Terpaksa Berkasih

31 May

SESUDAH hubungan yang terjalin selama lebih lima bulan terlerai tidak mampu diselamatkan penghujung Februari lalu, bintang muda yang makin jelita, Miera Liyana dan Shahrizal Jaszle akhirnya dipertemukan kembali menerusi drama 13 episod berjudul Harapan.

Meskipun janggal dan mengakui tidak selesa, komitmen dan tanggungjawab sebagai seorang anak seni perlu didahulukan.

Usik Miera yang ditanya mengenai perasaan dan persediaan emosinya apabila digandingkan semula dengan bekas kekasihnya yang juga aktor popular itu, itulah cabaran dan asam garam menjadi anak seni yang perlu ditempuh.

“Bohong kalau saya katakan tidak rasa apa-apa mengenai perkara ini, namun apa yang mampu saya lakukan. Inilah periuk nasi saya dan apa yang perlu dilakukan sekarang adalah profesional dan hanya melunaskan tanggungjawab menghidupkan watak yang diberi walaupun sukar dinafikan, saya berasa amat janggal dan sedikit kekok.


“Bayangkan, kami terpaksa berlakon sebagai pasangan kekasih semula dan itu adalah satu cabaran besar buat saya untuk mengawal emosi dan hanya memandang ke depan tanpa memikirkan lagi soal sejarah kami berdua sebelum ini. Maklumlah, watak yang kami pegang adalah pasangan kekasih yang mana menuntut babak bertentang mana, romantik dan berpelukan. Itu lebih membuatkan saya rasa janggal.


“Alhamdulillah setakat ini saya mampu berdepan dengan situasi itu dan kekal profesional. Apa yang penting, saya hanya memastikan watak yang saya lakonkan itu berkesan dan hanya berkomunikasi untuk hal kerja saja. Selebihnya, saya hanya mengasingkan diri dan melakukan hal peribadi saja di lokasi penggambaran,” katanya.

Hubungan gadis lincah yang punya personaliti besar berusia 19 tahun ini berpisah dengan Shahrizal juga pelakon utama filem Azura dan drama siri Asmara pada Februari lalu kerana lelaki itu dikatakan berlaku curang.

Rentetan dari kisah pergolakan hubungan mereka, Miera dikatakan tidak dapat menerima lagi Shahrizal dan hanya menyifatkan segala-galanya sebagai fasa yang memberi pengalaman untuk mematangkan dirinya.

Drama 13 episod ini, Harapan diarahkan pengarah dari India iaitu Ishal dan mengangkat konsep cinta remaja yang penuh warna hingga akhirnya mampu mengundang pelbagai emosi kepada penonton.

Diusik mengenai keputusannya menerima tawaran untuk berlakon bersama sedangkan pernah punya sejarah bersama, Miera yang begitu bijak menyusun kata mengatakan tawaran tersebut diperolehnya lebih awal sebelum dimaklumkan pihak produksi bahawa Shahrizal turut serta dalam drama berkenaan.

“Sebaik saya menerima tawaran untuk membintangi drama ini dan meneliti perjalanan skripnya, saya tertarik dengan idea dan konsep drama itu yang bertemakan percintaan remaja yang kebanyakan warna dalam plot ceritanya bukan kebiasaan. Sebab itu, saya menerima tawaran tersebut tanpa memikirkan soal siapa pula yang menjadi hero. Saya tidak sangka pula dia (Shahrizal) juga ditawarkan untuk memegang watak utamanya.

“Mungkin juga saya tidak akan mengambil tawaran ini jika saya tahu daripada awal yang dia akan berlakon sama. Bukan mengikutkan perasaan atau tidak profesional, namun apa yang pernah kami lalui masih baru dan belum sepenuhnya saya dapat melupakannya.

“Bagaimanapun, saya menetapkan syarat kepada syarikat produksi iaitu kami hanya berlakon atas dasar profesional dan tiada isu peribadi perlu dilibatkan sepanjang penggambaran,” katanya lagi yang turut terbabit dengan penggambaran drama Pencinta terbitan Grand Brilliance.

Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: