Semuanya Ada!

2 Aug

MEMBELI-BELAH menggunakan kemudahan secara online atau internet kini menjadi trend yang cukup hangat di kalangan penggemar fesyen di ibu kota.

Ini kerana tempahan produk hanyalah di hujung jari saja dan jauh berbeza daripada cara konservatif yang memakan masa. Tidak perlu lagi bersiap, menempuhi kesesakan lalu lintas atau berebut tempat letak kereta untuk membeli produk seperti baju dan aksesori.

Sebaliknya, pembelian kini boleh dilakukan sambil bersantai di rumah malah tatkala melepak di tepi pantai atau kolam renang.

Itulah fenomena butik Zalora Malaysia yang semakin popular sebagai pusat beli-belah secara online yang terhangat ketika ini.


Khamis lalu, tiga artis popular, Alyah, Atilia dan Tam Suhaimi diundang ke pejabat Zalora Malaysia yang berpangkalan di Chan Sow Lin, Kuala Lumpur.


Bagi Atilia, Zalora bukanlah terlalu asing kerana hampir setiap hari dia akan melayari laman fesyen itu untuk melihat koleksi terkini yang ditawarkan dengan harga berpatutan.

“Kewujudan Zalora Malaysia sudah lama saya ketahui. Ini kerana kesibukan kerja sebagai artis membuatkan saya tidak ada banyak masa untuk ke gedung beli-belah.

Nyata pembelian secara online sangat mudah kerana boleh dilakukan di mana-mana saja.

“Malah kebanyakan barangan yang ditawarkan lebih eksklusif kerana ia tidak dijual secara pukal, sebaliknya secara edisi terhad. Mungkin satu rekaan baju cuma ada beberapa helai saja. Saiz yang disediakan juga pelbagai dan lengkap,” katanya.

Menawarkan kira-kira 600 jenama tempatan serta antarabangsa melalui 30,000 produk, Zalora Malaysia diperkenalkan secara rasmi pada 5 April lalu. Ia menawarkan pakaian kanak-kanak dan dewasa, beg tangan, kasut, kosmetik dan barangan hiasan rumah.

Antara jenama antarabangsa adalah Prada, Zang Toi, Nine West, Steve Madden, Converse, Nike serta jenama tempatan seperti Nose, Larrie, Tom Bang Saufi, Jovian by Jovian Mandagie, Chic Yamada, Summit serta koleksi baju raya.

Kalau Atilia memperoleh lapan barangan dengan menggunakan baucar RM500 daripada Zalora Malaysia pada hari itu, Tam Suhaimi pula mendapat lima barangan.

“Saya menyedari kewujudan butik ini sejak tiga bulan lalu apabila dimaklumkan kawan saya, Nora Danish. Dia cakap pada saya dulu, sekiranya dia membuka sebuah butik satu hari nanti, dia mahu menamakannya sebagai Zalora. Namun sekarang nama Zalora sudah dipakai untuk butik online ini.

“Kemudian saya ambil kesempatan melayarinya dan mendapati ia menjual kemeja-T Robot yang saya gemari.

“Menariknya mengenai Zalora Malaysia, kalau pelanggan tidak berpuas hati dengan barangan yang dipesan, kita boleh memulangkannya tanpa sebarang caj,” katanya.

Penyanyi Kisah Hati, Alyah pula berkata, ada beberapa barangan yang dijual di Zalora Malaysia menepati seleranya.

“Dengan baucar RM500 yang ditawarkan, saya membeli empat barangan iaitu tiga pasang kasut dan satu beg tangan. Apa yang menarik mengenai Zalora, kasut seperti Lady Gaga pun ada dijual.

“Pengalaman membeli-belah menerusi butik Zalora ini cukup mengasyikkan dan Alyah akan terus melayari laman webnya dari semasa ke semasa,” katanya yang memang kaki ‘shopping’.

Bagi mengetahui lebih lanjut mengenai Zalora Malaysia, sila layari http://www.zalora.com.my pada bila-bila masa.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/01

Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: