Archive | March, 2012

Stalled Vehicle Delays Start Of Circle Line Train Service

31 Mar

SINGAPORE: Train service on the Circle Line between Caldecott and Serangoon stations towards Dhoby Ghaut started later than usual on Saturday morning.

SMRT service said staff needed additional time to remove an engineering vehicle that broke down at Bishan Station during maintenance hours.

It said a shuttle train service was operated between Serangoon and Caldecott stations at 5.54am to maintain service.

Commuters travelling beyond this stretch in either direction had to make a transfer at Serangoon and Caldecott stations to continue their journey.

This service arrangement lasted till around 6.20am.

SMRT said about 100 commuters at these three stations experienced delays of around 10 to 28 minutes.

Announcements were made in the stations to inform passengers of the service delays.

SMRT apologised for the inconvenience caused.

– CNA/cc

Channel News Asia

Advertisements

Woman Found Dead In Jurong West Flat

31 Mar

SINGAPORE: A woman was found dead in a flat in Jurong West on Saturday morning.

Police said they received a call at 6.44am about the incident in a flat on the 14th floor of Block 633, Jurong West Street 65.

They said the victim is a 25-year-old Singaporean.

Police have detained a 38-year-old man, who’s believed to be her boyfriend.

He will be charged in court on April 1.

If convicted of murder, he will face the death penalty.

Neighbours told Channel NewsAsia the flat was shared by several people and they heard a couple quarrelling on Saturday morning.

– CNA/cc/fa

Channel News Asia

Hadiah Hari Lahir Liyana Jasmay

29 Mar

Ditulis oleh wahida othman

TAHNIAH Mangga Online ucapkan kepada pelakon dan penyanyi muda berbakat besar Liyana Jasmay atau mesra disapa Nana yang telah selamat bertunang dengan pasangannya Fathuddin Mazlan (28 tahun).

Majlis yang diadakan dikediaman keluarganya di Kemensah Height pada 28 Mac 2012 adalah sangat istimewa buat bintang berbadan genit ini kerana majlis pertunangan itu diadakan pada sambutan hari lahirnya yang ke-24.

Cerita Nana:

“Bergelar tunangan orang adalah satu hadiah paling istimewa untuk sambutan hari lahir yang ke-24 ini. Saya rasa sangat bersyukur menerima gelaran baru sebagai tunangan kepada Fathuddin.

“Dia terlalu istimewa pada pandangan mata saya. Sukar untuk saya huraikan dengan kata-kata. Mungkin terlalu klise jika mahu dirungkaikan satu persatu. Tetapi apa yang boleh saya katakan, dia menerima saya seadanya dan paling utama, dia menyayangi ibu bapa saya.

“Tiada apa lagi yang saya harapkan dan semoga keindahan ini akan terus berpanjangan sehinggalah kami menjadi suami isteri dan bahagia ke akhir hayat. Insya-Allah kalau tiada aral melintang kami akan diijabkabulkan pada 24 Januari 2013.”

Demikian cerita Nana yang idamkan satu majlis perkahwinan yang penuh dengan rasa cinta dan kasih.

Mangga Online

Mangga Meriahkan Karnival Iktiraf

29 Mar

Ditulis oleh Rosli Manah

Majalah Mangga akan memeriahkan Karnival Iktiraf Peringkat Kebangsaan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 30 Mac hingga 1 April ini. Pasti meriah booth Mangga dengan kelibat artis-artis remaja popular.

Majalah Mangga akan membuka peluang kepada remaja yang meminati dunia peragaan untuk menyertai Model Search Mangga. Model Search Mangga mula diadakan pada bulan lalu dan sekarang pihak Mangga sedang mencari bakat baru untuk diketengahkan.

Pada 31 Mac dan 1 April Mangga akan membuka Studio Penghias Wajah yang membolehkan peminat bergambar dengan jurugambar profesional dan wajah anda akan dihiasi sebagai penghias majalah Mangga atau majalah-majalah lain terbitan Utusan Karya.

Kalau tak ada artis tak akan berserilah booth Mangga kan? Maka pada 30 Mac pukul 3.00 petang Mangga akan membawa artis popular antaranya Almy Nadia, Iqa Mentor dan Keena Mentor untuk bersama-sama memeriahkan booth Mangga.

Mereka juga akan melayan peminat serta terlibat dalam games dan teka wajah artis yang membolehkan anda menang hadiah menarik. Jangan tak datang tau!

Pada 31 Mac pukul 12.00 tengah hari ada pelakon sensasi Hanez Suraya, Talha Harith dan Aly AXL’s yang akan menggamatkan booth Mangga. Peminat juga boleh bergambar dengan mereka untuk aktiviti Studio Penghias Wajah.

Sebelah petangnya pada pukul 3.00 petang Mangga membawakan kepada anda pelakon yang sedang hangat di pawagam menerusi filem Jangan Pandang Pandang iaitu Sara Ali, Anith Aqilah dan Nas-T. Mereka juga akan membawa hadiah menarik berupa barangan promosi Jangan Pandang Pandang kepada peminat yang dapat menjawab soalan pasal filem itu.

Pada 1 April booth Mangga akan diserikan oleh Siti Nurdiana, Amanda Imani dan pelakon baru yang bikin sensasi baru-baru ini, Melia Aimelia. Pasti meriah booth Mangga nanti ya. Jadi isilah masa lapang anda hujung minggu ini dengan mengunjungi Karnival Iktiraf di Dataran Merdeka ya.

Karnival Iktiraf janji terbaik

Karnival Iktiraf itu sendiri menyajikan pelbagai aktiviti menarik termasuk pameran, hiburan sukan, aktiviti kekeluargaan dan motorshow. Malah Perdana Menteri juga akan hadir pada hari kemuncak 1 April ini.

Pada 30 Mac, gerai-gerai pameran mula dibuka kepada orang ramai dan anak-anak Felda yang mengambil bahagian. Macam-macam produk dipamerkan.

Pada 31 Mac pameran bermula seawal pukul 8.00 pagi. Acara sukan akan dijalankan pada sebelah pagi. Antara sukan yang dijalankan ialah bola sepak 5 sebelah, bola jaring, explorace dan sepak takraw. Ada juga pertandingan bakat si cilik untuk kategori-kategori umur.

Paling menarik acara siangnya seperti pertandingan Felda Idol, pertandingan shuffle terbuka, pertandingan battle of the bands Belia Felda serta persembahan drumline dan Supa Dupa Games.

Pada sebelah malam ada Konsert Malam Iktiraf yang menampilkan artis popular tanah air. Ada juga pertunjukan bunga api untuk menggamatkan malam minggu itu.

Pada 1 April pula ada persembahan motorshow yang diwakili Classic Club, Proton Perdana, BMW Club, Felda Rally dan GRA Group. Pada hari itu juga ada persembahan kompang besar-besaran yang mahu mencipta nama dalam The Malaysia Book of Records. Mawi dan Siti Nurdiana akan memeriahkan acara persembahan kompang.

Perdana Menteri akan tiba pada 2.00 petang untuk majlis perasmian dan penganugerahan Anugerah Belia Felda Malaysia 2011. Ia merangkumi anugerah kepada tokoh dalam bidang personaliti istimewa, pendidikan, jaya tani, khidmat masyarakat, sukan, pembangunan ekonomi dan banyak lagi. Sebanyak 19 Anugerah akan disampaikan.

Bukan Boikot Astro: Ahmad Idham

28 Mar

Ditulis oleh Rosli Manah

Pendirian pengarah Ahmad Idham Ahmad Nadzri tidak menayangkan filem keluaran syarikatnya, Excellence Pictures  di saluran Astro First di Astro bukan bersifat memboikot stesen satelit berbayar  itu.

Dia sebaliknya ada perancangan sendiri untuk jangkamasa panjang serta memegang prinsip wayang sepatutnya ditonton di pawagam. Dia akui kerugian jutaan ringgit kalau dihitung bayaran yang diterima selepas filem ditayangkan di Astro First.

“Saya tak memboikot Astro… bagi saya Astro dan Astro First dua entiti yang berbeza. Produksi saya masih membekalkan program untuk ditayangkan di saluran-saluran Astro,” jelas Idham semasa ditemui selepas tayangan filem terbarunya Jangan Pandang Pandang di pawagam TGV Shamelin 1, Cheras petang ini.

Pengarah muda itu bimbang ada pihak yang salah anggap dengan tindakannya. Sementelah rata-rata penerbit lain membenarkan filem keluaran mereka ditayangkan di saluran Astro First sejurus selepas filem mereka ditayangkan di pawagam. Malah ada filem yang ditayangkan di Astro First semasa beberapa panggung masih menayangkannya.

“Saya harap pihak pawagam boleh menayangkan filem-filem saya dengan lebih lama,” katanya berseloroh semasa berucap sebelum tayangan.

Dia tidak kisah dikatakan berjuang sendirian kerana dia mahu berpegang kepada prinsip tersebut.

Sementara itu Idham melalui syarikatnya  sudah menandatangani kontrak dengan stesen percuma, TV3 untuk menayangkan flem Jangan Pandang Pandang di stesen itu secara eksklusif dalam tempoh dua tahun.

“Saya tak tahu bila TV3 akan menayangkannya… ia terserah kepada stesen itu, tapi saya pasti ia bukanlah dalam masa terdekat ini. Mungkin musim perayaan atau Tahun Baru nanti,” jelasnya.

Perjuang Cetak Rompak

Idham juga bertindak sedemikian kerana melihat fenonema cetak rompak filem tempatan kembali berleluasa. Padahal pada suaatu ketika, gejala cetak rompak filem tempatan hampir dibendung. Kini ia kembali bermaharajalela.

“Sedih betul bila lihat cetak rompak filem beberapa minggu selepas ditayangkan. Malah ada pihak yang sudah menjaja filem pada hari pertama filem ditayangkan di Astro First.

“Lebih sedih bila lihat filem-filem kita dimuatnaikkan dalam youtube,” katanya. Itulah antara sebab dia menolak tayangan di Astro First.

Idham harap bila filemnya lambat ditayangkan di stesen TV akan dapat membendung masalah yang menjadi racun buat penerbit filem itu.

Fobia filem seram

Idham akui kritikan yang diterimanya lewat filem Hantu Bonceng membuatkan dia fobia untuk menerbitkan filem seram lagi bila penggunaan ayat al-Quraan dalam filem komedi tidak dapat diterima banyak pihak termasuk tokoh agama dan tokoh pemimpin.

“Saya tak akan buat filem seram lagi kerana apa yang nak saya sampaikan di sebalik penggunaan ayat al-Quran tidak diterima,”kata Idham.

Sensasi yang diterima melalui babak-babak dalam filem, Hantu Bonceng membuatkan dia membuang beberapa penggunaan ayat al-Quran dalam filem Jangan Pandang Pandang kerana tidak mahu perkara sama berulang.

“Misalnya ketika babak kena rasuk, awalnya saya menggunakan ayat al-Quran yang diperdengarkan melalui telefon bimbit canggih. Tujuan saya untuk mencadangkan, agar anak-anak kita menggunakan teknologi itu untuk mendengar surah al-Quran menerusi telefon bimbit. Daripada mendengar lagu-lagu sahaja apa salahnya kita dengar bacaan ayat suci dalam telefon.

“Tapi saya terpaksa padamkan adegan itu dengan menggantikan lagu Wassini nyanyian Waheeda kerana tidak mahu kontroversi sama berulang kembali. Jadi tujuan saya tak sampailah,” kata Idham.

Kelainan Jangan Pandang Pandang

Filem Jangan Pandang Pandang dianggap satu percubaannya menyerapkan unsur estetika dalam filem komedi. Dia menyerapkan pemandangan cantik dan alam semulajadi sebagai latarnya.

“Biasanya kalau filem komedi, kita tak kisah pasal latarnya sebab apa yang dipentingkan ialah gelagat komedi itu, tapi saya mahu mencuba elemen baru dengan memasukkan unsur tadi,” kata Idham.

Pelakon utamanya Zizan Razak juga dilihat membawa perubahan dalam komedi kali ini, kerana dia tampil dalam karakter lakonannya dan melahirkan suasana komedi daripada karakter watak tersebut, bukannya karakter Zizan.

“Hanya Zizan pelakon komedi yang disokong oleh pelakon-pelakon lain, tapi komedi dihasilkan juga daripada suasana yang dilaluinya,” kata Idham.

Selain Zizan, Jangan Pandang Pandang menampilkan Sara Ali, Nas-T, Anith Agilah, Miera Leyana, Azhar Sulaiman dan ramai lagi.

Mangga Online