Cinta Kembali Mekar

2 Aug

SEBULAN tidak duduk sebumbung dan berpisah kamar tidur bagai memberi hikmah buat penyanyi Ani Mayuni serta suami, Zairi Azmi apabila kedua-dua mereka tersedar bahawa mereka masih saling mencintai.

Sungguhpun apa yang berlaku amat menyakitkan khususnya buat Ani Mayuni atau nama sebenarnya Aishah An Nur Osman, 33, apabila suami yang dikasihi bertindak mengasari hingga mendesaknya melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa sekitar Februari lalu, namun jauh di sudut hati, dia enggan berpisah.

“Kalau boleh saya tidak mahu ungkit lagi apa yang pernah terjadi kerana kami kini sudah berdamai. Namun kejadian yang berlaku memberi hikmah yang sangat besar dalam perkahwinan kami berdua.

“Selepas kejadian itu, saya dan suami ambil keputusan berjauhan buat seketika untuk memberi ruang dan mengkaji kekurangan diri masing-masing. Pun begitu, tidak terlintas atau terniat langsung untuk meminta cerai kerana terus terang saya masih sayangkan hubungan dan perkahwinan kami ini.


“Sepanjang tempoh hidup berasingan, terasa begitu janggal. Lantas kami menyedari, saya mahupun suami masih memerlukan antara satu sama lain. Masing-masing belajar merendah diri dan mengakui kesilapan.


“Kadang-kadang saya ingin berterima kasih atas apa yang berlaku kerana jika hal seperti ini tidak terjadi, mungkin kasih sayang kami semakin lama semakin pudar,” katanya.

Pada 2 Februari lalu, akhbar ini pernah melaporkan Ani dipukul suaminya yang juga bekas anggota kumpulan muzik Arrow di rumah mereka di Desa Rejang.

Kekasaran yang berlaku berjaya dihentikan apabila secara kebetulan keluarga kepada penyanyi yang popular dengan lagu Sedap itu mengunjungi rumah mereka ketika kejadian berlaku. Abang Ani turut melepaskan tumbukan terhadap suaminya, namun pergaduhan itu berjaya dileraikan.

Sejak itu, Ani meninggalkan rumah dan menetap bersama kakaknya selain mengambil peluang dengan memenuhi undangan persembahan diraja sehingga ke Brunei Darussalam bersama beberapa artis lain.

Akui Ani, kubu hatinya yang pada awal kukuh akhirnya cair apabila suami datang merayu dan berjanji untuk tidak mengulangi perbuatannya.

“Suami saya meminta maaf kepada orang tua saya serta adik-beradik termasuklah diri saya. Dia mengakui dia masih sayangkan saya dan anak, sekali gus memohon peluang agar diberi kesempatan sekali lagi untuk kembali sebagai sebuah keluarga.

“Beberapa hari saya mengambil masa mempertimbangkan hal itu dan akhirnya saya bersetuju memikirkan anak serta keikhlasannya meminta maaf. Dalam persengketaan yang berlaku, saya tahu saya juga ada salahnya kerana suka mendesak.

“Sebaik pulang ke rumah, suami sekali lagi meminta maaf, melutut pada saya sehinggakan saya sendiri sudah tidak mampu menahan tangisan.

“Alhamdulillah, segala sedih dan duka sudahpun terhapus, malah kehidupan rumah tangga saya sekarang lebih manis serta kembali ceria. Kata orang, buang yang keruh, ambil yang jernih,” katanya.

Meraikan cinta mereka yang kembali mekar, Ani kini dalam perancangan menghasilkan single terbaru juga projek hasil usaha sama dia dan suaminya.

Ani dan Zairi Azmi atau Ayie, 37, mendirikan rumah tangga pada 5 Jun 2004.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga anak – Wirda Viviana, 7, Wirna Airisya, 3, dan Muhammad Emir Oezil, 2.

Pastinya hari raya akan datang menjadi saat yang indah buat mereka sekeluarga kerana kembali bersatu dan lebih menyayangi.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/01

Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: