Archive | June, 2011

Alleycats Tonjol Anak Loga

29 Jun

LAGU popular Andainya Aku Pergi Dulu, Kisah Kau dan Aku dan Sampaikan Salam Cintaku antara karya malar segar yang mengimbau kenangan peminat bersama band legenda, Alleycats.

Sejak ditubuhkan pada 1968, kumpulan ini tidak pernah berpecah apa lagi bersara. Cuma yang tiada kini adalah Loga, saudara kandung Datuk David Arumugam yang sudah pergi buat selama-lamanya.

Bertapak di kelab malam, Alleycats akhirnya disunting merakamkan album bermula yang pertama, Terima Kasih (1979) sehinggalah Rasa (2006).

Sekian lama menanti, tibalah giliran Alleycats beraksi lagi dalam sebuah konsert hebat di Panggung Sari, Istana Budaya (IB), Kuala Lumpur. Tanggal yang diberikan kepada mereka adalah pada 16 hingga 18 September ini.

David ketika ditemui pada sidang media, baru-baru ini berkata, konsert anjuran Aktif Mestika Sdn Bhd dengan kerjasama IB itu bukan saja bagi menghargai peminat, tetapi meraikan ulang tahun ke-43 pembabitan Alleycats dalam bidang seni.

Band otai ini yang pernah mengadakan persembahan di IB pada 2008 dan kini bersemangat kembali menggegar pentas dalam persembahan lebih istimewa.

“Saya suka dengan IB kerana sistem audio dan ruang pentasnya sesuai untuk persembahan bertaraf konsert besar. “Dalam persembahan yang dijangka lebih sejam itu, saya akan bergantung pada reaksi peminat untuk menyanyikan lagu.

“Kalau saya kurang bercakap, mungkin saya nyanyi lebih. Bagi saya, menyanyi bersama pemuzik orkestra kali ini memberikan kelainan.

“Saya tidak pernah menyanyi bersama orkestra, tetapi pernah menggunakan instrumen tradisional. Menariknya, saya mahu melihat bagaimana lagu Alleycats disatukan dengan muzik orkestra,” katanya yang masih aktif menyanyi.

Sambil berhibur, vokalis berusia 61 tahun ini menyatakan persembahan itu juga menjadi tanda penghargaan kepada Loga. Persembahan segmen pertama membawa konsep 1Malaysia menyaksikan Alleycats mendendangkan lagu pelbagai bahasa manakala segmen kedua, Tribute To Loga merujuk pada persembahan lagu popular bersama mendiang seperti Berjuta Batu, Jika Kau Bercinta Lagi dan Suratan. Segmen kedua turut menyaksikan anak Loga, Priyadashini yang akan menyanyikan lagu popular ayahnya. Itu antara tarikan konsert nostalgia ini. “Komposer Eddie Marzuki akan terbabit sebagai pengarah muzik dan kami mula berbincang mengenai bentuk susunan lagu dan muzik untuk persembahan ini nanti,” katanya yang perlu merujuk kepada lirik kerana kumpulan mereka ada banyak lagu.

David berpandangan lagu Alleycats bukan saja malar segar malah berharap, ia mendidik pendengar sambil mengeratkan perhubungan keluarga antara ibu bapa dengan anak dan masyarakat majmuk.

“Alleycats bertahan dalam industri bukan kerana saya seorang, tapi atas sokongan peminat yang begitu berterusan,” katanya.

Bagi Priyadashini pula, dia berusaha berkongsi pengalaman untuk menjayakan konsert ini sebagai kenangan manis buat peminat Alleycats. Gadis berusia 23 tahun ini sering mengadakan persembahan di dalam dan luar negara.

“Ini merupakan pengalaman pertama kali saya beraksi di pentas IB. Saya aktif menyanyi sejak usia 17 tahun dan pernah mengadakan pelbagai persembahan seperti Festival Muzik Jazz di Korea Selatan tahun lalu.

“Pada 9 Mei nanti, saya juga ada persembahan di London. Sebenarnya saya sukar menyanyikan lagu bapa kerana ia memberi cabaran besar.

“Saya pernah menangis di pentas apabila tatkala menyanyikan lagu ayah, tetapi kali ini, saya berusaha untuk kuatkan semangat menyanyi bersama orkestra,” katanya.

Hadir sama pada sidang media acara itu Ketua Pengarahnya, Mohamed Juhari Shaarani. Tiket konsert berharga RM65, RM85, RM125, RM165, RM205, RM245, RM305 dan RM450 boleh dibeli di kaunter Box-Office, IB dan menerusi laman sesawang, http://www.ticket2u.biz.

Harian Metro

SOSEHSOSEH: Que Haidar Kembali Berlakon

29 Jun

PENGUMUMAN! Pengumuman! SS ada berita baik buat peminat industri hiburan khususnya peminat fanatik, Que Haidar kerana aktor itu kembali menggegarkan persada lakonan selepas hampir setahun bersara.

Projek yang bakal dijayakan Que adalah filem sekuel Rock 2 arahan Mamat Khalid di mana Que juga terbabit dalam pembikinan pertamanya.

Bagi mereka yang pernah menonton filem Rock sebelum ini, pastinya masih terbayang watak Amy, seorang anak muda yang bercita-cita untuk menjadi penyanyi rock terkenal. Bagaimanapun, ketika pertandingan kugiran diadakan dia diserang cirit-birit.

Penggambaran sekuel Rock 2 itu akan dijalankan tidak lama lagi dan Harian Metro turut diundang Primeworks Studios ke lokasi penggambaran untuk membuat liputan di balik tabir filem itu di Ipoh, Perak pada 6 Julai ini.

Selain Que, turut menjayakan filem ini adalah Khir Rahman, Sofi Jikan, Pekin Ibrahim dan ramai lagi. Cuma SS tertanya-tanya di manakah Hasnol Rahmat yang memegang watak utama sebagai Zack? Mungkin hal ini boleh ditanya kemudian kepada Mamat Khalid.

Apa yang pasti, SS percaya lagi yakin, peminat setia Que adalah orang yang paling gembira mendengar keputusannya itu termasuk penggiat seni perfileman kerana memang terasa benar kehilangan Que sewaktu dia mengumumkan persaraannya pada November 2010 lalu. Masakan tidak, sudahlah industri tidak punya pelakon berkaliber, Que yang diharap-harapkan menjadi ‘legend’ dalam arena lakonan pula bersara sebelum sampai waktunya. Apapun, tahniahlah pada Que dan selamat kembali mewarnai persada lakonan yang sememangnya merindui aksi-aksi dan sentuhan raga insan bernama Que Haidar.

Harian Metro

‘Ustaz Poyo’ Curi Tumpuan!

27 Jun

SEJAK muncul dalam telemovie Kashaf Imani di Astro Ria dan seterusnya filem Nur Kasih The Movie, ramai peminat tempatan mula mengalih perhatian kepada Beto Kusyairy.

Hakikat ini kerana dalam Khashaf Imani, Beto memegang peranan sebagai remaja bermasalah yang kemudian rohnya terawang-awang ketika berada dalam koma. Drama ala filem Ghost itu menggandingkan dia dengan Sharifah Amani.

Seterusnya lakonan Beto dapat dilihat dalam Nur Kasih The Movie sebagai Ustaz Wahid. Walaupun muncul hanya dalam satu babak, lakonan Beto sebagai ustaz yang skeptikal dan enggan memberi ceramah kepada sekumpulan remaja, meninggalkan impak.

Dalam penonton mempertikaikan tindakan Ustaz Wahid, nyata ia memberikan impak positif kepada Beto.

“Saya sempat masuk ke panggung menonton tayangan Nur Kasih The Movie.

Apabila tiba babak saya berdebat dengan Remy Ishak, terdengar suara-suara berkata: ‘Poyonya ustaz ni…’.

“Sedikitpun saya tak kecil hati dan terharu lakonan saya sampai,” kata Beto kepada Rap, baru-baru ini.

Sebenarnya kalau diimbas bukan sehari dua Beto berlakon. Sebelum Kashaf Imani dan Nur Kasih The Movie lagi dia sudah mengasah bakat dalam pelbagai medium seperti teater, drama dan filem, malah menjadi pelagak ngeri.

Beto atau nama sebenarnya Nurkusyairy Zakuan Osman, 31, mempunyai Diploma Komunikasi Massa dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam. Walaupun ada pelakon lain seangkatannya dilihat seakan mengejar glamour, Beto lain kerana dia lebih suka menjalani kehidupan anak seni secara sederhana.

“Saya selesa dengan cara hidup sekarang. Saya akan gembira apabila pengarah berpuas hati dengan hasil kerja saya dan begitu juga penonton,” katanya.

Perjalanan seni Beto bermula secara serius pada 2003 melalui Tersasar Di Jalanmu arahan Erma Fatima.

“Habis sekolah saya terus bekerja dengan syarikat produksi dan membuat kerja di belakang tabir seperti menjadi jurugegas, kru dan petugas jabatan seni.

“Saya juga pernah menjadi pelagak ngeri dan pemandu peribadi Erma Fatima sebelum terjun ke bidang lakonan. Selepas Tersasar Di Jalanmu, saya diberi peluang membintangi filem Syaitan arahan Bade Azmi.

“Di situlah saya memperoleh peluang bertemu Rosyam Nor dan dialah yang menyarankan saya menggunakan nama komersial Beto. Beto juga adalah nama watak sebuah drama Mexico mengenai persahabatan,” katanya.

Selepas memperoleh kepercayaan Erma dan Bade, akhirnya Beto melebarkan bakat lakonannya di bawah arahan Kabir Bhatia dengan membintangi Kekasih Ku Seru diikuti, Nur Kasih The Movie.

Beto juga pernah membintangi drama Warkah Terakhir Rosli Dobhi dan terbaru Cita Dan Cinta serta Wasiat yang sedang ditayangkan di TV9.

“Dalam Cinta Dan Cinta, saya pegang watak pemuda yang tersepit dengan kedaifan sejak ayahnya meninggal dunia. Dia memasang impian menjadi seorang pelukis terkenal.

“Manakala dalam Wasiat pula, saya menjadi Sufian, anak orang gaji yang dibesarkan keluarga majikan. Sufian meminati sukan tomoi. Untuk itu saya kena beraksi lasak,” katanya yang akan muncul dalam filem Jalan Pintas arahan Nam Ron, Barajiwa (Osman Ali) dan Chow Kit (Brando Lee).

Harian Metro

Women Arrested For Soliciting At RWS

26 Jun

SINGAPORE – Police have arrested two Vietnamese women who were suspected of soliciting at the Resorts World Sentosa casino yesterday.

The two women, aged 28 and 32, had approached a security officer at the casino and offered him sexual services for S$250.

The security officer alerted his supervisor, who reported the matter to the Police. Investigations are ongoing.

If found guilty, they could each be fined up to S$1,000. In the case of a second or subsequent conviction, they could fined up to S$2,000 and jailed for up to six months.

Today Online

KL Gangster Menuju RM11j

26 Jun

KEJAYAAN filem KL Gangster arahan Syamsul Yusof mencatat kutipan tertinggi mencecah lebih RM10 juta membuktikan filem Melayu masih ada pasaran besar
di negara sendiri jika digarap dengan baik.

KL Gangster yang mula ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 9 Jun lalu mencatat kutipan kasar RM10.6 juta untuk tempoh 14 hari sehingga kelmarin.

Dengan sambutan hangat daripada orang ramai yang terus ghairah untuk melihat karya kelima arahan Syamsul itu, menyakinkan pihak panggung yang ia mampu mencatat angka RM11 juta sehingga Ahad ini.

Malah, filem terbitan Skop Productions Sdn Bhd dan dijayakan Aaron Aziz, Adi Putra, Syamsul dan Sheera Iskandar ini dijangka terus bertahan selama sebulan di pawagam walaupun satu demi satu filem baru ditayangkan seperti 3,2,1 Cinta pada 16 Jun dan semalam 23 Jun filem seram Rasuk mula menghantui pawagam dan Sekali Lagi pada 30 Jun.


Produsernya, Datuk Yusof Haslam memanjatkan kesyukuran dan rasa bangga dengan kejayaan buah tangan terbaru anaknya yang mula menunjukkan kejayaan pada hari pertama tayangan dengan angka RM1.5 juta.


Katanya, pihak panggung meramalkan KL Gangster mampu mencecah RM11 juta pada Ahad ini, bahkan menunjukkan minat untuk terus menayangkan filem ini selama sebulan berdasarkan sambutan penonton.

“Sudah tentu kejayaan ini satu kebanggaan buat saya dan Syamsul, tetapi waktu sama memberi cabaran besar kepadanya apabila orang mula memberi harapan yang lebih besar untuk karya-karyanya akan datang.

“Bermula dengan Evolusi KL Drift kemudian Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam, Evolusi KL Drift 2 dan Khurafat, ia menunjukkan peningkatan dari satu anak tangga buat Syamsul.

“Selepas ini filem Aku Bukan Tomboy akan ditayangkan pada 11 November manakala filem Jalan Kembali sudah selesai penggambaran dan sedang dalam proses suntingan.

“Syamsul kini dalam persiapan memulakan penggambaran KL Gangster 2 yang dijangka selepas hari raya nanti. Kali ini Syamsul hasilkan prekuel mengenai kisah Malik lakonan Aaron sebelum menjalani hukuman penjara dan mengapa dimasukkan ke penjara. Semuanya akan dikupas nanti,” katanya.

Jika Syamsul muncul dengan watak jahat sebagai Shark dalam KL Gangster, Yusof hanya ketawa apabila dicadangkan membuat penampilan khas sebagai ketua gangster dalam sambungannya nanti.

Katanya, ia satu idea menarik dan mungkin akan dipertimbangkan.

Mengenai rahsia kejayaan KL Gangster, Yusof mengatakan asas paling utama sudah tentu genre dihasilkan sememangnya menjadi tarikan penonton dan lebih penting lagi adalah kualitinya dan promosinya.

“Apa yang mengharukan saya adalah sambutan yang diberikan penonton sebaik saja cerita berakhir kerana mereka akan bertepuk tangan. Ini sesuatu yang jarang berlaku kepada filem Melayu.

“Lebih membanggakan saya ialah filem ini bukan saja diminati kalangan penonton Melayu, malah pelbagai kaum apabila ramai Cina dan India turut pergi menonton,” katanya.

Harian Metro

Guide On Setting Up Home For Next Gen NBN

25 Jun

SINGAPORE: From August, homeowners will get a guide on how they can set up their homes to tap on the ultra high broadband speed delivered over the Next Generation Nationwide Broadband Network (Next Gen NBN).

The guide is developed by the Infocomm Development Authority of Singapore (IDA). It will offer a summary and comparison of the commonly-used options to bringing fibre broadband access to different parts of the house via the Termination Point.

The guide will be made available to the public at IDA's office, the Infocomm Experience Centre (iExperience) and online at IDA's website http://www.ida.gov.sg.

Owners of new flats will receive their copies through the Housing and Development Board.

Acting Minister for Community Development, Youths and Sports, Major-General (NS) Chan Chun Sing, said the guide will complement the suite of other fibre installation-related references published by OpenNet and the retail service providers.

“After linking our homes up with the Next Gen NBN, I know that many of us may not know what to do next. Help is at hand as IDA will be distributing a guide to help homeowners decide how they can connect devices in different parts of the house to the fibre broadband,” said Major-General (NS) Chan, who is also the Minister of State for Information, Communications and the Arts.

He was speaking at the prize award ceremony for the second instalment of the “Most Fibred-Up Constituency Contest” on Saturday. Yew Tee constituency was named the winner while Keat Hong constituency was the runner-up.

– CNA/ir

Channel News Asia

Broadway Dreamgirls Patut Dibanggakan

24 Jun

Ditulis oleh Rosli Manah
  
  

Broadway Academy akan mementaskan broadway Dreamgirls mulai 14 Julai hingga 24 Julai ini di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Pementasan yang harus mengikut acuan New York itu pasti menghiburkan. Kita tak perlu ke New York lagi untuk menonton broadway.

Pasti ada yang anak bertanya. Mengapa orang kita ghairah membawa masuk budaya luar ke Malaysia. Sedangkan usaha membawa budaya Malaysia ke luar jarang diuar-uarkan? Sementelah ia dipentaskan di Istana Budaya.

Pementasan itu menggunakan hampir kesemuanya tenaga anak tempatan. Hanya pelakon utama,  Kris Coleman yang didatangkan khas dari New York sebegai penyeri persembahan. Kehadirannya juga menaikkan taraf pementasan tersebut.

Bagi yang cenderung mahu mengkritik, fikirkan pada peluang yang diperolehi  oleh pelakon dan aktivis teater kita. Sementelah Malaysia adalah satu-satunya negara yang diberi hak memenrtaskan broadway itu di Asia Tenggara.

Malah pihak produksi berusaha meyakinkan pemilik nashkah Dreamgirls untuk membolehkan produksi kita mengadakan road tour Dreamgirls ke negara-negara Asia Tenggara. Itulah impian besar pengarahnya Joanna Bassey dan penerbitnya, Casey Kok dari Broadway Academy.

“Impian saya selepas ini mahu membawa Dreamgirls buah tangan kita ke negara-negara Asia Tenggara. Bayangkan bagaimana seronoknya kalau kita dapat membawa pelakon-pelakon kita membuat persembahan di luar negara..

“Sebab itu pementasan di Istana Budaya ini sangat penting bagi saya. Saya kena yakinkan mereka yang kita mampu menghasilkan pementasan yang setaraf dengan mereka. Saya sedang memikul tanggungjawab berat itu.

“Saya akui memang saya kena ikut cara mereka kerana ia telah termaktub di dalam syarat semasa kami diberikan hak membuat pementasan. Malah dialek mereka juga kita kena ikut. Mereka mahu kita hasilkan mengikut keaslian pementasan di sana.

“Kris Coleman turut membantu saya dalam membetulkan dialek sebab dialek orang hitam Amerika agak asing dalam pertuturan seharian kita di sini,” kata pengarahnya, Joanna.

Casey pula dalam usaha mempromosikan DReamgirls kepada pihak di Asia  Tenggara. Dia mengundang penerbit beberapa negara untuk menonton pementasan Dreamgirls di Istana Budaya nanti.

Sekiranya usaha membawa team Dreamgirls buatan Malaysia  ke luar negara menjadi kenyataan, ia pasti mengangkat lagi nama Malaysia sebagai penerbit teater hebat. Semestinya ia sesuatu yang patut dibanggakan.

Pelakon teruja

Pelakon utama, Cheryl Samad akui sangat teruja memulakan persembahan. Apatah lagi menyedari Dreamgirls memiliki ramai pengikut setelah ia dipopularkan di layar perak lakonan Beyonce Knowles.

“Saya tidak menjadikan Beyonce sebagai rujukan kerana watak Deena Jones yang saya lakonkan sebenarnya berdasarkan karakter Diana Ross semasa bersama kumpulan The Supremes. Saya tidak perlu mengikut cara Beyonce.

“Malah gaya nyanyian saya juga  tidak perlu menjerit sebagaimana kita tonton Beyonce dalam  filem, kerana cara Diana sangat berlainan,” kata Cheryl.

Cheryl juga akui ada cabaran besar kerana harus menyanyi dengan dua key lebih tinggi daripada key asal nyanyiannya. Tapi sebagai pelakon, dia berusaha mengatasinya demi memberikan persembahan terbaik.

Kerjasama dengan Kris (Jimmy Thunder) juga sangat baik, malah pelakon itu juga banyak membantu dia dan pelakon-pelakon lain sepenjang berlatih bersama.

“Sebelum ini kami berlatih tanpa Kris sebab dia baru datang ke Malaysia dua minggu lalu. Bila dia datang, barulah saya rasa semangat yang lain datang dalam diri saya. Pada mulanya kami rasa takut sebab dia sudah berlakon dalam Dreamgirls bertahun-tahun, sedangkan kami baru mengenali broadway ini.

“Tapi dia seorang yang baik dan merendah diri. Kalau kita tanya pendapatnya, dia sentiasa memberikan pandangan yang boleh digunakan,” jelas Cheryl.

Dafi juga akui dielek yang digunakan dalam pementasan ini antara cabaran besar. Walaupun dia fasih bertutur bahasa Inggeris, tapi keperluan mengikut dialek antara cabaran.

Dafi yang baru selesai berlakon Muzikal Kenangan Mengusik Jiwa 60-an mungkin dapat sedikit info kerana kedua-duanya berdasarkan latar masa yang sama, iaitu era tahun 60-an.

“Saya juga teruja untuk beraksi dalam Dreamgirls setelah sekian lama menjalani latihan. Saya harap peminat akan terhibur dengan persembahan kami nanti,” kata Dafi yang berlakon sebagai C.C. White.

Dreamgirls turut dibintangi Elvira Arul (Effie White), Azura Zainal (Lorell Robinson), Ruzana Ibrahim (Michelle Morris) Tony Eusoff (Curtis Taylor Jr.) dan Indi Nadarajah (Marty).

Dina (understudy Effie), Joy Shavini (understudy Lorrell), Wan Nadrah (understudy Michelle), Mazhar Mahathir (understudy Jimmy), Reefa (understudy Jimmy) dan Aaron Khaled (understudy C.C) turut berlakon.

Tiket berharga daripada RM48 hingga 350 sudah mula dijual. Tiket boleh didapati di http://redtix.airasia.com/ Boxoffice Istana Budaya juga turut menjual tiket pementasan itu. Talan 03-87754666 juga dibuka untuk tempahan. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Broadway Academy di talian 03-61422601.

 

 

 

 

 

 

Mangga Online

Tan Cheng Bock And Tan Kin Lian Question Tony Tan’s Independence

24 Jun

SINGAPORE – Dr Tony Tan’s two likely opponents in the coming Presidential Election have questioned the former Deputy Prime Minister’s independence.

Yesterday, former PAP Member of Parliament Tan Cheng Bock wrote on his Facebook page that he welcomed Dr Tony Tan’s decision to put himself forward. He wrote: "Now Singaporeans have a chance to vote. Whoever gets voted must have the full confidence of Singaporeans in terms of integrity, fairplay and unquestionable independence."

When contacted, he told Today: "When you talk about safeguarding reserves, you must have an independent mind … (Dr Tony Tan) is currently the vice-chairman and executive director of GIC, surely you put two-and-two together … how independent can he be?"

Adding that Singaporeans are "smart voters", he said: "They want to make sure things are in proper order … any evidence there is a big question mark on the independence of that individual, they would carefully examine that individual, be it Tony or whoever. They want fairness."

Ex-NTUC Income CEO Tan Kin Lian noted that Dr Tony Tan "has been closely connected with the PAP Government for about 20 years".

He said: "He had served as a Cabinet Minister in many ministries during his illustrious political career and had been closely associated with many of the policies that were implemented by the Government. He would represent a good choice for Singaporeans who prefer to see stability and continuity in the past and current policies of the Government."

The candidacies of all three presidential hopefuls are subject to the approval of the Presidential Elections Committee.

Mr Tan Kin Lian reiterated that his participation in the election offers "a different choice to the people". He said: "I have never served as a Member of Parliament or a Cabinet Minister in the Government. Over the past years, I have expressed my views on many occasions in the media and through other channels on issues concerning the livelihood and welfare of the people."

Attempting to frame the coming contest, Mr Tan Kin Lian told Channel NewsAsia: "This will be the contest: Whether you want someone to continue the policies of the establishment or if you want someone who brings … a new view, reflecting the aspirations of large numbers of Singaporeans."

Today Online

David Arumugam Lupa Lirik

24 Jun

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my
Gambar ABDUL RAZAK LATIF


DAVID Arumugam dan Priyadashini akan bergabung menjayakan Konsert Sampaikan Salam Alleycats di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 16 hingga 18 Julai ini.

ALLEYCATS merupakan salah satu kumpulan pemuzik tempatan yang paling lama iaitu ditubuhkan sejak 43 tahun lalu dengan pengasas utamanya ialah Datuk David Arumugam dan mendiang Loganathan.

Sepanjang lebih empat dekad, kumpulan muzik pop bukan Melayu itu telah menghasilkan 27 buah album dengan lebih 200 lagu yang masih popular hingga ke hari ini.

Bilangan lagu yang banyak itu menyebabkan penyanyi utama Alleycats, David yang popular menerusi lagu seperti Noktah Cinta menghadapi masalah menghafal lirik lagu-lagu kumpulannya.

Justeru, penyanyi berasal dari Pulau Pinang itu memerlukan lirik terutama sewaktu mengadakan konsert besar seperti Konsert Sampaikan Salam Alleycats di Istana Budaya (IB), Kuala Lumpur pada 16 hingga 18 September ini.

‘Saya sekarang ini memang susah mahu ingat lirik lagu terutamanya lagu-lagu lama Alleycats. Sebab itu, kalau menyanyi saya sediakan lirik di depan saya. Ia sebagai persediaan kalau saya lupa lirik atau tidak berapa yakin dengan sebutannya.

‘Saya terpaksa berbuat begitu kerana tidak mahu melakukan kesilapan semasa menyanyi,’ katanya sewaktu ditemui selepas sidang akhbar Konsert Sampaikan Salam Alleycats di IB, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Selain menyediakan lirik lagu, vokalis berusia 61 tahun itu juga melakukan banyak persiapan lain termasuk daripada segi stamina bagi memastikan konsert anjuran Aktif Mestika Sdn. Bhd., itu berjalan lancar.

Ujar David, dia menjaga soal pemakanan bagi memuaskan hati para penonton yang menyaksikan konsert dengan tiket berharga RM65, RM85, RM125, RM165, RM205, RM245, RM305 dan RM450 itu.

‘Saya fikir tidak perlu berlatih untuk konsert ini kerana saya memang setiap hari menyanyi di kelab malam. Kalau saya sudah lama berhenti menyanyi maka ketika itu saya mungkin akan berlatih.

‘Namun, biasanya sebelum mengadakan persembahan saya akan berhenti makan pada pukul 5 petang kalau saya mahu menyanyi pada pukul 8 malam. Ia untuk menguatkan otot dan suara saya,’ ujarnya.

Konsert yang akan mengambil masa hampir dua jam itu merupakan kali kedua diadakan di IB sejak empat tahun lalu di mana ia akan dibahagikan kepada tiga segmen iaitu 1Malaysia, Tribute To Loga dan Lagu-Lagu Hits kumpulan itu.

Lebih menarik, kata David, pada Konsert Sampaikan Salam Alleycats itu, persembahannya buat julung kali akan diiringi oleh para pemuzik Orkestra Tradisional Malaysia di bawah pimpinan Eddie Marzuki.

‘Kami sangat teruja untuk mengadakan konsert dengan diiringi para pemuzik Orkestra Tradisional Malaysia kerana ini adalah yang pertama kali kami jayakan. Tetapi kalau rakaman album sebelum ini kami pernah gunakan instrumen tradisional.

‘Bagi saya konsert ini sangat penting kerana ia menguji kreativiti kami untuk mengadun lagu-lagu Alleycats dalam konsep irama tradisional pelbagai etnik,’ jelasnya.

Meskipun mempunyai banyak pilihan lagu yang pernah dipopularkan oleh Alleycats tetapi David berkata, dia tidak mempunyai lagu kegemaran sebaliknya menganggap kesemua lagu mempunyai daya tarikan tersendiri.

Malah, penyanyi yang terkenal dengan fesyen rambut afro sejak dulu sehingga kini itu turut beranggapan tiada satu pun lagu Alleycats yang sukar dinyanyikan kerana dia mampu menghayati kesemuanya dengan baik.

‘Saya tidak ada lagu kegemaran. Malah susah untuk cakap lagu Alleycats mana yang paling bagus. Setiap lagu ada peminat sendiri. Saya tidak susah menyanyi sesebuah lagu itu kerana saya akan menghayatinya dengan sepenuh hati.

‘Penghayatan itu datangnya daripada hati saya. Apabila di studio untuk merakamkan lagu, penghayatan itu akan datang menyebabkan saya tidak susah menyanyikan apa juga lagu,’ tuturnya.

Tambah unik apabila konsert yang bercirikan semangat 1Malaysia itu dianjurkan bertepatan dengan sambutan Hari Malaysia pada 16 September selain ia mampu menarik para peminat yang berbilang bangsa.

Selain menampilkan David selaku penyanyi utama, Alleycats turut menjemput anak mendiang Loganathan yang meninggal dunia empat tahun lalu iaitu Priyadashini, 24 sebagai penyanyi undangan dalam segmen Tribute To Loga.

Menurut Priyadashini, dia tidak menolak pelawaan David yang juga merupakan bapa saudaranya bagi menjayakan konsert bersama Orkestra Tradisional Malaysia pimpinan Mohd. Yazid Zakaria itu.

‘Saya akan menyanyikan lagu-lagu yang pernah dinyanyikan oleh mendiang bapa saya seperti Berjuta Batu, Jika Kau Bercinta Lagi dan Suratan dalam segmen Tribute To Loga itu. Saya akan menyanyi mengikut gaya sendiri,’ katanya.

Utusan

Aaron Mengurat Erra

24 Jun

Oleh MOHD. IFQDAR ABDUL RAHMAN
ifqdar.rahman@utusan.com.my
Gambar ISMAIL KAMADIN


ERRA Fazira dan Aaron Aziz pertama kali digandingkan dalam filem Ngorat arahan Prof. A. Razak Mohaideen.

MELIHAT gelagat Erra Fazira dan aktor kacak pujaan ramai Aaron Aziz ketika menjalani penggambaran filem Ngorat, kredibiliti kedua-dua bintang itu tidak perlu dipersoalkan.

Digandingkan buat pertama kali dalam karya terbitan LineClear Motion Pictures, sama ada Erra mahupun Aaron mereka menjanjikan lakonan terbaik agar dapat memancing penonton ke pawagam apabila filem genre komedi romantik itu ditayangkan di panggung.

Baru-baru ini, bertempat di E@Curve Mutiara Damansara, lokasi penggambaran Ngorat, Hits mendekati kedua-dua pelakon itu untuk mencungkil pengalaman mereka sepanjang menjalani penggambaran di bawah arahan Prof. A. Razak Mohaideen.

Kolaborasi antara jelitawan Fazira Wan Chik, 37, dengan pengarah prolifik A. Razak bermula sejak tahun 2003 (Cinta Kolestrol) dan yang terakhir pada 2009 (Sifu & Tongga).

Sepanjang enam tahun tersebut, lapan filem arahan A. Razak telah dibintangi oleh Ratu Cantik Malaysia 1992 itu.

Setelah dua tahun tidak bekerjasama, ibu kepada Engku Aleesya Engku Emran itu kembali ke pangkuan A. Razak bagi membintangi filem Ngorat digandingkan dengan Aaron dan bintang baru, Iedil Putra.

‘Sebelum ini bukan saya tidak mahu berlakon di bawah arahan Prof., tetapi saya perlu menumpukan sepenuh perhatian kepada Aleesya.

‘Tempoh dua tahun sebelum ini sememangnya diperuntukkan untuk Aleesya kerana dia amat memerlukan saya di sisinya ketika itu,’ jelas Erra yang mendukung karakter tomboy dalam Ngorat.

Kali pertama penampilan Erra melakonkan watak tomboy ialah menerusi filem Kuliah Cinta, terbitan MIG Productions, juga di bawah arahan A. Razak pada tahun 2004.

Dalam filem Ngorat, Erra akan melakonkan watak Keyra yang bersifat tomboy dan ia sebenarnya klise.

Erra yang ditebak dengan soalan itu menjelaskan, ia bukan satu isu kerana pengalamannya selama 17 tahun dalam dunia lakonan membolehkannya memberikan lakonan yang berkesan.

‘Saya sudah berlakon sebanyak 34 filem sepanjang menceburi bidang lakonan dan menerusi kesemua filem itu, saya telah mendukung pelbagai karakter.

‘Ketika ini, saya hanya mementingkan keberkesanan lakonan walaupun watak Keyra begitu sinonim dengan diri saya,’ katanya.

Bagi Aaron yang melakonkan watak Arjuna Kasih, watak itu amat berbeza dan mencabar kerana memerlukan dia menyerlahkan sisi lucu dalam dirinya.

‘Sukar untuk saya membuatkan orang ketawa tetapi lebih senang untuk orang mentertawakan saya sekiranya lawak yang ditonjolkan menampakkan kebodohan saya selaku pelakon.

‘Oleh itu, sedikit pengalaman yang saya ada, digunakan untuk memberikan lakonan yang berkesan,’ jelas Aaron yang tidak mahu dilabelkan sebagai pelakon komedi.

Untuk menjadi salah seorang pelakon yang berwibawa, Aaron akur apabila dia harus mencabar dirinya untuk melakonkan watak yang rumit.

Semua itu, katanya, boleh mempertingkatkan lagi kualiti lakonan kerana penonton pasti bosan jika seseorang pelakon itu memberikan lakonan yang stereotaip.

Lalu, menurut aktor itu lagi, peluang yang diberikan oleh A. Razak disambut baik dan sudah pasti dia akan memberikan lakonan terbaik kerana tidak mahu mengecewakan pengarah, penonton dan sekali gus, peminatnya.

‘Saya berjanji akan lakukan yang terbaik dengan menyuntik kelainan menerusi gaya saya tersendiri untuk menjiwai watak.

‘Saya tidak dapat lari daripada melakonkan watak-watak yang agak serupa untuk sesuatu drama tetapi percayalah, apabila saya berlakon, saya lakukannya dengan sepenuh hati,’ katanya yang kini sibuk menjalani latihan teater Badai Semalam.

Utusan