Karya Hebat Tunggu Tayangan

3 Aug

MASIH mengekalkan formula sama, syarikat penerbitan filem Astro Shaw serta Tayangan Unggul Sdn Bhd (TUSB) meneruskan usaha mereka dengan cuba menampilkan filem yang ada kelainan bagi memenuhi cita rasa penggemar filem tempatan.

Pengurus Besar ASSB, Gayatri Su Lin-Pillai berkata, tahun ini, pihaknya menyediakan lebih 10 filem yang hebat dan berkualiti membabitkan pelbagai genre seperti aksi, seram, komedi dan romantis yang menanti tayangan sehingga penghujung 2012 dan tahun depan.

“Kami sedar kutipan untuk filem Melayu seperti Hoore! Hoore! kurang memberangsangkan. Justeru tahun depan, pihak kami berharap kutipan akan lebih baik.

“Antara filem hebat itu adalah Untuk 3 Hari arahan Afdlin Shauki (ditayangkan 20 September 2012), Lagenda Budak Setan 2 (Sharad Sharan/November 2012) dan Awan Dania The Movie (Rashid Sibir/Disember 2012),” katanya.


Gayatri berkata, pihaknya yakin filem Untuk 3 Hari ada kekuatan tersendiri dan mampu menarik minat penonton ke panggung.


“Untuk 3 Hari yang diadaptasi daripada novel popular Ahadiat Akashah ini menceritakan mengenai kisah cinta luar biasa dan pelik mengenai sepasang kekasih yang terpaksa berkahwin dengan pilihan orang tua mereka.

“Selain mengarah, Afdlin juga bergandingan dengan teraju utama filem ini, Vanidah Imran dan suaminya, Rashidi Ishak dan Ayu Raudhah,” katanya.

Kata Gayatri lagi, walaupun pihaknya memberi peluang kepada semua pengarah termasuk yang masih baru untuk berkarya, kualiti tetap diutamakan.

“Kami juga suka memberi peluang kepada pengarah muda berbakat besar seperti Syed Hussein yang tampil dengan karya yang ada kelainan berjudul Langgar dan diterajui Adi Putra. Kami memang menaruh harapan kepada Langgar yang masih dalam proses suntingan.

“Pada masa sama, kami bekerjasama dengan pengarah berpengalaman seperti Profesor Madya A Razak Mohaideen dalam filem Mana Mau Lari kerana kami percaya dengan sentuhan beliau melalui Bujang Terlajak dan Raya Tak Jadi. Mana Mau Lari juga masih dalam proses suntingan lagi,” katanya.

Bercerita projek filem baru pula, kata Gayatri, TUSB baru saja selesai menjalani penggambaran filem Bikers Kental di bawah arahan pengarah baru, Helmi Yusof.

“Beberapa lagi filem terbitan TUSB yang menjalani pasca produksi adalah tiga filem Mamat Khalid iaitu Amir & Loqman Pergi Ke Laut dan Husin Mon & Jin Pakai Toncit serta Apokalips X.

“Pada masa sama, kami juga percaya sekuel seperti Lagenda Budak Setan 2 akan mendapat kutipan yang bagus.

“ASSB juga rancak menyiapkan filem Lagenda Budak Setan 3, Kami Histeria, Penanggal dan Papadom 2 dan The New Village,” katanya.

Gayatri ditemui pada majlis sambutan berbuka puasa di Hotel One World, Bandar Utama, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Lebih bermakna, majlis ini dihadiri seramai 20 anak-anak yatim dari Persatuan Rumah Perlindungan Hajjah Kamariah, Jalan Klang Lama.

Tidak ketinggalan barisan artis popular seperti Shaheizy Sam, Scha Al Yahya, Awal Ashaari, Rashidi Ishak, Nisha Dirr, Zul Ariffin, Faezah Elai, Noniswara, Julia Ziegler, Siti Elizad, Datuk Yusof Haslam, David Teo dan Ellie Suriaty.

Bukan saja filem Melayu, tambah Gayatri lagi, pihaknya tidak meminggirkan filem dalam bahasa Cina dan India khusus untuk peminat berbilang kaum.

“Kami pernah menghasilkan Appalam yang diiktiraf sebagai Filem Tamil Terbaik.

Kami juga ada perancangan menerbitkan satu lagi filem Tamil selepas ini.

“Tahun ini kami terbitkan filem Cina, The Collector arahan James Lee, PaperMoon yang juga terbitan ASSB bersama Double Vision yang menanti tarikh tayangan selain A Woman’s Vengeance juga arahan James Lee,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/02

Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: