Archive | Nicole Kidman RSS feed for this section

Beg Pelbagai Guna

25 Mar

Oleh Halina Mohd Noor
halina@bharian.com.my

SESUAI dengan peranan wanita yang sentiasa pelbagai, jenama beg tangan dan kasut terkemuka, Tod’s memperkenalkan koleksi beg tangan terbaru dilengkapi aneka fungsi. Koleksi musim Luruh/Panas 2009 menampilkan gaya chic dan kontemporari dengan warna terang benderang yang menjadikan ia lebih unik.

Beg Tod’s G sempurna untuk semua acara, dengan ruang yang lebih besar, arnggi dan versatil bersama butiran pelana dan jahitan tangan yang menggambarkan kesenian pertukangan diwarisi jenama dari Itali ini.

Rekaan itu dikatakan sebagai ‘ibu’ beg yang diperbuat daripada kulit anak lembu yang lembut serta berkualiti tinggi. Milikinya dalam pelbagai warna semula jadi seperti ungu anggur sehinggalah warna terang seperti magenta, biru dan kuning.

Pengurus Pengiklanan dan Perhubungan Awam, The Melium Group, Ferhat Nazri Aziz, berkata beg berkenaan juga dikenali sebagai beg aktres terkenal, Gwyneth Paltrow yang menggambarkan imej wanita anggun.

“Beg ini juga digunakan pada kempen pengiklanan yang memaparkannya bersama aktres ini,” katanya.

Katanya, selain imej wanita anggun, koleksi Pashmy sesuai untuk mereka yang lasak dan sentiasa sibuk. Pashmy juga adalah simbol gaya moden mewah yang dianggap unik oleh Tod’s.

“Mempunyai banyak zip pada bahagian depan beg bagi pelbagai fungsi, ia kelihatan menarik dan mesti dimiliki. Diperbuat daripada bahan fabrik yang banyak digunakan untuk aktiviti selam skuba, ia kalis air dan cukup menarik dengan warna terang seperti merah jambu, ungu, putih bersih,” katanya.

Pashmy juga memperkenalkan koleksi terbarunya, Tod’s Mummy Bag iaitu beg untuk ibu yang bergaya dan pelbagai fungsi. Ia mempunyai ruang meletakkan barangan keperluan diri dan bayi, tetapi cukup menarik dengan warna terang. Diperbuat daripada kanvas, ia kalis air dan boleh didapati dalam warna terang seperti merah hati, biru kehijauan dan hitam. Koleksi itu juga bagi meraikan selebriti yang bergelar ibu seperti Nicole Kidman dan Jessica Alba.

Musim ini, Tod’s memperkenalkan koleksi kasut yang diperkemas dengan jahitan tangan dan pelapik untuk tumit tinggi yang selesa. Paling menarik, kasut Mary Jane penari ballet dan sandal agar-agar yang ringan.

Kasut dalam pelbagai bentuk dan warna itu dikeluarkan dengan falsafah menggunakan kulit halus dan warna metalik. Bermula daripada kasut bertapak rata sehingga kasut baji, tumit tinggi sehinggalah kasut berjahit pelana, bertali dan dilengkapi kancing.

“Terdapat juga koleksi bagi untuk lelaki yang bersaiz besar sesuai untuk dibawa mengembara. Beg Yacht diperbuat daripada kulit lembut yang lembut diperkemas dengan kilauan sutera, menjadikan ia lembut dan ringan untuk dibawa,” katanya.

Reka bentuknya sangat ringkas agar mudah digunakan dengan berkesan. Bagi menambah gaya, ia dilengkapi poket daripada PVC dengan ruang kalis air untuk menyimpan pakaian atau kain lembap, losyen atau hanya untuk meletakkan kunci rumah,” katanya.

Koleksi Yacht tiada batasan masa yang menggambarkan gaya klasik Tod’s. Sempurna untuk semua acara sama ada untuk digayakan ketika bekerja atau ketika bersantai, ia didatangkan dengan kalis air, pemegang beg telus dengan butiran daripada kulit menjadikan ia sesuai digayakan ketika berehat di tepi pantai, atas bot mahupun ketika berada di dalam kapal terbang. Lampu suluh kecil yang dilengkapkan di dalamnya, menjadikan beg berkenaan lebih menarik.

Lelaki juga tampil bergaya dengan aneka pilihan kasut dengan warna terang ceria. Ia diperbuat dengan teknik seni kraf tangan tradisional oleh tukang kasut mahir sejak beberapa abad. Ia meraikan antara gaya ikon Tod’s yang dihargai sejak beberapa dekad lalu oleh pelanggannya di seluruh dunia.

Tod’s turut memperkenalkan koleksi kasut untuk kanak-kanak yang dikenali sebagai Koleksi Junior. Terdapat pelbagai bentuk untuk lelaki dan perempuan, kasut comel ini didatangkan dalam bentuk kasut sarung bertali pada bahagian belakang, kasut sarung, kasut ballerina dan sandal bertali untuk perempuan. Kasut untuk lelaki pula berbentuk kasut sukan bertali dengan warna semula jadi seperti coklat, krim, putih dan hitam.

Berita Harian

Novel Bersiri Nyanyi Sunyi – Siri 10: Cinta Cempaka Mulai Berbunga

24 Mar

Oleh Maskiah Masrom

Hei, kau dengarlah loceng yang berkerining

dari gelang sepatuku ketika hujan turun dengan

deras bulan April tepat aku sendiri merentas

jalan pulang dan halaman rumah gelap tanpa

 

 

lampu di taman! Ah. Ah.”

CEMPAKA tersenyum saat melangkah masuk ke rumah sewa. Nur Sandera sedang bersemangat mendeklamasikan sajak Prof Siti Zainon yang bertajuk “Genta”. Esok tibalah giliran Nur Sandera membentang rahsia di sebalik proses kreativiti penyair wanita kelahiran Gombak itu. Minggu depan pula adalah giliran Cempaka menutup tirai pembentangan tutorial.

“Wahai Cempaka Sari. Silakanlah tuan hamba bersimpuh di situ,” ujar Nur Sandera. Cempaka melabuhkan punggung di kerusi.

“Beta mahu membaca sajak Prof Siti yang Harry Aveling terjemahkan dalam bahasa Inggeris. Tuan hamba dengarkan ya:

Can you hear the bell on my bracelet

ringing as I wake my way home

through the heavy April rains

along the streets and across the yard

to our dark house? Can you? Can you?”

Cempaka terasa geli hati melihat cara Nur Sandera membaca sajak itu sambil menggoyang sebelah kakinya seperti penari India.

“Apa pendapat tuan hamba? Bagus tak cara beta membaca sajak ni?”

“Bagus Tuanku. Patutlah hari ini hujan turun dengan deras, halaman rumah gelap tanpa lampu di taman. Nasib baik patik tak basah kuyup, tuanku”

Nur Sandera ketawa. Dia kagum dengan kemampuan Cempaka menangkap baris-baris kata dalam sajak Prof Siti tadi.

“Beta ada terdengar bunyi kereta sebentar tadi. Siapakah gerangan yang menghantar tuan hamba pulang?” tanya Nur Sandera seakan baru sedar sesuatu.

“Tuanku, patik nak mintak ampun tuanku. Janganlah tuanku murka dengan patik yang yatim piatu ini. Tengku Arjuna yang hantar patik,” balas Cempaka sambil menyusun sepuluh jari di dahi. Mata Nur Sandera terbelalak.

“Patik tak ada pilihan Tuanku. Umpama pipit tuli makan berhujan, tidak dihalau padi habis, hendak dihalau kain basah. Patik akan basah lencun jika tidak menumpang Tengku Arjuna,” sambung Cempaka dengan wajah dibuat-buat takut.

“Tengku Arjuna apa-apakan tuan hamba tak?” tanya Nur Sandera sambil bercekak pinggang. Matanya menyoroti Cempaka dari kepala hingga ke kaki .Ada rasa yang indah menyelinap masuk ke hati Cempaka saat itu.

“Atau tuan hamba yang apa-apakan Tengku Arjuna?” usik Nur Sandera sambil mengacungkan tangan.

Cempaka cuma tersenyum. Nur Sandera sedikitpun tidak kelihatan cemburu. Cempaka tahu sebabnya. Sudah ada jejaka lain dalam hati Nur Sandera! Semenjak bertemu Lukmanulhakim semasa pulang dari balai polis tempoh hari, hanya nama Lukmanulhakim yang membasahi lidahnya. Kebetulan Lukmanulhakim yang peramah itu sudi pula bersembang panjang dengannya di depan rumah sewa.

“Kenapa kau tak pernah cakap abang angkat kau tu begitu handsome? Kau ni suka sembunyikan perkara yang baik-baik dari aku,” bebel Nur Sandera selepas Lukmanulhakim berlalu.

“Aku ingat hati kau dah ditawan oleh Dr Arjuna. Macam mana aku nak kenalkan kau pada yang lain,” balas Cempaka dengan perasaan gelihati.

“Aku nak cari calon suami dari Malaysialah. Susah kalau dapat jodoh dari Indonesia. Nak naik feri, aku mabuk laut. Nak naik flight , aku mabuk udara. Nanti aku susah nak balik raya. Lagipun Dr Arjuna tu antik sangat. Kau tengok handset dia. Ada lagi pensyarah yang pakai handset macam tu. Ha, aku rasa Dr Arjuna tu sesuai dengan engkau. Handset pun serupa. Sama-sama antik. Barulah romantik!” jawab Nur Sandera.

“Cinta kau tu macam cendawan lepas hujan. Cepat berkembang, cepat tumbang,” sindir Cempaka sambil tersenyum.

Selepas itu, siang malam pagi petang , Nur Sandera asyik menyebut nama Lukmanulhakim. Kononnya wajah Lukmanulhakim ada iras-iras Faizal Tahir! Cempaka tergelak mendengarnya. Dia tidak pernah pula menyedari persamaan itu. Penampilan Lukmanulhakim memang agak rugged, gemar berseluar jeans dan berjaket. Penampilan ringkas dan lasak itu sesuai dengan kerjayanya sebagai wartawan.

Cikgu Saleha selalu meleteri Lukmanulhakim yang berambut panjang melepasi bahu. Yalah, mana ada cikgu yang suka lelaki berambut panjang. Walaupun kerja Lukmanulhakim tidak tentu masa, namun penampilannya nampak rapi dan bersih. Mukanya sentiasa bercukur, kuku kaki dan tangannya pendek, barisan giginya putih terjaga. Cempaka harus mengakui, Lukmanulhakim tergolong dalam lelaki yang sedap dipandang mata.

Selepas membersihkan diri dan menunaikan solat, Cempaka kembali menghadapi laptopnya. Dia membaca semula beberapa perenggan yang belum sempat dimurnikan sebelum ini.

“Selama Amir menghilang kerana dibawa orang, Kamaliah tidak percaya akan sangkaan-sangkaan bahawa suaminya itu sudah meninggal. Bulan Nopember 1949, penggalian lubang-lubang di Kwala Begumit dilakukan. Ada yang berkata bahawa orang-orang mengenali bekas-bekas penyair itu karena cincinnya. Tetapi Tahura menegaskan bahawa cincin itu tidak pernah diketemukan kembali.

Yang lain-lain menceritakan berdasarkan bekas-bekas kain sarung yang dikirimkan Kamaliah terakhir kalinya. Tidak mungkinkah pada hari-hari terakhir Amir memberikan sarung tersebut kepada tawanan lain yang kedinginan atau dikirakan lebih membutuhkan daripada dirinya? Mengenali sifat Amir yang pengasih dan penyayang, kemungkinan ini tidak bisa dihilangkan begitu saja.

Tengku Suleiman, abang Amir, ingat betul bahawa adiknya mempunyai gigi-gigi palsu di bahagian rahang atas. Ketika kerangka yang dikirakan sebagai bekas-bekas Amir disatu-satukan oleh dokter, ternyata satu sisi rahang atas berlubang. Giginya tidak ada. Kerangka Amir bagian kepala dibawa pulang oleh abangnya, Tengku Suleiman serta disimpan selama berhari-hari dalam lemari.

Pada suatu malam dia bermimpi, seakan-akan Amir berada di hadapannya dan berkata agar dia dikembalikan ke tanah sebagaimana semestinya. Hati Tengku Suleiman pun semakin yakin bahawa tulang belulang itu bekas-bekas jasad Amir.

Kamaliah sendiri tidak mahu mengaku Amir sudah meninggal. Sebagai alasan yang paling kuat, yalah kepercayaan bahawa gigi suaminya “bertingkil-tingkil”. Tidak pasahan rata sedangkan gigi pada tengkorak yang dikirakan sebagai kerangka Amir semuanya rata. Kamaliah memiliki kecintaan yang besar terhadap Amir. Perpisahan dengan dia karena dia dibawa orang. Menurut nalarnya sebagai perempuan yang mencinta, suami itu akan kembali. Itu adalah mimpi setiap wanita yang hatinya dilumuri kasih tidak terkirakan kepada satu-satunya lelaki yang dianggap sebagai miliknya.

Tahura tumbuh menjadi dewasa dalam rengkuhan mimpi seperti itu. Meskipun keluarga sudah mengakui kebenaran tulang belulang Amir, dan pemakaman telah dilaksanakan secara adat semestinya di Tanjung Pura, namun Kamaliah tidak mau mengunjungi kuburan itu. Tahura juga tidak diperbolehkan berziarah ke sana”

Semalaman Cempaka cuba meMelayukan gaya bahasa Indonesia daripada buku N.H. Dini itu.Tetapi entah mengapa, ayat-ayatnya seperti tidak menjadi. Dia tidak boleh mengekalkan struktur ayat itu. Itu namanya mencuri harta intelek penulis lain. Dr Arjuna pasti akan menyuruhnya mengolah semula huraian itu. Dua, tiga kali Cempaka bangun – melihat ikan pelaga peliharaannya untuk mencari ilham. Biasanya dia tenang dan tekun. Sehingga Nur Sandera menegurnya kerana kelihatan gelisah.

“Nampaknya tuan hamba telah dimakan sumpah. Tempat di sebelah kiri dalam kereta Tengku Arjuna tu adalah tempat beta. Tuan hamba berani duduk tanpa minta izin dari beta. Memang kepanasanlah badan tuan hamba malam ni. Ubatnya cuma satu, tuan hamba kena berkumur dengan air basuhan kaki beta,” usik Nur Sandera.

Cempaka cuma ketawa. Pandai pula Nur Sandera memetik kisah Raja China terkena kedal tulah Sultan Melaka untuk menyindirnya.

Namun memang semalaman dia gelisah. Dalam fikirannya hanya ada Dr Arjuna! Wajah Dr Arjuna, senyum Dr Arjuna, tutur kata Dr Arjuna…Cempaka beristighfar.

Mungkinkah dia telah jatuh cinta? Tapi tak mungkin semudah itu dia jatuh cinta! Tiba-tiba Cempaka teringat kisah-kisah gadis remaja dari Malaysia yang dibawa lari bernikah ke Lombok. Bukankah kebanyakan mereka mengatakan seperti dipukau dan hanya teringatkan keluarga selepas menempuh hidup susah di sana. Wajah Noormaliza Ghani, Che Siti Nor Azreen Che Ishak, Mas Ayu Mohd Yusof yang pernah terpapar di akhbar terbayang-bayang di ruangan mata.

Lukmanulhakim yang pernah membuat liputan kes itu mengatakan, memang azab penderitaan yang ditanggung oleh gadis yang bersuamikan lelaki Lombok. Mereka terpaksa berjalan sejauh dua kilometer untuk mendaki bukit, menuruni lereng, mengharungi lurah setiap hari bagi membasuh kain dan mengambil air di lombong. Mereka juga terpaksa mencari kayu api untuk memasak dan menyara hidup dengan menjual telur ayam. Selain itu, mereka hidup merana tanpa kemudahan tandas, kenderaan dan penjagaan kesihatan sebagaimana yang terdapat di Malaysia.

Cempaka teringat pula kes pukau melalui perbuatan menepuk kepala dua kali sambil membaca sesuatu. Berita itu baru semalam dibacanya. Akibatnya, mangsa terus mengikut “bersiar-siar dan mendapati diri ditinggalkan tanpa pakaian di tepi jalan”. Mungkinkah dia terkena pukau? Mungkinkah Dr Arjuna yang berasal dari Jogjakarta itu juga ada ilmu pukau? Cempaka beristighfar. Mengapalah fikirannya boleh merayau sejauh itu? Tidak baik dia bersangka buruk terhadap orang yang bergelar guru padanya.

Entahlah, barangkali dia begitu terkesan dengan layanan baik Dr Arjuna padanya. Sejak akhir-akhir ini, Cempaka perasan Dr Arjuna begitu berlemah lembut semasa berbicara. Kerap Cempaka terperasan Dr Arjuna mencuri pandang ke arahnya semasa dia membuat catatan. Hari ini, cara Dr Arjuna memandang, tersenyum dan mengusik terasa begitu romantis.

Semasa melangkah di sebelah Dr Arjuna menuju ke kereta, Cempaka terasa mereka pasangan sepadan dari segi ketinggian. Selama ini memang agak sukar untuk mencari lelaki yang lebih tinggi darinya. Malah Lukmanulhakim pernah mengatakan, Cempaka mesti mengikut jejak langkah Nicole Kidman yang tidak pernah berkasut tumit tinggi sepanjang bergelar isteri Tom Cruise!

Mungkinkah ini dikatakan cinta pandang pertama? Cinta yang tidak ada sebarang tanda dan tiba-tiba terasa membakar dada! Mungkinkah dia terlalu terbawa-bawa kisah tragis dalam perjalanan cinta Amir Hamzah dan Ilik Sundari sehingga memberi kesan ke dalam jiwa? Mungkinkah dia terlalu empati terhadap Tengku Kamaliah yang terpaksa “bermadu secara maya dengan bayangan Ilik” sehingga membuat hatinya bergelora?

Tiba-tiba Cempaka teringat, selama ini dia memang rajin melakukan solat istikharah. Untuk apa jua perkara yang mubah, dia akan menunaikan solat istikharah. Memang selepas neneknya meninggal, dia lebih percayakan istikharah. Semasa mendapat keputusan SPM, dia melakukan istikharah agar dapat membuat keputusan melanjutkan pelajaran ke luar negara atau memasuki tingkatan enam.

Daripada 10 orang yang ditanya, sembilan orang mengatakan dia menolak tuah jika memasuki tingkatan enam. Seorang itu pula hanya duduk di atas pagar – Lukmanulhakim menyuruhnya berfikir masak-masak, menerima boleh menolak pun boleh. Namun Lukmanulhakim nampak sangat gembira apabila Cempaka akhirnya membuat keputusan melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam di sekolah yang sama.

Semasa bapanya meninggal dunia, Cempaka merasakan hikmah solat istikharahnya telah terserlah. Jika dia berada di luar negara pasti dia menyesal kerana tidak dapat menatap wajah bapa yang dirinduinya itu buat kali terakhir. Kini, perasaan bersyukurnya kian melimpah ruah kerana dia sedar bidang sastera amat berkait rapat dengan cita-cita asalnya. Dia ingin menyumbang bakti kepada nusa dan bangsa melalui pembangunan sastera dan budaya.

Sebelum membuat keputusan melaporkan perbuatan Kasturi pada polis, Cempaka juga melakukan istikharah. Pada malam itu dia mimpikan Lukmanulhakim. Sebaik bangun tidur, dia terus menelefon Lukmanulhakim dan alangkah bersyukurnya dia kerana Lukmanulhakim tidak bertugas di luar Kuala Lumpur. Lukmanulhakim segera datang ke rumah sewa dan menemaninya membuat laporan polis.

Cempaka membuat keputusan merahsiakan kekerasan fizikal yang pernah dilakukan Kasturi terhadapnya. Cempaka juga memadam semua mesej ugutan yang mengandungi perkataan “rogol”. Bagi Cempaka , perkara itu amat mengaibkan maruahnya sebagai seorang perempuan. Hatinya terasa tenang selepas membuat laporan itu. Cempaka yakin itu adalah kesan positif melakukan solat istikharah.

Mengapa dia tidak pernah melakukan solat istikharah berkaitan petunjuk jodoh? Barangkali masanya sudah tiba untuk dia melakukannya. Kalau dalam perkara-perkara yang kecil dia melakukan solat istikharah sepatutnya dalam soal jodoh, dia perlu lebih tekun memohon petunjuk Allah. Cempaka segera bangun mengambil wuduk. Dia melakukan solat istikharah pada malam tersebut. Namun tiada sebarang petunjuk sama ada mimpi atau alamat perasaan yang hadir. Yang ada hanya rasa gelisah yang tidak berkesudahan!

Keesokannya, dengan hati berdebar-debar, Cempaka mengunjungi bilik Dr Arjuna. Masih ada sedikit lagi bahan yang perlu dirujuk daripada buku N.H. Dini. Tentang pertemuan Maria Ulfah dan Tahura pada hari Amir Hamzah diiktiraf sebagai Pahlawan Nasional pada November 1975 kerana merintis pemakaian bahasa Indonesia di waktu orang lain mempergunakan bahasa Belanda.

Atau dia yang sengaja mencari alasan untuk datang lagi ke bilik lelaki yang telah membuatkan dia gelisah semalaman? Entah mengapa dia berdoa agar Dr Arjuna tiada di biliknya. Tetapi doanya tidak kesampaian. Semasa dia tiba, Dr Arjuna sedang tekun membaca.

“Jangan ditutup pintu itu. Kita bisa dituduh berselingkuh nanti!” gurau Dr Arjuna sewaktu Cempaka melangkah masuk. Cempaka memberi salam dan terus menghampiri meja rujukan. Dia terkejut kerana terdapat bingkai kaca berikat reben biru mengandungi salah satu sajak daripada antologi “Nyanyi Sunyi”!

“Mungkin tidak terlalu awal untuk saya mengucapkan selamat ulang tahun ke-26,” ujar Dr Arjuna sambil tersenyum. Cempaka teringat, ulang tahun kelahirannya seminggu lagi.

Biasanya setiap tahun, orang pertama yang akan mengucapkan “Selamat Hari Lahir” ialah Lukmanulhakim. Mereka berkongsi bulan kelahiran yang sama iaitu Mac. Dia lahir 25 haribulan manakala Lukmanulhakim pada 27 haribulan. Selalunya mereka saling bertukar ucapan. Nampaknya pada tahun ini, sudah ada orang lain mendahului Lukmanulhakim.

Cempaka membelek-belek bingkai kaca di atas meja. Dia tidak perlu bertanya bagaimana Dr Arjuna mengetahui ulang tahun kelahirannya. Semua pensyarah mempunyai butiran peribadi pelajar termasuk nombor kad pengenalan. Kad pengenalan zaman sekarang memang tidak boleh menyimpan rahsia umur seseorang. Cempaka tidak pasti dia sudah mengucapkan terima kasih atau belum. Hatinya terasa terlalu berdebar saat itu.

“Semoga tahun ini Cempaka akan menemui seorang lelaki yang cintanya seperti Amir terhadap Ilik,” ujar Dr Arjuna dengan wajah begitu tenang.

Tahun ini? Lelaki yang cintanya seperti Amir terhadap Ilik? Siapa lagi yang tahu betapa mendalamnya perasaan cinta Amir terhadap Ilik kecuali dia dan Dr Arjuna! Cempaka berasa semakin gementar. Mungkinkah Dr Arjuna dapat mengesan perubahan perasaannya?

“Kenapa sajak ini yang Dr pilih untuk hadiah hari jadi saya?” Cempaka mengerah seluruh kekuatan diri untuk melontarkan pertanyaan itu.

“Karena N.H. Dini berpendapat, cinta yang Amir berikan kepada Ilik adalah mimpi setiap wanita,” balas Dr Arjuna. Cempaka terkesima.

Apakah maksud hadiah ulang tahun kelahiran itu? Apakah makna kata-kata Dr Arjuna itu? Adakah Dr Arjuna juga sudah jatuh cinta padanya? Cempaka terasa seperti menyimpan garam dalam air, menyimpan madu dalam raga. Segala-galanya tidak kena pada tempatnya. Dia seakan tidak mampu bertentang mata dengan Dr Arjuna. Dia segera berlalu. Dia ada mendengar Dr Arjuna memanggil namanya tetapi dia terus melangkah. Di surau, air matanya tumpah. Ironisnya, dia sendiri tidak tahu mengapa dia menangis!

“Menurut Kemala, sajak-sajak Prof Siti di dalam Daun-Daun Muda mempunyai persamaan dengan sajak-sajak Kazuko Shiraishi dalam Burning Meditation and Other Poems. Mereka mengungkapkan masalah kewanitaan dalam hubungannya dengan cinta berahi. Yang membezakan mereka mungkin oleh latar budaya keMelayuan bagi Prof Siti dan keJepunan bagi Shiraishi.”

“Daripada kedua-dua penyajak ini, kita dapat merasakan kuasa cinta yang menjadi faktor utama penyair dapat menikmati kehidupan. Menurut falsafah Plato, sang penyair adalah manusia yang mengalami cinta. Tanpa cinta, tidak mungkin sajak-sajak indah dapat dihasilkan oleh Prof Siti dan Shiraishi,” ujar Nur Sandera mengakhiri pembentangan eseinya.

Nur Sandera memandang ke arah Cempaka dengan wajah hairan. Cempaka sudah berjanji untuk duduk di hadapan sekali sebagai tanda sokongan moral. Tetapi sebaliknya dalam tutorial petang itu, Cempaka memilih duduk di bangku paling belakang.

“Sila bandingkan curahan perasaan cinta terhadap Allah antara Prof Siti dengan Amir Hamzah,” pinta Dr Arjuna. Wajah Nur Sandera kelihatan pucat. Dia tidak menjangka akan mendapat soalan sedemikian rupa.

“Maaf Dr. Saya tak ada idea,” ujar Nur Sandera tersipu-sipu.

“Wah, sebentar tadi kamu bisa membanding Prof Siti dengan Shiraishi. Gombak dengan Tokyo begitu jauh. Amir Hamzah di Sumatera kan lebih dekat. Mengapa tidak kenal tetangga sendiri? ” sinis benar kata-kata Dr Arjuna. Nur Sandera hanya mampu menahan rasa.

“Cempaka, kamu yang buat kajian tentang Amir Hamzah. Pasti ada maklumat yang boleh dikongsikan. Silakan bantu.” Cempaka mengangkat muka. Dr Arjuna memandangnya dengan mata mengharap. Dia memang ada menumpang membaca bahan-bahan rujukan yang digunakan oleh Nur Sandera. Pernah juga dia membanding secara sepintas lalu keistimewaan Prof Siti dan Amir Hamzah. Mahu tidak mahu Cempaka melangkah ke depan.

“Amir Hamzah merupakan salah seorang penyair yang diminati oleh Prof Siti. Amir ada menulis sajak bertajuk “Doa” manakala Prof. Siti menulis sajak “Memasuki Kebun Arif”. Amir Hamzah mencurahkan perasaan cintanya kepada Allah dengan menggunakan orang pertama tunggal iaitu “aku” manakala Prof Siti lebih selesa memilih orang ketiga tunggal iaitu “kami”. Kedua-dua penyair hebat ini mengeksploit unsur alam untuk menyampaikan mesej. Pada pendapat saya, Prof Siti lebih berjaya bermain dengan bahasa alam berbanding Amir Hamzah. Barangkali kerana beliau juga seorang pelukis.”

Dr Arjuna memandang Cempaka dengan perasaan kagum. Nur Sandera tersenyum tanda terhutang budi. Kawan-kawannya bertepuk tangan. Cempaka kembali ke tempat duduknya. Dia terasa seakan tingkalak tidak menghadap mudik, lukah tidak menghadap hilir. Dia benar-benar ingin lari daripada pandangan mata yang sedang mengepungnya.

Harian Metro

Sindrom Artis Jual Foto Anak

24 Jul

JESSICA ALBA menjual gambar anaknya dengan nilai RM4.9 juta.

SINDROM baru ini mula melanda Hollywood apabila artis-artis bersaing untuk melahirkan anak tahun ini. Rentetan itu, mereka ditawarkan harga yang tinggi untuk menjual gambar-gambar anak mereka secara eksklusif kepada pihak media.

Ada yang kemaruk ‘menjual’ gambar-gambar anak tetapi ada juga yang menolak. Malah trend ‘menjual’ gambar ini juga telah menimbulkan perasaan marah Christina Aguilera kerana gambar anak sulungnya, Max Liron Bratman hanya dijual pada harga AS$1.5 juta (RM4.9 juta).

Aguilera terpukul kerana harga yang diraihnya jauh lebih rendah berbanding harga gambar anak kembar Jennifer Lopez yang berjaya dijual pada harga AS$6 juta (RM23 juta).

Namun, mengatasi Aguilera dan Lopez ialah foto anak kembar Angelina Jolie, Knox Leon dan Vivienne Marcheline yang dikhabarkan menerima tawaran sebanyak £10 juta (RM64.6 juta).

SHILOH diperdagangkan oleh ibubapa mereka dengan nilai RM13.3 juta.

Selain Christina Aguilera dan Jennifer Lopez, Nicole Richie juga telah menjual gambar anaknya, Harlow Winter Kate yang dilahirkan pada 11 Januari lalu dengan harga AS$1 juta (RM3.24 juta).

Minggu ini mari kita lihat senarai harga yang ditawarkan buat anak-anak selebriti Hollywood, dan yang pasti harga gambar anak kembar Angelina Jolie dan Brad Pitt akan berada di tangga teratas buat satu jangka masa panjang.

Shiloh, Pax, Knox dan VivienneKelahiran bayi sulung pasangan Angelina Jolie dan Brad Pitt, Shiloh Nouvel ini sudah lama dinanti-nantikan. Semenjak Angelina dilaporkan mengandung, banyak pihak cuba mendapatkan hak untuk menyiarkan gambar anaknya yang dilahirkan pada 2006 di Swakopmund, Namibia.

Majalah People telah menawarkan sebanyak AS$4.1 juta (RM 13.3 juta) untuk mendapatkan hak tersebut dan majalah Hello! pula sebanyak AS$3.5 juta (RM11.3 juta).

Tawaran tersebut mencatat sejarah tersendiri kerana gambar Shiloh merupakan paling mahal ketika itu. Namun, rekod itu kini diatasi oleh dua adik kembarnya, Knox Leon dan Vivienne Marcheline yang dilahirkan pada 12 Julai lalu di Nice, Perancis.

Dikhabarkan Angelina sedang berbincang dengan beberapa majalah terkemuka untuk menjual gambar eksklusif pertama anak kembarnya dengan anggaran harga £10 juta (RM64.6 juta).

Walaupun ada majalah yang menawarkan £5.5 juta (RM35.5 juta) untuk sesi fotografi khas, jurucakap pasangan ini, Max Clifford berpendapat harganya boleh meningkat lagi.

MATTHEW McCONAUGHEY dan Camila Alves beri hak eksklusif kepada majalah OK!.

“Saya rasa gambar-gambar tersebut boleh mencecah £10 juta (RM64.6 juta). Ini akan menjadi tawaran paling mahal setakat ini.”

Menurut laporan, nama kedua-dua bayi kembar itu merupakan inspirasi daripada nama keluarga Angelina dan Brad.

Knox dinamakan atas nama datuk Brad, Hal Knox Hillhouse dan juga berkongsi huruf akhir yang sama dengan dua orang anak angkatnya, Maddox Chivan, 6, dan Pax Thien, 4.

Manakala nama tengah Vivienne adalah penghormatan kepada nama ibu Angelina, Marcheline Bertrand yang meninggal tahun lalu. Pasangan ini juga mempunyai seorang lagi anak angkat perempuan, Zahara Marley Jolie-Pitt.

Selain daripada gambar anak kandungnya yang menjadi rebutan, gambar anak angkat terbaru Angelina dan Brad, Pax juga pernah menjadi perhatian ramai.

Dilaporkan Angelina menerima lebih AS$2 juta (RM6.5 juta) daripada penjualan foto anak angkatnya ini daripada majalah People.

Namun, gambar Angelina bermesra dengan anak angkat barunya dari sebuah rumah kebajikan di Vietnam kemudian muncul di muka depan majalah Hello.

Sunday Rose Walaupun ramai di antara pasangan selebriti memilih untuk menjual gambar anak mereka, pasangan Nicole Kidman dan Keith Urban pula telah menolak tawaran bernilai jutaan ringgit untuk menjalankan penggambaran khas bersama anak perempuan mereka.

Pemenang Oscar ini bersama suaminya yang dikurniakan anak pertama, Sunday Rose pada 7 Julai lalu ditawarkan oleh pelbagai majalah tetapi mereka telah menolak kesemuanya.

Menurut satu sumber, “Nicole dan Keith berpendapat adalah tidak munasabah untuk menyiarkan foto anak mereka secara eksklusif. Mereka masih berfikir bagaimana untuk mengendalikan perkara ini termasuk bila mereka hendak menerbitkan gambar anak mereka itu.”

Namun, pasangan ini dikatakan sedang dalam perancangan untuk menerbitkan gambar ini secara percuma.

KEITH dan Nicole memilih untuk tidak menjual gambar anak sulung mereka, Sunday Rose kepada mana-mana media.

“Mereka sedar ramai orang awam terutamanya peminat ingin melihat wajah anak mereka dan berterima kasih atas keprihatinan mereka. Namun,

Nicole dan Keith sedang menikmati masa bersama anak sulung mereka,” tambah sumber tersebut.

Honor MarieIbu jelita, Jessica Alba juga mengambil langkah sama seperti selebriti lain dengan menjual gambar anak perempuannya, Honor Marie dengan harga AS$1.5 juta (RM4.9 juta).

Aktres Fantastic Four ini yang melahirkan anak sulungnya dengan suami, Cash Warren pada 7 Jun lalu telah menjual gambar anaknya kepada majalah OK!.

“Pada mulanya Jessica tidak bercadang untuk menjual gambar anaknya tetapi mengalah apabila menerima pelbagai tawaran.

“Dia kemudian membuat keputusan untuk menjual dengan harga AS$1.5 juta (RM4.9 juta) untuk menjadi sesi fotografi khas Honor dan juga sesi penggambaran lain hujung tahun ini,” kata satu sumber.

Levi AlvesAktor Matthew McConaughey dan kekasihnya Camila Alves telah menyambut kedatangan anak pertama mereka, Levi Alves McConaughey pada 7 Julai lalu.

Pasangan ini juga tidak ketinggalan menandatangani perjanjian dengan majalah OK! seperti pasangan Hollywood yang lain.

Perjanjian bernilai AS$3 juta (RM9.8 juta) itu termasuk gambar eksklusif anak mereka yang dilahirkan di Los Angeles serta gambar bayi mereka menyambut Krismas pertama bersama keluarganya.

“Bukan itu sahaja, perjanjian itu juga merangkumi hak cipta gambar perkahwinan Matthew dan Camila jika mereka berdua membuat keputusan untuk berkahwin,” kata satu sumber.

Emme dan Maximilian Selepas menerima pelbagai tawaran, hak eksklusif untuk menyiarkan anak kembar Jennifer Lopez dan Marc Anthony diraih oleh majalah People dengan harga AS$6 juta (RM19.3 juta).

Anak kembar mereka yang dilahirkan pada 22 Februari lalu di Long Island, New York diberikan nama Emme Marbiel Muniz dan Maximilian (Max) David Muniz.

JENNIFER LOPEZ memilih majalah People untuk ‘menjual’ wajah anak kembarnya.

Selain menyiarkan gambar-gambar mereka sebanyak 12 muka surat, Jennifer dan Marc turut berkongsi pengalaman genting semasa melahirkan anak dan juga saat-saat bahagia selepas menyambut kedatangan dua cahaya baru dalam hidup mereka.

“Pada masa itu, jumlah AS$6 juta (RM23 juta) adalah tawaran paling tinggi. Namun, bayaran ini akan dibayar bersama oleh majalah OK! dan akan dicetak untuk edisi antarabangsa,” kata jurucakap majalah OK!.

Tidak berhenti begitu sahaja, Jennifer juga ‘menjual’ anaknya kepada stesen televisyen, TLC untuk sebuah program realiti yang turut disertainya.

Penyanyi dan aktres ini akan menjadi penerbit, pengasas dan pelakon dalam siri yang memberi fokus kepada karier seni, perniagaan fesyen serta mengenai bayi kembarnya.

“Saya tidak sabar untuk berkongsi kegembiraan mengenai perjalanan hidup saya bersama peminat saya,” kata Jennifer.

Bagaimanapun, tarikh tayangan program ini belum diketahui.

Kosmo

Aussies Sweep The Board At Globes

22 Jan


Aussies sweep the board at Globes

BEVERLY HILLS, JAN. 21. “A Beautiful Mind,” Ron Howard’s emotional thriller about a brilliant but schizophrenic mathematician, won the Golden Globe Award for best dramatic motion picture on Sunday night, while “Moulin Rouge,” Baz Luhrmann’s self-consciously gaudy attempt to resurrect the movie musical, was named best comedy or musical film.

Many had hoped that the 59th annual Golden Globe Awards would help clarify what had been a fairly muddled movie awards season, perhaps giving some indication of what films were likely to figure prominently in the Academy Awards later this year. Certainly, both “Moulin Rouge” and “A Beautiful Mind” got significant boosts at Sunday night’s ceremonies, which were held in the International Ballroom of the Beverly Hilton Hotel.

It was also a banner night for Australians, and for HBO. Luhrmann and acting winners Russell Crowe, Nicole Kidman and Rachel Griffiths are all Australians, and HBO took all three top television awards: best dramatic series, best comedy series and best mini-series. Howard’s film also won for Crowe’s lead dramatic performance as the mathematician, Jennifer Connelly’s supporting performance and for Akiva Goldsman’s script, while Luhrmann’s anachronistic musical, mixing period settings with contemporary songs, won for Kidman’s lead performance and Craig Armstrong’s score.

Sissy Spacek won the award for Best Actress in a Dramatic Film for “In the Bedroom,” playing a mother trying to overcome the violent death of her son. One of the evening’s bigger surprises, and the source of the longest ovation, was Robert Altman’s winning the best director award for “Gosford Park,” a murder mystery set on an English country estate. “Gosford Park” was widely seen as a solid return to form for one of the legendary American directors of the 1970s. Among the films that are considered strong Oscar contenders and held multiple nominations going into Sunday’s ceremonies yet came away empty-handed were “The Lord of the Rings: The Fellowship of the Ring,” “Mulholland Drive” and “Ali.”

Harrison Fordon Sunday night added the Foreign Press Association’s Cecil B. DeMille Award to his roster. — New York Times

Hindu On Net