Hasil 300 Lagu

2 Aug

NAMANYA mungkin kurang dikenali ramai, tetapi kemerduan lagu ciptaannya mungkin akan diingati sampai bila-bila, apatah lagi kemerduan lagu Selendang Rindu dendangan Rohayu Majid yang pernah popular suatu ketika dulu.

Karya sesuatu lagu bukan sahaja terletak pada penyanyi semata-mata, namun karya pencipta lagu dan penulis lirik dalam menghasilkan irama serta maksud lagu yang sebenar, sekali gus menceritakan 1,001 pengertian cukup mendalam.

Bagi anak kelahiran Tasek Gelugor, Seberang Prai Pulau Pinang, komposer Mohamad Din Haniffa atau lebih dikenali sebagai Mat Din mula berkecimpung dalam bidang muzik dengan hanya berbekalkan wang saku RM30 apabila terpaksa naik keretapi dari Butterworth ke Kuala Lumpur untuk belajar muzik.

Rap berpeluang mendekati secara lebih dekat komposer Mat Din yang berusia 45 tahun yang baru sahaja dianugerahkan Tokoh Seni Muzik oleh Kelab Peminat Seniman Negara, Datuk Ahmad Nawab di Pulau Pinang, baru-baru ini.


Mat Din berkata, dalam keperitannya untuk menjadi anak seni, dia pernah tinggal di rumah Allahyarham Seri Bayu di Kampung Pandan, Kuala Lumpur dan bekerja secara sukarela di Studio Booty Boys, Kuala Lumpur sebelum mendapat tawaran kerja sebagai komposer di CBS Records dari 1989 hingga 1995 dan Happy Records (1995 hingga 2000).


Beliau berkata, rezekinya terus bertambah apabila berpeluang mendalami teknik vokal, gubahan lagu dan muzik di bawah tunjuk ajar komposer Kesuma Booty, S Atan dan Adnan Abu Hassan selain mendapat sokongan padu daripada Datuk Ahmad Nawab.

Katanya, sejak berkecimpung dalam bidang seni bermula dari 1985 hingga ke hari ini dia sudah mencipta lebih 300 lagu untuk beberapa penyanyi terkenal termasuk Nassier Wahab, Rohayu Majid, Ibnor Riza, Fauziah Latiff, Salwa Abdul Rahman, Noraniza Idris serta kumpulan rock, Data dan Umbrella.

“Bagi saya tiada apa yang lebih indah dan bangga apabila lagu karya ciptaan diterima pendengar dan dimainkan di stesen radio tempatan dan sebagai penghargaan, satu album khas ‘The Best of Mat Din’ Volume 1 dilahirkan buat peminat seni sejak April lalu,” katanya.

Mat Din berkata, album yang mempunyai 18 lagu sepanjang masa itu turut mengandungi lagu Selendang Rindu (Rohayu Majid), Menanti Hidayahmu (As-Salam), Ku Di Sini (Noraniza Idris), Demi Cinta (Umbrella), Cinta Tujuh Keramat

(Data), Aku Berbelah Bagi (Fauziah Latiff) Sambutlah Salamku (Alleycats) dan banyak lagi.

Beliau berkata, tujuan album ini dilahirkan bagi memberi hadiah dan penghargaan untuk lebih mengenali lagu-lagu ciptaannya dengan lebih dekat lagi dan insya-Allah pada tahun hadapan, Volume 2 akan diterbitkannya di bawah terbitan produksinya sendiri, Ilham Cipta Production (ICP).

Katanya, album ini tidak dijual tetapi boleh dimiliki secara promosi percuma di dalam laman sosial facebook miliknya http://www.facebook.com/Din As-Salam atau din.assalam@facebook.com.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/01

Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: