Emilia Contessa Tak Sabar

31 May

BAGI mereka yang membesar dengan penyanyi popular era 1970-an, Emilia Contessa pasti tidak asing dengan lagu popularnya iaitu Mimpi Sedih, Layu Sebelum Berkembang, Kuda Ku Lari, Pak Pong Pak Mustafe dan Burung Dalam Sangkar yang masih meniti di bibir peminat sama ada di Indonesia, Singapura, mahupun, Malaysia, sampai hari ini.

Lagu lain yang turut melonjakkan nama penyanyi bersuara besar ini pada era kegemilangannya dulu ialah Biarlah Sendiri, Bunga Mawar, Melati, Rindu, Setangkai Bunga Anggrek dan Nasib Pengembara (duet dengan mendiang Broery Marantika), Penasaran, Kehancuran, Angin Malam, Mungkinkah, Pak Ketipak Ketipung, Hitam Manis, Main Tali, Penghibur Hati (duet dengan Benyamin S), Kopi Susu dan Jatuh Cinta.

Bukan saja menempa nama dalam bidang nyanyian, Emilia juga hebat di layar perak. Malah, lakonan mantapnya sebagai gadis buta dalam filem Akhir Sebuah Impian bergandingan dengan Broery pada 1973 turut mencetuskan fenomena pada zamannya hingga diberi gelaran sebagai ‘Singa Panggung Asia’ oleh Majalah Asiaweek pada 1975.

Namun, kali terakhir, Emilia yang sezaman dengan Datuk Sharifah Aini dan D’lyodd berkunjung ke negara ini ialah kira-kira 13 tahun lalu. Beliau juga pernah berduet dengan penyanyi tempatan, Liza Aziz tidak lama dulu.


Difahamkan usaha untuk membawa penyanyi ‘evergreen’ ini ke sini sudah lama, tetapi beliau yang terlalu sibuk dengan pelbagai agenda seninya termasuk pelbagai majlis eksklusif di Indonesia.


Tidak hairanlah, ramai peminat setia Emilia yang ternanti-nanti kehadirannya di Malaysia, sekali gus untuk mengubat kerinduan mereka padanya.

Bagi memenuhi permintaan peminat Emilia di sini, Broadway Media dengan kerjasama Persatuan Ikawa Malindo serta Sahara Oasis akan menganjurkan majlis sambutan Hari Ibu 2012 dengan tema ‘Dinner, Singing, Dancing with the Star – Emilia Contessa’ yang berlangsung di Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur pada 1 Jun ini jam 7.30 malam.

Inilah masanya, peminat terutama golongan ibu termasuk wanita yang bergelar ibu tunggal sama-sama mengimbau nostalgia dengan lagu popular Emilia khusus untuk hari istimewa meraikan kaum wanita ini.

Peminat pasti terpukau dengan persembahan Emilia yang masih bertenaga dan aktif memenuhi undangan persembahan anjuran pelbagai pihak pada usia mencecah 54 tahun.

Menurut penganjur, Emilia yang selesa dengan imej bertudung juga nampaknya tidak sabar bertemu peminatnya di sini, sekali gus menjanjikan persembahan terbaik buat peminatnya pada malam itu nanti.

Mengimbas latarnya, pemilik nama sebenar, Emilia Hasan yang juga anak pasangan Hasan Ali dan Anna Susiani dilahirkan tanggal 23 September 1957 di Banyuwangi, Jawa Timur, Indonesia.

Sehingga hari ini, Emilia sudah menghasilkan belasan album termasuk album Islamik Samudera Shalawat (2000). Filem lakonannya pula yang diingati peminat ialah Tanah Gersang (1971), Perkahwinan, Takkan Kulepaskan (1972), Dosa di Atas Dosa, Akhir Sebuah Impian, Tokoh, Perempuan (1973), Aku Mau Hidup, Calon Sarjana, Pilih Menantu, Ratapan Anak Tiri, Tangisan Ibu Tiri, Tetesan Air Mata Ibu (1974) dan Senja Di Pantai Losari.

Menyentuh sisi peribadinya pula, Emilia berkahwin dengan Rio Tambunan pada 1976 dan dikurniakan dua anak iaitu penyanyi Denada Elizabeth Anggia Ayu dan Enrico Wendri Rizky.

Kemudian, beliau bernikah pula dengan Abdullah Surkaty dan dikurniakan seorang anak, Muhammad Surkaty. Seterusnya dia bernikah dengan lelaki keturunan Arab yang juga duda beranak dua, Ussama Muhammad Al Hadar dan mendapat seorang anak lelaki, Kaisar Hadi Haggy Al-Hadar.

Buat peminat Emilia, jangan lepaskan peluang keemasan untuk menyaksikan persembahan hebat penyanyi ini nanti. Keterangan lanjut dan tempahan tiket, sila hubungi Eva 013-2007888, pejabat Persatuan Ikawa Malindo, 03 40242676 dan faksimile 03 40242696.

Harian Metro

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: