Amber Chia Selamat Lahirkan Bayi Lelaki

29 Sep

Ditulis oleh Nonie
  
  

ManggaOnline baru sahaja berjumpa Amber Chia Isnin lalu dan model popular ini mengesahkan bakal melahirkan anak pada Ahad ini. Alih-alih Selasa petang semalam, Amber telahpun selamat melahirkan seorang bayi lelaki seberat 2.8 kilogram.

Ketika ditemui kandungan Amber telahpun sarat dan dia menyatakan keterujaan untuk menerima kelahiran orang baru dalam hidupnya. Walau sarat mengandung, Amber masih lagi aktif bekerja dan sedang sibuk dengan majlis pelancaran Amber and Xavier (AX) Public Relations.

“Saya nak lahirkan baby secepat mungkin sebab perut semakin sarat dan berat. Namun saya dan suami masih belum memilih nama yang sesuai untuk baby kami.

“Dan pastinya saya akan berusaha turunkan berat dan kembali dengan bikini body menjelang November ini.

“Tak sabar rasanya nak mulakan kerja namun saya perlu berehat sebulan selepas melahirkannya. Mak yang akan menjaga saya semasa dalam pantang. Saya bernasib baik kerana tak banyak alahan dan sakit semasa mengandung cuma selera makan bertambah waktu itu,” ujarnya yang bertambah 19 kilogram berat badan semasa mengandung.

 

Amber and Xavier

Telahpun melancarkan syarikatnya sendiri baru-baru ini, Amber and Xavier (AX) Public Relations yang telah dirasmikan oleh Y.B. Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Amber yakin kemunculan syarikat ini bakal memberi saingan kepada pasaran yang sedia ada.

“Pengalaman saya sebagai model akan digunakan sepenuhnya untuk meningkatkan lagi industri fesyen di Malaysia dan salah satu caranya adalah dengan memberi khidmat nasihat kepada pelanggan kami. Buat permulaan, AX akan merangka perjalanan karier saya dan Daphne Iking.

“Syarikat kami akan menumpukan kepada produk tertentu seperti kecantikan, fesyen, gaya hidup dan produk pengguna,” ujarnya.

FOTO oleh FATAH SULAIMAN

Mangga Online

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: