SOSEHSOSEH: Artis Kena ‘Tendang’ Macam Bola!

29 Jun

KASIHAN ada, simpati apatah lagi. Begitulah yang SS rasakan apabila mendengar cerita teman-teman mengenai kekecohan berlaku membabitkan tempat duduk artis dan media yang hadir menyaksikan pertandingan akhir Maharaja Lawak di Stadium Malawati, Shah Alam, Jumaat lalu.

Cerita teman yang membuat liputan, dia berasa kesian pada beberapa artis yang dikatakan ‘dihalau’ beberapa kali dari tempat duduk mereka untuk memberi laluan kepada jemputan lain.

Kata teman SS, dia pula rasa malu bagi pihak beberapa artis seperti pasangan sedang hangat bercinta, Shah Jazle dan Neelofa, juga pelakon yang sedang mencipta nama Amar kerana mereka terpaksa diminta untuk duduk di tempat lain gara-gara kerusi mereka dikhaskan untuk pihak tertentu termasuk media.

Ujar kawan SS, dia hairan mengapa kejadian seperti itu boleh berlaku kerana bukan acara dibuat di tempat kecil, tetapi dalam stadium yang besar. Hendak kata pihak produksi tak pernah membuat majlis besar secara langsung, rasanya sudah banyak dilaksanakan sebelum ini. Masakan soal tempat duduk dan kerusi boleh menjadi satu masalah? Apabila petugas meminta Neelofa dan Shah Jazle tukar tempat duduk, pelakon jelita itu memberitahu sebelum itu dia sudah diminta pindah dari kawasan sebelah. Ini bermakna sudah dua kali dia terpaksa berpindah randah.

Kalau SS jadi mereka pun tentu SS akan segan. Maklumlah Shah Jazle sudah membintangi banyak drama dan dia memang antara pelakon lelaki yang menjadi pujaan ramai ketika itu sementara Neelofa pula bintang baru yang sedang meningkat naik. Apabila diperlakukan seperti bola sepak, tentulah terasa malu, apatah lagi ia berlaku membabitkan teman-teman media. Apa yang berlaku seharusnya diambil iktibar bagi pihak penganjur dan juga produksi. SS tidak percaya tempat tidak cukup kerana memang kerusi banyak disediakan. Cuma tempat khusus untuk jemputan biarlah disediakan awal-awal dan dilabel sebaik mungkin. Contohnya, artis diletakkan satu tempat sementara media pula satu tempat. Keluarga peserta pula diletakkan di satu tempat khas dan penyokong pula tempat berbeza. Kalau kejadian hanya membabitkan sesama artis mungkin masalah ini dilihat kecil, tetapi kalau membabitkan pihak lain seperti artis dan media sudah tentu timbul perasaan kurang senang. Bagi pihak media perkara ini bukanlah isu besar sangat, cuma tidak sedapnya, bimbang nanti ada yang berbisik atau kecil hati.

Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: