Archive | Haliza Misbun RSS feed for this section

‘Hati’ The Big Winner

16 Nov


Shuhaimi Baba (centre) posing with (from left) Kamarulzaman Taib, Aida Fitri Buyong, Kamarul Nizam Abd Rahman and Mohd Filus Ghazali after winning the Jury Choice Film Director award for ‘1957: Hati Malaya’.

KUALA LUMPUR: Pesona Pictures’ 1957: Hati Malaya reigned supreme at the 7th annual Anugerah Oskar Malaysia last night.

Adi Putra and Raja Azura with their awards for Male/Female Villain Character.

The film bagged most of the main awards, although it lost the Jury Choice Film award to Grand Brilliance Sdn Bhd’s romantic drama Sepi.

However, Hati Malaya’s director, Shuhaimi Baba, was once again honoured with the Jury Choice Film Director award — her third consecutive win.

Earlier this year, Hati Malaya had won four awards at the 21st Malaysian Film Festival.

This time, the film also took home trophies for Film Artistic Director (Aida Fitri Buyong and Kamarul Nizam Abd Rahman), Jury Choice Film Melody (Sharon Paul), Film Cinematography (Mohd Filus Ghazali) and Jury Choice Film Actor (Kamarulzaman Taib).
Shuhaimi’s supernatural film Waris Jari Hantu had taken home nine awards at last year’s ceremony.

Malaysia’s first film noir production, Kala Malam Bulan Mengambang, which emerged tops at the Malaysian Film Festival and scored big at the Anugerah Skrin 2008 last week, failed to shine this time around, securing only the Film Set Designer and Film Continuity awards.

Directed by Mamat Khalid, the film did receive a Special Jury award for the attempt of the producer and director at making “a film with a difference”.

M. Subash’s Pensil also received a Special Jury award for its attempt at “highlighting the issue of the handicapped”.

The Jury Choice Film Actress award went to Vanida Imran for her role in Akhirat, while Fauziah Nawi proved that she could move her viewers to tears when she was announced recipient of the Tear-Jerker Role award for her performance in the telemovie Mencari Syurga.

For the Male Villain Character award, Adi Putra, who shone in Akhirat, beat two other hopefuls, Mansher Singh (Vikrant) and Adlin Aman Ramlie (Susuk), while Raja Azura went home with the Female Villain Character award for her role in the telemovie Takbir Suci 2.

Meanwhile, Sepi, a drama about three individuals in the city learning about the meaning of love, loss and loneliness, bagged the Film Scriptwriter award (Mira Mustaffa and Ara) and Film Key Grip award (Dzulkafli Md Yusoh).

Fresh from his win at the Akademi Seni Kebangsaan, Rashid Sibir took home the Jury Choice Telemovie Director award.

Rosyam Nor bagged the Jury Choice Telemovie Actor award for Lahad, while Jury Choice Telemovie Actress award went to Haliza Misbun for Schizoid.

The Film Producer award was presented to Metrowealth Sdn Bhd, while Zeel Production (M) Sdn Bhd was honoured with the Telemovie Producer award.

The Telemovie Scriptwriter award went to Nazli Jaafar for Sesuci Al-Fitri.

It was interesting to note that comedy horror Antoo-fighter (produced by ImageBox Sdn Bhd and GBSB), which will only open at cinemas next week, clinched three awards — Film Visual Effects (Asrul Hisyam Ahmad), 3D Animator (Asrul Hisyam Ahmad) and Film Costume (Azizi “Chunk” Adnan).

The Tokoh Oskar 2008 award, which is similar to a lifetime achievement award, was presented to Norshah Tamby.

New Straits Times

Jee ‘Kekasih Baru’ Rosyam

31 Jul

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my


ROSYAM NOR kini begitu aktif menerbitkan drama untuk stesen televisyen tempatan.

NAMA-NAMA seperti Rita Rudaini, Eja, Rozita Che Wan dan Haliza Misbun semuanya sudah berpeluang berdampingan berlakon di samping aktor kacak, Rosyam Nor dalam drama bersiri yang sering kali mengisi slot Samarinda.

Malah tidak dinafikan, nama mereka yang disebutkan tadi sedikit sebanyak telah berjaya melonjakkan nama mereka di persada seni tanah air dan menjadikan mereka sebagai aktres yang diminati ramai.

Terbaru, penyanyi jelita, Fauziah Latiff atau lebih mesra dengan panggilan Jee, akan memasuki satu fasa baru dalam karier seninya apabila bakal bergandingan dengan Rosyam dalam beberapa projek terbaru terbitan syarikat aktor berkaliber itu.

Mungkin dengarnya agak mustahil apabila Jee akan menjadi seorang pelakon.

Masakan tidak, Jee yang semua kenali adalah seorang penyanyi dan sepanjang menjadi artis rakaman, belum pernah dia berlakon dalam drama tempatan apatah lagi dalam sebuah filem.

Cuma dia pernah beraksi di pentas teater dalam pementasan Rubiah sekitar tahun 1999.

Tetapi itulah yang berkali-kali dikatakan oleh Rosyam sementelah pihak media juga bagaikan tidak percaya apabila dikhabarkan dengan berita itu.

Bertemu dengan Rosyam sewaktu majlis pelancaran drama bersiri, Ku Milikmu di ibu negara baru-baru ini, aktor kelahiran Kuala Lumpur ini menjelaskan, sudah tiba masanya peminat Jee melihat dimensi baru dalam karier seninya.

Kata Rosyam, tawaran itu diajukan kepada Jee dua tahun yang lalu.

Ketika itu, Jee menyuarakan rasa kurang yakin dengan kemampuannya untuk berlakon dalam drama mahupun filem.

“Tetapi, saya katakan kepadanya, cuba lihat skrip dulu dan kemudian hubungi saya semula.

“Agak lama juga untuk mendapatkan jawapan dan akhirnya, dia menyatakan persetujuannya untuk mengorak langkah sebagai seorang pelakon. Saya memang tahu dia ada bakat sebagai seorang pelakon.

“Dari lakonannya dalam klip video nyanyiannya, dia sememangnya mempunyai potensi untuk bergelar pelakon. Malah, saya juga tidak mempunyai masalah untuk mengajarnya dan membentuk dirinya menjadi seorang pelakon,” tutur Rosyam mendedahkan rahsia beliau memujuk Jee.

Sebagai permulaan, Jee akan berlakon di samping Rosyam dan Fauziah Nawi dalam sebuah drama yang masih lagi belum berjudul yang akan ditayangkan pada hari raya nanti untuk siaran RTM.

Bukan itu sahaja, tahun hadapan, wajah anggun Jee akan dapat ditatap menerusi beberapa drama bersiri antaranya sebuah drama bersiri yang menggunakan judul lagu popularnya, Teratai Layu Di Tasik Madu yang bakal mengisi slot Samarinda di TV3.

Sebuah lagi drama bersiri adalah Gelora Di Hati Sara untuk siaran RTM dan sudah semestinya, Jee akan digandingkan bersama Rosyam yang juga bertindak sebagai penerbit.

Sebetulnya, dalam rancak berbual bercerita mengenai projek barunya itu, Rosyam turut ditanya mengenai ‘kehilangannya’ di layar televisyen.

“Saya masih lagi bernafas dalam industri. Memang saya akui, wajah saya semakin jarang ditatap di televisyen mahupun filem.

“Tetapi, itu bukan bermakna saya diam mahupun merajuk. Saya kini lebih aktif di belakang tabir sebagai penerbit dan juga sibuk dengan perniagaan saya,” katanya Aktor Terbaik Festival Filem Malaysia pada tahun 2003.

Namun di sebalik itu, hakikat sebenar dia jarang berlakon adalah disebabkan kehilangan dua insan tersayang dalam hidupnya telah pergi buat selama-lamanya yang membuatnya hilang semangat.

Mereka yang dimaksudkan adalah bapanya, Shamsuddin Mohamed Yusof yang meninggal dunia awal tahun ini akibat jangkitan paru-paru manakala abangnya, Zainal Ramli Shamsuddin pula menemui ajal tahun lalu kerana serangan jantung.

Bukan itu sahaja, Rosyam atau nama sebenarnya, Mohamed Noor Shamsuddin dengan terbukanya memberitahu, dia juga mahu berehat seketika selepas 25 tahun mengabdikan diri dalam dunia lakonan.

Watak matang
Aktor yang mula mencipta nama menerusi filem Gila-Gila Remaja pada tahun 1986 ini berkata, sudah sampai masanya untuk dia lebih selektif memilih watak yang sesuai dengan dirinya.

“Saya rasa memang berhak untuk saya kini memilih watak yang sesuai. Kalau memegang watak hero sekalipun, saya perlu memikirkan watak yang matang dan seiring dengan usia saya,” jelasnya sambil menyatakan contoh lakonannya dalam drama bersiri, Iris yang pernah mengisi slot Samarinda tidak berapa lama dulu.

Begitu juga wataknya dalam drama yang akan meruntun jiwa penonton pada malam raya kelak iaitu Mengejar Sinar apabila dia menjadi seorang suami yang menyalahkan dirinya atas kematian isterinya tanpa menyedari semua yang berlaku telah tertulis di loh mahfuz.

Drama berkenaan yang akan ditayangkan di TV3 turut menyaksikan gandingannya bersama aktres versatil, Fauziah Nawi untuk sekian kalinya di samping beberapa nama hebat lain seperti Aziz M. Osman, Erma Fatima, Ismail Yaacob dan pelakon cilik, Erynne Erynna.

“Saya mahu berdakwah melalu drama-drama terbitan syarikat saya dan Mengejar Sinar juga adalah salah satunya yang saya sifatkan sarat dengan mesej yang cukup berguna.

“Televisyen salah sebuah medium yang cukup baik dalam menyalurkan mesej yang berguna kepada masyarakat,” ujarnya sambil memberitahu drama berkenaan merupakan tahun keenam dia menerbitkan drama malam raya untuk TV3.

Dia juga bersyukur kerana peluang terus terbuka dan kepercayaan yang diberikan oleh stesen televisyen tempatan terhadap syarikatnya, Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd. membuatkannya begitu semangat menerbitkan karya berkualiti.

Perihal Ku Milikmu
Rosyam juga menongkah arus apabila pertama kali menerbitkan drama komedi romantik, Ku Milikmu yang akan mula ditayangkan pada 5 Ogos depan bagi menggantikan drama Sindarela untuk slot Lestary.

“Apa yang saya harapkan agar drama ini akan mendapat sambutan yang menggalakkan dari penonton. Ia merupakan sebuah drama cinta remaja yang pasti mampu memikat penonton,” jelasnya.

Ku Milikmu yang diarahkan oleh Along Kamaludin itu membariskan pelakon muda berbakat iaitu Zizan Nin, Eira Syazira, Farahdhiya, Liza Othman dan Khaty Fauziah.

Utusan Malaysia

Haliza Misbun Dan Putera Ahmad Merah

8 Jun

WAH! WAH! WAH! Gembira sungguh wajah aktres Haliza Misbun memangku anak saudaranya, Putera Ahmad Merrah, anak adiknya, Rozana bersama Awie.

Mestilah kan. Anak saudaralah katakan, darah daging sendiri, siapa yang tak sayang. Tengok wajah comelnya itu pun khabarnya Haliza dah jatuh hati.

Galak dia bermain dengan Merrah ketika bertemu anak saudaranya itu di rumah ibu bapanya baru-baru ini. Baguslah begitu. Joyah pun tumpang gembira. Sebenarnya selepas setahun lebih tak bertemu, ini kali kedua Haliza menatap wajah Merrah. Kali pertama menatap wajah anak saudaranya itu ketika Merrah lahir.

Iyalah, dulu kan ke Haliza pernah menyuarakan rasa kurang senang dengan perkahwinan adiknya dengan penyanyi rocker itu. Tapi Joyah dengar sekarang ini, Haliza sudah boleh menerima kenyataan.

Lebih-lebih lagi apabila melihat adiknya bahagia di sisi Awie dan Awie pula menjaga adiknya itu dengan baik sekali. Malah Haliza juga selalu mendoakan kebahagiaan mereka berdua. Taklah menyinga macam dulu.

Lagi pula, Rozana kini sedang mengandung anak kedua. Tentu Haliza sendiri tak sabar nak melihat wajah adik Merrah kan. Joyah dengar khabar, anak yang dikandung Rozana itu juga lelaki.

Khabarnya Awie telah memilih nama Putera Ahmad Rezzki buat anak keduanya bersama Rozana itu. Awie juga ada dua anak perempuan daripada perkahwinan terdahulu iaitu Puteri Aleeya Antasya dan Puteri Aleefa Antasya.

Khabarnya Rozana akan bersalin pada 8.8.08 nanti. Wah! Cantik sungguh angka itu. Moga dengan kelahiran anak keduanya bersama Rozana itu akan menambahkan bukan sahaja kegembiraan dan kebahagiaan kepada pasangan itu tetapi juga rezeki seperti nama yang dipilih.

Joyah tengok pun, sejak mendirikan rumah tangga dengan Rozana, rezeki Awie semakin melimpah dan kerjayanya pun kembali di landasan.

Dan dengarnya juga rezeki Haliza juga sama kencang dengan rezeki adik iparnya itu. Terbaru, syarikat produksinya, Helle Pictures akan menerbitkan sebuah drama komedi tentang anak dara tua. Judulnya Andartu.com.

Aik! Kisah sendiri ke Haliza? Sebab Joyah dengar-dengarlah kan, ada antara cerita dalam drama itu nanti berdasarkan kisah Haliza sendiri. Kisah mandi bunga pun turut diselitkan. Ops!

Khabarnya juga dia nak mengundang Awie berlakon dalam drama bersiri 13 episodnya itu. Tak sabar nak tengok gandingan kakak ipar dan adik ipar. Pasti meletup kan!

Powered by Utusan Malaysia

Kisah Nurin, Sharlinie

6 Jun

Oleh Ramlah Zainal
roses@hmetro.com.my

Rap

KES pembunuhan kejam kanak-kanak tidak berdosa, Nurin Jazlin Jazimin dan kehilangan Sharlinie Mohd Nashar yang masih menjadi misteri sampai hari ini turut meninggalkan kesan mendalam pada pelakon dan penerbit drama, Haliza Misbun.

Malah, kata Haliza, sejak kes Nurin dan Sharlinie yang mendapat liputan meluas akhbar tempatan itu, dia juga terpanggil menghasilkan telefilem berkaitan isu kehilangan kanak-kanak, sekali gus memenuhi tanggungjawab sosialnya pada masyarakat.

“Saya mendapat idea untuk menghasilkan telefilem Kembalikan Amanda ini sejak membaca kes Nurin dan terbaru, kolum khas ‘Kembalikan Sharlinie’ yang disiarkan akhbar tempatan sejak kebelakangan ini.

“Justeru, saya berharap kisah ini akan memberikan kesedaran kepada masyarakat untuk membendung gejala tidak sihat ini daripada berleluasa dan memastikan negara ini tempat selamat untuk didiami kanak-kanak,” katanya.

Selaku penerbit dan pelakon utama telefilem itu, Haliza turut berhadapan dengan cabaran untuk merealisasikan telefilem berkenaan.

“Sebanyak 98 peratus penggambaran telefilem ini dibuat pada waktu malam. Penggambaran juga bermula dari jam 6 petang hingga 6 pagi keesokan harinya.

“Bagi menghidupkan lagi jalan cerita, kami juga memilih lokasi Flet Pekeliling, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan saya difahamkan, lokasi penggambaran kami itu pernah berlaku kejadian bunuh diri sebelum ini.

“Ketika penggambaran telefilem ini, suasana di flet itu sunyi dan menyeramkan pada waktu malam. Maklumlah, tidak ramai penghuni yang masih tinggal di blok berkenaan kerana ramai penduduk sudah dipindahkan ke penempatan baru,” katanya.

Haliza berkata, apa yang menarik, telefilem genre seram arahan Azizi Chunk Datuk Adnan ini diselitkan elemen komedi supaya jalan ceritanya lebih seimbang. Skrip telefilem ini juga dihasilkan Sofia J Rhyland.

“Contohnya, watak Munir lakonan Cat Farish yang menjadi teman lelaki Erika dalam cerita ini yang kemunculannya pasti membuat penonton tidak berasa bosan.

“Selain itu, lakonan Sahri AF juga tidak menghampakan sebagai pelakon baru. Mungkin selama ini ramai orang kenal Sahri sebagai penyanyi tapi dalam cerita ini, Sahri membawa watak tidak disangka-sangka, lelaki yang ganas dan perogol,” katanya.

Kembalikan Amanda bermula dengan Erika yang sering diganggu kanak-kanak bernama Aisyah yang suka membuat bising dan menyanyi di tengah malam.

Disebabkan masalah kewangan yang meruncing, Erika yang juga antara lapan penghuni terakhir di Flet Pekeliling itu yang masih belum berpindah terpaksa berdepan dengan pelbagai kejadian aneh, suspens dan menyeramkan.

Namun, apa yang diceritakan Erika tidak dipercayai kekasihnya, Munir (Cat Farish). Erika terpaksa bertindak dengan menyiasat sendiri beberapa kanak-kanak yang kerap ditemuinya dalam keadaan mencurigakan bersama seorang lelaki misteri bernama Samser.

Berjayakah Erika dalam misinya menyelamatkan kanak-kanak tidak berdosa itu?

Telefilem terbitan Halle Pictures ini menampilkan lakonan mantap Haliza Misbun (Erika), Cat Farish (Munir), Samser (Sahri AF), Aisyah (Erynne Erynna yang juga pelakon filem Congkak), Sharifah Shahora (ibu Aisyah), Roslan Salleh dan Mak Jah.

Kembalikan Amanda menemui penonton saluran Astro Ria, jam 10 malam ini (Jumaat).

Powered by Harian Metro

Rawatan Kulit Wanita Asia

6 Apr

JERAWAT adalah sesuatu yang biasa berlaku dan tidak mengancam nyawa. Namun, kehadirannya bagaikan mimpi ngeri kepada golongan wanita yang mementingkan kecantikan kulit, terutamanya kulit muka.

Bagi sesetengah wanita, ton warna sekata dan kulit bersinar adalah lebih penting daripada nilai wang ringgit. Namun, tidak kurang juga yang menjadi mangsa kerana tersalah pilih cara untuk merawat kulit muka sehinggakan keadaan kulit menjadi lebih teruk berbanding sebelumnya.

Perkara pertama yang perlu difahami di sini adalah mekanisme dan punca jerawat berlaku di samping kaedah rawatan terbaik untuk mengatasinya dan mengekalkan kesihatan kulit.

Jerawat boleh terbentuk melalui empat mekanisme utama iaitu:

* kelenjar minyak menjadi besar (hipertropi) dengan peningkatan penghasilan sebum akibat rangsangan hormon androgen.

* folikel pilosebaceous yang tersumbat memerangkap nutrien dan sebum serta menggalakkan pertumbuhan kuman yang cepat seperti bakteria Propionibacterium acnes.

* kulit menjadi tebal (hiperkeratosis) dan pertumbuhan sel-sel yang cepat mengisi ruang folikel pilosebaceous (plugepitelium folikular).

* inflamasi (radang) akibat hasil sampingan kuman Propionibacterium acnes.

Pakar Perubatan Am & Dermatologi Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Shah Alam, Dr. Noraziah Abdul Kadir Jailani menjelaskan, masalah jerawat berpunca daripada kombinasi beberapa faktor seperti keturunan, hormon, jangkitan, psikologi dan bahan kimia.

“Hormon testesteron boleh menyebabkan aktiviti kelenjar sebum terlalu aktif sementara kajian menunjukkan 45 hingga 82 peratus individu yang menghadapi masalah jerawat mempunyai ahli keluarga dengan masalah serupa.

“Selain bakteria Propionibacterium acnes yang membiak pada permukaan kulit, bahan kimia kosmetik seperti iodide, bromit, litium dan setengah ubat juga boleh menyebabkan jerawat,” katanya.

Menurut beliau, faktor psikologi juga memainkan peranan di mana stres kehidupan boleh merangsang pembentukan jerawat dengan lebih mudah. Faktor-faktor tersebut boleh menyebabkan beberapa jenis jerawat, mengikut berpunca daripada faktor dalaman atau faktor luaran.

Rawatan

Menurut Dr. Noraziah, rawatan untuk mengatasi jerawat bergantung kepada jenis dan tahap keseriusannya.

“Jerawat yang ringan boleh dirawat dengan menggunakan krim seperti benzyl peroxide, azelic acid, isotretinoin dan adapalene, atau krim antibiotik seperti erythomycin dan clindamycine.

“Jerawat yang sederhana dan serius pula akan memerlukan bahan selain krim, termasuk rawatan sistemik menggunakan ubat oral seperti antibiotik tetracyeline, doxycyeline atau minocyelina,” jelas beliau.

Dr. Noraziah menegaskan, masalah mungkin timbul dengan penggunaan antibiotik yang terlalu lama kerana boleh menyebabkan kuman punca jerawat, Propionibacterium acnes, membentuk ketahanan (resistant) terhadap antibiotik tersebut.

Dr. Noraziah menyatakan pil hormon juga boleh digunakan sebagai rawatan untuk kaum wanita dengan masalah jerawat.

“Untuk jerawat yang serius, terdapat juga ubat khas yang dinamakan isotretinoin yang boleh digunakan.

“Ubat ini hanya boleh diperoleh melalui preskripsi pakar kulit bertauliah kerana ia mungkin mempunyai kesan sampingan jika disalahgunakan,” jelasnya.

Cerita mangsa

Pemenang Anugerah Sri Angkasa 2004, Haliza Misbun merupakan antara mereka yang sering dibelenggu masalah jerawat.

Namun, pembentukan jerawat selepas lawatan ke Eropah baru-baru ini menjadi titik permulaan kerosakan kulit mukanya akibat memilih cara rawatan yang tidak sesuai.

“Kulit muka saya mula menjadi merah-merah semasa di Eropah ketika cuaca sejuk dan kemudian menjadi lebih teruk selepas pulang ke Malaysia yang beriklim panas.

“Jerawat mula timbul dalam bentuk ketul-ketulan sehingga saya malu untuk keluar rumah, menutup muka dengan rambut dan menggunakan alat solek tebal untuk menyorokkan jerawat,” katanya.

Haliza mendedahkan dia telah banyak menghabiskan duit menjalani bermacam bentuk rawatan muka tetapi tetap tidak menampakkan hasil yang diharapkan.

Dia yang semakin hampa serta hilang harapan dan mula berputus asa sebelum mencuba rawatan produk tempatan dari Pusat Pengurusan Kulit KAJ yang didakwa khas untuk kulit Asia.

“Sebelum ini saya pernah mencuba rawatan stim muka sebelum mencungkil keluar jerawat. Kaedah ini cuma memburukkan lagi keadaan kulit muka saya.

“Di KAJ, cara rawatannya berbeza dengan menggunakan krim untuk menggalakkan kulit muka membuang kotoran dan jerawat secara semula jadi,” ujarnya.

Menurut Haliza, cara ini mengambil sedikit masa tetapi menunjukkan kesan lebih baik dan tidak merosakkan kulit muka.

Produk keluaran KAJ menggunakan bahan aktif yang sama seperti produk pembersih mula lain tetapi dalam campuran berbeza untuk memastikannya sesuai untuk kulit wanita Asia.

Selain menggunakan krim untuk menggalakkan pembersihan kotoran secara semula jadi, produk yang digunakan juga tidak menghakis lapisan kulit sehingga menyebabkan kulit menjadi nipis. Peluh, sinaran matahari dan juga solekan lebih mudah menjejaskan kulit jika lapisan perlindungan dihakis sebelum kulit baru tumbuh bagi menggantikannya.

Oleh itu, Haliza memilih untuk berkongsi pengalamannya dan menekankan betapa penting memilih kaedah rawatan yang sesuai mengikut kulit wanita Asia.

“Orang kita taksub dengan produk kecantikan luar. Tiada ‘rahsia’ dalam satu botol untuk rawatan semua jenis kulit kerana pengurusan kulit berbeza mengikut individu dan perlu bersesuaian dengan iklim setempat.

“Walau ada yang marah, saya tetap berpendapat rawatan stim dan cungkil keluar jerawat merupakan cara rawatan untuk kulit warga Eropah yang tinggal dalam cuaca sejuk,” dakwanya.

Tambah Haliza, ramai rakyat Malaysia yang percaya jerawat perlu dibuang serta-merta tanpa memikirkan pendekatan yang diambil mungkin tidak sesuai dan akan merosakkan kulit muka.

Haliza yang kerap bersenam kini mengamalkan pembersihan muka dengan segera selepas bersenam bagi mengelakkan pengumpulan kuman dan kotoran dari peluh.

“Saya juga gunakan krim pelindung cahaya matahari (sunblock) ketika di luar dan juga menggunakan krim sebelum disolek ketika bekerja bagi mengelakkan bahan solekan menembusi ke dalam kulit.

“Dahulu makanan juga boleh menyebabkan kulit saya naik jerawat tetapi kini saya tidak perlu lagi berpantang dengan mengamalkan cara pembersihan dan penjagaan kesihatan kulit yang sesuai untuk wanita Asia,” katanya.

Mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai rawatan yang diamalkan Haliza boleh menghubungi KAJ di talian 03-79555295 atau 03-56317933.

Utusan Malaysia

Tidak Cantikkah Wajah Melayu Tulen?

30 Dec

Oleh: WANDA IDRIS

JIKALAU menonton drama-drama Indonesia atau lebih dikenali dengan nama sinetron hari ini, tidak dinafikan begitu ramai wajah-wajah indah pria dan gadisnya. Semakin jarang pula dapat melihat wajah-wajah aslinya kecuali kepada mereka yang memegang watak-watak sampingan umpamanya orang gaji atau sebagai tukang kebun.

Hero dan heroin dalam kebanyakan sinetron yang disiarkan adalah terdiri daripada wajah-wajah kacukan yang pastinya kacak, cantik lagi bergaya. Nama-nama seperti Tamara Bleszynski, Cinta Laura Kiehl, Nicholas Saputra dan Laudya Cynthia Bella umpamanya bukan sahaja menghiasi kebanyakan layar. Malah mereka juga gah sebagai model dan jurucakap produk kecantikan bertaraf antarabangsa.

Ke mana perginya wajah-wajah tulen Indonesia seperti Widyawati atau Rima Melati yang gah pada tahun-tahun 70-an? Tidak dinafikan ramai menganggap wajah pan-Asian satu kelebihan untuk menempatkan diri dalam bidang seni. Sementelah wajah-wajah mereka tidak sahaja cantik tetapi juga unik.

Tidak terkecuali di negara ini. Bukan tidak ada wajah pan-Asian yang hadir ke persada seni tanah air suatu ketika dahulu malah mereka punya pengaruh besar dalam industri.

Lihat sahaja kejayaan nama-nama seperti Sofia Jane, Julia Rais, Deanna Yusuf mahupun Ramona Rahman. Mereka hadir dengan pakej – bakat dan kecantikan.

Hari ini beberapa nama menarik perhatian masyarakat khususnya penggemar drama dan filem tempatan. Angkatan muda generasi pan- Asian yang terjun ke dunia lakonan tempatan termasuklah Maya Karin, Nora Danish, Natasha Hudson, Diana Danielle, Ahsraff Sinclair dan Catriona Ross.

Nyata mereka berjaya mencipta nama apabila drama-drama lakonan mereka mendapat sambutan dan pujian penonton. Lihat sahaja drama bersiri Puteri lakonan Nora Danish yang diminati tidak sahaja golongan muda tetapi juga dewasa.

Malah Catriona Ross pernah menjulang namanya menerusi drama Sephia yang popular suatu ketika dahulu di TV3. Begitu juga dengan penampilan Diana Danielle dalam drama-drama Sembilu, Janji Diana dan Airmata Maria yang kini semakin mendapat perhatian penonton.

Namun tidak dinafikan ada juga yang hadir dengan lakonan ‘kayu’, tidak berkesan dengan sebutan bahasa Melayu yang janggal bunyinya.

Bagi Diana Danielle, tidak kira apa juga wajahnya, untuk terjun ke dalam industri perlulah seiring dengan bakat.

“Dan hari ini semakin ramai penerbit dan pengarah yang memberi peluang kepada anak-anak pan- Asian menunjukkan bakat mereka,” katanya. Namun bagi anak kacukan Melayu-Amerika ini, memiliki wajah pan Asian sepertinya menyekat peluang melakonkan pelbagai watak.

“Bukan tidak boleh berlakon tapi adakalanya tidak sesuai untuk menjadi gadis kampung berbeza dengan mereka berwajah Melayu yang boleh membawakan apa jua watak sedangkan pan-Asian agak stereotaip ,” katanya yang mengakui kehadiran artis berwajah pan Asian dapat menyerikan lagi industri.

Sememangnya melihat kemunculan golongan berdarah kacukan ini yang semakin hari semakin ramai ini tidak mustahil satu hari nanti industri kita juga mengalami senario yang sama dengan Indonesia.

Namun persoalannya apakah wajah Melayu tulen sudah tidak cantik lagi di mata para penggemar dan pembuat drama? Atau apakah nilai komersil wajah pan-Asian ini lebih tinggi berbanding wajah Melayu jati?

Sudah tidak boleh jualkah wajah tulen Melayu, India dan Cina di negara kita? Kita punya wajah Melayu yang berbakat besar dalam dunia lakonan. Umie Aida, Vanidah Imran, Haliza Misbun dan Erra Fazira adalah sebahagian daripadanya.

Mereka pernah mengungguli layar televisyen dan layar perak namun tanpa tidak mustahil suatu hari nanti wajah-wajah seperti mereka tidak lagi menjadi taruhan malah mungkin semakin kurang menghiasi layar sebagai pemegang watak utama.

Nasib wajah tulen baik Melayu, India dan Cina mungkin akan terpinggir atau hanya diberi watak sampingan. Sekarang ini pun, di Malaysia semakin banyak menonjolkan wajah-wajah kacukan dan Inggeris tulen sebagai pelaris untuk dunia pengiklanan.

Bukan tidak ada wajah tulen Melayu yang dipilih malah Fasha Sandha antara artis bertuah menjadi pilihan banyak jenama untuk menjadi duta bertaraf antarabangsa.

Tetapi persoalannya berapa kerat wajah Melayu yang diserlahkan dalam dunia pengiklanan itu sendiri hari ini dan pada masa hadapan?

Dalam dunia lakonan pula, cukupkah kita sekadar mengukur wajah yang cantik tanpa menghiraukan bakat yang ada? Kerana rasanya semakin ramai khalayak yang sudah bijak menilai bakat.

“Kita umpama kebanjiran artis,” demikian kata pelakon Haliza Misbun ketika ditanya mengenai senario ini. Kebanyakan kemunculan mereka kata Haliza, sekadar memeriahkan bukan benar-benar kerana menyintai seni.

“Seni ini satu perjuangan. Jatuh bangun orang seni adalah kerana seninya. Tapi ada kalangan mereka yang hadir dalam industri sekadar dua tiga tahun. Kemudian menghilang. Ada yang kahwin selepas bertemu jodoh dengan golongan berada. Itu jiwa seni yang tak sejati,” ujar Haliza.

Bagaimanapun tegasnya, dia tidak pernah mempersoalkan kredibiliti artis-artis pan-Asian dahulu seperti Sofia Jane, Ramona Rahman dan Julia Rais kerana bagi aktres ini, mereka memang berbakat besar dalam lakonan.

“Malah sehingga kini saya mengagumi Julia Rais,” akuinya. Namun ketaksuban industri itu sendiri terhadap wajah-wajah kacukan sebenarnya menyumbang kepada kebanjiran artis berwajah pan-Asian.

“Tapi kalau orang menghargai muka Melayu maka orang berwajah Melayu juga boleh berjaya. Lihatlah wajah-wajah asli seperti Erra dan Camelia,” katanya. Tanpa memperlecehkan bakat dan pakej yang ada pada seorang pan-Asian namun harapan Haliza, pihak di belakang tabir seperti pengarah dan penerbit haruslah adil memberi peluang sama rata tidak kira kepada orang melayu, Cina, India mahupun pan-Asian.

Malah seeloknya janganlah sampai ada larangan atau peraturan yang menyekat ‘periuk nasi’ mereka berwajah pan-Asian seperti yang pernah berlaku ketika suatu ketika dulu.

Namun jika benar satu hari nanti senario kebanjiran wajah pan-Asian berlaku sehingga mengabaikan pemilih wajah Melayu tulen dan menidakkan bakat dan kecantikan asli yang dimiliki, pasti sahaja kita perlu menilai semula kewajarannya.

Powered by Utusan Malaysia

Jurnal Kembara Haliza Di Eropah

27 May

Oleh: TENGKU KHALIDAH TENGKU BIDIN

Menjelajah kota-kota indah di Eropah menjadi impian sesiapa saja. Bagi yang mampu dari segi kewangan dan mempunyai masa, cepat atau lambat impian itu akan pasti terlaksana.

Bagi yang kurang berkemampuan barangkali memilih untuk melancong ke tempat-tempat yang lebih murah atau membiarkan saja impian indah itu mampan di kepala.

Bagi mereka yang gemar melancong, keindahan Kota Rom dan Paris sudah tentu menjadi destinasi yang tidak boleh tidak dipadamkan dalam jurnal kembara mereka. Pelakon Haliza Misbun juga mempunyai impian yang sama.

Berjalan-jalan ke seluruh Eropah, singgah melawat Menara Pisa di Itali, menjejaki laluan air menaiki gondola di Venice dan menyelusuri lebih 200 jambatan di Gent, Belgium… arghh apa lagi yang lebih indah selain dari itu?

Haliza tidak pernah menjangkakan peluang itu datang kepadanya sehinggalah syarikatnya, Halle Pictures diberi kepercayaan oleh RTM baru-baru ini. Halle Pictures diberi kepercayaan untuk menerbitkan rancangan Jurnal Kembara yang bakal menemui penonton pada Julai depan.

‘’Memang saya suka melancong. Sudah banyak tempat saya pergi, tidak sangka pula peluang ke Eropah datang secara percuma seperti ini,’’ kata Haliza yang juga Pengarah Urusan Halle Pictures.

*Jurnal Kembara dokumentari realiti

Haliza bukan sahaja bertindak sebagai penerbit, sebaliknya turut menjadi perantara rancangan yang berkonsep dokumentari realiti itu. Jurnal Kembara singgah di negara seperti Perancis, Belgium, Jerman, Belanda, Monaco, Austria, Vatican City dan Itali.

‘’Dalam kehidupan, apa pun yang saya buat mesti dengan minat yang mendalam. Kerana minat saya melancong, maka rancangan ini selesai penggambarannya dalam masa yang ditetapkan iaitu kira-kira 21 hari sahaja untuk 13 episod pertama,’’ kata Haliza.

Tentunya kita sudah banyak diberi input tentang rancangan bercorak pelancongan seperti ini. Bukan sahaja di RTM, banyak stesen swasta lain juga sudah beberapa kali menghidangkan menu yang sama kepada penonton.

Untuk memberi kelainan, Haliza menyelitkan banyak unsur baru yang jarang digunakan dalam banyak rancangan kembara yang dihasilkan dengan kos melebihi RM200,000 itu.

Turut bersama ialah Penerbit Eksekutif Halle Pictures Abdullah Ayob Basri.

Di setiap lokasi, Haliza memastikan perlu menemu bual beberapa pelajar Malaysia yang sedang menuntut di negara orang.

Selain pelajar, turut ditemu bual ialah petugas-petugas yang berkhidmat untuk pejabat kedutaan Malaysia di luar negara.

‘’Itulah yang menjadikan Jurnal Kembara ini berbeza. Kita dapat menyelami pengalaman, suka dan duka mereka di tempat orang secara langsung melalui Jurnal Kembara,’’ kata Haliza lagi yang sempat merakamkan temu bual dengan Duta Malaysia di Austria, Datuk Mh. Arshad.

Apa yang dipaparkan bukan keindahan semata-mata, tetapi juga sejarah, latar belakang dan keunikan sesebuah daerah di sesebuah negara yang dilawati. Malah aktiviti Haliza dan krew juga dirakamkan untuk menyelitkan unsur realiti.

Sepanjang di negara berkenaan, Haliza dan krew senang menyewa motorhomes untuk memudahkan pergerakan mereka.

Melawat bakal mentua?

Banyak yang sudah maklum mengenai cinta Haliza dengan jejaka Perancis semenjak awal tahun lalu. Sementelah ke Paris, sempat Pancaindera mengusik Haliza tidakkah menjenguk keluarga teman lelaki itu?

Manalah tahu, kut-kut dapat singgah bersua mata seketika, senang urusan perkahwinan nanti kalau menjadi.

Dengarnya juga Haliza sudah semakin mesra dengan keluarga jejaka bernama Cedric itu banyak orang sudah maklum mengenai kisah cinta mereka.

Bagaimanapun kata Haliza, dia hanya sempat mengirimkan SMS dan menelefon kerana keluarga Cedric berada di daerah Vichy.

‘’Agak jauh kalau saya ingin melawat mereka. Perjalanannya sama seperti Kuala Lumpur ke Johor, sedangkan saya ke sana untuk bekerja bukan berseronok-seronok.

‘’Hajat hati memang ingin melawat mereka, tetapi apakan daya. Tidak ada kesempatan. tetapi saya sempat mengirimkan SMS dan menelefon bertanyakan khabar saja,’’ kata Haliza yang kelihatan semakin ceria dengan buah hati barunya itu.

Siapa Oliver Mohd Radhi?

Ketika di Belanda, Haliza yang sedang menjalani penggambaran di satu tempat di tepi kaki lima dikejutkan dengan suara garau seorang lelaki Inggeris.

Dia bercakap dalam bahasa Melayu dan membuatkan krew teruja untuk berkenalan dengan lebih dekat. Lelaki itu ialah Oliver Mohd Radhi berasal dari Belanda dan pernah beberapa tahun menetap di Malaysia dan Indonesia.

Sewaktu menunaikan janjinya mengagihkan gambar kepada Pancaindera minggu lalu, Haliza juga ditemani oleh Oliver. Amboi, sampai ikut pulang ke Malaysia.

‘’Tak adalah. Kebetulan dia ada kerja, dia datang saja ke sini kemudian terus hubungi saya. Ajaklah dia lawat Utusan sekali, tak salahkan?

‘’Perkenalan kami hanya sebagai kawan. Dia banyak bantu krew penerbitan semasa kami berada di Belanda tempoh hari tu,’’ katanya.

Jejaka Belanda itu memeluk Islam pada 1994 dan sangat fasih berbahasa Melayu. Malah, Haliza dan Radhi kini sudah jadi kawan baik yang sering berutus berita dan cerita suka dan duka. Nampaknya jejaka Perancis kenalah bersaing dengan jejaka Belanda pula untuk menawan hati anak Pak Misbun yang seorang ini.

Powered by Utusan Malaysia