Soseh Soseh: Ning Berkecuali

2 Aug

SS perhatikan kebelakangan ini semacam trend apabila artis kita berlumba-lumba menganggotai parti politik baik di pihak kerajaan memerintah mahupun pembangkang.

Sekali tengok mereka seperti mencontohi artis di negara jiran Indonesia yang masuk politik bagi menegakkan ideologi masing-masing. Ada yang bertuah itu dapat pula jadi wakil rakyat, sekali gus dapat menabur jasa kepada masyarakat.

SS faham pengaruh artis kita sangat besar kepada masyarakat. Justeru, ada di kalangan mereka ditampilkan di atas pentas untuk berceramah kerana sudah pasti ramai yang akan hadir untuk mendengar.

SS tak nak komen apa-apa kerana faham itu hak masing-masing dan menghormatinya.

Sebagai rakyat di sebuah negara demokrasi, setiap orang berhak melakukan perkara yang difikirkan betul asalkan tak melanggar undang-undang dan ketenteraman awam.

Bagaimanapun, dalam keghairahan menyaksikan artis membabitkan diri dengan parti politik, ada pihak yang melakukan perkara tak sepatutnya sehingga menjejaskan nama artis sendiri.

Ini berlaku terhadap penyanyi Ning Baizura yang dikatakan menyertai parti pembangkang. Sebuah akhbar harian menulis mengenai kenyataan Ning yang mengatakan hasratnya untuk menjadi ahli sebuah parti politik negara.

Apalagi, sudah tentu Ning yang tak tak tahu menahu apa-apa terkejut dengan apa yang berlaku, sekali gus menimbulkan tanggapan buruk segelintir peminat. Ia adalah cerita rekaan dan sengaja diada-adakan.

Untuk itu, pengurusnya, Aylwin Santiago segera menghantar kenyataan kepada semua akhbar bagi menafikan perkara itu yang bertujuan membersihkan nama penyanyi ini.

Menurutnya, Ning mendapati suatu kenyataan dalam sebuah akhbar bertarikh 30 Jun 2012 telah melaporkan bahawa dia ada mengatakan niatnya atau hasratnya untuk menjadi ahli sesebuah parti politik Malaysia.

Jadi, Ning dengan tegas menyatakan, secara spesifik, am dan keseluruhannya, dia tidak berniat untuk menjadi ahli mana-mana parti politik. Selama ini Ning bersikap neutral (berkecuali) dan ‘impartial’ dalam politik Malaysia dan ingin terus menjadi apolitikal.

Namun begitu, Ning berharap Malaysia akan terus aman, damai dan dilimpahi dengan rezeki di bawah parti yang memerintah. Beginilah intipati kandungan kenyataan ringkas yang dikeluarkan.

SS harap dengan kenyataan daripada Ning sendiri, segala spekulasi yang tak benar mengenainya akan dihentikan. Apa gunanya bercerita perkara yang tak betul kerana ia adalah fitnah.

Rasanya kita semua maklum akan kesan yang ditanggung jika buat fitnah. Alangkah baiknya kita dapatkan penjelasan daripada empunya badan sendiri sebelum buat sesuatu. Silap-silap nanti bukan saja dosa, bahkan pihak yang menyebarkan perkara ini akan terima surat peguam pula.

SS: Sentiasa menjaga tingkah laku, perbuatan dan pertuturan kerana tak nak hilang sedikit pun pahala puasa.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/01

Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: