Yusry & Lisa Mahu Majlis Perkahwinan Yang Sederhana

24 Dec

Ditulis oleh Tajul

Selepas sekian lama menanti, akhirnya pasangan popular Yusry Abd. Halim dan Lisa Surihani telah mengumumkan mereka bakal diijabkabulkan pada majlis pernikahan di Masjid Tuanku Jaafar, Putrajaya pada 23 Februari 2012 selepas solat Asar. Majlis persandingan pula akan diadakan pada 26 Februari 2012 di Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) .

Bercerita tentang majlis perkahwinan mereka, Yusry memberitahu bahawa dia tak mahu ada pihak yang akan melabelkan perkahwinan mereka nanti sebagai ‘wedding of the year’ kerana merpati dua sejoli ini hanya mahu sekadar majlis yang sederhana dan ringkas sahaja.

“Tentang tajaan, kami tak menolak jika ada pihak yang berniat ingin menaja perkahwinan kami nanti. Kalau ada pihak yang ingin menaja, Alhamdulillah.

“Tapi apa yang penting kami tak mahu ia menjadi satu pertunjukan kerana ini adalah perkahwinan. Kami terbuka asalkan sesuai dengan konsep yang simple dan elegent.

“Kami mahukan perkahwinan yang sederhana saja. Lisa sendiri tak mahu majlis perkahwinan kami nanti terlalu mewah dan bermegah kerana apa yang penting baginya adalah semasa kami dinikahkan nanti,” ujar Yusry semasa sidang media pengumuman tarikh pernikahan dan persandingan mereka di Hotel Marriot Putrajaya.

Ditanyakan pula tentang sama ada Yusry akan membenarkan Lisa meneruskan kerjaya sebagai pelakon selepas mereka mengikat ikatan, Yusry memberitahu dia tak kisah dan tak menghalang Lisa untuk bekerja atau pun duduk dirumah nanti.

“Dalam hubungan dan juga perkahwinan, kita harus terima seadanya pasangan kita. Saya mengenali Lisa sebagai seorang pelakon dan saya terima dia sebagai seorang pelakon.

“Jadi, saya tidak boleh menghalang dan tidak menjadi masalah untuk saya jika dia ingin teruskan kerjayanya sebagai seorang pelakon selepas kami mendirikan rumahtangga nanti.

Sementara itu, Lisa pula memberitahu yang dia ada berbincang soal perkara ini dengan Yusry dan Yusry tak mempunyai sebarang masalah jika dia ingin tetap berlakon walaupun sudah berkahwin nanti.

“Yusry amat memahami minat dan kerjaya saya sebagai seorang pelakon. Iyalah, dia pun seorang pengarah dan orang dalam industri ini.

“Selepas bergelar isteri nanti, saya masih akan berlakon dan meneruskan kerjaya yang saya cintai ini kerana saya langsung tak pernah terfikir untuk berhenti bila berkahwin nanti,” kata Lisa yang popular menerusi watak Mila dalam filem Ombak Rindu.

Mangga Online

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: