Archive | Siti Sarah RSS feed for this section

‘Fesyen Adalah Saya’

11 Aug

Oleh IZYAN LIYANA MOHD DARIF izyanliyana.mdarif@kosmo.com.my

Memahami keperluan masyarakat yang mahukan busana yang ringkas, Nik Erwan menyelitkan sentuhan unik dengan konsep lipatan atau kedutan (pleatin).

NIK ERWAN NIK ROSELI. Siapakah gerangan pemuda ini? sehingga terpilih menghiasi muka depan Stailo kali ini. Walaupun nama Nik Erwan masih hijau dan belum popular seperti Hatta Dolmat, Rizalman, Rizman Ruzaini, Azura Couture atau Amir Luqman, tetapi rekaan fesyennya tidak boleh diperlekehkan.

Kebanyakan busana ciptaannya cantik dipandang dan digayakan. Sebab itu, selebriti terkenal tempatan, Noryn Aziz dan Siti Sarah Raisuddin sentiasa mendapat khidmat rekaannya.

Menurut Nik, kemunculannya di persada fesyen tempatan bermula apabila pihak program realiti Gangstarz musim pertama, memintanya menyediakan busana untuk kumpulan Mendua. Walaupun pada ketika itu, dia masih bergelar pelajar, namun tawaran tersebut tidak dipandang ringan.

“Saya menerima tawaran itu kerana ia merupakan peluang keemasan bagi saya mempamerkan kreativiti pakaian anggun.

“Terima kasih kepada Gangstarz kerana meletakkan sepenuh kepercayaan kepada saya, meskipun ketika itu saya masih lagi menuntut di UiTM,” jelas pereka muda yang berusia 24 tahun ini.

Mengapa bidang fesyen? Sebelum ini minatnya lebih cenderung dalam bidang grafik dan rekaan. Dia memilih jurusan Diploma Rekaan Grafik dan Digital Media di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam pada tahun 2002.

Meskipun sibuk dengan tugasan dan kuliah, Nik tetap meluangkan masa mengikuti pelajar aliran fesyen menghadiri pertunjukkan fesyen. Bermula dari saat itu, hatinya mula terpaut pada bidang rekaan fesyen.

Lantas bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan La Salle, Petaling Jaya ini meneruskan pengajian di peringkat Ijazah Rekaan Fesyen, UiTM. Sepanjang belajar fesyen, Nik tidak pernah berputus asa apatah lagi merendah diri apabila terpaksa bersaing dengan rakan kuliah yang memiliki kepakaran menjahit.


NIK (kiri) berbangga dengan bakat besar yang dimiliki oleh model Dilla, yang juga rakan karibnya.

Ini kerana sebelum menuntut bidang fesyen, Nik mengambil inisiatif menghadiri kelas asas jahitan selama tiga bulan. Sementara itu, teknik melukis dan lakaran rekaan yang dimiliki banyak membantunya.

“Fesyen adalah saya. Ia menyeronokkan kerana kita bukan sekadar melakar dan menghasilkan busana. Tapi, aliran ini boleh membawa saya dalam kerjaya penulis fesyen, perunding fesyen dan sebagainya.

“Walaupun masih baru tetapi pereka fesyen senior menerima kehadiran pereka baru seperti saya dengan hati yang terbuka. Banyak nasihat, tip dan pertolongan berkaitan fesyen dihulurkan,” katanya yang memuji sikap pereka fesyen senior.

Sambil menghasilkan lakaran busana, Nik yang pernah menjalani latihan praktikal sebagai pereka grafik di RTM, sempat menerangkan beberapa proses sebelum sesebuah busana dihasilkan.

Langkah pertama dia akan meneliti beberapa faktor rekaan baju sama ada ia bersesuaian dengan individu pilihan. Antaranya faktor rupa paras, ketinggian dan fizikal.

“Seterusnya saya mula memikirkan rekaan, warna dan pemilihan fabrik yang berpadanan. Selesai proses berkenaan, maka beralih pula proses memotong kain mengikut lakaran dan pemeriksaan bagi memastikan potongan berpadanan dengan lakaran asal,” ulasnya yang menyatakan kain juga memainkan peranan penting pada busana.


GEMAR menggabungkan dua warna berbeza dan elemen kedutan.

Bicara soal konsep, pereka ini gemarkan busana yang ringkas, tetapi menyelitkan sentuhan unik tersirat. Jelasnya masyarakat kini gemar busana ringkas tapi tampak elegan.

Pada bahagian atas baju, Nik lebih selesa menampilkan konsep lipatan atau kedutan (pleatin) yang memberikan signatur tersendiri.

Selain itu, pemenang koleksi pakaian terbaik projek akhir fesyen UiTM, gemar menggunakan dua gabungan warna yang berbeza. Antaranya hitam dan biru nilakandi, coklat dan hitam, merah jambu dan hitam serta hijau dan merah jambu.

Dari segi fabrik Nik banyak menggunakan fabrik tebal seperti satin Belanda, kain sutera tipis berkilat tetapi agak keras sedikit (tafetta) dan sutera Thai. Ini kerana warna fabrik tersebut begitu menonjol dan terang.

“Jika pereka lain gemarkan konsep manik, tetapi saya sebaliknya. Kecenderungan saya lebih tertumpu pada elemen kedut dan lipatan. Ini kerana jahitan manik memerlukan pengalaman dan teknik jahitan yang betul.

“Kalau tersilap jahit, ia boleh mencacatkan keindahan busana. Saya belum mahir menguasai teknik jahitan manik, sebab itu pleatin menjadi pilihan,” katanya ketika ditemui Kosmo!.

Lagipun pleatin sesuai ditampilkan pada pelbagai rekaan pakaian seperti busana koktel, formal dan tradisional. Walaupun dres tampak ringkas tapi dengan adanya pleate, gaun menjadi unik dan istimewa.


ANTARA lakaran koleksi busana Nik Erwan.

Menatap koleksi rekaan pakaiannya, didapati Nik banyak menggunakan khidmat model popular dan pemenang program Malaysia Most Beautiful, Dilla Syahira Abdul Latiff (Dilla).

“Mengapa Dilla? Bagi saya dia bukan sekadar model pilihan tetapi merupakan rakan karib saya. Bertubuh langsing dan tinggi lampai, Dilla merupakan seorang model baru yang berbakat besar. Kini kemunculannya dapat dilihat dalam pertunjukkan fesyen di serata Malaysia.

“Sejak memenangi Malaysia Most Beautiful, aksi beliau semakin menyerlah. Dilla bijak beraksi di depan lensa kamera dan mimik muka serta pose yang bertepatan dengan rekaan saya,” tambah Nik mengenai keistimewaan Dilla.

Kosmo

Sunday Nite Live With Wings

15 May

Awie (right) and Wings perform at Planet Hollywood on Sunday and March 25. They will be joined by Mel (left) and Mus.

Awie (right) and Wings perform at Planet Hollywood on Sunday and March 25. They will be joined by Mel (left) and Mus.

THE Sunday Nite Live 2008 series will present Wings at Planet Hollywood on Sunday and March 25.

The 10.30pm showcase is in conjunction with the band’s 21st anniversary.

It will feature Awie on vocals, Joe (guitar), Eddie (bass) and Black (drums).

The band will perform hits such as Sejati, Bernafas Dalam Lumpur, Misteri Mimpi Shakila, Taman Rashidah Utama, Di Ambang Wati, Bazooka Penaka, Inspirasi Taming Sari, Jerangkung Dalam Almari and Intan Ku Kesepian.

It will be accompanied by other rock legends including Sham, Jojet, Mel, Mus, Hattan, Ito, Hillary and Kit.

The band members have collaborated with various established solo artistes and bands, such as M. Nasir and Search.

Awie and Joe have also acted in Malay movies.

Awie has appeared in Sembilu (alongside Erra Fazira and Ziana Zain), Iskandar (with Datuk Jalaluddin Hassan and Jeslina Hashim), Baik Punya Cilok (with Afdlin Shauki, Hans Isaac and A.C. Mizal), Sumolah (with Afdlin and Patrick Teoh), Diva Popular (with Anita Sarawak, Ezlynn and Umie Aida), and most recently, Cinta U-Turn (with Fasha Sandha and Abu Bakar Omar).

Joe’s movie credentials include Putera, a Malaysian version of Eddie Murphy’s comedy Coming To America.

Planet Hollywood showcases Malaysia’s most prominent artistes in various events, most notably the Sunday Night Live series.

Artistes who have performed at the bistro include Dayang Nurfaizah, Siti Sarah Raisuddin, M. Nasir, Ning Baizura, VE, Search, Sheila Majid, Jaclyn Victor, Lefthanded and Misha Omar.

Entry is RM50, inclusive of one drink. For details, call 03-2144-6602.

 

Powered by New Straits Times

Konsert Gegar Olimpik Di RTM1

7 May

Kumpulan 6ixth Sense

MENGAMBIL inisiatif menambahkan kemeriahan Sukan Olimpik 2008, RTM mengambil peluang menganjurkan Konsert Gegar Olimpik ’08 yang akan berlangsung pada 11 Mei ini, pukul 3.00 petang di RTM1.

Bertempat di Pangkalan Lumut, Perak, RTM menjanjikan kepuasan berterusan kepada audiensnya seiring dengan sambutan gilang-gemilang Hari Terbuka Armada 2008 dan ulang tahun Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Menariknya, Konsert Gegar Olimpik 2008 bakal menyaksikan kolaborasi artis-artis tanah air dengan seleksi pilihan lagu popular masing-masing dalam menghiburkan penonton sepanjang dua jam siarannya.

Artis-artis yang terlibat dalam konsert berkenaan ialah Mas Idayu, Adam AF, Siti Sarah Raisuddin, Izwan Pilus, Sheila Abdul, Vic Teoh, Jerry John, Kumpulan 6ixth Sense dan Butterfingers.

Pastinya kerinduan peminat Mas Idayu yang agak lama aksinya tidak dilihat di pentas terubat menyaksikan kemunculannya menyanyikan lagu-lagu popularnya yang pernah menjadi siulan suatu ketika dulu.

Begitu juga dengan Adam AF yang baru-baru ini menggondol kemenangan menerusi pertandingan akhir anjuran RTM, Hits 1.

Adam bakal menghiburkan peminat setia dengan aksi dan tariannya yang bersahaja selain persembahan vokal mantap dijanjikan Siti Sarah Raisuddin, Izwan Pilus dan Sheila Abdul dalam persembahan mereka.

Namun tidak dikecualikan juga dua nama artis berlainan bangsa, Vic Teoh dan Jerry John yang dianggap bonus menyampaikan lagu-lagu dalam bahasa ibunda masing-masing.

Sudah tentu juga kemunculan dua buah kumpulan muzik, 6ixth Sense dan Butterfingers mampu memenuhi kepuasan penonton yang sentiasa dahagakan persembahan dengan iringan muzik disampaikan secara langsung.

Kepada anda yang ternanti-nantikan konsert yang mampu menjanjikan kepuasan berterusan, jangan lepaskan peluang menonton Konsert Gegar Olimpik ’08 pada 11 Mei ini pada pukul 3.00 petang di RTM1.

Powered by Utusan Malaysia

Nurfarahin Kuat Berpantang

30 Mar

Personaliti dan bekas pengacara TV3, Nurfarahin Jamsari, memilih seorang bidan lelaki untuk menjaganya selepas bersalin.


ANAK-ANAK menjadi sumber inspirasi untuk Nurfarahin menghasilkan buku tentang amalan berpantang.

“BERSALIN tak susah seperti yang orang ramai fikirkan. Yang susah ialah berpantang selepas bersalin,” ujar seorang ibu kepada tiga orang anak.

Berpantang dianggap sesuatu yang leceh mundur dan membuang masa oleh ramai ibu moden.

Berbeza dengan Nurfarahin Jamsari, 45, beliau melihat berpantang sebagai amalan yang sangat bernilai untuk wanita.

“Saya sudah melahirkan empat orang cahaya mata. Shaikh Amir, 13, Shaikh Imran, 10, Siti Sarah, 8, dan Shaikh Arif, 7.

Setiap kali selepas bersalin, saya akan berpantang sebaiknya mengikut tempoh. Kebaikannya lebih daripada sekadar untuk fizikal,” ujarnya yang melahirkan semua anaknya secara normal.

Terkenal dengan keterampilan serta gerak aktifnya sehingga hari ini, Nurfarahin yang kini mengetuai Unit Pengurusan Imej Media Prima Berhad, umpama bukti nyata kebaikan yang diperoleh daripada amalan yang diwarisi daripada nenek moyang itu.

Nurfarahin pernah menjadi pengacara rancangan Nona, Sekapur Sirih, Malaysia Hari Ini, Hati Ke Hati, Wanita Hari Ini, Potret Kejayaan, Medik TV dan banyak lagi program di bawah TV3.

Melahirkan seorang puteri dan tiga orang putera yang sihat dan aktif daripada perkahwinan pertama, Nurfarahin yang baru mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan Noor Eddie Putera Noordin pada 29 April 2006, kini masih mampu mengimbangi hidupnya sebagai seorang ibu, isteri dan wanita berkerjaya.

“Memang saya rasa lebih sihat sekarang berbanding semasa masih anak dara,” katanya yang menjelaskan amalan berpantang turut merangkumi diet dan gaya hidup sihat termasuk bersenam.

Kerana sudah meraih kebaikannya, Nurfarahin yang memang dikenali dengan semangat kewanitaannya, dalam diam telah mendedikasikan lebihan masanya daripada hidup berumah tangga dan berkerjaya untuk menghasilkan buku tentang berpantang yang bertajuk 44 Hari Bersama Nurfarahin.

“Saya mahu lebih ramai wanita mendapat kebaikan daripada amalan berpantang. Jika kita fikirkan ia untuk kebaikan pada masa depan, ia tidak susah,” ujarnya yang mengambil masa lima tahun untuk menghasilkan buku ini.

Buku setebal 128 halaman ini ditulis berdasarkan pengalaman peribadi Farahin dan kenalannya serta hasil pemerhatian terkumpul terhadap masyarakat sekeliling.

Menyingkap dan mengupas sebab-sebab di sebalik amalan berpantang dengan menggunakan logik, sains dan penyelidikan, Nurfarahin menjadikan medium ini sebagai saluran untuk memudahkan kefahaman ramai dengan panduan yang sempurna secara total.

Buku ini, kata Nurfarahin, adalah sebagai panduan terutama untuk bakal ibu bapa, keluarga yang berjauhan, pasangan yang kurang arif atau tidak berpengalaman dalam mengharungi kehidupan berpantang.

“Amalan berpantang yang saya tampilkan ini bukan tradisional atau ortodoks, sekurang-kurangnya bukan sepenuhnya. Boleh dikatakan ia bersifat kontemporari kerana saya menggunakan barang-barang yang ada di dapur,” katanya.

Menurut beliau, melalui berpantanglah beliau dapat mempelajari banyak khasiat makanan sebagai rawatan alternatif.

Mengakui setiap orang akan memberi reaksi yang berbeza terhadap rawatan yang diamalkan, Nurfarahin menggalakkan ibu-ibu yang tidak serasi dengan petua yang diketengahkan supaya tidak meneruskannya.

“Petua yang saya turunkan ini tidak semestinya sesuai dengan semua orang. Saya sekadar berkongsi ilmu kerana dengan bercakap (mengacara) sahaja tidak menjanjikan orang ramai mendapat kebaikan daripadanya,” jelas beliau.

“Saya sendiri pernah melalui tempoh getir semasa berpantang seperti kurang lawas, payu dara bengkak, puting merekah, murung dan pelbagai lagi.

“Tetapi saya sentiasa berfikiran terbuka berkaitan pengambilan ubatan baik dari segi bentuk pil, rebusan atau asli. Saya ingin mencuba semua, asalkan ia membawa kebaikan pada tubuh saya,” tambah Nurfarahin.

Berpantang itu perlu, katanya, bukan hanya kerana ia dapat mengembalikan bentuk tubuh yang langsing, tetapi juga keupayaannya menangani perubahan fizikal, fisiologi, emosi dan mental yang dialami sepanjang tempoh kehamilan.

Berat badan dan kandungan cecair dalam darah bertambah, denyutan jantung lebih deras, tekanan darah meningkat, pernafasan lebih cepat, kulit menegang dan retak, urat kaki timbul serta kemaluan meregang ialah antara perubahan yang disenaraikan Nurfarahin dalam buku ini.

“Pada waktu inilah wanita akan berasa dirinya tidak cantik, busuk, suami tidak sayang dan anak-anak menjauhi. Sedangkan pada waktu inilah wanita perlu dibelai seperti seorang permaisuri,” tambahnya.

Menariknya, bidan yang menemani Nurfarahin sepanjang tempoh beliau berpantang bukanlah wanita.

“Haris Fathilah Ahamad atau Pak Ngah yang menjaga saya sepanjang saya berpantang selepas melahirkan keempat-empat anak saya.

“Beliau merupakan bidan dan pakar perubatan tradisional yang memperkenalkan pelbagai petua tradisi, memberi nasihat, membimbing dan mengajar segala yang perlu untuk saya menempuh waktu berpantang dengan selamat,” kongsinya yang menyebut kehadiran suami juga penting untuk sokongan emosi dan rohani setiap ibu baru bersalin.

Ditanya sebab beliau memilih bidan lelaki, Nurfarahin meminta agar pembaca melihat situasi ini sebagaimana seorang pesakit wanita mendapatkan khidmat pakar sakit puan dari kalangan lelaki.

“Tambahan, Pak Ngah merupakan bidan kepada keluarga kami sejak lama dahulu. Yang penting saya selesa dengannya. Sekali-sekala ada juga saya berselisih pendapat dengannya, maklumlah saya banyak bertanya,” ujar Nurfarahin.

Kosmo

Siapa Juara Bintang Klasik Nasional 2007?

3 Aug
FINALIS Bintang Klasik Nasional 2007. Barisan depan dari kiri: Mohd. Zaidi Zen, Muhaizam Ahmad, Muhaimin Azzahan, Mohamad Hasnul Hassan, Rahayudean Rahmat dan Fazrul Misran.Belakang dari kiri: Nadia Adha Mohd. Abid, Eliana Marfika Mokhtarudin, Fify Emelia Shazlin Murshaidi, Anis Salwa Alaluddin, Dayangku Nurul Fattihah Umi Qalthum Pengiran Zainal Abidin dan Nurliza Usup.

SERAMAI 12 peserta akan bertanding bagi merebut gelaran juara Bintang Klasik Nasional 2007 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), pukul 8.30 malam ini.

Pertandingan akhir yang disertai enam peserta lelaki dan enam peserta wanita dari zon timur, tengah, selatan, utara, Sarawak dan Sabah itu akan disiarkan secara langsung menerusi RTM1 dan Radio Klasik Nasional.

Pemenang bagi kategori lelaki dan wanita akan menerima wang tunai RM10,000, trofi dan sijil penyertaan. Naib johan akan mendapat RM5,000, trofi dan sijil, tempat ketiga menerima RM3,000, trofi dan sijil sementara enam pemenang saguhati masing-masing akan mendapat RM1,000, trofi dan sijil.

Kesemua peserta akan mendendangkan lagu malar segar yang ditentukan oleh pihak RTM dengan iringan Orkestra RTM.

Sementara itu markah akan dinilai oleh juri profesional berdasarkan mutu suara (50 peratus), pengawalan suara (25 peratus) dan penghayatan (25 peratus).

Selain bertujuan mencungkil bakat-bakat baru dalam nyanyian lagu-lagu lama, Bintang Klasik Nasional 2007 juga bertujuan untuk memberi pendekatan kepada rakyat tempatan agar menghargai khazanah lagu-lagu Melayu lama agar tidak pupus ditelan zaman.

Menariknya, juara lelaki dan wanita Bintang Klasik Nasional akan mewakili negara ke pertandingan akhir Bintang Klasik Nusantara 2007 yang melibatkan penyertaan juara dari Brunei Darussalam, Singapura dan Indonesia.

Pertandingan akhir Bintang Klasik Nusantara 2007 akan diadakan pada 7 September depan di PWTC pukul 8.30 malam.

Pada malam ini juga beberapa penyanyi undangan akan tampil memeriahkan pertandingan akhir Bintang Klasik Nasional 2007. Mereka ialah Ramli Sarip, Kopratasa, Sofaz, Achik Spin, Siti Nordiana, Siti Sarah, Haziq, Bob dan Velvet.

Powered by Utusan Malaysia