Archive | Julia Roberts RSS feed for this section

Saudagar Vintaj

16 Aug

Oleh Shamshul Azree Samshir
sazree@bharian.com.my

Keunikan vintaj: Pakaian dan aksesori eksentrik digilai

APAKAH nilai sepasang kasut kasual Bata buatan Amerika Syarikat (AS) keluaran 1970-an mengikut firasat anda?

Bagi individu yang mungkin tidak tahu menghargai barang lama atau vintaj, kasut kasual Bata ini mungkin tidak menarik minat jauh sekali mahu membelinya. Tetapi bagi mereka yang fanatik dengan barang vintaj, kasut kasual Bata ini mungkin menjadi antara barang yang dicari-cari selama ini kerana nilai autentik dan sejarah yang dimilikinya.

Vintaj adalah istilah generik yang merujuk kepada pakaian, peralatan termasuk eksesori sama ada masih belum digunakan atau terpakai yang dikeluarkan dari era terdahulu. Secara umumnya, pakaian atau aksesori yang dihasilkan pada era 1920-an dan sebelumnya digelar antik, manakala produk sama yang dikeluarkan selepas era 1920-an hingga 1980-an dianggap memenuhi klasifikasi vintaj.

Sukar mencari sebab mengapa barangan vintaj digemari hingga mencetus aliran baru dalam dunia penggayaan mahupun hobi terkini. Lumrah manusia, barangan lama apatah lagi yang sudah tidak boleh digunakan atau lusuh, dibuang kerana menganggap ia sudah tidak bernilai. Kasut, tas tangan dan tali pinggang lama umpamanya sering dicampak begitu saja kerana dianggap ketinggalan zaman atau tidak lagi sesuai digayakan.

Namun bagi individu yang bersikap eksentrik atau berbeza daripada norma kecenderungan biasa, memiliki mahupun menggayakan koleksi vintaj dianggap suatu kepuasan. Jika peminat kereta antik sanggup berhabisan mendapatkan model kereta diingini, samalah juga dengan si fanatik gaya vintaj yang mahu tampil berbeza dengan pakaian atau aksesori sealiran.

Koleksi vintaj menyerlah kerana dunia fesyen menyaksikan bagaimana gaya era retro 1970-an dan 1980-an kembali mewarnai pentas catwalk. Seluar bell bottom, leotard mahupun subang besar kembali digayakan penuh berani. Masih ingat lagi tali pinggang tembaga milik ibu mahupun nenek? Ia juga boleh dianggap barangan vintaj yang boleh digayakan semula jika kena caranya.

Jika anda melancong ke luar negara terutama Jepun, kegilaan terhadap koleksi vintaj nyata mewarnai kelompok penggemar fesyen. Gedung menjual barangan vintaj umpama ‘kedai goreng pisang panas’ kerana koleksi vintaj sentiasa diburu. Peminat gaya vintaj di negara matahari terbit itu umpama bersaing sesama sendiri bagi mendapatkan koleksi paling autentik dan istimewa.

Tidak terkecuali, demam vintaj terbias ke Malaysia sejak awal 1990-an. Mungkin tidak sehangat fenomena koleksi vintaj di Jepun, Kuala Lumpur menjadi antara lokasi pilihan bagi peminat pakaian dan aksesori vintaj. Jangan tidak tahu, ada antara koleksi kasut vintaj yang dianggap ‘rare’ boleh ditemui di Malaysia jika rajin membelek dan menghabiskan masa berjam-jam di kedai pakaian dan eksesori vintaj di negara ini.

Menceritakan obsesi peminat pakaian dan aksesori vintaj, Pengurus Butik Buntil – D Genuine Collection, Adnan Khalid, 44, memberitahu ketaksuban peminat vintaj sukar digambarkan kerana setiap individu berlainan cita rasa dan memiliki keinginan berbeza.

“Saya pernah didatangi seorang pelanggan iaitu rakyat tempatan tetapi sudah berhijrah ke Australia. Pelanggan itu cukup gembira apabila menemui sepasang kasut kulit Gucci keluaran 1960-an di rak kasut di kedai ini.

“Tanpa ragu-ragu pelanggan terbabit membelinya kerana memberitahu kasut itu tidak lagi ditemui di pasaran vintaj di Australia. Dia mendakwa kasut yang sama sudahpun dimasukkan dalam almari kaca di sebuah butik di negara itu. Lebih istimewa, gambar mendiang Frank Sinatra yang dikatakan pernah memakai kasut jenis sama dipamerkan di sisi kasut terbabit.

“Ini membuktikan kasut Gucci terbabit sudah mencapai tahap ‘rare’ atau jarang ditemui dalam pencarian barang vintaj. Tentunya, bagi seorang peminat koleksi vintaj penemuan barangan seperti ini memberi kepuasan yang sukar diungkapkan dengan kata-kata,” katanya yang menguruskan dua butik Buntil di BB Plaza, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Adnan berkata, peminat barangan vintaj akan berusaha menjejaki produk terbabit sama ada pakaian, kasut atau aksesori serta mengumpul pelbagai maklumat termasuk tarikh pengeluaran dan sejarah barangan digilai.

“Lazimnya peminat vintaj tidak kisah membayar pada tawaran tertinggi kerana kepuasan diri lebih penting,” katanya.

Membuka kisah kasut kasual Bata keluaran 1970-an yang dijual di kedai itu pada harga RM998 berdasarkan nilai semasa pasaran vintaj, Adnan berkata, kasut Bata itu cukup istimewa kerana ia dikeluarkan di kilang di AS.

“Keistimewaan inilah yang dicari peminat koleksi vintaj… Kasut ini biarpun nampak sedikit kekuningan, mungkin tidak pernah dipakai langsung selain tanda-tanda jelas menunjukkan ia keluaran asli Bata.

“Malah, sesetengah produk disertakan dengan ‘sijil kelahiran’ dan maklumat pengeluaran atau tarikh dikilangkan menjadikan lebih berharga,” katanya.

Adnan turut menunjukkan tali pinggang kulit keluaran Ralph Lauren bermotifkan kepala serigala pada buckle yang layak dipamerkan di muzium tetapi boleh ditemui di kedainya.

“Tali pinggang ini dikeluarkan pada 1969 dan masih berkeadaan baik… Kamu boleh lihat mutu barangan ini. Ia menjadi antara koleksi istimewa yang tentunya menarik perhatian peminat vintaj,” katanya.

Menceritakan sejarah butik Buntil, Adnan berkata, pemilik yang juga rakan karibnya, Shamsul Arif Mansor, 43, adalah seorang peminat barang lama termasuk koleksi pakaian dan aksesori vintaj.

“Kisah bermula pada 1987 apabila kami membuka kedai jeans jenama Lois yang diimport dari Sepanyol di Puduraya. Ketika itu, jeans jenama Lois belum dikeluarkan di Malaysia tetapi apabila jenama itu dilesen dan dikilangkan di negara ini, kami beralih pula kepada jenama Levi’s.

“Bagaimanapun, disebabkan saiz kedai kecil, kami tidak dapat menjual semua koleksi Levi’s malah premis disewa tidak dianggap butik. Jadi, kami membuat keputusan menjual pakaian berjenama tetapi ditolak pengilang,” katanya.

Adnan berkata, ketika itu, perniagaan mereka mendapat sambutan baik kerana pelanggan mula tertarik membeli pakaian ‘reject’ atau ditolak selain faktor jenama yang tertampal pada koleksi pakaian terbabit.

“Pakaian ‘reject’ ini bukanlah bererti ia tidak boleh dipakai sama sekali. Kadang-kadang, kecacatan pakaian ini hampir tidak dapat dilihat mata tetapi sebagai pengeluar pakaian berjenama yang memiliki kualiti dan pengawasan tinggi, produk ini tidak dipasarkan sebaliknya dijual pada kadar rendah termasuk pembelian pukal,” katanya yang mendapatkan stok daripada pembekal di Pelabuhan Klang.

Adnan berkata, perniagaan Buntil diperluaskan pada awal 1990-an apabila Shamsul ‘berhijrah’ ke Jepun dan bekerja sebagai operator kilang.

“Di Jepunlah, Shamsul mula meneroka potensi pasaran koleksi vintaj dan mula mengumpul modal bagi mendapatkan stok baju, kasut dan aksesori vintaj dari pembekal di negara itu,” katanya yang masih ingat bagaimana Shamsul yang ketika itu berpendapatan hampir RM4,000 mengikut pertukaran mata wang tempatan ‘mengikat perut’ bagi merealisasikan butik vintajnya.

Adnan berkata, Shamsul juga gemar mengembara ke pelbagai destinasi di luar negara bagi mendapatkan koleksi vintaj untuk disimpan atau dijual di tiga premis butik Buntil miliknya iaitu di Bukit Bintang, Puduraya dan Shah Alam.

Adnan bercerita, kasut, baju atau seluar yang disarung sekarang mungkin suatu hari kelak boleh mencapai standard vintaj.

“Anda tengoklah kasut kasual Bata ini, siapa sangka hari ini kasut ini menjadi antara barang yang dicari-cari penggemar vintaj,” katanya mengakhiri kisah empayar butik vintaj, Buntil.

Anda yang ingin mendapatkan maklumat mengenai Buntil boleh layari http://www.myspace.com/buntilbundles.

INFO: Koleksi pakaian dan eksesori vintaj

Mula diterima sebagai aliran baru fesyen dunia pada awal 1990-an.

Meningkat populariti apabila pakaian dan aksesori vintaj digayakan selebriti popular seperti Julia Roberts, Chloe Sevigny, Kate Moss dan Dita von Teese.

Kitaran cita rasa fesyen dunia bertemakan ilham gaya terdahulu atau inspirasi vintaj menambah tarikan koleksi vintaj

Rekaan vintaj dihasilkan pereka hebat seperti Coco Chanel, Paul Poiret, Mariano Fortuny, Giorgio Armani, Vivienne Westwood dan Zandra Rhodes sering menjadi buruan peminat koleksi fesyen vintaj

INFO: Tujuh sebab mengapa koleksi fesyen vintaj menjadi pilihan

1. Unik – Kebanyakan koleksi vintaj dihasilkan dalam kuantiti kecil malah ditempah khas (custom made).

2. Bermutu – Koleksi vintaj dihasilkan penuh kualiti malah diwarisi keluarga seperti gaun perkahwinan yang dijahit begitu teliti menggunakan material terbaik serta boleh diubahsuai

3. Bahan asas halus – Fabrik yang digunakan untuk persalinan vintaj lazimnya dari jenis terbaik dan tahan lama.

4. Nilai sejarah – Koleksi vintaj dihargai kerana nilai sejarah dan kepakaran pereka menghasilkan ciptaannya

5. Terperinci – Butang ganjil, kemasan hebat, sulaman kreatif dan teknik penghasilan unik meningkatkan minat terhadap koleksi pakaian dan aksesori vintaj

6. Stail – Gaya imaginasi pelbagai yang ditampilkan melalui koleksi vintaj mengundang pesona peminat

7. Pelaburan – Ramai peminat kini beralih kepada mengumpul koleksi vintaj bukan lagi memakainya kerana bernilai tinggi malah boleh dijadikan pelaburan.

FAKTA: Antara jenama vintaj yang boleh ditemui di Buntil

Bally

Gucci

Guy Laroche

Ralph Lauren

Georgio Armani

Furla

Pepe Jeans

Ambretta

Marcecko

DKNY

Snaha Opana

Paul Smith

Berita Harian

Weekend Watch: Alam Shares His Dream

31 Jul

Aishwarya Rai stars in Kuch Na Kaho on RTM2, tomorrow, 12.30pm.

Aishwarya Rai stars in Kuch Na Kaho on RTM2, tomorrow, 12.30pm.

Want to know how to become Malaysia’s favourite dancer? Watch Alam’s Story, writes SHARMILA BILLOT.

Julia Roberts stars in The Mona Lisa Smile on RTM2, Sunday, 3pm
Julia Roberts stars in The Mona Lisa Smile on RTM2, Sunday, 3pm

WHAT does it take to be Malaysia’s favourite dancer? Tune in to Alam’s Story on 8TV this Sunday at 10pm.

Winner of the first season of So You Think You Can Dance Malaysia, Muhammad Haslam a.k.a. Alam from Johor, will share his experiences in the reality dance show with viewers.

Corporate reality show The Firm 2 is premiering tomorrow on ntv7 at 8.30pm.

The show follows the struggles of 14 contestants in their exhilarating journey to the top of the corporate ladder.

Each episode depicts a discipline in business that is imperative to the success of a corporate high-flier.

These include branding, promotions, positioning and catering.

For movie buffs, 8TV is airing The Making Of… 21 tomorrow at 10.30am.

Directed by Robert Luketic, this action drama is about six MIT students who were trained to become experts in card counting. They subsequently took millions in winnings at Vegas casinos.

The movie stars Jim Sturgess, Kevin Spacey, Kate Bosworth, Aaron Yoo, Liza Lapira and Jacob Pitts.

On Sunday, 8TV is also airing The Making Of… Dark Knight (10.30am).

Directed by Christopher Nolan, this action/crime movie is a sequel to Batman Begins.

It follows the caped crusader’s mission as he joins forces with Gotham City’s police Commissioner James Gordon and district attorney Harvey Dent to take on a psychotic bank robber known as The Joker.

The movie stars Christian Bale, Heath Ledger and Aaron Eckhart.

TOMORROW

Panggung Sabtu (Hindi movie) (TV3, 2pm) – Hadh Kardi Aapne
Anjali suspects that her husband, Sanjay, is cheating on her. She asks her friend and namesake Anjali to go abroad and spy on her husband. Starring Govinda and Rani Mukherjee.

Eternal Sunshine of the Spotless Mind (English movie) (TV3, 12.30am)
Joel Barish is heartbroken after finding out that his girlfriend Clementine underwent a procedure to erase him from her memory and decides to do the same. However, as he watches his memories of her fade away, he realises that he still loves her, and that it may be too late to correct his mistake. Starring Jim Carrey, Kate Winslet, Gerry Robert Byme, Elijah Wood and Thomas Jay Ryan.

Bollygood Time On 2 – Kuch Na Kaho (Hindi movie) (RTM2, 12.30pm)
Raj is not interested in marriage. However, his uncle, Rakesh, has other plans for him. Rakesh enlists the help of his secretary, Namrata, to find a suitable bride for Raj. Starring Abhishek Bachchan, Aishwarya Rai, Satish Shah and Suhasini Mulay.

I Do I Do (Chinese movie) (8TV, 8.30pm)
Driver Ah Peng falls in love with Wen, who works as a manager in the same company. However, Wen does not feel the same about him. She meets a handsome stranger and is attracted to him. Starring Adrian Pang, Sharon Au, Marcus Chin, Allen Wu and Margaret Lee.

Secret Window (English movie) (RTM2, 9pm)
Famed mystery writer Mort Rainey is confronted by a stranger outside his house. The man, who calls himself John Shooter, claims that Mort stole an idea for a story from him. Mort declares his innocence but Shooter starts to become violent. Starring Johnny Depp, John Turturro, Maria Bello and Timothy Hutton.

SUNDAY

Raden Mas (Malay movie) (TV3, 3pm)
Prince Pengiran falls in love with dancer Mas Ayu and marries her against his parents’ wishes. One day, the queen commands her son to go on a hunting trip. Upon his return, Pangiran finds his home ablaze and his wife killed. He escapes to another village with his baby daughter. Starring Nordin Ahmad, Latifah Omar, M.Amin and Siput Sarawak.

The Mona Lisa Smile (English movie) (RTM2, 3pm)
Katherine Watson is a free-spirited graduate of UCLA who accepts a teaching post at Wellesley College, a women’s-only school where the students are torn between their repressive culture and their longing for intellectual freedom. Starring Julia Roberts, Kirsten Dunst, Julia Stiles and Maggie Gyllenhaal.

 

New Straits Times

Hayden Mahu Bunuh Imej

29 Apr


HAYDEN PANETTIERE

HAYDEN PANETTIERE yang melakonkan watak ahli pasukan sorak, Claire Bennet menerusi siri TV popular, Heroes berusaha untuk lari dari imej tersebut dengan menerima watak mencabar dan berlainan menerusi filem terbarunya.

Aktres berusia 18 tahun itu bakal bergandingan bersama pemenang Oscar, Julia Roberts menerusi filem, Fireflies In The Garden.

Beritahunya kepada Contactmusic: “Saya mahu bunuh imej ahli pasukan sorak yang telah mempopularkan diri saya itu. Jadi untuk watak baru bagi filem Fireflies In The Garden saya telah menukar warna rambut dan langsung tidak mengenakan solekan. Agak sukar bagi saya apabila peminat enggan melepaskan imej Claire Bennet.”

Selain Panettiere dan Roberts, Fireflies in the Garden yang mengisahkan mengenai sebuah ikatan keluarga yang hancur selepas dilanda tragedi yang tidak diundang turut menampilkan lakonan Ryan Reynolds, Willem Dafoe, Emily Watson dan Ioan Gruffudd.

Kosmo

Julia Roberts Hadapi Masalah Ketiak Berbau?

24 Apr


Julia Roberts

LONDON – Pelakon terkenal Hollywood, Julia Roberts mempunyai masalah ketiak berbau berikutan artis berkenaan mengakui bahawa dia tidak pernah menggunakan pewangi ketiak, lapor sebuah akhbar semalam.

Pemenang anugerah Oscar tersebut mengakui bahawa dia bukan seorang yang menggemari pewangi badan sama ada berbentuk semburan atau bebola sapu.

Bintang filem Pretty Women itu berkata, dia lebih gemar menggunakan sabun serta air untuk sentiasa kelihatan bersih dan segar.

“Saya tidak suka berkongsi haruman dengan ramai orang,” katanya.

Bagaimanapun, ibu kepada tiga cahaya mata dan isteri kepada jurukamera filem, Danny Moder itu terpaksa berusaha lebih supaya dia sentiasa berbau wangi setiap masa.

“Kadang kala pada waktu tengah hari ketika sedang bekerja, saya akan mandi,” katanya. – Agensi

Kosmo

Sufiah Akhirnya Buat Pengakuan

7 Apr

GADIS yang pernah menggemparkan dunia kerana memasuki Universiti Oxford ketika berumur 13 tahun pada 1997, Sufiah Yusof membuat pengakuan mengejutkan berhubung kerjayanya sebagai teman sosial dan jual tubuh.

Dalam temu ramah dengan akhbar News of the World yang disiarkan semalam, Sufiah membuat pengakuan itu selepas akhbar yang sama mendedahkan dia bekerja menjual tubuh dengan bayaran £130 (RM828) sejam pada 29 Mac lalu.

Dia yang memiliki wajah menarik itu mendakwa kehidupan menjual tubuh adalah lebih glamor berbanding ketika dia pergi ke Universiti Oxford.

“Pelanggan saya melayan saya seperti seorang puteri. Seorang lelaki yang saya temui di London membawa saya membeli-belah di Bond Street.

“Dia membeli saya sehelai pakaian hitam Gucci yang berharga £700(RM4,461) dan kemudian membawa saya ke Selfridges dan memberitahu saya supaya memilih mana-mana beg tangan yang saya suka,” kata Sufiah.

“Saya memilih sebuah beg tangan Gucci berharga £600 (RM3,824). Saya berasa seperti Julia Roberts (aktres) dalam filem Pretty Woman,” tambahnya.

Menurutnya, selepas itu, mereka pergi makan malam di mana dia memakai pakaian Gucci.

Sufiah sebelum itu bekerja sebagai seorang pembantu pentadbiran dengan memperoleh gaji £16,000 (RM101,976) setahun di Manchester apabila seorang bos agensi teman sosial mendekatinya di sebuah bar empat bulan lalu.

Ketika itu, Sufiah mempunyai hutang tertunggak kad kredit dan sewa sebanyak £3,500 (RM22,307).


SUFIAH (tengah) bergambar bersama bapanya, Farooq dan kakaknya, Aisha pada tahun 1997 di Universiti Oxford.

Ganjaran besar yang dijanjikan oleh bos agensi itu cukup menggoda dirinya.

“Saya sudah belajar bersungguh-sungguh selama bertahun-tahun saya mahukan kegembiraan,” katanya.

Sufiah mengaitkan dirinya dengan watak pelacur dalam sebuah drama televisyen, Belle De Jour yang dilakonkan oleh aktres Billie Piper.

“Saya pernah membaca diari De Jour iaitu seorang gadis teman sosial di London dan kisahnya mempesonakan.

“Ketika seorang wanita yang memakai sut bertanya jika saya menimbangkan untuk menjadi teman sosial, saya mendapati ia menarik.

“Saya kemudiannya pulang, melakukan penyelidikan agensi (teman sosial) di internet dan mendapati sebuah agensi yang saya anggap kelihatan seperti profesional.

“Saya menghantar gambar-gambar dan mereka (pekerja agensi teman sosial itu) meletakkan gambar saya di laman mereka,” akui Sufiah.

WAJAH terbaru Sufiah.

Beberapa hari selepas gambar itu disiarkan di laman web, dia memperoleh pelanggan pertama.

“Saya berasa gementar tetapi teruja,” katanya yang kini berumur 23 tahun.

Menurut Sufiah, pelanggan pertamanya berumur lewat 20-an, tinggi dan tampan.

“Saya berpendapat, saya tidak mempercayai saya memperoleh bayaran kerana tidur dengan lelaki tersebut,” katanya.

Sejak itu, dia mula membina tapak untuk pelanggan-pelanggan kaya dan bertemu antara lima atau sepuluh lelaki pada setiap minggu.

Sugar dady Sufiah memberi layanan kepada dirinya dengan memberikan pakaian, beg, undangan menaiki kapal layar dan helikopter.

Menurutnya, dia boleh memperoleh lebih £1,000 (RM6,373) satu malam termasuk makan dengan seorang pelanggan dan bersamanya.

“Ia kelihatan seperti mereka mahu menyelamatkan saya. Seorang lelaki bertanya kepada saya berapa banyak saya peroleh setahun.

“Saya menyatakan £60,000 (RM382,412).” katanya.

Menurut Sufiah, lelaki itu kemudian memberitahu bahawa dia akan membayar wang dalam jumlah itu dan masukkan ke dalam bank serta membeli sebuah flat di mana dirinya bakal menjadi perempuan simpanan.

“Namun, saya tidak mahukan semua itu kerana saya gembira apa yang lakukan sekarang,” katanya.

“Kerja sebagai teman sosial memberikan saya satu kehidupan menakjubkan.

“Saya masih seronok belajar dan ia meletakkan saya dalam rangka pemikiran betul untuk perbualan bijaksana dengan pelanggan saya,” jelasnya.

AKTRES Billie Piper yang melakonkan watak pelacur dalam sebuah drama televisyen turut disebut oleh Sufiah dalam pengakuannya.

Bagaimanapun, dia mengakui tidak semua tugasnya itu berjaya.

“Pada akhir pertemuan, anda tidak perlu tidur dengan seorang pelanggan jika anda tidak mahu melakukannya.

“Saya sudah melakukannya dua kali. Dua lelaki yang saya tidak tidur bersama mereka adalah lelaki yang terlalu muda dan gementar. Saya meninggalkan mereka kemudiannya,” kata Sufiah.

“Pelanggan paling membosankan yang saya pernah temui adalah seorang lelaki kaya yang bercakap mengenai kereta sepanjang malam,” katanya.

Bercakap mengenai perpisahannya dengan ibu bapanya, Sufiah berkata: “Saya boleh menggambarkan hubungan kami sebagai renggang.

“Kadang-kadang, saya menghubungi mereka tetapi saya tidak dapat membuat spekulasi mengenai apa reaksi mereka mengenai hidup baru saya.

“Saya tidak berasa sebarang perasaan kesal. Saya berasa lebih berkeyakinan berhubung tubuh saya,” jelasnya.

Ibunya, Halimahton berasal dari Muar, Johor manakala bapanya, Farooq Yusof ketika ini dipenjarakan 18 bulan kerana mencabul dua gadis ketika mereka mengikuti tuisyen matematik.

“Dan saya tidak percaya pendidikan saya membazir secara faktanya, pada kebiasaannya saya menyelesaikan masalah pembelajaran saya sebelum melakukan temu janji,” katanya.

“Pelanggan saya menyukai fakta bahawa saya boleh merangsang pemikiran dan tubuh mereka,” jelas Sufiah.

Ketika akhbar News of the World mendedahkan Sufiah bekerja menjual tubuh, gadis itu mendakwa dia sedang belajar sarjana ekonomi. Sufiah juga mendedahkan bahawa semakin membesar, dia bergaduh dengan bapanya kerana dia mendesaknya supaya berjaya dalam akademik.

“Dari umur 11 tahun, saya belajar matematik pada setiap masa. saya tidak mempunyai kawan-kawan,” katanya. – Agensi

Kosmo

Quintessential Cowboy

27 May


Quintessential cowboy

If John Wayne had been alive, he’d have been 100 on May 26. In his absence, a grateful movie-world is celebrating his birth centenary in a host of ways. JANARDHAN ROYE

Photo: The Hindu Photo Library


Symbol of the Wild West: John Wayne’s appeal has not waned.

“As far as I’m concerned, Americans don’t have any original art except Western movies…”

Clint Eastwood

WELCOMING visitors at the airport in Orange County , California, is a statue of a strikingly tall tough hombre in a Stetson, folded long sleeves, buckskin vest, and a right hand ready on the draw. This is the man who lived in the area for many years
and made it his home.

When in late 2006, the reputed on-line Harris Poll asked American adults, between 18 and 26 years, to name their all time favourite 10 stars, many overwhelmingly pitched for this cowboy figure.

Riding tall

John Wayne, who hadn’t made a movie since 1976 and is now embodied in the statue, was again in the eclectic but far younger company of such stars as Denzel Washington, Tom Hanks, Johnny Depp, Will Smith, Clint Eastwood, Julia Roberts and Mel Gibson. Riding tall there in the listing at No. 3. Not bad for a star who died in 1978.

Says Time film critic, Richard Corliss, “Forget the youthquake. What America really loves is… old. Whatever Wayne represents — the Old Testament God, a Mount Rushmore face with a permanent scowl, the craggy soul of Fro
ntier or Sunbelt America — he has made the list in each of the Harris poll’s 13 years, and he’s figured in the top three slots eight times.”

That’s quite an achievement considering that the last movie he made was Don Siegel’s “The Shootist” (1976). Already diagnosed with cancer Wayne played a cancer-ridden gunslinger who spends his last days looking for a way to die with “minimum of pain and a maximum of dignity”. Two years later he died.

In a career that spanned more than 200 films over 50 years, John Wayne was noted for his rugged roles in classics such as “Stagecoach” (1939), “Rio Bravo” (1959), “McLintock” (1963), “The Man Who Shot Liberty Valance” (1962), “The Sons Of Katie Elder” (1965), “El Dorado” (1966), “Hatari” (1962), and the Oscar-winning “True Grit” (1969).

Man of action

“He had a handsome and hearty face”, writes author Richard Shephard, “to express much emotion but gave the impression of a man of action, an outdoor man who chafed at a settled life. He was laconic on screen. And when he shambled into view, one could sense the arrival of coiled vigour awaiting only provocation to be sprung. His demeanour and his roles were those of a man who did not look for trouble but was relentless in tackling it when it affronted him.”

How long will the John Wayne legend hold movie buffs? Son Patrick Wayne says, “What I find interesting is there’s a whole new generation of John Wayne fans. They do the Harris Poll in the U.S. every year about who they think are the top actors. My Dad has been in the top seven, usually the top three. None of those kids was even born when my Dad passed away.”

So what makes John Wayne such a tall figure in the movies? Physically, he was imposing: a rangy 194cm who could throw a mean punch when the script demanded it. If Wayne was around on May 26, 2007, he’d have been 100. In his absence a grateful movie-world is celebrating the anniversary in a host of ways.

In Newport, Orange County, there has been a screening of his most famous movies. At the 2007 Cannes Film Festival, Ford’s “The Searchers” (1956) and “Rio Bravo” are being screened.

In his ‘real’ home town, where he was born, Winterset, Iowa, there is a massive celebration in the genre that made him a household name in the movie-world. The 100th birth anniversary events in Iowa include parades, release and screening movie classics DVDs, The John Wayne Century Collection along with a film symposium, recreation of the Old Wild West, country music, rodeo, cowboy clothing and collectibles shop, Western movie stunts — trick riding, steer roping and gun spinning, trick shooting and lariat artists, cowboy grub, and salons with swinging doors where customers can roll up to the bar counter and order shots of bourbon.

Magnetic presence

When Wayne burst through the swinging doors of a salon, all conversation froze, even the salon piano stopped. Card players, cowboys shooting the breeze, and everybody would survey the tall hombre. In the silence, invariably a heavily made-up blonde sizzler woud sidle up to him with a “Buy me a drink, cowboy?”

Well, life off the screen wasn’t too different. Patrick Wayne said, “We’d walk into a room of 100 people and everybody would stop talking and turn around and look at him. He had an incredible presence in real life. But, he also had a very disarming way about him and could make everyone feel comfortable in the room. He was an incredible guy.”

Today 29 years after his death, that magnetic public presence marks John Wayne and his movies.

For more information see: www.johnwayne.com, www.jwayne.com or www.johnwaynebirthplace.org


Hindu On Net