Archive | Liza Hanim RSS feed for this section

Nazar Potong Rambut

22 Jan

Oleh Zaidi Mohamad
zaidim@bharian.com.my


ERRA dan suami membeli kelengkapan untuk menyambut kelahiran bayi mereka.

“SAYA akan bernazar memotong rambut demi kelahiran anak yang dikandung isteri saya,” demikian ungkap Engku Emran Engku Zainal Abidin mengenai niat dan perancangannya terhadap kelahiran bayi sulung hasil perkongsian hidupnya dengan bintang jelita, Erra Fazira yang dijadual bersalin bayi perempuan pada 25 Mac ini. Selain Erra, tahun ini menyaksikan ramai selebriti yang disahkan berbadan dua seperti Melissa Saila, Rosma, Sharifah Aleya, Dynas, Liza Hanim, Sasha Saidin dan Balkish Semundur Khan. Nora Danish paling awal membuka lembaran 2009 apabila selamat melahirkan bayi lelaki awal Januari lalu.

Betapa terserlah sisi bahagianya hingga berat badannya kembali bertambah dan sama naik dengan perut isteri tercinta. Sebelum ini, Emran berjaya mengawal berat badannya selepas berkahwin dengan pelakon drama Mentua VS Menantu itu.

Akuinya, semakin dekat tarikh jangkaan kelahiran anak mereka, maka makin kencang deruan adrenalinnya. Baik Erra, naluri kebapaan jelas terpancar di wajah Emran, maklumlah ini pengalaman sulungnya melalui situasi begini. Hampir setiap masa, jika tidak mempunyai komitmen kerja, pasti Emran akan menghabiskan masa dengan Erra yang kini usia kandungannya sudah hampir mencecah lapan bulan.

“Paling mengharukan saya dah mula terasa getaran nak bergelar bapa ialah sewaktu saya memegang perut Erra. Seperti bakal bapa lain, saya percaya mereka juga berasakan perkara sama yang saya alami. Kalau orang tanya sama ada saya sudah bersedia untuk bergelar bapa, semuanya akan terjawab apabila lahirnya anak kami itu. Saya tak dapat bayangkan macam mana perasaan itu, namun yang jelas saya memang berdebar-debar. Cuma ada yang memberi nasihat supaya saya tidak terlalu menggelabah memikirkan soal ini.

“Dalam hal persediaan, Erra yang paling berlebih-lebihan, biasalah wanita memang selalu begitu. Kami ada membeli barangan bayi untuk keperluan anak kami nanti. Apabila anak sudah ada depan mata, baru jelas lagi tanggungjawab dan persediaan saya terhadap anak kami nanti.

“Kebelakangan ini pun selera makan saya kembali bertambah. Lucunya saya yang terlebih mengidam berbanding isteri. Sejak Erra hamil, saya suka sangat makan masin dan bayangkan saya boleh meratah garam begitu saja,” katanya sewaktu ditemui di Siri Jelajah Lelong Amal Suria FM di lokasi pertama mereka di Mydin USJ, Subang Jaya 17 Januari lalu. Sebelum majlis bermula, Emran dan Erra berkesempatan membelek-belek barangan bayi di pusat beli-belah itu.


PERPANCAR rona bahagia pada raut wajah pasangan sama padan yang akan bergelar ibu dan bapa tidak lama lagi.

Dalam pada itu, Erra yang juga Wajah Eksklusif Astro ini sudah mula melupakan kerjaya seninya buat seketika sejak penghujung Disember tahun lalu demi memberi tumpuan penuh kepada bayi yang dikandungnya. Biarpun sarat dan tidak lagi menerima tawaran berlakon dan menyanyi, Erra masih meluangkan masa, turun padang ke acara anjuran stesen radio yang di bawah tanggungjawab suaminya.

Umpama cuti panjang daripada kesibukan kerja, debaran Erra juga memuncak hari demi hari, menghitung detik bergelar ibu. Sewaktu ditemui Hip pada majlis itu, wajah Erra berseri-seri dan mungkin itu tanda bahawa kehidupan aktres yang pernah bergelar ratu ini sedang mendakap bahagia. Dan jangan tak tahu, fokus Erra bukan saja terhadap anak yang bakal lahir nanti, sebaliknya Erra memenuhi masa senggang dengan melakukan aktiviti berfaedah.

Tanpa disengajakan pada hari itu, jahitan sulaman yang sedang diusahakan Erra kelihatan di dalam beg jenama mewah yang digalasnya. Dengan pantas, jurugambar Hasriyashah Sabudin sempat meminta Erra mengeluarkannya untuk diabadikan di dalam Hip.

“Sejak bercuti ini, Erra penuhi masa dengan menghadiri pelbagai kelas belajar termasuklah kelas jahitan, memasak dan menulis skrip. Sudah dekat tarikh nak bersalin, Erra makin sibuk membuat persiapan. Sekarang ini pun kami sudah menghias bilik tidurnya dengan pelbagai dekorasi. Saya akui memang amat teruja apatah lagi ini bayi pertama yang bakal dilahirkan dan saya tahu biarpun dia (Emran) tak tunjuk sangat keterujaannya seperti saya, tapi dalam hatinya dia memang sangat gembira,” katanya.

Menurut Erra, biarpun sudah melakukan proses pengimbasan mengenal pasti jantina anaknya, Erra tidak terlalu yakin dengan keputusan yang disahkan (dijangka jantina perempuan). Alhamdulillah, Erra juga tidak mengalami alahan teruk dan mengidam, cuma pada peringkat awal saja dia berasa loya.

“Erra tak mengidam itu ini, Erra ‘bantai’ saja makan apa yang terasa nak dimakan. Alhamdulillah, Erra kental gamaknya dan bayi dalam perut ini pun tak banyak meragam. Erra juga banyak mendapat tips dan petua sewaktu mengandung dan Insya-Allah usia kandungan ini mencecah lapan bulan. Biarpun sudah dimaklumkan kemungkinan jantina anak kami, tidak semestinya ia tepat. Kami tidak kisah jantinanya, yang pentingnya bayi itu sihat walafiat dan cukup sifat,” katanya ramah.

Mengintai kerjaya seninya, selepas melahirkan anak dan menguruskan badan, mengikut perancangan Erra akan kembali ke set penggambaran drama Mentua VS Menantu dan merakamkan album pertamanya di bawah label SRC.

Kata Erra, setakat ini dia sudah selesai merakamkan 26 episod untuk drama itu di siaran Astro. Kata Erra lagi, mengikut kontrak albumnya bersama SRC, Erra berhutang lima album dan sehingga kini belum ada album lagi sempat dibikin.

Mengenai ‘misteri kehilangan’ pengurusnya, Syed Abu Bakar, ia masih terus menjadi tanda tanya. Jelas Erra, dia sendiri sukar hendak memberi jawapan kepada persoalan ini. Mengakui agak sukar meneruskan kerjaya tanpa pengurus, Erra kini buat sementara waktu mendapatkan khidmat Vernon Kedit Jolly.

“Buat masa sekarang Erra banyak meminta tolong Vernon menguruskan soal kerjaya seni biarpun belum ada kontrak hitam putih di antara kami. Erra ibarat ‘patah kaki’ tanpa pengurus. Kalau tiada perkembangan lanjut mengenai Syed, Erra kena fikirkan sesuatu demi masa depan kerjaya Erra ke depan nanti,” katanya yang memberitahu nama yang bakal diberi kepada anaknya nanti masih dalam peringkat perbincangan.

INFO

Erra-Emran

Erra berkenalan dengan Emran pada Jun tahun lalu. Pasangan itu kemudian memilih 7 September 2007 untuk mengikat tali pertunangan.

Pada 25 Oktober pula, pasangan itu disatukan di Restoran Puteri, Sungai Penchala. Erra tidak meminta wang hantaran, sebaliknya meminta senaskah al-Quran sebagai ganti.

Pernah mengandung awal 2008, bagaimanapun Erra mengalami

keguguran ketika usia kandungannya dua minggu.

Berita Harian

Dengarnya… Musim Artis Mengandung

16 Jan

Oleh Normah Becok


Melissa Saila

AGAKNYA, tahun 2009 ini memang membawa tuah kepada ramai selebriti wanita kita. Yalah, lepas seorang, seorang disahkan hamil dan bakal menimang cahaya mata. Cik Normah juga yang menunggu-nunggu, bila agaknya Cik Normah hendak mengandung. Bimbang juga kalau lama-lama tak ada anak, nanti suami cari lain. Tapi Cik Normah percaya, suami Cik Normah memang lelaki setia.

Bercerita fasal artis mengandung, Cik Normah teringat pada Sharifah Aleya, Liza Hanim, Dynas, Sasha Saidin, Rosma dan beberapa lagi selebriti wanita yang kini disahkan berbadan dua. Termasuk dalam kategori ibu hamil ketika ini ialah seorang lagi pelakon teater muzikal P Ramlee, Melissa Saila.

Khabarnya kini wajah Lis berseri-seri setelah mengandungkan anak ketiga. Eloklah tu Lis, dua anak Lis, si Zain dan Noor pun sudah besar. Zain sudah berusia dua tahun, manakala Noor yang sulung pula empat tahun. Cantik betul anak sulungnya, macam Lis sendiri. Esok bila sudah besar, pasti popular macam ibu atau neneknya, Mariani.

Apabila teringat cerita kedua-dua bintang muzikal P Ramlee ini hamil, Cik Normah terfikir sendiri. Nasib baiklah Enfiniti tidak membawakan kembali muzikal bintang legenda berkenaan pada tahun ini. Jika tidak, susah juga apabila dua pelakon terbabit terpaksa tampil dengan badan yang mungkin agak berisi.

Pada Februari ini, Enfiniti mementaskan semula teater muzikal Puteri Gunung Ledang. Kiranya, kini tiba masa Datin Seri Tiara Jacquelina menghangatkan pentas Istana Budaya sebagai puteri yang bukan saja jelita, tetapi pandai pula menari dan menyanyi. Cik Normah sendiri rasa macam hendak menonton sekali lagi.

Dalam pada itu, hampir terlupa, pelakon drama Balkish Semundur Khan pun sudah disahkan mengandung sebulan. Pelakon itu yang dramanya, Laila Majnun sedang disiarkan di TV3 dan TV9 ada menghantar SMS kepada kawan sepejabat Cik Normah baru-baru ini.

Berita Harian

Bual Fesyen: Khairi Sufi Mahu Kerja Keras

17 Dec

Oleh Hidayah Mohammad
hidayah@bharian.com.my


Khairi Sufi

Berazam dikenali peringkat antarabangsa

NAMANYA belum lagi mencapai tahap membanggakan. Namun, kebolehan dalam menghasilkan rekaan pakaian menunjukkan, Khairi Sufi, 25, mampu pergi jauh.

Sebelum ini, Khairi pernah mengimpikan untuk menjadi seorang penulis tetapi tidak lama kemudian dia mula menyedari bahawa fesyen adalah dunia sebenarnya untuk terus mara. Minat mula berkembang ketika mendapat pendidikan Diploma Seni Lukis dan Seni Reka Fesyen di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Selari dengan pengalamannya dalam dunia fesyen, dia membuktikan kebolehan dengan menduduki tempat ketiga dalam pertandingan Piala Jarum Berlian, dua tahun lalu. Bagaimanapun bakat yang terpendam tidak menghalang anak kelahiran Ottawa, Kanada ini mengorak langkah dengan membabitkan diri dalam beberapa pertandingan fesyen tempatan.

Pertengahan tahun lalu, Khairi menyertai uji bakat rancangan Project Runway Malaysia. Walaupun tidak berjaya ke peringkat akhir, namun dia tersenarai di tempat ke-15 daripada ratusan mereka yang turut menyertainya. Kemudian, dia ditawarkan bekerja sebagai Visual Merchandiser dengan syarikat pakaian British India.

Bagi meneruskan impian menjadi seorang pereka, dia berhenti bekerja dan menghasilkan rekaan untuk selebriti terkenal seperti Fazura, Liza Hanim, Sharifah Amani dan Sazzy Falak.


SAZZY FALAK antara artis yang menggayakan koleksi tiub blaus rekaan Khairi Sufi.

Rezeki menyebelahinya apabila Khairi dipanggil untuk terbabit dalam pertunjukan fesyen terkemuka, Minggu Fesyen Antarabangsa Malaysia (MIFW) yang julung kali disertainya baru-baru ini.

Khairi berpeluang menggunakan pentas pertunjukan fesyen yang turut dipersembahkan oleh pereka fesyen dan jenama besar seperti Syaiful Baharim, Carven Ong, Farah Khan, Tom Abang Saufi, Radzuan Radziwill dan Sharifah Kirana.

“Saya tidak pernah menyangka suatu hari akan berada di tahap ini sehingga dapat terbabit dalam pertunjukan fesyen. Saya terharu dengan pihak penganjur kerana memberi peluang untuk menunjukkan koleksi dan menyedari bakat kepada semua,” katanya.

Perjalanannya sudah bermula tetapi masih mencari ruang kejayaan. Ikuti perbualan bersama Khairi Sufi sebelum acara majlis pertunjukan fesyen berkenaan.

Ratu: Anda seorang pereka fesyen muda dan masih dikategori sebagai baru malah mempunyai masa depan yang cerah. Pada pandangan anda, adakah sukar bagi seorang pereka muda yang baru menempa nama dalam industri fesyen?

Khairi: Sememangnya agak sukar bagi seseorang pereka fesyen muda menempa nama dalam industri ini. Ini kerana terlalu ramai bakat baru yang membina nama malah ramai lagi yang akan muncul.

Saya sentiasa membandingkan dengan mereka yang sudah bertahun lamanya dalam bidang ini. Tidak dinafikan ada juga yang memberi pandangan negatif serta mengkritik rekaan saya. Saya terima dan dari situ saya belajar dari kesilapan.

Tidak kurang juga yang berpandangan, orang yang ingin menjadi pereka fesyen hanya gilakan glamor!

Ratu: Bagaimana cara anda menaikkan nama Khairi Sufi sebagai satu jenama?

Khairi: Sudah tentunya dengan mempunyai identiti tersendiri. Itu yang paling penting bagi saya. Sentiasa melahirkan idea yang segar dan dapatkan orang yang ternama, tidak kira di kalangan artis mahupun sosialit untuk memakai rekaan saya. Tidak kira majlis apa sekali pun seperti permaidani merah, supaya nama Khairi Sufi itu akan terkenal dalam industri ini.

Ratu: Terlalu ramai pereka fesyen yang tumbuh bagaikan cendawan. Banyak rekaan dihasilkan tetapi ia nampaknya hampir sama kerana istilah ‘tiru’ dan ‘curi’ idea itu sentiasa berlaku dalam industri ini. Jadi, apakah identiti rekaan anda jika dikatakan berbeza dengan pereka lain?

Khairi: Saya menetapkan rekaan yang ringkas tetapi hebat. Mainan warna menarik dan potongan menawan. Pada saya, gaya ringkas adalah kunci untuk tampil lebih anggun bergaya. Saya gemar melahirkan rekaan yang praktikal dan menampakkan si pemakai anggun.

Selain itu, gaya begitu penting buat saya untuk menonjolkan sesuatu rekaan itu. Dari rambut hingga ke aksesori termasuk solekan kerana semuanya memainkan peranan.

Ratu: Apakah falsafah anda?

Khairi: Sentiasa beringat dan bekerja sama dengan semua pihak seperti media, artis atau tidak kira siapa yang memberi kita peluang, laluan untuk muncul dalam industri fesyen ini, kita tak mungkin akan berada di mana kita sekarang.

Oleh itu, kita perlu komited dengan karier. Jika selalu membuat masalah jawabnya tak lamalah! Nasihat sebagai pereka baru ialah sentiasa merendah diri dan jangan lupa dari mana datangnya kita.

Ratu: Siapa pereka fesyen idola anda dalam dan luar negara. Siapakah sumber inspirasi anda dalam bidang ini?

Khairi: Ada ramai, tapi antaranya Rizalman Ibrahim dan Versace. Saya memilih Rizalman Ibrahim kerana beliau ringkas tetapi hebat! Rekaannya tidak dapat dilupakan dan mengujakan. Sementara Versace pula kerana potongan yang sangat feminin. Mainan warna dan penggunaan fabriknya sangat menawan. Rekaan mereka sangat anggun dan glamor sambil mementingkan praktikalnya. Rekaan mereka adalah sangat diimpikan!

Antara idola fesyen, Audrey Hepburn, Rita Hayworth, Victoria Beckham dan Sarah Jessica Parker. Saya suka melihat wanita yang suka bergaya dan anggun.

Ratu: Apakah misi dan visi anda dalam industri fesyen?

Khairi: Saya ingin mendapat tempat dalam bidang fesyen dan terus melahirkan rekaan yang segar bukan saja menambat perhatian orang dalam negara tetapi juga di luar negara juga. Siapa tahu, jika dimurahkan rezeki nama Khairi Sufi itu akan ke luar negara seperti di Harrods. Kalau tidak di luar negara, di rangkaian gedung seperti Parkson ataupun Aseanna pun sudah cukup buat saya. Saya ingin melebarkan sayap dan ingin menjadikan jenama Khairi Sufi itu sebagai jenama besar dalam industri fesyen tanah air.

Berita Harian

Liza Hanim Mengandung?

10 Sep


LIZA HANIM

PAPA cukup gembira apabila mendengar beberapa artis wanita tempatan kita kini sedang mengandung dan ada yang menunggu hari sahaja untuk bersalin.

Antaranya adalah Erra Fazira, Datin Norjuma Habib, Abby Abadi, Wardina Safiyyah, Anne Ngasri dan Zila Bakarin.

Itulah yang dinamakan rezeki dan semuanya adalah kuasa Tuhan.

Kita sebagai manusia hanya mampu merancang namun yang menentukannya adalah Allah. Hanya cepat atau lambat sahaja kerana semuanya sudah tertulis di azali.

Selain daripada nama-nama artis yang Papa sebutkan tadi, Papa dapat tahu daripada sumber Papa yang mengatakan ada lagi seorang artis yang juga tengah mengandung sekarang ini.

Siapa lagi kalau bukan penyanyi bersuara gemersik, Liza Hanim.

Sejauh mana usia kandungannya itu, tidak pula Papa dapat pastikan tetapi menurut sumber Papa, kandungannya itu masih baru lagi.

Sudah pasti, ia berita yang menggembirakan buat Liza dan suaminya, Shah. Patutlah namanya kini agak senyap. Rupa-rupanya berisi. Bak kata pepatah, diam-diam ubi berisi gitu.

Bukan itu sahaja, anak sulung Liza, Marsya Qistina pastinya akan gembira apabila dia akan mendapat seorang adik.

Tidaklah lagi dia berasa sunyi. Papa hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk Liza dan Shah. Mana tahu rezeki dikurniakan dengan anak lelaki pula kali ini.

Utusan Malaysia

Sean Duets With Liza

13 Aug

Sean performs at Carcosa Seri Negara today and tomorrow at 6.30pm.

Sean performs at Carcosa Seri Negara today and tomorrow at 6.30pm.

AWARD-winning actor and singer Sean Ghazi performs at The Marquee in Carcosa Seri Negara, off Jalan Mahameru, Kuala Lumpur today and tomorrow at 6.30pm.

He performs hits from his groundbreaking debut album Semalam as well as traditional Malay pop tunes and Broadway favourites, and also offers fans a peek into what is in store in his next album.

Sean’s performance will feature a special guest appearance by award-winning songstress Liza Hanim. Sean and Liza collaborated in P. Ramlee – The Musical staged at Istana Budaya last year, and they portrayed Tan Sri P. Ramlee and Puan Sri Saloma respectively.

Liza returned for the musical’s second season early this year and reprised her role as Saloma. Sean and Liza are currently working on a duet album.

A four-piece jazz band will back Sean’s and Liza’s performances.

“There’ll be about 15 songs, a blend of old and new timeless tunes,” Sean said. “As for the upcoming duet album, this show is a preview of what’s in store.”

Besides P. Ramlee – The Musical, Sean performed at the Toyota Classics musical showcase in Shah Alam City Council last year with the Cadaques Orchestra from Spain and Spanish tenor Salvador Carbo.

Sean trained as an actor, singer and dancer in London in the 1990s and is one of the first Malaysians to be featured on both the international stage and screen.

Sean’s most memorable Hollywood role was that of Balat (or Luntha) in the 1999 movie Anna And The King. He starred alongside mega stars Jodie Foster, Chow Yun-fat and fellow Malaysian Afdlin Shauki, among others.

He has also appeared on stage in London’s West End and in Europe, in productions such as Miss Saigon and The King And I (with Jason Scott Lee of Dragon – The Bruce Lee Story fame and Elaine Page).

Since returning to Malaysia in 2001, Sean appeared in Jit Murad’s play Spilt Gravy On Rice, among other productions. He has also sung in No Black Tie and Istana Budaya.

In 2006, Ghazi’s debut album Semalam which featured jazzed-up versions of classical Malay songs won him Best New Artiste at the Anugerah Industri Muzik.

Tickets for the show are priced at RM349+++ (dinner and show) and RM169 (show only). The dress code is vintage glam. Call 03-2295-0888.

 

New Straits Times

A No-Nonsense Mentor

12 Aug

Azmeer with One Nation Emcees.

Azmeer with One Nation Emcees.

DENNIS CHUA speaks to the ‘Alex Ferguson’ of Gang Starz, Azhar Abu Bakar.

DESCRIBED as Asean talent search Gang Starz’s answer to no-nonsense Manchester United manager Sir Alex Ferguson, Azhar Abu Bakar makes it clear to his students, or the show’s contestants, that he “kicks butt”.

“You have to be cruel to be kind. As a young and aspiring singer and composer in the 1980s and 1990s, my mentors were no different.

“They used to shout at me if my work was not good. And that was why I worked hard to improve my skills and make it in the music industry,” he said.

Recalling his experiences with his no-nonsense mentors back then, the programme adviser of Gang Starz said that when he first became an artiste, acclaimed producer Datuk Aziz Bakar told him point-blank that his performances were lousy.

“He said I was not fit to sit in his place. This really hurt my feelings, but I subsequently strived extra hard to show him I could do it. Seven years down the road, I finally pleased him,” he said.

Another “terrifying” mentor who coached Azmeer was acclaimed composer S. Atan.

“He was the real Sir Alex. He yelled abuses at me if I did not perform well as a singer, and I’m always grateful to him for pushing my limits,” he said.

As the students’ main coach, Azmeer, 42, says he is only “half the terror” that his mentors were, because he “never hurls profanities at them when he is mad”.

“I believe in being ‘brutal’ and honest, ticking them off for lousy performances and making sure they work hard every day for their weekly concerts.

“At times, I even make them sing while carrying chairs. They may feel the pain of such harsh discipline, but at the end of the day, they thank me for it,” he said, adding that it was better to be “abused” by a frank mentor than by fans who see a lousy performance.

“If one is to be a successful entertainer, he or she has to train under harsh discipline. Only then can a star be born.”

However, mentoring students is not all about being nasty.

“You have to give them credit where credit is due too. All good mentors, including the ‘terrors’ who coached me, did the same,” he said.

Azmeer has been programme adviser for two seasons of Gang Starz.

He shares his position with Damian Seet of VE fame and choreographer Sazlan Mat Adnan, handling performances, vocals and choreography.

Azmeer, who hails from Bayan Lepas in Penang, has been an entertainer for 19 years.

The youngest of five children of a police officer, he has two ballad-oriented albums to his credit – Kenangan Lalu in 1989 and Azmeer in 1992.

“My maternal great-grandfather was a back-up singer for the legendary R. Azmi. I guess I inherited his talent,” he said.

Azmeer studied law at a private college in Singapore for a year in 1988 before he chose to pursue a music career.

Besides Atan, he was also trained by Ramli MS and Indonesian composer, Pance Pondaag of Tak Ingin Sendiri fame.

On June 14, 1990, Azmeer was involved in a car accident in Bangsar, Kuala Lumpur, which virtually put a stop to his stage acts.

“I damaged the cornea of my right eye in the car crash and stayed in hospital for a month. After that, I decided to concentrate on composing and songwriting, though I occasionally sing with other artistes,” he said, adding that his trademark dark glasses were equipped with special lenses to aid his right eye.

He is married to fellow songwriter Azira Azid and has three children.

Azmeer’s famous compositions include Purnama Merindu, a hit for Datuk Siti Nurhaliza which helped her win the Asia Music Festival 2002 in Beijing, China, Ziana Zain’s Menadah Gerimis (Best Ballad in Anugerah Juara Lagu 2002) and Liza Hanim’s Andainya Aku Bersuara (Anugerah Juara Lagu 2001 finalist).

Azmeer also composed and wrote Sharifah Zarina’s hit song Langit Ketujuh (he also sang with her) and Mentor Season 2 winner Fiq Abdul Halim’s Tiga Malam Tanpa Bintang.

Misha Omar’s latest single, Cinta Adam Dan Hawa, was also composed by Azmeer, as was Amy Mastura’s 1995 hit Harapan Semalam.

Azmeer has also written the script for Senario’s comedic appearances on the big and small screen besides composing the funnymen’s hit songs such as Cepat Kaya, Cari Tapak and Sebelum Dan Sesudah.

“I also composed songs for Saiful Apek as a soloist after he left the troupe,” he said.

From 2005 to 2006, Azmeer served as programme adviser for Mentor.

“The show, which lasted two seasons, was a very good initiative by TV3. Sadly, there were not many established artistes who were willing to participate as mentors due to their busy schedules,” he said.

“Nevertheless, there came Gang Starz and it’s a far better programme because it unites young and talented new singers in all of Asean’s original member countries.”

Azmeer believes that a regional talent search will push new local artistes, and even some established ones, to “soar higher”.

“It is good, healthy competition, a chance to learn from neighbouring countries and better oneself,” he said.

Azmeer thinks Gang Starz could not have come at a better time because there was hardly any talent search for vocal groups, as opposed to soloists.

“Damian, Sazlan and I auditioned prospective candidates for the show. More than 5,000 Malaysians auditioned, as well as about 500 Indonesians, 200 Thais, 100 Singaporeans and 300 Filipinos,” he said.

Of the top fine groups in this year’s contest – namely, Malaysia’s One Nation Emcees and Akasia, Indonesia’s D’Reborn and the Philippines’ Paragon Child and 3.5 – he said they all deserve to come this far.

“However, I wish Indonesia’s third group, 3 Voices, could have stayed a little longer. They have great potential, despite their lack of confidence at times,” he said.

On ways to improve the show, Azmeer suggests that some contestants be allowed to play musical instruments.

῕ The Gang Starz final will be held on Aug 24 at Stadium Malawati, Shah Alam at 9 pm.

 

New Straits Times

Stacy Gugat Mila?

9 Jun

Oleh JESSABELL SOO jessabell@kosmo.com.my

SAAT Stacy dinobatkan juara Akademi Fantasia 6 (AF6) dua minggu lalu, penyanyi kelahiran Sabah ini sudah mula dibandingkan dengan pemenang musim ke-5, Mila. Ada sebab mengapa mereka selalu dijadikan perbandingan.

Sebelum ini, Mila dianggap ‘istimewa’ kerana merupakan satu-satunya peserta wanita yang berjaya menjuarai program realiti TV popular itu.

Maka apabila Stacy, 18, mengikuti jejak Mila, ramai yang berpendapat kedudukan Mila mula tergugat.

Namun, hakikatnya mereka berdua memiliki bakat tersendiri. Tidak perlu berebut mahupun bersaing.

Itu juga yang dikatakan oleh Mila ketika ditemui baru-baru ini. Baginya, persaingan memang wujud setiap kali seorang penyanyi baru muncul dalam industri. Cuma dia menganggapnya sebagai satu saingan sihat yang mampu meningkatkan dirinya menjadi penyanyi lebih berjaya.

“Ini satu saingan yang sihat. Lagipun kehadiran Stacy bukannya bermaksud kami bersaing sesama pelajar AF. Sejak saya mula menyanyi, saya sudah mula bersaing dengan penyanyi lain dalam industri.

“Jadi kali ini, saya juga menerima dia (Stacy) sebagai pesaing saya seperti penyanyi lain. Lagipun rezeki kami berbeza. Dengan adanya persaingan baru ini membuatkan diri saya untuk bekerja lebih keras,” kata Mila pada sidang media mempromosikan Hari Alam Sekitar di Green@Palace, Palace of the Golden Horses.

Memberi nasihat kepada Stacy supaya banyak bersabar untuk meneruskan perjalanan dalam karier seni, Stacy sendiri juga menganggap persaingan yang dikatakan orang ramai itu satu perkara yang sihat.

Tidak mahu dirinya dibandingkan, Stacy mahu dia dikenali dengan stail tersendiri. Dia yang baru menggalas gelaran juara memberitahu dirinya kini sudah stabil dari segi emosi.

“Semasa baru keluar, saya berasa hairan dan terkejut bagaimana seorang gadis kampung boleh dipaparkan di suratkhabar. Saya tidak tahu apa yang sedang berlaku. Kini setelah berjumpa dengan penyanyi lain dan Mila, saya mula menyesuaikan diri dan menerima hidup baru saya,” ujar Stacy yang turut menghadiri majlis sama.

Menyangkal persepsi bahawa dirinya akan ‘dipinggirkan’ oleh Maestro Talent dan mula menjaga kebajikan juara baru, Mila yakin dengan tahap pengurusan syarikat itu.

Selama bernaung di bawah Maestro, Mila berpendapat syarikat itu adil dalam membantu mengembangkan kesemua artis di bawah penjagaannya.

“Maestro sangat adil. Kami semua adalah satu keluarga besar dan lahir dari produk yang sama (AF). Jadi Maestro akan menjaga semua artisnya tanpa prejudis.

“Mana mungkin Maestro akan menghancurkan artisnya sendiri? Dan yang utama adalah usaha artis itu sendiri. Jika kami rajin dan berusaha, tiada sebab Maestro tidak mahu mempromosikan kami,” jelas Mila, 20.

Menceburi dunia lakonan Muncul secara cameo dalam filem komedi arahan Saw Teong Hin, Apa Kata Hati yang baru menemui penonton di pawagam, Mila juga menyimpan hasrat untuk menerokai dunia lakonan.

Cuma apa yang dirisaukan adalah faktor masa. Disebabkan lakonan memerlukan komitmen yang lama, Mila belum bersedia untuk mencuba watak berat.

“Dalam Apa Kata Hati, saya hanya muncul sekejap sahaja. Babak itu tidak memerlukan skrip dan saya sudah rasa susah. Tapi saya memang minat berlakon. Dan kalau boleh saya ingin mencuba semua benda dalam dunia seni.

“Baru-baru ini saya ada menyaksikan teater muzikal P.Ramlee dan teringin pula berlakon dalam teater. Saya kagum dengan bakat Liza Hanim yang boleh berlakon dan menyanyi dalam satu masa,” tutur Mila yang bakal berduet dengan Stacy dalam konsert Cornetto Love Sparks.

Bukan Mila sahaja yang menyimpan impian untuk berlakon tetapi Stacy juga mempunyai hasrat yang sama. Dia yang meminati lakonan selalu memainkan watak ibu dan cikgu semasa kecil.

Apa yang menjadi penghalang kepadanya kini adalah masalah percakapan dan komunikasi. Memerlukan masa untuk memperbaiki Bahasa Melayu, Stacy berharap masalahnya itu boleh diatasi dalam masa terdekat.

“Kalau boleh saya mahu belajar memperbaiki masalah percakapan dahulu. Dulu dalam akademi, pelajar lain ada tolong memperbaiki percakapan saya. Mungkin selepas ini saya akan mendapatkan bantuan profesional,” beritahu Stacy yang bakal dilihat dalam program Aku Stacy.

Bersedia hadapi gosip Menceburi dunia hiburan bermaksud mendedahkan diri dengan gosip dan kritikan. Mila sendiri yang baru sahaja mengenali dunia hiburan sudah melalui satu episod ‘gosip’ apabila dikatakan putus cinta dengan Ebi.

Namun, Mila mengambilnya sebagai sebahagian asam garam hidup dan menganggap berita baik atau buruk adalah sebahagian daripada publisiti.

“Memang tidak dinafikan ia menganggu emosi saya tetapi saya menjadi tabah dengan sokongan keluarga. Gosip itu adalah permulaan karier seni.

“Ada juga bertanya soalan yang menusuk hati tetapi ia mengajar saya untuk menjadi lebih matang dalam industri. Gosip itu datang seperti peluru berpandu,” kata Mila.

Baru sahaja memenangi kategori Lagu Terbaik dan Anugerah Khas Juri bagi kategori Penyanyi Muda Berbakat pada 17th International Pop Music Festival di Varna, Bulgaria, Mila juga berharap Stacy sudah bersedia berdepan dengan kritikan serta gosip.

BUKAN main lagi Mila dan Stacy pada acara sempena Hari Alam Sekitar di Green@Palace, Palance of Golden Horses.

Bagi Mila, AF menyediakan sampan tetapi semua peserta perlu bergantung kepada diri sendiri untuk menduyung dan mencari jalan hidup sendiri. Dan Stacy sendiri memberitahu bahawa dia sudah bersedia untuk mengharungi segala cabaran.

“Satu perkara sahaja yang saya takut sekarang adalah masalah percakapan. Saya takut orang tidak faham apa yang saya cakap semasa bertanya soalan. Saya tidak mahu orang ramai terutamanya pihak media salah faham atau keliru dengan apa yang ingin saya sampaikan.

“Kini baru saya sedar bahawa bahasa percakapan saya amat berlainan dan ramai orang tidak faham. Tetapi saya ingin belajar untuk mengubah supaya tidak wujud perselisihan pada masa akan datang,” jelas Stacy.

Kosmo

JOHAN JAAFFAR: Finally, P. Ramlee Gets The Treatment He Deserves

7 Jun

INFINITY Productions’ latest offering, P. Ramlee the Musical, is lavish, stylish and classy. It is also smart and entertaining. It has all the attributes of a world-class production, not to mention an ensemble of probably the best and brightest in stage production, acting, music, choreography and design. Little wonder it sets a new marker in theatre excellence in the country.

Should we care about the man at the centre of the production? We love tragic heroes and P. Ramlee is one of them. Probably one of the most talented artistes in the history of the Malays, he died at the relatively young age of 44 (1929-1973).

But he was no longer in his prime some years before his death. P. Ramlee was a fading star, booed by younger audiences in concerts, marginalised by the artistic fraternity and more often than not, was facing financial difficulties.

Yet in his heyday, P. Ramlee acted in many memorable films, directed some of the greatest movies the land has ever known and composed and sang some of the most popular tunes ever heard.

P. Ramlee was a flawed hero and his life story was more dramatic than those he depicted, perhaps even sadder. He represented the underdog facing insurmountable challenges from the establishment, the Bangsawan and the rich. P. Ramlee was Amran in Penarik Beca, Ghazali in Antara Dua Darjat and Kassim Selamat in Ibu Mertuaku. These characters were perfect for P. Ramlee and he was at his acting best in them.

Sadly, he became the characters he played in the movies. Just read what Nasir P. Ramlee wrote in the heart-wrenching Bapaku P. Ramlee (P. Ramlee, My Father).

In Hollywood, Nasir could have lived on the royalties from his father’s works. In the book, he narrated an anecdote of how he and his step-mother had lived after P. Ramlee’s death. There was a time when Nasir asked for money from Saloma. Saloma told him to meet her at P. Ramlee’s favourite coffee shop belonging to Ah Lek. She took out RM40 from her wallet. “This is all I have Nasir, take half.”

No, you won’t find this episode in P. Ramlee the Musical. After all, the musical is about P. Ramlee’s foray into the world of entertainment. And his greatest achievements and disappointments in his relatively short career in show business.

Nasir did not even feature in the musical. But Junaidah, his mother, was. So, too, Saloma. The two women certainly had a great influence on P. Ramlee. Junaidah, his first wife, bore him his only son, Nasir, and Saloma was at his deathbed. In between, he married Norizan, who left the comfort and security of the palace to be with him. The real life Norizan died a broken and poor woman.

How would you render on stage such a complex personality as P. Ramlee? And to convince the audience that P. Ramlee was more than just another handsome face illuminating the world of show business in his time? The actor has to be credible for P. Ramlee was the embodiment of the most remarkable and the sorriest states in Malay entertainment.

Despite P. Ramlee’s reputation, there had been no serious attempt to bring his story to the stage or film. Perhaps P. Ramlee is an icon unlike any other.

One could simply pick up the sensational elements of his life, which were many, and exaggerate them. In a musical, even tidbits glitter. But the creative people who staged the musical at Istana Budaya (which is still running) realised the explosive nature of their subject.

Understandably, the musical took liberties with the facts at times but it always stayed true to the spirit of the legend. What we see is a simulacra of images and representations, in a form of a condensed life history of a man so extremely talented yet dangerously vulnerable. The musical does not judge the man nor eulogise him.

A strong case for the musical, which is directed by Adlin Aman Ramlie, is the fact that P. Ramlee was too human despite his incredible talent. You will be disappointed if you believe the musical will help bare the character, warts and all. After all, this is no Stanislavskian attempt at method acting.

The actor who played the part (Musly Ramlee) was not trying to show his behavioural ticks and all to a discernible audience. He was just playing P. Ramlee to entertain the audience. He did a good job at that, mimicking P. Ramlee’s signature gestures and mannerisms, not to mention the uncanny resemblance of his voice to the maestro himself.

Credit should be given to the ladies playing the roles of P. Ramlee’s women. Liza Hanim, of course, gave an award-winning performance as Saloma. You can feel the chemistry between her and Musly. In one scene at a garden, they were love birds with the correct moves, steps and dialogue to remind us of P. Ramlee’s moment of personal satisfaction in the presence of the woman who mattered most to him, Saloma. Liza is so convincing and believable she is almost an incarnation of Saloma herself on stage.

Melissa Saila seldom fails us as an actor. There is little space for her to prove her worth in the musical, but in the scene when Norizan explodes emotionally in front of the man she loves blindly, one sees her true talent. It was probably one of the most memorable scenes in Malaysian theatre.

Atilia as Junaidah has little to work with, so, too, Emelda Rosmila playing Azizah. Azizah was an enigma in P. Ramlee’s life but Junaidah was probably a mismatch in the time when P. Ramlee’s ascending popularity demanded sacrifices — Junaidah being young and jealous could not provide that. But both Atilia and Emelda gave their best to convince us that good acting is not just about pretty faces but talent as well.

P. Ramlee should be proud to know that he is remembered with respect by the actors who played him and the people he encountered. Some of those people were unkind to him, but at least Malaysians will kindly remember him as the best thing that has happened to the Malay entertainment industry.

 

Powered by New Straits Times

P Ramlee Bagaikan ‘Hidup Semula’

23 May

Oleh Zainuri Misfar



BAHAGIA: Babak Ramlee dalam kegembiraan selepas berkahwin dengan Norizan.

Kehadiran Musly dalam muzikal terbitan Enfiniti Productions tidak sia-sia.

P RAMLEE – pelakon, penyanyi, penggubah, pemuzik, penulis, pengarah dan juga ikon filem serba boleh – terkenal dan dikagumi di Malaysia dan Singapura dengan penghasilan lagu dan filem pada tahun 1950-an dan 1960-an yang dekat dengan hati masyarakat.

Kelemahan dan keganjilan perwatakannya di layar perak – seorang yang tertindas, mudah terhibur dek irama, persahabatan, percintaan dan lagu – berjaya menambat hati penonton dari pelbagai lapisan generasi dan masyarakat.

Lagunya mencerminkan warisan perfilemannya sepanjang lebih 25 tahun, kini mengingatkan kita kembali kepada suatu zaman di mana kedua-dua negara mengamalkan kehidupan yang amat ringkas dan bergotong royong dan keperibadian yang halus.

Itu semua dipaparkan menerusi persembahan pentas P Ramlee…The Musical untuk kali kedua. Berbeza dengan pementasan pertama, produsernya, Datin Seri Tiara Jacquelina memilih Musly Ramlee untuk membawa watak Ramlee menggantikan Sean Ghazi.

Ia keputusan yang tidak sia-sia. Dalam pementasan awalnya di Esplanade Theatre, Singapura, Ahad lalu, Musly tidak mensia-siakan harapan itu. Bukanlah hendak menidakkan lakonan Sean Ghazi yang memikul watak P Ramlee dalam muzikal terdahulu, tetapi sememangnya penampilan Musly kali ini meninggalkan kesan tersendiri, bermula daripada nyanyian, tutur kata dan lakonannya. Lagipun, wajah sebenar P Ramlee sudah diketahui umum dan sudah tentu penampilan Sean tidak tepat dengan apa yang dibayangkan oleh kita semua. .

Oleh itu, kemunculan Musly bukan sekadar mengimbau nostalgia lagu P Ramlee, tetapi juga membayangkan mengenai kehidupannya. P Ramlee dengan wajah gembira, sedih, serius atau terpinga-pinga. Segala-galanya dihayati dan dibawakan dengan baik oleh Musly sehingga penampilannya di pentas seolah-olah seperti P Ramlee sebenar.

Itulah P Ramlee sebenarnya. Tidak keterlaluan untuk menyatakan Seniman Agung, Tan Sri P Ramlee seolah-olah ‘dihidupkan semula’ apabila melihat Musly menyanyi, menari dan melakonkan tingkah lakunya dalam teater muzikal ini. Suaranya yang garau ketika menyanyi, pertuturannya dengan berbau loghat Pulau Pinang membuatkan kita terasa mengenali P Ramlee lebih dekat walaupun seniman ini sudah meninggal dunia 30 tahun lalu.

Apatah lagi 14 lagu asal P Ramlee dinyanyikan semula oleh Musly membuatkan muzikal ini bagaikan membawa penonton dalam era kegemilangan dan kejatuhan seniman itu. Kekuatan teater ini memang hasil kerja secara berpasukan tetapi tidak dinafikan kemunculan Musly yang memegang watak P Ramlee diibaratkan tepat pada acuannya.

Cuma kekurangan Musly ialah tubuhnya yang rendah dan agak kurus. P Ramlee yang dapat dilihat menerusi filem lakonannya pada peringkat awal kurus dan tinggi, manakala pada penghujung kerjayanya bertubuh gempal. Begitupun, ia tidaklah dianggap sebagai satu ‘gangguan’ besar kepada penonton teater muzikal ini.

Sesiapa pun yang menyaksikan lakonan Musly dapat membayangkan mungkin begitulah kehidupan P Ramlee di luar atau dalam filem. Bukan saja Musly, penampilan Liza Hanim sebagai Saloma ternyata cukup menyerlah. Pengalamannya dalam muzikal yang lalu memberi kelebihan kepada Liza untuk memastikan watak Saloma benar-benar hidup.

Lakonan Melissa Saila sebagai Norizan memang sudah dapat dijangka. Begitu juga dengan Atilia yang mendukung peranan sebagai Junaidah, manakala penampilan Emelda Rosmila yang memegang watak Azizah tidaklah meninggalkan kesan besar. Dalam pementasan sebelum ini, watak Azizah mendapat tumpuan kerana ia disandang oleh Datuk Siti Nurhaliza.

Memperkuatkan lagi teater ini adalah rekaan dan pergerakan set yang kemas dan mengagumkan hasil ilham Raja Maliq, selain gerak tari daripada koreografer daripada Pat Ibrahim. Biarpun hampir tiga jam ia dipentaskan, persembahan P Ramlee…The Musical kali ini menepatinya tagline atau apa yang hendak diketengahkan iaitu Kehidupan, Percintaan dan Inspirasi.

INFO:

  • Daripada lagu cinta dan gembira seperti Selamat Berjumpa Semula, Gelora hinggalah kepada lagu meruntun jiwa Hujan Di Tengah Hari, Getaran Jiwa dan Di Manakah Ku Cari Ganti, benar-benar membuatkan penonton terpaku dengan persembahan teater ini.
  • Babak P Ramlee menyanyikan lagu Getaran Jiwa dengan iringan piano petikan Sudarmaji (dilakonkan oleh Mohd Fauzuly Hamdan Tahir) dilihat amat klasik. Babak ini kemudian dilanjutkan dengan pertemuan Ramlee dan Saloma apabila kedua-duanya kemudian menyanyikan lagu Senandung Kasih dan Gelora. Saat bahagia P Ramlee berada di alam percintaan dengan Saloma digambarkan menerusi lagu Saat Yang Bahagia dan Hancur Badan Kandung Tanah.
  • Dengan berlatarkan muzik Azizah dan Engkau Laksana Bulan, teater muzikal ini memang meninggalkan kesan kepada penontonnya, terutama kepada peminat atau mereka yang mengikuti perjalanan hidup serta sejarah pencapaian kerjaya seni Seniman Agung negara.
  • Melainkan watak Ramlee yang diberikan kepada Musly, Adlin Aman Ramly tidak banyak mengubah jalan cerita P Ramlee…The Musical bagi kali kedua ini. Ceritanya bermula dengan latar di Pulau Pinang pada tahun 1948, seperti Malam Pesta Bukit Mertajam, Taman Bunga dan Stesen Keretapi Tanah Melayu di Butterworth.

Powered by Berita Harian

New Boyz Sedia Berentap

2 Apr

Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED (metra.mohamed@utusan.com.my)

KUMPULAN New Boyz bersedia menghadapi IKON Malaysia 2.

SEKITAR Jun ini, stesen televisyen berbayar, Astro akan menganjurkan pertandingan yang menampilkan artis-artis tempatan bersaing merebut gelaran IKON Malaysia musim kedua.

Seperti musim pertama dulu, sebanyak 10 artis solo dan 10 artis berkumpulan akan berentap dalam memastikan mereka layak untuk mendakap gelaran tersebut.

Sememangnya, populariti dianggap satu jaminan untuk artis-artis berkenaan ‘menyingkirkan’ rakan saingan masing-masing berikutan kemenangan ditentukan oleh undian khidmat pesanan ringkas (SMS).

Atas dasar tersebut, mungkin ketika ini ramai yang sudah mula mencongak siapakah yang bakal dinobatkan sebagai IKON Malaysia untuk musim kedua ini.

Namun begitu, ada juga yang beranggapan sebaliknya, terutamanya kumpulan New Boyz yang turut tersenarai berentap bagi kategori berkumpulan.

Walaupun sudah mengecap populariti sejak di bangku sekolah, New Boyz melihat popular hanyalah sebagai satu bonus.

Menurut penyanyi utama kumpulan itu, Tomok atau Shah Indrawan Ismail, 24, IKON sememangnya tidak mempertaruhkan elemen popular tetapi ia lebih kepada kualiti persembahan.

“Semestinya IKON akan dinilai dari segi kualiti ketika artis terbabit beraksi di atas pentas nanti.

“Kalau ada sudah popular dan terkenal, ia merupakan satu bonus untuk bergelar IKON,’’ jelas Tomok ketika ditemui baru-baru ini.

IKON Malaysia mempunyai objektif untuk mempromosikan artis-artis dan muzik tempatan ke peringkat ASEAN.

Kerjasama dengan IKON Malaysia memperlihatkan betapa Astro menyokong perkembangan industri muzik tanah air seterusnya memberikan artis-artis tempatan platform untuk mendapat pengiktirafan di luar negara.

Bagi IKON musim ini, artis-artis kategori solo yang bakal menyahut cabaran tersebut ialah Noryn Aziz, Bob AF2, Farah Asyikin, Juwita Suwito, Liza Hanim, Farawahida, Faizal AF4, Khai AF1, Zehra Zambri dan Mila AF5.

Barisan artis lain yang bakal berentap untuk kategori berkumpulan pula terdiri daripada The Fabulous Cats, 6ixth Sense, SilentScream, Khalifah, Dragon Red, AlamBand, Aboi, Kluk Kluk Advanture dan Deja VooDoo Spells.

Menurut Tomok, pada saingan IKON Malaysia ini, New Boyz akan memberikan yang terbaik khusus kepada peminat kumpulan tersebut.

Sambil merendah diri, Tomok mengakui kumpulan-kumpulan lain seperti The Fabulous Cats dan 6ixth Sense mampu memberikan saingan sengit kepada New Boyz.

“Tinggal beberapa bulan sahaja lagi dan untuk itu, New Boyz kini giat menjalani latihan. Dalam seminggu, kita tetapkan dua kali latihan.

“Memanglah semua hendak menang dan begitu juga New Boyz kerana inilah peluang kami untuk mencipta nama di pentas luar,’’ jelasnya.

Tomok juga berkata, meskipun New Boyz sudah lama memahat nama, namun, dia dan anggota kumpulannya tidak akan leka atau mengambil mudah ketika mengadakan persembahan nanti.

Meniti latar belakang New Boyz, kumpulan itu sememangnya boleh dikatakan antara kumpulan remaja yang menjadi kegilaan peminat ketika awal kemunculannya lapan tahun lalu.

Siapa tidak ingat akan lagu hitnya iaitu Sejarah Mungkin Berulang di awal kemunculan kumpulan itu sehingga album mereka pernah terjual hampir 100,000 unit.

Bagaimanapun, New Boyz bagaikan tenggelam selepas itu dek kehadiran kumpulan-kumpulan baru terutamanya Sofaz sehinggalah muncul kembali dengan album baru iaitu Semula Padaku.

Sementara itu, pada pertemuan itu juga, Tomok menyatakan rasa bangga berikutan kejayaan album Semula Padaku yang mendapat sambutan luar biasa semenjak dipasarkan telah berada di pasaran sejak Julai tahun lalu.

Menurut Tomok, penerimaan peminat terhadap album itu amat menggalakkan hasil kerjasama media dalam membantu mempromosikan album terbabit.

Powered by Utusan Malaysia