Borak Lokasi: Ella Berguru Dengan Pakar Hollywood

2 Aug

PEMBABITAN Norela Ulis dalam dunia belakang tabir bermula sebagai jurusolek produksi pada 1996. Namun pada 2001, anak kelahiran Sibu, Sarawak, 34, yang lebih dikenali sebagai Ella, mula serius berjinak-jinak sebagai jurusolek kesan khas untuk filem.

Malah, Ella sudah pun memiliki Akademi Ella Sandera sejak tiga bulan lalu khusus untuk berkongsi ilmu dalam bidang kesan khas kepada mereka yang berminat di luar sana.

Ella juga sudah terbabit sebagai jurusolek kesan khas menerusi lebih 20 filem yang rata-ratanya genre seram. Antaranya Jangan Pandang Belakang, Jangan Pandang Belakang Congkak 1 & 2, Histeria, Antoo Fighter, Sumpahan Kum Kum, Hantu Kum Kum, Azazil, Penanggal, Jangan Tegur, Janin, Gentayangan, Eeee Hantu, Setem, Niyang Rapik, Santau, Mantra, Keramat, Ngangkung, Adnan Sempit, Hijab, Karak, Hantu Dalam Botol Kicap, Halimunan, Flat 3A, Alamak Toyol, Seram sejuk, Azazil dan KL Zombie.

Tidak ketinggalan, drama yang dia pernah terbabit iaitu drama bersiri Puaka Niyang Rapik, Jangan Pandang Belakang 1, Jangan Pandang Belakang 2, Jangan Tegur Lagi, Durja Ningsun dan Anak Kerak.


Bagaimanapun, Ella baru kali pertama bekerjasama dengan Osman dalam filem.

Sebelum ini, mereka pernah bekerjasama dalam drama menerusi Atas Nama Cinta lakonan Fasha Sandha.

Ella berkata, dia menceburi bidang kesan khas kerana minat yang mendalam sejak dulu.

“Saya juga banyak menonton filem seram Hollywood sebagai rujukan untuk memastikan kesan khas yang dihasilkan dalam filem kita nampak hidup apabila ditayangkan.

“Bagi mendalami bidang ini, saya sempat mengikuti kursus pendek dengan jurusolek kesan khas dari Hollywood, David Willis yang pernah datang ke Malaysia,” katanya.

Bercerita lanjut cabaran sebagai jurusolek kesan khas dalam filem Jwanita, kata Ella, ia memang mencabar kreativitinya.

“Saya perlu hasilkan tiga patung (dummy) watak pembantu rumah Julaika iaitu Nona yang mati dibunuh dalam keadaan mengerikan akibat terkena santau yang dihantar Jwanita. Ia mengambil tempoh tiga bulan untuk disiapkan membabitkan keseluruhan anggota badan.

“Setiap babak memerlukan bentuk muka yang berbeza iaitu babak Jwanita menjahit muka Nona dan seterusnya dihinggapi sekumpulan ekor lipan berbisa.

“Dalam babak suami Kartini yang cedera parah pula, saya hanya mengambil tempoh selama sejam dengan dibantu dua lagi pekerja untuk menyiapkan kesan luka terkoyak bersama darah tiruan ke atas tubuhnya dengan menggunakan silikon ‘prosthetic’,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/01

Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: