Archive | December, 2010

Penternakan Burung Walet

31 Dec

MASALAH tiada modal membataskan usaha memulakan penternakan burung walet?
Bukan itu saja, kesukaran mendapatkan pinjaman membuatkan seseorang dalam dilema memulakan usaha menternak burung walet.

Untuk minggu ini, Talian Hayat sekali lagi mendekati pelbagai isu.

Antaranya membuat tinjauan serta mendekati penduduk di kawasan berpotensi bagi mencari jalan terbaik membantu mengusahakan penternakan burung itu.

Kali ini, penonton diberikan penerangan dalam perspektif berbeza bagi memberi gambaran lebih jelas sebelum memulakannya.


Ramai berminat mengusahakan burung walet sukar mendapatkan pinjaman menerusi Agro Bank.


Paparan Talian Hayat mengenai Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (Maha 2010) dalam beberapa episod sebelum ini memaparkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar Malaysia, Datuk Dr Aziz Jamaluddin mendedahkan potensi besar penternakan burung walet.

Sejak itu, isu memulakan usahawan burung walet me

SOSEH SOSEH: Jurusolek Junior Curi Hak Orang!

31 Dec

CERITA caras-mencaras (potong jalan) di kalangan jurusolek produksi bukanlah perkara baru, malah perkara ini sering berlaku.

Terbaru dengan perkemba

Oprah Winfrey Selebriti Terkaya

30 Dec

NEW YORK 29 Dis. – Hos rancangan temu bual terkenal Amerika Syarikat (AS), Oprah Winfrey menduduki tangga teratas senarai selebriti Hollywood terkaya 2010.

Menurut Forbes.com, orang kaya media itu dinamakan sebagai selebriti yang memperolehi pendapatan tertinggi dengan memiliki sejumlah AS$315 juta (RM975 juta) di dalam baki akaun banknya pada 2010.

Di tangga kedua menampilkan pengarah filem James Cameron ekoran kejayaan filem sains fiksyen arahannya, Avatar dengan pendapatan berjumlah AS$210 juta (RM650 juta).

Winfrey, 56, yang akan melancarkan siaran televisyennya sendiri, Oprah Winfrey Network (OWN) selepas meninggalkan rancangan temu bual popularnya, The Oprah Winfrey Show sebelum ini dinamakan sebagai Selebriti Paling Berpengaruh oleh Forbes.

Seorang lagi pengarah filem Tyler Perry, yang juga teman kepada Winfrey, menduduki tangga ketiga dengan pendapatan berjumlah AS$125 juta (RM387 juta).

Rakan kepada Cameron pula iaitu Steven Spielberg, Jerry Bruckheimer, George Lucas dan Michael Bay turut tersenarai dalam 10 orang terkaya 2010.

Beyonce menjadi penyanyi yang memperolehi pendapatan tertinggi dengan menduduki tangga kesembilan dengan pendapatan sebanyak AS$87 juta (RM269 juta).

Dia menewaskan Britney Spears dan Lady Gaga yang masing-masing menduduki tangga ke-13 dan ke-14.

Turut tersenarai dalam kedudukan 20 teratas ialah Madonna, Miley Cyrus dan Tylor Swift. – Agensi

Utusan

Toy Story 3 Filem Terlaris

30 Dec

LONDON 29 Dis. – Filem Toy Story 3 mencatat jualan tiket tertinggi di dunia pada tahun ini apabila berjaya mengutip 700 juta pound (RM3.3 bilion), yang menyaksikan penguasaan filem-filem keluarga sepanjang 2010.

Tujuh daripada 10 filem kutipan tertinggi pada tahun ini disasarkan terhadap golongan kanak-kanak dan remaja, dengan hanya filem Inception lakonan Leonardo DiCaprio berjaya menempatkan diri di lima tangga teratas senarai yang dikeluarkan Box Office Mojo.

Menurut majalah kewangan Forbes, filem francais ketiga Toy Story terbitan studio Disney/Pixar yang menggunakan suara aktor Tom Hanks sebagai Woody dan Tim Allen sebagai Buzz Lightyear, turut muncul filem paling berjaya di United Kingdom.

Ia kini berada di tangga kelima filem merekod kutipan tertinggi sepanjang zaman di belakang Titanic, Avatar, Lord Of The Rings: The Return Of The King dan Pirates Of The Caribbean: Dead Man’s Chest.

Kisah fantasi Alice In Wonderland yang menampilkan lakonan Johnny Depp sebagai Mad Hatter berada di tempat kedua dengan kutipan berjumlah 650 juta pound (RM3.1 bilion).

Ia diikuti filem blockbuster Harry Potter And The Deathly Hallows Part 1 di tempat ketiga, yang bakal tampil dengan bahagian terakhir filem tersebut pada tahun depan.

Forbes meramalkan tayangan Harry Potter And The Deathly Hallows Part 2 bakal menjadikan filem francais itu sebagai filem paling berjaya sepanjang zaman dengan anggaran kutipan lebih 5 bilion pound (RM23.8 bilion).

Selain Inception, dua filem lain dalam senarai yang lebih banyak ditonton golongan dewasa ialah Iron Man 2 yang berada di tempat ketujuh dan Clash Of The Titans di tangga kesembilan.

Tahun ini juga menyaksikan penguasaan filem animasi sebagai filem mencatat kutipan tertinggi apabila filem seperti Shrek Forever After, Despicable Me dan How To Train Your Dragon turut berada dalam 10 senarai teratas. – Agensi

Utusan

GEMURUH DT Gempak Tapi …

29 Dec

Ditulis oleh Nonie
  
  

Tak dapat dinafikan, kumpulan rock lagenda ini sememangnya menakjubkan. Walau usia semakin dimamah masa, namun semangat perjuangan mereka masih padu dan utuh. Surf Beach Sunway Lagoon menjadi saksi kehebatan Search dan Wings beraksi.

Segalanya sempurna melihat persembahan di atas pentas. Ribuan peminat memenuhi tapak konsert bersatu menyanyikan lagu-lagu popular seperti Fantasia Bulan madu, Isi Atau Kuku, Sejati dan Gemuruh. Lagu medley seperti Rozana, Semalam Yang Hangat, Gadisku, Taman Rashidah Utama, Misteri Mimpi Syakila dan Meniti Titian Usang turut disampaikan.

Bangga ManggaOnline (MO) nyatakan konsert artis antarabangsa seperti Ne-Yo dan Akon juga tidak seramai ribuan peminat yang memenuhi Konsert Gemuruh Double Trouble (DT) di Sunway Lagoon.

Namun dalam ketakjuban ini terselit rasa kesal dengan pihak penganjur yang begitu bangga menguar-uarkan penglibatan mereka dalam konsert rock lagenda ini. Masakan tidak, konsert yang sepatutnya menjadi penutup GEMURUH DT tidak dilengkapi dengan sistem penataan bunyi yang baik. Malah pentas dibina pada ketinggian sekadar tiga kaki menyukarkan penonton di bahagian belakang menyaksikan persembahan idola mereka secara langsung.

Konsert sebegini tidak sepatutnya diberikan kepada Search dan Wings yang merupakan lagenda rock tanah air. Namun Search dan Wings tetap memberikan kerjasama dan persembahan terbaik buat peminat. GEMURUH DT di Sunway Lagoon hanyalah penutup tirai untuk tahun ini dan akan diteruskan pada tahun hadapan di Singapura dan Sarawak.

Bagi Awie, kebangkitan semula Wings dan Search bermula pada Konsert Double Trouble di Mont Kiara, Kuala Lumpur dan berterusan seiring dengan jelajah Konsert DT.

“Kenangan paling indah adalah sewaktu pembukaan konsert dan hari ini di Sunway Lagoon. Dan bagi saya crowd di Kuala Lumpur yang terbaik dan paling sporting. Tahun depan kami akan teruskan lagi dengan Konsert Red On Black dan Wings akan beraksi di Istana Budaya tahun depan,” katanya.

MO kongsikan bersama foto-foto Konsert GEMURUH DT bagi yang tidak berpeluang menontonnya.

FOTO oleh AMIN FARIJ HASAN

Mangga Online

Songlap Tampil Isu Jual Bayi

29 Dec

Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
liza.zakaria@utusan.com.my
Gambar AMIN FARIJ HASAN


Sam dan Syafie melakonkan watak adik beradik Am dan Ad dalam filem Songlap yang bakal menemui penonton pada tahun depan.

ISU penjualan dan pembuangan bayi bukan lagi perkara baru di kalangan masyarakat tempatan. Ia boleh dianggap serius apatah lagi merupakan salah satunya gejala yang cukup membimbangkan di negara ini.

Memberi tumpuan terhadap gejala tersebut, Grand Brilliance Sdn. Bhd. (GBSB) dan Red Films Sdn. Bhd., mempersembahkan filem usahasama, Songlap yang diarahkan oleh pasangan suami isteri, Fariza Azlina Isahak dan Effendee Mazlan.

Ini merupakan projek usahasama kedua GBSB di bawah Primeworks Studios dan Red Films selepas Kami The Movie yang diarahkan oleh pengarah yang sama tiga tahun lalu.

Menampilkan pelakon utama seperti Shaheizy Sam, Syafie Naswip dan Sara Ali, filem yang menelan kos pembikinan RM1.7 juta itu baru sahaja tamat penggambaran tiga minggu lalu di sekitar Kuala Lumpur.

Pelakon lain yang turut menjayakan filem tersebut ialah Omar Abdullah, Rozie Rashid, Lisdawati, Eizlan Yusof, Normah Damanhuri, Berg Lee dan Izzue Islam.

“Tema bukan hanya fokus terhadap penjualan bayi tetapi juga mengetengahkan hubungan kekeluargaan dan akibat pergaulan bebas.

“Tidak hanya sekadar isu yang memaparkan pelbagai mesej yang mendalam, elemen komedi turut diselitkan secara tidak langsung dalam membantu menarik minat penonton kelak,” kata Fariza Azlina.

“Watak yang ada dengan elemen komedi yang diselitkan seboleh mungkin kita tidak mahu nampak ia seperti dibuat-buat dan kita sesuaikan dengan situasi sesebuah babak itu sendiri.

“Biarpun isu pembuangan bayi sangat besar dan serius, namun kita tidak mahu menampakkan jalan cerita itu terlalu serius dengan isu yang difokuskan.

“Pemilihan Sam bukan kerana dia merupakan artis yang mendapat tempat kini tetapi kerana kemampuannya dalam menjayakan watak tersebut. Begitu juga kepercayaan yang diberikan kepada Syafie dan Sara Ali,” kata Effendee pula.

Malah, pemilihan Sam dan Syafie dilakukan kerana jalinan bentuk wajah yang bersesuaian dengan karakter adik-beradik dalam filem tersebut.

“Kami lihat baik Sam dan Syafie masing-masing ada karakter tersendiri dalam menyerlahkan kemampuan mereka sebagai pelakon.

“Melakonkan watak yang agak berat malah ada elemen komedinya yang tersendiri bagi kami sesuatu yang baik kepada pelakon yang ada kerana inilah caranya mereka boleh menyerlahkan kemampuan dan bakat yang ada pada mereka,” katanya.

Bercerita tentang Songlap, ia membawa maksud mengambil sesuatu tanpa kebenaran.

Ia mengisahkan tentang dunia sosial remaja yang mengandung di luar nikah dan jenayah perdagangan bayi yang sering diketengahkan oleh media massa.

Am dan Ad adalah dua beradik yang terlibat dalam jenayah perdagangan bayi yang didalangi oleh wanita bergelar Mama.

Apabila adik kepada rakan baik Ad iaitu Hawa hamil di luar nikah dua beradik itu mula bercanggah pendapat. Ad ingin membantu Hawa keluar dari kancah dosa manakala Am pula ingin terus hidup dalam dunia tersebut.

Apakah yang bakal terjadi selepas itu apabila hidup Ad menjadi tidak tenteram apabila dia dijejaki oleh Pak Din yang tidak putus asa mencari anak perempuannya, Hawa.

Yang pasti, Songlap menjanjikan kelainan tersendiri terutamanya dalam pembawaan emosi setiap watak.

Utusan

‘Kehilangan’ Once Sukar Diganti

29 Dec

Oleh MOHD. IFQDAR ABDUL RAHMAN
ifqdar.rahman@utusan.com.my
Gambar: MOHD. FARIZWAN HASBULLAH


Pelakon siri Kau Dan Aku, (dari kiri) Hafiz, Akim, Aril dan Anith mendendangkan lagu tema drama tersebut, Kau Ku Temu.

KHABAR yang bertiup kencang mengatakan vokalis utama Dewa 19, Once menarik diri daripada kumpulan itu telah pun disahkan sendiri oleh ketuanya, Ahmad Dhani.

Kehadiran Ahmad Dhani ke Malaysia atas tiket untuk menjayakan Konsert Ria 2010 di I-City, Shah Alam baru-baru ini sememangnya dinantikan media tempatan untuk mendapatkan kepastiannya selaku ketua Dewa 19.

Bagaimana pun, pengunduran penyanyi lagu Dealova itu atau nama sebenarnya Elfondra Mekel tidaklah begitu mengejutkannya malah ia disambut dengan senyuman penuh makna.

Ditanya adakah berlaku perselisihan faham antara Once dengan anggota Dewa 19 yang lain, Ahmad Dhani cuma membalas soalan itu dengan gelengan kepalanya. Tiada satu pun kata-kata yang menafikannya mahupun mengiyakannya.

Seolah-olah, bekas suami kepada Maia itu tidak mahu berkongsi apakah masalah sebenar yang berlaku di sebalik berita eksklusif yang diterima oleh media Malaysia itu.

Menurut Dhani, dalam kandungan surat perletakan jawatan tersebut, Once hanya menyatakan bahawa dia agak jenuh dengan kumpulan tersebut dan ingin fokus dengan projek solonya selepas ini.

“Itu sahaja yang boleh saya beritahu. Selain itu, biarlah saya sendiri dan anggota kumpulan saya yang tahu.

“Kami harap dia berjaya di masa akan datang. Lagipun, album solonya sebelum ini sukses,” katanya ringkas mengenai hal itu.

Bagaimana pun, Ahmad Dhani tetap meluahkan rasa kecewanya kerana memikirkan untuk mencari pengganti kepada Once.

Jujur katanya, dia pasti ada peminat yang kecewa dengan hal ini dan kredibiliti Once selaku pemuzik cukup susah untuk dicari ganti.

“Kami sedang mengadakan sesi uji bakat untuk mencari pemuzik persis Once sejak awal tahun lalu.

“Sehingga sekarang, masih belum ada lagi yang mampu menyaingi bakat Once. Saya akui, dia memang hebat.

“Memandangkan Once sudah menarik diri secara rasminya, Dewa 19 merancang untuk bekerjasama dengan stesen televisyen Indonesia untuk menerbitkan sebuah program realiti yang mencungkil bakat-bakat pemuzik tempatan.

“Saya harap, program itu nanti dapat membantu kami untuk mencari pengganti Once,” terangnya dalam satu sidang akhbar yang diadakan sebelum dia muncul menghiburkan 25,000 pengunjung konsert itu.

Sebelum menamatkan sesi sidang akhbar tersebut, akhirnya Ahmad Dhani terbuka untuk berkongsi sedikit hal yang berlaku antara Once dan Dewa 19.

“Sebenarnya sudah lapan bulan kami tidak bercakap dan kali terakhir kami membuat persembahan bersama ialah pada Ogos lalu.

“Sepanjang lapan bulan itu, kami sekadar bekerja secara profesional di mana bila di belakang pentas, kami duduk berasingan, tetapi bila di atas pentas, kami membuat persembahan bersama,” cerita Ahmad Dhani kepada pemberita.

Dalam pada itu, tambah Dhani, dia tidak kisah dengan kekurangan dan penambahan ahli dalam kumpulan itu kerana menganggap Dewa 19 sebagai tempat untuk ahli-ahlinya berhibur.

Terang Ahmad Dhani, kumpulan itu bukanlah platform buat anggotanya untuk mencari pendapatan tetap memandangkan masing-masing mempunyai projek tersendiri termasuklah dirinya yang juga mempunyai band sendiri iaitu TRIAD (The Rock Indonesia Ahmad Dhani).

Pada malam Konsert Ria 2010 itu, selain membuat persembahan bersama TRIAD, Ahmad Dhani turut tampil bersama anak-anaknya, kumpulan The Lucky Laki menerusi lagu Munajat Cinta.

Manakala bersama TRIAD pula, penyanyi itu membawakan lagu Makhluk Tuhan Paling Seksi, Madu Tiga, Pangeran Cinta, Sedang Ingin Bercinta, Aku Cinta Kau dan Selir Hati.

Selain Ahmad Dhani, konsert yang berlangsung selepas hujan berhenti itu turut membabitkan ramai artis tempatan demi meraikan penonton setia rangkaian Astro terutamanya saluran Ria.

Antara artis yang turut menjayakannya ialah Black, Meet Uncle Hussein, M. Nasir, Misha Omar, Datuk David Arumumugam, Anuar Zain, One Nation Emcees, Mawi, Aril, Stacy, Hafiz, Azlan & The Typewriter, Aizat, Tilu dan ramai lagi.

Utusan

Cabaran Baru Bernard, Lina

29 Dec

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar IZHAM JAAFAR

SEBAIK sahaja melangkah kaki dalam dunia pengarahan filem, nama pengarah yang seorang ini dengan pantas meraih perhatian yang cukup meluas.

Mula tampil dengan filem arahan pertamanya, Gol & Gincu, Bernard Chauly tidak perlu menunggu lama untuk namanya meniti di bibir peminat filem tempatan.

Tidak keterlaluan dikatakan, Bernard antara pengarah muda yang sentiasa tampil dengan idea serta konsep yang segar dan baru dalam setiap karya yang dihasilkannya.

Walaupun pada hakikatnya Bernard sebenarnya sudah lama bergelumang dalam bidang seni menerusi drama dan cukup dikenali sebagai pengarah rancangan berinformasi, 3R, baginya setiap karya yang dihasilkan mempunyai cabarannya tersendiri dan sebagai seorang pengarah, dia mahu memastikan karya-karya itu dapat memberikan impak yang luar biasa.

Menerusi karya terbarunya, Gadis Semasa Sunsilk, Bernard mengakui ia merupakan antara cabaran terhebat baginya sebagai seorang pengarah.

Manakan tidak, program itu merupakan seumpamanya di negara ini apabila ia menampilkan drama realiti yang belum pernah diterokai dalam mana-mana penerbitan tempatan.

Jika sebelum ini, masyarakat sudah terlalu biasa disogokkan dengan pelbagai program realiti berbentuk hiburan, Gadis Semasa Sunsilk menjanjikan satu kelainan yang pastinya mampu menarik perhatian ramai.

Namun, kali ini, senario itu berubah apabila Gadis Semasa Sunsilk yang diterbitkan sebanyak 13 episod itu akan membawa penonton menyelusuri kehidupan sebenar seorang gadis yang bakatnya dikesan menerusi YouTube.

“Di sinilah terletaknya cabaran saya sebagai seorang pengarah kerana para pelakon di dalam siri ini adalah orang biasa yang membawakan watak diri mereka sendiri.

“Tetapi, dengan adanya bengkel lakonan selama tiga minggu, mereka dapat menyesuaikan diri dengan konsep drama ini walaupun pada awalnya, mereka kelihatan sungguh kekok kerana tidak biasa untuk beraksi di hadapan kamera.

“Namun saya teruja terlibat dalam projek ini kerana ia membawa satu perubahan baru dalam bidang penyiaran di negara ini khususnya dalam konteks program realiti. Inilah kali pertama apabila drama dan realiti digabungkan menjadi satu,” jelas Bernard penuh bersungguh tentang Gadis Semasa Sunsilk yang diterbitkan oleh Red Communications itu lagi.

Pengarah filem Pisau Cukur itu ditemui pada sidang akhbar Gadis Semasa Sunsilk yang diadakan di Bangsar, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Turut hadir ialah Penerbit Eksekutif Gadis Semasa Sunsilk, Lina Tan; Pengurus Pemasaran Rambut, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd., Ashlee Ng dan Pengurus Jenama, Kumpulan Perniagaan Penjagaan Rumah dan Diri Unilever, Emily Chong.

Hadir sama ialah tiga personaliti popular sebagai pakar dalam bidang seni dan kecantikan iaitu Ajai selaku pakar vokal, Wardina Safiyyah (personaliti) dan Bambang Sutrisno Soteto (dandanan).

Tambah Bernard lagi, sebelum ini dia pernah mengarahkan filem, drama dan program berbentuk majalah tetapi Gadis Semasa Sunsilk merupakan program realiti pertama arahannya.

“Saya juga tidak mahu gadis terbabit berlakon sehingga dia tidak menjadi dirinya sendiri walaupun kami mempunyai skrip sebagai panduan.

“Kami mahu penonton sendiri berasa teruja dengan program ini dan selama tiga bulan, mereka akan dapat melihat sendiri perjalanan kehidupa gadis yang cukup berbakat ini,” ujarnya yang juga pernah mengarahkan filem Goodbye Boys pada tahun 2007 ini lagi.

Utusan

Liyana, Syamsul

28 Dec

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my
Gambar ZAINI HUSIN


SYAMSUL Yusof dan Liyana Jasmay merupakan pelakon utama Khurafat.

LIYANA Jasymay merupakan antara pelakon pelapis tempatan yang sentiasa komited dan membuat pelbagai persediaan sebelum berada di lokasi penggambaran filem.

Dia misalnya, mengkaji terlebih dahulu watak Aishah yang dilakonkannya menerusi filem Khurafat termasuklah cuba mencetuskan rasa cinta terhadap watak Johan lakonan Syamsul Yusof dalam filem itu.

Menurut Liyana, dia cuba melahirkan rasa cinta itu menerusi watak Aishah sewaktu bergandingan dengan Syamsul yang juga merupakan pengarah filem seram pertama terbitan Skop Production itu.

‘Perasaan cinta itu saya harus rasakan sekurang-kurangnya 20 peratus saat melakonkan watak Aishah yang merupakan isteri kepada Johan. Sayangnya, apabila berada di lokasi penggambaran perasaan itu hilang.

‘Bagaimanapun, selepas seminggu berlakon filem itu saya semakin rapat dan banyak berborak-borak dengan Syamsul barulah perasaan cinta pada Johan itu dapat saya rasakan.

‘Cuma jangan salah faham, ini bukannya cinlok (cinta lokasi) tetapi hanya penghayatan untuk menguatkan lagi lakonan saya,’ katanya sewaktu ditemui pada pratonton Khurafat di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Selain cuba melahirkan rasa cintanya terhadap Johan dalam Khurafat, Liyana juga sanggup mengenakan tudung agar watak yang dilakonkannya itu berkesan bagi memberi kelainan dalam penampilannya.

Katanya, selama ini dia lebih banyak melakonkan watak gadis remaja yang tidak bertudung di mana pengalamannya dalam Khurafat sedikit sebanyak telah mempelbagaikan lagi karakter lakonannya di layar perak.

‘Bukan setakat bertudung, malah ini juga kali pertama saya melakonkan watak seorang isteri. Walaupun saya masih muda tetapi saya pikul peranan itu atas keyakinan, apatah lagi saya telah mengkaji terlebih dahulu watak tersebut.

‘Namun, sebelum menerima tawaran berlakon dalam Khurafat, saya tanya pendapat Bade Azmi. Dia (Bade) beri galakan kerana yakin dengan bakat dan kreativiti Syamsul sebagai pengarah filem ini,’ ujarnya.

Sementara itu, Syamsul yang ditemui tidak menafikan dia cuba menghayati watak Johan dengan melahirkan rasa cintanya terhadap Aishah bagi menghidupkan adegan mereka sebagai pasangan suami isteri.

Jelas pengarah berusia 26 tahun ini, biarpun baru mengenali Liyana tetapi sebagai pelakon profesional dia cuba juga mencetuskan perasaan itu saat berada di lokasi di mana ia bukanlah suatu perkara yang mudah untuk dilakukannya.

‘Saya akui memang susah melakonkan babak percintaan. Bagaimanapun, apabila berada di depan kamera, ‘perasaan cinta’ saya pada Aishah akan timbul,’ jelasnya.

Sewaktu ditanya tentang Khurafat, jelas Syamsul, ia merupakan filem genre seram pertama arahannya biarpun sebelum ini dia lebih sinonim dengan filem aksi seperti Evolusi KL Drift .

Sungguhpun begitu, anak pengarah Datuk Yusof Haslam ini tidak memilih sebarang genre filem, sebaliknya bersedia untuk mengarahkan genre-genre lain jika diberi peluang oleh bapanya pada masa akan datang.

‘Saya dapat pengiktirafan di Festival Filem Malaysia ke-23 baru-baru ini sebagai Pengarah Terbaik melalui filem Evolusi KL Drift 2 yang merupakan filem genre aksi. Saya anggap saya lebih relevan dengan filem aksi.

‘Namun, saya masih dalam proses belajar di mana kalau boleh saya mahu mendalami setiap sudut dalam bidang seni termasuklah filem genre seram yang mencabar kreativiti saya.

‘Contohnya, melalui filem ini saya cuba selitkan unsur-unsur keislaman di mana ia boleh dijadikan pengajaran buat para penonton. Kalau filem aksi mungkin sukar sedikit untuk menyelitkan elemen-elemen sebegitu,’ tambahnya.

Khurafat yang akan ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh negara mulai 13 Januari tahun depan turut membariskan pelakon seperti seniwati veteran Mariani, Fauziah Nawi, Sabrina Ali dan Salina Saibi.

Utusan

Kami Rapat Tapi Tak Bercinta

26 Dec

Ditulis oleh Nonie
  
  

Pasangan sejoli ini seperti belangkas. Jika ada majlis keraian, ManggaOnline (MO) lihat pasti kelibat keduanya akan bersama. Bunga-bunga kemesraan terpancar dalam hubungan mereka. Zizan Raja Lawak sering ditemani si jelitawan Juliana Evans, namun status mereka masih belum pasti. Sudahkah Zizan berjaya menawan sang bunga?

Mengakui hatinya cair dengan kejelitaan sang gadis yang lebih selesa di sapa Jue, namun katanya hubungan mereka masih lagi dalam peringkat perkenalan.

“Kami mula rapat waktu berlakon bersama dalam filem Hantu Bonceng. Memang senang ngam dengan Jue sebab dia chill dan tak hipokrit. Siapa tak cair tengok Jue, dia seorang yang sangat cantik dan terbuka berbincang apa sahaja.

“Kalau betul saya ada girlfriend, saya tak akan keluar terang-terangan begini. Saya lebih suka hal peribadi dirahsiakan.

“Buat masa sekarang kami masih kekal sebagai kawan dan saya belum bersedia untuk ada teman buat masa ini,” kata Zizan yang tidak menolak jika ditakdirkan bercinta dengan Jue.

Tidak adil sekiranya MO hanya meminta pandangan jejaka akan hubungan rapat ini. Jue tersenyum lebar ketika diminta pandangan mengenai Zizan. Mengakui sedang berkawan rapat, namun katanya tidak mungkin mereka akan bercinta.

“Kami memang rapat dan selalu keluar lepak bersama. Jue suka berkawan dengan Zizan sebab dia memang seorang yang semulajadi kelakar, bukan hanya di dalam televisyen.

“Kami selalu kongsi masalah dan dia akan beri nasihat. Waktu itu dia akan serius tapi selalunya dia akan hiburkan Jue dengan lawaknya.

“Tapi Jue tak boleh melihat Zizan lebih daripada kawan. Tak tahulah akan datang nanti macam mana,” ujar bekas kekasih Sam Bunkface ini.

 

Mangga Online