Archive | May, 2012

Unlicensed And Drunk Driver Jailed Over Fatal Accident

31 May

Published on May 29, 2012

Sikandar Singh Gill, 28, who used to run his own cleaning services firm, was jailed for 28 months on Tuesday for causing death by dangerous driving and other offences. He was also banned from driving for 10 years for the fatal accident along Corporation Road on July 4, 2010. — PHOTO: SINGAPORE POLICE FORCE
By
Elena Chong

A man who had no licence and drank before taking his friends home was jailed for 28 months on Tuesday for causing death by dangerous driving and other offences.

Sikandar Singh Gill, 28, who used to run his own cleaning services firm, was also banned from driving for 10 years for the fatal accident along Corporation Road on July 4, 2010.

He pleaded guilty to causing the death of his close friend, Mr Harinder Singh, 25, by driving in a dangerous manner, causing grievous hurt to his front and rear left passengers, drink driving, and driving without a valid Class 3 licence.

The court heard that before the accident, he, Mr Harinder Singh, a security officer, and the two victims, Mr Gurdial Singh, 27, and Haji Maideen Shaik Dawood, 37, both Indian nationals, had been drinking at a park near Block 208 Boon Lay Place.

Straits Times

Berpada-Pada Jadi Jahat

31 May

Izreen Azmindar Mohd Aznam

Izreen Azmindar Mohd Aznam

BERTEMU pelakon cantik ini di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur, baru-baru ini adalah masa terbaik untuk dia bercerita mengenai saat indah yang bakal ditempuhi.

Mungkin juga dia cuba mengalih perbualan daripada ditanya kemelut lama atau ingin terus meletak sepenuhnya fokus kepada jalan cerah di hadapan.

Jelas Izreen Azmindar Mohd Aznam, 26, kini tiada lagi rasa gusar menyelubungi jiwanya kerana apa yang mampu disimpulkan, semua kisah pahit itu sudah lama berlalu. Apa yang menjadi keutamaannya kini, perancangan meniti alam perkahwinan dan mengorak langkah sebagai anak seni terlanjur rezeki datang melimpah-ruah.

“Alhamdulillah dan saya bersyukur dengan apa yang sudah tersurat buat saya.

Inilah yang dikatakan takdir yang sudah ditentukan buat kita sebagai manusia.
Walaupun pernah saya tidak henti menangis kerana mengenangkan nasib menjadi pendatang baru dalam dunia lakonan serta kisah kontroversi yang pernah mengaitkan nama saya sebelum ini, akhirnya apa yang diimpikan menjadi kenyataan.

“Siapa sangka, selepas hampir enam tahun sebagai pelakon, baru kini saya rasa selesa dengan kepercayaan daripada banyak produksi serta peminat mula buka mata dengan bakat yang dipamerkan. Alhamdulillah kerana usaha dan kesungguhan ini akhirnya diberikan ganjaran yang setimpal dan mampu saya anggap hadiah buat diri sendiri.

“Sekarang apa yang penting adalah terus berusaha memperbaiki mana yang kurang dan lemah selain terus memasang niat untuk menjadi yang terbaik,” katanya yang baru saja selesai penggambaran drama siri Jangan Ambil Padang Kami dan bersedia ke set drama Suri pula selepas ini.

Tambahnya lagi, selain lapangan lakonan yang sudah boleh membuatkannya tersenyum bangga, wanita yang ramah dan rendah diri ini sedang menghitung hari menjelang saat bahagia dengan lelaki idaman.

Mengenali Muhamad Riza Baharudin juga seorang jurukamera produksi berusia 29 tahun sejak akhir tahun lalu ketika berlakon dalam drama Tentang Dhia, hatinya mula terusik dan yakin dengan keikhlasan dan kejujuran yang ditunjukkan.

Lantas tanpa perlu gusar dan berteka-teki, Izreen menerima kunjungan merisik daripada pihak lelaki pada 10 Disember lalu sebelum melangsungkan majlis pertunangan yang hanya dihadiri keluarga dan teman terdekat pada 1 Januari lalu.

Izreen dan tunangnya, Riza, kemudian sepakat memilih tarikh 30 Ogos ini untuk majlis akad nikah dan keesokan harinya untuk majlis resepsi di kampung halamannya di Jitra, Kedah.

“Inilah detik bahagia yang saya nantikan. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan dan kami sepakat untuk melangsungkan perkahwinan pada penghujung Ogos ini yang kebetulan pada tarikh lahir saya yang ke-27. Inilah jodoh dan suratan buat kami berdua.

“Semuanya berlaku terlalu pantas dan kami bersyukur kerana keluarga menjadi tulang belakang yang tidak henti menyokong dan membantu. Apa yang membuatkan saya yakin pada Riza adalah ketelusan hatinya dan sikap jujur yang ada padanya benar-benar membuatkan saya tersentuh. Perkenalan kami memang singkat, namun keserasian dan persefahaman yang ada membuatkan kami yakin untuk mengikat perjanjian hidup.

“Soal lakonan tidak pernah menjadi penghalang kerana bakal suami adalah orang yang bekerja dalam industri. Dia memang memahami dan tidak pernah menghalang untuk saya terus aktif kerana sejak awal kami berkawan, dia sudah tahu minat dan kesungguhan saya dalam lapangan ini. Cuma saya kena memilih skrip yang bersesuaian selepas ini.

“Maklumlah walaupun bakal suami saya ‘sporting’ tapi kadang-kadang saya kena tegur juga kalau banyak sangat babak berpegangan atau berpelukan. Malah dia juga pesan agar jangan lagi saya melakonkan watak antagonis yang melampau seperti menjadi pelacur kerana tidak gemar menonton dan bimbang akan persepsi orang sekeliling,” katanya.

Izreen berkata, dia sedia terima segala teguran dan menghormati permintaan tunangnya itu.

“Selama ini, dia lelaki yang setia mendengar segala macam rungutan dan masalah saya. Bukan sekadar menjadi sahabat, dia juga penguat semangat untuk saya terus berdiri sebagai seorang pelakon.

“Doakan kebahagiaan kami berdua berpanjangan,” katanya yang pernah membintangi drama Gelora Di Hati Sara 2, Sutera Maya, Isabella, Nenek Kebaya dan Samson Delaila.

Nama pelakon popular ini mula dikenali selepas melakonkan watak Cikgu Zakiah dalam drama yang mencetuskan fenomena, Juvana selepas lebih lima tahun berkelana membina nama. Namun ketika itu juga saat namanya berada di atas, episod ‘teka-teki’ termasuk dengan pelakon Johan Asha’ri pula datang menghimpit.

Tatkala kisah lama itu mula ditanyakan, graduan jurusan kewartawanan di Akademi TV3 ini enggan mengimbau kembali kerana lebih suka bersikap optimis.

Jangan Ambil Padang Kami realistik, jujur

MENYENTUH soal lakonannya pula, Izreen bersyukur kerana semakin dekat dengan tarikh perkahwinannya, makin banyak pula tawaran lakonan yang diterima.

Meskipun pernah juga terdengar akan stigma kononnya seseorang pelakon wanita itu akan hilang populariti sebaik berkahwin, semua itu hanya satu pandangan individu semata-mata kerana setakat ini jelasnya, rezeki buatnya melimpah-ruah hingga ada yang terpaksa ditolak kerana jadual yang bertindih.

“Alhamdulillah kerana tidak mudah meraih kepercayaan orang dan kini ramai pula yang datang yakin akan bakat saya. Itu semua adalah berkat kesungguhan dan usaha saya selama ini yang tidak pernah jemu untuk terus belajar.

“Insya-Allah setakat ini saya sudah pun habis penggambaran tiga buah filem iaitu Pecah bersama Tony Eusoff dan Fizz Fairuz, Pak Pong arahan sulung Fauzi Nawawi dan Penjara bersama Erra Fazira dan Marsha. Semuanya mungkin akan ditayangkan penghujung tahun atau awal tahun depan,” katanya.

Terlanjur bercerita soal lakonan, kini wajah Izreen sedang rancak diperkatakan apabila muncul bersahaja melakonkan watak Akmar dalam drama siri Jangan Ambil Padang Kami tayangan Astro Ria.

Jelasnya yang menyifatkan drama siri terbitan Suhan Movie & Trading Sdn Bhd itu adalah sebuah plot cerita realistik dan begitu menarik, watak Akmar adalah dimensi berbeza buatnya sepanjang bergelar anak seni.

“Bayangkan, saya perlu melakonkan watak seorang pengkid yang awalnya menaruh perasaan kepada Mai lakonan Sheira Ayob. Inilah pertama kali saya melakonkan watak sebegini kerana sebelum ini saya banyak diberi kepercayaan melakonkan watak jahat saja. Memang mencabar dan sukar kerana saya perlu mendalami perasaan dan emosi watak sebegitu.

“Namun saya memang tertarik sejak awal meneliti skripnya lagi kerana drama siri ini memang sesuatu yang berbeza dan bebas baik dari sudut lakonan mahupun penyampaian dialognya kerana pengarahnya, Joeza Rasidi, begitu menitikberatkan soal kebebasan kepada barisan pelakon dalam menghidupkan watak masing-masing,”
katanya.

Jangan Ambil Padang Kami turut menampilkan bintang-bintang popular lain termasuk Betto Kusyari, Elfira Loy, Sheira Ayob dan Syazwan Zulkifli.

Pastikan temujanji anda untuk mengikuti pergolakan yang berlaku kepada sekumpulan remaja di kawasan perumahan flet dalam usaha mereka mempertahankan padang yang menjadi satu-satunya tempat untuk mereka berkumpul dan bermain pada setiap Isnin, jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104 Astro).

Harian Metro

Faizal Tahir Risau

31 May

pix_gal0
DISEMBER lalu, dia pernah menjayakan sebuah konsert bersama beberapa artis lain. Namun persembahan pada hujung tahun itu kurang mendapat perhatian peminat.

Lalu, apabila Faizal Tahir sekali lagi diumumkan bakal mengadakan konsert, kali ini secara solo, di KL Live pada 1 Julai ini, timbul persoalan apakah dia yakin pertunjukan berkenaan tidak menerima nasib serupa?
Ketika ditemui pada majlis sidang media konsert terbabit di ibu kota, semalam, penyanyi Karma ini enggan membiarkan sebarang kebimbangan berhubung soal sambutan orang ramai membelenggu dirinya. Sebaliknya, segala tumpuan harus diberikan kepada kemantapan persembahan.
Begitupun penyanyi berusia 34 tahun ini mengaku, dia mengambil sedikit masa untuk berfikir dan menimbang tawaran daripada syarikat Zackkoolg milik bekas anggota kumpulan Kool, Zack, itu.

“Saya bukanlah trauma dengan kejadian dulu, tetapi agak sedih. Saya boleh gambarkan keadaan itu seperti bekerja seorang diri di pejabat, pada hujung minggu.

“Saya tidak menyalahkan penganjur, sebaliknya mungkin kerana ia diadakan pada tarikh kurang sesuai. Namun tentulah sedikit sebanyak apa yang berlaku pada konsert itu masih meninggalkan kesan.

“Ia bukanlah kes pertama, banyak lagi konsert berdepan nasib serupa. Daripada 10 konsert dianjurkan, mungkin hanya lima yang berjaya. Jadi selepas berkali-kali pihak pengurusan bertanya, barulah saya memberikan jawapan.

“Lagipun, hati saya terbuka menerima tawaran mereka kerana tarikhnya berdekatan dengan kemunculan album ketiga, yang berada di pasaran penghujung bulan depan,” katanya yang akan mempersembahkan 10 lagu pada konsert itu.

Faizal turut menyatakan, dia tidak mahu bersifat terlalu yakin terhadap kemampuan konsert berkenaan menarik kehadiran ramai peminat. Dia berbuat begitu kerana enggan dilanda kecewa, jika harapan menggunung tidak kesampaian.

Kebimbangan bagaimanapun kelihatan pada wajah penyanyi ini, petang semalam. Apatah lagi dia juga sedang serabut memikirkan persiapan untuk persembahan peringkat separuh akhir Mentor, Ahad ini. Protegenya, Anas, bakal ditentukan nasibnya untuk ke final pada malam berkenaan.

“Saya akui takut, tapi tidaklah terlalu risau kerana ia diadakan di KL Live. Kalau diadakan di stadium, pasti saya berasa kurang yakin. Apatah lagi ketika ini, masyarakat sering dihidang dengan persembahan percuma. Jadi ia mungkin memberikan kesan kepada persembahan berbayar.

“Konsert artis luar juga kerap diadakan. Peminat akan berfikir banyak kali untuk mengeluarkan belanja. Namun saya percaya, mereka sanggup keluarkan duit untuk menonton persembahan muzik yang bagus,” katanya yang mengimpikan konsert lebih besar pada masa depan.

Menyentuh pemilihan lagu, penyanyi ini menyatakan, dia akan mempersembahkan lagu yang dikenali ramai, daripada album sendiri mahupun dendangan penyanyi lain.

“Saya tidak akan menggunakan konsert ini untuk memperkenalkan lagu baru. Untuk album baru, kami akan mengadakan siri jelajah bagi tujuan mempromosikannya,” kata Faizal yang memaklumkan, dia sendiri akan turut menghebahkan penganjuran konsert berkenaan menerusi laman sosialnya.

Berita Harian

“Yellow Shirts” Rally Against Thaksin Amnesty Moves

31 May

BANGKOK – Thousands of Thai ultra-royalists rallied Wednesday in Bangkok against a Bill they fear will open the door for ousted premier Thaksin Shinawatra to return to the politically-fractured kingdom.

The rally of about 5,000 people marks one of the biggest shows of force by the movement since its crippling 2008 protests helped topple Thaksin-allied governments and comes as simmering Thai divisions spilled over into parliament.

Somkiart Pongpaiboon told the crowd the group would mobilise against a government led by Thaksin’s sister Yingluck Shinawatra over its plan to grant a sweeping amnesty that could allow the former premier back into Thailand.

“Our steps are stop reconciliation Bills, expel the prime minister and reform democracy,” said the leader of the People’s Alliance for Democracy (PAD), known as the “Yellow Shirts”.

The PAD are powerful players in Thailand’s colour-coded politics, backed by the Bangkok-based elite and arch-rivals of Thaksin’s “Red Shirts”, whose massive rallies against a previous government in 2010 ended in a bloody crackdown.

Reconciliation proposals have threatened to further polarise politics in the country, which has been repeatedly shaken by civil unrest since Thaksin was ousted by royalist generals in 2006.

The Thai parliament was thrown into chaos on Wednesday as MPs rushed the House Speaker, forcing police to step in, amid an angry row over the timing of deliberations on the contentious Bill.

“This should not have happened,” said Jirayu Huangsap, spokesman for the ruling Peua Thai. “Members have rights to propose and object, they should discuss.”

Yingluck’s government came to power last year, supported by the Red Shirts, with a promise to bring reconciliation to Thailand.

But the opposition has accused the government of trying to use amnesty plans as a means of enabling a return to Thailand for Thaksin, who lives abroad to avoid a jail term for corruption and terrorism charges relating to the 2010 violence.

The “Yellow Shirts” are historically close to the opposition Democrat party, which came to power after 2008 rallies by the movement that culminated with the seizure of two Bangkok airports, leaving more than 300,000 travellers stranded and causing crippling economic damage.

Some “Red Shirts” are also opposed to the reconciliation Bill over fears that it would hamper prosecutions linked to the bloodshed during their rallies in 2010.

More than 90 people, mostly civilians, died during their two-month protests in Bangkok that ended with a brutal crackdown by the army.

So far no cases have been brought in connection with the violence and Human Rights Watch in April warned that if adopted the Bill would “undermine justice”.

– AFP/ir

Channel News Asia

Flame Virus A New Age Cyber Spy Tool

31 May

SAN FRANCISCO: The Flame computer virus that smoldered undetected for years in Middle Eastern energy facilities confirmed fears that the world has entered a new age of cyber espionage and sabotage.

Internet defenders on Wednesday were tearing into freshly exposed Flame malware (malicious software) that could be adapted to spread to critical infrastructures in countries around the world.

While the components and tactics of Flame were considered old school, the gigantic virus’s interchangeable software modules and targeted nature were evidence that malware is a potent weapon in the Internet era.

“We are seeing much more specific types of malware and attacks,” said McAfee Labs director of security research David Marcus.

“When you talk about a situation where the attacker knows the victim and tailors the malware for the environment it jumps out,” he said. “That speaks to good reconnaissance and an attacker who knows what they are doing.”

Gathering intelligence on targets and then crafting viruses to exploit specific networks as well as the habits of people using them is “certainly in vogue” and is an attack style heralded by the Stuxnet malware, Marcus said.

Stuxnet, which was detected in July 2010, targeted computer control systems made by German industrial giant Siemens and commonly used to manage water supplies, oil rigs, power plants and other critical infrastructure.

Most Stuxnet infections were discovered in Iran, giving rise to speculation it was intended to sabotage nuclear facilities there, especially the Russian-built atomic power plant in the southern city of Bushehr.

Suspicion fell on Israel and the United States, which have accused Iran of seeking to develop a weapons capability under the cover of a civilian nuclear drive. Tehran denies the charges.

“Stuxnet and Duqu belonged to a single chain of attacks, which raised cyberwar-related concerns worldwide,” said Eugene Kaspersky, founder of Kaspersky Lab, which uncovered Flame.

“The Flame malware looks to be another phase in this war, and it’s important to understand that such cyber weapons can easily be used against any country.”

Flame malware was orders of magnitude larger than Stuxnet and protected by multiple layers of encryption.

It appears to have been “in the wild” for two years or longer and prime targets so far have been energy facilities in the Middle East.

High concentrations of compromised computers were found in the Palestinian West Bank, Hungary, Iran, and Lebanon. Additional infections have been reported in Austria, Russia, Hong Kong, and the United Arab Emirates.

Compromised computers included many being used from home connections, according to security researchers who were looking into whether reports of infections in some places resulted from workers using laptops while travelling.

While Stuxnet was crafted to do real-world damage to machinery, Flame was designed to suck information from computer networks and relay what it learned back to those controlling the virus.

Flame can record key strokes, capture screen images, and eavesdrop using microphones built into computers.

In an intriguing twist, the malware can also use Bluetooth capabilities in machines to connect with smartphones or tablets, mining contact lists or other information, according to security researchers.

“There is lot of intelligence gathering and espionage-like behavior from the malware,” Marcus said. “You can turn that to target any industry you want.

“It looks like the infection spread is specific to Middle East, but malware is indiscriminate in a lot of things so it can jump,” he continued.

Marcus advised companies to not only keep network software up to date but to ratchet up security settings because threats such as Flame are carefully crafted to “fly under the radar”.

For example, Flame reportedly sneaked back out to the Internet by activating a seemingly innocuous Internet Explorer online browsing session.

Geographically targeted cyber espionage and even modular components in viruses have been around for years, Rik Ferguson of security firm Trend Micro said in his blog at countermeasures.trendmicro.eu.

Flame stands out for being a malware behemoth of nearly 20 megabytes and for its use of Bluetooth capabilities, according to Ferguson, who branded the malware a tool, not a weapon.

“You can’t get around the fact that the thing is gigantic,” Marcus said. “Someone went to a lot of trouble to really confound researchers. We are going to be ripping this sucker apart for a long time to figure everything it was doing.”

– AFP/al

Channel News Asia

Man Jailed For Car Rental Scam

31 May

SINGAPORE : A former coffee shop assistant was jailed four and a half years on Thursday for cheating more than a hundred people of a total of S$37,500 in a Hari Raya car rental scam.

39-year-old Ngiu Ah Peng, who is now unemployed, committed 151 offences in total.

Ngiu, along with two unknown persons, posted an advertisement in various newspapers, promoting a Hari Raya car rental package.

It stated that the company, which is also unknown, was renting out vehicles for a week during the Hari Raya period, from August 29 to September 1 last year.

Ngiu and his accomplices received several responses.

They even maintained this ruse when their victims went to their company premises and paid between S$400 and S$800 each time in deposits .

However, when the victims tried to collect their rental vehicles, the company was closed and Ngiu was uncontactable.

Ngiu also cheated several pawnshops with fake Rolex watches, where he made away with between S$3,500 and S$6,000 each time.

He also stole other people’s credit cards from letter boxes to make fraudulent purchases.

– CNA/ms

Channel News Asia

Doctor And 3 Patients Charged Over Selling Cough Mixture Illegally

31 May

SINGAPORE: A doctor and three of his patients have been charged with illegally selling cough mixture containing the pain-relieving drug, codeine.

Dr Ho Thong Chew, 41, a registered doctor of Focus Medical Group in Ang Mo Kio Avenue 1, was charged with 35 counts of contravening the Medicines Act on Thursday.

He allegedly sold 846 canisters of the codeine-laced cough syrup to three patients without a wholesale dealer’s licence over five months from January 2011.

Each canister contained 3.8 litres of the mixture.

Dr Ho’s case will be heard again on June 11.

The other three accused are Yap Beng Keong, 37; Ng Yong Yi, 30; and Ng Jin Jie, 28.

They were alleged to have sold the cough mixture which they bought from Dr Ho.

Yap, who faces nine charges, allegedly bought 424 canisters of the cough mixture from Dr Ho and sold them in Geylang and Yishun between January and March last year.

His case will be mentioned again on June 11.

Ng Yong Yi, who faces 14 charges, is said to have bought 374 canisters from Dr Ho and allegedly sold them in Geylang from February to May last year.

He will appear in court again on June 1.

Ng Jin Jie, who faces 11 counts, allegedly sold 48 canisters he bought from Dr Ho from his flat in Yishun, between March and May last year.

Ng told the court, through his lawyer, that he would plead guilty later on Thursday.

Under the Medicines Act, it is illegal to sell medicinal products without a wholesale dealer’s licence.

Offenders can be jailed up to two years and fined a maximum of S$5,000.

– CNA/wm

Channel News Asia

Kongsi Seronok Euro 2012

31 May

HANYA berbaki beberapa hari lagi dunia bakal menyaksikan kejohanan bola sepak paling berprestij untuk tahun ini. Justeru, ramalan yang dibuat juga memaklumkan ramai penonton akan melekat di kaca TV untuk menyaksikan Kejohanan Bola Sepak Eropah UEFA 2012 (Euro 2012) yang semestinya fenomena di seluruh dunia.

Sehubungan itu, ntv7 akan menyiarkan siaran ulangan perlawanan itu pada setiap hari bermula jam 8.30 malam hingga 10.30 malam. Oleh itu, beberapa waktu siaran rancangan ntv7 akan diubah buat seketika.

Slot siaran perdana seperti IRT Deadliest Roads, Breaking the Magician’s Code, Ghost Adventures Season 4, The V Squad, Bilik 7, Minute to Win It, serta drama bersiri Cina tempatan akan dihentikan sementara bermula Jun untuk memberi laluan kepada siri perlawanan bola ini yang akan berlangsung itu.

Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad (MPB), Ahmad Izham Omar berkata, pihak syarikat tidak sabar untuk menyiarkan siaran langsung dan siaran ulangan perlawanan itu di dua stesen utama iaitu TV3 dan ntv7 bermula 8 Jun ini.


“Kegilaan bola kini semakin hampir dan MPB menerusi TV3 dan ntv7 sudah bersedia untuk berkongsi keseronokan ini bersama rakyat seluruh negara,” katanya.


Pun begitu, apabila tiada perlawanan dijadualkan pada beberapa hari termasuklah pada 21, 26 dan 27 Jun, ntv7 akan menyiarkan beberapa filem Cina terkini seperti Romantic Dream lakonan Lau Ching Wan, Leo Ku, Kingdom Yuen.

Tidak ketinggalan, filem Master Wong Lwn Master Wong lakonan Alan Tam, Teresa Mo dan Eric Tsang. Begitu juga filem Just Follow Law yang dibintangi Fann Wong, Gurmit Singh.

Bagi slot Hong Movie Friday yang bersiaran pada setip Jumaat, jam 10 malam kini diubah siarannya pada Ahad jam 11 malam. Begitu juga dengan slot ‘Sunday Movie’ yang sering menyiarkan filem Inggeris hebat kini akan disiarkan sementara waktu pada Sabtu, jam 11 malam sepanjang kejohanan bola sepak itu berlangsung.

Ini bermakna penonton tetap akan menonton kedua-dua slot menarik itu di sepanjang hujung minggu mereka.

Apapun, Slot LOL (Laugh Out Loud) yang disiarkan setiap Sabtu, jam 10 malam juga terpaksa dihentikan untuk seketika bermula 9 Jun. Sebelum ini, slot

itu diisi dua siri sitkom Hollywood hebat iaitu Two And A Half Men (musim kesembilan) dan How I Met Your Mother (musim enam).

Bukan itu saja, drama bersiri Hartamas musim 2, Incredible Tales musim 4, Exploration: Nature’s Deadliest dan CSI Miami musim 7 juga akan mengalami perubahan siaran.

Sehubungan itu, siaran langsung dan ulangan Euro 2012 di TV3 dan ntv7 merangkumi 16 perlawanan termasuklah upacara pembukaan, suku akhir, separuh akhir dan perlawanan akhir. TV3 akan menyiarkan semua 16 perlawanan itu secara langsung manakala ntv7 pula akan menyiarkan siaran tertunda dan ulangan setiap hari bermula jam 8.30 malam hingga 10.30 malam.

Kepada peminat bola sepak tanah air, semua siaran perlawanan itu secara langsung dan ulangan boleh juga ditonton menerusi http://www.tonton.com.my. Bagi keterangan lanjut mengenai perlawanan Euro 2012 di ntv7, boleh layari http://www.ntv7.com.my atau ikuti perkembangan ntv7 melalui Facebook atau Twitter.

Harian Metro

S’pore Govt To Spend S$1.2b On Infocomm Contracts In 2012

31 May

SINGAPORE – The government plans to call S$1.2 billion worth of new infocomm tenders in the financial year 2012 – a shade over what was awarded in the last financial year, when the government awarded 638 infocomm contracts worth more than S$1.12 billion.

“The government’s continual infocomm investment in the public sector will help to enhance operational efficiency and productivity within the public sector and improve public service delivery to citizens and businesses,” said the Infocomm Development Authority of Singapore (IDA) in a media release on Thursday.

“For the infocomm industry, this presents business opportunities to provide innovative solutions and services to the public sector. The opportunities are in areas like learning management system, data analytics, e-services and portals, and business process management.”

The IDA also announced that the government will be piloting a process to acquire innovative ICT solutions.

Known as Call-for-Solution, the process calls for proposed ICT solutions with working prototypes for evaluation by IDA and participating agencies.

Contracts will be awarded to selected proposals for pilots and implementation.

This process will allow government agencies to collaborate more closely with the infocomm industry on ICT innovation, said the agency in its news release.

The National Library Board will be the first participant in this two-year pilot.

The IDA also announced a “Harnessing Data for Value Creation” Call-for-Collaboration (CFC), inviting the industry to create value with government data.

Businesses can use the data to develop impactful solutions to enhance productivity, aid in analysis and planning or create new business value.

The CFC is a multi-agency effort led by IDA and the Ministry of Finance (MOF) in collaboration with other government agencies such as the Department of Statistics (DOS), Energy Market Authority (EMA), Health Promotion Board (HPB), Land Transport Authority (LTA), National Environment Agency (NEA), National Library Board (NLB), National Parks Board (NPARKS) and Singapore Land Authority (SLA).

The “Call-for-Collaboration” initiative was introduced in 2009 and has yielded applications such as “quantum inventions” and “show-nearby”.

Analysts have lauded such efforts to create new business value.

Abhineet Kaul, Frost & Sullivan’s senior consultant for public sector consulting (Asia Pacific), said: “When you look at government data, it can come in many forms.

“It could be very simple non-personalised data like traffic or bus timings or it could be very personalised data like who is travelling where or data related to your IC.

“The biggest source of data for companies in Singapore is the government. If the government is willing to share the data with businesses to improve the solutions, it will be very good for the overall industry.”

Mr James Kang, assistant chief executive (Government Chief Information Office) at IDA, speaking at the Industry Briefing 2012 on Business Opportunities for Infocomm in the Public Sector, said the government will be looking for innovative infocomm solutions for other projects.

One such project is the Workplace of the Future that aims to transform the public sector workplace and capabilities, with a view to improve productivity and empower public officers to proactively share knowledge, work smarter and faster together, across agencies for better service delivery, according to the IDA.

Another project is the Government Cloud, G-Cloud, where the government plans to have the G-Cloud Infrastructure as a Service ready by end of this year to provide efficient, scalable and resilient cloud computing resources designed for government requirements of performance, governance and security.

Among the public sector infocomm tender projects are those from the Ministry of Defence, Central Provident Fund Board and Ministry of Manpower.

– CNA/ir

Channel News Asia

Konsert Terbesar Maher Zain

31 May

KEHEBATAN penyanyi dakwah kontemporari, Maher Zain, semakin menyerlah. Ramai cukup tersentuh mendengar alunan vokalnya dalam lagu Insya-Allah melalui album pertamanya, Thank You Allah, sejak dua tahun lalu.

Selepas pernah beraksi di Malaysia, sekali lagi Maher akan datang menghiburkan peminatnya dalam sebuah konsert khas pada 16 Jun ini di Stadium Merdeka.

Konsert itu adalah rangkaian Konsert Maher Zain World Tour: Forgive Me Concert yang dianjurkan jenama minyak wangi One Drop Perfumes. Ini adalah kali pertama produk pengguna keluaran tempatan bekerjasama dengan selebriti antarabangsa bagi melangsungkan konsert sebesar ini di Stadium Merdeka.

Menurut Pengarah Eksekutif One Drop Sdn Bhd, Zetty Ismail, konsert ini diadakan bagi mengucapkan terima kasih kepada pengguna dan pengedar One Drop Perfumes di Malaysia.


“Sebagai peneraju utama industri minyak wangi di Asia, One Drop Perfumes sering mendapat perhatian masyarakat Malaysia kerana banyak menghasilkan individu yang berjaya di dalam perniagaan minyak wangi.


“Kami sekali lagi menjadi perhatian masyarakat apabila menjadi produk jenama tempatan yang pertama menganjurkan konsert bertaraf antarabangsa bersama Maher Zain bagi menghargai semua pengguna dan pengedar kami.

“Pengguna kami tidak pernah jemu-jemu menyokong dan menaruh kepercayaan terhadap kualiti dan jenama One Drop Perfumes. Hasil sokongan inilah menjadikan One Drop Perfumes pilihan semua lapisan masyarakat, baik dari golongan remaja mahupun warga emas,” katanya.

Dalam memperkasakan jenama itu, beliau berkata, pihak syarikat menerapkan beberapa langkah penting seperti memastikan harga barangan kekal pada tahap lama iaitu RM25 hingga RM40 sekotak walaupun kos bahan mentah sudah melambung tinggi sejak dua tahun lalu.

“Antara langkah lain pihak kami adalah dengan menganjurkan konsert sebegini bagi menghiburkan pengguna dan pengedar. Jarang sekali syarikat tempatan diberi peluang untuk bekerjasama dengan artis yang cukup diminati di peringkat antarabangsa. Oleh itu One Drop Perfumes tidak melepaskan peluang ini demi memberi hiburan yang berbentuk Islamik kepada masyarakat kita.

“Sejumlah tiket bernilai RM40,000 akan diberikan kepada pengguna dan pengedar One Drop Perfumes. Bagi mereka yang dalam rangkaian pengedaran produk ini akan menerima satu jemputan khas yang dimuat dalam setiap satu karton One Drop Perfumes yang bersaiz 10ml.

“Bagi pengguna pula, mereka berpeluang memenangi tiket dan peluang bertemu penyanyi kacak ini secara peribadi apabila membeli setiap satu botol bersaiz 10ml.

“Setakat ini kadar jualan tiket kepada orang awam sangat laris dan di luar jangkaan semua pihak yang terbabit. Maher bakal tampil dengan persembahan yang bertenaga bersama menyajikan pelbagai lagu baru dan lama untuk hiburan semua yang hadir,” katanya.

Beliau berkata, bagi peminat yang berminat untuk memenangi tiket dan peluang beramah mesra dengan Maher, mereka boleh hubungi 03-55108 0441 atau http://www.onedropperfumes.com untuk maklumat lanjut.

Harian Metro