Borak Lokasi: Zaidi Handal Cipta Lagu Filem

2 Aug

FILEM Ombak Rindu bukan saja berjaya disebabkan jalan cerita dan pelakonnya, tetapi juga skor muzik yang merdu.

Namun, ramai yang terlepas pandang siapakah pencipta lagu tema Ombak Rindu.

Tidak lain tidak bukan dia adalah Nurzaidi Abd Rahman, 35, yang terbabit sebagai juru audio, muzik dan lagu tema bagi filem-filem yang dihasilkan Osman Ali.


Antaranya hasil kerja anak kelahiran Cheng, Melaka ini adalah bagi filem Malaikat Di Jendela, Puaka Tebing Biru, Anak Halal, Cun!

Bagi pemegang Diploma Filem dari Akademi Filem Malaysia yang lebih suka bersikap ‘low profile’ ini, dia akui tidak kisah kalau orang tidak kenal siapa dirinya.

“Saya memang minat dalam bidang perfileman dan saya melihat lagu tema memainkan peranan yang penting kerana ia membawa isi cerita yang dipaparkan sekali gus turut membantu kejayaan sesebuah filem itu.

“Contohnya, saya buat lagu tema filem Ombak Rindu kena dengan ‘mood’ ceritanya mengaitkan apa yang berlaku dalam hidup Izzah. Apa yang penting, lagu itu sedap untuk halwa telinga kita. Saya juga berasa puas dan tumpang bangga apabila lagu tema ciptaan saya dalam filem Ombak Rindu jadi popular,” katanya.

Mengenai lagu tema filem Jwanita pula, kata Zaidi, prosesnya sama seperti dia menghasilkan lagu Ombak Rindu. Lagu tema yang dicipta juga sesuai dengan jalan cerita filem ini terutama untuk menggambarkan perasaan Jwanita dalam filem ini.

“Justeru, saya perlu memahami skrip, jalan cerita dan berbincang dengan Osman untuk menghasilkan lagu tema yang sesuai untuk filem ini terlebih dulu. Setiap watak juga ada lagu yang sesuai dengannya.

“Setakat ini, sebanyak 10 peratus lagu ciptaan saya sudah dimasukkan dalam Jwanita. Mengikut perancangan Maya sendiri yang akan menyanyikan lagu tema filem ini nanti. Saya harap ia juga akan mendapat sambutan peminat,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/01

Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: