Bangga Jadi Pramugari MAS

2 Aug

WALAUPUN kini sudah bergelar pelakon dan dikenali ramai, pelakon jelita Fouziah Gous tidak pernah lupa kenangan manis dan saat indah sewaktu pertama kali bertugas sebagai pramugari di syarikat penerbangan Malaysian Airlines (MAS).

Berkongsi kenangan itu sempena kempen #MYsyg (My Sayang) anjuran Media Prima Berhad, Fouziah akui selama lima tahun bergelar kru kabin, pelbagai pengalaman dilalui dan pastinya peluang menjelajah hampir ke semua destinasi MAS saat paling manis buat dirinya.

Menurut anak jati Kuala Lumpur ini, niat asal menemani seorang sahabat ke temu duga di syarikat terkemuka itu akhirnya mengubah kehidupannya menjadi seorang yang lebih terdedah dengan pelbagai budaya dan bangsa di negara yang dikunjungi.

“Sepanjang bergelar kru MAS, banyak pengalaman baru saya pelajari dan lebih indah lagi apabila wajah saya dipaparkan di papan iklan di lapangan terbang di Malaysia dan lapangan terbang beberapa negara yang menjadi destinasi MAS.


“Sebagai anak Malaysia pastinya saya sangat bangga, bukan saja menjadi ikon menghiasi kru kabin MAS, malah saya turut membawa jenama penerbangan itu.


“Di samping itu, pakaian kebaya yang menjadi seragam MAS juga secara tidak

langsung menjadikan saya duta kecil negara untuk mempromosikan pakaian

tradisional kebanggaan negara,” katanya.

Selain itu, Fouziah turut berkongsi pengalaman menjejakkan kaki ke negara orang yang baginya setiap negara mempunyai cara hidup berbeza.

“Kali pertama menjadi pramugari, saya berpeluang mengenali Negara Tembok Besar (China) dan ketika itu saya melihat banyak perbezaan budaya di sana dengan Malaysia. Saya juga berpeluang ke Buenos Aires, Argentina dan melihat sendiri keunikan negara mereka.

“Terlalu banyak jurang dan perbezaan budaya, gaya hidup dan makanan yang pastinya membuatkan saya lebih berbangga menjadi rakyat Malaysia dan sangat menghargai kehidupan di sini kerana semua makanan yang diinginkan mudah diperoleh sedangkan di negara luar, tidak semua makanan boleh kita terima,” katanya.

Sempena kempen MySayang, orang ramai berpeluang menghantar rakaman video, teks dan gambar dalam bahasa Malaysia, Inggeris, Mandarin dan Tamil menerusi laman web http://www.mysyg.com.my sebelum 15 Ogos ini.

Bagi penyertaan video, setiap rakaman tidak boleh melebihi tiga minit manakala bagi kategori penyertaan teks pula tidak boleh melebihi 150 patah perkataan dan kategori bergambar pula membabitkan ekspresi wajah unik atau kreatif dengan menyertakan bersama keterangan gambar masing-masing.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/01

Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: