Archive | October, 2011

Sah Fara Fauzana, Neelofa Pengacara Nona 2012

28 Oct

Ditulis oleh Wahida Othman

Penyampai radio  Hot FM, Fara Fauzana dipilih menggantikan pelakon, Vanidah Imran untuk mengendalikan rancangan berbentuk wanita dan fesyen, Nona di TV3 bermula awal tahun 2012 nanti.

Pengumuman yang dibuat oleh CEO Media Prima, Ahmad Izham Omar dalam majlis Screening 2012 Media Prima TV Network / Media Prima Nite Live di Kuala Lumpur hari ini melenyapkan teka-teki pasal perkara itu sejak seminggu lalu.

Media tempatan membuat spekulasi pasal Fara yang dikhabarkan bakal memikul tugas mengacara program yang mendapat perhatian golongan wanita itu menggantikan tempat Vanidah Imran yang genap setahun mengendalikannya hujung tahun ini.

Fara Fauzana yang sebelum ini pernah mengacarakan rancangan hiburan, tidak berseorangan apabila dia bakal ditemani pelakon baru, Neelofa untuk mengemudi program popular itu. Nampaknya kali ini dua pengacara pula mengemudi Nona.

Selain Vanidah, Nona pernah diterajui Maya Karin, Nurul Ain, Datin Seri Normala Shamsuddin, Nurfarahin Jamsari, Ezzah Aziz Fauzy dan ramai lagi.

“Saya teruja bila dapat peluang mengendalikan rancangan Nona dan berjanji akan memberikan yang terbaik,” kata Fara yang pernah menghangatkan Melodi selama beberapa tahun.

Mangga Online

Johan Mengaku Masih Sayang Ezreen

20 Oct

Ditulis oleh wahida othman

Pernah digosipkan bercinta ketika kedua-duanya bergandingan dalam drama rantaian, Juvana, hubungan dua pelakon baru, Johan Asaari dan Izreen Azminda, dikatakan tidak lagi serapat dahulu.

Semakin renggang dan tidak lagi berhubung antara satu sama lain, Izreen dikatakan berkecil hati apabila Johan digosipkan bercinta dengan pelakon popular, Fasha Sandha.

Cemburu dengan gambar-gambar mesra antara Johan dan Fasha sewaktu di dalam penggambaran drama, Cinta Elysa, Izreen dikatakan cuba merenggangkan hubungannya dengan Johan.

Bertanyakan Johan tentang hubungannya bersama Izreen, dia mengakui sangat rapat dengan wanita itu dahulu, namun ia sedikit renggang apabila Izreen tidak lagi mengendahkannya biarpun sudah berkali-kali dia cuba memulihkan kembali hubungan itu.

“Kami memang berkawan rapat sebelum ini, namun tidaklah bercinta. Pada saya, cinta itu suatu perkara yang besar, jadi ia perlukan masa yang lama untuk diterjemahkan.

“Saya suka persahabatan bersama Izreen, kami rapat dan saya sayangkannya, tapi sekarang ini masing-masing sibuk dengan kerja sendiri.

“Saya sendiri terkejut apabila Izreen mengatakan dia kecil hati apabila saya mula renggang dengannya selepas berlakon bersama Fasha.

“Sudah berkali-kali saya hantar pesanan ringkas (sms) padanya, tapi dia tidak pernah balas. Kalau betul dia rasa saya berubah, kenapa tidak saja kami bersemuka dan berbincang secara baik. Saya juga hairan kenapa Izreen tidak mahu lagi bercakap dengan saya.

Suka Fasha?

Bercerita tentang Fasha pula, jelas Johan, dia sangat menghormati Fasha sebagai ‘senior’ dan tidak terlintas untuk bercinta dengan wanita hebat itu.

“Saya anggap Fasha seperti Jennifer Lopez, sebab dia sungguh eksklusif di mata saya. Peribadinya, saya memang takut ketika pertama kali bertemunya, tetapi bila dah berlakon bersama, ternyata Fasha seorang yang ramah, bersungguh dengan kerjanya dan sangat berdisiplin,”jelas Johan.

Mangga Online

Azlee Khairi Terpikat Kesantunan Orang Jepun

17 Oct

Ditulis oleh Rosli Manah

Pelakon kacak Azlee Khairi bersama krew drama Kelaas Kau Maria ke Tokyo, Jepun baru-baru ini untuk menghabiskan penggambaran drama bersiri itu yang sedang hangat di saluran Astro Ria sekarang.

Banyak pengalaman indah dibawa pulang. Antaranya rasa teruja melihat kesantunan dan keramahan orang Jepun bila berdepan dengan mereka. Di matanya mereka sangat ramah dan baik hati. Adakah gadis Jepun yang membuatkan hati Azlee jatuh?

“Alhamdulillah… saya terlepas dengan godaan gadis Jepun. Sebabnya saya tak pernah keluar bersendirian. Kalau keluar pun, kami biasanya keluar ramai-ramai. Maklumlah di tempat orang,” kata Azlee.

Selain Azlee, pelakon lain yang turut meneruskan penggambaran di kota Shibuya, Tokyo ialah Erra Fazira, Scha Al-Yahya dan Fir Affandi. Semasa waktu sengang mereka sempat berjalan-jalan. Mereka juga dibawa melawat Disneyland Tokyo.

“Memang teruja melihat kemodenan Jepun. Peralatan kelengkapan semuanya canggih. Di sana ada bandar yang khusus untuk sesuatu barang. Misalnya ada bandar gajet yang khusus menjual gajet.

“Pergerakan ke sesuatu destinasi juga mudah sebab ia dibuat secara terancang. Persekitaran di sana juga menarik.

“Kami tak ada masalah bergerak dari satu tempat ke tempat lain sebab trennya cukup efisien. Walaupun tak pernah sampai, kami redah aja naik tren untuk ke mana-mana tempat yang kami nak pergi dengan berpandukan peta jalan.

“Setiap kali bergerak kami akan keluar beramai-ramai. kalau tak keluar semua orang pun, biasanya kami gerak dalam tiga atau empat orang.

“Yang tak menariknya bila masuk bab shopping sebab mahal sangat kalau kita buat perbandingan dengan duit kita,” kata pelakon yang berasal dari Kuala Kangsar, Perak itu lagi.

Bekalan dari Malaysia

Memandangkan payah mencari makanan halal di sana, krew produksi membawa makanan dari Malaysia. Itulah yang menjadi makanan utama mereka sepanjang di sana.

“Kalau nak makan makanan sana pun, saya makan sushi ataupun kebab yang dijual oleh orang Islam,” jelas Azlee lagi.

Azlee juga berharap drama Kelaas Kau Maria mendapat sambutan menggalakkan. Kalau sambutan baik kemungkinan ia akan disambung untuk musim kedua pula. Kelaas Kau Maria ditayangkan setiap malam pada hari Isnin di Astro Ria.

Mangga Online

Berpisah Jalan Terbaik

16 Oct

Nabila
Nabila
Nabila, suami sepakat jaga anak secara bergilir

OGOS lalu, Nabila mengejutkan ramai pihak kerana ‘mengunjungi’ Pejabat Kadi Bahagian Perkahwinan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk memfailkan permohonan cerai. Bagaimanapun hasrat itu terbantut kerana anak kesayangan rocker, Amy Search itu tidak membawa sijil nikah.
Difahamkan Nabila dan suaminya, Zaidy Zailani yang bernikah pada 2 Disember 2008 dan dikurniakan cahaya mata perempuan bernama Keisha Laila (berusia setahun setengah) itu sudah mencapai kata sepakat untuk berpisah cara baik sekali gus merealisasikan apa yang dirancangnya sebelum ini.
Enggan mengulas lanjut perkara itu, Nabila (mesra disapa Abil) yang dihubungi B’POP malam Selasa lalu ketika dia sedang berehat seketika daripada penggambaran drama bersiri Tihany yang mula disiarkan di TV9 (setiap Isnin dan Selasa, jam 8.30 malam menerusi slot Ratu) cuma berkata apa yang lebih penting ialah masa depan Keisha.

“Kami memilih untuk meneruskan kehidupan masing-masing dan berpisah menjadi jalan terbaik buat kami. Tapi apa yang lebih penting, Abil mahukan yang terbaik untuk Keisha. Abil dan dia (bekas suami) mempunyai perancangan untuk sama-sama membesarkannya secara bergilir,” katanya yang memegang peranan utama sebagai Tihany dalam drama arahan Bahri Umarif Bajuri bersama penulis skrip Sharulezad Mohameddin di bawah naungan Radius One Sdn Bhd itu.

Selesa berbicara mengenai kerjaya berbanding soal peribadi, Abil menjelaskan, dia memilih untuk tidak mencampur adukkan dua topik itu dalam satu masa. Katanya lagi, kedua-dua topik itu berada di bawah ruang lingkup yang berbeza.

“Orang di luar sana saja yang bebas bercakap itu dan ini mengenai kehidupan peribadi Abil. Hakikatnya Abil tak gemar berkongsi hal ini dengan masyarakat. Alhamdulillah, Abil bersyukur kerjaya lakonan berjalan lancar dan tidak langsung memberi kesan buruk biarpun Abil berdepan dengan masalah perkahwinan,” katanya.

Pelakon filem Akhirat itu bagaimanapun tidak mahu membidas sesetengah pihak luar yang bebas menjatuhkan hukuman dan tuduhan terhadap apa yang terjadi dalam kemelut perkahwinannya. Tidak pelik pun kerana selama ini ada yang menuduh dan membuat spekulasi punca perpisahan mereka disebabkan orang ketiga.

“Hanya Abil dan dia (bekas suami) saja yang tahu hal sebenar. Banyak lagi benda lain yang Abil nak fikirkan daripada memeningkan kepala memikirkan cakap-cakap orang. Abil tak mahu dan tak kisah orang nak kata apa kerana itu lumrah manusia yang sesedap rasa menjatuhkan hukum.

“Tapi jangan semudah itu melemparkan prasangka perpisahan kami berpunca daripada lelaki yang dilabelkan sebagai orang ketiga. Carilah kehidupan sendiri daripada menyibuk hal orang. Tapi apa yang diperkatakan itu tidak langsung menjadi kudis buat Abil,” katanya yang sebelum ke lokasi penggambaran drama Tihany sempat berada di Langkawi untuk drama Kuih Goyang Shafik.

Di sebalik sikap gila-gila dan selambanya termasuk berceloteh riang di halaman Twitter dan Facebook serta komited terhadap kerja, Abil sedar dirinya tak lepas diuji. Segala-gala yang terjadi menjadikan dirinya lebih matang dan bertambah kuat melayari bahtera kehidupan.

“Mahu atau tidak, saya kena kuatkan diri untuk menempuhi apa saja yang mendatang. Saya memang kena jadi survivor. Apatah lagi saya jenis yang lone ranger,” katanya menoktahkan perbualan malam itu.

Selepas selesai penggambaran drama Tihany, Abil mungkin mempertimbangkan untuk berehat sekejap daripada berlakon dan menguruskan hal peribadinya. Tetapi mengenalinya yang sangat gigih bekerja, tak mustahil dia akan terus menyambung berlakon mengikut tawaran yang datang.

Bintang Pop

Cinta Pandang Pertama

16 Oct

pix_gal0
HAMPIR setahun menantikan detik menyatukan Elfira Loy, 17, dan Randy Pangalila, 20, dalam satu sesi fotografi. Bulan demi bulan dan hari berganti minggu, kesempatan itu akhirnya menjadi kenyataan pada 5 Oktober lalu ketika penggambaran telefilem Biar Mimpi Sampai Ke Bintang dijalankan.

Sebelum ini sudah dipukul canang oleh syarikat Cube Film milik pengarah Michael Ang bahawa kedua-dua bakat muda bersinar itu akan disatukan dalam sebuah drama. Drama yang asalnya diberi judul Selagi Adanya Cinta dan kemudian berubah menjadi Dalam Hati Ada Taman dirancang penggambarannya Januari lalu.
Namun dek kesibukan jadual seni Randy di Indonesia dan komitmen pelajaran Elfira dengan pelajaran termasuk bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia bulan depan, penggambaran drama itu dijangka diadakan pertengahan Disember ini. Randy kini adalah bintang remaja yang semakin meriah populariti di negaranya.
Lokasi penggambaran bukan lagi di Florence, Itali, sebaliknya Paris dan London menjadi pilihan terbaru menyaksikan ‘jodoh’ mereka disatukan buat kali kedua selepas telefilem Biar Mimpi Sampai Ke Bintang.

Dengan izin Ang membenarkan masa dicuri dan kerjasama ibu Elfira, Filzah Yusoff mendapatkan tajaan busana label mewah Versace, B’POP satukan kedua-dua ‘pasangan kekasih’ itu di Jari Spa, Wangsa Walk, Wangsa Maju, ketika berlangsungnya sesi penggambaran telefilem itu.

Biarpun baru bertemu Isnin lalu (3 Oktober), Elfira dan Randy pantas mencipta keserasian. Kedua-duanya juga ibarat sudah mula jatuh cinta pandang pertama terhadap bakat masing-masing. Ada ‘kimia’ yang terpancar di antara mereka sekali gus memberikan mood fotografi yang diingini.

Akui Elfira, dia sendiri tidak menafikan keserasian antaranya dan Randy ketika berlakon terjadi secara semula jadi dan tidak mengambil masa panjang untuk ‘memanaskan’ situasi. Sikap Randy yang cukup merendah diri juga antara sebab Elfira begitu menyenangi peribadi dan kehadirannya.

“Ingatkan dia sombong pada mulanya tapi ternyata dia sebenarnya seorang peramah. Seperti kami sudah lama kenal. Saya tak nafikan betapa selesa berlakon dengannya sekalipun kami dibatasi dengan jurang bahasa dan kali pertama berlakon sama. Adik saya sendiri bertanyakan tak berdebar ke berlakon dengannya. Lebih daripada itu adik saya mengusik tak jatuh hati ke pada dia. Apatah lagi saya memang menjadi pengikut setia drama lakonannya yang disiarkan tahun lalu iaitu Cinta Kirana dan terbaru, Nada Cinta yang disiarkan di Astro.

“Pada mulanya memang saya akui terbit rasa berdebar juga melihatnya di set penggambaran. Tapi sikap profesional dan dirinya yang tak berlagak memudahkan kerjasama terjalin. Insya-Allah, tiada aral kami akan berlakon sama lagi untuk drama Dalam Hati Ada Taman hujung tahun ini,” kata Wajah Eksklusif Astro itu yang baru muncul dengan filem Jepun berjudul Second Chance.

Elfira menambah lagi, hingga saat ini dia tidak menyangka usaha Ang dan Astro untuk mendapatkan Randy benar-benar menjadi kenyataan. Masih jelas lagi dalam ingatan Elfira apabila Ang berseloroh dengannya sambil bertanya suka atau tidak kalau dapat berlakon dengan Galang (nama watak Randy dalam Cinta Kirana).

“Ketika itu saya menjalani penggambaran telefilem Kum-Kum pada bulan puasa tahun lalu. Waktu berehat, saya curi kesempatan menonton drama Cinta Kirana,” katanya yang memegang watak sebagai Alya dalam telefilem Biar Mimpi Sampai Ke Bintang.

Sekalipun sibuk berlakon, gadis genit ini tidak melupakan tanggung jawab sebagai pelajar. Baru saja selesai menghadapi peperiksaan percubaan SPM, pelakon yang mula dikenali dengan drama Qaleesya itu gigih membuat persiapan untuk menempuh peperiksaan SPM pada awal bulan depan.

“Pendidikan tetap saya utamakan. Cuma kadang-kadang biasalah anak remaja macam saya timbul perasaan malas nak mengulang kaji pelajaran. Tapi saya lawan apa saja rasa negatif itu. Setiap malam akan ke kelas tuisyen di Setiawangsa termasuk terbabit dengan perbincangan berkumpulan bersama kawan,” katanya yang mengakui wujud banyak akuan palsu Facebook tetapi yang betul boleh dicari di bawah emel filzay@yahoo.com

Dalam telefilem Biar Mimpi Sampai Ke Bintang, Randy memegang watak sebagai Andy, jejaka dari Indonesia yang datang ke Malaysia untuk mencari cintanya, Alya (Elfira). Mereka berkenalan menerusi laman Facebook. Turut berlakon ialah Ezzrin Loy, Hanez Suraya, Mahmud Ali Bashah, Sharifah Shakinah, Didie Alias dan Sharifah Shahora.

Randy nafi gosip cinta dengan Donita

BAGI Randy atau nama sebenarnya Randy Dionysius Pangalila, kunjungan ke Malaysia kali ini adalah ketiga buatnya. Kali pertama dua tahun lalu semasa terbabit dengan sesi penggambaran fesyen dan terbaru ketika berlangsungnya pertunjukan fesyen MASIF 2011.

Randy sebenarnya sudah enam tahun bergelar anak seni. Selain berlakon, bekas atlit taekwondo mewakili Indonesia itu sebenarnya juga berbakat sebagai penyanyi dan diberi peluang bergelar model. Ikutkan sudah lama tawaran berlakon di Malaysia yang diterimanya sebelum Michael cuma faktor masa agak terbatas.

“Dengan Michael pun saya sudah kenal dan tak salah mencuba nasib melebarkan sayap di Malaysia. Bagi saya berlakon di Malaysia disifatkan satu manifestasi mengutip pengalaman baru di samping meluaskan atmosfera seni. Pemilihan Elfira sebagai gandingan heroin juga satu peluang terbaik saya berkongsi ilmu apatah lagi dia memang seorang berbakat besar,” kata pemuda beragama Kristian itu.

“Saya senang dan asyik sekali berlakon dengannya. Memang keserasian antara kami cepat wujud. Di Indonesia selalunya kalau digandingkan dengan bakat baru, keserasian itu lambat wujud dan sekali gus mewujudkan kesukaran. Tetapi berbeza sekali dengan Elfira, dia memudahkan kerja lakonan saya,” katanya yang berdarah kacukan Manado, Belanda dan Jawa.

Diaju persoalan cinta lokasi yang pernah dikaitkan dengannya, Randy yang bakal ke set penggambaran drama aksi bergandingan dengan Luna Maya menjawabnya dengan tenang. Sebelum ini dia pernah dikaitkan dengan Donita, gandingannya dalam drama Cinta Fitri.

“Cinta lokasi seperti mana yang pernah digembar-gemburkan sebelum ini memang tak pernah wujud. Media di Indonesia juga gemar membuat spekulasi sekali gus memberi promosi kepada drama yang disiarkan. Bayangkan ketika berlakon dalam Nada Cinta pun timbul cerita saya dikaitkan dengan heroinnya,” katanya yang boleh diikuti di laman Twitter di bawah nama @randpunk.

Mengenai kisah peribadi, Randy tidak berselindung mengenai kenyataan dirinya yang sudah berpunya. Tetapi dia tidak selesa menceritakannya secara terbuka apatah lagi media di Indonesia terlalu ekstrim mengejar cerita peribadi berbanding soal kerjaya.

“Saya lebih selesa mengejar cita-cita sebagai anak seni. Lakonan dan nyanyian sebenarnya datang seiring. Cuma saya boleh katakan keterujaan saya lebih kepada berlakon. Tawaran membikin album itu ada, cuma belum tiba masanya. Cukuplah saya tampil dengan single demi single dulu,” kata penyanyi lagu Lewat Semesta, I Need You (runut bunyi drama Nada Cinta) dan Tanpamu Ku Tak Bisa.

INFO

Elfira Loy

NAMA PENUH: Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri

UMUR: 17 tahun

TARIKH LAHIR: 8 Mac 1994

ASAL: Kuala Lumpur

KELUARGA: Anak kedua daripada empat beradik

DARAH CAMPURAN: Melayu, Cina dan Arab

KOMERSIAL TV: Institut Jantung Negara (IJN), Honda Icon, Mee Sedap dan Chikades

Randy Pangalila

NAMA PENUH: Randy Dionysius Pangalila

UMUR: 20 tahun

TARIKH LAHIR: 19 Oktober 1990

DRAMA: Alisha, Gue Banget, Cinta Kirana, Cinta Melody, Nada Cinta, I Love You, Cinta Fitri, Cinta Piano

FILEM: Oh Baby, Kutukan Suster Ngesot, Saya Cinta, Bajingan, Pasangan Romantis, Tiga Cinta.

Bintang Pop

Berpisah Jalan Terbaik

16 Oct

Nabila
Nabila
Nabila, suami sepakat jaga anak secara bergilir

OGOS lalu, Nabila mengejutkan ramai pihak kerana ‘mengunjungi’ Pejabat Kadi Bahagian Perkahwinan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk memfailkan permohonan cerai. Bagaimanapun hasrat itu terbantut kerana anak kesayangan rocker, Amy Search itu tidak membawa sijil nikah.
Difahamkan Nabila dan suaminya, Zaidy Zailani yang bernikah pada 2 Disember 2008 dan dikurniakan cahaya mata perempuan bernama Keisha Laila (berusia setahun setengah) itu sudah mencapai kata sepakat untuk berpisah cara baik sekali gus merealisasikan apa yang dirancangnya sebelum ini.
Enggan mengulas lanjut perkara itu, Nabila (mesra disapa Abil) yang dihubungi B’POP malam Selasa lalu ketika dia sedang berehat seketika daripada penggambaran drama bersiri Tihany yang mula disiarkan di TV9 (setiap Isnin dan Selasa, jam 8.30 malam menerusi slot Ratu) cuma berkata apa yang lebih penting ialah masa depan Keisha.

“Kami memilih untuk meneruskan kehidupan masing-masing dan berpisah menjadi jalan terbaik buat kami. Tapi apa yang lebih penting, Abil mahukan yang terbaik untuk Keisha. Abil dan dia (bekas suami) mempunyai perancangan untuk sama-sama membesarkannya secara bergilir,” katanya yang memegang peranan utama sebagai Tihany dalam drama arahan Bahri Umarif Bajuri bersama penulis skrip Sharulezad Mohameddin di bawah naungan Radius One Sdn Bhd itu.

Selesa berbicara mengenai kerjaya berbanding soal peribadi, Abil menjelaskan, dia memilih untuk tidak mencampur adukkan dua topik itu dalam satu masa. Katanya lagi, kedua-dua topik itu berada di bawah ruang lingkup yang berbeza.

“Orang di luar sana saja yang bebas bercakap itu dan ini mengenai kehidupan peribadi Abil. Hakikatnya Abil tak gemar berkongsi hal ini dengan masyarakat. Alhamdulillah, Abil bersyukur kerjaya lakonan berjalan lancar dan tidak langsung memberi kesan buruk biarpun Abil berdepan dengan masalah perkahwinan,” katanya.

Pelakon filem Akhirat itu bagaimanapun tidak mahu membidas sesetengah pihak luar yang bebas menjatuhkan hukuman dan tuduhan terhadap apa yang terjadi dalam kemelut perkahwinannya. Tidak pelik pun kerana selama ini ada yang menuduh dan membuat spekulasi punca perpisahan mereka disebabkan orang ketiga.

“Hanya Abil dan dia (bekas suami) saja yang tahu hal sebenar. Banyak lagi benda lain yang Abil nak fikirkan daripada memeningkan kepala memikirkan cakap-cakap orang. Abil tak mahu dan tak kisah orang nak kata apa kerana itu lumrah manusia yang sesedap rasa menjatuhkan hukum.

“Tapi jangan semudah itu melemparkan prasangka perpisahan kami berpunca daripada lelaki yang dilabelkan sebagai orang ketiga. Carilah kehidupan sendiri daripada menyibuk hal orang. Tapi apa yang diperkatakan itu tidak langsung menjadi kudis buat Abil,” katanya yang sebelum ke lokasi penggambaran drama Tihany sempat berada di Langkawi untuk drama Kuih Goyang Shafik.

Di sebalik sikap gila-gila dan selambanya termasuk berceloteh riang di halaman Twitter dan Facebook serta komited terhadap kerja, Abil sedar dirinya tak lepas diuji. Segala-gala yang terjadi menjadikan dirinya lebih matang dan bertambah kuat melayari bahtera kehidupan.

“Mahu atau tidak, saya kena kuatkan diri untuk menempuhi apa saja yang mendatang. Saya memang kena jadi survivor. Apatah lagi saya jenis yang lone ranger,” katanya menoktahkan perbualan malam itu.

Selepas selesai penggambaran drama Tihany, Abil mungkin mempertimbangkan untuk berehat sekejap daripada berlakon dan menguruskan hal peribadinya. Tetapi mengenalinya yang sangat gigih bekerja, tak mustahil dia akan terus menyambung berlakon mengikut tawaran yang datang.

Bintang Pop

Seksi Wan Sharmila

9 Oct

pix_gal0
Wan Sharmila mohon maaf isu gaun singkat ketika pertunjukan fesyen

PADA hujung talian, terselit sedikit nada ragu malah sempat Wan Sharmila bertanya mengenai topik yang bakal diajukan sebelum bibirnya melontarkan kata persetujuan untuk menjayakan sesi fotografi bersama B’POP. Hadir tepat pada waktu dijanjikan, masih terkesan sisa kebimbangan pada raut wajahnya.

Berkali-kali dia menagih kepastian, memohon diberi teguran jika gaya diberikan melampaui batas.
Wan Sharmila begitu berhati-hati pada sesi fotografi kali ini, tidak seperti selalu di mana dia ceria dan mudah memberikan gaya yang dituntut jurugambar.
Semua itu impak daripada penampilannya pada acara Music, Art, Style International Festival (MASiF) 2011, baru-baru ini.

Gara-gara gaun pendek yang mendedahkan bahagian belakang badannya, Wan Sharmila dikritik hebat terutama menerusi laman sesawang yang mengecamnya dengan pelbagai tuduhan.

Akur keterlanjuran yang berlaku tidak boleh ditarik semula, anak kelahiran Johor Bahru berusia 30 tahun ini selesa mengalah tanpa berbahas panjang untuk membela diri. Enggan isu yang hangat menjadi mainan di laman maya itu terus diperbesarkan, Wan Sharmila menyusun sepuluh jari memohon maaf jika ada pihak yang tersinggung atas sikap tidak sensitifnya itu.

Wan Sharmila juga tidak mahu meletakkan kekhilafan itu di bahu sesiapa, biarpun jauh di sudut hati, dia terguris dipalit pelbagai kecaman menyakitkan. Sesekali bibirnya meluahkan perkataan kesal, terutama apabila statusnya sebagai seorang janda dijadikan alibi oleh segelintir pihak untuk ‘menghalalkan’ penampilan seksinya itu.

“Itu hanya pandangan segelintir pihak dan saya tidak menyalahkan mereka jika masih belum mengenali siapa Wan Sharmila yang sebenar,” luahnya perlahan.

Tidak memohon simpati atau berharap masyarakat akan segera menyebelahinya, Wan Sharmila cuma mendambakan peminat industri hiburan bersikap adil dan tidak pantas menilai seseorang berdasarkan penampilan luaran.

Wan Sharmila juga menyeru masyarakat supaya mengambil sedikit masa untuk mengenali dan mengkaji peribadinya sebelum menjatuhkan hukuman kepadanya.

“Salah saya juga kerana mengambil ringan semua perkara. Saya jenis menyarung apa saja pakaian yang saya rasa selesa. Begitu juga apabila diusulkan untuk menggayakan rekaan itu. Saya menerimanya tanpa banyak soal jawab.

“Langsung tidak terlintas di fikiran gaun itu boleh mencetuskan kontroversi dan membangkitkan kemarahan sesetengah pihak.

Percayalah bukan niat saya untuk merosakkan nama baik penggiat seni, sebaliknya saya cuma melunaskan apa yang saya fikirkan betul untuk diri saya,” katanya.

Menerima teguran itu sebagai pembuka mata supaya dia lebih peka dalam penampilan, Wan Sharmila berkata, apa yang dilihat peminat itulah dirinya yang sebenar.

Dia tidak perlu hipokrit semata-mata untuk menjaga hati orang lain, sedangkan dalam dirinya bergolak pelbagai rasa kerana terpaksa tunduk kepada kemahuan masyarakat.

“Maaf jika saya tidak mampu menjadi seperti yang dimahukan peminat. Usah terlalu memaksa saya untuk berubah kerana saya cuma menjadi diri sendiri. Saya sedar sebagai artis banyak hati yang perlu dijaga. Tetapi saya juga ingin mencari keselesaan dalam diri, jadi saya berharap niat saya ini tidak disalahertikan.

“Janganlah kerana berstatus janda, ada yang menganggap saya mendapat lesen untuk bergaya seksi. Saya tetap sama seperti dulu, cuma mungkin apabila dikenali sedikit orang mula menilai penampilan saya,” katanya.

Dilihat sebagai seorang artis yang menjauhi publisiti, Wan Sharmila yang baru muncul dalam filem Raya Tak Jadi berkata, hal itu tidak pernah berlaku.

Akur publisiti penting untuk membantu memacu kerjayanya, Wan Sharmila berkata, dia memahami tuntutan media yang mencari isu sensasi dan panas sebagai pelaris penerbitan.

“Mungkin saya tidak memenuhi kriteria yang dicari. Saya juga tidak seperti segelintir artis lain yang dikurniakan paras yang cantik, barangkali kerana itu saya jarang mendapat tempat di media cetak. Bukan tidak terasa tetapi kesibukan dengan penggambaran membuatkan saya jarang memikirkan soal itu. Saya tidak mahu cuma gah di sana sini tetapi langsung tidak memberi sumbangan kepada industri.

“Biarlah saya cari kepuasan dengan bekerja kerana percaya dari situ, lambat laun orang akan mencari dan ingin lebih mengenali siapa saya sebagai seorang pelakon,” katanya.

Hati belum terbuka

SUDAH dua tahun, Wan Sharmila melayari hidup sendirian selepas bahtera perkahwinan yang dibinanya bersama penerbit, Fazli Bahrom menemui noktah.

Luka yang dulunya berdarah sudah lama terubat namun entah mengapa, hingga saat ini Wan Sharmila masih betah hidup sendirian tanpa ditemani lelaki sebagai kekasih.

Bukan tidak pernah memikirkan soal pengganti tetapi kata Wan Sharmila, hatinya belum terbuka untuk menerima lelaki sebagai pengganti kasih yang hilang.

“Bohong jika saya tidak rasa sunyi atau langsung tidak memikirkan soal jodoh. Saya bukan muda lagi, sudah 30 tahun. Selepas berdepan kegagalan, saya mengakui agak selektif mencari pengganti kerana enggan terluka lagi. Memang rumah tangga itu satu perjudian namun saya harus mencari yang terbaik dalam hidup.

“Setakat ini saya belum menemui jejaka yang membuat hati saya bersedia menerima cinta baru. Biarlah dulu, lagi pun saya baru dua tahun sendiri dan saya selesa begini,” katanya.

Wan Sharmila akui, dia percaya kepada jodoh yang ditakdirkan Allah tetapi enggan terlalu mengejar kerana waktu untuk dirinya mengecap bahagian akan tiba juga nanti.

Drama Korea AlHijrah

6 Oct

TIDAK hanya memfokuskan kepada program dakwah, TV AlHijrah (TVAH) juga menyiarkan drama berkaitan pergolakan hidup dan perjuangan manusia dari luar negara. Memilih drama Jewel In The Palace dari Korea Selatan, ia berupa drama daripada kisah benar yang berlaku kira-kira 500 tahun dulu.

Ia adalah paparan kisah menarik penuh dengan semangat perjuangan dan emosi pada zaman pemerintahan Dinasti Joseon yang cukup terkenal di Korea.

Ketika itu serangan daripada negara jiran termasuk Jepun turut mengakibatkan kekacauan meletus di seluruh pelusuk negara. Apapun, di sebalik huru hara berlaku, terselit pula kisah hidup seorang gadis yang terpaksa bergelumang dengan masalah keluarganya.

Ia dibarisi pelakon ternama Korea seperti Lee Yeong-Ae, Jin-Hee Ji, Ri-Na Hong, Mi-Ri Gyeon, Ho Lim serta Jeong Un Cho. Menemui penonton TVAH bermula 20 September lalu, kisah menarik disiarkan setiap Isnin hingga Khamis jam 3.30 petang.

Ceritanya bermula apabila Seo Chun Soo terbabit dalam konspirasi membunuh ibu kepada pemerintah zaman itu, Raja Yeongsangun.

Kesannya, dia dan isterinya, Dayang Park akhirnya dibunuh selepas Raja Yeongsangun mendapat tahu apa yang berlaku.

Sebanyak 54 episod disajikan untuk drama bersiri ini yang pastinya mengundang pelbagai emosi penonton.

Harian Metro

Ujian Ustazah Pilihan Bermula

6 Oct

SESUDAH mengumumkan 11 peserta pilihan program realiti TV Ustazah Pilihan, pihak penerbitan di Astro Oasis (Saluran 106) kini memulakan detik cabaran serta ujian untuk mereka yang terbabit itu.

Setiap episod menampilkan pelbagai kejutan dengan tugasan yang menentukan perjalanan peserta yang bakal diangkat sebagai calon ikon Muslimah.

Kejayaan program pencarian Imam Muda yang pernah disiarkan sepanjang dua musim lalu nyata menguatkan keyakinan pihak penerbitan Astro Oasis menghasilkan pula program untuk golongan hawa.

Bermula malam ini, program mingguan berkenaan akan ke udara menerusi Astro Oasis setiap Khamis jam 9 malam.

Bagi tugasan minggu pertama dengan tema, Masih Ada Yang Sayang, peserta dikehendaki berkunjung ke Rumah Solehah, Cheras untuk melawat wanita yang menghidap penyakit HIV. Setiap ustazah akan memberi bimbingan dan kata-kata semangat kepada pesakit.

Episod pertama meliputi sidang pengenalan di mana peserta melalui aktiviti di hutan di Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat.

Paling hangat episod ini mengetengahkan sesi hujah mengenai tugasan mingguan pertama yang bertemakan, Masih Ada Yang Sayang. Isu yang didebatkan adalah berkenaan HIV.

Program ini diketuai mudirah, Dr Robiah K Hamzah dan dibantu dua mursyidah iaitu Prof Dr Muhaya Mohamad dan Ustazah Zawiah Hassan dalam mencari muslimah sejati. Program Ustazah Pilihan ini juga menampilkan Siti Rohani Surani yang juga penyampai Radio Ikim sebagai pengacara.

Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar, berkata maklum balas daripada sesi uji bakat yang diadakan di beberapa lokasi pilihan menunjukkan setiap peserta mempunyai bakat dan memenuhi kriteria yang ditetapkan untuk diketengahkan sebagai calon ikon Muslimah berpotensi.

“Seramai 11 calon terbaik dikenal pasti menerusi sesi pemilihan dan temu duga yang rumit untuk diserap dan menerima pembelajaran di bawah bimbingan mudirah dan mursyidah.

“Setiap mereka mempunyai latar belakang kerjaya, keluarga, pendidikan, perwatakan, dan status yang pelbagai.

“Secara jujurnya, kami sendiri berasa amat berbesar hati kerana dapat memberikan peluang yang setara kepada golongan hawa menerusi platform yang kami miliki untuk mereka mengembangkan bakat dalam aktiviti dakwah dengan pendedahan yang lebih kontemporari bagi menjadi pelapis pendakwah sejati generasi baru yang disegani,” katanya.

Tambah Izelan, pihaknya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Bank Islam atas kesudian menjadi penaja utama dengan kerjasama Al-Riyadh Travel and Tours.

Sesungguhnya, kerjasama dan sokongan yang ditunjukkan daripada pelbagai pihak ini amat bermakna dan menyuntik semangat mereka untuk terus berusaha menerbitkan program kerohanian seperti itu.

Calon Ustazah Pilihan ialah peserta dari Kelantan, Nur Atieqah Mohd Zainudin, 20, (Atiqah); Nur Aqidah Mawardi, 21, (Aqidah/Selangor); Nun Faizah Rohana Mustapha, 21, (Faizah/Pahang); Siti Fatimah Mad Yatim, 21, (Fatimah/Kedah);

Maryanti Ramle, 23, (Yanti/Melaka) dan Siti Nor Hafidza Razali, 21, (Fizah/Negeri Sembilan).

Selain itu ada dua wakil dari Johor, Masfira Hilman, 27, (Fira) dan Nurul Hidayah Kamarudin, 26, (Hidaya) manakala Firuz Akhtar Mohamad Bohari, 27, (Firuz), Nina Syazmeen Mohd Din, 23, (Nina), Siti Fatimah Mohd Sharif, 26, (Siti) masing-masing datang dari Kuala Lumpur.

Maklumat lanjut, penonton boleh melayari laman http://www.ustazahpilihan.com.my atau laman sosial, http://www.facebook.com/UstazahPilihan106 dan http://twitter.com/UstazahPilihan.

Harian Metro