Archive | Fahrin Ahmad RSS feed for this section

Kembali Berdansa

16 Oct

Oleh Zaidi Mohamad
zaidim@bharian.com.my


Fahrin dan Linda.

Masih berdendam?: Nampak ceria tetapi mungkinkah hos Sehati Berdansa ini, Fahrin Ahmad dan Linda Onn, sekadar melakukannya di depan kamera?

MAHU atau tidak, persembahan untuk mengacara bersama di dalam program Sehati Berdansa musim kedua mesti diteruskan atas paksi profesionalisme. Perang dingin secara diam antara bekas ‘teman tapi mesra’, Fahrin dan Linda Onn nampaknya belum surut biarpun kisah mereka sudah terpahat dalam lipatan sejarah kehidupan masing-masing dan masih diperkatakan ramai pihak. Hakikatnya, siapa tahu mungkin antara Linda mahupun Fahrin sebenarnya sedang menahan duka, terasa hati atau senang dikelaskan sebagai ‘makan dalam hati’

Ada yang beranggapan Linda dan Fahrin sudah mampu ‘berdansa’ atau dalam erti kata lain mampu mengacarakan program ini, cuma mereka dilihat tidak sehati. Bayangkan tulisan blog Linda yang secara bergurau menulis Sehati Berdansa bertukar menjadi Sehati Berdarah juga diandaikan dendam antara mereka belum terhakis.

Sewaktu melihat sedutan mempromosikan program realiti berorientasikan tarian yang membabitkan pasangan suami isteri di kalangan selebriti ini semasa sidang media pada 14 Oktober lalu, jelas kelihatan jarak kedudukan Fahrin dan Linda sedikit jauh mengukuhkan lagi mereka sebenarnya mungkin masih lagi menyimpan dendam. Bagaimanapun itu hanya andaian semata-mata, kerana hanya empunya badan yang mampu menjawab.

Baik Linda mahupun Fahrin, mereka akan cuba sehabis baik untuk melunaskan tanggungjawab yang diberikan pihak Astro untuk meneruskan kesinambungan dan ledakan yang diterima sejak program ini disiarkan pada tahun lalu. Kata mereka, biarlah soal peribadi tidak dicampur aduk dan masing-masing kena bersikap profesional dan matang sekali gus menceriakan program ini.

“Terima kasih kepada pihak Astro dan tenaga kerja Sehati Berdansa kerana masih memberi kepercayaan untuk saya menjadi hos biarpun saya kecewa dan ralat dengan apa yang berlaku di belakang saya sebelum ini. Mengenai apa yang patut saya tahu tetapi tidak, orang lain yang lebih tahu. Bagi saya, soal profesional akan diutamakan tidak kira sama ada di belakang kamera atau di depan kamera,” ungkap Fahrin yang riak wajahnya kelihatan emosional seketika hingga mengundang tanda tanya.


Awal Ashaari, Linda dan Fahrin.

‘Jangan guna blog untuk serang saya’

ENGGAN dibiar tergantung, Hip mendapatkan Fahrin sejurus sidang media Sehati Berdansa Berakhir bagi meleraikan apa sekali alasan yang mengusutkan jiwa dan mengecewakan hati jantan bertubuh sasa ini. Jika sebelum ini, Fahrin lebih selesa berdiam diri dan hanya bercakap apabila perlu, saat itu, Fahrin tergerak hati untuk meleraikan sedikit rasa gundah gulana di sanubarinya mencengkam jiwa yang amat pedih.

Semuanya bertimbal balik kepada kenyataan Linda Onn bertubi-tubi sebelum ini, yang merasakan bagaikan ‘tertipu’ kerana pada mulanya dia bakal digandingkan dengan hos lain dan bukannya dengan Fahrin. Bagi Fahrin, dia melihat soal sulit dan peribadi sesuatu perkara sewajarnya tidak dihebahkan sebelum masanya.

“Saya tekankan saya adalah seorang manusia yang sangat profesional apabila bercakap mengenai aspek itu sendiri (merujuk kepada istilah profesional sendiri). Apabila saya berdiam diri, ada pihak lain yang cuba mengeruhkan keadaan di luar pengetahuan saya. Ya, saya sedikit kecewa dengan hal ini kerana paling jelas semakin hampir program ini bersiaran, kedudukan saya sebagai hos bagaikan sedikit tercalar.


Mungkinkah mereka masih belum berdamai?

“Saya minta maaf, andai perlantikan saya sebagai hos program ini mengecewakan hati pihak lain. Kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan dia (merujuk kepada Linda Onn) itu sebenarnya tidak patut timbul sedangkan isu siapa sekalipun yang bakal menjadi hos sepatutnya menjadi sulit dan peribadi sebelum ia dihebahkan kepada umum. Itu satu tindakan yang tidak profesional dan saya sendiri hairan kenapa isu itu boleh tersebar. Isu itu sepatutnya tidak patut keluar daripada mulutnya.

“Saya jenis orang yang mudah, kalau saya jadi pilihan ke 10 sekalipun untuk menjadi hos, saya tetap akan lakukan demi satu tanggungjawab. Saya bukan jenis yang bersikap profesional hanya pada kenyataan saja, sebaliknya pada tindakan juga,” ungkap Fahrin yang juga mengacarakan program Gadis Melayu di TV9.

Fahrin juga melihat setiap kenyataan yang terbit daripada Linda termasuklah penulisannya di dalam blognya, http://www.linda.blog.era.fm sebagai satu serangan yang bersifat peribadi dan sebagai manusia biasa, Fahrin tidak cepat melatah.

Menurut Fahrin, mandat sudah diamanahkan kepadanya untuk menghidupkan program Sehati Berdansa. Apa terjadi, Fahrin berjanji untuk mengacara sebaik mungkin biarpun terbit resah di hati mengenai keserasian yang bakal terpancar di antara mereka.

“Sekali lagi, jika saya mengundang masalah kepadanya dengan menjadi hos bersama, saya minta maaf. Cuma saya lihat dia agak kurang profesional dan agak kebudak-budakan apabila menjadikan medium blog sebagai peluang untuk menyerang secara peribadi. Saya tidak marah dengan apa yang tertulis di dalam blognya, kerana saya bukan manusia yang cepat marah.

“Fahrin tetap Fahrin. Saya tidak akan hipokrit dan akan terus melaksanakan tugas yang diberi. Apa yang saya fikirkan kini ialah untuk terus memberikan persembahan yang terbaik dalam aspek pengacaraan. Semua ini demi kebaikan Sehati Berdansa dan kerjaya saya sendiri,” kata Fahrin yang agak kecewa melihat Linda berdepan dan menangani media terutama cara dia menjawab pertanyaan media.

‘Hal rumah tangga usah bawa masuk pejabat’

KATA Linda penuh simbolik, hal rumah tangga usahlah dibawa masuk ke pejabat. Katanya lagi, kontroversi yang terjadi sudah disensasikan ramai pihak dan apa yang seharusnya dilakukan ialah melangsaikan tanggungjawab yang dipikul sebagai hos Sehati Berdansa.

“Terima kasih kepada pihak Astro yang sudi memanggil saya buat kali kedua. Biarlah hal peribadi di tolak ketepi. Apa yang penting ialah soal kerja, tidak kiralah sama ada di depan kamera mahupun di belakang kamera, perbincangan, mesyuarat atau apa sekalipun yang membabitkan program ini, saya dibayar gaji untuk bekerja,” ungkap Linda memulakan bicara.

Bagi Linda, dia tidak mempunyai masalah untuk mengacara program ini kerana sejak musim pertama dia sudah digandingkan dengan Fahrin. Menurut Linda, masing-masing tahu apa yang perlu dilakukan dan dikehendaki. Menafikan ada perasaan kekok antara mereka, Linda menjelaskan apa yang ditonton penulis berhubung sedutan promosi program ini yang mengatakan posisi kedudukan mereka agak jauh daripada biasa seperti cuba menjauhkan diri, akui Linda, semua itu hanyalah tafsiran perasaan masing-masing.

Berpaksi kepada kehidupan nyata, Linda masih tegar dan kuat menjalani kehidupan serta berkat sokongan insan-insan paling rapat dalam hidupnya, dia masih ‘bernyawa’.

“Antara saya dan dia (Fahrin) memang tiada masalah. Yang berlalu biarkan ia terus berlalu. Saya sudah lupakan semua yang terjadi. Hanya masyarakat dan pihak tertentu saja yang masih meletakkan tanggapan kami masih dilihat berpatah arang, berkerat rotan. Hidup masih kena diteruskan dan saya akan lakukan yang terbaik untuk program ini dan kehidupan mendatang.

“Sesudah apa yang saya hadapi dan depani apabila kisah peribadi disensasikan pihak media dan dipaparkan di alam maya, saya akui itulah saat yang sukar untuk saya. Orang menghentam saya seolah-olah saya tidak mempunyai hati dan perasaan. Saya bukan jenis manusia yang gemar berkongsi hal peribadi. Lagi berdiam diri, lagi teruk saya dihentam.

“Alhamdulillah, saya kumpul semangat dan dorongan keluarga, peminat dan teman-teman menjadi kekuatan meneruskan segala-galanya. Saya tak boleh menutup mulut orang untuk terus berkata-kata, sudah dijelaskan pun tiada guna. Saya buat saja bahagian (kerja) saya. Saya lebih berdiam daripada bercakap tidak tentu pasal biarpun hati ini tetap makan dalam,” kata Linda yang yang akan bercuti selama seminggu di Indonesia.

Ditanya apakah Linda menjadikan saluran blognya sebagai senjata serangan untuk menyindir sesetengah pihak, Linda menjelaskan dia tidak mempunyai niat terselindung sebaliknya hanya sekadar mahu berkongsi diari kehidupannya bersama peminat dan pengunjung blog.

“Blog bagi saya lebih bersifat peribadi untuk saya kongsi apa saja yang terjadi di dalam hidup. Blog itu mencerminkan diri saya sendiri dan apa yang ingin saya luahkan untuk tatapan bersama. Kalau di blog sendiri juga ada sekatan, lebih baik saya tidak menjadi blogger. Saya tiada niat atau agenda lain dengan menulis blog,” kata Linda.

INFO: Sehati Berdansa

Sehati Berdansa musim kedua akan mula disiarkan di Astro Ria dengan episod pengenalan Kenali Sehati Berdansa mulai 18 dan 19 Oktober ini. Persembahan sulung 10 pasangan selebriti yang terbabit dapat disaksikan pada 26 Oktober, secara rakaman setiap hari Sabtu.

Keputusan pasangan mana yang bakal tersingkir akan diumumkan secara langsung dalam Debaran Sehati Berdansa pada setiap hari Ahad.

Selain Linda Onn dan Fahrin sebagai hos utama, Awal Ashaari juga dikekalkan sebagai hos bagi Di Sebalik Sehati Berdansa, Kenali Sehati Berdansa dan Memori Sehati Berdansa.

10 pasangan selebriti yang terbabit pada musim kedua ini ialah Amyza Adnan dan Khairil Izhar, Ani Mayuni dan Zairi Azmi, Asheed Def Gab C dan Sharifah Noor Shima, Jamal Jamaludin dan Noor Faridah, Khai dan Rosma, Mazin dan Ida Chairunisa, Lisdawati dan Fauzi Nawawi, Sabrina Ali dan Mohamad Shahrin, Sasha dan Salyo, dan juga Sharil Arshat dan Noraini Morat.

Berita Harian

“Berdiam Lebih Baik” – Linda Onn

29 Sep

Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED
metra.mohamed@utusan.com.my


LINDA Onn tampak manis apabila bertudung.

SEPANJANG tahun ini, cerita-cerita peribadi Linda Onn bersama ‘teman tapi mesranya’ iaitu Fahrin Ahmad panas disiarkan di media.

Tidak cukup dengan itu, sebaik dikatakan sudah tidak sehaluan, Linda diberitakan sudah menemui pengganti apabila muncul bersama seorang jejaka pada satu majlis perkahwinan.

Mengenai Fahrin pula, pelbagai versi cerita mula timbul sehingga membuatkan Linda mengakui agak tertekan dengan cerita tersebut.

“Banyak komen daripada orang ramai yang Linda terima. Memang Linda tertekan. Linda pun tidak tahu bagaimana mahu menghentikan cerita-cerita itu yang kadang-kadang bukan keluar dari mulut Linda sendiri.

“Oleh itu, jalan terbaik untuk Linda lakukan adalah dengan berdiam diri. Biarlah apa orang lain hendak cakap,” ujarnya ketika ditemui di majlis berbuka puasa anjuran restoran miliknya, My Mom’s Chicken Rice, Ampang Point bersama 40 anak yatim dari Asrama Baitul Ummah baru-baru ini.

Mengenai jejaka yang dilihat bersamanya pada majlis perkahwinan berkenaan, Linda berkata, jejaka itu hanyalah sekadar kawan.

“Bukannya Linda datang dengan dia sahaja. Kami datang beramai-ramai,” katanya yang akan muncul dalam filem Cicakman 2.

Ditanya mengenai kemunculannya bersama Fahrin untuk program Sehati Berdansa musim kedua, Linda memberitahu, dia tidak kekok untuk digandingkan semula dengan aktor terbabit.

“Kerja adalah kerja. Dalam soal kerja, kita buat secara profesional. Bila habis kerja, kita buat hal masing-masing.

“Mula-mula dahulu Linda dapat tahu yang Linda akan digandingkan dengan orang lain tetapi ditukar kepada Fahrin. Linda tidak kisah. Linda tengok dari sudut positif dan profesional,” jelasnya.

Sampai masa, Linda akan bertudung

Sementara itu, ketika ditemui pada majlis berbuka puasa berkenaan, Linda yang akan pulang ke Johor sempena Aidilfitri ini kelihatan manis dan berseri apabila mengenakan tudung dan jubah.

Diaju soalan mengenai soal bertudung, Linda atau nama sebenarnya Rozlindah Onn memberitahu, dia akan bertudung apabila sampai waktunya nanti.

”Memang ada perancangan tetapi Linda akan tengok kesesuaiannya,” katanya yang mahu meluaskan lagi cawangan My Mom’s Chicken Rice ke setiap negeri.

Utusan Malaysia

Usahawan Muda

19 Sep

Oleh Zaidi Mohamad
zaidim@bharian.com.my

Awal Ashaari, Dynas ambil berkat bulan Ramadan memulakan jualan pakaian di Damansara

MEREKA bukan bual kosong apabila bercakap mengenai mahu berniaga dan menyimpan hasrat untuk menjadi usahawan berjaya. Buktinya mulai awal Ramadan lalu, dua selebriti terkenal tanah air, Awal Ashaari dan Dynas memulakan bisnes menjual pakaian.

Begitu pun, bukan bermakna rezeki mereka dalam dunia seni semakin berkurangan, sebaliknya mereka lebih yakin berniaga dapat menjamin masa depan.

Sebelum butik sepenuhnya siap dijangka pada hujung Oktober atau awal November ini di Sri Hartamas, bekas pengacara Beat TV ini mengambil keberkatan bulan mulia ini untuk berniaga di bazar Ramadan, Cineleisure, Damansara dan bukannya di The Curve seperti yang dilaporkan dalam media sebelum ini.

Ketika Hip mengunjungi butik mereka, rakan artis Jehan Miskin dan Jaclyn Victor sudah pun berada di sana. Pandai Dynas dan Awal mempraktikkan teknik PR (perhubungan pelanggan), hinggakan kedua-duanya terpikat membeli pakaian yang dijual gara-gara celoteh mereka.

Kehadiran Hip pada petang itu turut menarik perhatian peminat mereka yang sambil mencuci mata, sempat juga mereka bergambar sebagai kenangan. Sebelum ini, ramai selebriti yang sempat menjejakkan kaki sambil membeli di gerai mereka seperti Julia Ziegler, Aleeza Kassim, Abby Abadi, Sherry Ibrahim, Jimmy Shanley dan Fadzlun.


AWAL dan Dynas bergaya dengan koleksi pakaian di butiknya.

Kalau yang berminat mengunjungi gerai milik Awal dan Dynas yang diberi nama D&A Celebrity Style, jemputlah singgah ke sana. Berbekalkan modal sebanyak RM25,000 dan sewa bulanan RM5,000, gerai D’Range yang diusahakan Dynas dan ibunya turut terletak bersebelahan dengan gerai mereka.

Jelas Awal, mereka berkongsi modal dan keuntungan sama rata. Bekalan baju kebanyakan diperoleh dari Bandung, Bangkok, Filipina, Terengganu dan Kuala Lumpur.

Kata Dynas, minatnya mula bercambah untuk bergelar usahawan sewaktu dia mendapat tajaan baju untuk sesi fotografi daripada Awal yang lebih dulu menceburi jualan pakaian secara online, Mannequeen. Lagipun Dynas memang suka berniaga mengikut resam keluarganya.

“Memang keluarga Dynas berorientasikan bisnes. Bayangkan sejak kecil, saya memang suka menjual. Sebagai contoh, kalau pergi ke pusat beli belah, saya sanggup meminta mama membelikan pensil di dalam kuantiti yang banyak supaya boleh dijual kepada kawan di sekolah.

“Ramadan kali ini memang saya banyak tolak tawaran berlakon sebab hendak memberi fokus kepada bazar Ramadan ini. Saya tolak empat undangan berlakon telefilem dan dua buah drama. Yang saya selesaikan cuma baki penggambaran drama Gerak Khas saja kerana ingin menamatkan watak Inspektor Julia.

“Dalam sibuk berniaga, saya tetap mengutamakan rumah tangga. Kalau sempat balik ke rumah, saya balik berbuka puasa dengan suami ataupun suami akan datang berbuka di sini (Cineleisure),” ungkap duta Safi dan Easy Pha-max ini.

Berkat liputan pihak media, gerai mereka kini semakin menjadi tumpuan ramai. Menurut Awal, sambutan hari demi hari semakin menggalakkan hingga mampu menampung separuh modal yang dikeluarkan. Memaksimumkan daya tarikan mereka sebagai selebriti, Awal dan Dynas juga bertindak sebagai penata dan pereka gaya. Kombinasi Dynas dan Awal dilihat menarik kerana mereka dilihat sebagai ikon yang hebat bergaya.

“Peminat meletakkan kepercayaan yang tinggi kepada selebriti kerana ada yang menganggap golongan seperti kami sebagai ikutan. Tak dinafikan golongan artis mempunyai kuasa mempengaruhi entiti gaya yang ingin diikuti ramai. Saya juga meminati gaya Dynas dan begitulah sebaliknya.

“Apabila kami berpeluang ke negara luar sama ada bercuti atau atas urusan kerja, kami tak lupa membeli koleksi yang menarik perhatian dan menjadi tren,” kata Awal yang bakal muncul dengan persembahan teater Impak Maksima The Musical yang turut dibintangi Dynas. Insya-Allah teater itu bakal dipentaskan di Istana Budaya mulai 11 November ini.

Bersederhana di Aidilfitri

BERSEMBANG mengenai Aidilfitri yang bakal menjelma, kata Dynas dia hanya akan memilih baju raya yang berkenan di hati di bazar untuk digayakan pada Hari Raya.

Keterujaan pastinya melingkari jiwanya, apatah lagi akan menyambut raya buat pertama kalinya dengan status isteri. Insya-Allah, selepas raya nanti, Dynas akan berlakon menjadi makhluk asing menerusi penerbitan Tayangan Unggul.

Mengenai anak, Dynas tidak pernah berhenti berusaha untuk mendapatkannya cuma belum ada rezeki. Kata Dynas, kalau dia mengandung pasti kecoh dan orang akan tahu juga di kemudian hari.

“Ikut perancangan, pada malam raya saya akan ke Shah Alam beraya dengan keluarga sendiri. Esoknya saya dan suami akan balik semula ke rumah sendiri di Hartamas dan apabila selesai beraya dengan pihak keluarga saya, kami akan konvoi beramai-ramai ke Bentong Pahang dan kemudian kembali ke Hulu Langat untuk beraya dengan keluarga mentua saya. Bab kuih raya, saya tunjuk saja yang berkenan dan bayar,” usik Dynas yang akan muncul dengan telefilem Di Bawah Ketiak Isteri pada hari raya ini dan selepas raya akan kembali menyambung penggambaran drama Di Bawah Ketiak Isteri musim kedua.

Ketika fotografi ini berlangsung, Awal masih sibuk menyudahkan baki penggambaran telefilem Impak Maksima Vs Rempit yang diarahkan Ahmad Idham dan Bob Ismail. Bulan puasa ini juga, Awal dan Dynas akan sibuk memulakan latihan untuk teater muzikal Impak Maksima.

Hasrat Awal untuk beraya di rumah semi D, tiga tingkat di Subang Jaya yang dibeli khas untuk ibu bapanya juga tidak kesampaian apabila ibu bapanya mahu terus tinggal di Kampung Baru. Kerana hal itu juga, Awal nekad menjual rumah barunya dan kepada sesiapa yang berminat boleh berurusan menerusi e-mel di awal.ashaari@gmail.com.

“Untuk mengubati hati, saya kena akur dan memperbaiki apa yang patut rumah di Kampung Baru. Selepas raya nanti, saya akan mula menyambung penggambaran drama kerjasama Filipina dan Malaysia berjudul A Time For Us.

”Saya akan kembali mengacarakan program Sehati Berdansa bagi empat pecahan program iaitu Di Sebalik Sehati Berdansa, Kenali Sehati Berdansa, Tirai Sehati Berdansa dan Imbasan Sehati Berdansa mulai Oktober ini. Hos utama program ini masih menggunakan khidmat pengacara tahun lalu iaitu Linda Onn dan Fahrin Ahmad.

“Selain itu, saya juga akan kembali mengacarakan program One In A Million musim ketiga bersama Marion Counters tidak lama lagi,” ungkap Awal yang kontraknya sebagai duta Dot Red Com (bagi pusat karaoke Red Box) di sambung lagi setahun.

Profil Awal

NAMA: Ahmad Awaluddin Ashaari

PANGGILAN: Awal

TARIKH LAHIR: 6 Ogos 1981

USIA: 26 tahun

KERJAYA: Pelakon, pengacara & model

PENDIDIKAN: Sarjana Muda Filem dan Televisyen, Universiti Lim KokWing dan Curtin University serta Diploma Media dan Komunikasi dari Universiti Teknologi Mara (UiTM).

PENGALAMAN: Hos Beat TV, Teh Tarik & Cabaran Tariking F&N 2006, Sensasi, One In A Million, Sehati Berdansa dan W

FILEM: Diva, Diva Popular, Impak Maksima, Malaikat Maut, Apa Kata Hati, I’m Not Single dan Syurga Cinta.

DRAMA: Cinta Medik, Impak Maksima The Series & A Time For Us (usaha sama Malaysia – Filipina)

Profil Dynas

NAMA PENUH: Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar

TARIKH LAHIR: 8 Mac 1983

ASAL: Petaling Jaya, Selangor

PENDIDIKAN: Diploma Komunikasi Massa dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor

PENCAPAIAN: Pelakon TV Wanita Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2007

SUAMI: Mohd Hafizy Hafiz, 37 (Kahwin pada pada 15 Mac 2008)

Drama: Di Bawah Ketiak Isteri, Ezora, Ai Di Beijing

Filem: Impak Maksima, Haru Biru, Kayangan, Apa Kata Hati

Berita Harian

Sampaikan Raya 2008 Undang Keinsafan

9 Sep

Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
liza.zakaria@utusan.com.my


FOUZIAH Gous (kanan) dan Mila (kiri) memberi duit raya kepada salah seorang pesakit kanak-kanak di wad kanak-kanak HKL baru-baru ini.

PELBAGAI usaha dilakukan oleh stesen swasta TV3 dalam memberi kelainan serta informasi terkini terhadap rancangan-rancangan yang ditayangkan di saluran itu.

Bukan sahaja kelainan diberikan terhadap rancangan-rancangan sedia ada malah, rancangan hiburan khas untuk tayangan sempena lebaran ini turut dirancang pembaharuannya.

Salah satunya ialah rancangan yang bakal ditayangkan pada malam raya bermula 11.30 malam, Sampaikan Raya 2008.

Rancangan tersebut dikendalikan oleh empat selebriti terkenal iaitu Din Beramboi, Sharifah Shahira, Fouziah Gous dan Awal Ashaari.

Penolong Penerbit rancangan Sampaikan Raya 2008, Zaini Saidi yang ditemui pada rakaman rancangan itu di wad kanak-kanak Hospital Kuala Lumpur baru-baru ini berkata, pelbagai rakaman menarik yang mampu memberi keinsafan turut diselitkan dalam rancangan tersebut.

Memberi kelainan, tahun ini rancangan itu bakal mengupas kehidupan remaja Sekolah Henry Gurney, Melaka serta paparan rakaman para artis yang melawat ke wad kanak-kanak Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Pengisian ini merupakan satu pembaharuan dan kelainan untuk rancangan Sampaikan Raya 2008. Tidak seperti tahun-tahun lalu kebanyakan kami buat di rumah orang-orang tua tetapi kali ini kami bawakan kelainan,” katanya.

Menurut Zaini, pemilihan Sekolah Henry Gurney adalah untuk memberi lebih keinsafan kepada para penonton setia rancangan itu terutamanya golongan remaja.

“Pendedahan ini bukanlah bertujuan untuk mengaibkan para pelajar sekolah itu dan bukan juga untuk tunjuk kesalahan mereka kepada umum tetapi lebih untuk memberi keinsafan kepada para remaja sekarang.

“Henry Gurney memang sudah dikenali umum sebab itu kami pilih sekolah tersebut untuk fokuskan kepada beberapa kisah remaja lelaki dan perempuan di sekolah itu,” kata Zaini lagi.

Satu lagi paparan menarik yang diselitkan dalam rancangan itu ialah lawatan para artis ke wad kanak-kanak HKL yang dirakamkan baru-baru ini.

Mereka ialah Fouziah Gous, Mila, Farah AF2, Fahrin Ahmad dan Fazli Zainal.

Pada lawatan itu, para artis tidak ketinggalan memberikan hamper makanan, duit raya serta kasut kepada kanak-kanak di wad tersebut.

Mila yang ditemui ketika sesi rakaman tersebut meluahkan rasa simpatinya terhadap kanak-kanak yang terlantar sakit di wad berkenaan.

“Ini adalah pengalaman Mila yang pertama melawat ke wad kanak-kanak. Memang rasa sedih melihat keadaan mereka sebab kebanyakan mereka masih kecil dan berumur bawah satu tahun.

“Mila rasa beryukur Allah kurniakan Mila kesihatan yang baik setakat ini. Mila sendiri tengok pun sedih sebab mereka tidak tahu macam mana nak luahkan rasa sakit yang mereka alami. Harap-harap mereka cepat sembuh,” kata penyanyi yang popular dengan lagu Aku lebih Tahu itu.

Barisan artis yang bakal menjayakan rancangan itu pada malam raya ialah Atilia, Stacy, Fazli Zainal, Dafi, Mila, Aliff dan Faizal Tahir. Tidak ketinggalan ialah dramatis Remy Ishak, Erin dan Maisara.

Pastikan anda tidak ketinggalan menyaksikan rancangan Sampaikan Raya 2008 pada malam raya bermula pukul 11.30 malam sehingga 2 pagi menerusi saluran TV3.

Utusan Malaysia

Masalah Visa Bantut Hasrat Erma

5 Sep

Oleh Zul Husni Abdul Hamid
zhusni@bharian.com.my


BAGAI KELUARGA: Barisan pelakon yang menjayakan lapan drama yang diterbitkan syarikat produksi milik Erma Fatima.

Enam drama guna lokasi di Makkah tak siap

SAAT ini Allah sedang menguji kekuatannya namun anak seni bernama Erma Fatima ini masih mampu tersenyum. Masih upaya untuk bercanda sekali pun jauh di lubuk hatinya, tiada siapa yang mungkin memahami gelora yang sedang ditanggungnya ketika ini.

Enam daripada lapan drama arahannya masih tertangguh penggambaran apabila gagal memperoleh visa untuk melakukan penggambaran di Tanah Suci. Wang sudah banyak dilaburkan, malah keringat juga sudah tumpah membasahi tubuh sejak tiga bulan lalu namun Erma masih mampu bertenang.

Tiada riak sedih kala masalah itu dikongsi bersama media, sebaliknya kekentalan jiwa dan semangat wanita itu jelas terpancar menerusi bait perkataan yang dituturkan sepanjang sidang media berlangsung.

“Saat ini Allah sedang menguji kesabaran saya tetapi saya masih mampu tersenyum,” katanya ringkas, barangkali cuba mengusir resah di sebalik senyuman yang dihulurkan itu.

Perancangan awal Erma sebahagian daripada drama arahannya itu akan ditayangkan sepanjang Ramadan ini, namun hasratnya tidak kesampaian disebabkan masalah itu.

“Kami masih menunggu kelulusan visa untuk ke Makkah. Saya sudah berusaha dan selebihnya saya reda apa yang Allah berikan. Mungkin ini ujian yang diturunkan-Nya untuk saya.

“Andai rezeki tidak berpihak, saya terpaksa menangguhkan dulu penerbitan ini. Saya tidak akan lepaskan drama ini tanpa melakukan penggambaran beberapa babak di Makkah.

“Kami hanya mencuba nasib dan sekali pun sukar, kami masih terus berusaha untuk menjadikan penerbitan ini satu kenyataan,” katanya.

Akui Erma, sepanjang tiga bulan lalu dia menyerahkan seluruh jiwa dan tenaganya untuk menyempurnakan penggambaran drama berkenaan, begitu juga barisan pelakon yang memberikan sepenuh komitmen.


KEMBALI BERLAKON: Ziana turut beraksi dalam drama Nur Kasih di Jabal Rahmah dan Tetamu Allah.

Bagaimanapun, apabila perancangan ke Makkah tertangguh sebanyak tiga kali Erma tidak mempunyai pilihan kecuali melepaskan mereka untuk berlakon bersama produksi lain.

“Saya senang bekerja dengan pelakon seperti Fahrin Ahmad dan Ziana Zain, malah mereka juga memberikan komitmen yang baik.

“Fahrin umpamanya terpaksa menolak tawaran lain kerana terbabit dalam lima penerbitan di bawah arahan saya. Tetapi, apabila terjadi hal yang tidak dapat dielakkan seperti ini saya tidak boleh menghalang pelakon untuk bersama produksi lain kerana lakonan adalah periuk nasi mereka,” katanya.

Jelas Erma, segala kepayahan yang dilaluinya akan terbayar dan dugaan yang ditempuhinya ketika ini adalah ujian Allah untuk melihat sejauh mana dia kuat bertahan.

Katanya lagi, ia bukan dugaan pertama yang dilaluinya kerana pengalaman itu turut dilaluinya ketika penerbitan drama Mencari Nur Khadijah, tiga tahun lalu.

Kata Erma, dia tidak mengejar keuntungan apabila menerbitkan drama genre itu sebaliknya apa yang dilakukannya tidak lebih sebagai jihad untuk menyedarkan anak bangsa sendiri supaya tidak terus hanyut ditelan arus modenisasi.

Dia akur, anak seni juga berperanan untuk menyebarkan mesej dakwah dan itu juga yang cuba dilakukannya menerusi penerbitan lapan drama di bawah penerbitan Rumah Karya Citra (M) Sdn Bhd dan Teratak G2 Sdn Bhd.

Sebagai penerbit, Erma cuba menggalas tanggungjawab dengan mengangkat pelbagai masalah sosial yang berlaku di kalangan masyarakat hari ini dan menerusi medium seni dia berharap sumbangan kecilnya mampu mengubati ‘penyakit’ itu.

“Penyakit rohani semakin parah di kalangan masyarakat Melayu beragama Islam. Saya percaya medium seni juga mampu membantu untuk mengubati semua penyakit itu.

“Andai penerbit lain lebih selesa menumpukan kepada penerbitan berunsur komersial dan remaja, saya cuba mencari pembaharuan dengan membawakan drama kerohanian.

“Saya percaya orang seni juga mempunyai peranannya sendiri untuk membangunkan anak bangsa. Saya cuba mengambil peluang itu dengan menyampaikan dakwah menerusi cabang seni,” katanya.

Drama terbaru arahan Erma Fatima

Qasidah Buat Laila Pelakon: Fifi, Fahrin Ahmad, Adi Putra, Julia Ziegler, Datuk Rahim Razali, Datuk Aziz Singah, Azizah Mahzan dan Aida Razwill

SHAZRIN anak tunggal hartawan Tan Sri Jamaluddin menjadi kegilaan ramai gadis. Namun, cintanya tertumpu kepada Siti Nurlaila, gadis yang menitikberatkan mengenai agama dan adab Melayu. Shazrin sanggup melakukan apa saja untuk menambat hati Laila. Laila meletakkan pelbagai syarat membuatkan Shazrin nekad ke sebuah pondok untuk mendalami agama. Laila mensyaratkan naskhah al-Quran yang habis dibaca Shazrin sebagai mas kahwinnya.

Nur Kasih di Jabal Rahmah Pelakon: Ziana Zain, Fahrin Ahmad, Adi Putra, Khatijah Tan dan Man Bai

WANDA gadis Melayu yang semakin terhakis nilai kemelayuannya. Dia terlalu taksub dengan lelaki Inggeris hingga langsung tidak memandang lelaki Melayu. Wanda memenangi pakej umrah dan atas nasihat ibunya, dia ke Makkah dengan hati yang berat. Pelbagai kerenah memualkan cuba dilakukannya tetapi Wanda tetap dilayan baik oleh Ustaz Fikri. Lelaki itu banyak membantunya malah menunaikan hajat Wanda untuk ke Jabal Rahmah. Kesabaran dan keikhlasan Fikri menawan hati Wanda.

Jangan Pelakon: Umie Aida, Sazali Khan, Mohd Nasir Ali, Latif Borgiba dan Abu Bakar Kassim

MENGISAHKAN Siti yang berkahwin dengan lelaki Bangladesh, Rashid walaupun ditentang hebat oleh keluarganya. Disebabkan masalah permit, pelbagai kejadian berlaku hingga akhirnya Rashid ditangkap. Kediaman mereka pula menjadi abu apabila terbakar.

Khalifah Pelakon: Erma Fatima, Sharuddin Thamby, Ilyas Johari dan Nur Farina Nadia

KHALIFAH cuba mengupas dan mencari jalan bagi memperbaiki diri sendiri. Satu program santai yang membentuk kanak-kanak serta remaja sebagai generasi berwawasan yang berakhlak mulia dan beragama.

Tetamu Allah Pelakon: Ziana Zain, Mohd Bathich, Vanidah Imran, Fahrin Ahmad dan Khatijah Tan

SHERINA yang mengamalkan hidup bebas berkahwin dengan lelaki Inggeris. Mereka dikurniakan anak cacat. Sherian akhirnya mengerjakan umrah. Namun, di sana dia koma dan mengalami pelbagai peristiwa yang menginsafkannya. Perubahan Sherina bagaimanapun, kurang disenangi suaminya.

Andalusia Pelakon: Erma Fatima, Datuk Rahim Razali, Betty Rahmad, Rashidi Ishak dan Hamidah Wahab

ROSSA belum bertemu jodoh lalu temannya, Linda mencadangkan dia ke Jabal Rahmah untuk berdoa. Ketika sedang berdoa, dia dipertemukan dengan lelaki pertama yang dicintainya, Cikgu Nasir. Cinta mereka putus apabila dihalang oleh bapa Rossa hingga menyebabkan Nasir membawa diri.

Kau Mencipta Dosaku Pelakon: Norish Karman, Erma Fatima, Fahrin Ahmad dan Rebecca Nur Al Islam

SURIA Kasih tabah mengharungi kehidupan yang penuh duri. Kebahagiaan yang diidamkan hasil perkahwinan dengan Badri tidak berkunjung tiba. Dia bertemu Rudy, namun keindahan yang diharapkan juga hampa apabila lelaki itu sudah berumah tangga. Pada masa sama, Suria terpaksa menanggung penderitaan.

Tasbih Cinta Pelakon: Eja, Fahrin Ahmad, Datuk Rahim Razali, Aida Razwil dan Hamidah Wahab

PAK JIJI bermastautin di Makkah kerana membawa diri dan ingin melupakan kisah pedih hidupnya. Ketika menguruskan jemaah ke sana, dia bertemu Firdaus. Pertemuan itu membawa lembaran baru dalam hidup Pak Jiji. Kehadiran wanita tua yang buta juga membongkar kisah hidup Pak Jiji.

Berita Harian

5 Lelaki Dikagumi Faralyna Idris

16 Aug

Oleh Diyanah Anuar
diyanah@bharian.com.my


Faralyna Idris

1. Lelaki pertama mestilah bapa saya, Md Idris Osman! Selepas berpisah dengan ibu, bapa tidak pernah kahwin lagi. Saya kagum keupayaan bapa menguruskan hidup seorang diri tanpa bantuan isteri dan anak-anak. Bapa buat semua kerja di rumah dan ada masa pula menguruskan perniagaan.

2. Abang saya! Walaupun hanya memiliki diploma, abang bijak meningkatkan taraf hidup. Sejak usianya 19 tahun lagi, abang mula mencari sumber pendapatan sendiri berbekalkan kemahiran menguasai teknologi maklumat (IT). Kini usia abang 23 tahun, beliau sudah ada perniagaan sendiri dan yang paling saya ‘respect’ dia mampu beli kereta dan rumah sendiri!

3. Allahyarham Tan Sri P Ramlee! Bagi saya, beliau penghibur versatil. Bakat dan karyanya tetap dikagumi hingga hari ini. Lakonan P Ramlee masih memberi impak walaupun ditonton berulang kali… Beliaulah inspirasi saya dalam dunia seni!

4. Mendiang Tan Sri Lim Goh Tong! Saya pernah mendengar kisah hidupnya. Beliau bermula dengan bekerja sebagai buruh sebelum membina empayar perniagaan Genting hingga disegani di seluruh dunia.

5. Fahrin Ahmad! Bagi saya, Fahrin adalah antara insan seni berkelulusan tinggi. Sebagai ‘orang baru’ dalam industri hiburan, saya rasa seseorang harus mengejar akademik terlebih dulu sebelum bergiat serius.

Berita Harian

Nokhtah Cinta Linda Dan Fahrin

21 Jun

Oleh FERIDE HIKMET ATAK feride.hikmet@kosmo.com


MUNGKINKAH Fahrin dan Linda akan terus bergandingan di mana-mana majlis hiburan selepas ini? Sama-sama kita lihat.

DUA tahun seperti belangkas ketika menghadiri banyak majlis berkaitan dunia seni, hubungan mereka terjawab sudah.

Kisah hubungan cinta atau persahabatan mereka yang sebelum ini memberi banyak teka teki kepada pihak lain akhirnya bertemu titik nokhtah. Antara Fahrin Ahmad dan Linda Onn tidak semesra dulu lagi. Itu yang pasti.

Apa juga klasifikasi hubungan mereka, baik Linda atau Fahrin mengakui mereka tidak akan pergi dengan lebih jauh lagi dalam hubungan berkenaan.

“Memang kami tidak serapat dulu lagi,” demikian luah Fahrin kepada Kosmo! ketika ditanya mengenai kisah terbaru membabitkan hubungannya itu.

Menurut Fahrin dia sudah serik untuk melalui episod persahabatan yang diterjemahkan sebagai ‘teman tetapi mesra’ seperti pernah dilaluinya sebelum ini.

“Yang sudah tu sudahlah. Apa yang penting selepas ini saya hendak berkawan dengan perempuan untuk dijadikan isteri. Saya sudah serik dengan hubungan ‘teman tapi mesra’,” katanya dengan bahasa yang tersirat penuh makna.

KATA Fahrin, dia sudah serik menjalin hubungan sebagai ‘teman tetapi mesra’ seperti ini.

Diminta mengulas lanjut status hubungannya dengan Linda, kata Fahrin dalam persahabatan tidak mustahil berlaku banyak masalah. Demikian juga yang berlaku apabila bercakap tentang hubungan dengan personaliti wanita berkenaan.

“Mungkin kami tidak serapat macam dulu lagi. Biasalah sebagai kawan-kawan selalu akan ada masalah. Tetapi kita tetap akan berkawan sampai bila-bila,” kata aktor kacak ini.

Fahrin sempat memberitahu bahawa dalam kehidupannya dia sering mendoakan yang terbaik buat Linda tanpa mengira apa status hubungan mereka selepas ini.

Malah ketika Kosmo! memberitahu kenyataan Linda bahawa wanita itu bercadang berkahwin hujung tahun ini, begini komen Fahrin.

“Kalau benar dia sudah hendak kahwin, saya gembira. Memang dalam usia sekarang dia patut sudah berkahwin pun.”

Sementara itu Kosmo! turut mendapat penjelasan daripada Linda sendiri mengenai hal berkenaan.

Linda tidak menolak untuk memberitahu duduk perkara sebenar hubungan itu dalam status terkini.

LINDA ONN

“Saya tidak pernah bercinta dengan dia, macam mana saya boleh putus hubungan dengannya?”

Linda ternyata tidak menolak untuk mengulas hal itu malah, dia masih lagi tetap dengan pendiriannya dan berulang kali menegaskan bahawa mereka berdua sekadar teman biasa.

Kenyataan yang sama dan berulang-ulang daripada personaliti berkenaan setiap kali ditanya mengenai status hubungannya dengan Fahrin.

Linda memberitahu merujuk kepada hubungannya dengan Fahrin sebelum ini tidak wujud perasaan istimewa dalam dirinya. Fahrin hanya sekadar teman baik, itu sahaja.

Justeru Linda juga mengatakan perkataan pertunangan mahupun perkahwinan sudah pasti bukan milik mereka berdua.

“Kami tidak akan pergi jauh sama ada di alam pertunangan mahupun perkahwinan,” ujarnya memberikan gambaran terkini hubungannya dengan aktor kacak itu.

Pun tatkala mendengar nada suara daripada kenyataannya itu, ia seolah-olah memberi gambaran kepada penulis bahawa jawapan sebenarnya ialah ‘ya, memang kami putus’.

Tetapi sejauh mana hati mereka terluka dengan perpisahan itu, yang tahu akan kebenarannya hanyalah Linda dan Fahrin sahaja.

FAHRIN AHMAD

Tanpa berselindung Linda memberitahu, sejak kisah ‘cintanya’ itu di gembar-gemburkan ia telah memberikan banyak tekanan kepadanya.

Malah Linda berkata: “Kalau boleh saya nak pakai baju T dengan tulisan ‘saya bukan kekasih Fahrin!’ agar orang ramai tidak perlu bertanyakan soalan yang sama kepada saya.

“Sampaikan beberapa rakan saya juga tanya, kenapa saya tak mahu mengaku bahawa kami bercinta? Macam mana saya nak mengaku kalau benda ini tidak benar?” ulasnya lagi.

Kahwin hujung tahun ini

Walaupun menafikan cerita cinta, Linda tidak berselindung dan memberitahu bahawa dia bakal mendirikan rumah tangga pada hujung tahun ini ataupun selewat-lewatnya awal tahun depan.

Runsing kepala memikirkan kenyataan Linda yang satu ini.

Jika Fahrin sekadar teman dan sahabat, siapa pula jejaka bertuah yang berjaya mencuri hati wanita tinggi lampai ini.

Ditebak pertanyaan adakah kini dia sudah pun memiliki calon lain yang lebih sesuai sebagai teman hidup? Begini jawapan Linda.

“Setakat ini saya ada beberapa kenalan. Tetapi jika anda tanya bilakah saya akan tutup diari bujang saya, perancangan saya ialah sama ada pada akhir tahun ini ataupun awal tahun depan. Itu pun jika ada jodoh,” katanya jujur.

Penyampai radio Era yang juga merupakan seorang ahli perniagaan ini juga menegaskan dia hanya akan berkahwin selepas rumah barunya yang terletak di satu lokasi eksklusif di Kuala Lumpur siap dibina.

“Yang penting, selepas rumah baru saya siap. Ia berkemungkinan besar pada akhir tahun ini,” tuturnya yang juga tidak sabar-sabar untuk membuka restoran barunya, My Asam Pedas Shop di sekitar Tesco Ampang tidak lama lagi.

Kosmo

Batik Bold And Beautiful

27 Mar

Fauziah Ahmad Daud (left) and Raja Azura.

Fauziah Ahmad Daud (left) and Raja Azura.

The red carpet is all set to be rolled out this Sunday for the Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007. DENNIS CHUA has details of the event regarded as among the most prestigious by local entertainers.

THE Arena of Stars in Genting Highlands is set to host the Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007 (ABPBH 2007), an annual award show at which leading Bahasa Malaysia daily Berita Harian honours the nation’s most popular entertainers.

The 21st ABPBH will be carried “live” on Sunday at 9pm over TV3 and on official radio station Hot FM. Zany television personalities actors Fauziah “Ogy” Ahmad Daud and Raja Azura, will be emcees once again. Coincidentally, Ogy and Azura are in the running for Most Popular Female Television Host.

Batik Glam is the dress code this year, and viewers can expect the celebrities to walk down the red carpet dressed in innovative batik creations.

The suits and dresses will be the handiwork of both veterans and newbies in fashion design including Bill Keith, Jovian Mandagie, Khairy Sufi, Michael Shu, Rizman Ruzaimi and Kenny Loh.

Awards presenters will include Akademi Fantasia host AC Mizal, Afdlin Shauki, Awie, Datuk Yusni Hamid, Erra Fazira, Hans Isaac, Diana Danielle, Iqram Dinzly, Sharifah Aleya, Fauziah Latiff, Ning Baizura, Sharifah Shahira, Nora Danish, Nurul, Estranged, Rashidi Ishak, Noryn Aziz, Anne Ngasri and Rozita Che Wan.

The reigning Most Popular Male Artiste Asmawi “Mawi” Ani and his female counterpart Datuk Siti Nurhaliza will be among the performers on Sunday evening.

Joining them are rock king Amy Search, Anuar Zain, Raja Atilia, Awie, Datuk Jalaluddin Hassan, Ella, Fasha Sandha, Liza Hanim, Meet Uncle Hussain, Ramli Sarip, Julia Ziegler, Dynas Mokhtar, Hattan, Heliza Helmi, Fouziah Gous and Bob Usop. Popular actor Jalaluddin will present his first vocal performance before a live audience.

Akademi Fantasia 6 principal Ramli MS is the event’s music director, and will lead a 40-member team of musicians.

Artistes will also pay a musical tribute to the late songwriter and actor Rosli Khamis or Loloq, who died early this year after a long illness.

Mawi has won the Most Popular Artiste title for two consecutive years. Siti won the title six times, and has been the Most Popular Female Artiste since 1996.

At last year’s event, pop king Jamal Abdillah and Mawi shared the Popular Group/Duo award. Halim Othman and Linda Onn were the Popular Male and Female Radio Presenters respectively. Linda of Era. FM has never lost in her category (which was introduced in 2001).

Rabbani defended its five-year monopoly of the Popular Nasyid Group category, effectively shutting out long-time competitor Raihan, which clinched the title during its first two years — 1999 and 2000.

Top-notch actor Rosyam Nor won the Popular TV Actor award, which he first received in 2002, and king of comedy Saiful Azam Yusoff (or Saiful Apek) took home the Popular Film Actor category.

Former Akademi Fantasia host Aznil Nawawi and Melodi host Fara Fauzana bagged the Popular Male and Female TV Presenter awards, while Apek and Apa Apa Aje host Sheila Rusly took home the Popular Male and Female Comedian awards.

The Popular New Male Artiste was Faizal Ramly, and the Popular New Female Artiste was Farawahida. Fasha Sandha won the Popular TV Actress and Popular Film Actress awards.

The legends of screen and song honoured were director Datuk Jamil Sulong, “pop yeh yeh” master Jefrydin and veteran actress Datin Umi Kalthom. They received the Special Lifetime Achievement Award (Jamil) and Special Veteran Artiste Awards (Jefrydin and Umi Kalthom).

The most coveted award, Most Popular Artiste, will win the recipient this year a Peugeot 407 worth RM185,000, jewellery worth RM150,000, and electric goods from JVC.

The event’s main sponsors are Habib Jewels Sdn Bhd and Nasim Sdn Bhd. The other sponsors are JVC Sales and Services, the Palace of the Golden Horses and Mara Liner.

Nominees for 2007

Popular TV Host (Male)
1. AC Mizal
2. Ally Iskandar
3. Aznil Nawawi
4. Azwan Ali
5. Wahid Mohamad

Popular TV Host (Female)
1. Cheryl Samad
2. Fara Fauzana
3. Fauziah Ahmad Daud
4. Raja Azura
5. Sharifah Shahira

Popular Radio Presenter (Male)
1. Aznil Nawawi (Era FM)
2. AC Mizal (Era FM)
3. Faizal Ismail (Hot FM)
4. Khairil Rashid (Sinar FM)
5. Kieran (Era FM)

Popular Radio Presenter (Female)
1. Abby Fana (Sinar FM)
2. Fara Fauzana (Hot FM)
3. Linda Onn (Era FM)
4. Nana Mahazan (Era FM)
5. Nila Kurnia (Sinar FM)

Popular Comedian (Male)
1. Afdlin Shauki
2. AC Mizal
3. Saiful Apek
4. Piee
5. Zul Yahya

Popular Comedian (Female)
1. Adibah Noor
2. Kenchana Devi
3. Raja Azura
4. Sharifah Shahira
5. Sheila Rusly

Popular New Artiste (Male)
1. Bard R1
2. Dafi Ismail
3. Diddy Muhid
4. Fiq Halim
5. Kaer Azami

Popular New Artiste (Female)
1. Farah Asyikin
2. Fouziah Ghous
3. Heliza Helmi
4. Julia Ziegler
5. Mila Jirin

Popular Nasyid Singer
1. Hijjaz
2. Inteam
3. Mirwana
4. Rabbani
5. Raihan

Popular Singer (Male)
1. Adam Mat Saman
2. Anuar Zain
3. Faizal Tahir
4. Mawi
5. Hazami

Popular Singer (Female)
1. Adibah Noor
2. Mila Jirin
3. Jaclyn Victor
4. Misha Omar
5. Datuk Siti Nurhaliza

Popular Group/Duo
1. Kristal
2. Jinbara
3. Misha Omar and Andy
4. Spider
5. Sofaz

Popular Film Actor
1. Afdlin Shauki
2. Pierre Andre
3. Rusdi Ramli
4. Rosyam Nor
5. Saiful Apek

Popular Film Actress
1. Erra Fazira
2. Fasha Sandha
3. Maya Karin
4. Sharifah Amani
5. Vanidah Imran

Popular TV Actor
1. Aaron Aziz
2. Arash Mohamad
3. Fahrin Ahmad
4. Rosyam Nor
5. Datuk Jalaluddin Hassan

Popular TV Actress
1. Dynaz Mokhtar
2. Eja
3. Fasha Sandha
4. Rita Rudaini
5. Rozita Che Wan

Powered by New Straits Times

Penangan Duda Janda

15 Mar

Oleh TENGKU SUZANA RAJA HAMAT

Vee dan Aziz bersatu semula


ATAS nama Versi Versa, Vee dan Aziz sedia berkongsi masalah mereka sebagai pasangan yang bercerai kepada umum.

DUA pemilik nama terkenal, Nor Aliah Lee atau Vee dan Aziz M. Osman ini pernah berkongsi segala-galanya.

Dunia lakonan telah mempertemukan mereka yang kemudiannya bersatu dengan ikatan perkahwinan.

Namun jodoh mereka tidak berpanjangan, sebab dan akibatnya tidak perlu lagi diungkit kerana masing-masing telah membawa haluan sendiri.

Uniknya pasangan ini kerana mereka masih lagi menjadi rakan kongsi untuk syarikat Ace Motion Pictures Sdn. Bhd.

Selain ada produksi sendiri yang perlu dikendalikan, Vee juga semakin aktif berlakon, bidang yang didiamkan buat sementara waktu dahulu, kerana dia sibuk dengan urusan belakang tabir.

Dan kini, wajahnya kembali menjadi fokus lensa kamera. Selepas Cinta & Keadilan, terbaru Vee bakal muncul menerusi Versi Versa, sebuah drama bersiri baru yang disiarkan TV3 bermula 18 Mac nanti, setiap Selasa pukul 11 malam.

Menariknya, drama ini bukan sahaja terbitan bersama Vee dengan bekas suaminya Aziz M. Osman. bahkan, Vee turut berpasangan dengan Aziz sebagai suami-isteri yang berdepan masalah akibat perceraian.

Mungkin pelik bagi sesetengah pihak, tetapi apa salahnya Vee dan Aziz berkolaborasi dalam bisnes memandangkan mereka berdua tidak pernah bermusuhan. Anak-anak pula menjadi pengikat hubungan mereka walaupun tidak lagi tinggal serumah.

Berlakon jadi suami isteriBerlakon sebagai pasangan suami isteri yang sudah bercerai tetapi masih si suami mengharapkan bantuan si isteri untuk mencari nafkah, itu antara konflik yang dihadapi Aziz sebagai Yusri dan Vee (Misya) menerusi Versi Versa.

Tidakkah konflik ini seperti membayangkan sebahagian daripada masalah mereka ketika ini atau sekadar elemen sensasi yang diselitkan sebagai faktor tarikan untuk penonton?

“Saya memang sudah menjangkakan persoalan ini yang diajukan oleh pihak media. Kami tidak berniat untuk mencari publisiti murahan atau sebagainya.

“Asalnya watak saya dipegang oleh Bront Palare. Tetapi, memandangkan dia ada komitmen lain, jadi saya terpaksa mencari pengganti. Vee yang mencadangkan agar saya sendiri yang melakonkan watak itu,” jelas Aziz M. Osman menguraikan usikan media pada majlis pelancaran drama terbarunya, Versi Versa di Damansara, baru-baru ini.

Tambah Aziz lagi, dia tidak merasakan kejanggalan bekerja dan berkongsi lokasi dengan bekas isteri.

“Begitu juga dengan penerimaan masyarakat, saya rasakan ini sesuatu yang normal kerana saya dan Vee masih bekerjasama hingga kini. Saya memang tidak ada masalah untuk berlakon dengan dia kerana kami sudah 15 tahun mengenali antara satu sama lain,” jelas Aziz yang kini masih solo setelah bercerai dengan Vee tahun lepas.

Lima belas tahun hidup bersama, walaupun sudah bercerai, Vee dan Aziz berkongsi kasih anak-anak mereka, Puteri Nur Asyiqin, 14, Putera Mohd. Aiman, 12, Puteri Nur Aisya, 8, Puteri Nur Ain, 6 dan Putera Mohd. Ameen, 4, serta anak Aziz dengan perkahwinan terdahulu, Puteri Nurul Fateha, 19.

Tidak kekok di sofa Mesra dan tidak kekok di atas sofa yang sama, Vee pula meluahkan pandangan. Versi Versa katanya, ada daya tarikan yang jarang diketengahkan oleh mana-mana penerbit.

“Mungkin gandingan kami ini akan menaikkan rating, tetapi itu bukanlah strategi kami berdua.

“Jangan kerana kami juga bercerai, jadi masyarakat sewenang-wenangnya mengaitkan pengisian cerita yang kami sampaikan adalah kisah kami. Kami sekadar memaparkan realiti sebenar yang berlaku di kalangan suami isteri, sama ada yang masih bersama ataupun sudah bercerai,” kata ibu kepada empat cahaya mata ini serius.

GANDINGAN mantap yang mevariasikan Versi Versa, (dari kiri) Jason Chong, Abby Abadi, Aziz, Vee, Umie Aida dan Fahrin Ahmad.

Versi Versa terbitan Ace Motion Sdn. Bhd. ini mengisahkan kehidupan tiga pasangan suami isteri iaitu Johanna (Umie Aida) dan suaminya Rudi (Fahrin Ahmad), Norin (Abby Abadi) dan suaminya, seorang mualaf, Alex (Jason Chong) serta bekas suami isteri Yusri (Aziz) dan Misya (Vee).

Johanna adalah seorang wanita yang mementingkan kerjayanya sehingga mengabaikan tanggungjawab di rumah sementara Rudi inginkan Johanna menjadi seorang isteri mithali.

Manakala Norin dan Alez pula dianggap sebagai pasangan ideal oleh rakan-rakan mereka. Hakikatnya, Norin juga menghadapi dilema kerana dibenci oleh ibu mertuanya, berpunca apabila Alex memeluk Islam dan berkahwin dengan Norin.

Sementara itu, Yusri dan Misya memilih untuk mengikut haluan masing-masing setelah ikatan perkahwinan mereka kecundang. Akan tetapi, Yusri yang merupakan seorang pelakon sukar mendapatkan tawaran berlakon dan terpaksa bergantung dengan bekas isterinya.

Ini membuatkan Misya terkilan dengan sikap Yusri kerana bukan saja membebankan, tetapi gagal memberi nafkah kepada anak-anak.

Mengulas lanjut tentang kisah yang dipaparkan dalam drama bersiri ini, Aziz akui, ia memang sedikit berlainan daripada apa yang pernah diterbitkannya sebelum ini.

Namun, katanya, kekuatan drama Vice Versa ini terletak pada plot ceritanya yang menyingkap kisah rumahtangga daripada dua versi berbeza iaitu kaum lelaki dan wanita.

“Dalam drama ini, saya tidak menceritakan tentang masalah yang dihadapai pasangan-pasangan tersebut, tetapi saya tonjolkan lebih kepada penyelesaian masalah mereka.

“Sebenarnya, jika kita lihat di sekeliling kita masalah rumahtangga rata-ratanya berpunca akibat kelemahan komunikasi antara pasangan. Saya sudah lama buat kajian tentang perkara ini termasuklah daripada pengalaman sendiri.

“‘Bahasa’ lelaki dan wanita itu berbeza. Perspektif lelaki dan wanita banyak berbeza bagi sesetengah perkara. Sebab itu, saya cuba paparkan bagaimana perkara itu dapat diatasi, jika tidak membantu 100 peratus, setidak-tidaknya memberi pandangan dan alternatif kepada penyelesaian masalah yang timbul. Inilah yang dinamakan ‘vice versa‘, dua pandangan yang berbeza,” jelas Aziz bervisi.

Menariknya juga drama yang akan disiarkan setiap Selasa selama sejam ini akan seolah-olah dipecahkan kepada dua segmen.

Setengah jam pertama akan menampilkan perspektif daripada pihak wanita manakala setengah jam yang berikutnya terisi dengan pandangan si suami berkisar masalah yang sama.

Satu konsep yang dianggap baru dalam produksi tempatan, namun kata Aziz, ‘helah’ ini dilakukan sebagai suntikan kelainan terhadap drama arahannya.

“Selama ini, orang kata saya asyik buat perkara yang remeh-temeh, cerita remaja dan komedi, jadi ini pembaharuan yang cuba saya tampilkan supaya penonton tidak bosan.

“Selepas ini, banyak lagi karya yang akan saya terbitkan. Saya akan pastikan setiap kerja saya itu memberikan kepuasan kepada saya, kata Aziz mengakhiri bicara.

Powered by Kosmo

Mencari Cinta Dalam Kau Yang Ku Sayang

11 May

Diturutkan rasa hati menyiksa diri, diturutkan rasa badan binasa. Mana satu yang harus dipilih. Inilah dilema yang dirasai oleh Lia (Rita Rudani) dan Kamal (Fahrin Ahmad) yang berharap agar mereka mendapat jodoh dan pasangan yang sesuai.

Persoalan ini ditampilkan dalam drama bersiri terbaru 26 episod Kau Yang Ku Sayang siaran RTM1 menerusi slot Astaka Perdana sejak 30 April lalu setiap Isnin hingga Khamis.

Cerita berkisar tentang pencarian cinta Kamal dan Lia. Cinta Kamal berputik pada rakan lamanya Jamie. Sementara Lia pula mula memberikan perhatian kepada Zarul.

Tapi kedua-duanya kecewa bila Zarul menyuarakan hasrat hatinya ingin berpisah dengan Lia kerana telah bertemu pilihan hatinya. Begitu juga dengan Kamal apabila Jamie meminta hubungan mereka diputuskan.

Bagi mengubati kekecewaan itu, Lia bercuti ke luar daerah.

Kamal pula memberitahu ibu bapanya, jika dalam percutiannya dia gagal mencari jodoh yang sesuai, dia akan menyerahkan soal jodoh kepada orang tuanya.

Tanpa pengetahuan Kamal, ibu bapanya sebenarnya sudah pun berjanji dengan seorang bekas guru yang juga jiran mereka semasa tinggal di kampung, untuk menjodohkan anak-anak mereka itu.

Kebetulan Kamal bercuti di tempat yang sama dengan Lia.

Di lobi hotel, penyambut tetamu memanggil nama Kamal untuk sampaikan pesanan. Lia yang berada di situ menunggu siapakah Kamal kerana dalam diam Lia sebenarnya mencari Kamal yang pernah mencuri hatinya semasa zaman kanak-kanak dahulu.

Pada masa sama Mustafa, seorang kontraktor muda, berada di situ lantas Lia terus pergi kepadanya kerana menyangka dia adalah Kamal. Disebabkan kecantikannya, Mustafa terus mengenalkan dirinya sebagai Kamal. Kamal yang berada dekat situ hanya mampu melihat sahaja.

Dalam pertemuan dengan Mustafa, Lia masih sangsi disebabkan Mustafa yang disangka Kamal itu tidak berapa mesra dan tidak tahu latar belakangnya.

Kamal yang kecewa dengan keadaan itu sering menatap gambar Lia semasa kecil tanpa menyedari Lia yang ditemui di lobi hotel itulah gadis yang dicarinya selama ini.

Menyedari Mustafa hanya ingin mengambil kesempatan ke atas Lia, Kamal mula memasang perangkap untuk mengenakan Mustafa dan teman wanitanya, Linda.

Tetapi Lia sudah tawar hati untuk menerima sesiapa walaupun hatinya masih lagi mencari Kamal. Kamal yang hampa menyerahkan kepada keluarganya untuk mencari pasangan untuknya setelah apa yang dicari selama ini gagal ditemui.

Apakah Lia dan Kamal akan menemui cinta sejati seperti yang diimpikan mereka sewaktu zaman kanak-kanak dulu? Bolehkah kenangan lalu dijelmakan semula menjadi realiti indah menemani hati yang sunyi dan rawan?

Pastikan drama bersiri Kau Yang Ku Sayang menerusi slot Astaka Perdana di RTM1, Saluran Inforia setiap Isnin hingga Khamis, pukul 10.30 malam.

Selain Rita Rudani dan Fahrin Ahmad sebagai peneraju utama, pelakon-pelakon lain yang turut membintangi drama ini adalah Rusdi Ramli (Zarul), Zizie Ezzette (Jamie), Lisdawati (Linda), Zed Zaidi (Mustafa), Abu Bakar Omar, Wan Maimunah, Ahmad Tarmimi Sariger dan Datuk Sarimah.

Powered by Utusan Malaysia