Sila Kritik Lakonan Dan Nyanyian Saya – Diana Danielle

29 Sep

Ditulis oleh Nonie
  
  

Buat pertama kalinya peminat dapat melihat kebolehan dan bakat sebenar selebriti jelita ini. Filem arahan Edry KRU, Magika membuka mata peminat sekaligus membuktikan Diana Daniella mampu berlakon dan menyanyi dalam filem muzikal ini.

Tidak dinafikan, watak yang dipegang itu amat sukar untuk direalisasikan, lebih-lebih lagi menuntut risiko besar apabila diminta menyumbangkan suara dalam filem tersebut.

“Saya bukannya penyanyi sebenar dan bakat saya hanyalah pada lakonan. Saya tak pernah masuk kelas vokal dan apa yang ditonjolkan pada watak Ayu, itulah yang terbaik mampu dilakukan.

 

“Ini merupakan filem muzikal saya yang pertama dan penglibatan bersama produksi ini benar-benar dapat mencabar keupayaan. Sangat sukar untuk berlakon sambil menyanyi dan takut jika saya tak dapat sampaikan mesej sebenar kepada penonton. Dan saya alu-alukan kritikan,” ujarnya.

Teruja Dengan Mawi

Satu pengalaman baru yang sukar dilupakan apabila digandingkan dengan Mawi. Baginya walaupun agak sukar untuk mencari keserasian, namun kedua-duanya berjaya membawakan watak dengan baik.

“Saya segan dengan Mawi dan tidak begitu selesa dengannya. Namun itulah yang harus ditonjolkan dalam Magika. Ayu dan Badang harus kelihatan janggal ketika bersama.

“Pada waktu itu, Mawi merupakan satu fenomena dalam industri dan membuatkan saya lebih gugup untuk berlakon dengannya,” katanya yang bakal muncul dalam filem Dalam Botol arahan Khir Rahman.

FOTO oleh NOOR ASREKUZAIREY SALIM

Mangga Online

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: