Archive | July, 2005

Fantastic Four – Kuasai Pawagam

20 Jul

AURA kuasa luar biasa yang dimiliki oleh empat superhero menerusi filem Fantastic Four berjaya meruntun ramai penonton ke pawagam.

Kejayaan itu dapat dilihat apabila Fantastic Four mengaut kutipan tiket paling tinggi sewaktu ditayangkan di Amerika Syarikat (AS) pada minggu lalu.

Sepanjang seminggu tayangannya, filem arahan Tim Story itu mengutip AS$56 juta (RM212 juta) daripada kutipan tiketnya.

Fantastic Four mengetepikan dua lagi filem yang menjadi saingannya iaitu War Of The World yang mengaut AS$30 juta (RM114) dan Batman Begins sebanyak AS$10 (RM38 juta).

Semua kutipan itu diperolehi menerusi tayangan di 3,602 pawagam seluruh AS.

Fantastic Four diwakili oleh empat superhero iaitu Ioan Gruffudd yang melakonkan karakter Mr. Fantastic, Jessica Alba (Invisible Woman), Michael Chiklis (The Thing) dan Chris Evans (Human Torch).

Sementara itu, Fantastic Four menemui penonton tempatan mulai 14 Julai.

Fakta menarik tentang Fantastic Four

– Filem yang mengisahkan empat superhero ini pernah pertama kali diangkat ke layar perak menerusi judul The Fantastic Four pada 1994. Bagaimanapun filem itu tidak dapat ditayangkan di pawagam kerana sebab-sebab tertentu.

– Lapan pelakon wanita, dicalonkan untuk melakonkan watak Invisible Woman. Mereka terdiri daripada Elisha Cuthbert, Julia Stiles, Kate Bosworth, Rachel McAdams, Elizabeth Banks, KaDee Strickland dan Naomi Watts. Namun, akhirnya Jessica Alba terpilih sebagai pelakon yang paling sesuai untuk melakonkan watak tersebut.

– Babak seminit Human Torch terbang di ruang udara Manhattan menggunakan latar belakang imej digital dan mengambil masa empat bulan untuk direkabentuk.

– Set replika jambatan Brooklyn, Manhattan yang digambarkan menerusi filem ini di bina di Kanada.

– Semasa Michael Chiklis (pemegang watak The Thing) disolek, dia sempat menonton perlawanan besbal pasukan kegemarannya, Boston Red Sox di televisyen. Pasukan itu memperolehi kemenangan pertama dalam Siri Kelas Pertama sejak tahun.

– Watak The Thing ditawarkan kepada Michael Chiklis selepas dicadangkan oleh pelakon Jennifer Garner (isteri Ben Affleck).

– Michael Chiklis mengambil masa tiga jam untuk memakai kostum bagi menjayakan karakter The Thing.

Utusan Malaysia

Advertisements