Drama Menarik Hari Gawai

31 May

KISAH kehidupan masyarakat di Sarawak sering menarik perhatian ramai. Tidak kira pelancong, penonton juga teruja menyaksikan drama yang membawakan kisah masyarakat ini yang dianggap unik dan penuh tradisi.

Menerusi telefilem terbaru Kumang, Sulu, Ati Aku, ia mengisahkan perhubungan cinta antara dua individu berbeza latar belakang agama dan budaya yang dipertemukan atas dasar cinta.

Mengambil salah satu kisah masyarakat di Sarawak, watak utama David, lelaki India bekerja di Kuala Lumpur (KL) jatuh cinta pada seorang gadis keturunan Iban iaitu Cynthia yang tinggal di Sarawak.

Perasaan cinta David pada gadis itu semakin kuat apabila tiba perayaan Hari Gawai. Acara keramaian masyarakat Iban itu mengingatkan David kenangan ketika pertama kali menjejakkan kaki di negeri Bumi Kenyalang itu.


Ketika itu, David berkunjung ke sana kerana ingin mencari bahan menarik untuk majalah syarikat dia bekerja. Pada masa itu, David berkenalan dengan Cynthia yang menang pertandingan Kumang iaitu wanita tercantik yang memakai pakaian tradisi Iban.


Bermula dengan perkenalan, percintaan mereka tidak mampu dipisahkan Laut China Selatan. Cynthia akhirnya mengambil keputusan lari mengikut David ke Kuala Lumpur selepas difitnah Jombet yang menyatakan cintanya tidak dibalas gadis itu.

Tujuh tahun berlalu selepas David dan Cynthia mengambil keputusan mendirikan rumah tangga, mereka dikurniakan cahaya mata iaitu Felicia. Di sebalik kebahagiaan keluarga ini, perasaan David sentiasa dibelenggu perasaan bersalah terhadap ibu bapa Cynthia iaitu Apai dan Indai.

Dalam diam, Cynthia juga bersedih setiap kali Hari Gawai tiba dan situasi itu turut dirasai suaminya. Suatu hari, David tekad membawa Cynthia pulang ke kampung isterinya bertemu semula dengan ibu bapanya.

Kepulangan yang dinanti ini memberi harapan kepada David agar dia tidak lagi dibelenggu perasaan bersalah selepas berkahwin dengan wanita itu.

Kehadiran David dan Cynthia tidak disambut mesra Apai tetapi perasaan kasih anak pada bapa akhirnya membuatkan lelaki itu lembut hati untuk menerima anaknya semula.

Bagi penonton setia RTM, jangan lepaskan peluang menyaksikan telefilem menarik ini yang disiarkan menerusi slot Sutera On 2 pada hari ini, 31 Mei ini, jam 2 petang.

Telefilem ini dijayakan Shashi Tharan, Jennifer Jack, Iwan Dasri, Ferra Zillah dan Hanson T Rapah.

Turut disiarkan sempena Hari Gawai, drama Pengayau Kumang dibintangi Chomatt Samad, Tony Eusoff, Aripah Damanhuri dan Nadia Mustafa mengisahkan bagaimana Tingang yang tinggal di Melbourne mengambil keputusan pulang ke Sarawak untuk menyambut Hari Gawai selepas 20 tahun berlalu.

Begitu juga kepulangan Tingang menyingkap semula kenangan silam sehingga mengetahui anak angkatnya, Kevin adalah anak Idai yang sudah sekian lama tidak berjumpa.

Telefilem Pengayau Kumang pula disiarkan pada 1 Jun, jam 2.30 petang.

Kedua-dua telefilem menarik ini disiarkan menerusi TV2.

Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: