Soseh Soseh: Belum Bijak Komunikasi

3 Aug

SETIAP kali tibanya Ramadan pasti banyak undangan berbuka puasa diadakan di sana sini. SS dan teman media lain juga tidak terlepas menghadiri jemputan berbuka puasa yang turut dihadiri ramai artis daripada yang popular hinggalah yang ‘sendu’.

Biasanya sambutan berbuka akan diserikan dengan kehadiran anak-anak yatim yang dijemput untuk sama-sama merasai suasana berbuka bersama artis.

Bercakap soal artis ‘sendu’, baru-baru ini SS menerima jemputan berbuka puasa daripada syarikat terkemuka di sebuah hotel yang turut menjemput anak-anak yatim dan beberapa artis.

Selain menanti waktu berbuka, inilah saatnya untuk SS dan seorang lagi teman wartawan menemubual artis bertanyakan sambutan Ramadan dan Aidilfitri mereka kali ini. Selain itu teman SS juga perlu mendapatkan tandatangan dan ucapan hari raya artis untuk diselitkan pada ruangan khas ucapan raya artis.


Selalunya, artis yang teman SS minta tandatangan mereka sering memberikan kerjasama yang baik malah ada yang berkobar-kobar menulis ucapan panjang berjela sampai tak cukup kertas A4 yang diberikan.


Tetapi tiba giliran seorang pelakon remaja yang suam-suam kuku ini, dia boleh menolak untuk memberikan ucapan dengan alasan tulisannya buruk seperti budak sekolah!

Terkejut dan benganglah juga teman SS tadi dengan kenyataan yang diberikan.

Mungkin artis itu lupa bahawa dia memang masih budak sekolah dan perlu belajar banyak perkara untuk memperbaiki komunikasinya dengan orang lain.

SS harap pelakon berkenaan sedar akan ‘kesilapannya’ dan akan sentiasa belajar supaya dapat terus bertahan dalam industri ini.

SS: Tak menang tangan jemputan berbuka puasa.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/02

Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: