Syafinaz Meriahkan 1MCAT

3 Aug

PENYANYI bersuara soprano, Syafinaz Selamat menyerikan majlis pelancaran Festival Pelancongan Seni Kontemporari 1Malaysia (1MCAT) yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, baru-baru ini.

1MCAT adalah acara anjuran Kementerian Pelancongan yang bertujuan untuk memperkenalkan negara ini juga antara tempat pelancongan terkemuka dunia yang menyimpan pelbagai khazanah seni lukisan menarik yang mana kebanyakan pelukisnya bertaraf dunia.

Pada hari pelancaran itu, Syafinaz menyanyikan lagu O Sole Mro, Nessun Dorma dan Phantom Of The Opera. Turut dipersembahkan tarian daripada kumpulan Sutra Dance Theatre dengan tajuk tariannya In-Spirit yang diketuai penari klasikal India terkenal, Ramli Ibrahim.

Bagi menceriakan lagi suasana, Zakaria Osman dan pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Muda, Shah Alam, pula memperdengarkan bunyian angklung mereka. Diadakan juga persembahan kebudayaan daripada pelbagai kaum dan pameran pelukis tanah air dengan kerjasama daripada Balai Seni Visual Negara.


Antara tetamu kehormat yang hadir ialah Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dan Timbalan Pengarah Kanan Pengiklanan Pelancongan, Ramzi Abu Yazid.


Menurut Dr Ng, sejak festival pertama diadakan pada 2010, ia berjaya mencatatkan 42,000 pengunjung dan hasil jualan kira-kira RM14 juta sepanjang pesta selama tiga bulan daripada Julai hingga September.

“Semua orang tidak menjangka festival itu akan mencapai kejayaan apabila saya mencadangkan idea itu beberapa tahun lalu, tetapi sekarang jualannya melepasi jangkaan semua orang.

“Pesta itu dimulakan bagi mempelbagaikan tawaran produk pelancongan tempatan dan menjadikan Malaysia sebagai destinasi yang mempunyai reputasi yang baik bagi penggemar seni di rantau ini serta menikmati dan memperoleh seni kontemporari dengan bahan berkualiti muzium,” katanya.

Buat kali pertama juga, pesta tahun ini menyaksikan penyertaan beberapa negeri termasuk Sarawak, Pahang, Pulau Pinang, Johor, Melaka, Kedah dan Sabah di mana Sarawak menganjurkan pameran Seni Warisan Sarawak di perkampungan budaya Sarawak sempena Festival Muzik Rainforest Sedunia (RWMF) yang baru lalu.

Jelas Dr Ng lagi, kementeriannya juga sudah pun melancarkan pakej pelancongan Malaysia, Destinasi Seni Baharu Anda untuk pelawat. Sebanyak 13 pakej pelancongan dibangunkan bagi menyediakan pelancong pengalaman melukis dalam pelbagai suasana tatapan luar.

Dalam pakej itu, pelancong dapat melawat studio artis tempatan dan menghadiri ceramah seni semasa tinggal di persekitaran kampung di bawah program inap desa.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/02

Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: