Borak Lokasi: Maya Serlah Psiko Jwanita

2 Aug

SUASANA di sebuah rumah usang yang juga bekas penempatan pesakit kusta yang sudah sembuh di Pusat Kawalan Kusta Negara, Sungai Buloh, Selangor nampak menyeramkan pada petang itu.

Rumah yang tersorok dan bersebelahan hutan dan tanah perkuburan lama Cina dan Kristian itulah menjadi pusat operasi Kartini dan suaminya untuk menjalankan kegiatan pemujaan ilmu hitam mereka.

Lokasi itu juga menjadi tempat Kartini untuk menyembunyikan anak angkatnya, Jwanita yang sekali gus menjadi orang suruhannya. Itulah antara paparan menarik dalam filem genre ‘suspense-thriller’ berjudul Jwanita arahan pengarah handalan, Osman Ali terbitan Nuansa Sdn Bhd bersama Ehsan Production Sdn Bhd.

Ketika penulis dan jurufoto Rap sampai ke lokasi penggambaran, hujan turun dengan lebatnya dan kerja penggambaran terpaksa dihentikan buat seketika.

Barisan pelakon dan kru juga terpaksa berteduh di bawah payung besar dan khemah kecil yang disediakan sehingga hujan reda.

Walaupun berdepan dengan cuaca yang kurang baik dan cabaran bekerja pada bulan puasa, Osman tetap tenang mengawal segala situasi.

Sebaik saja hujan berhenti, Osman kembali memulakan penggambaran menyiapkan babak membabitkan Jwanita (Maya Karin) dengan dibantu jurukamera dan petugas konti sibuk memberi arahan kepada pelakon menerusi skrin monitor.

Tidak lagi dibayangi watak lembut Izzah dalam Ombak Rindu, Jwanita ternyata bagai langit dengan bumi untuk Maya kerana buat julung kalinya dia diberikan peranan jahat atau antagonis.

Ternyata di sebalik kelembutan wajahnya, Maya tiada masalah memberikan lakonan terhebat sebagai Jwanita yang penuh psiko sehingga menjadi pembunuh kejam yang tidak pernah kita tonton sebelum ini. Malah Osman sendiri kagum dengan kesungguhan dan komitmen terbaik yang diberikan Maya untuk Jwanita.

Mengulas pemilihan lokasi pula, kata Osman, pihaknya memilih lokasi penempatan pesakit kusta itu kerana ia tepat untuk menggambarkan watak Jwanita yang disembunyikan ibu angkatnya, Kartini untuk menjalankan operasi jahatnya.

“Hari ini hari pertama kami menjayakan penggambaran di penempatan bekas pesakit kusta ini, disusuli Hospital Sungai Buloh, esok. Sebelum ini, barisan pelakon dan kru filem ini sudah berkampung selama tiga minggu bermula 29 Jun lalu di sebuah banglo di Kampung Penunjuk, Kijal, Kemaman, Terengganu.

“Penggambaran filem ini dijangka berakhir pada 1 Ogos ini,” katanya.

Tambah Osman lagi, dia juga berjaya menyiapkan sebanyak lima babak bermula jam 11 pagi sehingga penggambaran filem itu berakhir kira-kira jam 11 malam di lokasi penggambaran di Sungai Buloh berkenaan.

“Antara babak yang berjaya disiapkan pada hari itu Jwanita yang masih kanak-kanak dikurung di rumah usang itu oleh Kartini.

“Kanak-kanak itu cuba melarikan diri dari rumah itu tapi Kartini berjaya menghalang dengan ilmu pukau. Babak lain termasuklah Jwanita yang tertekan emosi kerana didera secara mental dan fizikal apabila selalu melihat pembunuhan demi pembunuhan sejak kecil lagi,” katanya.

Filem hebat ini antara lain menceritakan mengenai Jwanita mengalami masalah mental dan terkenan hidup yang amat serius akibat kisah silamnya yang sering didera ibu dan ayah angkatnya.

Sinar mula menerangi hidupnya selepas bertemu Dr Farhan yang yang merawatnya.

Namun, semuanya kembali musnah apabila Farhan yang dicintainya itu adalah tunang kepada adik kandungnya sendiri, Julaika yang ternyata lebih bernasib baik.

Selepas menghilangkan diri pada hari perkahwinan Farhan dan Julaika, Jwanita akhirnya muncul semula dan berlakulah pelbagai kejadian misteri.

Filem Jwanita yang akan ditayangkan pada tahun depan turut diterajui barisan pelakon lain iaitu Datin Paduka Umie Aida (Kartini), Cristina Suzanne (Julaika), Bront Palarae (Dr Farhan), Marsha Milan Londoh (Nona) dan Jefri Jefrizal (Rostam).

INFO:

PRODUSER: Julian Jayaseela

PENGARAH: Osman Ali

PENGARAH FOTOGRAFI: Indra Che Muda Redzuan (Abang)

LINE PRODUSER: Yusneezam Bin Yusop

KAWALAN KEWANGAN: Azlina Abd Wahid

PENOLONG PENGARAH 1: Ahmad Rizal Othman@Mohd Nor

PENOLONG PENGARAH 2: Hairi Shahrizal Mustafa

PENGURUS PRODUKSI: Rizal Alafiz Sarugi

PENOLONG PENGURUS PRODUKSI: Cut Mutia Teuku Iskandar

KONTI: Wan Noor Narissa Wan Rusli

PEMBANTU PRODUKSI: Muhammad Firdaus Nadxaman (AP)

EDITOR: Suhaimi

WARDROBE: Faizul Zolkifli / Noor Aziana Azizol

JURUSOLEK: Koh Chee May (Jenny)

JURUSOLEK KESAN KHAS: Norela Ulis (Ella Sandera)

PENOLONG JURUSOLEK KESAN KHAS: Ahmad Katimi Kamaruddin/Aminudin Azman

PENGARAH SENI: Nurdin Ismail (Che Din)

PROPSMASTER: Muhammad Norfiqry Zahariyim

PROPMAN: Mohamad Azlan Ahmad Danial

JURUKAMERA 2: Mohd Shahreel Abu Bakar

PENOLONG JURUKAMERA 1: Mohd Shahzuan Mokhtar

PENOLONG JURUKAMERA 2/PA DOP: Roszana Anuar (Naindra)

GAFFER: Irwan Yuzri Mohd Sharir

KRU PENATA CAHAYA: Mohd Abudin Abdullah

KRU TEKNIKAL: Noor Shahriza Zahit

JURUTERA BUNYI: Nurzaidi Abd Rahman

PENOLONG PENATA BUNYI: Abu Hanifah Reduan@Redzuan

HANDY: Firman Enrayani Mazlee

RUNNER: Muhammad Faizal Nadxaman/Mohd Hafizi Non Aseli

PELAKON: Maya Karin (Jwanita dewasa), Cristina Suzanne (Julaika dewasa), Bront Palarae (Doktor Farhan), Marsha Landoh (Nona), Umie Aida (Kartini), Jefri Jefrizal (Rostam), Zarina Zainuddin (Puan Mariam), Jwanita Kecil Syamiem Elnisa Husni (Jwanita kecil), Nik Nur Amalin Nik Musauddin (Julaika kecil).

Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/01

Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: