Archive | Berita Harian RSS feed for this section

Usah Ganggu Mereka

29 Jun

GA_googleFillSlot(“BHWeb_InsidePages_650x60”);
pix_gal0
AHLI perniagaan, Zaleha Mohd Khalid, 47, yang sebelum ini mengaku teman rapat Jalani Sidek, 49, tidak mahu dirinya dikaitkan dengan perceraian jaguh badminton negara itu dengan bekas isterinya, Raja Azmi Raja Sulaiman, 53.

“Kenapa pula soalan itu (apakah dia orang ketiga yang dikatakan punca perceraian) harus dituju kepada saya, sedangkan saya tidak bersangkut paut dalam hal perceraian mereka? Sebelum ini pun, sudah mereka (Jalani dan Raja Azmi) sahkan perceraiannya bukan kerana orang ketiga.
“Memang saya akui sebelum ini hubungan saya sekeluarga bersama keluarga mereka sangat baik seperti sebuah keluarga, namun isu perceraian ini jangan dikaitkan dengan saya,” katanya kepada HIP.
Nama Zaleha dan persahabatannya dengan Jalani mula diperkatakan sejak akhir tahun lalu berikutan tersiarnya laporan dalam akhbar Berita Minggu bertarikh 4 Disember yang mendedahkan hubungan mereka. Namun, Zaleha menafikan laporan itu, sebaliknya menyifatkan hubungan bersama Jalani sekadar teman rapat dan majikan.

Dia juga menafikan mengeluarkan perkataan ‘cinta’ berkaitan hubungannya dengan Jalani seperti yang didedahkan dalam artikel berkenaan.

Kelmarin, di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di Taman Keramat, Kuala Lumpur, Jalani dalam nada sebak menjatuhkan talak satu ke atas Raja Azmi yang dinikahinya 28 tahun lalu di hadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin.

Selepas prosiding itu, Jalani dilaporkan menafikan perceraiannya berpunca orang ketiga, sebaliknya dibuat atas persetujuan bersama serta bukan atas paksaan manamana pihak.

Zaleha yang ditemui selepas menyerahkan sumbangan peribadi bernilai RM10,000 kepada Tabung Kemanusiaan Kemboja di Balai Berita, The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) di Kuala Lumpur, semalam, tenang mengulas isu itu.

“Isu ini bukan seperti penganjuran Festival Filem Malaysia (FFM), yang boleh menentukan siapa yang menang atau kalah. Soal jodoh, pertemuan, ajal dan maut adalah ketentuan Allah dan kita tidak dapat lari daripadanya,” katanya.

Zaleha berkata, dia menghormati keputusan Jalani.

“Siapa yang mahu melihat keruntuhan rumah tangga sendiri yang sudah dibina berpuluh tahun, begitu juga dengan saya.

Saya harap mereka buanglah yang keruh dan ambillah biarpun sedikit kebaikan untuk hari tua kita,” katanya.

Zaleha berkata, dia juga tidak tahu menahu mengenai fitnah yang didakwa Raja Azmi hingga menyebabkan Jalani dituduh dayus dan hubungan pasangan itu menjadi dingin sejak beberapa tahun lalu.

“Saya jelaskan bahawa perkenalan kami baru setahun lebih dan isu fitnah sudah berlaku sebelum itu lagi. Saya juga tidak Memey hamil, teruja jadi ibu tahu cerita sebenar dan tidak pernah mengambil tahu, kebetulan ketika isu itu saya berada di luar negara,” katanya.

Zaleha berkata, dia mendoakan segala yang terbaik untuk Jalani dan Raja Azmi termasuk anakanak mereka yang sudah dianggap seperti anak sendiri.

“Jangan kita ganggu lagi hidup mereka, berilah ruang dan masa untuk mereka menempuh kehidupan baru yang lebih bahagia.

“Saya faham banyak hati yang harus kita jaga dan jangan sesekali kita mengaibkan orang lain jika kita tidak mahu diaibkan oleh pihak lain,” katanya.

Berita Harian

Tiada Orang Ketiga

28 Jun

GA_googleFillSlot(“BHWeb_InsidePages_650x60”);
pix_gal0
Jalani sanggup cerai demi kebahagiaan Raja Azmi

RUNTUH akhirnya benteng kesabaran pasangan terkenal ini. Biarpun beberapa kali penerbit filem, Raja Azmi Raja Sulaiman, 53, dan bekas atlit negara, Jalani Sidek, 49, mempertahankan mahligai yang dilanda badai, namun akhirnya mereka mengaku kalah.

Semalam, bertempat di di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di Taman Keramat, Kuala Lumpur, Jailani dalam nada sebak menjatuhkan talak satu ke atas wanita yang dinikahinya sejak 28 tahun lalu di hadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin.
Walaupun berat untuk Jalani melafazkan perkataan itu, namun demi kebahagiaan isterinya, bekas jaguh badminton itu akhirnya merelakan ikatan perkahwinan mereka diputuskan dengan cara sah.
Ditemui selepas selesai prosiding, Jalani berkata, keputusan untuk bercerai dibuat atas persetujuan bersama selain tidak mahu melihat Raja Azmi menderita akibat fitnah yang tidak henti-henti.

“Apa yang saya lakukan ini semata-mata kerana mahu melihat kebahagiaannya. Saya tidak mahu dia sengsara akibat tekanan fitnah daripada mereka yang tidak senang dengan kebahagiaan rumah tangga kami. Mungkin perceraian ialah jalan terbaik serta mampu melenyapkan semua cerita tidak benar yang membelenggu hidupnya selama ini.

“Saya reda dengan perpisahan ini dan inilah pengorbanan saya untuknya,” kata Jalani yang kelihatan cukup tenang walaupun berdepan saat genting membabitkan perkahwinan mereka.

Ditanya kemungkinan perceraian berpunca orang ketiga, Jalani berkata:
“Perceraian ini tiada kena mengena dengan orang ketiga. Seperti yang saya katakan tadi, keputusan ini dibuat atas persetujuan bersama serta bukan atas paksaan mana-mana pihak.

“Walaupun bercerai, tapi kami berjanji akan menjadi sahabat baik. Kami masih ada anak dan kami tak mahu perceraian ini memberi kesan tidak baik pada mereka,” kata Jalani sambil memberitahu, anak-anak memahami dan merestui keputusan itu.

Mengulas soal harta sepencarian, Jalani menjelaskan, perkara itu sudah pun dibincangkan sebelum ini dan mereka berpuas hati dengan keputusannya.

Jika orang lain menyambut ketibaan hari ulang tahun dengan hati gembira, namun situasi itu cukup berbeza buat penerbit filem …Dalam Botol, Cinta 200 Ela dan Black Widow… Wajah Ayu ini. Mana tidaknya, hari jadinya yang ke-53, semalam, disambut di mahkamah dengan ‘hadiah’ gelaran janda yang amat ditakuti kebanyakan wanita.

“Saya sendiri tidak sedar tarikh yang kami pilih hari ini kebetulan jatuh pada hari lahir saya. Saya anggap ini hukuman yang dihadiahkan kepada saya. Saya anggap dengan hukuman di dunia ini, saya tidak akan dihukum di akhirat nanti,” ujarnya dalam deraian air mata.

Bagaimanapun, menurut wanita berjiwa kental ini, malam sebelumnya dia sempat meraikan ulang tahunnya itu bersama suami dan anak-anak.

Bukan calang-calang wanita mampu memikul gelaran janda. Apatah lagi apabila terpaksa memikirkan cabaran yang bakal terbentang di depan mata. Namun situasi itu tidak pernah melemahkan bekas pramugari ini.

“Saya memang sudah bersedia untuk memikul gelaran janda. Selepas ini, saya mahu melupakan semua peristiwa pahit dan membina hidup baru serta terus berkarya,” katanya menutup bicara.

Sementara itu, ketika prosiding, Shaiful Azli mengesahkan perceraian pasangan itu selepas membenarkan Jalani atau nama sebenarnya, Mohd Jalani Mohd Sidek, 49, selaku defendan melafazkan cerai dengan talak satu iaitu talak rajie terhadap Raja Azmi (plaintif) yang kebetulan jatuh pada hari lahirnya yang ke-53.

Sebelum ucapan cerai dilafazkan, Shaiful Azli meminta pasangan itu bermaaf-maafan sebelum Raja Azmi yang memakai baju kurung bercorak batik dan bertudung hitam sambil menangis menuju ke arah Jalani untuk bersalaman dan mencium tangan lelaki itu. Manakala Jalani dalam keadaan sebak memeluk serta mengucup pipi isterinya.

Dalam penghakimannya, Shaiful Azli berkata, selepas meneliti permohonan dan mendengar keterangan bersumpah dibacakan peguam syarie, Roslizam Rahim yang mewakili Raja Azmi, mahkamah membenarkan perceraian atas alasan perkahwinan itu sudah tidak wujud kasih sayang dan berlaku shiqaq’ (perbalahan berpanjangan).

“Mahkamah memuji pasangan ini yang akan terus berkawan walaupun sudah bercerai nanti, jangan menjadikan perceraian oleh pihak-pihak untuk bermusuh kerana kamu berdua sudah berkahwin hampir 30 tahun tetapi sayang hubungan ini tidak dapat diselamatkan.

“Perlu ambil iktibar, pasti ada bahagian dalam perkahwinan yang tidak sempurna yang memerlukan kedua-dua pihak muhasabah diri semula dan hidup aman damai selepas ini,” katanya.

Berikutan itu, Shaiful Azli mensabitkan perceraian antara plaintif dan defendan dengan talak satu iaitu talak rajie pada jam 3.30 petang dan plaintif diarahkan untuk beriddah selama tiga bulan bermula semalam.

Terdahulu, Roslizam yang membacakan fakta kes memaklumkan, anak guamnya memfailkan permohonan bercerai itu selepas pelbagai spekulasi melanda perhubungan mereka menyebabkan tiada persefahaman sehingga wujud shiqaq antara satu sama lain.

Roslizam berkata, plaintif dan defendan sudah berbincang dan mengambil masa lama untuk memutuskan mengenai perkara itu malah mereka bermuafakat boleh meneruskan kasih sayang sebagai kawan, bukannya sebagai pasangan suami isteri. Kesemua fakta kes itu dipersetujui Jalani yang tidak diwakili peguam dan tidak membantah atau meminda sebarang kenyataan apabila ditanya hakim syarie.

Raja Azmi memfailkan permohonan untuk bercerai itu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003, dua hari lalu dan Jalani menerima surat sumpah terbabit pada jam 2 petang, semalam dan bersetuju dengan tuntutan isterinya itu.

Pasangan itu hadir bersama dan tiba di mahkamah kira-kira jam 3 petang, ditemani anak kedua mereka, Puteri Suaida, 23, dan selepas tamat prosiding setengah jam kemudian, mereka meninggalkan perkarangan mahkamah menaiki sebuah kereta pacuan empat roda.

Jalani dan Raja Azmi bernikah di Kamunting, Perak pada 22 Disember 1984 dan dikurniakan tiga anak iaitu, Puteri Suraya, 27, Puteri Suaida, 23 dan Megat Deli, 18. Mereka juga memiliki seorang cucu berusia setahun, Muhammad Akid Mohd Shadan.

Berita Harian

Hafiz Tembusi Indonesia

26 Jun

GA_googleFillSlot(“BHWeb_InsidePages_650x60”);
pix_gal0
SELEPAS tiga tahun album sulungnya yang berjudul Masih Jelas berada di pasaran, Hafiz akan melancarkan album kedua yang menggunakan namanya sebagai judul, di Jakarta, Indonesia, bulan depan.

Berasa bertuah kerana diberi peluang menembusi pasaran muzik negara itu, Hafiz muncul sebagai segelintir artis Malaysia yang berjaya memasuki pasaran negara seberang selepas Datuk Sheila Majid, Search, Slam dan Datuk Siti Nurhaliza.
Umum mengetahui, bukan senang untuk artis negara ini menempatkan diri dalam pasaran muzik negara garuda itu. Namun, selepas bernaung di bawah empayar penyanyi dan komposer terkenal Indonesia, Ahmad Dhani, pada program Mania barubaru ini, sedikit ruang bagai terbuka buat Hafiz yang juga juara rancangan terbabit.
Jika sebelum ini ura-ura pelantikan Dhani sebagai pengetua Akademi Fantasia 9 mendapat kecaman hebat pelbagai pihak, sebaliknya pemilihannya dalam Mania yang juga terbitan Astro membuka peluang kepada artis tempatan mencuba nasib di seberang.

Album ini akan dilancarkan bulan depan, tetapi belum ditentukan lagi tarikhnya. Album ini adalah hasil kerjasama antara Warner Music Malaysia dengan Indonesia.

Dalam album terbaru ini, ada lima lagu termasuk tiga lagu baru yang dirakamkan di Indonesia. Lagu-lagu ini lebih kepada konsep balada, yang mendapat sentuhan komposer keduadua negara, katanya ketika dihubungi HIP.

Album yang mendapat sentuhan komposer terkenal Indonesia, Andy Bayou dan komposer tempatan, LY, itu turut memuatkan lagu berjudul Patah Hati dan difahamkan akan dilancarkan pada 11 Julai ini.

Selain melancarkan albumnya di sana, Hafiz juga dijangka mengadakan siri promosi termasuk persembahan jelajah di bandar besar sekitar Indonesia.

Hafiz masih belum tahu mengenai program yang akan dijalankan ketika pelancaran itu nanti kerana semuanya diuruskan pihak pengurusan dan masih menantikan kata putus daripada Warner Music Indonesia.

Hafiz rasa amat bersyukur dan gembira kerana diberi peluang bukan saja merakamkan lagu di sana tetapi turut melancarkan album, kerana kita semua tahu bukan senang untuk artis Malaysia, terutama artis baru macam Hafiz memasuki pasaran muzik di sana, katanya.

Tidak takut jika albumnya itu dikatakan mirip lagu penyanyi Indonesia, Hafiz menganggap setiap orang punya pandangan dan selera mereka sendiri.

Julung kali bekerjasama dengan Dhani bukan saja memberinya banyak pendedahan mengenai muzik, sebaliknya membuka peluang untuknya dikenali di negara asal penggiat muzik terkemuka itu.

Dia seorang yang tegas tetapi banyak memberi input dan tunjuk ajar. Hafiz harap album ini mendapat tempat di hati peminat di sana dan membuka lebih peluang untuk Hafiz melebarkan sayap di Indonesia, katanya.

Berita Harian

Saya Tak Kenal Siapa Mawar

25 Jun

GA_googleFillSlot(“BHWeb_InsidePages_650x60”);
gambar sebelumgambar berikut
Foto

Foto

EMRAN dan Erra bahagia bersama cahaya mata mereka, Aleesya.

Emran maafkan penyebar fitnah

SEJAK gosip rumah tangga aktres jelita, Erra Fazira, dan pasangannya, Engku Emran Engku Zainal Abidin, dikhabarkan goyah, bukan tiada media yang cuba mendapatkan suami pelakon itu. Namun Emran mengambil keputusan untuk berdiam diri.
Lebih setahun mengunci mulut, Jumaat lalu, penulis berjumpa dengan Emran dalam satu pertemuan eksklusif lebih sejam di Taman Tun Dr Ismail. Pada mulanya penulis menjangkakan temu janji itu hampir tidak menjadi kenyataan apabila Emran beberapa kali mengubah waktu pertemuan. Dari 6.30 petang, dia meminta ditunda ke selepas maghrib, kemudian jam 9 malam diikuti, 9.30 malam. Namun penulis tidak patah semangat kerana bukan mudah untuk bertemu lelaki ini.
Bukan semua orang senang dengan perkahwinan kami, hingga ada yang sanggup menyebarkan fitnah. Saya maafkan orang yang menyebarkan fitnah itu dan berharap dia bertaubat” – Engku Emran, Suami Erra Fazira
Kali terakhir, seingat penulis, kami bertemu lebih tiga tahun lalu di pejabat Suria FM. Ketika itu, Emran bertugas sebagai Ketua Pegawai Operasinya. Tepat jam 9.30 malam, Emran belum tiba dan dia menghantar SMS memohon maaf kerana akan tiba lewat 10 minit. Kurang 10 minit sebelum jam menunjukkan 10 malam, Emran tiba bersama lelaki yang saya agak mungkin pemandunya.

Kami melepak di hadapan sebuah restoran, kebetulan tidak ramai pelanggan ketika itu, jadi dapatlah penulis mendasari hatinya, yang berdepan banyak kontroversi. Banyak yang ditanyakan, dari gosip rumah tangga kepada khabar angin dirinya berkahwin lagi, serta siapa wanita bernama Mawar yang dikaitkan dengannya.

Pada mulanya, Emran meminta supaya perbualan kami tidak disiarkan di akhbar kerana ia tidak lebih pertemuan antara rakan lama. Namun setelah lama memujuk, Emran mengizinkan, tetapi katanya, selepas ini dia tidak akan memberikan sebarang kenyataan lagi.

Soalan pertama tentulah mengenai hubungannya dengan Erra yang dikhabarkan semakin dingin. Lelaki ini hanya mampu beristighfar. Ternyata ada orang tidak senang dengan rumah tangga mereka, kata Emran berkali-kali.

“Kami masih tinggal sebumbung dan tidur sekatil,” jawab Emran memecahkan segala tanda tanya yang masih tidak habis-habis dibualkan sejak setahun lalu.
Katanya, dia mempunyai tahap kesabaran dan jangan diuji kesabarannya itu. Semakin lama, dia semakin tidak faham kenapa gosip membabitkan dirinya menjadi-jadi.

Untuk kepastian, penulis bertanyakan soalan berhubung dakwaan mengatakan mereka memang tinggal sebumbung, tetapi tiada komunikasi antara suami isteri ini. Jika seorang di tingkat atas, seorang lagi di bawah. Seolah-olah mereka enggan bertembung walau di rumah sendiri.

Dengan wajah yang tenang dan ayat tersusun, Emran menjelaskan, hubungan mereka baik. Mungkin kerana waktu kerja yang berbeza, mereka jarang berjumpa dan berkomunikasi. Namun dia bersyukur sekurang-kurangnya zuriat mereka, Engku Aleesya, mempunyai teman di rumah. Jadi tidaklah dia dibiarkan sendirian bersama pembantu rumah.

“Bukan semua orang senang dengan perkahwinan kami, hingga ada yang sanggup menyebarkan fitnah. Saya maafkan orang yang menyebarkan fitnah itu dan berharap dia bertaubat. Ambillah iktibar sempena bulan Syaaban ini, tidakkah dia sedar menyebarkan fitnah itu dosanya lebih hebat daripada membunuh?

“Kalau boleh, sudah-sudahlah jadikan rumah tangga kami sebagai bahan bualan. Saya dan Erra masih baik, kehadiran zuriat pula menambahkan ikatan kasih sayang antara kami. Berhentilah menyebarkan cerita tidak betul, kasihanilah Erra kerana terpaksa menjawab dan berdepan dengan semua ini.

“Kami sebenarnya tidak suka melayan gosip seperti ini. Ada kalanya kami berbincang juga mengenainya. Tetapi prinsip kami, selagi tidak benar kami tidak akan layan,” katanya.

Rela mati jika benar kahwin lain

WAJAHNYA sedikit terkejut apabila penulis bertanyakan mengenai Mawar. Wanita yang dikatakan bekerja di bahagian pemasaran Bernama TV itu didakwa sebagai isteri keduanya. Mawar ialah wanita yang dikatakan cukup akrab dengan Emran yang ketika itu bertugas sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, stesen berkenaan.

Jawab Emran, dia tidak mengenali siapa Mawar. Malah, dia bertanya kembali, dari mana penulis mendapat cerita itu? Dia juga berkata, dia tidak pernah akrab dengan mana-mana wanita di tempat kerja lamanya. Dakwaan mengatakan mereka sering keluar bersama juga disangkal lelaki ini, sekeras-kerasnya.

“Saya tahu di mana kedudukan saya, dan saya tahu siapa isteri saya. Takkanlah saya tergamak berbuat demikian, sedangkan saya tahu pasti banyak mata yang akan memandang kerana saya suami kepada Erra Fazira. Kalau ada pun saya keluar dengan wanita lain, saya tidak akan keluar berdua. Biasanya kami akan keluar beramai-ramai paling tidak tiga orang.

“Jika benar saya sudah berkahwin, mana buktinya? Tentu sekarang ini sudah tersebar gambar perkahwinan saya. Kalau betul juga saya sudah berkahwin, tentu saya tidak akan pulang ke rumah setiap hari. Sampaikan orang gaji saya sendiri bertanya, benarkah saya sudah berkahwin? Dia pun pelik kenapa saya masih pulang ke rumah setiap hari andai saya ada isteri lain.

“Bukan saja orang gaji, ibu mentua kadang-kadang pun ada juga bertanya, walaupun dia tahu siapa saya. Tapi bila saja jelaskan kepadanya dia faham. Saya dan Erra pula hanya mampu ketawa bila dengar gosip ini. Erra ada juga bertanya, tetapi dalam keadaan berlawak sebab dia tahu kebenarannya.

“Dalam keluarga saya, tiada yang mengamalkan poligami. Jika saya yang lakukan, itu bermakna saya sudah memecahkan tradisi keluarga dan saya tidak sanggup lakukan. Kalau saya kahwin di sempadan, saya tidak pasti adakah sah perkahwinan itu kerana tiadanya persetujuan isteri pertama dan adakah ia sah di sisi Allah kerana saya menipu isteri.

“Saya rela nyawa saya diambil jika isu berkahwin lagi itu benar supaya ia dapat menjernihkan keadaan,” tegas Emran.

Selain isu poligami, kononnya ketiadaan Emran pada majlis tertentu seperti majlis anugerah dan majlis rasmi tidak seharusnya dianggap sebagai petanda hubungan mereka kian renggang.

Kata Emran, dia hanya akan menemani Erra jika nama isterinya dicalonkan dalam sebarang anugerah, sebagai memberikan sokongan. Tetapi sekiranya Erra hanya diundang sebagai penyampai, dia tidak akan hadir sama, apatah lagi dengan jadual kerjaya tidak menentu.

“Orang berkata demikian kerana mereka tidak nampak. Contohnya, waktu Erra menjadi mentor, saya ada datang memberikan sokongan, tetapi orang tidak nampak saya di situ kerana saya berada di belakang pentas. Kalau tidak percaya, bolehlah bertanyakan kepada kru dan mereka yang berada di belakang pentas,” jawabnya

Berita Harian

Pengorbanan Shanty

23 Jun

GA_googleFillSlot(“BHWeb_InsidePages_650x60”);
gambar sebelumgambar berikut
Foto

Foto

Foto

Tidak kesal tinggalkan dunia hiburan demi anak

SEJAK meninggalkan Indonesia dan berpindah ke Hong Kong mengikut suaminya, Sebastian Paredes yang bertugas di situ, Shanty berkorban dan melupakan dunia hiburan yang pernah memperkenalkan namanya kepada umum.
Apatah lagi selepas dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Arjuno Lucio Paredes, fokus Shanty atau nama lengkapnya, Annissa Nurul Shanty Kusuma Wardhani Heryadie, 33, lebih tertumpu kepada alam rumah tangga.
Biarpun mempunyai pembantu, saya tidak melepaskan tanggungjawab mendidik Juno kepadanya. Panasaran dibuatnya jika pembantu terlebih dulu melihat perubahan pada Juno, bukan saya. – Shanty
Meskipun sesekali terbit rasa rindu untuk kembali beraksi di pentas hiburan, namun kerinduan itu lenyap setiap kali menatap wajah polos si anak yang memerlukannya sebagai pendamping.

“Saya tidak menyesal meninggalkan dunia hiburan. Melihat perkembangan Juno setiap hari, memberikan saya kebahagiaan luar biasa.

“Biarpun mempunyai pembantu, saya tidak melepaskan tanggungjawab mendidik Juno kepadanya. Panasaran dibuatnya jika pembantu terlebih dulu melihat perubahan pada Juno, bukan saya.

“Saya jadi cemburu setengah mati dengannya, mungkin itu yang membuat saya enggan berenggang dengan Juno,” katanya yang pulang ke Jakarta untuk bercuti, awal minggu lalu.

Menetapkan jadual pulang ke Jakarta setiap tiga bulan sekali untuk melepas rindu kepada keluarga serta teman, Shanty berkata, dia belum berani meninggalkan anaknya bersama suami di Hong Kong.

Bahkan ketika dia menjalani penggambaran iklan di Yogyakarta, tidak lama dulu, si kecil itu tetap dibawa bersama. Melihat telatah anaknya, Shanty mengerti, Juno selesa berada di Indonesia.

“Sifat ingin tahu Juno terlalu kuat. Ketika penggambaran itu, saya bawa dia naik beca dan Juno begitu gembira. Langsung tidak takut.

“Dia tidak kenal letih, sejak bangun tidur hingga tengah malam sentiasa bertenaga. Begitulah setiap kali kami pulang ke Jakarta. Dari segi bahasa dan pertuturan, Insya-Allah Juno tidak akan berdepan masalah besar.

“Saya sering berbual dengannya menggunakan bahasa Indonesia, manakala bapanya akan berbicara dalam bahasa Inggeris dan Sepanyol. Cukup dulu tiga bahasa, kasihan masih kecil tetapi banyak yang terpaksa dikuasai Juno,” kata Shanty tertawa.

Memuncak populariti lewat lagu duet bersama Marcell, Hanya Memuji selain Persembahan Dari Hati, Shanty yang turut dikenali sebagai pelakon menerusi filem seperti Berbagi Suami, Kala, The Photograph dan Laskar Pemimpi berkata, dia semakin selesa selepas setahun menetap di Hong Kong.

Meskipun fokus lebih diberikan kepada anak, namun minatnya bersenam tidak dilupakan. Sering waktu anaknya tidur akan dimanfaatkan Shanty ke gimnasium untuk melepaskan tekanan.

“Juno cukup suka kalau saya bawa dia bersiar-siar melihat burung atau air pancuran. Sering orang bercakap, Hong Kong itu terkenal sebagai syurga beli-belah namun bukan cuma itu.

“Aktiviti luarnya juga banyak, sesekali kami sekeluarga akan ke pantai. Selalunya saya keluar tidak lama, dua atau tiga jam sebelum kembali ke rumah untuk bersama Juno,” katanya.

Wanita yang memulakan karier seninya sebagai penari latar ini mengakui, kelahiran Juno membuat dia semakin sensitif terutama apabila melihat anak yang kurang bernasib baik.

Bersyukur kerana dikurniakan Tuhan seorang cahaya mata yang sempurna, Shanty berkata, hatinya terusik setiap kali melihat anak kecil yang memiliki semangat juang yang tinggi untuk meneruskan hidup dalam serba kekurangan.

Disebabkan itu apabila dijemput penyanyi, Tompi untuk menggembleng tenaga dalam Gentur Cleft Foundation (GCF), sebuah yayasan membantu penderita bibir sumbing yang kurang kemampuan di Indonesia, Shanty tidak menolak.

Sebagai seorang yang dikenali ramai, Shanty ingin memanfaatkan popularitinya itu ke arah kebaikan untuk membantu mereka yang memerlukan.

Tidak kira kecil atau besar sumbangan, Shanty percaya, keikhlasan yang dihulur mampu memberi sedikit kegembiraan kepada golongan kurang bernasib baik itu.
“Tompi menelefon, langsung bertanya, apakah saya bersedia untuk membantunya? Apapun yang termampu, saya akan cuba menolong.

”Sejak punya anak sendiri, saya jadi lebih sensitif. Apa lagi jika seseorang pesakit itu memerlukan bantuan segera, saya akan berusaha menggunakan segala jaringan komunikasi untuk membantunya.

“Saya memiliki ramai pengikut di Twitter. Bayangkan jika seorang membantu sedikit, jumlah itu akan menggunung apabila kita semua bersatu hati.

“Seandainya tidak menerusi bantuan kewangan, saya masih boleh menyumbang dengan suara iaitu menyanyi. Banyak cara untuk menghulurkan bantuan, asalkan kita ikhlas, Insya-Allah semuanya dipermudahkan,” katanya.

Shanty berkata, kesempatan pulang ke Jakarta selama dua minggu apabila suaminya terpaksa ke luar negeri atas urusan pekerjaan, turut dimanfaatkan untuk menziarahi pusara ayahnya.

Bapa Shanty menghembuskan nafas terakhir pada 26 September tahun lalu dan dikebumikan di Sukabumi, Jawa Barat.

“Daripada tinggal berdua dengan Juno di Hong Kong, lebih baik saya pulang ke Jakarta. Dapat juga melepas rindu dengan keluarga. Selama di Hong Kong, saya jadi terlalu rindu kepada keluarga.

“Sempat saya ke Bandung, langsung ke Sukabumi untuk ke pusara ayah dan melepaskan rindu kepada sanak saudara di sana. Setiap tiga bulan sekali, pasti saya akan pulang ke sini, sudah menjadi kewajipan malah suami juga memahaminya,” kata Shanty.

Berita Harian

Jumpa Di Mahkamah: Anzalna

22 Jun

GA_googleFillSlot(“BHWeb_InsidePages_650x60”);
pix_gal0
PELAKON Anzalna Nasir enggan membalas notis tuntutan kepada peguam Noor Neelofa Mohd Noor walaupun tempoh seminggu yang diberi kepada artis itu, berakhir semalam.

Sebaliknya, Anzalna menyerahkan isu kemelut yang dihadapinya kepada Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) untuk diselesaikan.
Anzalna memberitahu HIP, dia membuat keputusan itu selepas mendapat nasihat SENIMAN yang mahu menemukan mereka termasuk Tasha Shilla bagi menyelesaikan krisis dihadapi di luar mahkamah.
“Kalau Neelofa berkeras nak bawa kes ini ke mahkamah, silakan. Ini kerana saya sudah bersiap sedia dengan bukti. Atas nasihat SENIMAN, saya tidak akan membalas notis diberi.

“SENIMAN mahu membantu menyelesaikan masalah ini. Jadi saya akan serahkan kepada SENIMAN untuk menguruskannya. Malah persatuan itu ada peguamnya sendiri,” katanya.

Walaupun Anzalna melantik peguam mengendalikan kes itu, dia tetap akan menyerahkannya kepada SENIMAN bagi menjernihkan keadaan.

Anzalna berkata, dia belum dimaklumkan tarikh pertemuan atau mesyuarat tertutup antara dirinya, Neelofa dan Tasha Shilla seperti dirancang SENIMAN.

“Apabila tarikh sudah ditentukan, saya akan kemukakan segala bukti yang ada. Saya sudah bersedia cuma dimaklumkan SENIMAN masih belum bertemu dengan Neelofa untuk mendapatkan tarikh sesuai,” katanya.

Sementara itu, Presiden SENIMAN, Zed Zaidi ketika dihubungi berkata, pihaknya belum menentukan tarikh bagi membincangkan isu Neelofa, Anzalna dan Tasha Shilla.

“Saya belum bertemu Neelofa dan kita masih menunggu laporan Biro Aduan, Pemantauan dan Perundingan SENIMAN. Apabila laporan itu sudah keluar dan tarikh ditentukan, kita akan duduk bersemuka dan berbincang dengan ketiga-tiga mereka,” katanya.

Semalam, HIP melaporkan, Neelofa akan berbincang dengan peguamnya, Ahmad Hidayat Md Nor untuk mengambil tindakan seterusnya selepas tempoh tujuh hari untuk Anzalna mengemukakan notis balas berakhir.

Berita Harian

Guna Media Baru

22 Jun

GA_googleFillSlot(“BHWeb_InsidePages_650x60”);
pix_gal0
MANFAATKAN media baru. Itulah gesaan Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), Norman Abdul Halim kepada artis yang berdepan dengan masalah lagu mereka tidak diputarkan di stesen radio.

Norman berkata, penyanyi sekarang tidak boleh terlalu bergantung kepada stesen radio untuk mempromosikan lagu mereka. Ini kerana katanya, persaingan semakin sengit terutama dari segi bilangan lagu berikutan terlalu banyak kemudahan membolehkan industri melahirkan ramai penyanyi.
“Penggunaan laman sosial seperti YouTube juga adalah satu alternatif untuk penyanyi mempromosikan lagu mereka Jika mereka ada modal lebih, boleh hasilkan klip video yang berkualiti dan tayang di situ.
Jika tidak, mereka masih boleh membuat klip video yang ringkas iaitu meletakkan gambar serta lirik lagu.

“Kebanyakan pendengar dan pembeli album adalah mereka yang celik teknologi maklumat (IT).

Melalui cara itu, penyanyi boleh memperdengarkan lagu mereka sekali gus mempromosikan album mereka dengan cara yang lebih meluas,” kata Norman.

Selain menggunakan media baru, Norman juga menyarankan penyanyi membenarkan karya mereka dijadikan lagu tema untuk sesebuah drama bersiri.

“Sekarang bagaikan satu trend di kalangan stesen televisyen yang memperkenalkan lagu tema untuk drama bersiri terbitan mereka.

“Jika mana-mana artis mempunyai hubungan baik dengan stesen TV, gunalah peluang itu untuk mempromosikan lagu mereka. Orang akan mudah ingat,” katanya yang mengalami masalah sama membabitkan artis yang bernaung di bawah syarikat rakaman KRU Records.

Komposer dan pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS meminta artis yang berdepan masalah lagu tidak diputarkan stesen radio melihat perkara itu dari sudut yang berbeza kerana ia kebanyakannya membabitkan radio swasta.

“Sebagai radio swasta yang berbeza dengan radio kerajaan dari segi menjana pendapatan, survival mereka banyak dibantu oleh faktor perniagaan. Dalam menjalankan urus niaga itu ada ketika mereka terpaksa melanggar beberapa perkara yang mungkin tidak dilakukan stesen kerajaan. Ini termasuklah memastikan hanya lagu yang diminati ramai saja yang diputarkan.

“Sama ada suka atau tidak, faktor rating perlu diambil kira kerana dari situ mereka boleh menjalankan perniagaan sekali gus mendapatkan dana untuk mentadbir stesen terbabit,” katanya.

Tanpa mahu menyebelahi mana-mana pihak, Ramli berkata, perkara ini boleh diselesaikan dengan cara yang lebih rasional.

“Jika sesebuah lagu itu enak didengar, orang tetap akan suka dan membuat permintaan di radio,” katanya.

Penyanyi senior, Zainal Abidin berkata, dia yakin tidak ada unsur pilih kasih di stesen radio sebaliknya lagu jarang diputarkan berpunca kurang permintaan dari pendengar atau menunjukkan populariti artis terbabit merosot.

“Anuar seharusnya menggunakan saluran tepat dan bukan media (untuk menyatakan pandangannya).

Nasihat saya, jangan gunakan pihakketiga.Sepatutnya,Anuarterus kepada stesen radio sendiri dengan menghantar surat permohonan untuk melihat bukti yang diminta itu atau melalui penerangan daripada stesen radio.

“Jika tidak endah, barulah gunakan media. Saya setuju jika sesebuah lagu itu tidak popular sekalipun jika dimainkan kerap, ia pasti popular juga. Lagu popular datangnya daripada permintaan peminat dan jika tidak ada permintaan, siapa yang mahu putarkan.” katanya.

Mengakui dia sendiri pernah melalui zaman kejatuhan sehingga lagunya tidak diputarkan di konti radio, Zainal berkata, ia adalah perkara biasa bagi artis dan kehendak peminat perlulah dipenuhi.

Berita Harian

Rahsia Radio

22 Jun

GA_googleFillSlot(“BHWeb_InsidePages_650x60”);
pix_gal0
Pilih lagu ikut selera pendengar, tak timbul soal pilih kasih

STESEN radio tempatan mengakui melaksanakan strategi tertentu bagi memancing pendengar. Tetapi stesen radio terbabit enggan mendedahkan kaedah diambil termasuk kaji selidik lagu popular atas alasan persaingan dan rahsia perniagaan.
Pengendali stesen radio mendakwa, strategi menarik pendengar yang dilaksanakan tidak hanya memberi keutamaan kepada himpunan lagu popular, sebaliknya mengambil kira semua faktor termasuk cita rasa pendengar.
Pengurus Saluran Sinar FM, Rostam Said, berkata walaupun konsep radio itu menjurus kepada pilihan dendangan lama tetapi lagu baru popular masih mendapat peluang untuk diperdengarkan.

Rostam berkata, tidak perlu sesebuah stesen radio mendedahkan kepada umum hasil pengumpulan maklumat mengenai lagu atau sasaran pendengar semata-mata mahu membuktikan sesuatu.

“Seperti di Sinar FM, kita tidak hanya bergantung kepada kajian yang dijalankan panel, sebaliknya turut mendapatkan maklumat daripada internet, kumpulan fokus dan penilaian daripada pihak dalaman yang kemudian diperhalusi.

“Kita tidak mengambil bulat-bulat hasil kajian. Saya pasti stesen radio lain juga ada strategi atau cara yang ingin disimpan, bukan untuk dikongsi dengan orang ramai. Malah kaedah penilaian seperti ini dilakukan secara berterusan tambahan pula selera pendengar sentiasa berubah.

“Dalam memberi sajian terbaik kepada pendengar, kita perlu profesional dan harus menetapkan sasaran. Justeru, tiada ruang untuk pilih kasih kerana amalan seumpama ini boleh menjejaskan organisasi,” katanya kepada HIP di sini, semalam.

Semalam, HIP melaporkan, penyanyi vokal mantap, Anuar Zain, 42, mahu stesen radio tempatan mengemukakan bukti hasil kaji selidik lagu pilihan pendengar bagi mengelak timbul isu pilih kasih selain merungkai kemusykilan berhubung amalan itu.

Sementara itu, pihak pengurusan Rangkaian Radio Media Prima ketika dihubungi enggan memberi ulasan lanjut atas alasan isu sama sudah berulang kali disuarakan sedangkan hakikatnya, tidak timbul soal diskriminasi atau pilih kasih.

Pengurusan Rangkaian Radio Prima menegaskan, segala-galanya masih bergantung kepada kecenderungan pendengar.

Malah, sumber itu berkata, sehingga kini pihaknya memberi ruang kepada dendangan baru seperti segmen Hot FM Kita Punya.

“Isu lagu tidak disiar radio sudah lama diperkatakan pelbagai pihak. Bagi kami tiada komen lanjut untuk isu ini kerana sudah berulang kali kami terangkan dengan terperinci kaedah saringan lagu,” katanya.

Sistem format pilih lagu

“KIRA-KIRA 15 tahun lalu, ketika menjadi juruhebah, saya berhak dan berpeluang memilih lagu kegemaran untuk diputarkan. Tetapi konsep itu sudah berubah dengan kewujudan radio era baru,” kata Timbalan Presiden KRU Music, Khairul Che Ismail atau KC.

KC berkata, seingat dia, sejak akhir 1990-an, kuasa pemilihan lagu tidak lagi terletak di tangan juruhebah sebaliknya melalui sistem format radio.

“Dulu saya pilih saja lagu saya suka sebab ia tidak diformat. Tetapi sekarang situasi itu tidak ada lagi,” katanya.

KC berkata, kaji selidik atau kajian lagu popular di setiap stesen radio wujud tetapi setiap organisasi menggunakan alternatif berbeza.

“Ada stesen radio melantik syarikat lain untuk membuat kajian lagu popular semasa. Ada juga membentuk organisasi sendiri bagi menjimatkan kos.

“Sebagai contoh, mereka menggunakan tenaga produksi stesen radio sendiri untuk menghubungi pendengar dan menjalankan kajian jenis lagu yang diminati.

Selalunya, 100 pendengar diambil sebagai responden dalam kajian ini,” katanya yang pernah bekerja di stesen Suria FM.

Cuba menjelaskan situasi dan pengalaman diri, KC berkata, hasil kaji selidik lagu popular yang dikumpul dimasukkan dalam format radio seperti yang dilaksanakan sekarang.

“Zaman saya dulu, tidak ada sistem format ini. Jika juruhebah tidak pilih, pihak pengurusan yang akan memberi lagu yang mahu diperdengarkan.

“Setiap hari, ada saja lagu yang saya putarkan untuk peminat mengikut cita rasa saya. Namun, ketika itu, tidak timbul isu pilih kasih pula. Semuanya berjalan lancar dan seimbang kerana kita tahu apa yang pendengar mahukan,” katanya.

Tidak menafikan operasi stesen radio lebih berorientasikan perniagaan, KC berkata tidak hairanlah hasil kaji selidik dianggap sulit untuk didedahkan.

“Radio kini melalui fasa perniagaan dan bersaing dalam memberikan mutu penyampaian terbaik. Jadi, hasil kaji selidik itu memang wujud tetapi perlu dirahsiakan kerana ia adalah persaingan.

“Contohnya, stesen Sinar FM, tentunya memutarkan lagu yang lebih sesuai kepada sasaran pendengarnya dan Hot FM pula, sudah pasti sasaran pendengarnya adalah remaja.

“Jadi bagi saya, setiap stesen radio, mesti sudah tahu memilih lagu mengikut kesesuaian dan permintaan pendengar,” katanya.

KC berkata, sudah tiba masanya artis tidak terlalu bergantung kepada stesen radio untuk memutarkan lagi mereka.

“Artis perlu ikut rentak stesen radio dan prihatin terhadap perkembangan serta jenis lagu yang menjadi pilihan stesen radio. Ini kerana itulah yang dimahukan peminat sebenarnya.

“Bagi saya, tiada isu stesen radio pilih kasih jika artis sendiri tidak melawan arus dan mengikut apa yang dimahukan peminat. Jangan bergantung pada stesen radio dan pelbagaikan promosi. Sekarang banyak cara boleh dilakukan untuk tujuan promosi. Artis boleh gunakan media baru seperti facebook mahupun Twitter mereka,” katanya.

Berita Harian

Dengarnya… Bagi Nama Pun Tak Boleh?

21 Jun

GA_googleFillSlot(“BHWeb_InsidePages_650x60”);
TERKEJUT badak Cik Normah apabila teman seperjuangan yang duduk di sebelah menghempaskan telefon. Marah benar dia sampai takut Cik Normah nak tegur. Namun, selepas dirisik, rupanya teman Cik Normah cukup ‘terbakar’ dengan sikap kakitangan sebuah agensi kerajaan.

Nak jadikan cerita, teman Cik Normah itu menghubungi Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) iaitu di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) untuk membuat temu janji bagi tujuan mendapat bahan berita.
Jadi, apabila teman Cik Normah meminta talian disambung kepada pejabat Pengerusi PUSPAL sambil bertanya nama individu yang menerajuinya (dek bimbang berlaku perubahan carta organisasi), kakitangan yang menjawab panggilan itu terus menjawab – dia tidak boleh memberi sebarang maklumat kepada media kerana sedang bertugas. Kata kakitangan itu lagi, maklumat seumpama itu dia tidak boleh beri kepada orang luar.
Naik hantulah teman Cik Normah namun demi menjaga tertib, dia terus bertanya lagi. Dalam hati, teman Cik Normah rasa pelik, mengapa maklumat seperti itu iaitu sekadar nama Pengerusi pun enggan dikongsi? Atau mungkin kakitangan yang menjawab panggilan itu baru bekerja di PUSPAL atau dia terlampau lurus bendul?

Cik Normah bukanlah nak menuduh apa-apa, cuma hanya mahu beritahu niat teman Cik Normah itu baik. Dalam hatinya, dia nak menulis mengenai PUSPAL dan peranannya kepada masyarakat terutama industri filem. Ini penting kerana PUSPAL adalah agensi besar dan terbabit dalam mengendalikan proses kemasukan artis asing ke Malaysia.

Semakan yang dibuat menunjukkan PUSPAL ada ramai ahli seperti Jabatan Imigresen; Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN); Polis Diraja Malaysia (PDRM); Kastam Diraja Malaysia (KDRM); Kementerian Luar Negeri (KLN); Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS). Tentu banyak cerita menarik boleh didapati dari PUSPAL.

Berita Harian

Hampir Sejuta Ada ‘Pawagam’ Di Rumah

21 Jun

GA_googleFillSlot(“BHWeb_InsidePages_650x60”);
KEMUDAHAN ‘pawagam di rumah’, Astro First menarik hampir sejuta pelanggan sejak diperkenalkan di Malaysia, awal tahun lalu.

Sepanjang tempoh itu, sebanyak 52 filem Melayu dipertontonkan kepada khalayak dengan penerbit filem tempatan turut menjana pendapatan sampingan apabila karya mereka di saluran itu.
Naib Presiden Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh, berkata objektif asal Astro First bukan sekadar memudahkan pelanggan malah menjadi saluran perniagaan baru kepada penerbit untuk menjana pendapatan sampingan.
Kita akui isu cetak rompak melalui Astro First pernah berlaku dan segala maklumat sudah diserah kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNKK) untuk diambil tindakan. – Khairul Anwar Salleh, Naib Presiden Perniagaan Melayu Astro
“Apabila pelanggan Astro bertambah disebabkan teknologinya, kita menyedari ada landasan lain untuk membantu dan memberi galakan kepada penerbit. Sehubungan itu, Astro First dilancarkan untuk menambah satu lagi sumber pendapatan baru kepada penerbit,” katanya kepada HIP.

Khairul Anwar berkata, selain peruntukan peratusan daripada pembelian, syarikat televisyen berbayar itu juga membeli hak televisyen untuk disiarkan di saluran Astro selepas tayangan Astro First.

“Ia memberi kelebihan kepada penerbit dengan membolehkan mereka membuat perancangan menerbitkan filem.

“Dengan laluan yang diberikan Astro, penerbit sedia merangka peruntukan untuk setiap penerbitan filem termasuk risiko yang bakal dihadapi sekiranya filem mereka kurang mendapat sambutan,” katanya.

Ditanya kemungkinan penyiaran filem melalui Astro First membuka ruang kepada kegiatan cetak rompak, Khairul menjelaskan, setiap dekoder yang dicipta memiliki kod yang membolehkan Astrp menyiasat penggunaannya.

“Kita ada beberapa kaedah untuk mengatasi masalah jika berlaku kebocoran atau salinan filem melalui perkhidmatan Astro.

“Kita akui isu cetak rompak melalui Astro First pernah berlaku dan segala maklumat sudah diserah kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNKK) untuk diambil tindakan,” katanya.

Khairul berkata, kes salinan program televisyen Astro ke Youtube sudah banyak diambil tindakan.

“Lebih parah apabila ramai yang membuat salinan itu tidak tahu perkara yang mereka lakukan itu menyalahi undang-undang hak cipta,” katanya.

Pada 11 Januari tahun lalu, Astro First dilancarkan bagi memudahkan pelanggan menonton filem terbaru di rumah sendiri.

Berita Harian