Soseh Soseh: Izara Bakal Diikat Astro?

3 Aug

BIARPUN Neelofa dan Anzalna lebih jadi sebutan ramai kerana kontroversi yang berlaku, SS lihat Izara Aishah lebih menonjol di kalangan peminat terutamanya menerusi stesen TV3.

Bukan menidakkan populariti dua rakan yang pernah bersamanya ketika menyertai pertandingan Dewi Remaja sebelum ini kerana kedua-duanya mempunyai kekuatan tersendiri dalam lakonan.

Namun, rasanya Izara lebih melekat di hati penonton dengan lakonan yang ditunjukkan terutamanya menerusi siri drama Vanilla Coklat dan Naziha yang kini sedang rancak ditayangkan setiap Jumaat menerusi slot Zehra.

Bahkan, rakan-rakan SS sanggup balik rumah terus semata-mata tak mahu ketinggalan menonton Naziha yang semakin hari semakin seronok ceritanya.

Nampaknya resipi Along Kamaruddin sebagai pengarah berjaya diterima peminat.

Daripada apa yang SS tahu, Izara seorang yang mesra media dan bukan seorang yang jenis suka ‘coverline’ setiap tindak tanduknya. Jika orang lain memilih untuk cetuskan cerita sensasi, dia pula lebih senang memperbaiki mutu lakonannya.

Agaknya inilah punca kejayaan pelakon yang ibaratnya baru setahun jagung bergelar anak seni ini. SS pun tak nampak lagi sebarang gosip atau cerita negatif mengenai dia. SS rasa ini satu pendekatan bijak yang dibuat oleh dia.

Disebabkan personaliti menarik dan populariti yang diraih, Izara mula menjadi rebutan ramai antaranya bergelar duta Cosry Purple Label (CPL). Terbaru, SS difahamkan dia turut diintai oleh stesen berbayar pertama Astro untuk dijadikan Wajah Eksklusif Astro.

Kalau perkara ini jadi kenyataan, beruntung benarlah Izara kerana namanya boleh dikatakan sebaris dengan artis yang pernah berada dalam senarai ini antaranya Aaron Aziz, Farid Kamil, Erra Fazira dan Lisa Surihani.

Bagaimanapun setakat ini, SS diberitahu Izara masih menimbangkan perkara ini masak-masak dan belum memberikan persetujuan untuk menyertai Astro. Sebagai orang baru, tawaran ini sememangnya membuatkan dia teruja.

Maklumlah, siapa yang tak gembira apabila ada pihak menghargai bakatnya. Namun pelbagai faktor perlu diambil kira termasuk pandangan peminat-peminatnya sebelum buat keputusan ini. Tetapi jika sudah rezeki Izara, SS ucapkan tahniah kepadanya.

SS: Senang sikap diam ubi yang berisi berbanding artis tong kosong yang berbunyi saja lebih tapi hasilnya tiada.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/02

Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: