Soseh Soseh: Kaki Cantas!

2 Aug

MAKIN menjadi-jadi rasanya sumber gosip menyampaikan cerita di bulan baik ini, ada saja yang diceritakan dan SS pula hanya duduk mendengar. Kalau tak dengar nanti orang kata sombong pula.

Tapi dalam pada mendengar itu, SS tetap juga mengambil tahu kerana dari kejauhan itu macam berapi-api nampaknya wajah sumber tadi bercerita mengenai sikap seorang pengacara.

Terus SS memasang telinga. Rupa-rupanya sumber tadi bercerita mengenai sikap seorang pengacara yang kurang popular ini suka sangat memotong peluang pengacara lain dengan meletakkan harga yang jauh lebih murah.

Kisahnya apabila seorang pengacara popular ini tidak menerima undangan satu majlis yang meletakkan harga melampau rendahnya. Mana tidaknya, lokasi jauh di luar Kuala Lumpur, harga yang diletakkan pula lebih kurang dengan majlis anjuran sekolah menengah dan komitmen yang diminta macam bayar RM20,000.


Lantas pengacara popular tadi terus menegur sikap penganjur itu dan menegaskan harga yang sepatutnya dibayar kepada pengacara. Kiranya pengacara tadi membantu menaikkan semula taraf seorang pengacara yang tidak sepatutnya diambil mudah penganjur.


Tapi sayangnya selepas beberapa hari, tawaran itu sudahpun disambar pengacara sendu ini dan penganjur itu siap cakap bayarannya itu boleh direndahkan lagi kerana pengacara sendu itu tidak kisah soal bayaran.

Apa lagi, melenting pengacara popular tadi kerana wujudnya pihak seperti ini yang sebenarnya makin menjatuhkan taraf seseorang pengacara.

SS: Teringat kisah pelakon Gambit yang pernah meluahkan rasa yang sama apabila ada pelakon lain yang sanggup menggantikan tempatnya dengan menerima bayaran yang begitu rendah.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/01

Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: