sidek

7.30 Adik di 9

7.32 Beyblade

8.00 Berita Di 9

8.30 Charlie Chaplin

9.00 Malam Ini…Zahid & Bienda

10.00 The Unit

11.00 WWE International Bottomline

12.30 Ole Ole Chef Wan

1.00 Latido

2.00 Penutup

Powered by Utusan Malaysia