Archive | Johnny Depp RSS feed for this section

Seksi Cara Lan

12 Apr

Oleh Fairuz Zaidan
fairuzaidan@bharian.com.my



Transformasi gaya tonjol tahap maskulin

PERSEPSI umum sering mengaitkan seksi dengan wanita. Namun, lelaki yang secara genetiknya memiliki kromosom XY dengan sifat-sifat yang dikatakan lebih dominan berbanding wanita, juga dikurniakan daya tarikan seksual.

Persoalannya, di mana letaknya seksi seorang lelaki? Mungkinkah jejaka berbadan sasa, berkumis dan berwajah kacukan menepati ciri-ciri lelaki seksi? Atau mungkin pemuda misteri yang pendiam serta tidak gemar mengikut teman di majlis sosial, menepati definisi seksi anda?

Ternyata, seksi itu terlalu subjektif sifatnya. Dalam membicarakan soal lelaki seksi, setiap daripada kita mempunyai pandangan tersendiri – tepuk dada tanya selera! Bagi segelintir wanita, pelakon kelas A Hollywood, Johnny Depp mungkin menjuarai carta lelaki seksi, namun imej lelaki berwajah kacak bukanlah satu-satunya kriteria untuk anda, lelaki Malaysia menjadi seksi.

i-Kon kali ini menampilkan jejaka berusia 26 tahun yang mengikut persepsi sisipan ini, tidak kurang dengan daya tarikan seksualnya. Sifatnya yang selamba dan kadang-kala nakal, mencuri perhatian dan menampakkan ciri-ciri seksi yang tersendiri.

Tentu ramai tertanya-tanya siapa gerangan jejaka ini yang tampak selesa dengan persalinan Philosophy bagi menghidupkan mood seksi. Tentunya, peminat band yang dianggotainya, Meet Uncle Hussein sendiri terkejut dengan transformasi gaya yang dilakukan vokalis band muzik yang makin popular di Malaysia sekarang.


Inilah Lan atau nama sebenarnya, Nor Azlan Rosle yang menghangatkan Arena of Stars sempena Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2007 di Genting Highlands, baru-baru ini dengan aksinya yang bersahaja.

Siapa sangka imej ranggi dan sempoi Lan bertukar 360 darjah semata-mata untuk menghidupkan gaya seksi. Biarpun Lan sendiri sangsi beraksi sedemikian rupa, anda nilailah sendiri pose yang diberika anak muda ini.

Sebelum memulakan sesi fotografi, Lan sempat berseloroh, “Seksi? Macam mana ya, saya sendiri bukan la seksi… sempoi saja,” katanya yang pada mulanya agak malu-malu menggayakan pelbagai aksi diminta.

Selepas beberapa minit sesi fotografi berlangsung, Lan menonjolkan ‘warna’ sebenarnya. Dia kembali kepada gelagat nakal dan bertenaga sama seperti yang dilihat di pentas. Begitu aksi Lan ketika memberikan beberapa pose menarik sehingga dipuji jurufoto, Surianie Mohd Haniff.


Ketika ditanya definisi lelaki seksi, Lan menjelaskan ia bersifat subjektif, namun tidak menolak pembawaan imej seseorang mempengaruhi imej seksinya.

Sambil menambah, seseorang lelaki tidak perlu bersungguh-sungguh untuk kelihatan seksi kerana sikap spontan dan tidak dibuat-buat, cukup menampakkan aura seksi seseorang.

“Mungkin di mata wanita, lelaki yang menghormati orang tua sudah dilihat seksi. Atau juga lelaki penyayang dirasakan cukup seksi,” akui Lan jujur.

Melihatkan gaya Lan, memang dia cukup sederhana orangnya. Dengan memandu kereta Perodua Kenari dari rumahnya di Batu 14 Hulu Langat, Selangor, dia hadir menggayakan kemeja-T berleher bulat warna merah dengan seluar bermuda hitam dan topi warna senada. Dia cuma berselipar dan menjinjit kasut di tangan.

“Saya serasi dengan imej sebegini, selesa. Jika mengadakan persembahan, saya lebih suka dengan imej ‘rock n roll’ yang kena dengan konsep persembahan kami,” katanya yang memilih supermodel terkenal, Kate Moss sebagai wanita paling seksi.

Ketika ditanya adakah dia menganggap dirinya seksi, Lan ketawa kerana tidak pernah terlintas dirinya begitu.

Dalam usaha menyingkap aura seksi dalam dirinya, Lan tidak menafikan ada peminat yang memberitahu suaranya seksi.

“Tetapi, itulah orang yang cakap,” katanya cuba merendah diri.

Sepanjang tiga jam menjalani sesi fotografi di Studio Balai Berita, Lan cukup ceria dan mudah memberi kerjasama. Tidak sukar menata gaya untuk dia kelihatan seksi, Lan bagaikan arif menonjolkan imej sedemikian malah persis model profesional!

Apabila diminta memilih calon lelaki seksi di Malaysia mengikut perkiraan beliau, Lan memilih mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Ditanya mengapa, Lan pantas menjawab:

“Suara dan karisma yang ditonjolkan Tun M cukup menyerlahkan personalitinya,” katanya.

Apabila ditanya adakah dia seorang lelaki nakal, Lan pantas berkata, dia hanya nakal ketika membuat persembahan di pentas bersama bandnya. Menjelaskan lagi, Lan berkata, sifat nakal yang dimaksudkan adalah ketika menjiwai lagu menerusi pergerakan tubuh.

Kata Lan lagi, ia tidak bermaksud tubuhnya seksi kerana dia pernah mempunyai berat badan 70 kilogram. Walaupun kini beratnya cuma 58 kilogram, Lan merasakan dia sudah terlalu kurus dan mengidamkan berat badan 62 kilogram.

“Kalau nak tahu, saiz seluar denim saya setahun lalu pernah mencecah 35 inci. Sekarang ini pula saiz seluar turun sehingga 28 ke 29 inci. Kurus bukan?.

“Memang seronok bertubuh kurus kerana senang nak pilih pakaian dan seluar, tetapi pada masa yang sama takut juga dengan keadaan sekarang kerana memenuhi banyak undangan nyanyian yang bagi saya rezeki untuk Meet Uncle Hussein semakin dikenali,” katanya yang mendakwa masih belum berkasih.

Tidak cukup beraksi di studio, Lan tidak membantah untuk bertukar lokasi yang lebih ekstrim semata-mata mahu memberikan kerjasama memberikan sentuhan seksi. Puas meninjau, akhirnya gudang bekas pusat cetakan akhbar menjadi lokasi fotografi.

Kali ini, Lan tidak kekok menggayakan kemeja merah berleher V, dipadankan dengan seluar bell-bottoms dengan aksesori menampakkan lagi pesona lelaki seksi ini. Anda, bagaimana? Berani mencuba? Apa pula takrifan lelaki seksi anda?

Biodata

Nama: Nor Azlan Rosle

Umur: 26 tahun

Tarikh lahir: 20 April 1982

Tempat lahir: Kangar, Perlis

Tinggi: 168 sentimeter (sm)

Berat: 58 kilogram (kg)

Yang anda ingin tahun mengenai Lan…

  • Pernah bekerja dengan pasukan pengurusan Restoran Cerana, Cheras.
  • Mengambil upah separuh masa sebagai penjaga sistem audio dan pereka grafik.
  • Meet Uncle Hussein ditubuhkan sejak lapan tahun lalu.
  • Berat badan pernah mencecah 70 kilogram dengan saiz pinggang 35.
  • Amat mementingkan waktu tidur dengan tempoh tidur ideal antara enam hingga lapan jam
  • Menganggap kejayaan Meet Uncle Hussein sebagai tuah dan rezeki semua anggota band
  • Menggemari imej rock n roll.
  • Suka pengembaraan serta sanggup memandu seorang diri ke tempat jauh
  • Merancang mendirikan rumah tangga pada usia 32 tahun
  • Anak sulung hanya memiliki seorang adik perempuan.

    Powered by Berita Harian

  • Tolak Institusi Perkahwinan?

    3 Apr


    KELUARGA bahagia Brad Pitt dan Angelina Jolie sering menjadi sasaran kamera jurugambar di mana sahaja mereka berada.

    Budaya mengandung dan melahirkan anak sebelum berkahwin hari ini bukan lagi menjadi satu isu aneh bagi golongan artis di Hollywood.

    Bukan mereka tidak mahu beranak selepas berkahwin tetapi engkar kepada apa yang dinamakan perkahwinan. Pun begitu, dalam masa yang sama mereka mahu mengandung dan mempunyai zuriat sendiri.

    Ada yang sudah serik dengan alam perkahwinan dan ramai pula tidak lagi mempercayai ikatan suci ini.

    Maka ramai di antara mereka memilih untuk kekal sebagai pasangan hidup tanpa ikatan rasmi. Peliknya dalam masa yang sama mereka bersedia memikul tanggungjawab sebagai ibu dan bapa, sama seperti pasangan lain.

    Pada mereka hubungan sebegini kekal lebih lama dan lebih ‘bahagia’. Mereka tidak kisah anak yang dilahirkan tidak memiliki ibu bapa ‘sah’ dan senario ini bukan lagi hal yang tabu di kalangan artis-artis Hollywood.

    Minggu ini, ikuti beberapa kisah buruk pasangan selebriti Hollywood yang belum berkahwin tetapi sudah memiliki anak bersama.

    Brangelina mahu ramai anak Semuanya bermula pada awal tahun 2005 apabila Angelina Jolie dituduh menjadi orang ketiga yang menyebabkan penceraian Brad Pitt dan Jennifer Aniston. Tuduhan skandal itu bermula semasa mereka berdua menjalankan penggambaran filem Mr. & Mrs. Smith.

    Namun, Angelina, 32, menafikan pertuduhan itu dalam beberapa temu bual dan menyatakan, “Untuk bermesra dengan seorang lelaki yang sudah berkahwin, saya tidak dapat melakukannya. Apabila ayah saya sendiri menipu ibu saya, ia bukan sesuatu yang saya boleh maafkan. Saya tidak akan tertarik dengan lelaki yang akan menipu isterinya.”

    Spekulasi itu berterusan terutamanya apabila gambar Brad, Angelina serta Maddox dirakamkan semasa mereka bercuti di Kenya pada April 2005, iaitu sebulan selepas Jennifer failkan penceraian.

    Dilabelkan sebagai pasangan Brangelina oleh media, segala pertanyaan mengenai hubungan antara Angelina dan Brad terungkai pada 11 Januari 2006.

    “Saya sedang mengandungkan anak pertama dengan Brad,” katanya kepada majalah People.

    Ini secara langsung telah mengesahkan hubungan mereka di khalayak ramai dan anak pertama mereka, Shiloh Nouvel Jolie-Pitt dilahirkan 27 Mei 2006 di Swakopmund, Namibia.

    Angelina yang kini sedang sarat mengandung anak kedua juga mempunyai tiga anak angkat. Anak angkat pertamanya, Maddox Chivan Jolie-Pitt. Anak comel itu dilahirkan pada 5 Ogos 2001 di Kemboja dan diambil semasa dia menjalankan penggambaran filem Tomb Raider.

    Dia kemudian mengambil seorang lagi anak angkat bersama Brad dari Ethiopia, Zahara Marley Jolie-Pitt yang lahir pada 8 Januari 2005. Menambahkan koleksi anak, Angelina mengambil lagi seorang anak angkat dari Vietnam, Pax Thien Jolie-Pitt yang lahir pada 29 November 2003.

    “Kalau boleh kami inginkan anak lagi. Kami mahu menubuhkan satu pasukan bola sepak,” kata Angelina pada satu temu bual bersama saluran E! Entertainment.

    Angelina sebelum ini pernah berkahwin dengan Johnny Lee Miller pada Mac 1996 dan bercerai pada Februari 1999. Dia kemudian berkahwin dengan aktor, Billy Bob Thornton pada tahun 2000 dan bercerai pada Mei 2003.

    Mungkin kegagalan perkahwinan mereka sebelum ini menjadikan baik Angelina dan Brad Pitt tidak lagi percaya kepada institusi perkahwinan.


    JOHNNY DEPP dan keluarganya.

    Perjalanan menyeronokkanseorang ayah Berkahwin dengan Lori Anne Allison pada Disember 1983 dan bercerai pada 1985, Johnny Depp, 44, kemudian bertunang dengan Sherilyn Fenn. Jejaka ‘kegilaan’ ramai ini juga pernah dikaitkan dengan aktres Winona Ryder, Jennifer Grey serta model, Kate Moss.

    Namun, figura yang sering kali bertukar teman ini berjaya menemui pasangan hidupnya, Vanessa Paradis semasa menjalankan penggambaran The Ninth Gate.

    Aktres kelahiran Perancis ini yang hidup bersama Johnny sejak tahun 1998 melahirkan dua anak bersamanya. Anak pertama, Lily-Rose Melody Depp dilahirkan pada 27 Mei 1999. Manakala anak keduanya, John Jack Christopher Depp III menjadi ahli keluarga ini pada 9 April 2002.

    Walaupun Johnny tidak berkahwin semula semenjak bercerai, dia memberitahu dengan memiliki anak memberikan dia satu asas yang lebih kukuh.

    “Saya menjadi lebih kuat dari segi kehidupan, kerjaya dan segala-galanya. Menjadi ayah bukan satu pilihan tetapi sebahagian daripada perjalanan yang menyeronokkan. Mereka adalah jodoh dan destinasi saya,” kata Johnny.

    Namun, pasangan ini dikatakan bakal berkahwin tidak lama lagi apabila Johnny melamar Vanessa, Oktober lalu.


    HALLE BERRY

    Halle tidak percaya perkahwinanBerdepan dengan dua perkahwinan yang gagal mungkin menjadi penyebab mengapa Halle Berry, 41, memilih untuk melahirkan anak tanpa berkahwin. Halle melahirkan anak perempuan, Nahla Ariela Aubry pada 16 Mac lalu di Los Angeles.

    Teman lelakinya, Gabriel Aubry yang merupakan ayah kepada anak itu bertemu Halle pada tahun 2005 semasa mereka menjalani sesi rakaman gambar Versace.

    Sebelum Halle mengandung, dia pernah memberitahu niatnya untuk mengambil anak angkat. “Saya akan mengambil anak angkat jika tidak mengandung. Dan saya mungkin akan mengambil anak angkat juga jika mengandung.

    “Namun, saya tidak mahu berkahwin sekali lagi. Apa yang boleh saya katakan adalah wanita tidak pandai memilih lelaki. Dan saya juga tidak mahu menjadi isteri orang lagi.”

    Halle mengesahkan bahawa dia sedang mengandung pada September 2007 dan mengupah pengawal peribadi kerana menerima ugutan yang berbaur keganasan.

    “Gabriel adalah lelaki yang baik dan saya gembira kerana bertemu dengan seseorang yang istimewa dan melahirkan anak untuk dia. Saya berharap untuk melahirkan anak kedua dengannya,” kata Halle.

    Aktres ini pernah berkahwin dengan David Justice pada tahun 1992 dan bercerai pada 1996. Perkahwinan kedua Halle berlangsung pada 2001 dengan pemuzik Eric Benet dan berpisah pada 2003.


    NICOLE RICHIE mampu jadi ibu yang baik.

    Anak pengubah hidup Nicole Dikelilingi dengan pelbagai masalah sosial sejak kecil termasuk dadah dan anoreksia, hidup Nicole Richie berubah apabila dia mula bercinta dengan Joel Madden yang merupakan anggota kumpulan Good Charlotte. Lelaki itu juga pernah menjadi kekasih kepada Hilary Duff.

    Pada 31 Julai 2007, Nicole mengumumkan bahawa dia sedang mengandungkan anak Joel dan melahirkan Harlow Winter Kate Madden pada 11 Januari 2008.

    “Dia (Harlow) memberikan makna dan tujuan baru dalam kehidupan saya. Kini saya sudah bersedia untuk ‘meninggalkan’ zaman lampau saya yang ‘gila’,” kata Nicole kepada majalah People.

    Nicole pernah bertunang dengan Adam Goldstein selama sembilan bulan pada tahun 2005. Dia juga sering dikaitkan dengan Brody Jenner.


    JESSICA Alba suka lelaki berusia.

    Jessica mahu anak perempuanSentiasa menyukai lelaki berusia kerana berpendapat mereka lebih matang, Jessica Alba pernah bertunang dengan Michael Weatherly yang berusia 12 tahun lebih tua daripadanya.

    Kini Jessica merupakan tunang kepada Cash Warren, mereka bertemu semasa penggambaran filem Fantastic Four pada tahun 2004 dan sedang mengandungkan anak pertama mereka.

    “Saya lebih sukakan anak perempuan apabila berbincang mengenai anak. Saya selalu dikelilingi oleh kanak-kanak sepanjang umur saya kerana saya adalah yang paling tua di kalangan keluarga saya.

    “Sebenarnya saya mula menukar lampin semasa berusia enam tahun dan tidak sabar menanti kedatangan anak saya,” kata Jessica.

    Kosmo

    Quintessential Cowboy

    27 May


    Quintessential cowboy

    If John Wayne had been alive, he’d have been 100 on May 26. In his absence, a grateful movie-world is celebrating his birth centenary in a host of ways. JANARDHAN ROYE

    Photo: The Hindu Photo Library


    Symbol of the Wild West: John Wayne’s appeal has not waned.

    “As far as I’m concerned, Americans don’t have any original art except Western movies…”

    Clint Eastwood

    WELCOMING visitors at the airport in Orange County , California, is a statue of a strikingly tall tough hombre in a Stetson, folded long sleeves, buckskin vest, and a right hand ready on the draw. This is the man who lived in the area for many years
    and made it his home.

    When in late 2006, the reputed on-line Harris Poll asked American adults, between 18 and 26 years, to name their all time favourite 10 stars, many overwhelmingly pitched for this cowboy figure.

    Riding tall

    John Wayne, who hadn’t made a movie since 1976 and is now embodied in the statue, was again in the eclectic but far younger company of such stars as Denzel Washington, Tom Hanks, Johnny Depp, Will Smith, Clint Eastwood, Julia Roberts and Mel Gibson. Riding tall there in the listing at No. 3. Not bad for a star who died in 1978.

    Says Time film critic, Richard Corliss, “Forget the youthquake. What America really loves is… old. Whatever Wayne represents — the Old Testament God, a Mount Rushmore face with a permanent scowl, the craggy soul of Fro
    ntier or Sunbelt America — he has made the list in each of the Harris poll’s 13 years, and he’s figured in the top three slots eight times.”

    That’s quite an achievement considering that the last movie he made was Don Siegel’s “The Shootist” (1976). Already diagnosed with cancer Wayne played a cancer-ridden gunslinger who spends his last days looking for a way to die with “minimum of pain and a maximum of dignity”. Two years later he died.

    In a career that spanned more than 200 films over 50 years, John Wayne was noted for his rugged roles in classics such as “Stagecoach” (1939), “Rio Bravo” (1959), “McLintock” (1963), “The Man Who Shot Liberty Valance” (1962), “The Sons Of Katie Elder” (1965), “El Dorado” (1966), “Hatari” (1962), and the Oscar-winning “True Grit” (1969).

    Man of action

    “He had a handsome and hearty face”, writes author Richard Shephard, “to express much emotion but gave the impression of a man of action, an outdoor man who chafed at a settled life. He was laconic on screen. And when he shambled into view, one could sense the arrival of coiled vigour awaiting only provocation to be sprung. His demeanour and his roles were those of a man who did not look for trouble but was relentless in tackling it when it affronted him.”

    How long will the John Wayne legend hold movie buffs? Son Patrick Wayne says, “What I find interesting is there’s a whole new generation of John Wayne fans. They do the Harris Poll in the U.S. every year about who they think are the top actors. My Dad has been in the top seven, usually the top three. None of those kids was even born when my Dad passed away.”

    So what makes John Wayne such a tall figure in the movies? Physically, he was imposing: a rangy 194cm who could throw a mean punch when the script demanded it. If Wayne was around on May 26, 2007, he’d have been 100. In his absence a grateful movie-world is celebrating the anniversary in a host of ways.

    In Newport, Orange County, there has been a screening of his most famous movies. At the 2007 Cannes Film Festival, Ford’s “The Searchers” (1956) and “Rio Bravo” are being screened.

    In his ‘real’ home town, where he was born, Winterset, Iowa, there is a massive celebration in the genre that made him a household name in the movie-world. The 100th birth anniversary events in Iowa include parades, release and screening movie classics DVDs, The John Wayne Century Collection along with a film symposium, recreation of the Old Wild West, country music, rodeo, cowboy clothing and collectibles shop, Western movie stunts — trick riding, steer roping and gun spinning, trick shooting and lariat artists, cowboy grub, and salons with swinging doors where customers can roll up to the bar counter and order shots of bourbon.

    Magnetic presence

    When Wayne burst through the swinging doors of a salon, all conversation froze, even the salon piano stopped. Card players, cowboys shooting the breeze, and everybody would survey the tall hombre. In the silence, invariably a heavily made-up blonde sizzler woud sidle up to him with a “Buy me a drink, cowboy?”

    Well, life off the screen wasn’t too different. Patrick Wayne said, “We’d walk into a room of 100 people and everybody would stop talking and turn around and look at him. He had an incredible presence in real life. But, he also had a very disarming way about him and could make everyone feel comfortable in the room. He was an incredible guy.”

    Today 29 years after his death, that magnetic public presence marks John Wayne and his movies.

    For more information see: www.johnwayne.com, www.jwayne.com or www.johnwaynebirthplace.org


    Hindu On Net

    It’s Not All About Chiselled Good Looks Anymore In Hollywood

    21 Jul

    Let’s start with a question: If you could choose any of these men to go out with, whom would it be? Your choices are Jack Black, Paul Giamatti and Steve Carrell.

    Based on looks alone, it’s not an easy choice, since none of them are close to movie-star handsome.

    But if conventional wisdom states that movie audiences want to see fantasy people – you know, the type they would like to become, or at least take on a dream date – then these actors are turning convention on its head.

    Meet the new breed of leading men: Plain looking, maybe a little on the short side and whose physiques cry out “I could use a couple of months in a gym”.

    The chiselled good looks of the typical movie star aren’t likely to go out of fashion any time soon, but there has been a perceptible shift in attitudes as to what makes a leading man.

    When it comes to unconventional male stars, comedy has long been at the cutting edge. Comedic actors thrive on their ability to generate laughs, not smoulder on screen.

    The difference now is that comedy has become a big money-spinner at the box office, which means the actors who star in such films are quickly catapulted to leading-man status.

    In the past, Woody Allen was his generation’s most unconventional leading man, although the reason he ended up onscreen is that he wrote, directed and cast himself in his own films.

    These days, there is a host of unconventional leading men that the studios are keen to put in their comedy blockbusters.

    That is why having funnyman Black stuff his flabby physique into a spandex wrestling suit is expected to attract draw huge crowds to Nacho Libre, which is now out in Singapore cinemas.

    Black’s peers include Owen “crooked nose” Wilson, the ungainly Will Ferrell – whose streaking scene in Old School is the stuff of nightmares – and Vince Vaughn, who to be fair, was a handsome young stud in Swingers until middle age caught up with him.

    who’s the superhero now?

    It’s not only in comedies where the unconventional leading man comes out to play.

    Paul Giamatti went from indie lead in Sideways to summer blockbuster lead in director M Night Shyamalan’s Lady in the Water, which will be released here next Thursday.

    And then there is the biggest breakout role of them all for an unconventional-looking actor: Tobey McGuire as Peter Parker in the mega-grossing Spider-Man movies.

    As an actor, McGuire isn’t tall, looks rather plain and has a tendency to mumble. Yet he’s a superhero.

    What’s behind the newly-exalted status for the unorthodox-looking actor in Hollywood? One factor is the evolving opinion on what constitutes masculinity in popular culture.

    Take, for example, the slow but steady rise of “geek culture”, which began with the dotcom boom in the 1990s.

    Suddenly, geekdom equalled power owing to the sheer number of so-called geeks who were getting rich because they possessed the kind of knowledge that the average person couldn’t be bothered with. When the geek became mainstream, so did their interests.

    J R R Tolkien’s The Lord of the Rings trilogy, which enthralled fantasy fans upon its publication in the 1950s, enthralled everyone else when it became a massive summer blockbuster in 2001.

    Meanwhile, The Matrix trilogy drew its inspiration from sci-fi and Hollywood studio executives are still trying to find the next big comic book to adapt into a movie.

    With the geek’s ascendance, ideas of masculinity have become much less rigid: To be tough, athletic and chiselled was no longer the be-all and end-all of manhood.

    Becoming the next Bill Gates or Steve Jobs wasn’t such a bad deal after all.

    Or one could simply be a little bit of both, like British cult author Neil Gaiman, a self-confessed nerd who looks quite at home in a leather jacket.

    In fact, to be a testosterone-charged Alpha Male may even seem rather outdated. This is, after all, the era of the metrosexual, retrosexual, pomosexual (as in postmodern-sexual) and everything else in between.

    In other words, there is a place for everyone, from old-school handsome Brandon Routh in Superman Returns to hound dog-looking Nicolas Cage in the upcoming World Trade Center to Johnny Depp, who inhabits an under-populated grey area of stars who are good-looking in real life but questionable-looking in films.

    The move towards less gritty male leads also has something to do with a parallel shift in celebrity culture, which has caused the stars to lose much of their glitter. Where once they were in a class by themselves, these days Hollywood actors tend to resemble ordinary people going about their mundane chores, as captured by the camera lenses of the paparazzi.

    Even in real life, the beauties have come around to seeing the merits of the average guy – and it’s not necessarily because of money. Mismatched couples include Heather Locklear and David Spade, Jenny McCarthy and Jim Carrey and Christina Aguilera and Jordan Bratman.

    Reel life is a mirror of real life, as they say, and the time for the average Joe to shine is now. –

    Channel News Asia