Siapa Layak Jadi Mak Dara?

28 Apr

Ditulis oleh wahida othman
  
  

Pementasan Teater Mak Dara Nyonya akan berlangsung pada 6 hingga 12 Julai ini, namun siapa yang akan memegang watak Ibu Halimah, pengasas Jamu Mak Dara itu masih belum diketahui.

Masih mencari-cari siapa yang layak membawa Mak Dara, menurut Penerbit teater ini, Siti Rohayyah Attan, pelakon yang membawakan watak Mak Dara ini seharusnya kuat dan cukup berbakat kerana pelakon itu akan membawakan watak itu secara monolog panjang.

Ketika diajukan pertanyaan kepada Ibu Halimah, siapakah gerangan yang difikirkannya sesuai dengan watak dirinya itu, dia memilih pelakon dan penyanyi berbakat Ziana Zain.

Mengakui kekuatan lakonan Ziana Zain yang ternyata bagus, Siti Rohayyah Attan juga meletakkan beberapa calon yang lain sebagai antara yang terpilih seperti Juhara Ayub, dan Vanida Imran.

Kisah Mak Dara menceritakan tentang pahit manis kehidupan Ibu Halimah selama ini, kehidupan sebagai ibu tunggal yang sering dikacau oleh kebanyakkan lelaki dan bagaimana beliau membesarkan anak-anaknya tanpa bantuan suami.

Bercerita tentang kehidupan wanita gigih ini, anaknya, Syed Muhammad Gadaffi Syed Ali Al-Habshee atau Habib menjelaskan, tujuan teater ini dipentaskan bukanlah untuk mencari populariti tetapi sekadar mahu berkongsi pengalaman ibunya kepada orang ramai.

“Sebenarnya saya dah lama berniat nak berjumpa dengan Kak Rohayyah, niat awalnya saya nak buat buku tentang perjalanan kehidupan ibu saya, tapi bila kami berjumpa dan ibu bercerita tentang kisah hidupnya, Kak Rohayyah mencadangkan agar kisah ini dipentaskan.

“Ia bukan kerana kami mahukan populariti, tetapi saya mahu orang ramai merasai pengalaman yang ibu tanggung sepanjang dia membesarkan saya,”jelas Habib.

 

Teater Mak Dara Nyonya akan dipentaskan pada 6 hingga 12 Julai di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTIC). Antara pelakon yang terlibat adalah Misha Omar, Sarimah Ibrahim, Tania Zainal, Zaifi Husin, Khatijah Tan dan Sherry Abdullah.
Tiket-tiket boleh di dapati di http://www.ticket2u.biz dengan harga RM32, RM52 & RM82 dan blog rasmi teater ini adalah http://www.makdaranyonya.blogspot.com

Teater Mak Dara Nyonya akan dipentaskan pada 6 hingga 12 Julai di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTIC). Antara pelakon yang terlibat adalah Misha Omar, Sarimah Ibrahim, Tania Zainal, Zaifi Husin, Khatijah Tan dan Sherry Abdullah.

Tiket-tiket boleh di dapati di http://www.ticket2u.biz dengan harga RM32, RM52 & RM82 dan blog rasmi teater ini adalah http://www.makdaranyonya.blogspot.com

 

Mangga Online

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: